Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Disember 18, 2010

Pelajar UiTM Semula



alhamdulillah, tadi saya selesai mendaftar sbg pelajar uitm, sekali lagi. sebagai pelajar phd pula, program ac990.

mungkin ianya kali terakhir saya mendaftar di dsb, dewan sri budiman. dsb adalah tempat bermula sebagai pelajar uitm/itm dan tempat berakhir sebagai pelajar uitm/itm dgn konvokesyen. saya pernah menduduki peperiksaan dan ujian di dsb semasa diploma dahulu. saya masih ingat seorang kawan sekelas saya minta dia belanja saya makan setelah habis ujian. itu 25tahun dahulu.

kalau pada 1985, dan sehingga beberapa tahun seterusnya, pendaftaran mengambil masa yg lama. tadi, dgn ict, pendaftaran sekejap shj. dulu kad pelajar siap dlm masa 2minggu. sekarang di penghujung proses pendaftaran diantara 1jam ke 1.5jam, dah boleh ambil kad pelajar. tahniah uitm.

saya sempat bergambar dgn seorang beks pelajar saya yg saya selia utk laporan penyelidikan beliau semasa sarjana mudanya di fsr. alhamdulillah, beliau mendaftar utk peringkat sarjana pula. tahniah kpd sdr mursyidi. lepas tu sambung phd pula. kalau boleh, di luar negara.

kawan bgtau tadi, ada orang kata, ada diantara kita uitm bukan shj di hatiku, tetapi di sanubari. ianya kerana buat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran di uitm. sayakah dimaksudkannya?

1 ulasan:

HaFiZaN berkata...

insyaallah mungkin sy juga akan berbuat demikian.....