Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, November 30, 2010

Surat Tawaran AC990

alhamdulillah. ini adalah sebahagian drpd kandungan surat tawaran utk melanjutkan pengajian di peringkat phd di uitm, bermula sem akan datang.

Name /
Name : BADRUL HISHAM BIN HUSSEIN

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengkuti program di UiTM:
We are pleased to inform you that you have been offered to study at UiTM, as below:
No Pelajar /
Student No : 2010734467
Semester /
Semester : DECEMBER 2010

No Kad Pengenalan/paspot
NRIC/Passport No : 670225035339
Mod Pengajian /
Mode of Study : S - FULL TIME

Kod Program /
Code of Programme : AC990
Kampus /
Campus : UITM SHAH ALAM

Nama Program /
Name of Programme : DOCTOR OF PHILOSOPHY OF ACCOUNTANCY


Anda dikehendaki mendaftar seperti berikut: / You are required to register as follows:
Tempat / Place : DEWAN SRI BUDIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, 40450 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh / Date : 18/12/2010

Masa / Time : 8:30AM - 12:30PM

insyaallah, saya akan usaha untuk menamatkan pengajian saya dgn seberapa segera yg boleh.

Anugerah Persatuan Cemerlang 2011

petang semalam dan petang tadi presiden peers 2010, wan berada di pejabat saya. sebelum itu beliau di pusat kerjaya dan kaunseling bersama encik din penasihat bersama peers.

hari ini adalah hari terakhir untuk penghantaran laporan aktiviti persatuan uitm untuk anugerah persatuan cemerlang 2011. presiden peers sekarang, wan adalah sebagaimana presiden peers dulu2. komited utk mendapatkan yg terbaik bagi peers. dan wan bersama ajktnya telah bertungkus lumus utk menyediakan laporan aktiviti peers sepanjang 2010. seingat saya, sebanyak 31 aktiviti telah disertai oleh peers, sama ada sebagai penganjur, penganjur bersama, fasilitator, peserta dsbnya.

pada 2010, peers telah dinobatkan sebagai persatuan terbaik di uitm. ianya adalah hasil bersama ajkt dan ahli peers 2009, dgn sokongan alumni peers, warga pusat kerjaya dan kaunseling, dan pihak2 lain dlm dan luar uitm yg menyokong usaha peers utk membantu sesama pelajar uitm, dan masyarakat untuk kesejahteraan bersama.

saya doakan agar peers dilimpahkan Allah dgn rezeki yg setimpal dgn usaha murni yg sentiasa dijalankan peers sebagai pemimpin pelajar di uitm bersama2lah kita berdoa agar peers sentiasa cemerlang.

Isnin, November 29, 2010

WIP - Integriti

itulah akronim utk 3 elemen utk menjadikan para akademia berbudaya cemerlang. w-wibawa, i-integriti, dan p-profesionalisma.

seorang nc bercerita pengalaman beliau bertanya kpd seorang profesor cara utk berintegriti. beliau meminta diberitahu nama buku yg mampu menjadikan seorang berintegriti, terutamanya seorang staf akademik. maka profesor tersebut telah memberi satu bungkusan yg mengandungi buku yg bercerita bagaiman utk berintegriti. pesan profesor tersebut kpd nc yg bercerita, 'buka bungkusan apabila anda dlm penerbangan'.

nc tersebut mengikut arahan profesor. setelah kapalterbang berlepas, maka nc pun membuka bungkusan dgn harapan yg tinggi utk mengetahui buku yg mampu memberitahu seseorang cara utk berintegriti. setelah bungkusan dibuka, nc mendapati bhw buku yg dimaksudkan profesor kenalannya adalah sebuah kitab alquran. maka sbg umat islam,kita sebenarnya beruntung krn alquran mengandungi segala rujukan utk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. bacalah. amalkanlah.

Urusniaga Secara Islam

kita dimestikan berurusniaga secara islam. maka ada yg memilih utk mengambil pinjaman perumahan dan kenderaan serta peribadi yg dikatakan adalah secara islam.

bagaimana pula dgn isi kandungan perjanjian jualbeli hartanah, kenderaan dan pinjaman peribadi serta untuk pinjaman lain? adakah kontrak atau surat perjanjian utk jualbeli ini secara islam. pada pandangan saya, kebanyakannya adalah tidak mengikut islam. kenapa? sebagai contoh s&p utk hartanah, jika kita sebagai pembeli tidak berhasrat meneruskan pembelian, kemungkinan besar kita akan kehilangan 10% bayaran muka yg telah dibayar. begitu juga utk urusniaga kenderaan. ramai yg kerugian apabila 'booking fee' disapu oleh jurujual. maka mengikut perjanjian yg ada sekarang, pembeli jika lewat membayar baki harga jualan akan didenda dgn bunga sebanyak 10% setahun.

maka dimanakah keadilan utk pembeli disini? berapa banyakkah syarikat perumahan, penjual perseorangan dan terutama sekali peguam berjaya menyapu rezeki bakal atau pembeli. apakah pandangan pakar2 perundangan islam kita? bilakah peras ugut dan pengambilan deposit secara haram ini akan berakhir?bilakah pengguna dlm bentukpembeli akan diwakili dgn adil? saya percaya bhw keadilan akan terserlah jua dgn kuasa Yang Maha Adil dan Yang Maha Berkuasa.

KKDKP 2010

26-28nov 2010, saya bertugas di pulau pangkor. memenuhi tuntutan mengikuti aktiviti pelajar. saya hadir sebagai penasihat persatuan, penceramah jemputan dan pegawai pengiring utk program 'kursus kepimpinan dan kecemerlangan peers 2010'.

terima kasih kpd pihak penganjur yg menjemput saya. terima kasih kpd encik abu, pengurus ceria bogak beach campsite (?). aktiviti2 yg dijalankan semasa program membuktikan bhw peers cemerlang sebagai pemimpin dan bakal pemimpin. seramai 4mantan presiden turut hadir utk berkongsi ilmu bersama pemimpin semasa dan bakal pemimpin peers.

menjalankan tanggungjawab memang memenatkan. tapi alumni, mantan presiden peers, staf hep dan saya insyaallah tidak akan burn out apabila menjalankan tugas bersama peers. ini kerana kami sentiasa seronok apabila dijemput utk menambahbaik program peers. semoga peers terus cemerlang.

Bersama KP KPT

pagi tadi saya bersama kp kpt. saya hadir ke program anjuran kpt di hotel pan pacific klia. saya tidak pasti kp kpt perasan atau ingat saya walau pun beliau hadir semasa konvo saya pd minggu lepas. saya berdiri memberi hormat kpdnya semasa beliau keluar di penghujung majlis.

bengkel berkaitan meningkatkan wibawa,integriti dan professionalisma untuk akademik berbudaya cemerlang. seramai 60peserta dijemput drpd ipta dan ipts. kebanyakan ipt menghantar nc atau tnc. 3 orang hadir sebagai uitm. saya hadir sebagai wakil kpd wakil kpd pengarah saya. jadi saya menahan diri saya drpd memberi komen semasa bengkel krn yg memberi komen sama ada secara sukarela ataupun dijemput oleh pengerusi bengkel adalah sama ada nc ataupun tnc,

insyaallah saya kan berkongsi bersama2 kawan2 hasil bengkel tadi. dan saya juga telah dijaga dan dilayan oleh 2pelajar saya semasa makan. mereka mencari rezeki yg halal semasa cuti sem utk meneruskan pengajisan mereka. terima kasih kpd yg sudi mewakilkan saya sbg wakil uitm.

Ahad, November 28, 2010

Konvo Graduan FSR

alhamdulillah, petang tadi graduan drpd fsr berkonvo.sesi konvo adalah pada sebelah petang. dukacita, saya tak dpt turut hadir kerana bertugas di pulau pangkor.

saya suka bertanya,'semasa konvo, siapakah paling gembira?'. ada yg menjawab graduan, ada yg menjawab kedua2 ibubapa, dan pelbagai jawapan lagi. kesemuanya bg saya adalah jawapan yg betul. ramai yg menyumbang utk membolehkan seseorang bergelar sbg graduan.

setiap kejayaan yg dicapai seseorang akan mempunyai makna yg berbeza kpd mereka yg hampir dan mengenali graduan tersebut. saya berharap dan berpesan kpd diri saya semoga setiap kali kita dan mereka yg kita kenali bergraduat, bersyukurlah kpd Allah terlebih dahulu dan selalu.

tahniah kpd graduan fsr utk konvo uitm ke 73. gunakanlah ilmu yg dikongsi semasa di uitm utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. pastikan ilmu diguna utk mendapat rezeki yg halal.

Khamis, November 25, 2010

Kita Merancang

kita mampu merancang. kita mampu berusaha. keputusan hanya di tangan Allah.

semalam 2kali saya kiwi kasut hitam saya. sebaik shj balik drpd uitm. dan sebelum tidur. pagi tadi sebelum turun ke kereta, saya kiwi bhgian depan. kasut ni saya jarang2 pakai. hanya utk majlis2 khas shj. walaupun dah hampir berusia 2tahun, tag harga masih lagi terlekat pada tapak kasut.

dgn penuh semangat saya melangkah ke tingkat 5 hep utk memakai jubah, hud dan mortar board saya. setiba di tingkat 5, sebaik shj saya mengangkat kaki kiri utk langkah seterusnya, saya terdengar 'praap'. alamak, tapak kasut kiri saya tertanggal. jam 7.30pagi. kawan di pejabat di pusat kerjaya dan kaunseling masih belum sampai ke pejabat. saya melangkah ke bilik air dan sms kpd encik din,kaunselor dan penasihat bersama peers. beliau balas, 'belum sampai pejabat lagi, ada kasut spare di bilik saya,minta par tolong buka pintu'.

saya ke pejabat am pkk, tiada par, tetapi ada kaunselor en rosdi. alhamdulillah, saya pinjam kasutnya. tapi longgar. setelah saya pakai jubah, hud, dan mortar board saya keluar dr pejbat pkk. saya terserempak dgn pak su, timbalan ketua kerjaya. alhamdulillah, saya dpt pinjam kasutnya. ianya lebih padan dgn kaki saya.

kaunseling banyak membantu saya utk tidak panik dlm kecemasan.dan sekali lagi staf pkk membantu saya dlm keadaan kecemasan dan mendesak. alhamdulillah, tapak kasut tertanggal sebelum di dlm dsb. atau tidak semasa saya melangkah utk menerima skrol di atas pentas. jika tapak kasut tertanggal semasa melangkah utk mengadap ydpa, agak2 apa seeloknya saya buat?

Konvo ke 73 UiTM


alhamdulillah, selesai pada tengahari hari tadi sidang 1 konvokesyen ke 73 uitm. alhamdulillah, saya menerima master forensic accounting and financial criminology drpd YDPA Tuanku Mizan. lebih kurang pd jam 11pagi.

seramai 600++ graduan lepasan ijazah (postgrad) pada konvo kali ini. seramai 18 graduan ac773. tahniah kpd dr ameer shakir (ad) dan dr halim, (edu) pensyarah usim dan setiausaha perkama. ijazah kedoktoran kehormat pada konvo kali dianugerahkan kpd 2mantan pemimpin itm/uitm,prof datuk dr mansor salleh (pengarah itm semasa saya mengambil diploma dan diploma lanjutan) dan prof datuk ir ahmad zaidee laidin (naib canselor pertama uitm).

terima kasih kpd kedua ibubapa, ahli keluarga, para pensyarah, mereka yg membantu secara langsung dan tak langsung dlm pengajian saya utk ac773 di uitm. hanya Allah yg boleh membalas seadil2nya utk setiap bantuan dan sumbangan serta pertolongan anda semua kpd saya sehingga membolehkan saya mendapat sarjana kedua saya, dn kelayakan akademik ke3 drpd uitm.

Selasa, November 23, 2010

Tahniah Kpd Sahabat

tahniah kpd seorang sahabat. beliau adalah ahli majlis penasihat uitm. tadi majlis bermesyuarat di uitm.

seorang sahabat pernah menjadi ahli lembaga pengarah uitm. semasa beliau memegang jawatan tersebut, saya pernah ditugaskan menjaganya. sehingga ke taman negara. insyaallah saya akan membawanya ke taman negara lagi.

insyaallah, saya akan cuba membawa sahabat yg menjadi ahli majlis penasihat uitm ke taman negara juga. supaya dpt melihat stesen uitm di taman negara.

Surah Al Fatihah - Mishari Rashid Efasy - Quran : Chapter1

Bersyukur

ramai suruh berterim kasih. tidak ramai suruh bersyukur kpd Allah.

ramai yg salah faham. ramai yg sering mengingatkan orang lain supaya berterima kasih kpdnya. mereka yg sering berkata 'kau kna ingat, kalau tak sebab ku, kau tak dapat kerja ni. kau tak dapat senang kalau tak sebab aku'. begitu angkuhnya mereka ini mereka rasa bhw mereka sangat berkuasa. merekalah yg menentukan rezeki orang lain. jadi orang lain mesti hormat dan berterima kasih kpd mereka ini.

ini adalah sesuatu yg salah. mereka lupa. segala yg ada di dunia dan di langit adalah milik Allah. Allah yg menentukan rezeki makhlukNya. tiada yg upaya melainkan dgn izin Allah. jadi saya tak hairan dgn mereka yg sombong dgn ilmu yg cetek. cukuplah Allah sebagai pengawal dan pelindungku.

ingatlah. bacalah surah alfatihah. belajarlah maknanya. dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, segala pujian kpd Allah tuhan sekalian alam..

Ambil Mudah

kita selalu katakan 'taking for granted'. ianya boleh diertikan sbg ambil mudah. atau tak ambil kisah. ianya boleh dikaitkan dgn sesuatu yg enteng bagi kita. maka kita andaikan ianya sesuatu yg bukanlah kesukaran utk kita hadapi atau dapati. sehinggalah berlaku sesuatu yg memberi eksan negatif kpd kita.

antara perkara2 yg kita ambil mudah adalah kesihatan kita. perhubungan dgn ibubapa dan keluarga yg terdekat. kita jarang memikirkan tentang menjaga kesihatan kita, hubungan dgn keluarga kita. kita hanya merasai kehilangan atau kesedihan apabila kesihatan terganggu. keluarga sudah tiada lagi.

maka sentiasalah menjaga kesihatan kita. juga hubungan dgn keluarga terdekat. terutamanya ibubapa, adik beradik, pakcik makcik, sepupu, pasangan hidup, anak2 dan lain2 lagi ahli keluarga kita. jangan dilupakan sahabat2 kita. berdoalah kpd Allah semoga mereka ini termasuk kita mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Perkhidmatan dan Senyuman

senyum itu sedekah. lebih mudah utk senyum drpd memasamkan muka. dgn senyuman boleh menjadikan diri lebih positif secara emosi. senyuman itu percuma, tetapi hasilnya boleh menambahkan rm kita.

semasa majlis makan malam kik uitm kawan2 di meja vip tak puas hati dgn cara layanan oleh pelayan. kalau nama dah pelayan, maka perlulah layan pelanggan. tapi, semasa sendukkan nasi pun macam tak ikhlas. nasi berterabur. senyuma pun tak ada.

hidangan lambat diletak. permintaan utk makanan tambahan lambat. kopi dan teh serta pemanis mulut tak dihidangkan. apabila dipanggil, mengelak atau buat2 tak nampak. macam tu janganlah jadi pelayan. baik dipanggil pemasam atau pemalas layan.

inilah berlaku apabila pelanggan tak dihargai. maka tiada sokongan utk diadakan majlis di hotel yg saya hadiri utk kik uitm ke 15 di klang baru2 ini.

SKT dan Tugas

kawan2 sibuk menyiapkan borang skt (sasaran kerja tahunan) utk 2010. saya masih belum mula. ramai mengharapkan keputusan cemerlang akan hasilkan anugerah cemerlang (ac) kpd staf yg cemerlang.

saya tidak layak dapat ac. itu ada yg berkata kpd penilai saya. saya tak buat kerja. itu kata orang yg sama. mungkin sebab saya tak tikam belakang sepertinya? mungkin sebab saya bekerja dgn mematuhi prinsip dan polisi? mungkin kerana saya kelihatan bekerja berbanding dia? Allah Maha Mengetahui.

siapa bos saya? ikut masa. ikut tempat. ada kala nc. ada kala tnc hea, tnc hep, tnc R&i, tnc jim, pnc inqka, pendaftar, dekan fsr, pengarah ined, dll. siapa yg sepatutnya menilai saya? seadilnya berdasarkan tugasan diberi kpd saya.

bagaimana dgn penemuan berkaitan pecah amanah? bagaimana dgn penemuan plagiarisma? adakah ini sepatutnya diambil kira? Hanya Allah Yang Maha Adil.

Isnin, November 22, 2010

Tugas dan Amanah Tugas

semasa kik saya berbincang tentang kepentingan sumber yg mencukupi utk memastikan kuantiti diproses secara kualiti. sahabat2 yg hadir di kik bersetuju.

tadi saya jumpa seorang bos. beliau brcerita tentang staf sedang mempertikaikan integriti bosnya. bos tersebut kerap keluar dari fakulti. suka berjalan dan melawat2. jpersoalan adalah, 'apakah sebenarnya dilakukan bos kpd bos ni'. adakah saja berjalan2 utk dptkan claim?

dan ada aduan tentang bgmna ada bos atau ketua yg diberi amanah utk menjaga program akademik memilih dan membahagi2kan kerja berbayar tambahan kpd kroni shj. mereka yg layak atau lebih layak diketepikan. maka soal kualiti ditimbulkan kpd saya.

memanglah ramai yg nak berkawan dgn mereka yg boleh melimpahkan atau membesarkan periuk nasi seseorang. dan akan ada juga mereka yg tidak boleh memasak nasi kerana tiada ilmu yg berkaitan memasak akan sama ada mencuri nasi drpd periuk orang lain, atau mengalihkan beras yg sepatutnya ke periuk lain dan sebaliknya memasukkan ke dlm periuknya. yg lagi teruk, dirosakkan periuk atau beras atau nasi mereka yg berhak. jawablah di akhirat.

Kebolehan dan Kemampuan

trust dlm bahasa melayu adalah kepercayaan atau keyakinan. ianya penting dlm hubungan keluarga, sahabat dan masyarakat.

seorang staf bercerita tentang 'trust'oleh bos kpd anak buah. beliau menyarankan saya supaya mengikut contoh bos lain yg berkata kpd bos lain 'saya percaya kpd staf saya'. saya bgtau kpd staf tsbt, 'saya pun percaya kpd kebolehan dan kemampuan staf saya.' saya juga percaya kpd kerja yg dilakukan oleh staf saya. dan sbg bos, saya juga perlu menyemak kerja staf saya krn jika kerja staf saya tidak lengkap, saya bertanggungjawab.

saya percaya kpd kemampuan staf saya berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman mereka. saya percaya kpd kemampuan staf saya berdasarkan latihan dan tunjuka ajar yg saya berikan kpd mereka. dan saya percaya kpd staf saya yg tahu utk bertanya jika perlu bertanya utk dptkan penjelasan.

maka, seorang bos lain tidak boleh pertikaikan kewibawaan staf saya. kerana bos mencerminkan staf, dan staf mencerminkan bos. kepercayaan adalah penting utk esprit de corp.

Integriti dan Ilmu

selepas peperiksaan akhir maka akan berlangsung pula peperiksaan lain. ianya utk menilai sama ada pelajar dituduh melakukan kesalahan mengikut akta 174 adalah bersalah atau sebaliknya.

ada pelajar semasa ditangkap semasa melakukan peperiksaan akan mengaku bersalah dan menandatangani borang pertuduhan. dan semasa perbicaraan pelajar akan terus mengaku bersalah setelah tuduhan dibaca. ini menjimatkan masa dan kos kpd uitm. hukuman sama ada denda, digantung pengajian, gagal kursus diduduki, dibuang drpd uitm.

ada pelajar semasa ditangkap akan mengaku tidak bersalah. ada yg menyatakan bhw beliau tidak meniru. ada yg mengatakan beliau dianiaya. pernah saya hadir dlm perbicaraan, pelajar menyatakan bhw mungkin pensyarah yg menganiayakan pelajar.

semasa peperiksaan, pelajar yg kerap ke tandas atau lama ke tandas disyakki akan berlaku tidak jujur. saya akan menulis komen pada mukasurat pelajar spt,'semasa ke tandas, tiada jawapan utk kesemua soalan'. dan saya akan terangkan maksudnya kpd pelajar yg bertanya.

sedih dan kecewa apabila pelajar tidak jujur dlm mendapatkan skrol atau kelayakan akademik. mereka tidak faham bhw peperiksaan adalah penilaian tahap ilmu yg ada dlm diri mereka. ramai yg inginkan keputusan lulus atau anugerah dekan utk kerja. mereka ketepikan soal cara mendapatkannya adalah tidak halal. dan lebih sedih jika pelajar yg sedang bekerja tanpa segan silu mencemarkan nama organisasi dgn tingkahlaku mereka ini. sama ada drpd organisasi beruniform atau lain2, integriti adalah penting.

penghormatan kpd ilmu yg didapati secara halal. begitu juga penghormatan adalah kpd ilmu yg diberi secara jujur dan ikhlas serta halal. sama ada pelajar, graduan atau pensyarah, integriti sangat berkait dgn ilmu. sila letak jawatan sebelum anda dipecat.

Ahad, November 21, 2010

KIK UiTM ke 15

kik uitm ke15 berlangsung drpd 19-22nov. ianya diadakan di kelang, bukan di kelantan sbgmana rancangan asal. ini sebagai tindakan pencegahan iaitu mengelak kik menghadapi masalah akibat banjir dijangkakan di kelantan.

memang ramai yg merungut apabila keputusan dibuat sangat hampir dgn tarikh kik dicadangkan. ramai drpd penganjur tidak dpt ke kelang. dan ramai yg kecewa krn telah disediakan senarai utk dibeli di wakaf che yeh dan rantau panjang. insyaallah, boleh lagi ke kelantan utk program lain.

saya meminta supaya dpt menginap di hotel. ianya utk memudahkan pergerakan saya. lokasi hotel bersebelahan dgn sungai kelang. dan berhampiran dgn masjid terapung kelang. dan saya tersesat semasa mencari hotel pada 20112010. alhamdulillah, saya selamat sampai selepas maghrib. roommate staf dari uitm sarawak.

tadi merupakan majlis penangguhan dan penyampaian hadiah. tahniah kpd uitm pahang krn kik reach menjadi juara dan juara keseluruhan. insyaallah ined/fsr akan melawat ke jengka utk benchmark. dan tuan rumah utk kik ke 16 pd 2011 adalah uitm johor. insyaallah saya jika dijemput akan hadir. terima kasih dan tahniah kpd penganjur kik ke 15, bhgian kualiti pej pendaftar dan uitm kelantan krn berjaya menganjurkan kik ke 15 dgn cemerlang.

Sabtu, November 20, 2010

Di SUK Negeri Selangor

saya berada di suk negeri selangor tadi. saya berada di dewan jubli perak. saya memenuhi jemputan drpd hj hasnor dan hjh zaiton. mereka meraikan perkahwinan anak mereka. hjh zaiton adalah seorang drpd sifu kaunseling saya di itm dulu. hj hasnor sifu kik uitm.

majlis bermula 12tgh. saya masuk ke dewan 11.50pagi. saya sampai cepat sebab saya ingatkan majlis bermula jam 11.30pagi. tetapi semasa saya di dewan, dah ramai ahli keluarga tuan rumah. saya 'menggori' hidangan utk tetamu. kali pertama buat saya.

terima kasih kpd hj hasnor dan hjh zaiton kerana menjemput saya ke majlis yg penuh makna buat mereka. majlis spt ini juga peluang utk berjumpa kawan2 dan eknalan bekas staf uitm dan staf uitm. semoga jodoh pengantin berkekalan dgn bahagia dan sejahtera.

Nama Gelaran

nama gelaran mempunyai pelbagai maksud. ianya mungkin menunjukkan pangkat kita dlm organisasi spt profesor. ianya menunjukkan kelayakan profesional kita spt doktor (perubatan dan bukan perubatan). ianya menunjukkan pengiktirafan drpd kerajaan spt dato', dsbnya.

nama gelaran yg saya nak kongsi adalah nama gelaran yg juga dikenali sbg 'nicknames'. saay sedang membaca buku berkaitan kolej melayu. ianya ditulis sempena 100tahun mckk pada 2005. dan dlm satu bab terdapat penulisan berkaitan nama gelaran. ianya menunjukkan keakraban diantara budak kolek.

yang menarik minat saya adalah nama gelaran budu. ianya ditujukan kpd mereka yg datang kpd pantai timur. saya ingat2 lupa bagaimana nama budu diberikan kpd budak kolek v84. mungkin sebab hampir dgn nama sebenarnya? mungkin sebab dia asal dari kelate? mungkin sebab dia bawa budu semasa di kolek? ada yg boleh ingat2kan saya? nama tersebut melekat sehingga ke itm dan sekarang. komen seorang yg mengetahui tentang penggunaan naam gelaran tersebut, 'klasik nama tu'.

Majlis Sirim-Industri 2010

tadi saya di sunway resort n hotel. saya hadir ke majlis sirim-industri 2010. saya memenuhi jemputan drpd datin noriyani, ceo kolej teknologi timur (ktt) sebuah kolej bersekutu uitm.

ktt menerima sijil iso 9001:2008 nya drpd pegawai atasan sirim. ktt telah membeli sebuah meja utk majlis malam tadi. 5 drpd ktt dan 5 drpd uitm yg hadir. drpd uitm termasuklah saya, pemangku pengarh ined, timbalan pengarah ppu, mantan pengarah ined dan mantan timbalan pengarah ppu. saya bukan mantan atau timbalan pengarah atau pengarah. saya hadir sebagai ketua unit pengurusan kualiti ined.

tahniah kpd ktt kerana merupakan kolej bersekutu pertama di bawah bimbingan dan perkongsian ilmu iso bersama saya yg berjaya mendapat pensijilan iso. kejayaan memerlukan kepimpinan yg berfokus dan penglibatan kesemua staf. tahniah sekali lagi kpd ktt. terima kasih krn menjemput saya utk membulatkan diri saya.

Jumaat, November 19, 2010

Solat Jumaat Di Masjid SSAAS 19112010

alhamdulillah, tadi saya sampai di mssaas utk solat jumaat sebelum azan. dan kelihatan dlm masjid masih lengang. mungkin sebab ramai masih bercuti, sambung drpd cuti raya korban.

alhamdulillah, saya dpt saf pertama. kalau kebiasaan, saya akan cuba dptkan saf pertama tetapi selalunya setelah jemaah bangun utk solat jumaat. kali ini masih ada lagi kekosongan sebelum azan jumaat. mungkin kecil bg kebanyakan orang, tetapi jikalah hasil berada disaf pertama dibayar 'cash', tentu ramai akan ebrebut nakkan saf pertama. selepas ini kena pula rajin2 ke masjid utk solat 5waktu sebagaimana yg telah dilakukan oleh adik bongsu saya.

setelah solat jumaat, saya menuju ke bahagian gerai2 jualan di bawah bahagian belakang masjid. tujuan saya utk membeli satu kitab yg saya telah 'intai2 dua kali sebelum ini secara fizikal. semalam saya lihat iklan kitab tersebut di internet. di gerai tersebut, hanya tinggal 2 kitab shj lagi. pakcik yg menjualnya bgtau, jika habis stok ni, kena tunggu tahun depan pula. setelah saya pegang dan belek2, saya pun membelinya. kitabnya adalah Syamil Al-Quran, The Miracle : 15 in 1. insyaallah, saya doakan agar doa pakcik yg menjualnya kpd saya 'semoga kitab ini memberi berkat' akan terhasil.

Khamis, November 18, 2010

Di Tepi Sungai Kelang

jika permintaan saya dipenuhi, saya akan bertugas di tepi sungai kelang. bukan d kuala lumpur, tetapi di bandaraya kelang sendiri.

tugas berkaitan kualiti. tugas berkaitan kreativiti. tugas berkaitan inovasi. dan saya mohon dibenarkan bermalam di tepi sungai kelang utk memudahkan saya menjalankan tugas dgn cekap dan tepat. tak larat nak berulang alik. tol dan minyak juga faktor yg diambil kira. jika saya tak bermalam di tepi sungai kelang, kemungkinan saya akan melalui 2tolberulang2 kali iatu mungkin 10kali melalui 2 tol yg sama. setiap kali lalu 2tol dah lebih rm2,jika 10 kali, senang2 rm20 utk tol aje.

kalau dahulu saya ingat kelang terkenal dgn burung gagaknya. semasa ke kelang ditahun 70an, bunyi gagak adalah sinonim dgn kelang. sekarang, gagak pun banyak berhijrah macam manusia juga, ke merata2 tempat di malaysia.

Jika Tak Sengaja

jika tak sengaja saya minta maaf. jika tak sengaja saya maafkan.

tapi jika sengaja, maaflah ya, saya tak maafkan. sebab sengaja nak cari pasal. sengaja nak menyusahkan orang lain. sengaja nak rosakkan orang lain kerana pentingkan diri shj. memang tak boleh dimaafkan jika agama digadaikan. maruah bangsa dijual. memang tak boleh dimaafkan, kerana inginkan harta, inginkan kuasa, agama ditolak ke tepi.

khutbah aidil adha yg disediakan oleh jakim amat jelas. tapi mereka yg berupaya memastikan ianya dilaksanakan hanya mengangguk2 semasa khutbah shj. di luar masjid selepas khutbah raya, khutbah hanya peringatan dlm masjid shj.

jika ada yg menghina junjungan kita, janganlah kita senyum aje. jika ada yg menghina agama kita, janganlah dipeluk saja orang yg berbuat demikian. jika dipeluk orang tersebut, bermakna kita menjual agama kita. hari jumaat adalah hari yg besar bagi umat islam. cuti pada hari jumaat bukannya bermakna kita tidak ingin kemajuan. cuti pada raya bukan bermakna kita dipaksa oleh pihak tertentu. 'balik kampung tanam jagung la'. jangan nak huru harakan negeri ambo.

Oghe Samo

oghe samo bermaksud orang yg sama. bukannya orang samoa, walau pun mungkin ada di antara kami yg mirip orang samoa.

ayat penuh adalah,'oghe samo jah, tepak jah lain'. maksudnya 'orang sama aje, yg berbeza hanyalah tempat'. ungkapan orang putih adalah 'same faces, different places'. ini telah saya nyatakan semasa sambutan aidil fitri yg dulu. dan ianya berlaku apabila keluarga berkumpul utk keraian atau majlis. dan keraian kali ini adalah hari raya korban. kita akan berjumpa muka2 yg sama dan bersalaman dgn tangan2 yg sama iaitu saudara mara yg sama tapi di rumah2 berbeza.

walau pun pada raya kali ini, lebih banyak rumah mengadakan makan2 pada satu hari yg sama berbanding raya puasa, saya dan adik2 hanya sempat ke 4buah rumah. dan memang ada ahli keluarga yg berkecil hati kerana tidak ke rumah mereka semalam. bukan tidak sudi, tapi masa terhad dan ruang dlm perut dah tahap maksima isinya.

itulah antara nikmat berhari raya. dpt berjumpa dgn kaum keluarga yg ada diantaranya jarang2 dpt kita jumpa kerana sibuk bekerja. itulah juga ungkapan nenek saudara kpd saya semalam, 'baru nampak, lama dah tak nampak sebab sibuk kerja'. dan kita perlu maksimakan masa yg ada kerana masa kita bersama keluarga amatlah terhad.

Urusan Membeli Tempat Tinggal

saya mempunyai teori bhw kita hanya mampu utk beli rumah/flat/dsbnya utk kita duduki dgn harga belian bersamaan 50bulan gaji kita shj. jika kita bergaji rm2ribu sebulan, maka kita hanya mampu beli rumah berharga rm100ribu shj.

selain drpd harga rumah, ada pelbagai lagi kos. saya hanya tahu apabila saya membeli sebuah flat. kos tambahan adalah, pendaftaran di pejabat tanah, kos peguam, kos duti setem, kos penilaian rumah dll. dan kadang2 ada lagi kos tambahan yg tak wajib tetapi diada2kan.

hidup di dunia hanyalah sementara. jadi saya cuba mencari rumah yg boleh membuat saya selesa berehat bersama mereka yg hadir di rumah saya. kita merancang, Allah menentukan. selain drpd berusaha, kita juga dinasihatkan berdoa kpd Allah, Tuhan Sekelian Alam. Jom kita sama2 sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat kita.

Rabu, November 17, 2010

Aidil Adha 1431H

alhamdulillah selmat menyambut aidil adha 1431h pd hari ini.solat raya di masjid dekat rumah. sampai2 kat masjid, imam bg ucapan dan setelah duduk sekejap, solat dimulakan lebihkurang jam 8.15pagi.

kemudiannya ke kota damanasara. singgah sebentar di surau melihat ibadah korban dijalankan. selepas itu ke rumah saudara utk makan pagi - nasi dagang kelantan. sempat mencuba ipad. menarik juga.

kemudiannya ke rumah makcik utk melawat nenek. alhamdulillah, nenek makin sihat. beliau kelihatan ceria dgn kehdiran anak2, menantu2 dan cucu2. hidangan spt biasa di rumah makcik amat banyak pilihan. macam2 ada. selepas solat zohor dan rehat sekejap,ke rumah makcik yg bongsu. saya memilih soto sbg pilihan pertama utk saya nikmati.

solat maghrib di masjid wilayah/jalan duta. alhamdulillah, hampir di belakang imam, sbb tak layak di belakang imam masjid. akhir sekali ke rumah datuk saudara. menikmati nasi minyak. satu hari di hari raya yg amat membulatkan diri. terima kasih kpd semua.

Selasa, November 16, 2010

Membeli Buku di Kedai Buku UiTM

tengahari tadi saya ke kedai buku uitm lagi. ianya setelah saya makan tengahari di kafe bangunan menara saas. saya makan 'chicken chop' berharga rm7shj.

saya di kedai buku uitm lebih drpd 1jam. hampir kesemua rak buku yg ada di kedai saya tengok. tumpuan utama saya spt biasa adalah rak yg menempatkan 'clearance sale'. saya memilih beberapa buah buku utk koleksi saya drpd ruang tersebut. seterusnya saya meneliti ruang buku2 agama. saya beli koleksi 'iqra utk perbaiki bacaan alquran saya.

kali ini saya berbelanja melebihi rm100 utk 4buah buku. selain buku 'iqra, saya beli buku financial intelligence, profitable customer relationship, dan helping skills. 3buah buku ini berkaitan bidang perakaunan, pengurusan berkualiti dan kaunseling. buku paling mahal adalah buku helping skills, rm60 (hardcover). amat berbaloi bg saya, iaitu satu 'value for money'. financial intelligence juga satu belian 'value for money' bagi saya krn hanya rm30.

jom kita ke kedai buku uitm. banyak ilmu yg boleh didpti di sana.

AC773

ini adalah kod program utk master in forensic accounting dan financial criminology. saya mendaftar utk prog ini pd dis 2006, dan memulakan kuliah pada jan 2007. kerana kesibukan kerja, saya mengambil cuti satu sem.

alhmadulillah, saya telah tamat pengajian utk sarjana kedua saya pada peperiksaan apr 2010. saya mendapat keputusan tamat ac773 semasa saya berbengkel di pulau pangkor pada bulan mei 2010. insyaallah, saya akan konvo pada minggu depan, dlm bulan nov 2010. terima kasih kpd semua yg membantu saya secara langsung dan tidak langsung.

dgn ilmu yg didapati, maka lebih mudah utk membaca orang lain. saya suka melihat personaliti tersurat dan tersirat. dan saya cuba fahami knp mereka berkelakuan negatif kpd orang lain dan organisasi. saya harapkan agar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

spt kata ustaz mat tadi semasa berbincang2, 'mereka yg buat kerja secara tak amanah tidak nampak 'hasil' dihari kemudian'. saya setuju ustaz. ianya sebab mereka kurang atau tiada ilmu.

AC990

tadi saya ke atm bimb. tujuan saya utk bayar yuran konvo ac773. konvo saya pad 25nov ni. insyaallah, saya akan terima skrol saya drpd ydpa. saya terima skrol master of couseling di um drpd raja muda perak pd 2005. kejap aje 5tahun.

semasa saya menggunakan atm utk buat bayaran yuran konvo, saya dapati ada bil beserta no pelajar baru. alhamdulillah, ini bermakna saya berjaya ditawarkan utk melanjutkan pengajian di peringkat phd di uitm. pgrmnya adalah ac990 secara penyelidikan.

tajuk kajian saya cuba rangkumkan perakaunan dan kaunseling. dan saya masih lagi mencari2 tajuk spesifik. alhamdulillah, dah ramai yg sudi membantu saya. dan saya juga mencari2 bakal penyelia saya. insyaallah, saya berharap saya akan mendapat tajuk dan penyelia yg dpt membantu saya menamatkan ac990 dgn jayanya.

Hormat

hormat atau 'respect' dlm bahasa inggeris. ianya bukanlah boleh dipaksa. walaupun dlm organisasi beruniform, akan diberi arahan utk hormat kpd mereka yg lebih berpangkat.

memang dlm masyarakat kita akan menghormati mereka yg 'berpangakt'. 'berpangkat' disini selalunya mereka yg mempunyai kelebihan bernading diri kita. dan jika kita mempunyai eklebihan berbanding pihak lain, maka kita akan dihormati oelh orang lain.

tetapi seeloknya penghormatan adalah secara ikhlas. ikhlas berkaitan dgn ilmu yg dimiliki oleh mereka yg akan dihormati dan ilmu yang dimilikki mereka yg akan memberi penghormatan. jadi, bagi saya tahap ilmu adalah penting. ilmu bg saya di sini adalah ilmu yg baik. ilmu yg memanafaatkan diri dan masyarakat sekitar serta persekitaran.

jika kita hadir dlm satu masyarakat dan kurang memberi kebaikan bersama, susahlah kita akan dihormati. tetapi akan ada mereka yg ketagihan utk dihormati. mereka ini mempunyai 'low self esteem' dan juga ''inferiority complex'. kalau ikut cara organisasi barat, mereka ini akan dicarut2 bukannya dipuji dan dihormati. kasihan kpd mereka yg sedemikian dlm organisasi kita.

Isnin, November 15, 2010

MPH dan Dunia Buku

saya berada di mph midvalley selepas memilih buku utk fsr di ibfim. ianya kali pertama saya di midvalley.

memang banyak buku di mph mv. saya berasa seperti berada di 'seventh heaven'. saya memilih ke bahagian sport utk buat pilihan pertama. saya memilih buku teks dan rujukan. saya juga memilih buku am berkaitan sukan. saya turut memilih buku2 berkaitan kejayaan ahli2 sukan. saya harap pelajar fsr akan membaca buku2 pilihan saya.

seterusnya saya ke bahagian 'business' dan 'accounting'. banyak juga saya pilih buku2 di bahagian ini. dan saya terserempak dgn wakil kastam yg juga sedang memilih buku utk perpustakaannya. kami berkongsi tajuk2 buku berkaitan penipuan dlm perakaunan. ada buku yg telah saya pilih dan belum dipilihnya saya syorkan utk dibeli oleh pihak kastam. begitu juga sebaliknya.

bahagian terakhir saya buat pilihan adalah di bhgian psikologi. saya memilih buku2 psikologi dan kaunseling. kami terpaksa berhenti sebelum 'traffic jam' bermula. kami sampai di shah alam elok2 dgn hujan bermula. terima kasih kpd yg sudi membawa saya utk mencari dan menambah ilmu kpd para warga fsr dan uitm. insyaallah, saya bersedia bertugas spt tadi. anggaran pilihan saya bernilai rm50,000 pd hari ini di mph.

Mencari Buku di IBFIM

rancangan utama hari ini adalah mencari buku2 utk ptar uitm. jadi saya berpeluang melawat ke ibfim di kl.

memang banyak buku2 disediakan utk dibeli di ibfim. dan buku2 adalah berkaitan islam. saya memilih buku2 berkaitan perakaunan, perniagaan, kewangan dan lain2 berkaitan urusniaga melalui islam. saya rasa saya pilih hampir separuh drpd buku2 yg dipamerkan.

kemudiannya saya bertanya tentang kursus2 dan program2 yg ditawarkan di ibfim. antara yg menraik minat saya adalah sijil dlm perancangan kewangan secara islam. saya maklumkan kpd penolong pengurus pusat latihan ibfim, saya akan fikirkan dahulu. ianya akan diadakan di ibfim pada hari sabtu. kos dan kursus2 dianjurkan boleh dirujuk melalui laman web ibfim. jom kita pi sama2 berkursus utk meningkatkan ilmu dlm islam.

Makan Langsat di Kuala Lumpur

saya bertugas di kl tadi. rancangan ke ibfim di jln kg attap. pemandu silap ambil jalan.

sedar2 di puncak bukit. dan di sekeliling adalah kubur2 cina (jerat cina dlm cakap2 orang kelate). nasib baik di siang hari. tak pernah saya tahu rupa2nya di tengah2 kl ada satu kawasan perkuburan cina yg amat besar. lebih kurang macam saiz asal tanah perkuburan cina di cheras. sila google kalau nak tengok.

alhamdulillah, kami temui jalan keluar. papan tanda menunjukkan ke jalan bellamy. kemudiannya kami tersilap jalan pula di brickfields. dahlah sesat di kubur cina di kl, kemudiannya di kawasan little india. banyak bangunan2 lama dan tidak terjaga.

akhirnya kami sampai di banguna takaful malaysia. seronok juga pengalaman kembara di kawasan2 lama di kl. ianya kerana utk mencari ilmu di ibfim

Ahad, November 14, 2010

P.Ramlee - Nak Dara Rindu

Carefree : Belaian Jiwa (HQ Audio)

Tahniah Kpd Kolej Teknologi Bestari

kolej teknologi bestari (ktb) adalah sebuah ipts yg menawarkan program uitm secara francais. ktb terletak di setiu terengganu.

alhamdulillah, ktb telah berjaya mendapat pensijilan iso 9001:2008 drpd penilai lloyd (lrqa) pada 11nov yg lalu. penilai lrq telah menilai ktb drpd 8-11nov utk pematuhan terhadap polisi dan prosedur yg dinyatakan bg perkhidmatan p&p. tahniah kpd penggerak iso di ktb pn norwati dan ahli2 pasukan beliau. tahniah juga kpd ceo ktb dan mantan timb ceo(akademik) kerana menyokong usaha mendapatkan pensijilan iso di ktb.

saya berpeluang melawat ktb sebanyak 2kali shj. kali pertama saya menginap di resort y sejauh 45minit perjalanan ke ktb.kali kedua, saya menginap di rumah tamu kolej kediaman ktb. dan kali saya berpeluang meninap di hotel di kt utk kursus audit dalam anjuran ktb. tahniah dan terima kasih kpd semua yg terlibat dlm menjayakan pensijilan iso di ktb.

Buku dan Ilmu

esok,insyaallah saya akan berada di ibfim. saya dijemput utk melawat ibfim utk melihat koleksi buku yg ada di sana. jika ada yg sesuai, saya akan pilih utk dibeli utk ptar uitm.

sudah lama juga saya tak ke kedai buku/pesta buku utk memilih buku bg ptar. apabila saya mendapat tugasan sebegini, ianya seumpama orang mengantuk disorongkan bantal. pucuk dicita, ulam mendatang. best.

saya bukan hanya memilih buku utk dijadikan buku teks dan rujukan akademik shj. saya akan memilih buku yg dpt membantu melahirkan seorang graduan yg serba boleh. tetapi hasrat saya tidak akan tercapai jika para pelajar saya tidak ke ptar utk meminjam buku dan membacanya. dan antara nikmat sebagai seorang pensyarah adalah mempunyai akses ke sebuah perpustakaan yg dikira antara terbesar di malaysia. alhamdulillah.

Perompak/Peragut/Pencuri

kesemuanya di atas menyusahkan masyarakat. maka tanggungjawab kita utk membantu mengurangkan atau menghapuskan mereka ini. tahniah kpd pdrm yg berjaya menghapuskan 3perompak dlm berita hari ini.

seorang sepupu saya telah dirompak di depan rumahnya di seksyen 9 shah alam beberapa minggu yg lepas.beliau pulang ke rumah pada waktu tengahari kerana sesuatu hal. seelok sahaj beliau keluar drpd keretanya, datang 2orang menunggang sebuah motorsikal menghampirinya dan cuba meragut begnya. sepupu saya menjerit. dan peragut bertukar menjadi perompak. seorang drpdnya menumbuk muka sepupu saya dan mengambil begnya.

saya akan sentiasa berhati2 apabila melihat motorsikal yg mempunyai 2 penunggang. begitu juga jika saya lihat seolah2 ada kereta mengekori kereta saya. saya akan pusing2 dulu utk memstikan saya tidak diekori. saya juga was2 dgn penunggang2 motorsikal yg tidak gunakan laluan motorsikal. bg saya, mereka kemungkinan pesalah undang2. maka waspadalah semua. jika berasa was2, jangan terus balik ke rumah sendiri. mahu ke mana? sila rujuk kpd pdrm utk panduan.

Sabtu, November 13, 2010

Mengadap YDPA

bukan tiap2 hari dpt mengadap YDPA. pada 25nov 2010, insyaallah saya berpeluang mengadap beliau. utk menerima anugerah.

kasut belum kilat. nak kena beli kasut baru ke? rambut kena digunting pendek. bau diseterika. stokin pilih yg 'matching' dgn kasut. utk selamat, warna hitam. suit warna hitam better. kalau takde nak kena pinjam. kalau tak, kena beli lah. misai ditrim atau nak dicukur? YDPA simpan misai dan janggut. ikut ajelah senang.

insyaallah, pada 25nov ini adalah kali ketiga saya menerima anugerah di dsb. kali pertama pada 1989, kali kedua pada 1992. kesemuanya pada bulan oktober. pada kali ini aje pada bulan november. anugerah kali ini adalah master in forensic accounting and financial criminology. dan insyaallah, saya harap2kan bukan anugerah terakhir saya drpd uitm. next phd, insyaallah.

Bersama Maju

kita semua ingin maju. ada yg lakukan dgn kebaikan. ada yg lakukan dgn cara tdak baik. ada yg sama2 majukan diri dan orang lain. ada yg hanya pentingkan diri shj.

apa beza antara persatuan,kesatuan, syarikat, perkongsian, dan koperasi? apakah fungsi mereka? yg manakah lebih sesuai jika kita ingin maju drpd segi kewangan? yg manakah lebih sesuai jika kita ingin maju drpd segi sosial?

pening juga saya fikirkan. dan ini memberi peluang yg baik bg yg berminat utk membuat kajian/penyelidikan. yg penting, hasilkajian dpt membantu kita membentuk struktur organisasi yg dpt membantu utk kebaikan diri dan orang lain, dunia dan akhirat.

Pengupayaan Modal Insan

saya hadir ke seminar bertajuk spt di atas sebagai wakil koperasi uitm bhd. ianya selama 2hari 1malam. terima kasih kpd yg mencadangkan supaya saya hadir sbg wakil kuib.

4kertas dibentangkan. menarik kesemuanya. ada berkaitan ilmu, profesionalisma dan inovasi. kesemuanya berkaitan minat dan kerja saya di uitm dan di kuib. ada tajuk berkaitan kompetensi dibentangkan. saya pada mulanya nak tanya apa beza kompetensi dgn literasi. tapi utk slot berkenaan ramai yg minat bersoal dan berbicara dgn pembentang.

saya sempat edarkan hanya beberapa kad perniagaan saya. itupun yg silap format. dan saya gunakan setiap kali saya berada di majlis2 utk mempromosikan uitm, kuib, peers, fsr, taman negara (tidak dalam turutan tetap). insyaallah, saya harapkan setiap majlis membolehkan saya mengembangkan jaringan kenalan saya utk kebaikan bersama. Tahun depan ada seminar di kundasang. agak2 saya dicalonkan ke sana ke?

Jumaat, November 12, 2010

Seminar SKM dan MKM

semalam saya hadir 'tea talk' anjuran angkasa. petang ni dan pagi esok, saya hadir seminar anjuran skm dan mkm. saya wakil koperasi uitm.

menarik tajuk pertama seminar. tajuk2 ke2, ke3 dan ke4 menarik juga. dan malam ni ada majlis makan malam dan sambutan ulang tahun. tengok tadi macam ada 'lucky draw' insyaallah, kalau rezeki murah lagi, dapat lah kot satu hadiah malam ni.

kami disediakan bilik utk menginap. saya balik dulu ke rumah utk ambil pakaian. bagus juga. sebab tak pernah menginap di grand dorsett subang jaya. jadi kalau saya bermalam di sana, maka rehat sekejap drpd memeriksa kertas jawapan pelajar2 saya.

inilah antara saya sebab saya menjadi pensyarah. saya perlu sentiasa menambah ilmu. dan saya dimestikan khadir kursus yg dibiayai organisasi. alhamdulillah. semoga ilmu yg diperolehi dpt dikongsi bersama utk kebaikan bersama.

Khamis, November 11, 2010

Team work

Kerja Berpasukan

video klip 'tree' ni dipamerkan kpd peserta seminar usahawan anjuran angkasa.

banyak maknanya. ahli politik ambil jalan mudah. kakitangan kerajaan tidur semasa rakyat buat kerja yg sepatutnya dilakukan kakitangan kerajaan.

utk berjaya atau sebaliknya, hanya perlu kpd penggerak. dan penggerk tidak semestinya seorang dewasa, berumur atau orang lama shj.

Berniaga dan Berjaya

md mydin dijemput utk berkongsi rahsia atau petua utk berjaya sbg seorang usahawan. beliau banyak menerima anugerah yg mengiktirafkan kejayaan beliau.

beliau berkongsi cara berjaya dlm dunia peruncitan. bukannya mudah. pukul 7 dah di pejabat. pukul 11 baru nak balik ke rumah. hujung minggu khas utk keluarga. beliau tidak bermain golf. ianya akan membuat beliau hilang fokus dlm berniaga. komitmen mestilah tinggi. dan perlu pasukan yg membantu menjayakan matlamat organisasi.

saya teringat kpd arwah datuk saya yg berniaga kedai runcit. ianya terletak di depan rumah di kampung. kedai hanya ditutup pada hujung minggu shj. malam raya kedai masih dibuka. beliau akan cari anak2 atau cucu (saya) membantunya menjaga kedainya apabila beliau hendak solat 5waktu. jika tiada pengganti menjaga kedai, beliau akan tutup kedai utk sementara.

dan saya teringat bagaimana kurang ilmu dan pengalaman, kami percaya bulat2 kpd seorang yg datang membeli baju hujan. beliau bgtau yg beliau tiada duit utk bayar sekarang kerana alasannya saya tak ingat. beliau bgtau bhw beliau akan bayar kemudian. kami percaya. takminta nama. tak catit apa2 pun. dan seingat saya debtor tu tak bayar utk baju hujannya. kami, iaitu saya dan pakcik (skrg seorang doktor) ditegur oleh datuk.

jika debtor tu masih berhutang (minima 30tahun lepas) saya harap beliau bayarlah hutang tersebut kpd kami atau jumpa kami. bukan sebab nilai hutang tetapi nanti datuk akan tuntut di akhirat. dan pencatit sebenarnya sentiasa ada, malaikat di kiri dan kanan kita.

Bersama Pengarah Urusan Mydin

Petang tadi saya berpeluang mendengar MD mydin berkongsi perjalanan perniagaan mydin. acara adalah anjuran angkasa. saya wakil koperasi uitm.

banyak yg dikongsi oleh dato'hj ameer ali mydin. antaranya, kita mesti berfokus dlm kerja kita.jika pekerja kita tidak dpt menjalankan amanahnya atau banyak bagi alasan, minta maaf kpdnya. dan mintalah bantuan pekerja kita untuk memperbetulkan kesilapan kita. iaitu kesilapan menyangka pekerja kita boleh menjalankan tugas dgn berfokus dan amanah. maka bantuan yg boleh diberikan oleh pekerja kita adalah menghantar surat perletakan jawatan beliau kpd kita esok hari.

sebagai pemimpin kita bertanggungjawab kpd kejayaan organisasi. kita juga bertanggungjawab kpd kerugian organisasi. dan jika kita bukan puncanya, maka kita perlu kenalpasti dan hapuskan punca masalah kerugian organisasi. kita mesti ebrani bertindak utk kebaikan organisasi. jadi, jika ada pensyarah yg tiada ilmu atau latarbelakang dlm kursus yg diajar, maka sebagai pemimpin, kita mesti pastika pensyarah tersebut tidak menjadi pemantau, pensyarah sepenuh masa/pelawat/separuh masa, atau penyemak kertas jawapan yg beliau tiada ilmu formal.

kita kena fikir dan faham. kita tidak boleh kasihan tetapi mesti kasihkan orang lain dan diri kita. bersifat kasihan hanya akan menyusahkan kita, pelajar, organisasi dan pensyarah tersebut dlm jangka panjang.

Rabu, November 10, 2010

Ilmu dan Amanah

kepada para graduan dan bekas pelajar saya. dengarlah lagu halim yazid, pesan ibu. dan jangan lupa tanggungjawab kpd ibubapa dan adikberadik, dan kaum keluarga serta sahabat handai. tapi yg paling penting, jangan lupa amanah Allah kepada kita.

semoga ilmu yg kita kongsi dpt dimanafaatkan utk kebaikan bersama. gunakanlah ilmu utk kebaikan bukannya keburukan. ada yg berjanji sebelum menjejak kaki di uitm utk kembali dgn segenggam ijazah utk digunakan meningkatkan kualiti kehidupan ibubapa dan adikberadik. pastikan kita sudi berkongsi ilmu yg didapati dgn mereka yg memerlukan utk digunakan utk kebaikan dunia dan akhirat.

akan ada yg bertanya, siapakah yg mengajar kamu.maka jawablah bukan mengajar tetapi sudi berkongsi ilmu milik Allah. semoga sejahtera anda semua dgn ilmu yg didapati.

Bangau Oh Bangau

dibaca spt permainan bangau oh bangau.

student oh student
kenapa kau bawa toyol masa exam?
macam mana tak dibawa toyol sebab tak bersedia

student oh student
kenapa upah orang buat assignment?
macam mana tak upah sebab nak senang

student oh student
kenapa meniru masa ujian?
macam mana tak meniru sebab tak belajar

graduan oh graduan
kenapa kau tak boleh bekerja?
macam mana aku nak bekerja sebab aku tak de ilmu
sebab aku tak belajar
sebab aku tak faham semasa diajar
sebab tak pasti yg diajar adalah betul
sebab yg mengajar tak boleh mengajar

aik, panjangnya jawapan

Tahniah Kerana Tamat

tengahari tadi saya terima salinan tesis sarjana muda pelajar sr223 utk kursus srw655bagi sem ini. pelajar sr221 saya dah hantar terlebih dahulu pada minggu lepas.

setelah selesai di temuduga tentang hasil penyelidikan, pengaalman menjalankan penyelidikan dan bergambar kenangan, kami ke hotel uitm. saya hadiahkan mereka dgn makan tengahari di hotel uitm.dan saya maklumkan, 'jangan pilih makan buffet, sebab takkanlah kiat datang ke hotel utk makan nasi campur'. maka kami semuanya memilih utk makan 'black pepper steak'.

sambil makan saya barulah dpt mengetahui lebih mendalam latarbelakang pelajar2 saya. makan tengahari bersama mereka tadi adalah bukan lagi diantara pelajar dgn pensyarah. bagi saya ianya adalah antara bekas pensyarah dan bakal graduan yg akan mengharungi kehidupan di luar. saya doakan mereka berjaya dlm apa jua bidang yg dipilih mereka.

Selasa, November 09, 2010

Ilmu di UiTM

saya seronok berada di uitm. ilmu milik Allah berada merata2 tempat. pada tengahari tadi saya berpeluang berbual2 dan belajar dgn seorang prof semasa makan tengahari di intekma.

pada mulanya perbualan berkisar ikan kelah. kemudiannya beralih kpd topik2 utk phd saya. social accounting, csr, islam and accounting dan pelbagai lagi. beliau berkongsi dgn saya tentang sebuah bank di usa yg mempraktikkan perbankan sebenar mengikut islam. alhamdulillah, ianya dapat membantu kebuntuan saya berkaitan cadangan penyelidikan utk phd.

ilmu milik Allah ada di merata2. antara sebab saya menjadi pensyarah kerana pada masa yg sama, saya berpeluang belajar secara formal dan tak formal drpd ilmuwan yg ada di sebuah ipt. dan di uitm ada ramai ilmuwan dlm bidang masing2. alhamdulillah. dan terima kasih kpd prof suhaimi.

AL-FATIHA BY 13 DIFFERENT RECITORS

Oh! Bulan Kembara

Isnin, November 08, 2010

Siti Nurhaliza Purnama Merindu Original Visual

Bulan

kata seseorang kepada ibunya,'bulan yang dinanti tidak menunjukkan sebarang tanda kpd kita. perlukah ditunggu lagi sedangkan ada yg sudi menerima kita?' maka beliau pun menerima permintaan yg diajukan kpdnya.

bulan tidak mengetahuinya sehinggalah yg merindukan bulan telah pun sah sebagai bakal milik seseorang lain. dan berita tersebut dimaklumkan kpd bulan oleh orang lain.

komunikasi adalah penting. masalah berlaku kerana tiada komunikasi atau salah komunikasi. maka pastikanla kita berkomunikass dgn jelas, tepat pada masanya.

Assolatuwassalam - Raihan

IID 2012 Bermula

pada beberapa minggu yg lepas saya dijemput bekerjasama dgn seorang bos utk iid2012 berkaitan kursus yg beliau ajar. semasa iid2010se, saya menerima pelawaan pensyarah drpd uitm kuala pilah utk bekerjasama berkaitan kursus2 sains dan pengajaran serta pemahaman.

pagi tadi, saya menerima pelawaan drpd kawan2 daripada fakulti perakaunan utk bekerjasama dlm penyelidikan dan menghasilkan produk berkaitan perakaunan utk iid2012. petang tadi saya juga mencadangkan kpd peers utk berinovasi dan bersedia utk mengambil bahagian semasa iid2012. alhamdulillah, setakat ini, saya dah ada 'mou' utk 4produk dipertandingkan di iid2012.

satu drpd produk utk iid2012 adalah yg saya tolak utk disertai pada iid2010se baru2 ini kerana saya rasa kurang mampu utk membantu 6produk bertanding pada satu masa. spt dimaklumkan, 4drpd 5produk dipertandingkan semasa iid2010se berjaya memenangi pingat. saya rasa kurang selesa utk rakan yg tidak berjaya memenangi sebarang pingat.

petang tadi juga saya memohon maaf kpd uilc kerana tidak dpt menghantar maklumat produk utk dikomersilkan melalui kpt. jumlah produk tersebut adalah (iid2008=1, iid2009=4, iid2010=2, iid2010se=5) 12produk. jadi saya perlu lakukan sekurang2nya 12 penyelidikan utk penambahbaikan 12produk yg telah dipertandingkan, dan 6produk baru yg belum dipertandingkan. mampukah saya dlm masa setahun? insyaallah.

Peperiksaan SRB201 dan SPS233

esok peperiksaan utk kursus srb201 dan sps233. pagi tadi 3pelajar saya berjumpa utk sesi pemahaman akhir sebelum peperiksaan. setelah pukul 5.30ptg tadi, saya tidak lagi menjawab sebarang soalan berkaitan peperiksaan esok.

ada beberapa sebab. antaranya akan ada yg nak minta tips atau soalan bocor. jadi utk mengelak drpd tersilap cakap, baik saya diam shj. dan jika saya terangkan sekarang pun mungkin dah tepu otak pelajar saya utk terima maklumat di saat2 akhir. akan ada pula yg panik kerana baru faham. dan ianya akan menyebabkan mereka akan 'blank'pada esok hari.

seronok membaca kegirangan pelajar yg berjaya siapkan latihan dlm masa yg singkat. yg lagi penting, mesti 'balance'. memang selalunya ramai akan bersungut tak 'balance'. akaun seperti sukan, lebih kerap berlatih, lebih bersedia kita utk menghadapi masa pertandingn. semoga pelajar saya akan menggunakan ilmu saya secara halal utk esok dan hari2 seterusnya, utk kebaikan diri, masyarakat dan alam milik Allah. elakkan drpd ditangkap dan dicop sebagai penipu semasa peperiksaan.

Ahad, November 07, 2010

Skim Cepat Kaya - markah

dlm musim peperiksaan pun ada skim cepat kaya. sck bgmana nak dpt markah tanpa usaha keras dan tanpa perlu ilmu dlm pembelajaran.

ada yg berminat? sebenarnya skim mcm ni dah lama. tak perlu usaha lama. tak perlu belajar selama 14minggu pada setiap sem utk dpt ilmu dan markah tingi. caranya senang aje. bawa masuk nota ke dlm dewan peperiksaan. dan cara bawa masuk tu ada pelbagai. tetapi ramai lebih selesa dgn menulis pd kertas.

tadi seorang ahli sck ni berjaya dikesan. ianya juga drpd maklumat kawan2 yg bosan dgn cara pelajar ni nak cepat kaya. bayangkanlah, jika mereka dlm sck inni berjaya jadi pensyarah. apakah ilmu yg diperolehi oleh pelajar mereka? mungkin ilmu menipu kot.

dan tadi saya perhatikan bgmana mereka yg kerjanya mesti berdisiplin dan patuh kpd undang2 dan peraturan tidak patuh kpd peraturan. maka bertambahlah lagi kurangnya rasa hormat orang ramai kpd mereka. kalau tak mampu nak belajar krn tahap ilmu rendah, tak payahlah buat diploma. jangan sebab beberapa orang, habis namabaik organisasi jatuh dlm lumpur.

Sabtu, November 06, 2010

Musim Peperiksaan UiTM

di negeri2 utara semenanjung sedang banjir. tetapi di uitm adalah musim peperiksaan semester.

saya sedang memeriksa kertas2 jawapan satu drpd kursus2 yg saya ajar pada sem jul-okt2010. pagi tadi saya jaga exam di dewan annex. esok saya akan jaga exam. begitu juga pada 10nov dan 14nov. maka tugas seorang pensyarah berkaitan peperiksaan adalah menyediakan pelajar utk hadapi peperiksaan, menyedia kertas soalan, menjaga peperiksaan dan menyemak kertas jawapan dan menguruskan keputusan peperiksaan. ianya berulang pada setiap semester.

dan saya dapati isu yg saya berkaitan peperiksaan pada setiap semester. ini berkaitan kertas jawapan. bukannya mudah memeriksa kertas jawapan. antara isu2 adalah tulisan pelajar yg tak jelas (kecil, comot, ejaan, dsbnya). kemudiannya pelajar sepatutnya menulis nombor soalan yg dijawab di mukasurat hadapan buku jawapan utk memudahkan pemeriksa mencatit markah bg soalan yg dijawab. pelajar juga sepatutnya menulis no soalan dijawab pada setiap mukasurat dlm buku jawapan, eg. pada bahagian atas tulislah, PART A, Q1 dsbnya.jangan andaikan pemeriksa boleh membaca dan memahami apa yg ingin anda sampaikan melalui jawapan anda.

tulislah spt berikut jika soalan nyatakan 1(a), 1(b) dsbnya. satu soalan pada satu mukasurat. jangan risau, banyak kertas jawapan tambahan disediakan jika pelajar memerlukan banyak mukasurat utk menjawab soalan. minta aje dgn pengawas.

dan tadi saya dapati beberapa pelajar tidak mematuhi arahan peperiksaan. pelajar dilarang berkomunikasi dgn pelajar lain. hukumannya senang aje, digantung pengajian atau ditamatkan status sebagai pelajar. peperiksaan bukan satu permainan atau gurauan, kalau tak layak lulus, anda tak akan lulus.

Tugas Pensyarah Berterusan

di kala ini, pensyarah uitm sibuk menyemak skrip2 jawapan peperiksaan semester jul-okt 2010. ramai yg menyangka tugas seorang pensyarah hanya memberi syarahan di bilik kuliah shj.

kalender seorang pensyarah uitm biasanya spt berikut: jan-apr, kuliah; mei, peperiksaan; jun, kursus; julai-okt, kuliah; nov, peperiksaan; disember, kursus. jadi kalender pd setiap tahun memang penuh. ramai yg selalunya tidak dpt habiskan cuti 30hari setahun. adakalanya semasa bulan jun diadakan semester intersesi. lagilah banyak kerja sebab kerja kuliah biasa di'condense'kan dlm tempoh yg singkat.

selain drpd mengajar, seorang pensyarah mesti sentiasa belajar utk meningkatkan ilmu dia. kalau tak jawabnya ilmu yg dikongsi dgn pelajar adalah 'out of date'. mempunyai phd pun bukan bermakna kita telah sempurna ilmu pengetahuan kita utk dikongsi dgn pelajar. carilah ilmu sehingga kita dipanggil kembali kpdNya.

Jumaat, November 05, 2010

Menipu dan Mencuri

apa beza antara menipu dan mencuri? selain drpd ejaan? kedua2nya adalah melakukan sesuatu yg tidak baik utk kepentingan diri shj. dan tidak memikirkan kesan engatif kpd orang lain.

menipu dan mencuri juga berlaku dlm akademik. ianya dilakukan oleh pelajar dan juga staf. pelajar mungkin menipu melalui meniru semasa peperiksaan atau semasa melakukan tugasan/ujian/kuiz. semasa saya belajar di sebuah ipta, bukan uitm, beberapa pelajar yg juga merupakan guru berbincang semasa ujian. dan ianya disedari oleh profesor. kesannya, guru2 tersebut tidak dipercayai kejujuran mereka dlm pembelajaran di peringkat sarjana.

kerapkali kita menerima aduan drpd pelajar yg kerja2 mereka ditiru oleh pelajar lain. bukti yg pernah saya dapati adalah satu kumpulan pelajar menghantar jawapan yg sama yg salah. dan semasa peperiksaan kita juga ada menerima aduan drpd pelajar tentang ketidakpuasan pelajar2 lain yg meniru drpd peringkat diploma sehingga sarjana muda. mungkin mereka selama ini terlepas drpd ditangkap oleh sistem. tetapi sepandai2 tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. insyaallah, mereka yg tidak jujur akan tertangkap juga.

ada juga saya dimaklumkan terdapat mereka yg menjadi pendidik tetapi sebenarnya mereka tidak layak. kerana mereka semasa belajar dahulu meniru utk lulus. dan ada yg jadi pensyarah masih lagi emniru. mereka lakukan plagiarisma.

Khamis, November 04, 2010

Apa, Kenapa dan Bagaimana

dalam audit kita belajar utk bertanya. dan kita belajar utk mendengar jawapan dan penjelasan drpd auditee. jika auditee tidak faham soalan kita, kita perlu mengubah soalan atau cara kita bertanya supanya auditee dpt menjawab soalan kita.

dlm kelas, saya suka gunakan mindmapping - peta minda. saya akan terangkan tajuk yg dibincangkan berdasarkan kepada apa/siapa, kenapa dan bagaimana. dan sebagai tambahan disertakan rujukan. apa/siapa adalah menerangkan definisi. kenapa adalah sebab perlu kita tahu tajuk tersebut. dan bagaimaan adalah cara menyelesaikan isu dgn menggunakan teori dipelajari. maka contoh2 perlu dikongsi juga utk penambahan pemahaman.

begitu juga apabila kita menjawab peperiksaan dan bekerja. jika kita ingin menjadi pemimpin, kita perlu tahu ketiga2 ni. kita perlu tahu kenapa kita lakukan sesuatu. jika tidak, kita tidak bijak dan tidak dpt melakukan penambahbaikan jika ada kekurangan.

Rabu, November 03, 2010

Sarjana

apakah itu sarjana? siapakah seorang sarjana? sarjana selalunya dikaitkan dgn ilmu.

dlm bahasa melayu kelayakan akademik peringkat sarjana ada 3. sarjana muda (bachelor degree), sarjana (masters degree) dan sarjana kedoktoran (doctorate degree). pada tahun 90an mempunyai sarjana muda adalah satu pencapaian yg tinggi. ianya membolehkan seseorang memegang jawatatan penolong pengarah (gred 41) di jabatan kerajaan.

tetapi di alaf ke 21 ni, kita lihat ramai yg menyambung pelajaran ke peringkat sarjana kerana setiap tahun amat ramai graduan peringkat sarjana muda. kalau dulu, cikgu2 cukup dgn diploma perguruan, sekarang minima perlu ada sarjana muda. dan yg nak mengajar kpd bakal2 cikgu perlu ada sarjana.

semasa nama itm dahulu, pensyarah cukup dgn ada sarjana muda. tetapi sekarang minima perlu ada sarjana. dan lebih baik lagi ada sarjana kedoktoran (phd). tahap kelayakan akademik sepatutnya mencerminkan tahap pengetahuan kita dlm bidang tersebut. dan sepatutnyalah di sebuah ipt, kita hanya mengajar mengikut kelayakan akademik kita. jika kita tiada kelayakan dlm bidang yg kita ajar kpd pelajar, ianya bermakna kita sebenarnya menipu pelajar, penaja, ibubapa dan bakal majikan pelajar.

Menikmati Hidangan Istimewa Pahang


setiap kali saya ke taman negara, saya akan cuba singgah di bandar jerantut. saya ingin menikmati hidangan istimewa yg dikaitkan dgn negeri pahang.


alhamdulillah, kali ini saya dpt singgah dan makan di sebuah gerai di bandar jerantut yg amat dikenali dgn hidangan istimewa negeri pahang. kali pertama saya singgah di gerai ini pada tahun 2006, iaitu selepas perbincangan tidak formal utk menjadikan taman negara sumber ilmu utk uitm.

pada hari sabtu lepas, rancangan utk singgah makan tengahari di gerai mak anjang sebelum ke kuala tahan. tetapi sahabat saya menjemput kami ke rumah saudaranya utk menikmati hidangan yg sama. alhamdulillah, sedap. terima kasih kpd kulaan am. dan di kg pagi kami menikmati gulai asam tempoyak ikan lawang. sedap sebab panas2 lagi.

pada perjalanan kembali ke shah alam, kami singgah di gerai mak anjang. kami tiba dah lepas pukul 2ptg. lauk2 idaman kami dah habis. tapi mak anjang bersedia memasak lauk tambahan utk kami. alhamdulillah,dpt saya nikmati gulai patin asam tempoyak dan kuah gulai asam rong/rom. insyaallah, jika ada peluang, saya akan cuba menikmati gulai asam tempoyak, gulai asam rong, dan sambal belimbing hitam lagi.

Bersama JKKK Kg Kuala Tahan

kali pertama saya bermesyuarat dgn jkkk kg kuala tahan adalah pada bulan mei 2010. kami berbincang bgmana sife uitm dpt membantu dlm meningkatkan ekonomi penduduk2 kampung. selain drpd pelajar2 sife, en hamdan, pensyarah turut serta utk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kpd pelajar sife.

pada 30 okt lepas, saya bermesyuarat lagi dgn jkkk kg kuala tahan. kali ini mewakili uitm bukan pelajar2. tetapi wakil drpd pejabat tnc jaringan industri dan masyarakat. selain drpd itu, terdapat wakil dari uitm jengka dan fakulti hotel dan pelancongan uitm. saya sebagai 'liaison officer'. itulah jawatn diberi oleh keua jim kpd saya semasa sesi memperkenalkan diri.

jkkk kg kuala tahan kelihatan amat teruja dgn kehadiran kami dan cadangan kami utk membantu jkkk. kecil tapak tangan, nyiru mereka tadahkan. insyaallah, kita bersama2 membantu utk meningkatkan dan memajukan orang kita.

SRW655 Okt 2010

alhamdulillah, tadi seorang drpd pelajar yg saya selia utk srw655 telah menghantar tesis - laporan penyelidikan beliau kpd saya. sebanyak 3salinan 'hardcover' dan 1cd telah dihantar kpd saya.

pada sem2 sebelum ini saya selalunya mendapat ramai pelajar utk saya selia srw655. tetapi pada kali ini pada awalnya seorang shj drpd sr221. kemudian saya terima seorang pelajar drpd sr223. pada asalnya topik mereka berbeza dgn topik bidang saya iaitu berkaitan kaunseling. tetapi saya maklumkan bhw tidak adil kpd saya dan pelajar utk melakukan kajian dlm bidang yg berbeza dgn kemampuan dan ilmu saya. maka akhirnya pelajar bersetuju dgn topik cadangan saya utk mereka.

pelajar srw655 dibawah seliaan saya pada purata perlu bertemu saya minima 7 kali. keperluan fakulti hanya 3kali. tujuan saya bertemu mereka 2x lebih drpd keperluan fakulti kerana hasil pelajar akan mencerminkan pensyarah juga. dan yg saya mahu pelajar belajar semasa menjalankan penyelidikan dibawah seliaan saya. dan saya masih menunggu seorang lagi pelajar menghantar tesis beliau.

Kualiti Pelajar

bagaimana pelajar dinilai kualitinya? melalui ujian, tugasan, kuiz, peperiksaan dan pelbagai lagi.

tadi peperiksaan utk satu drpd kursus yg saya ajar pada sem ni. apabila saya membuka sampul surat bungkusan jawapan pertama, saya berasa kecewa. ramai pelajar tak faham arahan peperiksaan atau tak pandai membaca. inikah pelajar sebuah universiti. arahan ejlas: 'students are required to write the number of the question answered in the space provided on the left hand side'. tetapi ramai yg tak lakukan. kenapa? malas? tak tahu membaca?

kalau ikut peraturan, tiada no soalan yg dijawab dinyatakan di mukasurat depan, maka tak perlulah disemak jawapan tersebut. senang kerja saya.

Selasa, November 02, 2010

Bersalah?

saya menghadiri satu mesyuarat. dan dlm mesyuarat ditetapkan akan diadakan siasatan lanjut terhadap kepincangan dlm perakaunan.

pengerusi memerlukan siasatan dipantau. dan pengerusi semasa bercakap tentang keperluan kpd pemantauan asyik melihat saya shj. saya faham, beliau mahu saya memantau. saya maklumkan, saya perlu sokongan drpd ahli2 lain. pengerusi bersetuju.

seorang ahli memaklumkan bhw saya sesuai menjadi pemantau berdasarkan latarbelakang saya sebagai seorang akauntan. saya maklumkan saya akan konvo utk sarjana forensik akaun pada bulan ini. dan saya memerhatikan seseorang. beliau kelihatan terkejut dan gelisah apabila mengetahui saya mempunyai latarbelakang dlm forensik akaun.

saya tersenyum dan dlm hati,'adakah ini tanda2 beliau terlibat dan bersalah?'. sebab saya pernah dengar beberapa makluman drpd pihak2 lain yg beliau ini mungkin melakukan banyak kepincangan dan salahguna kuasa. Allah Maha Mengetahui.

Temuduga PhD

alhamdulillah, selesai temuduga utk buat phd actg di uitm pada pagi tadi. Allah permudahkan utk hambaNya jika niat kita baik dan ikhlas.

pagi tadi saya agak kelam kabut. memang saya pernah ditemuduga utk master. tetapi saya lebih biasa menghadiri temuduga utk pekerjaan. maka saya bawa fail2 berkaitan pencapaian kerja saya utk 2009. fail2 lain tak mampu nak saya isi dan tarik ke fakulti perakaunan.

komen dr rozita,'abd, awak tu nak pi interview phd bukannya nak pi mintak kerja'. tapi saya bawa juga dan beri kpd panel fail pencapaian akademik, fail skt 2009 dan fail pencapaian penyelidikan dan inovasi utk 2009 dan 2010.

alhamdulillah, panel bersedia menerima saya utk melanjutkan pelajaran dlm phd di fakulti perakaunan. inysaallah akan bermula pada sesi disember 2010 ni. tapi kena siapkan proposal penyelidikan dahulu. ahli2 panel sedia membantu saya. terima kasih.

Isnin, November 01, 2010

BE SOCIAL di Galeri Inovasi

tadi saya dimaklumkan oleh dr rozita, ketua kumpulan utk penyertaan BE SOCIAL semasa IID2010SE bhw BE SOCIAL akan dipamerkan di Galeri Inovasi UiTM. Saya menghubungi Dr Adzrool utk mendapatkan maklumat lanjut.

mengikut dr adzrool atau lebih dikenali sbg tom (sekarang dr tom kot?), be social akan dipamerkan di galeri inovasi milik rmi. sepatutnya pada esok hari, 2 nov 2010, menteri akan merasmikan galeri tersebut. tetapi atas sebab2 tertentu, menteri tidak dpt hadir. jadi perasmian ditangguhkan tetapi pameran tetap bermula pada esok hari. maka ketua kumpulan perlu ada disamping pameran utk menerangkan kpd pelawat2.

alhamdulillah. rasa bangga kerana be social terpilih dipamerkan di galeri inovasi uitm. seingat saya, hanya 30produk dpt dipamerkan di galeri uitm. maka ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan kpd kami yg berjaya mendapat emas melalui BE SOCIAL semasa iid2010se. terima kasih sekali lagi kpd rmi dan fsr dibawah pimpinan dekan, pm dr mohd hanafiah abidin.

Sungai Tembeling Sebagai Pengubat Burnout

pada 30 dan 31 okt saya bertugas di kg kuala tahan. saya menaiki bot sehingga ke kuala keniam, stesen penyelidikan uitm. begitu berbeza keadaannya berbanding pada mula2 uitm dicadangkan oleh perhilitan utk menguruskannya. kawasan krs amat bersih sekali.

musim hujan belum lagi bermula. tetapi dianggarkan akan bermula pada bulan november ini. di kg pagi, saya lihat bekalan makanan dsbnya utk musim banjir telah mula tiba. kali ini dihantar lebih awal drpd biasa melalui bot. semasa banjir, bekalan dihantar melalui helikopter.

semasa menyusuri sungai tembeling dari kuala tahan ke kuala keniam dan balik ke kuala tahan, saya seronok mengambil gambar. suasana hijau pokok2 menenangkan penglihatan. bunyi air yg mengalir, dan ianya lebih kuat ketika di jeram turut menenangkan diri. perasaan penat dgn kerenah pelbagai tingkahlaku manusia di pejabat terubat dgn suasana di sepanjang sungai tembeling dan kg kuala tahan. mungkin inilah antara sebabnya saya seronok dan berulangkali ke taman negara. subhannallah, alhamdulillah dan allahu akhbar.

Kita dan Ego

kebiasaannya kita katakan ego sebagai sesuatu yg tidak baik. maka kali pertama belajar berkenaan ego dlm kaunseling boleh menyebabkan kita keliru. ego adalah antara intipati dlm terapi psikoanalitik oleh freud. dan freud bukannya adikberadik dgn adler. secara kebetulan, nama abang alfred adler adalah sigmud adler, bukannya sigmund freud.

kita mengatakan seseorang itu sbg ego jika dia sombong, tak sedar diri. tetapi dlm psikoanalitik, ego berkaitan dgn prinsip realiti dlm kehidupan. ianya bertentangan dgn prinsip id, yg hanya tahu memuaskan nafsu shj. ego adalah penghubung diri dgn persekitaran.

ego defence mechanism berkaitan dgn diri yg terasa terancam dgn persekitaran. akibat rasa terancam, kita ada 'anxiety'. utk mengimbangkan ego kita dgn perasaan tidak selesa akibat keadaan persekitaran/hubungan dgn manusia disekitar kita, maka kita akan laku satu atau beberapa drpd mekanisma pertahanan ego. ada edm ini yg bagus. ada edm yg tak bagus. ianya bergantung kpd ilmu yg kita ada.

antara edm yg salah adalah meniru dlm peperiksaan atau kerjakursus kerana takut kelemahan kita diketahui ramai. kononnya nak jaga namabaik kita. maaf ya, meniru semasa peperiksaan atau ujian atau menghantar tugasan atau kerja yg ditiru (plagiarisma) adalah tidak diajar oleh saya utk pelajar saya lakukan. tidak benarkan kita usia atau pangkat atau sebagainya digunakan sebagai alasan membolehkan kita meniru atau menipu atau tidak jujur.

Sahabat dan Persahabatan

saya berada di kuala tahan pada 30-31okt. saya ke sana krn urusan pejabat TNC jaringan industri dan masyarakat (jim). insyaallah, saya akan ke sana lagi.

rombongan uitm terdiri drpd sahabat2 saya. diantaranya seorang sahabat yg akan memulakan tugas menjaga orang no1 negara. saya galakkan beliau bertugas di putrajay kerana bukan semua orang dpt peluang menjaga orang no1 kita. dan saya bgtau beliau, insyaallah, selepas tugasan tersebut, saya terpaksa memanggil dia bermula dgn gelaran datuk.

dlm perjalanan ke kuala tahan saya berjumpa dua pegawai yg pernah dan sedang ditugaskan menjaga saya. drpd jauh mereka sudah tersenyum lebar melihat saya. seorang drpdnya terkilan kerana saya tidak dijaga olehnya walaupun pada perancangan asal, beliau bertugas menjaga saya. alhamdulillah, saya kerap bertugas dgn mereka yg tahu cara saya bekerja.

terima kasih pd yg sudi bersahabat dgn saya. pangkat bukanlah pemisha persahabatan. persahabatan berdasarkan kpd keikhlasan dan kejujuran. saya akan sentiasa mengelak berkawan dgn seorang yg pakar menikam drpd belakang.

Minggu Peperiksaan UiTM

bermula pada minggu lepas, 25 oktober 2010, pelajar uitm menduduki peperiksaan untuk semester jul-okt 2010. terikh peperiksaan bg kursus saya adalah spt berikut: sps 550 pada 03.11.10,rabu pagi di DRMM, srb201 dan sps233 pada 09.11.10, selasa petang di annex.

saya doakan pelajar saya menduduki peepriksaan dgn jayanya. saya doakan agar pelajar saya mendapat keputusan sewajarnya dgn usaha mereka secara ikhlas dan jujur. dan saya doakan agar segala ilmu yg saya kongsikan dgn mereka dapat digunakan utk kebaikan diri, masyarakat dan alam sekitar. saya doakan agar ilmu yg dikongsi bersama membantu untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

bermula hari ini, sehingga tarikh peperiksaan, saya menerima kunjungan pelajar2 saya. mereka inginkan penjelasan akhir sebelum menduduki peepriksaan. ada yg terkejut dpt markah tertinggi dlm kelas. jika usaha kita ikhlas, maka balasan setimpal diharapkan.