Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 27, 2015

Masa Duka, Masa Suka

masa terus berlalu. masa tidak akan menunggu. sehinggalah tiba ke akhir waktu. apabila masa adalah selama-lamanya. minggu ini seperti masa yang biasa. ada masa duka, ada masa suka.

semalam seorang saudara kembali kepada yang maha kekal abadi. beza usia dengan saya hanya dua tahun, beliau lebih tua daripada saya. kepada yang sayangkan beliau, masa ini adalah masa duka. dan hari ini beliau disemadikan. hadirin menitiskan airmata duka.

semalam juga adalah masa suka untuk keluarga. menyambut ahli baru melalui pernikahan. tengahari tadi diadakan majlis makan. hadirin bergembira kerana masih lagi dipanjangkan usia dan dapat berjumpa. hadirin menitiskan airmata suka.

setiap masa adalah peringatan akan amanah kita. tentang masa yang terhad untuk persediaan hidup selama-lamanya. suka dan duka adalah kehidupan di dunia. kehidupan di akhirat, kita berdoa semoga sentiasa suka dan bahagia, bersama mereka yang kita sayangi.

Selasa, Disember 15, 2015

Jawatan dan Amanah

memegang jawatan datang dengan tugas. datang dengan tanggung dan jawab. datang dengan amanah.

ramai seronok dengan jawatan dipegang. ramai tak seronok nak lepaskan jawatan. jawatan memberi banyak keistimewaan. jawatan beri kuasa. jawatan boleh buat orang hormatkan kita. jawatan boleh buat orang takut kepada kita. jawatan boleh buat orang menyampah dengan kita.

jawatan berkait dengan kerja. dan kita akan dipersoalkan sama ada di dunia dan di akhirat, atau di akhirat sahaja. ramai takut hilang jawatan, hilang kuasa, dan seterusnya dipersoalkan di dunia dengan jawatan yang pernah dipegang.

jawatan adalah pujian dan juga ujian. yang sedar dan berilmu akan jalankan kerja semasa pegang jawatan dengan penuh amanah. untuk kebaikan diri dan orang lain. untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Kerja dan Rezeki Kita

ada kawan hantar kepada saya tulisan tentang kerja dan rezeki. jika rezeki dikejar sebagai matlamat bekerja, sipengejar tak akan capai kepuasan bekerja. sebaliknya, carilah keberkatan melalui kerja, supaya rezeki pun penuh barakah.

sebuah cerita hindustan menyatakan bahawa jika kita mencari kerja yang kita suka lakukan, kejayaan akan sentiasa mengekori kita. tetapi jika kita mencari kerja untuk rezeki/wang sebagai matlamat, kita hanya mencari kedukaan.

bagaimana dengan mereka yang bekerja untuk bergaya? bagaimana dengan yang bekerja - cakap lain, buat lain?

ada yang bagitahu, carilah kerja untk mendapat keampunan, dan rahmat allah. insyaallah kerja kita adalah barakah. maka jika kerja kita adalah ibadah kita kepada pemilik segala, kita menjalankan tanggungjawab sebagai hamba allah

Ahad, Disember 13, 2015

Kaya dan Gaya

ramai nak kaya. termasuk saya, sekarang. tapi ramai nak kaya sebab nak bergaya. maka dalam berita beberapa hari lepas, ada yang sanggup guna kereta klon untuk bergaya seumpama orang kaya.

orang kaya dibiasakan dengan hidup bergaya. kereta mewah, rumah agam (mansion). pakaian berjenama. makan minum di tempat yang dikunjungi orang kaya lain. bercuti di luar  negara setiap tahun. anak-anak belajar di luar negara. yang kesemuanya memerlukan kewangan yang banyak, kerana belanja yang tinggi. maka orang dikatakan kaya, jika hidup bergaya duit banyak. gaya boleh dikatakan tayang.

maka orang kaya harta dunia dilihat seolah orang yang sombong, orang yang tamak. orang yang tamak. orang yang kedekut. maka jika itulah persepsi orang terhadap orang kaya, maka saya tak mahu kaya harta.

tetapi ramai kenalan saya yang kaya kehidupan adalah sebaliknya. low-profile. dan mereka tidak sombong - hidung tinggi, kedekut, berdengki dan tamak. kenalan saya yang mendorong saya jadi kaya menggunakan kekayaan untuk membantu mereka yang susah daripada mereka. jom kita kaya bukan dengan menipu, bukan bekerja secara tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah.

Khamis, Disember 10, 2015

Masa dan Sisa

setiap saat berlalu tanpa boleh dihentikan. seterusnya setiap minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, turut berlalu tanpa boleh dihentikan walaupun sesaat.

setiap saat umur semakin dekat, dan juga semakin jauh. semakin dekat dengan penghujung masa kita di dunia. semakin jauh dengan permulaan kita di dunia. semakin hampir dengan yang pasti iaitu mati.

kelahiran mengingatkan kita tentang masa. kematian mengingatkan kita tentang masa. masa dan usia saling bergandingan tangan membawa kita ke hadapan, meninggalkan masa silam.

masih ramai yang bangga dengan usia yang dilalui. masih ramai yang lupa tentang sisa usia yang ada. sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran, dan yang berpesan dan mengingatkan dengan kesabaran.

Rabu, Disember 09, 2015

Kedai Buku

antara kedai yang saya suka pergi adalah kedai buku. adakala ke kedai buku untuk membeli buku, adakala hanya untuk melihat buku2 yang terjual. sekarang kedai buku ada yg virtual, iaitu melalui internet.

baru2 ini saya ke kedai buku mencari buku2 sekolah. dan saya beli buku kemahiran hidup, dan pendidikan jasmani dan kesihatan. ianya untuk menambah ilmu dan mengingatkan saya. kedua2 tajuk berkait dengan kesejahteraan hidup di dunia. oh ya, saya juga beli buku/nota peperiksaan berkaitan subjek agama islam. untuk sejahtera dunia dan akhirat.

berada di dalam kedai buku amat menyeronokan. bau buku dan lain2 barangan di dalam kedai buku mengingatkan zaman persekolahan mencari dan membeli buku pada tahun 70an dan 80an. dulu kebanyakan kedai buku dimiliki oleh orang india atau india muslim. berada di kedai buku mengingatkan saya juga bahawa usia semakin tua. tidak tahu berapa lama lagi yang berbaki yang membolehkan saya mencari dan meningkatkan ilmu di dunia ini.

Isnin, Disember 07, 2015

Rancang dan Laksana

dua benda yang berbeza. boleh jadi sama. boleh tetap berbeza.

allah merancang, manusia merancang, dan allah yang tentukan. kita diminta merancang. untuk memudahkan kehidupan kita. ramai yang merancang untuk memudahkan hidup kita di dunia, tetapi ramai yang lupa merancang memudahkan hidup di akhirat.

rancang mudah. laksana susah. ianya perkara biasa untuk kita. untuk rancangan berjaya dilaksanakan, mohonlah izin allah. tapi apstikan rancangan dan pelaksanaan adalah selari dengan tujuan hidup kita, kejadian kita, sebagai ibadah kepada allah. supaya sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan allah. dunia dan akhirat.

Sabtu, Disember 05, 2015

Kitaran Bertambah Baik Atau Buruk

kita harap dengan masa, kitaran berlaku akan menambahkan kebaikan kepada diri, masyarakat organisasi, dan persekitaran kita. jangka pendeka akan ada peringkat kitaran yang menyebabkan kekurangan atau berada di bawah berbanding semasa bermula.

dengan ilmu, kita harapkan akan berlaku kitaran yang bergerak ke hadapan, ke atas dan semakin baik bagi diri kita. walau bagaimana pun, kita tahu tidak semua kitaran berkait ilmu memberi hasil positif untuk jangka pendek dan jangka panjang. antara punca tiada perubahan positif dengan ilmu adalah apabila yang diberi amanah berkongsi ilmu tidak berupaya meningkatkan, memajukan, dan perkembangkan ilmu diri yang mengharapkan ilmu untuk kebaikan.

mereka yang tidak amanah akan gunakan kuasa, jawatan, dll untuk kononnya kelihatan berkongsi ilmu dengan anak didik. tetapi sedihnya, apabila anak didik hanyalah mempunyai ilmu yang sedikit atau tidak berguna. lebih menyedihkan, dgn ilmu yang sedikit atau salah, anak didik juga turut salah guna jawatan, kuasa, pangkat. kesannya, organisasi dan masyarakat akan terhumban ke bawah, bertambah susah, bertambah miskin.

ilmu adalah amanah. kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengaku kita ada kepandaian, adalah pakar dalam sesuatu bidang jika hakikatnya adalah sebaliknya. jika hanya belajar sedikit tetapi mengaku tahu banyak, kita adalah tidak jujur, ikhlas dan amanah berkaitan ilmu milik allah.

Jumaat, Disember 04, 2015

Tegar Tegur Telur

Berani kerana benar. Berani kerana tahu akan disoal dimahkamah yang adil.

alah bisa, tegar biasa. bermaksud, jika tak tahan, kita akan tinggalkan. jika mampu bertahan, kita akan teruskan. dan lama2 ianya jadi kebiasaan buat kita.

tetapi jika kita tegar melakukan kesalahan, ianya akan menyusahkan diri dan pihak lain. maka kita perlu ditegur. teguran untuk kebaikan bersama. bukan untuk kepentingan satu pihak sahaja. teguran adalah peringatan. peringatan kepada yang ditegur, dan peringatan kepada yang menegur.

ada yang tak berani tegur walaupun teguran berdasarkan fakta yang benar. fakta yang berdasarkan kesalahan oleh yang ditegur. maka kita kata orang yang menegur perlu ada telur. perlu berani menegur. semoga kita ada telur untuk tegur kesalahan supaya kita sentiasa tegar dengan yang benar sahaja.

Khamis, Disember 03, 2015

Tamak Rezeki

sedang menonton episod terakhir tuan anas mikael. kisah perebutan kasih dan harta. tamak jawatan, kuasa dan pangkat.

kerana lupa rezeki itu hak milik allah. yang dipinjamkan kepada makhluknya. yang perlu dikembalikan kepada pemiliknya dengan amanah. maka makhluk allah sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan harta. sanggup membunuh secara fizikal dan bukan fizikal. sanggup membunuh diri orang lain. dan sebenarnya sanggup membunuh diri sendiri.

tamak rezeki juga melalui menipu. mengaku tentang perkara yang tidak benar. berani mengaku melakukan amanah untuk membuat tuntutan. berani mengaku punyai ilmu dan kepakaran untuk dapat tuntutan sambilan. semoga kita tidak tergolong dalam golong penipu, perompak, pencuri dan pemecah amanah.

Rezeki Untuk Kita

kita berdoa semoga sentiasa mendapat rahmat allah. kita berdoa semoga sentiasa dilimpah kurniakan allah dengan rezeki yang halal.

jodoh adalah rezeki. anak adalah rezeki. pekerjaan adalah rezeki. jawatan adalah rezeki. pangkat adalah rezeki. kuasa adalah rezeki. ilmu juga adalah rezeki. dan banyak lagi rezeki milik allah yang allah kurniakan kepada makhluk hambanya. rezeki datang dengan ujian.

dan peringatan kepada saya dan mereka yang saya kasihi, rezeki yang kita terima adalah amanah daripada allah. kerabat dan kaum keluarga serta persahabatan adalah rezeki.

Rabu, Disember 02, 2015

Kaya atau Miskin

saya pernah dikatakan gila oleh seorang kawan lama. gila sebab takut nak kaya. takut jika dah kaya akan jadi takkabur, sombong, suka berdengki, tamak, kedekut.

kemudian seorang kawan ingatkan saya. berfikirlah secara positif. fikirlah jika dah kaya akan dapat tolong orang susah. akan sentiasa rendah diri, gembira dengan kejayaan orang lain, bersyukur dengan rezeki yang ada, murah hati. oops tersentak juga. kenapa dok berfikiran negatif? adakah sebab melihat contoh yang tidak baik? sedangkan ramai contoh yang baik.

kaya adalah ujian. miskin adalah ujian. kita tak mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat. kita tak mahu kaya di dunia tetapi miskin di akhirat. lebih baik miskin di dunia tetapi kaya di akhirat. baik lagi, kaya di dunia, dan kaya di akhirat. semoga kita sentiasa mendapat rahmat allah.

Selasa, Disember 01, 2015

Prestasi Organisasi

prestasi atau pencapaian organisasi mencerminkan tahap kejayaan organisasi mencapai matlamat atau objektif penubuhannya. jika sebuah organisasi berjaya mencapai obejktifnya, maka organisasi tersebut telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan amanah.

jika organisasi tersebut tidak berjaya mencapai matlamat dan objektifnya, organisasi boleh diandaikan ytelah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. organisasi boleh  analisis perlu dilakukan untuk mendapatkan sebab dan akibat. organisasi yang gagal capai matlamatnya boleh diandaikan telah pecah amanah. pegawai di organisasi tersebut boleh diandaikan telah pecah amanah.

perancangan strategik adalah satu cara membantu organisasi berada di trek yang akan menghala ke arah pencapaian matlamat dan objektif organisasi.

Jujur dan Ikhlas

salam. ucapan dan perbuatan. perlu seiring dengan niat dan jiwa.

salam bermakna mengdoakan semoga orang yang bersama kita, secara fizikal atau sebaliknya, berada dalam sejahtera, dunia dan akhirat. apabila bersalaman kita bersama mengharapkan kebaikan bersama.

maka apabila kita mengucapkan salam kepada pihak lain, diandaikan kita berniat baik terhadap pihak tersebut. tetapi bagaimana jika kita biasa gunakan salam hanya sebagai pemanis, yang kemudiannya akan dituruti dengan sesuatu yang tidak manis?

apabila diketahui kebiasaan kita bersalam secara tidak jujur dan tidak ikhlas, kita akan diandaikan dan dilihat sebagai seorang yang tidak boelh dieprcayai dan diyakini. kita akan dilihat sebagai tidak berkredibiliti. dan kita tidak akan dihormati, malah akan dipersendakan. semoga kita sentiasa jujur dan ikhlas.

Ahad, November 29, 2015

Kredibiliti atau Tumpangbiliti

kredibiliti atau namabaik. kredibiliti berkait kepercayaan dan keyakinan satu pihak kepada satu pihak.

jadi kebiasaan, orang lama suka membantu orang baru. orang lama biasanya diharapkan akan meningkatkan keupayaan orang baru. maka mentor biasanya orang lama sebab diandaikan lebih berpengetahuan dan berpengalaman.

tetapi biasa juga orang lama akan ambil peluang terhadap orang baru. orang lama akan minta orang baru buat sesuatu kerja dan jika berjaya, orang lama akan ditonjolkan. jika tidak berjaya, orang baru dipersalahkan.

dan biasa juga orang lama akan menumpang dengan kerja orang lama. tumpang penulisan. tumpang penyelidikan. maka biasa terdengar orang lama meminta atau mengarah orang baru untuk meletakkan nama orang lama dalam hasil kerja orang baru.

kredibiliti sepatutnya menaikkan nama kita. tetapi jika tingkahlaku, pemikiran dan perasaan, malah jiwa kita hanya suka menumpang, mengambil peluang atau menindas terhadap orang lain, maka kita hanya tingkatkan tumpangbiliti kita. dalam bahasa inggeris, 'piggy-back', dalam bahasa melayu, membontot babi? siapakah kita? dimanakah integriti kita?

Rezeki Yang Barakah

ada pelbagai rezeki. yang halal, yang haram. rezezki adalah nikmat. rezeki adalah amanah. rezeki adalah ujian.

sebagai seorang muslim. kita doa dan usahakan rezeki yang halal. rezeki yang akan menambah peluang kita mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. rezeki yang barakah. rezeki yang menambahkan keimanan kita.

rezeki yang barakah bukan dinilai dari segi material sahaja. rezeki yang barakah tidak dinilai setakat fizikal, mental dan emosi. rezeki yang barakah mengutamakan jiwa kita, ruh kita. berpakaian dan bertuturkata sahaja tidak cukup.

rezeki yang barakah adalah seperti walaupun sedikit, tetapi mencukupi dan memuaskan keperluan kita. pasangan, anakcucu, dan harta kita boleh menunjukkan sama ada rezeki kita adalah barakah.

Jumaat, November 27, 2015

Pokok Yang Sihat

bertukar fikiran bagus untuk penambahan ilmu. alhamdulillah berpeluang berbicara tentang kemajuan diri dan organisasi bersama mereka dari kejuruteraan, senibina dan perhotelan.

pokok pada setiap masa, akan ada daun yang luruh. biasanya yang luruh adalah yang tidak sihat atau yang sudah uzur. gugur daun tua dan lama memberi peluang daun baru berada di puncak. gugur daun tua membolehkan pertumbuhan daun baru. gugur daun lama membolehkan pokok menjadi lebih tinggi, menjadi lebih sihat. resmi alam tumbuhan, apabila sampai tempoh, yang tua diganti yang muda. sampai tempoh, yang lama diganti yang baru.

hanya pokok jadian atau plastik sahaja, daun lama tetap di tempatnya, tidak gugur2. hanya pokok jadian sahaja, tiada daun baru ganti daun lama. dan pokok plastik sangat suka dihias dengan lampu begemerlapan.

daun tua yang bagus, akan gugur menjadi baja untuk turut membesarkan dan menyihatkan pokok.

I Man, Tak Kisah

macam aiman tak kisah. tak kisah tentang apa orang kata. tak kisah tentang apa berlaku di sekitar. janji diri sahaja senang.

tapi seorang manusia tidak boleh hanya fikirkan tentang diri sendiri sahaja setiap masa. manusia mahkluk bermasyarakat. manusia perlu bersama manusia lain. maka manusia perlu ambil kisah, ambil berat, bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.

jika kita ambil kisah diri sahaja, kisah orang lain tak diperdulikan, bolehkan kita kata kita ini manusia. manusia punya perasaan. perasaan yang perlu kita ambil berat berkait saling menghormati. jika kita tak kisah tentang orang lain, tak hormat orang lain, maka orang lain pun tak ambil kisah dengan kita. tak hormat dengan kita.

maka jadilah kita sebatang kara atau seekor kera sumbang. kita sakit atau kita susah, orang tak ambil kisah.

Khamis, November 26, 2015

Rezeki dan Kredibiliti

rezeki ada kaitan dengan kredibiliti kita. kredibiliti berkait dengan kepercayaan.

kredibiliti juga adalah keyakinan. dan kredibiliti juga adalah rasa hormat. maka kredibiliti adalah juga maruah serta airmuka kita.

jika rezeki diterima dikaitkan secara pecah amanah, tidak jujur, tidak ikhlas, melalui memperbodohkan orang lain, mengambil peluang ke atas kepercayaan terhadap kita, menipu, kesombongan, dan pelbagai tanggapan negatif, maka kita dianggap tiada kredibiliti.

maka seorang yang di anggap sebagai tidak mempunyai maruah akan dipandang sinis, dipersendakan, dan dijauhi orang lain. semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang rendah atau tiada kredibiliti.

Kerja dan Rezeki

biasanya kita disuruh belajar rajin2. supaya dapat masuk u. lepas kerja dengan kerajaan. sebab gaji tetap,

kerja dgn kerajaan biasanya masa untuk sah jawatan ambil masa lebih lama berbanding swasta. dan kerja dengan kerajaan payah nak dibuang kerja berbanding swasta. maka biasanya juga, gaji kerja kerajaan lebih rendah berbanding kerja di swasta.

apa tujuan bekerja atau ada pekerjaan? pelbagai jawapan bergantung kepada niat kita. biasanya untuk dapat duit. biasanya lupa kerja itu amanah. gaji didapati sepatutnya setimpal dgn amanah dijalankan. tetapi ramai yang ingin gaji atau pendapatan daripada pekerjaan tanpa ingin beramanah.

maka ramai terkejar2 jawatan lebih tinggi kerana inginkan gaji lebih tinggi. lupa akan amanah yang lebih berat. ada yg ingin jadi cikgu atau pengajar walaupun tiada ilmu dapat dikongsi atau diajar. semoga kita terima pendapatan setimpal dengan amanah kita jalankan. semoga rezeki kita adalah rezeki yang barakah.

Rabu, November 25, 2015

Amanah atau Ampunah

amanah bermakna kembalikan barang yang diberi minima sebagaimana diterima. lagi elok, dikembalikan kepada pemberi iaitu pemilik dengan keadaan atau nilai lebih baik.

ampunah adalah gabungan ampu dan punah. atau gabungan bodek dan rosak. atau gabungan kipas dan hancur.

apabila kita diberi jawatan, ianya berkait tugas dan tanggungjawab serta amanah. bukannya hanya untuk kita ampu, bodek dan kipas bos. kemudiannya kita punahkan, rosakkan dan malah lagi teruk hancurkan organisasi.

jika bercakap tentang amanah, perlu perlakuan pun amanah. jangan cakap dega2 sajo. ingatan untuk saya.

HARU

haru atau biasa kita sebut terharu. dikaitkan sebak dan gembira. terharu terima hadiah dan pujian, maknanya kita suka dan boleh buat titis air mata gembira.

HARU bagi saya, Hidup=Amanah+Rahmat+Ujian. kita biasa dengar, hidup adalah ujian. kita hidup dengan rahmat allah. hidup adalah amanah yang akan ditanya di akhirat.

maka jika kita ter HARU dengan kehidupan, kita sedar bahawa rahmat dan ujian dalam kehidupan di dunia membuat kita gembira dan juga menangis kerana perlu beramanah. hidup bukan untuk main-main. setiap saat kehidupan kita akan dipersoalkan nanti.

Selasa, November 24, 2015

Disoal dan Ditanya

mana kita lebih selesa, disoal atau ditanya? apa beza disoal dan ditanya?

biasanya, jika ditanya, kita mungkin beri jawapan, kita mungkin tidak beri jawapan. dan jika kita ditanya, tahap kurang selesa hanya sedikit. kita kerap dengar 'hanya sekadar bertanya aje'. senyuman boleh memuaskan yang bertanya.

tetapi jika disoal atau dipersoalkan, maka kita diharap dapat memberi jawapan yang memuaskan pihak yang mempersoalkan kita. persoalan berkait amanah. persoalan berkait integriti yang disoal. senyuman tidak akan selesaikan persoalan.

Kerja Gila

buat kerja yang sama, harap atau jangka hasil berbeza. kerja orang gila.

jika kita cakap kita akan berubah atau akan ubah cara kerja lama, tetapi kita hanya cakap saja, buatnye idok. sama ada kita gila atau kita buat orang lain gila. orang yang sekali cakap tak serupa bikin, dan suruh kita terus mengharap orang yang berkata akan pegang amanah, berjanji tidak akan ulang silap dan salah, kata kita semua sama, tapi bezakan pula untuk dirinya dan kroninya.

kita yang terkena sebab kita berfikiran positif, bahawa yang berkata dan berjanji akan kota katanya.
tetapi jika terkena kali kedua, kita yang bodoh atau kurang cerdik. atau kita memang gila kerja.

Isnin, November 23, 2015

Kitaran Kerja

ada beberapa kitaran kerja sebagai panduan diri.

sasar, rancang, usaha, semak, ulang. buat, baiki, buat, ulang. bantu, maju, bantu, ulang. sedia, semak, lulus, ulang.

kitaran kerja berkait dgn kehidupan. kerja adalah ibadah. maka jika sedar matlamat hidup, iaitu beribadah kepada allah, kita akan kerja dgn beramanah. kitaran atau rutin kehidupan seperti bekerja akan berulang sehingga kita tiada lagi masa untuk bekerja.

teguran juga adalah amanah. janganlah kita menyesal kerana tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah. jangan tunggu sehingga kita dan seluruh umat manusia melihat kita ditanya tentang amanah kita di dunia.

Jaga Kain

ada pepatah atau peribahasa atau simpulan bahasa, 'jaga tepi kain sendiri, jangan sibuk jaga tepi kain orang'. dalam bahasa orang putih 'mind your own business', yang tidak bermakna jaga perniagaan sendiri. ianya lebih kepada ambil tahu hal sendiri, jangan sibuk hal orang lain.

adakalanya, pepatah di atas ada betulnya. ada kalanya, tidak betul. memang kita perlu ambil berat tentang diri kita sebelum ambil berat atau menyibuk tentang orang lain. tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, hal seorang boleh babitkan atau beri kesan kepada hal orang lain. kalau kita hal kita, orang lain halnya sendiri, itu bukan bermasyarakat.

jaga diri untuk jaga orang lain. jaga orang lain untuk jaga diri. kenal diri untuk kenal orang lain. kenal orang lain untuk kenal diri. bantu diri untuk bantu orang lain, bantu orang lain untuk bantu diri.

kehidupan sekarang yang hanya pentingkan diri sahaja bukan cara hidup bermasyarakat. sibuk untuk baik. baik untuk sibuk.

Sabtu, November 21, 2015

Jawatan Hakiki

jawatan hakiki seorang pensyarah adalah berkongsi ilmu dgn pelajar melalui kuliah. kerja lain adalah sampingan atau tambahan.

pentadbiran bukan tugas utama seorang pensyarah. jawatan dimohon sebagai pensyarah. bukan memohon jadi pentadbir akademik di ipt. maka jika seorang itu lebih berminat dan utamakan jawatan pentadbir akademik berbanding sebagai pensyarah, dia telah tidak jalankan amanah.

kenapa beria2 nak jadi pentadbir akademik? mungkin sebab tiada ilmu boleh dikongsi dengan pelajar. dan pelbagai kemungkinan lain. jika memang tidak mahu jadi pensyarah, elok letak jawatan sahajalah.

Khamis, November 19, 2015

Tawar

tawar ada banyak makna. tawar diri boleh bermaksud mencadangkan atau merelakan diri untuk sesuatu jawatan atau pekerjaan. ianya berkait tawarkan diri untuk kuasa. tetapi juga untuk tugas, tanggungjawab dan amanah.

tawar boleh juga bermaksud tiada atau kurangkan rasa. selalunya tawar hati atau tawar rasa menyebabkan rasa kurang menarik atau kurang selesa. menyebabkan rasa sebaliknya daripada tawar diri, lebih kepada menarik diri.

kerja berpasukan perlukan rasa selesa semasa bekerja dan seronok bekerjasama. saya kerap rasa tawar hati untuk bekerja jika yang tawarkan diri untuk jawatan yang perlu bekerja dengan saya tidak boleh bekerja, tidak akan buat saya selesa bekerja, atau hanya buat-buat kerja.

Rabu, November 18, 2015

Berita Baik Berita Kurang Baik

berita ada baik. berita ada kurang baik. bunyi macam cerita hindustan, ada kala suka, ada kala duka.

berita baik bagi satu pihak boleh jadi berita kurang baik bagi pihak lain. organisasi saya terima berita baik ikut pandangan saya. bos setuju terima tawaran sambung pelantikannya. alhamdulillah. ramai yang suka. ada juga yang berduka.

di organisasi lain, pada pandangan saya terima berita kurang baik. ketua yang baik diganti dengan yang kurang baik. pandangan saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya dengan yang mengganti, dan yang diganti. mungkin pihak lain berpandangan berbeza dengan saya.

pesan saya kepada saya, ingat pesan bos akademik. tugas dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan kita adalah amanah. lakulah sebaik-baiknya. amanah akan ditanya dan perlu dijawab. yang penting, kita harapkan balasan baik, bukan balasan buruk, iaitu siksaan.

Pemimpin dan Pasukan

pemimpin pasukan dalam organisasi boleh menentukan pencapaian dan kejayaan organisasi. betul pilihan, beetul arah tuju. salah pilihan, salah arah tuju.

pemimpin mesti layak memimpin pasukan dalam organisasi. pemimpin mesti berupaya mempengaruhi pasukan untuk mencapai matlamat organisasi. layak bermakna boleh buat kerja yang diamanahkan kepada pemimpin. dan boleh bekerjasama dengan pasukan untuk capai matlamat organisasi. gaya kepemimpinan perlulah berteraskan manusia dan berteraskan kerja.

pemimpin dipilih oleh orang jawatan atasan pemimpin, rakan setara jawatan dan rakan jawatan bawahan. tepat pilihan atau silap pilihan, yang memilih perlu menjawab di akhirat.

alhamdulillah. tahniah dan terima kasih kepada dekan fsr uitm yang akan meneruskan kepimpinan beliau di fsr bermula 1 disember 2015. semoga rakan dalam pasukan bersama mencapai dan menjayakan amanah/

Ahad, November 15, 2015

Homecoming to Our Alma Mater

homecoming, alma mater. ianya sangat berkait. homecoming berkait dengan kembali ke suatu tempat  yang memberi makna dalam kehidupan kita. alma mater bermakna tempat (emak/ibu) yang membimbing kita sehingga kita menjadi siapa kita sekarang. alma mater biasanya dikaitkan dengan sekolah atau universiti yang telah kita hadir dan bergraduat.

homecoming 2015 itm/uitm 2015 adalah pada 20-22 nov 2015, jumaat hingga ahad. bagi majoriti graduan itm/uitm, itm/uitm banyak membimbing graduannya sehingga mereka berjaya dalam kehidupan mereka sekarang. maka homecoming atau balik kampung adalah perjalanan kembali ke masa yang banyak memberi makna di awal kehidupan graduan.

jom ramai-ramai kita balik ke itm/uitm. walaupun kita mungkin dibimbing selain daripada di shah alam, shah alam adalah induk semasa itm/uitm.

Kasihnya Ibu

kasihnya ibu berterusan. sehingga ke hembusan terakhir seorang ibu. kalau yang beranak dan tak sayangkan anak, dia bukan seorang ibu.

tidak kira usia anaknya, seorang ibu akan sentiasa bertanya khabar. seorang ibu akan sentiasa mengambil berat tentang kehidupan anaknya. makan minum, pakaian, tempat tidur, pelajaran, kerjaya, kawan2 dan lain2 berkait dengan anaknya. malah panjang dan pendek rambut anak. seorang ibu sanggup menjaga anaknya jika cucu sendiri tak mahu menjaga.

kasih ibu berkait dengan pemahaman ibu tentang tugas, tanggungjawab dan amanah seorang ibu. ayah, anak, dan orang lain juga perlu tahu dan faham tugas, tanggungjawab dan amanah seorang ibu. dan nabi pernah memberitahu bahawa kita perlu sentiasa hormat dan kasih kepada ibu kita.

Beli-belah

membeli-belah adalah satu bentuk terapi. ianya juga satu bentuk penyelidikan.

saya suka ke pasaraya hyper. mencari barang yang mungkin diperlukan. atau sekadar melihat harga semasa barangan. selain daripada itu ianya juga satu bentuk senaman sambil menolak troli.

saya juga memerhati pembeli dan pengunjung lain ke pasaraya atau tempat yang saya kunjungi. saya bersyukur dengan rezeki yang ada membolehkan saya berbeli-belah. ianya juga mengingatkan saya bahawa ramai juga mereka yang perlu berjimat untuk meneruskan kehidpan harian.

harga semakin naik. ianya kerana pelbagai alasan. beli barangan yang perlu sahaja. ianya termasuk rumah dan kereta. sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Jumaat, November 13, 2015

Mana Hilang?

soalan yang diajukan kepada saya di surau semalam selepas bersalaman selepas solat isyak. sebelum solat, imam di dalam surau ternampak saya dan tersenyum. sebelum solat, seorang prof uitm mencuit saya dan menunjukkan isyarat jari bermakna bagus.

ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. lebih 2 bulan tiada solat bersama di surau. sebelum solat saya juga berkira-kira, jumlah hari saya hilang dari surau. lebih daripada 70 hari.

seronok apabila kehilangan kita ditanya dan dicari. seronok juga apabila kehadiran kita dihargai dan diiktiraf oleh masyarakat. jika kita silap, mohon maaf. jika kita terima hadiah, ucap terima kasih. orang berbudi, kita berbahasa.

Khamis, November 12, 2015

Bina Pasukan Kita

tiga perkataan yang kesemuanya penting. tidak boleh dipisahkan. mereka perlu bersama.

tujuan bina pasukan kita adalah untuk mengubah pasukan kita menjadi lebih baik. bina ke arah lebih baik. pasukan yang mempunyai anggota bermatlamat sama. kita bermakna bukan untuk kepentingan individu tertentu atau sekumpulan kecil sahaja.

jika niat kita adalah sebaliknya, maka kehadiran hanyalah berniat tidak jujur, tidak ikhlas, tidak amanah. hanya ingin meruntuhkan pasukan kita. hanya ingin kuatkan kumpulan sendiri sahaja. maka setiap kali kita cuba bina pasukan kita, dan hadirnya elemen negatif, matlamat pasukan mempunyai semua sebagai anggota tidak akan tercapai.

tetapi yang bagusnya, terserlah diri yang sebenar. terserlah kumpulan yang sebenar. dan kita tahu siapa yang sebenarnya ingin bersama membina pasukan kita.

Amanah dan Rahmat

ramai yang ingat seronok pegang jawatan. seronok dapat kuasa. tetapi ramai lupa tentang amanah yang datang dengan jawatan dan kuasa.

sudah lebih dua bulan status saya berubah. ramai yang gembira. ramai yang seronok. saya pun seronok dan gembira dengan rezeki dan rahmat yang saya terima. tetapi saya juga sedar amanah yang datang bersama rahmat.

rahmat adalah juga ujian. jika kita sedar tentang amanah bersama rahmat, kita akan berhati2 dengan kuasa yang kita terima. sebab kesemua kita akan ditanya di akhirat berkaitan amanah yang diserahkan kepada kita semasa di dunia.

Mekanisma Beladiri Ego

mungkin saya pernah berkongsi perkara ini. tetapi mekanisma beladiri ego adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita.

mekanisma ini juga dikenali dalam bahasa inggeris sebagai ego defense mechanism. dan ramai orang suka ringkaskan menjadi ego sahaja. ramai juga yang salah faham bahawa ego bermakna negatif. ego setepatnya adalah sesuatu yang positif kerana berkait dengan realiti dan kematangan kita. mbe atau edm mempunyai ciri yang positif dan ciri yang negatif.

mbe yang negatif sebenarnya perangai macam budak2. mbe yang positif dan ego, berperangai seperti seorang dewasa.

Sentap dan Santap

dua yang berbeza. sentap dan santap. satu menyeronokan. satu sebaliknya, tidak menyeronokan.

apabila kita bersantap, kita seronok menikmati juadah dihidangkan kepada kita. kita hargai apa yang diberi dan dikongsikan dengan kita. kita akan rasa dihargai.

tapi apabila kita tersentap, kita rasa tidak seronok. kita tidak suka, marah atau sedih dengan apa yang kita dapat. apa diharapkan, lain yang diterima. bukan sahaja yang tersentap akan rasa tidak seronok, pihak lain pun turut tidak seronok.

menghargai dan menghormati perlukan kematangan. dan kematangan adalah tahap keilmuan kita. yang mana satukah kita?

Rabu, November 11, 2015

Tugas, Tanggung Jawab dan Amanah

bos akademik di fakulti hari ini. antara intipati perkongsian beliau adalah berkaitan tugas, tanggung jawab dan amanah.

ramai daripada kita ambil mudah dengan jawatan dipegang. jawatan di sini juga bermaksud pekerjaan kita. ambil mudah seperti buat secara tidak beramanah. matlamat utama adalah duit atau kesenangan diri berbanding matlamat organisasi,

maka ada yang guna nama orang lain untuk boleh bersukaria. ada yang meminta melihat maklumat walau pun bukan tugas beliau. ada yang fikir tentang tuntutan walau pun kerja dibuat tidak setaraf dengan tuntutan. tapi apabila ditanya, akan jadi defensive. dan akan mudah salahkan orang lain.

antara 4 sifat rasulullah s.a.w yang perlu kita contohi adalah beramanah. jika sudah tidak amanah, letaklah jawatan. jangan nanti sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Banyak Nama Lupa Nama

godek godek... dapat akses semula. lupa emel untuk blog ini. tanda dan ingatan usia kita.

alhamdulillah ingat semula. dapatlah akses semula. maka bolehlah teruskan berkongsi pandangan di blog asal.

maka blog baru perlu ditidurkan.

Rabu, Februari 18, 2015

Pemain Berkelayakan

letih apabila pemain sama yang akan turun padang. tak kira pertandingan apa. mereka yang sama jadi ayam tambatan pengurus dan kapten pasukan.

yang asyik memekik melolong di tepi padang ramai, kerana mereka tak boleh main. konon mereka ada kelayakan untuk bermain pada posisi tertentu. dicadang dan disokong oleh pihak tertentu, berkuasa dan berkedudukan. malah dipilih manjadi ahli pasukan walau memang tak layak.

biasalah, tong2 kosong yang akan kuat bunyinya. harapan pengurus dan kapten pasukan sedar siapa yang menyumbang kepada pencapaian pasukan. iktiraf dan hargai mereka yang jalankan amanah. jika tidak pasukan akan kehilangan mereka yang produktif. mereka yang produktif jika tidak terima ganjaran sewajarnya akan burn out, dan seterusnya meninggalkan apsukan.

Ahad, Februari 08, 2015

Mati Itu Pasti

Ramai daripada tahu mati itu pasti. ramai daripada kita terima hakikat mati itu pasti.

tapi berapa ramai yang bersedia untuk mati? bersedia untuk hidup di dalam kubur? bersedia untuk hari akhirat? bersedia untuk di syurga selama2nya?

walaupun kita sentaisa menghadapi berita kematian, tetapi apabila ianya berlaku kepada mereka yang sangat kita kasihi, kita pasti akan terasa kesedihan. mungkin sebab kita tak apsti akan berjumpa lagi. mungkin sebab kita tidak pasti adakah yang mati akan selesa di kubur. mungkin sebab kita tak pasti kita dapat bersama di syurga.

selagi masa masih ada, selagi itu kita berpeluang untuk bersedia untuk mati dengan sejahtera. selagi ada masa, maka kita masih boleh bersedia untuk selesa di kubur dan di akhirat. selagi masa masih ada, kita masih boleh bersedia untuk kita dapat syurga dan kekal di syurga, bersama dengan mereka yang kita aksihi.

Kejayaan Yang Dicari

ramai yang nak berjaya. ramai memberi erti berjaya yang berbeza antara satu sama lain.

berjaya berkait dengan masalah/ berjaya adalah apabila berupaya mengatasi masalah dan tidak lagi bermasalah. bagi umat islam, berjaya yang diinginkan adalah berjaya dunia dan akhirat. yang amat diingini adalah berjaya di akhirat. iaitu berjaya mendapat syurga sebagai tempat tinggal yang abadi.

tadi mendengar cerita berkaitan kejayaan orang yang berusia 70an. ada berjaya dengan kerjaya. ada berjaya dengan pendidikan sendiri. ada yang berjaya dengan pangkat dipegang. ianya berkaitan kejayaan diri sendiri.

ada yang bercerita tentang kejayaan dunia anak2. tetapi anak2 tidak berjaya dalam agama. belajar tinggi2, pegang jawatan tinggi2, dapat pendapatan tinggi2, tetapi kejayaan di akhirat mungkin akan di tahap terendah kerana agama. agama ditolak kerana cinta kepada manusia. agama ditolak kerana tidak cinta ibubapa. ibubapa yang pada asalnya nampak berjaya dalam hidup mereka kemudiannya kelihatan kecewa kerana gagal dengan masa depan yang abadi untuk anak2.

semoga kita berjaya dunia dan akhirat. semoga kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat allah. semoga kita emnjadi teman rasulullah di akhirat dan di syurga.

Selasa, Januari 20, 2015

Banjir Luaran dan Dalaman

2014 kali kedua saya terlibat dengan Mercy untuk misi banjir. 2013 di Kemaman, misi pasca banjir. 2014 di Pasir Mas dan Rantau Panjang semasa banjir.

dua keadaan berbeza. tetapi kedua2nya memberi kesan mendalam kepada mangsa dan yang memberi bantuan. kerugian harta boleh membawa kepada gangguan fizikal, mental dan emosi. tetapi mereka yang sihat dan kuat kesihatan spiritualnya akan sentiasa kuat walaupun hilang harta dunia.

banjir mengingatkan kita. semuanya milik Allah. jika Allah nak tarik balik apa yang Dia beri, hanya sekelip mata kita sahaja, tiada dapat menghalang. begitu juga jika Allah nak beri sesuatu kepada hambaNya, tiada yang dapat menghalang. kesan luaran dan dalaman mungkin sama, mungkin berbeza. semoga banjir yang berlaku membuat kita lebih hampir dengan Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tiada Tuhan Melainkan Allah