Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, November 29, 2015

Kredibiliti atau Tumpangbiliti

kredibiliti atau namabaik. kredibiliti berkait kepercayaan dan keyakinan satu pihak kepada satu pihak.

jadi kebiasaan, orang lama suka membantu orang baru. orang lama biasanya diharapkan akan meningkatkan keupayaan orang baru. maka mentor biasanya orang lama sebab diandaikan lebih berpengetahuan dan berpengalaman.

tetapi biasa juga orang lama akan ambil peluang terhadap orang baru. orang lama akan minta orang baru buat sesuatu kerja dan jika berjaya, orang lama akan ditonjolkan. jika tidak berjaya, orang baru dipersalahkan.

dan biasa juga orang lama akan menumpang dengan kerja orang lama. tumpang penulisan. tumpang penyelidikan. maka biasa terdengar orang lama meminta atau mengarah orang baru untuk meletakkan nama orang lama dalam hasil kerja orang baru.

kredibiliti sepatutnya menaikkan nama kita. tetapi jika tingkahlaku, pemikiran dan perasaan, malah jiwa kita hanya suka menumpang, mengambil peluang atau menindas terhadap orang lain, maka kita hanya tingkatkan tumpangbiliti kita. dalam bahasa inggeris, 'piggy-back', dalam bahasa melayu, membontot babi? siapakah kita? dimanakah integriti kita?

Rezeki Yang Barakah

ada pelbagai rezeki. yang halal, yang haram. rezezki adalah nikmat. rezeki adalah amanah. rezeki adalah ujian.

sebagai seorang muslim. kita doa dan usahakan rezeki yang halal. rezeki yang akan menambah peluang kita mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. rezeki yang barakah. rezeki yang menambahkan keimanan kita.

rezeki yang barakah bukan dinilai dari segi material sahaja. rezeki yang barakah tidak dinilai setakat fizikal, mental dan emosi. rezeki yang barakah mengutamakan jiwa kita, ruh kita. berpakaian dan bertuturkata sahaja tidak cukup.

rezeki yang barakah adalah seperti walaupun sedikit, tetapi mencukupi dan memuaskan keperluan kita. pasangan, anakcucu, dan harta kita boleh menunjukkan sama ada rezeki kita adalah barakah.

Jumaat, November 27, 2015

Pokok Yang Sihat

bertukar fikiran bagus untuk penambahan ilmu. alhamdulillah berpeluang berbicara tentang kemajuan diri dan organisasi bersama mereka dari kejuruteraan, senibina dan perhotelan.

pokok pada setiap masa, akan ada daun yang luruh. biasanya yang luruh adalah yang tidak sihat atau yang sudah uzur. gugur daun tua dan lama memberi peluang daun baru berada di puncak. gugur daun tua membolehkan pertumbuhan daun baru. gugur daun lama membolehkan pokok menjadi lebih tinggi, menjadi lebih sihat. resmi alam tumbuhan, apabila sampai tempoh, yang tua diganti yang muda. sampai tempoh, yang lama diganti yang baru.

hanya pokok jadian atau plastik sahaja, daun lama tetap di tempatnya, tidak gugur2. hanya pokok jadian sahaja, tiada daun baru ganti daun lama. dan pokok plastik sangat suka dihias dengan lampu begemerlapan.

daun tua yang bagus, akan gugur menjadi baja untuk turut membesarkan dan menyihatkan pokok.

I Man, Tak Kisah

macam aiman tak kisah. tak kisah tentang apa orang kata. tak kisah tentang apa berlaku di sekitar. janji diri sahaja senang.

tapi seorang manusia tidak boleh hanya fikirkan tentang diri sendiri sahaja setiap masa. manusia mahkluk bermasyarakat. manusia perlu bersama manusia lain. maka manusia perlu ambil kisah, ambil berat, bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.

jika kita ambil kisah diri sahaja, kisah orang lain tak diperdulikan, bolehkan kita kata kita ini manusia. manusia punya perasaan. perasaan yang perlu kita ambil berat berkait saling menghormati. jika kita tak kisah tentang orang lain, tak hormat orang lain, maka orang lain pun tak ambil kisah dengan kita. tak hormat dengan kita.

maka jadilah kita sebatang kara atau seekor kera sumbang. kita sakit atau kita susah, orang tak ambil kisah.

Khamis, November 26, 2015

Rezeki dan Kredibiliti

rezeki ada kaitan dengan kredibiliti kita. kredibiliti berkait dengan kepercayaan.

kredibiliti juga adalah keyakinan. dan kredibiliti juga adalah rasa hormat. maka kredibiliti adalah juga maruah serta airmuka kita.

jika rezeki diterima dikaitkan secara pecah amanah, tidak jujur, tidak ikhlas, melalui memperbodohkan orang lain, mengambil peluang ke atas kepercayaan terhadap kita, menipu, kesombongan, dan pelbagai tanggapan negatif, maka kita dianggap tiada kredibiliti.

maka seorang yang di anggap sebagai tidak mempunyai maruah akan dipandang sinis, dipersendakan, dan dijauhi orang lain. semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang rendah atau tiada kredibiliti.

Kerja dan Rezeki

biasanya kita disuruh belajar rajin2. supaya dapat masuk u. lepas kerja dengan kerajaan. sebab gaji tetap,

kerja dgn kerajaan biasanya masa untuk sah jawatan ambil masa lebih lama berbanding swasta. dan kerja dengan kerajaan payah nak dibuang kerja berbanding swasta. maka biasanya juga, gaji kerja kerajaan lebih rendah berbanding kerja di swasta.

apa tujuan bekerja atau ada pekerjaan? pelbagai jawapan bergantung kepada niat kita. biasanya untuk dapat duit. biasanya lupa kerja itu amanah. gaji didapati sepatutnya setimpal dgn amanah dijalankan. tetapi ramai yang ingin gaji atau pendapatan daripada pekerjaan tanpa ingin beramanah.

maka ramai terkejar2 jawatan lebih tinggi kerana inginkan gaji lebih tinggi. lupa akan amanah yang lebih berat. ada yg ingin jadi cikgu atau pengajar walaupun tiada ilmu dapat dikongsi atau diajar. semoga kita terima pendapatan setimpal dengan amanah kita jalankan. semoga rezeki kita adalah rezeki yang barakah.

Rabu, November 25, 2015

Amanah atau Ampunah

amanah bermakna kembalikan barang yang diberi minima sebagaimana diterima. lagi elok, dikembalikan kepada pemberi iaitu pemilik dengan keadaan atau nilai lebih baik.

ampunah adalah gabungan ampu dan punah. atau gabungan bodek dan rosak. atau gabungan kipas dan hancur.

apabila kita diberi jawatan, ianya berkait tugas dan tanggungjawab serta amanah. bukannya hanya untuk kita ampu, bodek dan kipas bos. kemudiannya kita punahkan, rosakkan dan malah lagi teruk hancurkan organisasi.

jika bercakap tentang amanah, perlu perlakuan pun amanah. jangan cakap dega2 sajo. ingatan untuk saya.

HARU

haru atau biasa kita sebut terharu. dikaitkan sebak dan gembira. terharu terima hadiah dan pujian, maknanya kita suka dan boleh buat titis air mata gembira.

HARU bagi saya, Hidup=Amanah+Rahmat+Ujian. kita biasa dengar, hidup adalah ujian. kita hidup dengan rahmat allah. hidup adalah amanah yang akan ditanya di akhirat.

maka jika kita ter HARU dengan kehidupan, kita sedar bahawa rahmat dan ujian dalam kehidupan di dunia membuat kita gembira dan juga menangis kerana perlu beramanah. hidup bukan untuk main-main. setiap saat kehidupan kita akan dipersoalkan nanti.

Selasa, November 24, 2015

Disoal dan Ditanya

mana kita lebih selesa, disoal atau ditanya? apa beza disoal dan ditanya?

biasanya, jika ditanya, kita mungkin beri jawapan, kita mungkin tidak beri jawapan. dan jika kita ditanya, tahap kurang selesa hanya sedikit. kita kerap dengar 'hanya sekadar bertanya aje'. senyuman boleh memuaskan yang bertanya.

tetapi jika disoal atau dipersoalkan, maka kita diharap dapat memberi jawapan yang memuaskan pihak yang mempersoalkan kita. persoalan berkait amanah. persoalan berkait integriti yang disoal. senyuman tidak akan selesaikan persoalan.

Kerja Gila

buat kerja yang sama, harap atau jangka hasil berbeza. kerja orang gila.

jika kita cakap kita akan berubah atau akan ubah cara kerja lama, tetapi kita hanya cakap saja, buatnye idok. sama ada kita gila atau kita buat orang lain gila. orang yang sekali cakap tak serupa bikin, dan suruh kita terus mengharap orang yang berkata akan pegang amanah, berjanji tidak akan ulang silap dan salah, kata kita semua sama, tapi bezakan pula untuk dirinya dan kroninya.

kita yang terkena sebab kita berfikiran positif, bahawa yang berkata dan berjanji akan kota katanya.
tetapi jika terkena kali kedua, kita yang bodoh atau kurang cerdik. atau kita memang gila kerja.

Isnin, November 23, 2015

Kitaran Kerja

ada beberapa kitaran kerja sebagai panduan diri.

sasar, rancang, usaha, semak, ulang. buat, baiki, buat, ulang. bantu, maju, bantu, ulang. sedia, semak, lulus, ulang.

kitaran kerja berkait dgn kehidupan. kerja adalah ibadah. maka jika sedar matlamat hidup, iaitu beribadah kepada allah, kita akan kerja dgn beramanah. kitaran atau rutin kehidupan seperti bekerja akan berulang sehingga kita tiada lagi masa untuk bekerja.

teguran juga adalah amanah. janganlah kita menyesal kerana tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah. jangan tunggu sehingga kita dan seluruh umat manusia melihat kita ditanya tentang amanah kita di dunia.

Jaga Kain

ada pepatah atau peribahasa atau simpulan bahasa, 'jaga tepi kain sendiri, jangan sibuk jaga tepi kain orang'. dalam bahasa orang putih 'mind your own business', yang tidak bermakna jaga perniagaan sendiri. ianya lebih kepada ambil tahu hal sendiri, jangan sibuk hal orang lain.

adakalanya, pepatah di atas ada betulnya. ada kalanya, tidak betul. memang kita perlu ambil berat tentang diri kita sebelum ambil berat atau menyibuk tentang orang lain. tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, hal seorang boleh babitkan atau beri kesan kepada hal orang lain. kalau kita hal kita, orang lain halnya sendiri, itu bukan bermasyarakat.

jaga diri untuk jaga orang lain. jaga orang lain untuk jaga diri. kenal diri untuk kenal orang lain. kenal orang lain untuk kenal diri. bantu diri untuk bantu orang lain, bantu orang lain untuk bantu diri.

kehidupan sekarang yang hanya pentingkan diri sahaja bukan cara hidup bermasyarakat. sibuk untuk baik. baik untuk sibuk.

Sabtu, November 21, 2015

Jawatan Hakiki

jawatan hakiki seorang pensyarah adalah berkongsi ilmu dgn pelajar melalui kuliah. kerja lain adalah sampingan atau tambahan.

pentadbiran bukan tugas utama seorang pensyarah. jawatan dimohon sebagai pensyarah. bukan memohon jadi pentadbir akademik di ipt. maka jika seorang itu lebih berminat dan utamakan jawatan pentadbir akademik berbanding sebagai pensyarah, dia telah tidak jalankan amanah.

kenapa beria2 nak jadi pentadbir akademik? mungkin sebab tiada ilmu boleh dikongsi dengan pelajar. dan pelbagai kemungkinan lain. jika memang tidak mahu jadi pensyarah, elok letak jawatan sahajalah.

Khamis, November 19, 2015

Tawar

tawar ada banyak makna. tawar diri boleh bermaksud mencadangkan atau merelakan diri untuk sesuatu jawatan atau pekerjaan. ianya berkait tawarkan diri untuk kuasa. tetapi juga untuk tugas, tanggungjawab dan amanah.

tawar boleh juga bermaksud tiada atau kurangkan rasa. selalunya tawar hati atau tawar rasa menyebabkan rasa kurang menarik atau kurang selesa. menyebabkan rasa sebaliknya daripada tawar diri, lebih kepada menarik diri.

kerja berpasukan perlukan rasa selesa semasa bekerja dan seronok bekerjasama. saya kerap rasa tawar hati untuk bekerja jika yang tawarkan diri untuk jawatan yang perlu bekerja dengan saya tidak boleh bekerja, tidak akan buat saya selesa bekerja, atau hanya buat-buat kerja.

Rabu, November 18, 2015

Berita Baik Berita Kurang Baik

berita ada baik. berita ada kurang baik. bunyi macam cerita hindustan, ada kala suka, ada kala duka.

berita baik bagi satu pihak boleh jadi berita kurang baik bagi pihak lain. organisasi saya terima berita baik ikut pandangan saya. bos setuju terima tawaran sambung pelantikannya. alhamdulillah. ramai yang suka. ada juga yang berduka.

di organisasi lain, pada pandangan saya terima berita kurang baik. ketua yang baik diganti dengan yang kurang baik. pandangan saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya dengan yang mengganti, dan yang diganti. mungkin pihak lain berpandangan berbeza dengan saya.

pesan saya kepada saya, ingat pesan bos akademik. tugas dan tanggungjawab yang datang bersama jawatan kita adalah amanah. lakulah sebaik-baiknya. amanah akan ditanya dan perlu dijawab. yang penting, kita harapkan balasan baik, bukan balasan buruk, iaitu siksaan.

Pemimpin dan Pasukan

pemimpin pasukan dalam organisasi boleh menentukan pencapaian dan kejayaan organisasi. betul pilihan, beetul arah tuju. salah pilihan, salah arah tuju.

pemimpin mesti layak memimpin pasukan dalam organisasi. pemimpin mesti berupaya mempengaruhi pasukan untuk mencapai matlamat organisasi. layak bermakna boleh buat kerja yang diamanahkan kepada pemimpin. dan boleh bekerjasama dengan pasukan untuk capai matlamat organisasi. gaya kepemimpinan perlulah berteraskan manusia dan berteraskan kerja.

pemimpin dipilih oleh orang jawatan atasan pemimpin, rakan setara jawatan dan rakan jawatan bawahan. tepat pilihan atau silap pilihan, yang memilih perlu menjawab di akhirat.

alhamdulillah. tahniah dan terima kasih kepada dekan fsr uitm yang akan meneruskan kepimpinan beliau di fsr bermula 1 disember 2015. semoga rakan dalam pasukan bersama mencapai dan menjayakan amanah/

Ahad, November 15, 2015

Homecoming to Our Alma Mater

homecoming, alma mater. ianya sangat berkait. homecoming berkait dengan kembali ke suatu tempat  yang memberi makna dalam kehidupan kita. alma mater bermakna tempat (emak/ibu) yang membimbing kita sehingga kita menjadi siapa kita sekarang. alma mater biasanya dikaitkan dengan sekolah atau universiti yang telah kita hadir dan bergraduat.

homecoming 2015 itm/uitm 2015 adalah pada 20-22 nov 2015, jumaat hingga ahad. bagi majoriti graduan itm/uitm, itm/uitm banyak membimbing graduannya sehingga mereka berjaya dalam kehidupan mereka sekarang. maka homecoming atau balik kampung adalah perjalanan kembali ke masa yang banyak memberi makna di awal kehidupan graduan.

jom ramai-ramai kita balik ke itm/uitm. walaupun kita mungkin dibimbing selain daripada di shah alam, shah alam adalah induk semasa itm/uitm.

Kasihnya Ibu

kasihnya ibu berterusan. sehingga ke hembusan terakhir seorang ibu. kalau yang beranak dan tak sayangkan anak, dia bukan seorang ibu.

tidak kira usia anaknya, seorang ibu akan sentiasa bertanya khabar. seorang ibu akan sentiasa mengambil berat tentang kehidupan anaknya. makan minum, pakaian, tempat tidur, pelajaran, kerjaya, kawan2 dan lain2 berkait dengan anaknya. malah panjang dan pendek rambut anak. seorang ibu sanggup menjaga anaknya jika cucu sendiri tak mahu menjaga.

kasih ibu berkait dengan pemahaman ibu tentang tugas, tanggungjawab dan amanah seorang ibu. ayah, anak, dan orang lain juga perlu tahu dan faham tugas, tanggungjawab dan amanah seorang ibu. dan nabi pernah memberitahu bahawa kita perlu sentiasa hormat dan kasih kepada ibu kita.

Beli-belah

membeli-belah adalah satu bentuk terapi. ianya juga satu bentuk penyelidikan.

saya suka ke pasaraya hyper. mencari barang yang mungkin diperlukan. atau sekadar melihat harga semasa barangan. selain daripada itu ianya juga satu bentuk senaman sambil menolak troli.

saya juga memerhati pembeli dan pengunjung lain ke pasaraya atau tempat yang saya kunjungi. saya bersyukur dengan rezeki yang ada membolehkan saya berbeli-belah. ianya juga mengingatkan saya bahawa ramai juga mereka yang perlu berjimat untuk meneruskan kehidpan harian.

harga semakin naik. ianya kerana pelbagai alasan. beli barangan yang perlu sahaja. ianya termasuk rumah dan kereta. sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Jumaat, November 13, 2015

Mana Hilang?

soalan yang diajukan kepada saya di surau semalam selepas bersalaman selepas solat isyak. sebelum solat, imam di dalam surau ternampak saya dan tersenyum. sebelum solat, seorang prof uitm mencuit saya dan menunjukkan isyarat jari bermakna bagus.

ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. lebih 2 bulan tiada solat bersama di surau. sebelum solat saya juga berkira-kira, jumlah hari saya hilang dari surau. lebih daripada 70 hari.

seronok apabila kehilangan kita ditanya dan dicari. seronok juga apabila kehadiran kita dihargai dan diiktiraf oleh masyarakat. jika kita silap, mohon maaf. jika kita terima hadiah, ucap terima kasih. orang berbudi, kita berbahasa.

Khamis, November 12, 2015

Bina Pasukan Kita

tiga perkataan yang kesemuanya penting. tidak boleh dipisahkan. mereka perlu bersama.

tujuan bina pasukan kita adalah untuk mengubah pasukan kita menjadi lebih baik. bina ke arah lebih baik. pasukan yang mempunyai anggota bermatlamat sama. kita bermakna bukan untuk kepentingan individu tertentu atau sekumpulan kecil sahaja.

jika niat kita adalah sebaliknya, maka kehadiran hanyalah berniat tidak jujur, tidak ikhlas, tidak amanah. hanya ingin meruntuhkan pasukan kita. hanya ingin kuatkan kumpulan sendiri sahaja. maka setiap kali kita cuba bina pasukan kita, dan hadirnya elemen negatif, matlamat pasukan mempunyai semua sebagai anggota tidak akan tercapai.

tetapi yang bagusnya, terserlah diri yang sebenar. terserlah kumpulan yang sebenar. dan kita tahu siapa yang sebenarnya ingin bersama membina pasukan kita.

Amanah dan Rahmat

ramai yang ingat seronok pegang jawatan. seronok dapat kuasa. tetapi ramai lupa tentang amanah yang datang dengan jawatan dan kuasa.

sudah lebih dua bulan status saya berubah. ramai yang gembira. ramai yang seronok. saya pun seronok dan gembira dengan rezeki dan rahmat yang saya terima. tetapi saya juga sedar amanah yang datang bersama rahmat.

rahmat adalah juga ujian. jika kita sedar tentang amanah bersama rahmat, kita akan berhati2 dengan kuasa yang kita terima. sebab kesemua kita akan ditanya di akhirat berkaitan amanah yang diserahkan kepada kita semasa di dunia.

Mekanisma Beladiri Ego

mungkin saya pernah berkongsi perkara ini. tetapi mekanisma beladiri ego adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita.

mekanisma ini juga dikenali dalam bahasa inggeris sebagai ego defense mechanism. dan ramai orang suka ringkaskan menjadi ego sahaja. ramai juga yang salah faham bahawa ego bermakna negatif. ego setepatnya adalah sesuatu yang positif kerana berkait dengan realiti dan kematangan kita. mbe atau edm mempunyai ciri yang positif dan ciri yang negatif.

mbe yang negatif sebenarnya perangai macam budak2. mbe yang positif dan ego, berperangai seperti seorang dewasa.

Sentap dan Santap

dua yang berbeza. sentap dan santap. satu menyeronokan. satu sebaliknya, tidak menyeronokan.

apabila kita bersantap, kita seronok menikmati juadah dihidangkan kepada kita. kita hargai apa yang diberi dan dikongsikan dengan kita. kita akan rasa dihargai.

tapi apabila kita tersentap, kita rasa tidak seronok. kita tidak suka, marah atau sedih dengan apa yang kita dapat. apa diharapkan, lain yang diterima. bukan sahaja yang tersentap akan rasa tidak seronok, pihak lain pun turut tidak seronok.

menghargai dan menghormati perlukan kematangan. dan kematangan adalah tahap keilmuan kita. yang mana satukah kita?

Rabu, November 11, 2015

Tugas, Tanggung Jawab dan Amanah

bos akademik di fakulti hari ini. antara intipati perkongsian beliau adalah berkaitan tugas, tanggung jawab dan amanah.

ramai daripada kita ambil mudah dengan jawatan dipegang. jawatan di sini juga bermaksud pekerjaan kita. ambil mudah seperti buat secara tidak beramanah. matlamat utama adalah duit atau kesenangan diri berbanding matlamat organisasi,

maka ada yang guna nama orang lain untuk boleh bersukaria. ada yang meminta melihat maklumat walau pun bukan tugas beliau. ada yang fikir tentang tuntutan walau pun kerja dibuat tidak setaraf dengan tuntutan. tapi apabila ditanya, akan jadi defensive. dan akan mudah salahkan orang lain.

antara 4 sifat rasulullah s.a.w yang perlu kita contohi adalah beramanah. jika sudah tidak amanah, letaklah jawatan. jangan nanti sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Banyak Nama Lupa Nama

godek godek... dapat akses semula. lupa emel untuk blog ini. tanda dan ingatan usia kita.

alhamdulillah ingat semula. dapatlah akses semula. maka bolehlah teruskan berkongsi pandangan di blog asal.

maka blog baru perlu ditidurkan.