Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mei 30, 2022

Kos Memiliki Kereta

Memiliki kereta baru atau lama, memang melibatkan kos kpd pemilik. Selain duit muka, bayaran bulanan, yg termasuk bunga, banyak lagi kos langsung dan tak langsung, dgn memiliki kereta.

Setiap bulan ada kos bahan api, selain tol, dan meletak kereta bagi pemilik tertentu. Setiap beberapa bulan ada kos selenggara. Setiap tahun kos cukai jalan dan insuran. Dan setiap 2 tahun atau lebih, ada kos tayar.

Memiliki kereta juga tingkatkan kos kpd tempat tinggal kita. Sama ada berebut tempat letak kereta, atau bayar bulanan tambahan utk tempat kereta. Harga rumah, pangsapuri juga termasuk kos tempat letak kereta. Dulu2, rumah kos murah tiada tempat utk kereta, jadi harga murah.

Kereta: Aset atau Liabiliti

Kereta boleh jadi aset, boleh jadi liabiliti. Mungkinkah kereta lebih sebagai liabiliti berbanding sebagai aset?

Jika kereta adalah sumber langsung utk dapatkan pendapatan, spt digunakan utk ehailing, penghantaran barangan, ianya adalah aset. Tapi mengguna kereta utk kegunaan peribadi, kereta bukanlah aset kita?

Memiliki kereta kpd ramai, adalah liabiliti. Banyak kos langsung dan tak langsung ditanggung pemilik. Bermula dgn kos bayaran muka, dan bayaranbalik pinjaman dgn bunga minima 50% drpd nilai pinjaman. Tempoh bayaran balik pinjaman ikat aliran tunai kita.

Sabtu, Mei 28, 2022

Tekanan Darah & Nadi

Tekanan darah adalah blood pressure. Nadi adalah pulse.

Kita biasa risau dgn bacaan bp. Jarang risau ttg kiraan nadi. Kecuali kita seorang atlet, kiraan nadi rendah boleh jadi tanda masalah kesihatan. Biasa jika sakit kepala, dilihat bp tinggi. Tapi sebenarnya mungkin sebab nadi yg rendah.

Nadi berkait bekalan oksigen juga. Jika nadi rendah utk umum, maka kurang darah, kurang oksigen, terutama ke kepala.

Khamis, Mei 26, 2022

Brooch Raya

Tahun ni saya tidak sedekahkan duit raya. Saya hadiahkan brooch atau mini pin baju.

Brooch ini diberi kpd lelaki dan perempuan. Yg perempuan akan guna utk pinkan tudung. Yg lelaki akan guna sebagai butang baju melayu.

Terkejut saya dgn sambutan penerima brooch drpd saya. Keseronokan jelas di muka semasa memilih dan menerima hadiah. Terima kasih sudi terima.

Raya Sebulan

Kebiasaan di negara kita, raya diraikan sebulan syawal. Hari2 hujung minggu di lembah kelang biasanya jalan akan jam, kerana ramai ke sana ke sini utk beraya.

Bermula isnin minggu ini, saya hadir ke majlis raya di uitm. Isnin di upr, selasa di suaraya, rabu di ug, tadi sambut sesama kawan fsr di kak anie shellrock, dan esok insyaallah di ican. Sabtu insyaallah dgn Mercy. Ahad saya tak dapat penuhi undangan Perkama di penjara kajang.

Risau juga dgn berat badan. Biasa di majlis raya, kita akan duduk lama sambil makan. Makan sikit2 tapi jumlah banyak dlm tempoh lama, kerana seronok dgn kenalan yg ada bersama.

Tekanan Darah dan Sakit

Atau bp & pain. Sakit akan sebabkan bp tinggi. Adik saya berikan saya ubat utk darah tinggi tadi.

Hari ni kepala berdenyut2. Selasa lepas sakit kepala mungkin sebab lama di padang kawad. Bp hari ni >150. Semasa buat check up di pusat kesihatan dan hospital bbrp minggu dan bulan, bp tinggi. Ada yg >170.

Doktor suruh cukup rehat, bersenam, jaga makan. Selain drpd itu, saya rasa mungkin sbb sakit tengkok yg buat tangan kiri saya sakit. Selagi sakit di tengkok/leher tak hilang, saya rasa bp saya tidak akan normal.

Rabu, Mei 25, 2022

Suaraya dan Majlis Raya

Alhamdulillah, setelah 2 tahun tiada kerana covid19 dan pkp, suara raya dan majlis raya diadakan semula di uitm. Selama 3 hari berturut2 bermula pada hari isnin, di pejabat saya.

Semalam majlis disertai kesemua ptj uitm. Kali ini di padang kawad semula. Lebih selesa utk hadirin yg ramai berbanding di dlm datc. Tapi di tengah cuaca yg panas. Tadi saya penuhi jemputan uitm global. Jiran pejabat.

Biasanya, apabila capai usia tertentu, jamuan makanan bukan lagi tujuan utama hadir majlis makan. Tetapi yg dinanti adalah peluang berjumpa kaum kerabat, sahabat dan kenalan baru dan lama.

TShirt Sukan Kontingen Negara

Alhamdulillah. Adik saya hadiahkan sehelai tshirt sukan kontingen negara ke Sukan SEA 2021 Hanoi.

Sejak beliau bertugas dgn ISN, hampir setiap kali beliau bertugas dgn kontingen negara, saya akan dapat minima sehelai tshirt sama ada yg rasmi atau yg dijual di negara tuan rumah. Selain tshirt, kadang kala dapat tracksuit. Hadiah sama ada yg baru atau terpakai.

Ada yg telah kami beri kpd orang lain juga. Dan setakat ini, yg mungkin paling berharga, sehelai tshirt ditandatangani pemenang2 pingat emas di sukan paralimpik 2016 Rio De Janeiro.

Iqra... Laqad Jaakum

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah… 👇👇👇


1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat

2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia

3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan

4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan

5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar

6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya

7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan


Untuk dipermudahkan hafazan:


Ayat 128 Surah At-Taubah

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”


Ayat 129 Surah At-Taubah

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”


Erti ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


Erti ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Makanan Biasa Di Awal Syawal

Siang 1 syawal mkn satay, rendang, nasi dagang, nasi minyak, roti & kuzi, kurma daging, ketupat, lemang, nasi impit, soto, kuih muih, biskut raya, kek, minuman bergas, minuman berais.

Malam raya pertama mkn nasi putih, ikan singgang, ikan kering, budu, ulam, sayur goreng, telur dadar, air sejuk kosong.

2 syawal? Nasi goreng, nasi berlauk, nasi kerabu, maggi...

Sabtu, Mei 21, 2022

Kerja dan Kos Kehidupan

Gaji minima telah ditetapkan pada rm1.5ribu sebulan. Tapi banyak perniagaan di lembah kelang kekurangan pekerja. Kualiti perkhidmatan berkurang atau menurun.

Di kedai2 makan, bilangan pekerja spt pelayan berkurang. Tadi di gerai makan, saya diberitahu, 'sila cedok nasi sendiri. Kami kurang pekerja'. 

2 mlm lepas, saya ke sebuah outlet kedai yg mempunyai lebih 800 ratus cawangan. Hanya ada 2 pekerja, 1 di kaunter, dan 1 lagi bergerak2 dlm outlet. Barangan banyak habis, atau tak bersusun.

Iklan2 banyak dipamerkan di luar kedai2 mencari pekerja. Biasanya tanda ekonomi bagus. Tapi sekarang, mungkin sebaliknya?

Amanah dan Kita Semua

Alam ini milik Allah. Kita hanya dipinjamkan masa utk mentadbirnya.

Tapi ramai yg lupa atau tidak tahu. Maka perkataan dan konsep amanah takut nak dikongsi. Diutamakan utk kongsi tentang integriti dan rasuah. 

Amanah berkait kehidupan kita. Kehidupan di dunia, dan di akhirat. Tapi yg telah sesat atau tergelincir, utamakan undang2 ciptaan manusia berbanding u2 Allah.


Pentadbir Wakil Penjajah

Polisi pendidikan penjajah utk keluarkan drpd kilang, pentadbir yg baik, patuh kpd arahan orang atasan, tanpa soaljawab.
Maka diberikan jawatan, pangkat, gelaran, kuasa, harta, utk lalaikan drpd amanah kpd Allah, pemilik alam semesta.

Diwujudkan penjajah ganjaran dunia utk capai matlamat dunia.
Ganjaran yg jadikan pentadbir sombong, kedekut, dengki, tamak dgn apa yg telah mereka ada, dan apa yg belum mereka ada.

Sehingga bila kita ingin dijajah dan dijarah?

Masalah dan Kajian

Masalah perlu dikaji utk ditangani, sama ada utk diselesaikan, dikurangkan, atau dielak. Kajian ada dlm pelbagai bentuk.

Ada kajian sekejap shj, sbb ilmu dan bahan yg ada utk tangani. Ada kajian yg lama. Masalah dan kajian berkait dgn polisi dan prosedur. Tak semua polisi dan prosedur yg ada berkait dgn masalah dan kajian yg ada.

Elak besar dan panjang tali drpd beruk. 

Kaya dan Gemuk

Org dikatakan kaya jika dia gemuk. Gemuk fizikal. Gemuk material.

Gemuk dgn kaya dunia? Makan banyak, lebih drpd perlu? Gemuk dgn lemak, iaitu gemuk dgn benda yg tidak sihat sebab berlebihan?

Tak semua yg gemuk tidak sihat, tidak baik. Tapi jika gemuk, dikaitkan dgn membazir?

Bazir di Hari Raya

Kita biasa membazir. Biasanya ramai, termasuk saya, banyak berbelanja utk beraya.

Raya adalah membesarkan, meraikan, meriakan. Ramai lupa, atau spt kata org klatey, 'tok khabar ingat', apabila berbelanja utk beraya. Bagus utk raikan dan riakan di hari kebesaran 1 syawal. Tapi ada hadnya. Setakat mana perlu dan kita mampu.

Ada yg beraya, termasuk saya, sebab lupa atau sengaja, bazirkan di bulan syawal, apa yg didapati semasa di bulan ramadan. Tanda2 kita tidak atau kurang dapat manafaat ramadan?

Bazir di Bulan Puasa.

Bazir atau sia2kan. Ramai drpd kita biasa membazir. Termasuk saya.

Bazir berlaku apabila penuhi kehendak drpd yg diperlu. Di bulan puasa, kita banyak membazir. Bazir makanan sbb beli atau sediakan makan minum lebih drpd diperlukan. Biasa berlaku membeli di bazar ramadan. Semasa perut sedang lapar, nafsu kuasai kita. Mujur pakai mask, kurangkan nafsu ikut bau makanan.

Bulan puasa utk kawal nafsu. Tapi kita sebaliknya jika kurang ilmu dan tegas diri.

Selasa, Mei 17, 2022

Raikan Ilmu

Hari guru biasa utk raikan guru. Guru adalah pendidik utk kebaikan.

Ada yg bangga dgn gurunya. Ada guru yg bangga dgn pelajarnya. Raikan guru dan pelajar jika berkongsi ilmu tentang amanah.

Jika bangga tentang yg tidak berkongsi amanah, tidak layak dipanggil guru, atau sebagai pelajar. Amanah berkait dgn adab utk kebaikan. 

Raya dan Usia

Seronok beraya dan berjumpa dgn keluarga, kawan dan kenalan. Ada yg dah lama tak jumpa. Ada yg kerap jumpa.

Ada yg tak jumpa secara bersemuka tapi secara maya. Ada yg hanya dapat lihat gambar shj. Keluarga, kawan, kenalan ingatkan kita tentang usia kita. Setiap kali raya, usia kita bertambah.

Raya bukan shj gembirakan kita, tapi sedarkan kita tentang usia dan masa. Usia dan wajah2 yg berlalu.

Isnin, Mei 16, 2022

Jiwa Guru

Guru disanjung tinggi sejak dulu2. Guru dianggap dapat bantu ubah nasib masyarakat dgn ilmu yg dikongsi mereka.

Guru diandaikan lebih berilmu drpd org lain. Maka masyarakat hormati kerjaya guru. Diandaikan yg jadi guru berjiwa utk kebaikan masyarakat.

Jiwa atau kasih atau kesedaran utk jadi guru yg ubah nasib masyarakat. Jika jadi guru utk kepentingan peribadi shj, molek berhenti shj.

Guru dan Ilmu

Guru dikaitkan dgn ilmu. Ilmu yg beri cahaya dlm kegelapan. Cahaya utk kebaikan.

Sekarang ramai nak jadi guru. Tapi ramai nak jadi guru sebab peluang kerja, bukan kerjaya. Sekarang lebih mudah naik pangkat sebagai guru berbanding pensyarah.

Tapi, kerana syarat kelayakan akademik yg tinggi utk jadi cikgu dari peringkat tadika hingga sekolah menengah, banyak kerja pentadbiran berbanding berkongsi ilmu.

Sabtu, Mei 14, 2022

Kesihatan dan Keluarga

Menziarahi keluarga berkaitan kesihatan amat penting dlm kehidupan. Ianya mempunyai kebaikan kpd kita yg sihat dan yg tidak sihat.

Sebelum ziarah, perlu tahu kita mampu ziarah, dan keluarga yg tidak sihat mampu diziarahi. Kita nak elak kehadiran kita dgn niat baik berkesudahan dgn tidak baik. Elak ziarah jadi beban kpd kedua2 pihak.

Kehadiran keluarga melawat ahli keluarga yg tidak sihat diharapkan memberi kesan positif kpd kedua2 pihak. Sama ada secara fizikal dan bukan fizikal.

Ilmu dan Guru

Guru diperlukan utk berilmu. Ilmu adalah hanya utk kebaikan. Maka guru adalah yg kongsi kebaikan.

Kebaikan berkaitan amanah. Ilmu dikongsi sebagai amanah utk beramanah. Seorang guru mestilah seorg yg beramanah utk kebaikan. Seorg pemimpin adalah seorg guru.

Jika kita akui seseorang yg tak amanah sbg guru kita, bermakna kita tidak berilmu. Sebab kita menyokong dan memuji seseorang yg tidak amanah.

Rabu, Mei 11, 2022

Doktor dan Kesihatan

Dulu2, arwah atok inginkan saya jadi doktor. Tapi kali terakhir saya jumpa beliau, saya sedang belajar diploma perakaunan di itm, pada 1986.

Ada pelbagai sebab ibubapa, ahli keluarga nak kita jadi doktor. Ada pelbagai sebab kenapa sesorang pilih jadi doktor. Sebab saya tak jadi doktor kerana saya tidak layak secara akademik.

Doktor diamanahkan utk bantu urusan kesihatan. Tapi kita juga punyai amanah lebih besar utk jaga kesihatan kita. 

Selasa, Mei 10, 2022

Jutawan Abadi

Ramai nak jadi jutawan. Pada setiap semester, saya tanyakan kpd pelajar2 saya, jika ada rm10juta, bgmn anda gunakannya.

Ramai ingin jadi jutawan dunia. Kumpul harta dunia, utk berbelanja di dunia. Tak ramai nak miskin di dunia, dan jadi jutawan di akhirat, jutawan abadi.

Jutawan di dunia perlu banyak wang di dunia. Maka ramai yg lakukan apa shj walaupun pecah amanah. Utk jadi jutawan abadi mudah, jaga amanah.

Ramadan dan Jutawan

Di bulan ramadan, ramai yg keluarkan duit lebih drpd bulan2 lain. Ramai yg tidak kisah berbuka di tempat2 mahal atau bukan tempat biasa berbelanja.

Ramai yg murah hati. Bersedekah utk berbuka puasa di surau dan masjid. Bersedekah utk anak yatim, dll. Ramai peminta sedekah ambil peluang dgn bulan puasa.

Untuk jadi jutawan amat mudah di bulan puasa berbanding bulan2 lain. Tidak semestinya berbelanja atau miliki rm1juta. Setiap pahala di bulan puasa dinyatakan berganda drpd bulan2 lain.

Pulanglah

Nyanyian Aisyah. Tentang rayuan kpd orang yg tersayang utk pulang ke kampung. Pulang kembali bersama yg merindu dan yg menyayangi kita.

Ada yg tidak pulang kerana kerja. Ada yg tidak pulang kerana kekakangan lain. Ada yg tidak pulang kerana telah kembali ke rahmatullah.

Jika tidak pulang kerana perasaan marah, molek pulanglah. Hari raya masa terbaik utk saling bermaafan. Biasa yg menunggu kepulangan yg tersayang sedia memohon maaf walaupun tidak bersalah.

Balik Kampung Hohoho

Hohoho biasa dikaitkan ungkapan santa claus semasa hari krismas. Lawatan dgn hadiah.

Lagu sudirman, balik kampung juga kepulangan dinanti. Tetapi hati girang lebih kepada yg nak balik kampung. Hadiah yg penting bukanlah kuih raya, tapi kehadiran diri di kampung semasa beraya.

Lagu ini mula dinyanyikan semasa saya bersekolah di kuala kangsar. Kami akan pasang dan nyanyi lagu ini apabila hendak balik bercuti semasa cuti sekolah. Hohoho hati girang...

Kepulangan Dinanti

Lagu kegemaran saya. Terutama pada hari raya. Nyanyian Aman Shah. Selain lagu ini, banyak lagu lain berkaitan pulang berhari raya.

Biasanya, diandaikan ibubapa yg menanti kepulangan anak cucu yg dikasihi. Menanti utk berjumpa setelah berpisah setahun kerana kerja anakcucu di perantauan. Pertemuan yg mungkin kali terakhir.

Anakcuvu juga turut gembira dgn kepulangan ke kampung/ rumah ibubapa/datuknenek. Tapi, tak semua anakcucu balik beraya. Dan ibubapa akan berair mata teringatkan kepulangan yg dinanti.

Isnin, Mei 09, 2022

Raya dan Kaya

Ramai yg kaya di hari raya. Ramai juga yg kurang kaya di hari raya.

Ramai yg bergaya umpama org kaya di hari raya. Boleh dilihat daripada gambar2 yg dikongsi di media sosial. Gambar tunjukkan pakaian berjenama baru silih berganti. Aksesori, kasut, perhiasan rumah, kereta, dll.

Ramai yg kemudiannya kurang kaya selepas raya. Kos balik beraya ada yg melebihi sebulan gaji. Maka ramai yg berhutang dgn anak2, pasangan, atau ibubapa selepasa raya bergaya.

Raya dan Gambar 2

Sekarang, jika beraya tanpa bergambar, dkira pelik. Ramai yg bergambar raya akan berkongsi gambar di media sosial. Ada pelbagai sebab utk perkongsian.

Gambar raya akan tunjukkan kpd kita yg tersurat dan tersirat. Gambar tunjukkan ahli keluarga baru. Gambar juga bagitahu ahli keluarga yg telah tiada. Gambar tunjukkan keeratan keluarga.

Tidak semua suka bergambar raya. Masing2 ada alasan tersendiri. Gambar raya berkait dgn memori.

Raya dan Gambar

Raya dan gambar adalah kembar. Terutama sekarang. Raya tak lengkap tanpa gambar raya.

Dulu2, sebelum hp canggih spt sekarang, kebanykan gambar diambil guna kamera biasa. Bukan semua keluarga ada kamera. Ada yg upah jurugambar utk datang kevrumah utk ambil gambar. Ada ygvpinjam kamera kawan utk ambil gambar keluarga.

Dan adakalanya, gambar raya akan dapat dilihat berbulan2 selepas diambil. Atau dilihat di hari raya berikutnya, di rumah keluarga di kampung.

Ahad, Mei 08, 2022

Era Gig

Era gig atau ekonomi gig. Gig dulu2 dikaitkan dgn persembahan kugiran di kelab2 malam.

Gig sekarang berkait dgn kerja tidak tetap dan berpencen. Pekerjaan sementara, kontrak, keusahawanan. Dulu2, kerja kontrak dikaitkan dgn buruh binaan, industri pembinaan, industri hiburan.

Ramai sekarang terlibat dgn ekonomi gig. Diandaikan, dlm masa terdekat, majoriti penduduk AS akan bekerja sbg pekerja gig.

Percaya dan Ilmu

Ilmu penting utk percaya kpd seseorang atau sesuatu. Tahap ilmu tentukan tahap kepercayaan.

Ramai yg percaya dan yakin bermati2an tentang kebaikan dan kebenaran dgn ilmu yg dimiliki. Tapi ramai yg ilmu sedikit atau tiada ilmu, tidak mahu tingkatkan ilmu utk tahu kebenaran yg sebenar.

Mungkin mereka ini adalah mereka yg seumpama disebut dlm surah yasin, ayat 9. Sebab sombong, tamak, kedekut, dengki, maka ditutup pandangan dan perasaan terhadap kebaikan dan kebenaran.

Percaya & Yakin

Kita percaya dan dan yakin kpd siapa dan apa yg kita suka. Jika mereka juga suka kita, sama ada ikhlas atau pura2, kita juga percaya dan yakin tentang mereka.

Biasanya, kita akan mudah percaya dan yakin dengan keluarga kita. Ibubapa percaya dan yakin anak2 mereka sentiasa betul, benar, tak buat salah. Begitu juga anak2 dgn ibubapa, sesama adik beradik. Begitu juga pengikut dgn ketua.

Jarang kita tidak percaya dan yakin kebaikan, kebenaran keluarga kita, kawan2 kita. Sehinggalah Allah buka hati kita, bahawa mereka yg kita percaya dan yakin, suka, puja dan puji, adalah manusia biasa, ada buat salah dan silap.

Sabtu, Mei 07, 2022

Pesan Sahaja

Pesan shj atau 'just order'. Tapi pastikan kita mampu bayar utk pesanan kita.

C19 dan pkp membuka era baru dlm kehidupan kita. Walau pun komunikasi memang penting sejak dulu, semasa pkp c19 dan pasca pkp c19 telah bangun, kembang, dan majukan keperluan dan kepentingan komunikasi menggunakan tanpa bersemuka (non face to face - non f2f).

Perkhidmatan, urusniaga produk, dll lebih cepat dan mudah. Tapi isu keselamatan urusniaga masih belum 100% selamat dan kukuh (safe & secure).

Kereta dan Status

Kita dibiasakan status seseorang dgn kereta dimiliki. Dulu2, jika ada kereta dikira seorg yg berada. Dulu2, jarang2 rumah ada kereta di laman rumah.

Sekarang, hampir setiap rumah ada kereta. Kebiasaan sekarang, sebuah rumah ada minima 2 kereta. Ada rumah yg ada banyak kereta. Kita andaikan, lagi banyak kereta, lagi kaya tuan rumah. Jenama kereta juga lambangkan tahap kekayaan pemilik kereta.

Dulu2, bilangan kereta di itm boleh dikira. Kakitangan dan pelajar ke sana ke sini ramai yg berjalan atau bermotorsikal, atau naiki bas. Sekarang, di uitm, hampir semua kakitangan miliki kereta, dan pelajar juga ramai berkereta. Adakah ianya tanda uitm bukan lagi utk golongan b40?

Kereta dan Jalan

Semalam saya ke rumah seorang saudara utk beraya. Terpaksa tumpang adik kerana kereta ada masalah bateri.

Saya lalui banyak jalan2 yg dah lama tak lalu kerana c19 dan pkp. Alhamdulillah, walau pun hari bekerja, laluan lancar, sebab ramai masih bercuti, masih di kampung atau dlm perjalanan pulang ke kota.

Banyak jalan2 baru telah dan sedang dibina. Jika saya yg memandu, mungkin sesat atau lambat sampai ke rumah saudara. Perlukah banyak jalan2 dibina?

Kereta dan Bajet Kita

Molek dihadkan 20% shj drpd pendapatan bulanan utk kereta/pengangkutan. Maka jika pendapatan sebulan adalah rm4ribu sebuah keluarga, bajet bulanan utk kereta maksima rm800 sebulan.

Bajet pengangkutan molek dipecah kpd 3 jika miliki kereta. 1/3 utk bayaran balik pinjaman, 1/3 utk minyak, parkir, tol, dll, dan 1/3 utk insuran, cukai jalan, dan selenggara. Kiraan mudah, jika bajet 20% utk kereta adalah rm600, maka rm200 utk pinjaman, rm200 utk minyak dll, dan rm200 utk cukai jalan dll. Pendapatan minima bulan adalah rm3ribu.

Ramai miliki kereta walau pun secara logik tidak cukup bajet. Ada yg miliki kereta sehingga bajet kereta sebulan adalah 40%-50% drpd pendapatan sebulan. Ramai berhutang utk kereta yg bukannya aset.

Kereta Mampu Milik

Antara kos kehidupan adalah kos pengangkutan. Pengangkutan manusia dan bukan manusia.

Dulu2, tak ramai mampu beli kereta. Sekarang pun, sebenarnya tak ramai mampu milik kereta. Tapi dgn riba yg tinggi melalui tempoh pinjaman dipanjangkan dari 4tahun sehingga 9 tahun, ramai kononnya mampu milik kereta.

Kos milik kereta molek maksima 20% drpd pendapatan bulanan kita. Tapi sekarang ramai gunakan sehingga 30% drpd pendapatan keluarga. 

Jumaat, Mei 06, 2022

Majlis Raya di Surau dan Masjid

Memang dah banyak surau dan masjid telah adakan majlis raya di surau dan masjid, selepas solat raya. Jamuan disediakan sumbangan kariah dan juga disediakan surau/masjid.

Majlis sebegini banyak kebaikan. Antaranya, menggalakkan ramai hadir ke surau dan masjid utk beraya. Kita dapat berjumpa dan bertanya khabar lebih lama dan mesra berbanding bersalaman selepas solat shj.

Kariah berjimat tak perlu risau tetamu hadir ke rumah yg mungkin sempit, tak berhias. Rumah dapat kekal sbg ruang peribadi tuan rumah.

C19 dan Surau

Kebaikan c19, banyak surau dibenarkan utk adakan solat jumaat. Lebih ramai hadir ke surau selain kariah yg hadir solat 5 waktu.

Surau berpeluang dapat kutipan sedekah lebih banyak. Lebih banyak program immarahkan surau dgn kutipan diterima drpd jemaah.

Mungkin molek difikirkan semula keluasan dan rekabentuk masjid baru pasca c19. Semasa c19 dan pkp, masjid2 yg besar sunyi dan sepi, lebih sepi drpd hari2 biasa. 

Majlis Raya

Mungkin molek, majlis raya diadakan di surau atau masjid, atau di balai raya berhampiran surau/masjid. Diadakan selepas solat sunat raya.

Ianya beri peluang utk berjumpa ahli kariah, dan tetamu kariah di satu tempat. Adakan secara sederhana, dgn sumbangan kariah, dan bukan kariah. Tidak perlu hiasan yg mahal2.

Adakan majlis sehingga zohor shj. Jimat masa dan kos ramai kariah. 

Khamis, Mei 05, 2022

Raya Di Mall

Hari ni beraya di mall. Sebuah kompleks beli belah di sunway.

Nak makan selain satay, lemang, rendang, dll hidangan hari raya. Parking memamg penuh spt biasa. Tapi kedai2 makanan halal buka hanya sebahagian shj ruang. Sebab ramai pekerja masih bercuti.

Ramai juga umat islam yg ke mall. Mu gkin sebab telah kembali dari kampung. Mungkin juga rehat drpd beraya, sehingga bersambung sabtu ni pula?

Raya Seperti Dulu2

Adakah yg sudi bertamu? Sudi ziarah? Jika raya dirai spt dulu2.

Tiada duit raya utk kanak2. Kuih raya atau biskut raya hanya satu atau dua. Hidangan utama hanya lemang dan rendang. Air pula kordial shj.

Tiba2 raya peluang spt dulu2? Secara sederhana. Tanpa langsir, sarung kusyen kerusi baru. Tetamu duduk bersila, bersimpuh mengadap seperah shj, tanpa kerusi meja.

Rabu, Mei 04, 2022

Jamuan Raya

Juadah raya kita ikut budaya. Juadah raya kita juga ikut nafsu?

Memang tidak dinyatakan, juadah utk kita beraya. Tapi tidak bermakna, kita perlu berbelanja sehingga membazir, ikut nafsu, utk hidangan juadah kpd tetamu.

Setelah kita sihat menjaga makan di bulan puasa, elak kita tidak sihat kerana juadah raya. Elak juga juadah utk menunjuk2, utk ria, hasil drpd yg tidak halal.

Raya & Baru

Antara sunat hari raya adalah berbaju di hari raya. Mungkin berbaju baruutk solat sunat raya?

Tapi sekrg, ramai yg berbaju baru bukan shj utk solat raya. Ada yg minima 2 pasang, sepasang utk raya 1 dan raya 2. Ada yg 2 pasang yg baru utk 2 hari raya. Ada juga yg lebih lagi, baju baru, kereta baru, langsir baru, kerusi set baru, dll.

Ramadan belajar utk berjimat dan jaga nafsu. Tapi Syawal bukan utk berbelanja utk lebih drpd perlu, berbelanja utk ikut nafsu, berbelanja utk menunjuk2.

Puasa 6 Syawal

Pada raya 2, org2 lama dan tua, biasanya telah mula berpuasa 6 di bulan Syawal. Ganjaran 6 hari puasa di bulan Syawal bersama sebulan puasa Ramadan, umpama kita setahun berpuasa.

Saya tidak tahu budaya beraya di negara lain, tapi di negara kita raya sebulan. Maka ramai akan berhari raya di rumah saudara mara, sahabat dan kenalan serta penuhi jemputan. Majlis raya ada yg penuh sebulan Syawal.

Ramai drpd kita kembali leka selepas Ramadan. Mungkin sebab kita beraya secara bedo'oh, berlebih2 drpd yg wajib dan sunat? Ada yg lupa atau tak sempat berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Selasa, Mei 03, 2022

Raya & Makanan Dipesan

Hari raya bukan mudah nak pesan makanan. Atau biasa disebut 'order food'.

Mungkin sebab ramai pekerja kedai makanan segera dan penghantar makanan adalah org islam. Mereka ramai bercuti sehari sebelum raya, dan pada 2 hari raya?

Di kawasan perumahan, di jalan2, sunyi drpd penghantar makanan. Ramai sedang nikmati hasil penat lelah setahun dgn beraya di kampung.

Menu Raya & Keluarga 2

Raya dan makanan adalah kenangan kpd kita. Ada makanan yg hanya dinikmati pada raya shj.

Selain nasi minyak di rumah moyang, nasi minyak juga dihidangkan di rumah arwah tok ki no1. Sebenarnya nasi minyak nek (bonda tok ki no1), dimasak oleh tok ki no1.

Rumah tok ki no2, saya xberapa ingat juadahnya, selain kuih2 raya. Tok ki no2, seorg ustaz, jadi antara juadah biasa diberi kpd saya adalah ayat2 alquran.

Rumah arwah tok tar, biasa hidang satay. Burung murai di rumahnya biasanya akan beri salam dgn kehadiran tetamu.


Raya Pasca PKP

Raya tahun ni bolehkan kita kunjungi sedara mara islam utk beraya. Ianya kembali spt pra covid19 dan pkp.

Tahun ini kami tidak beraya di kampung di kelantan. Maka emak maklumkan kpd adik beradik dia utk beraya pertama di rumahnya. Memang kelam kabut apabila tahu raya pada isnin bukan selasa.

Alhamdulillah, raya diraikan dgn ria, dpt berkumpul spt biasa. Tapi, dlm suka ada duka. Raya kali ni, raya pertama tanpa ayah.

Menu Raya & Keluarga 1

Setiap keluarga ada menu raya masing2. Kita biasanya dah boleh agak, juadah raya di rumah keluarga tertentu. Ada yg masih saya ingat bagi mereka yg telah tiada.

Dulu2, di rumah moyang saya di kg raja, besut, menunya adalah nasi minyak, beserta kiuh2 manis kelantan spt jala mas, dll. Dulu2 mmg moyang yg buat sendiri, sebelum anak cucu atau tukang makanan, kuih yg buat.

Seorg moyang saudara, akan hidang satay. Rumah lamanya dah dijual. Tok sepupu yg menjaga arwah moyang pun dah tiada sebelum puasa tahun ni.

Juadah yg paling sedap dan dinanti pada hari raya adalah senyuman tuan rumah yg terhidang kpd kami yg mengunjungi mereka.

Isnin, Mei 02, 2022

Raya dan Keluarga

Raya dikaitkan dgn masa bersama keluarga. Ramai balik kampung utk beraya dgn keluarga.

Lagu2 raya mengingatkan utk beraya dgn keluarga. Begitu juga iklan atau cerpen tv berkait raya dan keluarga. Beruntung yg punyai keluarga utk beraya.

Tahun ni, keluarga saya tidak balik kampung, iaitu kampung datuk nenek di Kelantan. Alhamdulillah, kecuali 3 adik2 emak, adik beradik emak dpt beraya bersama di rumah kami, hari ini.

Raya 1433h

Hari ini, 1 syawal 1433h. Hari raya aidil fitri. Pada 2 mei 2022, bukan spt dijangka 3 mei 2022.

Memang ramai kelam kabut apabila pemegang mohor besar raja buat pengumuman, raya pada 2 mei, bukan 3 mei. Mereka yg di rumah serabut nak kemas rumah, sediakan juadah raya. 

Mereka yg di kedai, mall, buat betul2 last minute shopping. Dan ramai yg terpaksa bertolak balik kampung sebelum tengah malam, nak sampai ke kampung sebelum solat raya.

Walau pun huru hara, alhamdulillah, raya berjalan dgn riang ria. 

Ahad, Mei 01, 2022

Duit Raya

Duit raya hanya di negara kita? Umpama satu kemestian. Kanak2 bertandang utk duit raya, tak makan tak apa.

Saya bagi rm1 sbg duit raya. Tanpa sampul. Biasa saya akan ditegur, 'takkan rm1 shj?' Saya bagitau, 'nak, terima, tak nak, tak perlu terima'. Rm1 tak kira umur.


Raya dan Logistik

Biasanya, raya berkait dgn pengurusan logistik. Ada yg berkata antara kemahiran yg diperlukan ada pengurusan logistik.

Jika sambut di rumah, bukan balik kampung perlu urus sumber2 utk raya. Siapa akan buat apa, bila, dll. Perlu urus ttg barangan mentah, ruang tidur, juadah utk hari raya dll hari. Juga, atur gerakan tetamu kita dan kita sbg tetamu.

Jika balik kampung, biasanya atur, siapa balik bila, siapa tumpang siapa, siapa bawa brg apa, siapa ambil yg balik dgn kapal terbang. Saya suka susun kereta di ruang kawasan rumah. Dpt merasa kereta yg saya tak mampu beli.

Kereta dan Raya

Ramai menilai kejayaan keluarga dgn kereta yg dibawa balik ke kampung semasa beraya. Keluarga yg terdapat kereta berjenama tertentu dianggap sbg keluarga yg berjaya kerana kaya. 

Kanak2 akan terdorong ke rumah dgn kereta mahal dgn andaian habuan duit raya akan diterima adalah lumayan. Jika duit raya tidak spt harapan, mungkin terkeluar kata2, kereta mahal tapi kedekut.

Ramai akan balik dgn kereta baru. Ada yg sanggup pinjam atau sewa kereta utk dianggap hidup berjaya di kota. Amat jarang keluarga yg balik kampung dgn bas, atau keretapi sekarang. Biar papa, asal bergaya di hari raya.

Kereta dan Emosi

Biasanya, sekarang, memiliki sebuah kereta adalah satu tanda kejayaan. Seorang lelaki bujang akan menjaga kereta pertama dimiliki dgn penuh kasih sayang.

Kereta pertama akan 'di make-up' dgn pelbagai hiasan tambahan. Sama ada bahagian luar atau dalam kereta. Ada yg sanggup berbelanja ribuan ringgit sebab sayang dan bangga dgn kereta dimiliki.

Saya terkejut apabila seorg ahli keluarga akan tukar kereta selepas dimiliki beberapa tahun. Ianya umpama tiada ikatan emosi dgn kereta2nya. Beliau akan tukar kereta jika ianya lebih murah jaga kereta baru berbanding yg lama. Beliau ingatkan, miliki kereta sbg aset, bukan sbg beban liabiliti.

Karpet Terbang

Biasa kita lihat dlm cerita Aladdin, tentang karpet terbang. Atau permaidani yg boleh terbang, bawa kita ke mana kita kehendaki.

Mereka yg tidak suka kpd islam, suka persenda2kan islam. Permain2kan kepercayaan dan keyakinan umat islam. Adakah karpet terbang satu persendaan utk sejadah atau kain alas utk kita bersolat?

Pada zaman dahulu, sejenis roti, dibuat utk persendakan islam. Ianya berbentuk bulan sabit, crescent. Dipanggil croissant.

Pembaziran di Dunia

Kita banyak membazir. Beli yg tak patut beli. Miliki yg tak perlu dimiliki.

Banyak yg kita beli dan miliki bukanlah aset di dunia. Banyak yg sebabkan ia jadi liabiliti, sebab beli secara berhutang. Dan ramai lupa atau buat2 lupa utk bayar hutang. Liabiliti di dunia boleh jadi beban yg tidak baik di akhirat.

Pkp bnyk sedarkan kita apa yg patut atau perlu kita beli dan miliki. Tapi biasalah kita, setelah terasa senang sedikit, lupa utk beringat2 dan berjimat.

Vertigo

Setelah sekian lama, semlm semasa bangkit utk sahur puasa ke 28, saya kena vertigo. Terasa dunia berputar2.

Keadaan sekitar spt bergoyang2. Sebaiknya, saya terus baringkan diri. Tapi paksakan diri turun ke ruang tamu utk bersahur, sebiji kurma dan segelas air suamdgn 2biji panadol.

Seharian terbaring atas katil. Jika bangun, terasa diri tidak stabil. Alhamdulillah, masih boleh berbuka di rumah ibu.