Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 29, 2010

Urusniaga Secara Islam

kita dimestikan berurusniaga secara islam. maka ada yg memilih utk mengambil pinjaman perumahan dan kenderaan serta peribadi yg dikatakan adalah secara islam.

bagaimana pula dgn isi kandungan perjanjian jualbeli hartanah, kenderaan dan pinjaman peribadi serta untuk pinjaman lain? adakah kontrak atau surat perjanjian utk jualbeli ini secara islam. pada pandangan saya, kebanyakannya adalah tidak mengikut islam. kenapa? sebagai contoh s&p utk hartanah, jika kita sebagai pembeli tidak berhasrat meneruskan pembelian, kemungkinan besar kita akan kehilangan 10% bayaran muka yg telah dibayar. begitu juga utk urusniaga kenderaan. ramai yg kerugian apabila 'booking fee' disapu oleh jurujual. maka mengikut perjanjian yg ada sekarang, pembeli jika lewat membayar baki harga jualan akan didenda dgn bunga sebanyak 10% setahun.

maka dimanakah keadilan utk pembeli disini? berapa banyakkah syarikat perumahan, penjual perseorangan dan terutama sekali peguam berjaya menyapu rezeki bakal atau pembeli. apakah pandangan pakar2 perundangan islam kita? bilakah peras ugut dan pengambilan deposit secara haram ini akan berakhir?bilakah pengguna dlm bentukpembeli akan diwakili dgn adil? saya percaya bhw keadilan akan terserlah jua dgn kuasa Yang Maha Adil dan Yang Maha Berkuasa.

Tiada ulasan: