semalam di dsb, penerima anugerah khidmat cemerlang uitm 2009 diraikan. saya tidak dpt bersama sbg tetamu jemputan krn menjadi fasi utk kursus audit dalam siri 3 ined. tahniah saya ucapkan kpd mereka yg layak menerima akc kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.
pelbagai pihak akan memberi definisi berbeza utk maksud cemerlang. ada yg akan katakan cemerlang adalah atas drpd baik. dan ianya bawah drpd gemilang. cemerlang boleh dikatakan sebagai 'excellent'. dan akc ini sepatutnya berdasarkan markah pencapaian skt.
akc diberikan berdasarkan penilaian bos terhadap orang bawahnya. tetapi baru2 ini diadakan kajiselidik utk melihat penilaian kecemerlangan berdasarkan persepsi bos, rakan setara kerja, dan anak buah/staf yg melaporkan kpd kita. saya bersetuju dgn cadangan penilaian 360 yg dicadangkan. ianya boleh mengelak atau mengurangkan penilaian berbentuk 'bias' jika bos suka kpd staf bawahan bukan berdasarkan produktiviti.
pesan staf2 saya, cebad, jangan jadi bos yg menyusahkan, yg tak disukai rakan sekerja dan staf bawahan. saya tambah, jangan pula terlampau pentingkan hubungan dgn orang lain sehinggakan tidak dpt mencapai matlamat kerja. begitu juga jangan terlampau bermatlamat utk capai objektif kerja sampai hubungan dgn staf diabaikan.
kebetulan, saya melihat ada notis kpd saya drpd ilqam. 'tahniah, anda terpilih utk menjadi pelapis kepimpinan universiti'. dan setelah saya isikan kajiselidik yg disertakan, pencapaian saya antara lain adalah, 8/10 utk hubungan dgn manusia dan 7.4/10 utk tugasan. nota drpd ilqam, 'anda bersedia menjadi pemimpin'. hmmm, maknanya?
1 ulasan:
Tu dia, anda semakin menghampirinya...
Catat Ulasan