mengikut hasil bancian 2010, lelaki lebih ramai drpd perempuan di malaysia. tetapi kalau kita lihat bilangan staf dan pelajar di uitm adalah sebaliknya. maka di manakah tempat yg ramai lelaki?
banci diadakan secara kasar setiap sepuluh tahun, tak silap saya. dan semasa bancian,macam2 pengalaman diceritakan oleh pembanci. ada yg tak dapat jalankan tugas membanci krn ada orang benci dibanci. tak tahulah kenapa,masing2 ada sebabnya.
semasa berbincang dgn peserta2 kursus tadi, mereka cadangkan saya gunakan maklumat drpd bancian utk phd saya. bagus juga cadangan tu. inilah sebab kita tak boleh berlagak sombong. walaupun peserta hadir kursus utk belajar/kongsi ilmu drpd saya, ianya tidak bermakna saya serba tahu dan lebih tahu dlm semua hal berbanding dgn peserta2 yg seumpama pelajar saya.
setiap drpd kita ada kelebihan dan kekurangan. maka ahli dlm organisasi adalah melengkapkan keperluan sumber manusia dlm organisasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan