Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mac 14, 2024

Keseronokan Bekerja

Saya suka membaca ttg kerja. Ttg psikologi, kaunseling, dll berkait kerja. Ada sebuah buku 'the joy of working'. Bagaimana utk seronok bekerja.

Saya pernah baca, 'the joy of teaching'. Setiap pekerjaan ada elemen mengajar. Penting bagi guru, pensyarah, dsbnya seronok mengajar. Antara contoh cikgu2 yg seronok mengajar, atau seronok mendidik, adalah cikgu2 di sekolah yg mengajar lebih drpd 20tahun di sekolah sama. Ada yg sanggup tidak dinaikkan pangkat utk terus di sekolah sama.

Tapi, sekarang ramai pembuat polisi membuat mengajar tidak lagi seronok. Kesan negatif bukan shj kpd tenaga pengajar, tetapi juga kpd pelajar, kpd masyarakat. Ramai memilih pencen awal drpd mengadap polisi 'membunuh jiwa dan raga' pendidik.

Rabu, Mac 13, 2024

Sukom

Sukan komenwel atau commonwealth games. Suka diantara negara pernah di'jajah' british. Tapi kekayaan negara2 ini banyak dijarah atau dipaksa kongsi oleh british.

Mungkin matlamat nak eratkan hubungan diantara negara ini dgn britain selepas 'dijajah dan dijarah'? Mungkin peluang utk britain beri pampasan kpd negara dlm 'kesatuan kekayaan' ini?

Jika britain ikhlas, dan insaf, setiap kali sukom diadakan, berilah dana utk penganjuran, dan penyertaan? 100% kos ditanggung britain.

Puasa untuk Sihat

Ramai berpuasa utk sihat. Sihat fizikal. Sedangkan puasa terbaik utk sihat fizikal, mental, emosi, sosial, kewangan, dan terpenting utk sihat rohani.

Jika kita puasa dgn betul, benar, baik, kita akan kaya walaupun biasanya yg berpuasa diandaikan oleh simiskin oleh bukan islam, sebab tak mampu nak makan kerana kurang wang. Kita akan kaya dgn hasil puasa utk bekalan di akhirat.

Ramai paksa anak2 utk puasa. Sedihnya, tak ramai paksa anak2 utk solat. 

Isnin, Mac 11, 2024

Maaf

Budaya timur, suka minta maaf? Dlm perbualan kita, biasa kita sebut, 'maafkan saya, boleh...?' Dlm bahasa inggeris, 'excuse me...'. Biasa mat saleh akan tegur kita, kenapa kita suka minta maaf.

Mana lebih mudah, minta maaf, atau beri maaf/ memaafkan? Sebelum tahun baru, sebelum puasa, di pagi raya, apabila berjumpa keluarga/kawan, biasa kita akan minta maaf. Jarang kita maafkan org lain. Biasa kita dengar, 'kita claim di akhirat'.

Sempena akan bermula puasa ramadan ini, saya memaafkan yg perlu dimaafkan, dan mohon maaf jika ada salahsilap, kekurangan saya seorg manusia yg lemah ini.