semalam pendaftaran plk. hari ini pendaftaran pjj. semalam seramai 400++ pelajar. tadi seramai 800++ pelajar.
saya menyemak dokumen pelajar drpd pelbagai latar belakang. tujuan utama itm dan sekarangnya uitm adalah untuk mengubah masa depan bumiputera melalui ilmu. dan latar belakang pelajar yg mendaftar mebuktikan mereka ingin mengubah masa depan mereka dan keluarga mereka.
ada pelajar yg dah ada mba, dan mendaftar utk bacelor undang2. ada pelajar berdiploma perakaunan dan mendaftar bacelor perniagaan. ada pelajar berdiploma kejuruteraan dan mendaftar pentadbiran awam. ada pelajar yg merupakan staf di organisasi adik saya yg mendaftar utk sains sukan.
ada yg bapanya adalah tentera. ada bapanya kerja kampung. ada bapanya penoreh. ada bapanya kerja di bendang. dan ada yg bapanya telah berpisah. ada yg berpendapatan rm5000 dan ke atas. ada yg kurang drpd rm1000. ada yg terus bekerja selepas spm walau pun layak terus ke ipt selepas spm.
masing2 dgn hasrat sendiri utk melanjutkan pengajian. tetapi hampir kesemuanya memhami pentingnya mempunyai ilmu dan kelayakan akademik yg sesuai utk mengubah diri supaya lebih baik drpd sekarang. tahniah kpd 7 graduan plk sr113 yg mendaftar utk sr221. kepada semua pelajar baru uitm melalui pusat2 pengajian ined, berusahalah seikhlas yg boleh supaya mendapat rezeki yg halal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan