Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, November 27, 2022

Menteri

Supaya menteri lebih berfokus kpd amanah sbg menteri, jelas wujud pengasingan kuasa antara eksekutif dan legislatif, lantik menteri2 dari kalangan bukan ahli parlimen.

Cadangan saya, lantik dr mazlee, kj, tg zafrul, nurul izzah, tian chua, dll yg kalah pru.

BM Bas Mini Kita

Antara cara nak kurangkan kos minyak dan tol kpd rakyat adalah sediakan kembali khidmat bas mini. 

Sbg pengguna, kita akan kurang guna minyak dan tol, maka kuranglah kos minyak dan kos tol kita.

Kurang juga keperluan negara utk bina jalan2 baru kerana kurang kepadatan kereta di jalan2. Jenamakan bas mini sbg Bas Malaysia.

Jumaat, November 04, 2022

Sakit Kepala

Dah beberapa hari saya sakit kepala. Biasanya selepas, sama ada secara bersama atau berasingan, saya sapu minyak cap kapak - mck, telan pcm, urut picit leher kepala, minum nescafe, sakit kepala hilang.

Tapi kali ini sakit kepala yg ada terasa cucuk2 di atas dan belakang mata. Susah nak urut atau picit. Kena tahan lah sakit.

Isteri, dan doktor bgtau, banyakkan minum air. Sebab pada isnin lepas, saya banyak hilang air dgn muntah, selain tidak minum air secukupnya. Air kurang - darah pekat - oksigen xsampai ke kepala spt biasa?

Tayar Pancit

Pancit dikaitkan dgn tidak dapat berfungsi spt biasa. Tidak dapat berfungsi dgn baik.

Hari jumaat minggu lepas dan jumaat hari ini, tayar kereta saya pandu pancit. Minggu lepas sebelum solat jumaat, jadi xsempat nak solat jumaat. Minggu ni, walaupun sebelum solat jumaat, tapi banyak masa utk tukar tayar spare.

Alhamdulillah, tayar pancit tanpa ada penumpang lain. Tidak berlaku semasa perjalanan pergi dan balik dari jb bersama bonda dan ibu saudara.

Napah tok lepah

Bernafas tak lepas. Atau nafas pendek. Bernafas secara berterusan, tapi ambil nafas sekejap, kemudian terus lepas.

Ianya kerana perlukan oksigen segera. Biasanya bernafas melalui mulut. Seumpama mereka yg nazak, tapi mereka yg nazak bernafas melalui mulut dgn tarikan panjang.

Bernafas berkait dgn jantung, tekanan darah. Keupayaan mengambil oksigen. Biasanya jika penat, kita tak cukup oksigen, maka kita napah tok lepah.