Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, November 08, 2014

Darjat Yang Tinggi

tajuk kuliah maghrib di surau tadi tentang darjat yang tinggi. darjat yang diingini adalah mempunyai darjat yang tinggi di akhirat.

ramai yang nak darjat tinggi di dunia. itu kebiasaan. sebab darjat di dunia mudah nampak. maka ramai yang sanggup buat apa saja untuk darjat di dunia. ramai nak darjat tinggi di dunia dan di akhirat. tidak ramai nak darjat tertinggi di akhirat.

semoga kita mendapat keampunan dan rahmat allah supaya kita mendapat darjat tertinggi di akhirat.

Sabtu, Oktober 25, 2014

Hidup Bermatlamat

hidup perlu ada matlamat. tanpa matlamat tiada arah tuju. tanpa arah tuju, kita hanya habiskan masa sahaja.

matlamat kita sebagai manusia hamba allah adalah untuk mendapat rahmat nya. melalui beribadah kepada nya. supaya kita sejahtera dunia dan akhirat. supaya kaya di akhirat.

salam maal hijrah 1436. maaf zahir dan batin

Jumaat, Oktober 17, 2014

Tegur

tegur adalah maklumbalas. ada tegur negatif. ada tegur positif.

ada tak boleh ditegur. ada yg tak bertegur sapa. ianya berkaitan komunikasi. ianya berkaitan perkongsian maklumat - maklumat betul atau maklumat salah.

tegur berkaitan ego. yang bersedia ditegur masih juga ber ego, tetapi berego positif. khutbah jumaat di uitm tadi berkaitan teguran. hanya yang sombong tak suka ditegur. teguran juga adalah ingatan.

bertegur-tegurlah untuk kebaikan bersama. jangan kena tegur oleh bukan manusia udohle.

Ahad, September 07, 2014

Masa - Sebelum dan Selepas

biasanya akan berbeza sebelum masa berlaku dan masa setelah berlaku sesuatu. ianya perkara biasa kepada saya dan ramai orang.

kecil sebelum besar. semasa kecil nak jadi besar. dah besar nak jadi kecil. muda sebelum tua. semasa muda nak jadi tua. dah tua nak jadi muda semula. kanak2 sebelum dewasa.  masa kanak2 nak jadi dewas. dah dewasa nak jadi kanak2. belajar sebelum bekerja. semasa belajar tak sabar nak bekerja. dah bekerja nak belajar semula.

masa yang berlalu tak boleh ditarik semula. yang dah lepas, dah terlepas sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. gunakanlah masa yang ada sebaiknya. rancangkanlah masa yang akan datang supaya kita tak menyesal.

Sabtu, September 06, 2014

Shangri-La

saya dijemput utk hadir ke program di shangri-la kl. program 3hari.

shangri-la diumpamakan sbg syurga. syurga di dunia. '(as noun a Shangri-La) A place regarded as an earthly paradise, especially when involving a retreat from the pressures of modern civilization:'. satu tempat untuk lari daripada hiruk pikuk dan kesibukan kehidupan harian dalam mencari rezeki, iaitu seperti lari dari kota kosmopolitan.

jika diberi pilihan, saya memilih shangri-la di Taman Negara Malaysia. syurga dikatakan sbg satu tempat yg hijau dgn air sungai yg mengalir. dan kita boleh umpamakan Taman Negara Malaysia seumpama syurga di dunia. tempat utnuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. menikmati kedamaian. 

semoga Taman Negara Malaysia kekal terpelihara setelah 130juta tahun dan setelah menyambut 75tahun penubuhan rasminya. adalah amanah kita menjaga alam milik allah.

Selasa, Ogos 26, 2014

Mengambil Hak Orang Lain

bos, saya nak gaji saya. itu hak saya sebagai pekerja.
anda buat kerja? tak. kenapa tak buat kerja? saya tak boleh buat kerja saya.
mengapa tak boleh buat kerja? saya tak tahu.
kenapa tak tahu sedangkan anda lulusan ipt? saya bukan belajar tetapi saya menghafal untuk lulus peperiksaan dan ujian.

kenapa meniru semasa peperiksaan? saya tak tahu nak jawab peperiksaan.
kenapa tak boleh jawab peperiksaan? saya tak bersedia untuk peperiksaan.
kenapa tak bersedia untuk peperiksaan? saya tak hadir kuliah. saya tak hantar tugasan.
kenapa tak hadir kuliah? kenapa tak hantar tugasan? saya tak boleh belajar. saya tak boleh buat tugasan.

kenapa boleh belajar di ipt? saya masuk sebab tak ikut syarat. ada orang yang masukkan saya bukan untuk belajar. tetapi untuk kepentingan bukan akademik.

kalau begitu anda dah ambil hak orang lain.
hak yang layak bekerja di sini.
hak yang layak belajar di ipt.
awak dan penasihat awak jawablah di akhirat ya.

Sabtu, Ogos 23, 2014

Raya dan Keluarga

raya tidak dikira raya jika tidak beraya dengan keluarga. kita akan berusaha sebaik mungkin untuk membolehkan kita dapat beraya dgn keluarga kita. kita akan rasa sedih, sebak dan sayu serta kurang ceria jika beraya jauh daripada keluarga.

tadi saya beraya dgn satu keluarga saya. keluarga fsr. kami beraya di rumah ketua keluarga fsr, rumah dekan kami prof madya dr mohd hanafiah abidin. alhamdulillah, pelbagai juadah disediakan. amat2 mengenyangkan. saya rasa kali pertama beraya dengan laksam.

setelah maghrib, saya ebraya dgn keluarga satu lagi. keluarga jiran setempat kami tinggal. pihak jawatankuasa surau kampung 19 telah sudi menganjurkan majlis hari raya utk penduduk setempat dan tetamu2 lain. selain drpd muslimin dan muslimat, tetamu bukan islam turut hadir memeriahkan majlis.

alhamdulillah dan terima kasih kepada kedua2 tuanrumah majlis dan tetamu majlis yang hadir.

Sabtu, Ogos 16, 2014

Satay dan Raya

satay biasa dikaitkan dgn raya. satay antara hidangan semasa raya. ada pelawat hanya dapat merasa satay pada hari raya sahaja apabila bertandang untuk beraya.

di rumah nenek saya, satay adalah hidangan utama. kebiasaannya seorang pakcik akan memesan jumlah satay daripada penjual satay, dan akan mengambilnya pada malam raya, apabila telah diisytiharkan esok raya. saya biasanya akan mengikut beliau utk mengambil satay. bermula dgn menaikki volvo arwah datuk, sehingga menaikki kereta2 lain, mengikut apa yg pakcik dapat pandu ke rumah penjual satay.

apabila sampai di rumah, saya antara mereka yg akan menjamah/test satay. esoknya saya antara ditugaskan sebagai 'burner' iaitu pembakar/pemanas satay. kemudiannya mendapat sepupu sebagai pembantu. seterusnya menyerahkan tugas kpd sepupu. bermula dgn dapur arang, kini dibakar menggunakan dapur grill elektrik.

setiap kali raya, akan teringat satay dan raya. mungkin pernah saya menulis cerita ini. tapi kerana nostalgia, dan kenangan manis satay dan raya, setiap kali menulis akan mengingatkan zaman lampau.


Beli Barang - Urusniaga Berhemah

tadi saya ke aeon big subangjaya (dulu carrefour). niat nak pi makan malam dan mencari barang2 di situ.

saya singgah di sebuah booth menjual telefon bimbit di tingkat 2. semua booth menjual telefon bimbit akan berpindah ke tingkat 3.sedang berpindah. niat nak bertanya harga model paling murah, model asas. dari satu model ke satu model. sehingga kerana pandai memasarkan barangannya, saya terbeli sebuah telefon bimbit. ingatkan dah dapat harga terbaik. tetapi apabila masuk ke ruang niaga aeon big, saya lihat harganya banyak berbeza. geram rasa. rasa tak puashati. rasa tertipu dgn harga belian tadi. booth yg jual telefon tidak mempamerkan harga jualan. maka pembeli boleh tertipu.

pengajaran kepada saya. peringatan kpd yg membaca. risik dan bandingkan harga. tengok harga di dalam aeon big dahulu. bagi yg nak beli di shah alam, tanyalah pelajar sebab mereka biasanya boleh mendapat harga yg rendah berbanding jika pensyarah yg membeli.

jika niat penjual adalah tidak jujur dan cuba mengaut keuntungan tinggi dan berniaga tidak secara beretika, maka kita boleh claim di akhirat. buat aduan kpd kementerian kepenggunaan. maklumkan melalui media dan pelbagai lagi supaya orang lain tidak terkena. insyaallah juga, jika rezeki penjual diperolehi secara tidak betul dan pelanggan tidak puashati, maka nilai rezeki tersebut saya harapkan dah cover beberapa tempoh masa penjual tadi tidak mendapat rezeki.

Khamis, Julai 31, 2014

Erti Raya

apa erti raya kepada kita? apa maksud menyambut hari raya aidil fitri kpd kita. ada yg maksud dan erti yg berbeza. ada yg maksud dan erti sama.

aidil fitri dikatakan kembali kpd fitrah. berkeadaan putih dan suci. setelah dicucu, disuci, dikurangkan, dibersihkan dosa yg lalu. maka kita diandaikan pada 1 syawal seumpama bayi yg baru lahir. maka sambutan kpd bayi yg baru dan suci ini adalah bertakbir kpd allah. meraikan insan yg baru. memperkenalkan kpd saudara dan kenalan. meraikan kelahiran dgn sedikit jamuan juadah.

maka raya adalah meraikan insan yg baru. tapi secara sederhana. mengikut kemampuan kita. janganlah pula apabila meraikan 1 syawal, kita kembali jadi sombong, dengki, kedekut dan tamak tentang rezeki diri dan orang lain. juga jangan kita sambut raya dgn erti raya itu semua belanja mesti besar. jangan kerana raya kita bertambah merana di dunia.

Khamis, Julai 24, 2014

Tok Embong dan Baghinya

tok embong atau lebih dikenali sbg tok bong. arwah adalah bidan semasa saya dilahirkan.

semasa kecil saya juga pernah dijaga beliau. di kelantan dan di selangor. beliau adalah saudara melalui ayah saya. beliau juga akan dipanggil untuk mengurut dan bertuku.

saya ingat bagaimana beliau akan berbaghi kpd saya apabila beliau datang ke rumah di petaling jaya. beliau akan bercerita macam2. masa itu tv belum warna. tv bermula siaran jam 5petang. baghi beliau ada di masa siang hari. ada di masa malam hari.

beliau apabila datang ke rumah akan tidur di bilik di belakang rumah setingkat. antara baghinya kebanyakan sebenarnya berkaitan cerita2 dalam alquran. beliau akan bercerita tentang kehidupan dan kematian. beliau akan bercerita tentang syurga dan neraka. beliau akan bercerita tentang pahala dan dosa.

apabila saya balik ke rumah nenek di kota bharu, jika kebetulan beliau berada di rumahnya, beliau akan datang ke rumah nenek. rumah beliau di seberang sungai kelantan. semoga allah mencucuri rahmat kepada ruh arwah tok embong dan ditempatkan bersama mereka yang sentiasa mendapat rahmatnya.

Ahad, Julai 20, 2014

Sebak Untuk Berpisah

sayu rasa hati. sebak dada. makin hari makin dekat masa untuk berpisah.

syawal tidak lagi dinanti seperti dulu2. zaman kanak2, syawal sangat dinanti. syawal masa untuk dapat duit raya. syawal masa untuk dapat pakaian dan kasut baru. maka ramadan hanyalah laluan ke syawal.

tetapi dengan usia, ramadan lebih dinanti ketibaan berbanding syawal. malah jika boleh, biarlah ramadan bukan hanya sebulan. ramadan masa untuk kesedaran. ramadan untuk peringatan. ramadan untuk menambah bekalan. di bulan ramadan masa tertumpu untuk hari kemudian.

maka apabila syawal makin hampir kita sambut, kita juga akan makin hampir mengucap selamat tinggal kepada ramadan. semoga ramadan ini bukan ramadan terakhir untuk kita dan mereka yang kita kasihi.

Dua Beradik Di Surau

ramai kanak2 yg hadir di surau dekat rumah semasa bulan ramadan. mereka akan seronok berkumpul  untuk berbual sambil makan selepas solat terawih.

ada dua beradik yg saya perhatikan. kedua2nya hadir di surau bukan hanya pada bulan puasa shj. mereka akan hadir hampir setiap waktu solat maghrib. yg adik perempuan akan menunggu ayahnya solat. yg abangnya akan turut serta solat berjemaah.

di bulan puasa, adik akan seronok beratur untuk mengambil makanan dan minuman selepas terawih. adakala bertelekung. ada kala tanpa tudung. si abang setia berkopiah dengan tshirt dan seluar trek. si abang juga akan turut hadir tanpa mata mengantuk atau tidur utk solat subuh berjemaah dan kuliah subuh. alhamdulillah. semoga kedua ibubapa mereka berdua mendapat rahmat allah dgn didikan baik kpd kedua anak mereka.

Baca Berulang2

kuliah di surau berkenaan alquran sempena nuzul quran.

quran dalam bahasa arab dimaknakan sbg baca, baca berulang2 kali. bukan baca hanya sekali. baca secara berterusan. baca tanpa noktah berhenti.

maka bacalah alquran secara terus menerus. baca dan belajar. baca dan amalkan. baca dan rujuk berulang2 kali. kerana alquran adalah sesuai untuk semua masa, sesuai sepanjang zaman. sesuai utk umat muhammad, umat rasul dan nabi terakhir.

bacalah bersendirian. bacalah beramai2. semoga alquran menjadi teman kita di alam barzakh.

Isnin, Julai 14, 2014

Mukjizat dan Penghormatan

Tazkirah selepas solat witir tadi alquran sbg mukjizat. mukjizat berkait melemahkan musuh.

musuh biasanya akan tunduk sama ada takut atau hormat kpd mereka yg mempunyai kelebihan drpd mereka. mukjizat seseorang nabi sesuai dgn zaman umatnya.

nabi idris pandai berjahit di zaman manusia belum pandai menjahit pakaian. maka beliau dihormati kaumnya dgn kebolehan beliau. mukjizat nabi daud adalah pandai menukang besi dan bersuara merdu. kaum nabi daud pada masa itu menghormati tukang besi dan artis bersuara merdu.

nabi musa berjaya menundukkan tukang sihir diraja dgn tongkat yg berubah menjadi ular besar dan memakan ular2 hasil sihir tukang sihir diraja firaun. tukang2 sihir seterusnya mengaku beriman kpd tuhan nabi musa, allah. mukjizat nabi isa adalah berupaya mengubat dan juga menghidup orang mati dgn izin allah. zaman nabi isa, doktor adalah mereka yg sangat disanjung dan dihormati.

pada zaman nabi muhammad, mereka yg boleh membaca dan bersyair dipandang tinggi dan diberi ganjaran tinggi. alquran sbg mukjizat lebih baik drpd bacaan dan syair manusia biasa. alquran adalah mukjizat diturunkan allah kpd nabi muhammad yg sesuai untuk semua masa - dahulu, sekarang dan masa hadapan. alquran sesuai dibaca tanpa mengira umur pembaca, keadaan utk dibaca.

hanya mereka yg menerima cahayaNya menghormati dan menyanjung nabi muhammad dengan pemberian alquran kpd rasulullah sbg mukjizat sepanjang zaman dan utk semua umat. bacalah, bacalah dgn nama tuhanmu...

Ahad, Julai 13, 2014

Kata-kata Sebelum Mati Sahabat

kuliah subuh pagi tadi berkaitan beribadah di bulan ramadan. perbanyakkanlah ibadah di bulan yg mulia ini. ianya berkaitan membuat kebaikan.

kuliah pagi tadi adalah tentang kata2 seorang sahabat rasululullah. balu kpd sahabat rasulullah bagitau baginda arwah menyebut tentang 3 perkara sebelum beliau meninggal dunia.
1. alangkah baiknya jika jauh
2. alangkah baiknya jika baru
3. alangkah baiknya jika semua

jauh - berkaitan membantu seseorang yg susah ke tempat ingin dituju. lagi jauh perjalanan, lagi banyak ganjaran kpd yg membantu.

baru - jika barang yg diberi sebagai bantuan adalah barang baru, maka lagi banyak ganjaran kpd pemberi.

semua - jika makanan dikongsi adalah kesemua yg ada pada masa itu, maka lebih baik ganjaran kpd pemberi makanan.

Sabtu, Julai 12, 2014

Cukup Secara Sederhana

teringat kata seorang pakcik 'nak nunjok ko sapo'. ianya berkaitan kekayaan dunia.teringat seorang pakcik lagi semasa belajar di itm, beliau mempunyai pakaian yg cukup2 utk digunakan seminggu ke kelas, beriadah dan lain. seorang pakcik lebih selesa bekerja menjaga kedai basikal. seorang bekas bos (saudara jauh?) setelah menunaikan haji lebih selesa memakai pakaian yg sederhana, tidak lagi berminat pakaian barat berjenama.

bulan puasa menduga kita. adakah kita fahami maksud puasa. bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. ianya berkaitan dgn cukup kita boleh hidup secara sederhana. berbuka, bermoreh dan bersahur cukup dgn makanan yg mengembalikan tenaga utk membolehkan kita produktif semasa puasa.

pakaian semasa solat terawih berjemaah cukup secara bersederhana. memudahkan kita mengerjakan ibadah solat hanya di bulan ramadan. tak perlu berpakaian melayu penuh dgn samping. cukup dgn pakaian menutup aurat. tambah wangi2an adalah sunat digalakkan.

maka teruskan cara bersederhana selapas ramadan. sambutlah syawal juga secara sederhana. 'nok nunjok ko sapo?''bakpo nok nunjok?'

Beribadah Di Bazar Ramadan Asnaf Sek3 Shah Alam

pada minggu lepas, selepas jumaat saya ke kedai buku di sek3, di bangunan mais. saya dapati khemah2 telah disediakan untuk bazar ramadan. penyewa dan pengusaha adalah asnaf program mais.

petang tadi saya singgah ke bazar asnaf. selepas keluar dari uitm. tidak ramai peniaga. pilihan makanan pun terhad. mungkin peniaga lebih suka berniaga di bazar lain. mungkin menu sedikit sebab bilangan pelanggan yang mengunjungi bazar. pelanggan pun boleh dikira dgn jari. mungkin pelanggan minat ke bazar yg lebih banyak juadah spt di stadium shah alam.

saya membeli taufufa, permintaan ayah beberapa hari yg lepas. alhamdulillah ada dijual selain pelbagai minuman, buah2an, satay, nasi ayam, roti john, nasi lemak dll. jom kita gandakan ibadah kita dgn membeli di bazar ramadan asnaf sek3 shah alam. sama2 kita menyokong dan membantu kaum asnaf yg berusaha memperbaiki tahap ekonomi mereka.

Khamis, Julai 10, 2014

Penunggu Di Surau

terima kasih kepada penunggu di surau. hampir setiap malam beliau aakn berada di paling kanan saf hadapan untuk solat isyak dan terawih. di bulan selain bulan ramadan, beliau akan berada di saf kedua di belakang atau sisi belakang bilal.

pada bulan ramadan, beliau akan menunggu dan mencari saya sebelum solat isyak. beliau akan memberi isyarat membetul2kan kopiah beliau apabila melihat saya. tadi saya dapat bersolat di saf depan di sebelah penunggu setia surau. ianya kali ke berapa saya dah lupa. terima kasih.

penunggu ini pernah saya bercerita. hampir setiap hari pada waktu maghrib beliau akan berada di surau. pada hujung minggu, beliau boleh juga dilihat pada waktu zohor dan asar. sejak kecil beliau sudah mendekatkan dirinya dengan surau untuk beribadah solah berjemaah. semoga beliau sentiasa mendapat cahaya keimanan, rahmat, rahman dan rahim allah.

Rabu, Julai 09, 2014

Ingin Di Teratas/Terkehadapan

kebiasaan kita disuruh bercita2 berada di tangga teratas dalam pengajian kita. dapat nombor yg atas2 sebagai tanda kita bijak dalam belajar. tetapi tidak semestinya tanda kita bijak menggunakan ilmu dan potensi kita. maka ramai yg cuba mendapat kedudukan tertinggi dalam akademik.

apabila bekerja, kita dinasihatkan bercita2 tinggi utk berada di peringkat tertinggi dalam pengurusan organisasi. samada organisasi swasta ataupun kerajaan. lagi tinggi pangkat dan jawatan kita, maka ianya tanda kita berjaya dalam kerjaya kita. maka ramai akan cuba dapat kedudukan tertinggi di dlm organisasi kerja.

bagaimana apabila beribadah? berapa ramai yg menerima pesanan utk cuba berada di barisan terkehadapan iaitu saf pertama semasa solat? berapa ramai yg menerima pesanan utk menjadi mereka yg awal dlm memberi sedekah? mungkin ramai yg tak mencuba utk berada di saf hadapan atau menjadi mereka yg terawal bersedekah kerana ganjaran bukan segera, tidak nampak?

semasa bersekolah dahulu, kita berebut nak berada di saf pertama, siap booking tempat dgn songkok. berebut nak azan dan iqamah.  tetapi ramai setelah bekerja, ianya hanya kenangan shj. ramai yg mengejar kedudukan tertinggi dan keterhadapan di dunia shj.

Isnin, Julai 07, 2014

Pangkat dan Kerja Kita

ramai kaitkan pangkat dengan tahap rezeki. ramai yg kaitkan pangkat dengan jawatan. ramai yg kaitkan pangkat dgn kuasa. ramai yg kaitkan pangkat dgn tahap dihormati pihak lain.

pangkat juga berkait peringkat tanggungjawab. lagi tinggi pangkat, lagi besar tanggungjawab. lagi tinggi pangkat, lagi banyak perlu dijawab. ada yg tak sanggup dinaikkan pangkat kerana takut tidak mampu menanggung beban tanggungjawab. ramai yg nak pangkat dan kuasa serta ganjaran, tetapi lupa beban tanggungjawab yang datang bersama.

ada kerja yang jelas pangkat pekerjanya. ada pangkat yg pekerjanya tidak mempamerkan pangkat yg dipegang. ada yg berpangkat suka memaklumkan dan mengingatkan pangkat yg dia milikki. ramai yg sanggup menipu utk naik pangkat. ramai juga yg sanggup beli pangkat.

pangkat sebagai ganjaran atau sebagai hukuman? pangkat dan amanah adalah seiring. sebagaimana pangkat dgn jawatan, rezeki, tanggungjawab..

Menilai Tahap Ilmu

bagaiman kita menilai tahap ilmu kita? ada pelbagai cara.

kalau di tadika, penilaian adalah melihat kemampuan kita membaca, menulis dan mengira. dalam bahasa inggeris - 3R, read (w)rite dan (a)rithmetics. ianya secara umum ilmu yg diperlukan utk berdayasaing dan hidup di dunia.

penilaian begini diteruskan di sekolah rendah. dan juga dinilai disekolah menengah. dan diteruskan lagi di sekolah menengah.

ada yg menyatakan tahap ilmu berdasarkan jenis kebijaksaan kita. Gardner menyatakan ada 7 jenis kebijaksanaan.

saya cuba teruskan penilaian pelajar saya di fsr menggunakan 3R dan multiple intelligence gardner. penilaian kerjakursus dan peperiksaan akhir memerlukan pelajar berkebolehan mendengar, melihat, membaca, berbincang, menulis, membentang, mengira dll. melihat tugasan dan ujian pelajar utk sem ini, saya dapati masih ramai yg lemah dlm 3R.

Jumaat, Julai 04, 2014

Taraf Kehidupan Diingini

apakah taraf kehidupan tertinggi yg kita ingini? kaya gila? rumah besar? kereta mahal? pangkat dan anugerah tinggi?

pada pandangan saya, taraf kehidupan atau tahap kehidupan tertinggi adalah apabila kita bercahaya. bercahaya dengan ilmu. bercahaya yg berupaya melihat apa yg tersembunyi dlm kegelapan. dan ianya perlukan keikhlasan dlm kehidupan. bercahaya utk berupaya sedar dan menerima bahawa diri kita adalah hamba allah. tidak sombong. tidak berdengki.

taraf satu aras dibawah taraf bercahaya adalah seorang yang pemurah dan pengasihani. murah dan kasih kepada diri dan orang lain. murah hati dan pengasihani kpd makhluk ciptaan allah, bukan shj kpd manusia. mudah memberi dan berkongsi rezeki dgn orang lain. tidak kedekut. tidak tamak. kita mudah tersentuh apabila melihat mereka yg lebih susah tentang rezeki drpd kita. kita tidak hidup membazir.

maka ada yg berkata, apabila kita bercahaya, barulah kita dapat bertemu cahaya.

Rabu, Jun 25, 2014

Pengurus Organisasi

mengurus organisasi perlu kepada ilmu. pemimpin dan pengikut sama2 perlu berilmu.

pemimpin perlu pandai menyusun tugas dan tanggungjawab pengikut. ikut keberkesanan dan produktiviti serta kemampuan pengikut. bukan ikut suka pemimpin atau ikut suka pengikut. susunatur perlu mengambilkira objektif penubuhan organisasi.

pemimpin yg bijak tidak beremosi. pemimpin yg bijak akan ikut fikiran dan ilmu. bukan ikut rasa yang akan sebabkan organisasi binasa. bukan ikut kata seorang. bukan ikut ampu orang.

pengurus akan dipertanggungjawabkan dengan hasil organisasi. pengurus akan ditanya dari mana sumber didapati. dan pengurus akan ditanya kemana sumber digunakan. Tanggungjawab sebagai pengurus iaitu pemimpin lebih besar daripada pengikut.

Rabu, Jun 18, 2014

Kehabisan Sumbu

sumbu di sini bukanlah tanduk dihidung badak. ianya seumpama sumbu di pelita.

apabila sumbu habis, biasanya pelita tidak dapat digunakan lagi. tiada api sebagai cahaya untuk menerangkan kegelapan.walau pun minyak mungkin banyak lagi di dalam pelita, tetapi tanpa sumbunya, pelita sudah tidak berguna.

habis sumbu seumpama burnout. api yg menyala telah terpadam. ianya seumpama tiada lagi motivasi. tiada tolakan dari dalam ataupun tarikan dari luar untuk pelita terus menyala.

tetapi kita harapkan agar cahaya yg dicari untuk bertemu dgn cahaya yg agung tidak akan padam.

Selasa, Jun 17, 2014

Bicara Di Mahkamah

setelah melihat bukti2 yg ditunjuk di skrin, maka ditanya 'siapakah yg ingin membuat tuntutan kpd yg dibicara?'.

tuntutan dibuat adalah kerana yg dibicara -
1. sombong
2. dengki
3. kedekut
4. tamak
berkaitan rezeki sendiri dan rezeki makhluk lain. rezeki adalah nikmat. rezeki adalah ujian.

ianya berlaku kerana yg dibicara tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab di dunia secara adil dan amanah. yg dibicara sentiasa berbohong semasa di dunia. yg dibicara sentiasa terlibat dgn rasuah. yg dibicara sentiasa salahurus  hak diri dan hak orang lain. yg dibicara suruh yg menuntut berjimat, tetapi yg dibicara senang membelanjakan dan menggunakan wang diamanahkan.

semoga kita tidak tergolong dlm mereka yg akan dituntut hak oleh orang lain kerana mereka tidak amanah di dunia.

Ahad, Jun 15, 2014

Semoga Diri Kita Bercahaya

bagaimana nak bercahaya?

bersihkan drpd sombong. bersihkan drpd dengki. berasa rendah diri. bersyukur dengan rezeki yg kita terima dari allah. bersyukur dgn rezeki orang lain terima dari allah. rezeki adalah amanah.

bersihkan diri drpd tamak. bersihkan diri drpd kedekut. bersyukur dgn rezeki yg kita terima dari allah. bersyukur dgn rezeki yg orang lain terima dari allah. kita akan menjawab tentang rezeki kita yg kita terima dari allah.

ikhlas dlm tuturkata dan perbuatan. sentiasa tambahkan ilmu. sentiasa beriman kpd allah. sabar dgn ujian.

Sabtu, Jun 14, 2014

Tahap Tertinggi Yang Diingini

apakah tahap tertinggi yang kita inginkan? yang biasa kita impikan? yg biasa kita sasarkan? yang kita katakan apabila telah tercapai maka kita telah berjaya?

pelbagai jawapan akan diterima. ianya bergantung kepada ilmu yang kita ada. ianya bergantung kpd penerimaan kita kpd siapa mendidik kita. ianya mengambilkira siapa keluarga dan kenalan kita. tetapi keputusan akhir apa yang ingin kita capai sebagai tahap tertinggi kita adalah keputusan kita.

mungkin tahap tertinggi itu setelah kita boleh bersihkan diri daripada perasaan dengki. iaitu tidak irihati dengan kebaikan yg allah beri kepada orang lain.mungkin tahap tertinggi itu adalah apabila kita dapat bersihkan diri kita drpd perasaan sombong. iaitu tidak menunjuk2 dengan kebaikan yg allah beri kpd kita. pemberian drpd allah adalah pelbagai. anak isteri, harta, jawatan adalah antara kebaikan kpd mahkluk allah. dan pemberian ini juga adalah ujian kpd makhluk allah.

maka setelah kita bersih drpd dengki dan sombong, maka akan timbullah keikhlasan dlm kehidupan. setelah ada ikhlas dlm diri, maka akan bertambah keimanan. sehinggalah diri ini satu cahaya. cahaya di dalam diri. cahaya yg menerangi kegelapan. cahaya yg menunjukkan apa2 yg tersembunyi di dlm kegelapan. semoga kita adalah mereka yg bercahaya di dunia dan di akhirat. semoga kita adalah makhluk allah yg sentiasa mendapat cahayanya, kemurahan dan kasihnya.

Isnin, Jun 02, 2014

Rezeki Milik Allah

harapan tinggi. maklumbalas positif. tetapi makluman muktamad - usaha lagi.

rezeki milik allah. allah yg berhak menentukan bila rezeki akan kita terima. kalau belum masa, memang belum masa. biasa rasa kecewa. tetapi ada rahsia atau hikmah disebalik penangguhan. jika memang bukan rezeki kita, mungkin ada yg lebih baik.

alhamdulillah tidak berbelanja terlebih dahulu. jadi tiada mengharap rezeki utk selesaikan hutang yang tak diperlukan. tetapi kita perlu berusaha juga. rezeki itu mungkin menanti masa untuk diamanahkan kepada kita. maka perlu bersedia untuk menerima amanah.

Ahad, Jun 01, 2014

Benar lawan Blawok

tajuk perkongsian ilmu di surau tadi berkaitan kebenaran. contoh digunakan tentang israk dan mikraj, dan ayat 118 surah at-taubah.

kisah pertama berkenaan bagaimana saidina abu bakar as-siddiq mendapat gelaran as-siddiq. gelaran tersebut kerana beliau membenarkan/mempercayai dengan yakin perjalanan rasulullah s.a.w semasa israk dan mikraj. kisah kedua berkenaan kaab yg dihukum kerana berkata benar walaupun berpeluang untuk berdusta. tetapi kaab tidak rela berdusta kepada rasulullah s.a.w., walaupun untuk mengelak daripada dimarahi.

benar berkait kredibiliti. benar berkait kebolehpercayaan dan keyakinan terhadap seseorang. tetapi sekarang walau pun berpangkat, berkedudukan tinggi, berkelulusan akademik tinggi, masih ada yg tidak berkata benar. mereka ini adalah pelawak. orang yg takut kepada kebenaran. maka mereka lebih suka blawok/menipu/berbohong. lagi teruk mereka akan mengajak atau memaksa orang lain utk membenarkan ketidakbenaran dilakukan atau dikatakan mereka. sekali kita tidak dipercayai, maka susah untuk dipercayai orang lain. pemimpin atau ketua yg tidak bercakap benar tidak layak jadi pemimpin.

bersamalah kita elak drpd kita tergolong dlm golongan plawok. golongan penipu. golongan pembohong. di akhirat tak boleh blawok. baik belajar di dunia untuk tidak blawok, belajar bercakap benar. sebelum akhirat, di kubur kita tidak juga boleh blawok.

Tahap Kehidupan

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani
syukur kepada allah tuhan sekelian alam
yang maha pemurah lagi maha pengasihani
raja pemerintah di hari kemudian
hanya engkau yang kami sembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami jalan yang lurus
jalan mereka yang engkau kurniakan nikmat, bukan jalan orang yang engkau murkai, dan bukan jalan orang yang sesat.

yang paling teruk adalah mereka yang sesat. kemudiannya mereka yang dimurkai allah.
jadilah kita dikalangan mereka yang teratas, mereka yang diberi nikmat,yang diberi jalan yg lurus.
jadilah mereka yang hanya sembah allah, yang hanya memohon pertolongan kepada allah.
berdoalah semoga kita menjadi hambanya yang pemurah dan pengasihani.


Selasa, Mei 27, 2014

Hidup Yang Mudah

bangun pagi. mengucap dua kalimah syahadah. bersyukur kepada allah. solat subuh, makan kalau tak puasa.

kerja cari rezeki yg halal. belajar utk tambah ilmu untuk cari rezeki yg halal. makan tengahari. solat zohor. sambung kerja. atau sambung belajar. solat asar. riadah. solat maghrib. makan malam. jika puasa, berbuka dan makan sbelum solat maghrib. solat isyak. belajar. rehat.

sahur jika nak puasa. dan kehidupan yang mudah berterusan. yg lain2 adalah tambahan. yg mungkin tak diperlukan. atau hanya godaan hidup. ujian hidup. masa bersama keluarga, bersama kawan dan orang lain adalah untuk memudahkan kita di dunia dan diakhirat. jangan pula masa mencari rezeki, harta dan dengan keluarga (serta kenalan) menjadi penyebab menyusahkan kita di dunia dan di akhirat.

islam itu mudah. bekerjalah seumpama akan hidup selama2nya. beribadahlah seolah akan mati esok hari. kerja juga adalah ibadah. belajar adalah ibadah. menceriakan dan memudahkan orang lain adalah ibadah.

Sabtu, Mei 24, 2014

Semangat dan Motivasi

tahniah malaysia menang separuh akhir untuk berjaya ke final piala thomas. semangat yg ditunjukkan pemain dan penyokong memberi motivasi kpd pemain utk bermain secara cemerlang.

pagi tadi saya rasa kurang bersemangat. motivasi utk phd di tahap rendah. sehinggalah sebelum solat jumaat. apabila bersolat di sebelah pnc penyelidikan, naik sedikit motivasi. kemudiannya beliau memberi motivasi semasa berjumpa beliau sedang makan tengahari.

semangat naik semula untuk phd. setelah solat jumat, berjumpa dgn 4rakan yg sedang buat phd. kesemuanya di peringkat berbeza. kesemuanya memberi semangat untuk saya tamat pengajian dgn jayanya. selepas itu terserempak dgn 2 lagi profesor. seorang dekan fakulti. seorang pengarah pusat kecemerlangan. eksemuanya memberi kata semangat kpd saya.

alhamdulillah. insyaallah. terima kasih. kalau tak berkata2, tak akan dapat maklumbalas.

Khamis, Mei 22, 2014

Kurang Ajar

siapakah yg mengajar seseorang jadi kurang ajar? apakah maksud kurang ajar? kurang ilmu? kurang beradap? kurang beradat? tidak mematuhi peraturan? tidak mematuhi undang2? tidak mematuhi hukum?

bagaimana anak ketam nak berjalan betul jika dilihat ibubapa dan keluarga serta kenalan berjalan tidak betul? bagaimana anak pencuri nak berhenti mencuri jika dilihat ibubapa dan kenalan mencuri dan tidak dihukum? bagaimana anak perompak nak berhenti merompak jika ibubapa dan kenalan merompak tanpa dihukum?

cerita anakku sazali amat menarik. apabila anak dimanja2kan, kesalahan tidak ditegur dan dibiarkan, maka sazali menganggap segala perbuatannya sebelum ini adalah betul dan tidak salah. bagi sazali apa yg beliau lakukan dianggap bukan sesuatu yg kurang ajar. sehinggalah bapanya akhirnya menegur sazali. jawab sazali, 'jika bapa menegur sazali dulu2 lagi, sazali tak kan jadi macam ini'. maka siapakah bapa sazali yg menyebabkan anak2 menjadi kurang ajar?

Rabu, Mei 21, 2014

Tandatangan

tandatangan adalah tanda daripada seseorang. ianya adalah satu pengesahan. ianya satu perakuan. jika dulu2 cukup berjabat tangan atau bersalam. kemudiannya juga cukup dengan mengangkat tangan sebagai kikrar atau sumpah. ada juga perlu cop mohor.

sekarang tandatangan mewakili pandangan kita. ianya bukti bertulis. bagi pegawai kerajaan perlu juga bercop nama dan jawatan serta jabatan penandatangan. ianya untuk menyokong dan meyakinkan pembaca bahawa peraku adalah seorang yang boleh dipercayai terhadap kenyataan bertulis.

nilai tandatangan sebenarnya adalah tinggi. ia mewakili namabaik kita. silap tandatangan, serong pandangan orang terhadap kita. saya pernah tidak mahu menandatangan dokumen kerana ianya mencurigakan saya. saya tidak pasti atau kurang yakin dengan kesahihan atau kebenaran dokumen yang perlu saya tandatangan. dan saya pernah meletak jawatan sebagai tanda saya tidak ingin terlibat dengan sesuatu yang boleh menjejaskan nama saya, nama keluarga, nama kawan2, nama pelajar, nama bekas pelajar, nama organisasi saya bekerja dll.

Isnin, Mei 19, 2014

Kontrak Hidup

dlm hidup banyak kontrak. hidup seumpama kontrak. kontrak bermula dgn lahirnya kita ke dunia dan berakhir dgn kematian kita di dunia.

apabila kontrak akan tamat atau telah tamat, akan banyak persoalan keluar. drpd yg terikat dgn kontrak. drpd mereka yg berkait dgn mereka yg terikat dgn kontrak ada yg akan bertanya kenapakah kontrak perlu ditamatkan. ada yg bertanya kenapa kontrak tak diperbaharui. kebiasaannya ramai tidak boleh terima hakikat kontrak akan tamat.

saya suka jika kerja adalah secara kontrak. maka kita tahu kita ada had tamat dgn jelas. maka jika kita nak yg terbaik, kita akan usahakan yg terbaik. yg tidak terikat dgn kontrak akan mudah lupa atau alpa. maka kerja atau usaha sekadar cukup syarat aje.

ada yg dah dekat habis kontrak baru nak usaha mcm nak gila. nak cuba sambung kontrak.


Jumaat, Mei 16, 2014

Konvo ke 80 UiTM

semalam 15 mei adalah sesi konvo utk graduan fsr di uitm shah alam. saya hadir sebagaimana permintaan dekan fsr.

konvo adalah majlis rasmi menandakan bhw seorang pelajar telah tamat pengajiannya dgn jayanya. graduan telah wajar menerima ijazah kerana hasil usaha yg telah diberi. semoga graduan mendapat ilmu secara halal dan menggunakan ilmu didapati secara halal.

konvo menandakan bhw pensyarah dan bekas pelajarnya telah sampai ke satu persimpangan. graduan akan meneruskan hidupnya diluar ipt. pensyarah akan kembali ke ipt mendidik kumpulan pelajar seterusnya. seorang pensyarah berasa bangga melihat graduan yg berjaya mendapat pengiktirafan hasil usaha secara jujur dan ikhlas.

tahniah kpd para graduan fsr yg bergraduat pada konvo ke 80 uitm.

Semoga Hidup dan Mati Bercahaya

16 mei adalah hari guru. hari dimana mereka yg bergelar cikgu atau guru, iaitu pendidik di peringkat tadika sehingga ipt diraikan dgn hadiah dan ucapan terima kasih oleh mereka yg menghargai usaha cikgu/guru.

dalam bahasa sanskrit, guru berkait dgn pemberian ilmu utk membawa dari kegelapan kpd bercahaya, ilmu menjadi penyuluh kpd kita dlm menjalani kehidupan di dunia. dan ilmu juga adalah penyuluh kpd kita setelah kita mati. kita berdoa semoga mendapat alquran sebagai teman didlm kubur.

semoga ilmu yg kita kongsi memberi cahaya kpd kita semua. salam hari guru. semua kita adalah guru. berkhidmatlah sebagai guru dgn penuh tanggungjawab dan amanah.

Rabu, Mei 14, 2014

Batu Batu

batu batu adalah terjemahan terus 'milestone'. sekarang kita gunakan metrik, maka menjadi km stone iaitu batu kilometer.

milestone adalah penanda. tanda berapa jauhkah jarak perjalanan kita. perjalanan akan kita hadapi, dan perjalanan telah kita lalui. bagi kehidupan kita, ada banyak milestone. antaranya adalah usia kita, tahap pendidikan kita, status perkahwinan, jawatan, tanggagaji dll. begitu juga kelahiran dan kematian.

milestone boleh menjadi pendorong (memotivasikan kita). dan milestone boleh menjadi penghalang atau pun mengurangkan atau menghilangkan motivasi kita untuk mencapai sesuatu. ianya bergantung kpd bagaimana kita melihat dan menilai setiap batu batu dlm hidup kita.

Selasa, Mei 13, 2014

Yang Pasti

yang pasti. adalah mati. mati adalah pasti. cuma kita tidak tahu bilakah masa kita akan tiba.

yang pasti kita akan hidup sesudah mati. kita pasti dan yakin bahawa kita akan dihidupkan semula selepas mati.cuma kita tidak tahu berapa lamakah kita di alam barzakh. cuma kita tidak tahu bila kita akan dihidupkan semula.

yang pasti kita akan dipertanggungjawabkan dgn amanah yg diberi. maka kita berharap, berdoa dan berusaha semoga kita akan mendapat sejahtera dunia dan akhirat. kita berdoa semoga mereka yg kita kasihi akan bersama kita sejahtera dunia dan akhirat.

Sabtu, Mei 03, 2014

Usia dan Tanggungjawab

usia dan tanggungjawab adalah seiring dan sejalan. semakin berusia, semakin banyak tanggungjawab kita. ilmu amat membantu memudahkan meniti usia dan menangani tanggungjawab kita.

lelaki atau perempuan. bujang, berkahwin, duda/janda. ada anak atau tiada anak. ada ibubapa atau tiada ibubapa. dll. semakin berusia kita, semakin besar tanggungjawab kita. semakin besar tanggungjawab kita. semakin berat nak kita tanggung dan jawab.

tanggungjawab utama adalah kpd allah, tuhan yg satu. kita tanggung ujian di dunia. kita jawab di akhirat. undang2 manusia adalah godaan, ujian, melalaikan. undang2 allah adalah adil dan kekal. bersama kita berdoa dan berusaha agar kita tidak mengajar ajaran salah dan kita kena jawab sebab salah kita mengajar.

Isnin, April 28, 2014

Hutang

kehidupan sekarang banyak urusan melibatkan hutang. ini antara punca bank kaya. ini antara punca kad kredit ditawarkan kepada graduan baru. berbanding dulu2 dimana antara syaratnya perlu bekerja minima 2tahun dan gaji minima rm2 ribu sebulan utk layak memohon dan memilikki kad kredit.

ada yg berhutang kerana keperluan hidup. tapi ramai berhutang kerana kemahuan hidup. ramai yg berhutang utk hidup mewah. ramai yg berhutang utk berpoya2 dan bergaya. maka along pun sangat gembira.

ramai yg lupa hutang adalah satu tanggungjawab perlu dibayar balik kpd pemberi hutang. ada yg berhutang dan hidup mewah drpd hutang. tetapi pemberi hutang menderita kerana penerima hutang lupa atau buat2 lupa utk bayar hutang. hutang wajib dijelaskan. besar akibatnya diakhirat nanti jika kita tidak jelaskan hutang semasa di dunia.

Rabu, April 23, 2014

Salah, Alah, Alasan

apabila melakukan kesalahan, maka biasanya akan berlaku beberapa respons daripada pelaku salah atau pesalah. antaranya mengalah dan mengaku kesalahan. ada yg akan menyalahkan orang lain. ada yg akan memberi pelbagai alasan utk elak disalahkan.

undang2, peraturan, polisi, prosedur, etika, dll yg membawa maksud hampir sama adalah utk membolehkan masyarakat hidup secara aman dan damai. jika dipatuhi perkara2 yg telah dinyatakan, maka penjual atau pemberi khidmat dan barangan akan dapat menyampaikan tugas dan tanggungjawab dgn rasa selamat dan selesa. begitu juga penerima atau pembeli khidmat atau barangan dapat menikmati belian barangan atau perkhidmatan dalam keadaan selamat dan sejahtera.

alasan bhw orang lain buat, kesalahan dilakukan hanya kecil dll tidak boleh diterima. seorang yg matang diukur melalui amalan ilmu yg dimilikki.

Rabu, Mac 26, 2014

Dogmatix

lama tak menulis di blog. sebab sibuk? sebab xde idea? macam2 alasan boleh saya beri. sebenarnya nak meulis ataupun tak mahu.

semalam semasa kelas etika, ada satu terma - dogmatix. maksudnya adalah seseorang yg sentiasa rasa dia betul aje. orang lain sentiasa salah. orang dogmatix tak boleh ditegur tentang kesalahannya. hmmm... ada orang macam ni yang saya biasa jumpa. di mana ya?

saya selalu ingatkan dalam kelas utk pelajar dan saya, tiada manusia yang sempurna. tiada manusia tidak buat salah. teguran sebagai kawan sebab nak perbaiki kawan dan diri sendiri untuk kebaikan bersama dan kesejahteraan masyarakat. bukannya berkait dgn melepaskan anjing yg tersepit ya...

Selasa, Februari 25, 2014

Maju atau Kaku

pilih untuk maju atau kaku. pilih utk terus keruh (stagnant) atau mengalir ke kuala.

bagi sesebuah organisasi (saya dimaklumkan saya tak layak mengajar kursus tingkahlaku organisasi), peranan pemimpin dan pengikut di dalam organisasi memberi kesan sama ada organisasi akan maju atau kaku/buntu. jika di dalam pasukan mempunyai mereka yg masih melakukan perkara sama yg membuntukan organisasi tanpa ingin berubah, maka bagaimanakah organisasi dapat berubah.

maka antara tindakan perlu diambil adalah mengalihkan mereka yg membuntukan organisasi. antara tindakan membuntukan organisasi adalah tidak berupaya memberi keseronokan bekerja kpd majoriti. juga sentiasa membantah serta menunjukkan sikap biadap kpd pemimpin dan juga orang lain. menjadi seekor kera sumbang.

maka pilihlah. adakah kita hendak terus beku, kaku, buntu, undur atau maju.

Isnin, Februari 24, 2014

Alhamdulillah Kepada Allah Yang Satu

alhamdulillah. masuk waktu maghrib tadi, usia saya meningkat setahun lagi. dan setahun lagi makin hampir kepada saat akhir.

alhamdulillah, tahun lepas saya bersama keluarga fsr di taman negara. alhamdulillah tahun ni saya bersama kedua ibubapa dan seorang adik di taman negara. jika jannah atau syurga adalah sebuah taman hijau dengan sungai yg mengalir, mungkin taman negara sebuah tempat yg mendamaikan di dunia.

alhamdulillah, tadi dapat menikmati makan malam yg dimasak ibu saya. alhamdulillah saya dapat menikmati makan malam tadi dgn ayah saya. alhamdulillah saya dapat solat isyak berjemaah di saf pertama dgn adik saya no3 di kanan saya.

alhamdulillah dgn apa yg ada dan apa yg tiada. saya mohon berbanyak maaf kepada semua untuk segala silap dan salah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sejak dulu sehingga kini. juga untuk masa akan datang. maklumlah manusia tidak sempurna, ada kelemahan dan kekurangan masing2. semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah Yang Esa. semoga kita mendapat kesejahteraan di dunia, di kubur dan di akhirat. semoga kita dijauhkan dan diharamkan daripada siksaan dunia, kubur dan akhirat.

Selasa, Februari 18, 2014

Ditegur Lagi Di Surau

sekali lagi saya di tegur di surau dekat waktu maghrib. kali ni pada hari ini.

saya sudah ebrada dalam saf. alhamdulillah di saf pertama. selang seorang dari bilal. imam sudah membaca niat dan akan bertakbir. tiba2 saya terasa bahu saya di cuit. saya pandang ke belakang. seorang jemaah menunjuk ke baju saya dan tanya 'apa tu'. saya melihat ke bahu saya dan saya terus memakai semula cermin mata serta beredar utk keluar. saya lihat ramai jemaah lain melihat kpd saya kehairanan.

setelah menukar baju, saya sempat berjemaah dgn rakaat pertama. setelah selesai solat, seorang jemaah bertanya 'darah ke'?. jawab saya 'tahi burung'. tersenyum jemaah tersebut. alhamdulillah, jika saya tak ditegur sebelum saya mula solat, solat saya tadi tidak sah kerana pakaian kotor. terima kasih kerana sudi menegur saya.

Sabtu, Februari 15, 2014

Labuh dan Singkat

labuh dan singkat ada kaitan dgn tinggi dan rendah. labuh dan singkat berkait dgn pakaian dipakai. tinggi dan singkat berkait ilmu yg ada dan diamalkan.

nafsu manusia suka kpd mereka berpakaian singkat atau tanpa pakaian. ada yg berpendapat bhw lagi singkat kain lagi kaya seseorang sebab pakaian yg gunakan sedikit kain sekarang lebih mahal berbanding pakaian yg gunakan banyak kain. maka masyarakat barat menganggap bhw mereka yg memakai pakaian labuh adalah mereka yg ketinggalan zaman dan miskin. ianya satu cara menrendahkan dan menghina mereka yg memakai pakaian dan kain labuh. maka mereka yg memakai baju singkat, kain singkat atau kurang atau tiada dipandang barat sebagai bertamadun atau kaya dunia. tetapi kita tahu sebaliknya.

mereka yg memakai pakaian atau baju atau kain labuh sebenarnya kaya. kaya di akhirat. kaya juga di dunia. kaya dgn ilmu kerana ilmu yg ada yg diamalkan. maka lagi labuh pakaian kita, lagi tinggi ilmu kita. sebaliknya, lagi singkat pakaian kita, lagi rendah ilmu kita.

Hidup Dengan Masa Dipinjamkan

kita hidup di dunia dgn masa yg dipinjamkan. dlm bahasa inggeris 'living on borrowed times'. apabila dipinjamkan, tentulah kena dipulangkan kpd pemiliknya. dan pemilik akan bertanya kpd kita bagaimana kita gunakan masa yg diberi kpd kita buat sementara.

setiap saat masa dipinjamkan adala peluang utk perbaiki masa silam. setiap saat tambahan masa dipinjamkan adalah peluang utk menambahkan bekalan di masa yg tiada penghujung. kebiasaan ramai secara lumrahnya lupa masa yg ada terhad. kebiasaan ramai yg ingat masa yg ada tiada hadnya. tiada 'deadline'. maka kita perlulah sentiasa diingatkan.

banyak yg akan melalaikan kita dlm menggunakan masa yg dipinjamkan. azan yg dilaungkan 5kali sehari adalah peringatan had masa kita. adakah kita peka dgn peringatan tentang masa?

Khamis, Februari 13, 2014

Ajar atau Tadbir

ada yg ingin jadi cikgu. ingat senang jadi cikgu. hanya ajar kpd murid2. dan murid2 tak boleh tanya. kemudiannya bila dah tak minat mengajar, maka sambung belajar utk jadi pentadbir.

ada yg minat nak jadi pensyarah. ingat senang jadi pensyarah. hanya ajar kpd pelajar. dan pelajar jangan tanya pensyarah. bila dah sedar bukan senang nak ajdi pensyarah, maka ada yg nak jadi pentadbir. senang arah orang. suruh orang lain buat kerja kita. kita terima elaun. orang lain penat buat kerja kita.

ada yg berkata,'kalau tak boleh mengajar, maka jadilah pentadbir'. tapi mereka ini lupa bhw tugas hakiki adalah sebagai pensyarah. diambil bertugas di ipt sbg pensyarah. kalau nak jadi pentadbir dan tak nak mengajar pelajar, jadilah pentadbir sepenuh masa. ingat, rezeki diterima sebagai pensyarah, bukan sebagai pentadbir. memang ada yg nak pencen sbg pentadbir akademik sebab takut disoal rakan sekerja dan pelajar berkaitan hal akademik.

kalau takut tembelang pecah, pencen ajelah atau berhentilah. berilah peluang kpd mereka yg ikhlas ingin jadi pensyarah. yg inginkan rezeki halal.

Rabu, Februari 12, 2014

Kulit Buku

kulit buku atau pembalut buku. dlm bahasa inggeris 'book's cover'. pepatah inggeris mengatakan jangan dinilai sesebuah buku berdasarkan pembalutnya atau kulitnya.

ianya sebenarnya merujuk kepada penilaian seseorang juga. jangan dinilai berdasarkan hanya pakaiannya. juga jangan dinilai hanya berdasarkan gelaran dihadapan namanya. juga jangan dinilai berdasarkan hanya kelayakan akademiknya. selain itu jangan juga hanya menilai berdasarkan jawatan yg dipegangnya. nilailah drpd pelbagai faktor.jangan hanya bertanya kpd kawannya shj. tanyalah juga kpd bukan kawannya.

sudah jadi amalan kurang sihat sekarang membeli 'balutan' atau 'kulit' buku utk mengkaburi penilaian orang terhadap kita. ada dgn cara membeli pangkat. ada dgn membeli gelaran. ada dgn membeli kelayakan akademik. dan pelbagai cara lagi yg secara tidak jujur dan beramanah.

antara cara menilai seseorang adalah dgn kesamaan cakap dan buatnya. 'walk the talk'. yg cakap tak serupa bikin akan sentiasa menyalahkan orang lain. mereka juga bertindak tanpa keikhlasan. mereka sedemikian semakin kurang kawan sebenar.

Sekali Sekala Jumpa Kawan Lama

pagi tadi ke pusat latihan uitm. membawa kawan2 dari fakulti yg bercadang buat program kepimpinan pelajar pada hujung bulan ni.

sebelum mesyuarat bermula, saya menjengok ke bilik kawan lama. untuk memudahkan perbincangan nanti. kawan tersebut cadangkan ajak juga bosnya utk turut serta. maka saya jengok pula ke pejabat kawan seorang lagi. alhamdulillah beliau setuju mempengerusikan mesyuarat.

setelah bermesyuarat, kami semua pi menjengok bilik latihan dan bilik penginapan. seorang kawan menegur saya 'lama dah tak datang'. saya senyum. sebelum kembali ke shah alam, saya bersalaman dgn beberapa lagi staf pluitm. seorang anggota bantuan macam tercengang melihat saya. tak tahu kenapa.

alhamdulillah, walau lama dah tak ke pluitm, kawan2 masih ingat. kita berkawan jangan sebab pangkat sahaja. berkawanlah dgn ikhlas. mungkin pada satu masa ada yg dibawah. tetapi kebiasaannya yg dibawah akan naik dan pegang jawatan tinggi dan penting. kita yg di atas akan jatuh juga. maka janganlah hidung tinggi.

Ahad, Februari 09, 2014

Pemimpin dan Halatuju Organisasi

kebiasaannya kepimpinan menetukan halatuju organisasi. ianya umpama nakhoda kapal yg meneraju kapal akan menetukan kapal akan belayar ke arah mana, dan akan berlabuh di pelabuhan mana.

pengikut mengikut pemimpin. pemimpin akan mengikut pemimpin lebih atas. dan pemimpin teratas sepatutnya mempunyai rujukannya sendiri. ianya berkait dgn integriti kepimpinan. jika pemimpin merujuk kpd matlamat utama utk kepentingan diri dan kepentingan organisasi ditolak ke tepi, maka seeloknya pemimpin sedemikian di tolak ke tepi atau dibuang daripada organisasi.

elakkan pemimpin tidak rasmi yang seumpama pemimpin bayangan organisasi. pemimpin sedemikian tidak faham tugas dan tanggungjawab dia sehingga sanggup menyusahkan organisasi yg beliau tidak sepatutnya campur tangan. jika ada pemimpin sedemikian, maka beliau adalah tidak amanah dlm menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. pemimpin sebegini tidak akan dihormati.

kepimpinan berkait dgn integriti. dan cakap serupa bikin adalah antara komponen integriti seseorang. jangan berkata 'pintu saya sentiasa terbuka, seumpama saya bersedia menerima teguran', tetapi sebenarnya pintunya adalah tertutup iaitu beliau tidak sedia ditegur kerana berasa diri telah sempurna. pemimpin yg rasa dirinya sempurna dan tidak boleh ditegur seeloknya tidak menjadi pemimpin. saidina abu bakar ketika mula memegang amanah sebagai khalifah pernah menyatakan kpd ramai supaya menegur beliau dlm menjalankan tugas sebagai khalifah.

Khabi Khushi Kabhie Gham Lagi

petang semalam setelah pulang drpd sesi bengkel, niat hati nak berehat. apabila di'on'kan tv, cerita khabi khushi kabhi gham sedang ditayangkan lagi, entah kali ke berapa. maksud kkkg adalah adakalanya gembirag, adakalanya sedih. ianya berkaitan hubungan kekeluargaan.

ianya berkaitan kasihsayang diantara ahli keluarga. ianya berkaitan ego. ianya mengenai kepercayaan yg betul dan kepercayaan yg salah. ianya bukti bahawa 'air yg dicincang tak akan putus'. ianya berkaitan kasih ibu terhadap anaknya. ianya berkaitan gerakhati ibu terhadap kehadiran anaknya. ianya berkaitan tingkahlaku ayah yg berbeza dgn perasaannya.

kkkg mempunyai banyak bab yg membolehkan penonton mengalirkan airmata. jika ianya terjadi kpd diri kita atau kpd yg telah berlaku kpd penonton, airmata lebih mudah mengalir. tidak kira lelaki atau perempuan. hargailah kasihsayang mereka yg kita kasihi. gunakaanlah peluang utk membalaskasih sayang kedua ibubapa selagi mereka masih lagi ada bersama kita. elakkan perpisahan kerana keegoaan.

sama2lah kita berdoa semoga kita dapat bersama kedua ibubapa dan mereka yg kita sayangi di akhirat dalam keadaan aman sejahtera dan mendapat rahmat allah di dlm syurga. semoga kesedihan di dunia akan membolehkan kita mendapat kegembiraan selama-lamanya di akhirat.

Bersyukur Dengan Rezeki Yang Ada

dua hari lepas saya melihat beberapa orang kanak yang mungkin berusia antara 6-8tahun. mereka membeli makanan ringan dan minuman bergas di sebuah kedai makan. saya kebetulan menikmati makan tengahari selepas solat jumaat.

kanak2 tersebut menagmbil masa sebelum membuat pilihan makanan dan minuman utk dibeli. ada yg setelah diambil, diletaknya semula setelah berbincang dgn kawan/saudara mereka. mungkin kerana bajet iaitu wang yg dibawa tidak cukup utk membolehkan mereka membeli kesemua yg mereka inginkan. yg terakhir membuat bayaran saya jangka yg paling muda sebab beliau paling kecil. bayaran dilakukan dgn segenggam shiling 20sen. tak sempat utk saya membuat bayaran bagi pihaknya.

melihat cara mereka membeli mengingatkan saya bahawa kemewahan yg ada perlu dihargai. setiap rezeki yg ada perlu disyukuri. jika kita tamak dan sombong dgn rezeki yg kita ada, kita sebenarnya tidak bersyukur kerana tidak perihatin dgn mereka yg susah drpd kita dan lebih memerlukan drpd kita. semoga kanak2 yg saya lihat tersebut dan kita semua akan menjadikan satu kebiasaan berusaha secara amanah utk mendapat rezeki yg halal.

Khamis, Februari 06, 2014

Lama dan Sekejap

lama dan sekejap berkait dgn masa. masa di sini dikait dgn tempoh memegang jawatan.

jika yg pegang jawatan disukai, maka masa jawatan dipegang dirasa singkat shj. tetapi jika pemegang jawatan tidak disukai, maka masa jawatan dipegang terasa lama, amat lama. apabila kita suka pemegang jawatan, kita berharap, berdoa pemegang jawatan akan disambung tempoh memegang jawatannya. tetapi jika pemegang jawatan tidak kita sukai, kita berharap, berdoa malah ada yg solat hajat supaya pemegang jawatan tak disambung memegang jawatan, bahkan kalau boleh ditamatkan segera tempoh masanya.

apa yg kita suka akan terasa cepat berlalu. apa yg kita tak suka terasa amat perlahan, lambat berlalu. tetapi kita jangan lupa bahawa masa kita di dunia tetap berlalu saat demi saat sama ada kita suka atau tidak. anggaplah mereka yg tidak kita suka dan juga mereka yg kita suka adalah ujian hidup. bersyukur kita bukan seperti mereka yg kita tak suka, bersyukur kita seperti mereka yg kita suka.

Rabu, Februari 05, 2014

Alas-an

alasan memang senang nak dicipta utk diberikan sbg perisai menahan malu. malu sebab ditegur secara baik mahupun secara tidak baik.

alas-an atau pengalas atau pelapik atau pendinding. ianya sebagai usaha utk mengadakan pengantara diantara sesuatu yg boleh menyakitkan kita. maka kita akan mencipta pelbagai alasan dgn mudah. dan apabila telah biasa dgn mencipta alasan, maka alasan2 kita akan mencerminkan kredibiliti kita (jika ada lagi).

memang mudah menyalahkan orang lain yg tidak ada bersama semasa kita gunakan orang tersebut sebagai alasan kekurangan atau kegagalan kita. alasan digunakan sebagai penutup atau tirai utk mengkaburi pandangan mata/pemikiran. tetapi lama-kelamaan, kain alasan yg rapuh akan terlondeh juga atau terkoyak sebab kerap digunakan tidak lagi mampu menutup perkara yg sebenar.

Memalukan dan Dimalukan

perkataan asas adalah malu. memalukan adalah kita yg buat atau orang lain yg buat. dimalukan adalah oleh orang lain atau oleh kita. dua2 berkait dgn harga diri. dua2 berkait dgn kredibiliti.

kita boleh memalukan orang lain. kita boleh memalukan diri sendiri. kita boleh dimalukan orang lain. orang lain boleh dimalukan kita. seeloknya kita nak elok sama ada memalukan atau dimalukan jika hasilnya adalah negatif kpd kredibiliti dan harga diri kita.

ada yg memalukan diri sendiri sedangkan niat asal nak malukan orang lain. tetapi apabila ilmu kurang atau tiada, maka cubaan memalukan orang lain terkena kpd diri sendiri. contohnya apabila bercakap berbelit2, tidak jujur, tidak ikhlas. orang akan menilai kebenaran dan kebolehpercayaan kata kita.

walau pun pangkat besar tetapi tidak jujur, cuba menipu orang lain, sama ada ketua, rakan sekerja atau orang bawahan, kesannya yg tak jujur hanya memalukan diri sendiri shj. walau pun asalnya nak memburukkan orang lain, tetapi apabila cakap tak serupa bikin, maka beliau boleh bercakap tetapi cakapnya tak lagi dihormati.

Isnin, Februari 03, 2014

Kaya dan Kenyang

adakah kaitan antara kaya dan kenyang? makan roti dgn kaya tak semestinya mengenyangkan. ianya bergantung kepada berapa keping roti dimakan yg disapu dgn kaya?

adakah orang yg kaya adalah orang yg kenyang? atau adakah orang yg kaya adalah orang yg tak kenyang2? kita biasa kaitkan orang miskin adalah mereka yg makannya tak sempat kenyang. dan orang kaya adalah mereka yg makan sehingga terlebih kenyang. bagaimana dgn orang yg berilmu? adakah orang kaya adalah orang yg dah kenyang dgn ilmu? atau orang kaya adalah sebenarnya tidak akan kenyang dgn ilmu yg ada?

masing2 ada pandangan sendiri. tapi bagi saya, orang kaya adalah mereka yg makan sedikit sudahpun kenyang. orang kaya adalah mereka yg hidupnya secara sederhana daripada perwatakan, pakaian, tetapi kaya dgn budibahasa. orang kaya juga adalah orang yg sentiasa dahaga dan laparkan ilmu utk dikongsi dgn masyarakat, utk kesejahteraan bersama.

Masa Kerja

kebiasaan masa bekerja adalah 5hari seminggu. 9jam sehari termasuk 1jam rehat pada isnin hingga khamis dan 2jam 1/2 rehat pada hari jumaat utk mereka yg bekerja isnin hingga jumaat. jadi secara kasar waktu bekerja adalah 38jam 1/2 dlm seminggu.

saya pernah cadangkan dan saya cadangkan lagi. bagaimana jika kita bekerja hanya 4hari 1/2 shj seminggu. waktu bekerja ahad hingga rabu hanya 6jam sehari. 8pagi hingga 3ptg dgn 1jam rehat. pada hari khamis waktu kerja 8pagi hingga 12tgh. jumlah bekerja seminggu 28jam shj.

sama ada 8 atau 6jam dlm sehari, kita sebenarnya bekerja secara efektif dan efisien hanya 4jam. 1jam di awal dan 1jam di hujung waktu kerja adalah persediaan dan semakan. penggunaan pelbagai alat komunikasi dan elektronik membolehkan kita produktif atau lebih produktif sebelum kesemua staf pejabat ada akses kpd telefon, emel, dan komputer.

saya ingat pesan bekas bos semasa jadi bos no2 sebelum jadi bos no 1. 'kerja kuat, bila kita sakit - organisasi hanya risau tentang kita sekejap shj. selepas itu dicari pengganti'. betul. sibuk kerja boleh terabai keluarga. keluarga ada masa senang dan susah. majikan hanya semasa senang utk mereka.



Ahad, Februari 02, 2014

Segan dan Dengki

adakah kaitan antara segan dan dengki? segan mungkin kerana hormat, membawa kpd malu. segan bukan bermaksud takut kerana takut tiada kaitan dgn malu.

jika kita segan kpd org lain kerana hormat, ia bermakna kita hormat kpd orang lain dan juga hormat kpd orang kita. kita segan kerana nak jaga hati bersama. sebab tak nak disalahfaham yg boleh memudaratkan satu pihak atau kedua2 pihak.

dengki ada kaitan dgn malu sbb berdengki kerana tak mahu dimalukan atau kerana nak memalukan orang lain.  dengki tiada kaitan dgn perasaan hormat kpd diri dan orang lain. dengki sebab tak puashati secara negatif terhadap orang lain. maka tanpa segan silu sanggup lakukan apa shj utk memalukan org lain. tetapi sebenarnya kita memalukan atau menambah memalukan diri kita.

orang yg berdengki takkan henti kedengkiannya. ada kaitan sifat dengki dgn tahap ilmu yg rendah walaupun konon ada sijil yg banyak. dengki mungkin ada kaitan dgn donkey. tetapi segan takde kaitan dgn volkwagen atau wak segan.

Ngele dan Bekwoh

saya baru balik dari pergi ngele kat rumah jemaah surau berbekwoh. kawasan kampung 19 sahaja. jadi saya tak perlu memandu sebab kalau start kereta, parking yg mudah adalah ditempat depan rumah saya juga. maka berjalan kaki ajelah. lebih kurang 250 langkah.

ngele bermaksud memberi hadiah dlm bentuk wang kpd tuan rumah sbg ucapan tahniah dan terima kasih sempena majlis perkahwinan ahli rumah tuan majlis. bekwoh atau bigwork adalah kenduri kahwin. kebiasaan apabila pergi berbekwoh, kita akan ngele. selain drpd wang, jemputan ada yg memberi hadiah.

saya lebih suka ngele dgn wang. ada beberapa sebab. antaranya saya tak mahu hadiah diberi selain wang membuat penerima serba salah mungkin kerana sudah ada barang seumpama hadiah diterima atau sudah ramai menghadiahkan barang yg sama. maka kemungkinan hadiah barangan tersimpan di satu sudut d rumah tidak digunakan atau di'recycle' sebagai hadiah semasa penerima mengele ke bekwoh lain. saay pernah terima hadiah barang ngele seorang saudara utk majlis bekwohnya 20tahun dulu, semasa satu majlis keluarga.

apakah nilai hadiah ngele yg sesuai utk diberi kpd tuan rumah? kalau murah sangat, mungkin malukan pemberi. kalau mahal sangat, mungkin menyusahkan pemberi. tahun 90an, saya ingat lagi secara kasar rm5 adalah standard ngele di kelantan. mungkin berdasarkan kos sekali makan seorang dicampur tambahan sedikit. ada yg kata ngele sekarang minima rm50, seorang tetamu. terutama jika ke majlis di hotel.

bekwoh adalah majlis meraikan pengantin baru dan memperkenalkan kpd keluarga dan kenalan kedua pengantin dan keluarga pengantin. bekwoh bukan utk memalukan sesiapa ataupun utk menunjuk2 oleh tuan rumah atau tetamu. berbekwohlah dgn niat yg baik. semoga tuan rumah dan tetamu sentiasa mendapat rahmat allah.

Rezeki di Surau

minggu lepas semasa bersalaman selepas solat isyak di surau, seorang jemaah memaklumkan kpd setiap jemaah yg bersalaman dgnnya 'ada buah di luar'. beliau antara jemaah yg akan membawa buah dari dusunnya utk dikongsi bersama jemaah lain.

semalam selepas solat isyak, imam memaklumkan 3 makluman. selepas subuh, ada kuliah subuh. jam 11 ada majlis aqiqah cucu seorang jemaah. jam 12-4ptg ada majlis perkahwinan anak seoran jemaah. beliau menyampaikan jemputan mewakili tuan majlis. semua jemaah dijemput hadir. jemputan tidak terhad kpd mereka yg kaya, berpangkat shj.

kita biasa menyatakan bhw kita tiada atau kurang masa utk ke surau atau masjid utk beribadah. ada yg bagi alasan sebab tersangat sibuk mencari rezeki, termasuklah saya. tetapi, rezeki ada di mana2 di bumi allah. selain menjamah sedikit rezeki di surau selepas aktiviti di surau, kita juga merapatkan silaturrahim apabila beribadah di surau/masjid. dan ada yg mengatakan kemesraan dgn masyarakat seumpama satu bentuk rezeki.

Sabtu, Februari 01, 2014

Pengemis Muda - Derma dan Sedekah

apa beza derma dan sedekah? apa beza derma, sedekah dan hadiah?

saya tak pasti. insyaallah, yg pasti akan ada yg datang ke meja kita apabila kita sedang menunggu makanan atau sedang menjamu selera di kedai makan atau gerai makan. pengunjung ini datang ke meja kita dengan pelbagai alasan. menjual barangan sambil beribadah, meminta belas ehsan, dan pelbagai lagi. saya rasa sekarang ini makin ramai yg melakukan 'kutipan derma atau sedekah' ini.

yg kurang menyenangkan adalah menggunakan elemen agama islam dlm menagih simpati. mereka akan berpakaian menutup aurat, berkopiah/bersongkok atau bertudung labuh. memulakan dgn salam. kebanyakan adalah anak2 remaja. ianya membuatkan ramai bertanya, 'tidakkah ada mereka yg bertanggungjawab mengelakkan salahguna agama utk mengutip derma atau sedekah?'

di surau dan di masjid pun dah ramai yg cuba mengutip derma utk masjid atau surau sama ada dalam atau luar negara. lokasi masjid di dalam negara tetapi pengutip sumbangan adalah org luar negara. isu menagih simpati oleh pengemis di luar masjid pada hari jumaat telah lama. isu pengemis di bazar ramadan juga telah lama. yg diberi amanah berkaitan perkara ini di mana?

adakah menipu atau tidak jujur mengutip wang sebegini boleh dikira seumpama mencuri atau merompak? saya tak pasti jawapannya. tetapi saya pasti ramai yg tak selesa apabila berhadapan dgn pengemis sekarang sebab tidak pasti adakah mereka ini sebenarnya layak mengemis. pengemis muda adalah satu lagu 1980an kegemaran saya dinyanyikan oleh dato sheila majid.

Jumaat, Januari 31, 2014

Tegur dan Malu 2

tegur dan malu boleh memalukan kedua2 penegur dan penerima teguran. teguran juga boleh memalukan pihak ketiga sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.

saya beberapa kali nak tegur mereka yg ke surau atau ke masjid berkaitan pakaian mereka. memang tidak perlu ditampal poster atau dikeluarkan pekeliling utk ingatkan sahsiah rupadiri, tetapi poster dan pekeliling elok utk mengingatkan. sebab manusia sentiasa dlm kerugian dan satu punca kerugian adalah lupa secara sengaja atau tidak sengaja.

tapi rasa malu pula nak tegur mereka di surau dan di masjid tentang pakaian mereka. mereka ke surau atau amsjid utk beribadah. terutamanya utk solat. tetapi pakaian mereka boleh menyebabkan solat mereka tidak sah atau batal jika tidak menutup aurat. tutup aurat saya rasa tak boleh dikategorikan sama ada sempurna atau tak sempurna. ianya lebih tepat tutup atau tudak tutup.

akan ada yg kata elok tutup walau tak sempurna. tapi kalau solat tak tutup aurat (yg ada lebih suka guna tak sempurna), solat kemungkinan tak sah. macam masuk ambil exam, keluar exam yakin lulus. bila dapat result gagal nak marahkan pemeriksa. exam akademik boleh repeat. exam bab solat lepas tengok keputusan di akhirat tak boleh nak repeat.

bersama kita tegur dan jaga malu di dunia utk sejahtera di akhirat.

Tegur dan Malu

tegur dan malu saling berkait. tegur dan malu mungkin membawa makna yg sama atau berbeza kpd penegur dan penerima tegur, juga yg melihat/mendengar/diberitakan teguran. malu dikatakan sebahagian drpd iman.

teguran dan malu boleh membawa positif atau negatif. jika dua2 memberi dan menerima secara positif, maka teguran yg diberikan adalah terbaik. boleh dikatakan teguran akan memalukan penerima. jika tegur memuji, penerima mungkin berasa malu kerana dipuji secara positif. penerima akan merasa malu secara negatif jika pujian sebenarnya adalah kutukan. teguran dan malu berkait dgn komunikasi.

ada yg tak boleh ditegur. walaupun utk kebaikan bersama. baru ditegur sedikit, dah melenting. mungkin sebab orang yg sebegini kurang berilmu walau pun tinggi dari segi pangkat, jawatan, kelayakan akademik, gelaran, pemilikan harta dunia. orang yg tak boleh ditegur utk kebaikan bersama mungkin sebenarnya tak tahu malu. bolehkah dikaitkan dgn tahap keimanan?

Rabu, Januari 29, 2014

Tegurlah...Tanggungjawab

tegur menegur adalah komunikasi. teguran oleh ketua biasanya ditakuti. teguran orang bawah biasanya tak dihormati.tapi bagi saya takut tidak sama dgn hormat.

maka jika kita ketua, kita perlu menegur orang bawahan. dan orang bawahan berhak menegur ketua. dan rakan sekerja atau rakan sebaya (peers) berhak juga menegur sesama sendiri. tujuan teguran adalah sebagai menjalankan tanggungjwb dgn penuh amanah iaitu utk kebaikan dan kemajuan bersama.

ada yg bagitau bgmana mereka rasakan teguran mereka tidak dihormati iaitu diambil peduli. mereka berandaian sebab mereka bukanlah berpangkat besar ataupun kaya harta. maka teguran orang bawahan seolah2 tidak bernilai kpd orang lain. tetapi saya tidak bersetuju dgn pandangan tersebut. setiap teguran ada nilainya. tahap nilai bergantung kpd keadaan dan kesan teguran. teguran org yg banyak duit, berkelayakan tinggi, berpangkat mungkin ada masanya tidak bernilai langsung.

jika sudah jadi tanggungjawab kita tetapi kita tidak menegur kerana alasan tertentu, kita akan dianggap tidak beramanah dlm menjalankan tugas kita. walau pun penerima teguran sentiasa tidak sudi menerima teguran malah mempermain2kan teguran kita, teruskan menegur. ingatlah surah al-asr. jalankan tanggungajwab kita supaya kita tidak berpeluh apabila ditanya adakah kita telah menjalankan amanah kita semasa diberi amanah.

Kedegilan dan Ilmu

biasa kita kata orang yg degil ni melawan arahan. dan biasanya kita katakan orang yg degil adalah orang yg tidak bijak. orang yg tidak bijak biasanya orang yg tahap ilmu yg rendah, atau kurang ilmu ata tiada berilmu.

tujuan polisi dan tatacara adalah untuk memudahkan kita bekerja. memudahkan kerja bermakna memudahkan kita kerja secara berkesan dan secara betul. jika kita kerja secara efisien dan efektif, secara langsung dan tidak langsung akan memudahkan rakan sekerja kita bekerja dgn efisien dan efektif juga. apabila organisasi bekerja secara efisien dan efektif, maka organisasi dijangka mencapai matlamat ditetapkan. maka diandaikan tercapailah tujuan penubuhan organisasi. dan dijangka dielakkan pembaziran masa dan juga wang ringgit.

arahan biasanya berdasarkan kpd peraturan. arahan biasanya berdasarkan kpd polisi dan prosedur. polisi dan prosedur ciptaan manusia boleh diubah untuk penambahbaikan. sebab manusia yg menggubal polisi dan prosedur bukanlah makhluk yg sempurna. manusia ada kelebihan dan juga kekurangan.

kebiasaan penggubalan polisi dan prosedur berdasarkan ilmu didapati melalui pendidikan formal dan tak formal. maka jika kita degil mematuhi peraturan, maka bolehlah kita katakan orang yg degil ini adalah orang yg tak menghormati ilmu.

Menegur Kawan

ada pelbagai cara menegur orang. begitu juga ada pelbagai cara menegur kawan. ada yang mungkin sama seperti menegur bukan kawan. ada yg mungkin berbeza apabila menegur bukan kawan. menegur utk ingatkan kawan dan diri sendiri.

apabila menegur kawan, biasanya niat untuk memperbaiki kawan. biasanya niat menegur kawan adalah utk kebaikan kawan. biasanya menegur kawan utk kemajuan positif kawan. apabila kawan kita baik, kita pun baik. apabila kawan kita maju secara positif, kita pun dijangka akan maju secara positif. menegur kawan seumpama menegur diri sendiri. menegur kawan untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

tetapi salahfaham boleh berlaku dalam komunikasi. salahfaham berpunca drpd pelbagai sebab. antara yg utama, walau mungkin sudah lama kita berkawan, tidak semestinya kita sentiasa memahami kawan kita. maka penjelasan adalah perlu utk membetulkan salahfaham. memperbetulkan salahfaham untuk elakkan berlanjutan salahfaham. memang bukan mudah nak menerima hakikat bhw kita tidak sempurna. masa diharapkan mengurangkan sebak kesedihan dan kemarahan akibat salahfaham.

Panas Punggung dan Panas Kerusi

kalau kita kata panas punggung biasanya kita kaitkan dgn perasaan tidak selesa. perasaan tidak selesa ini apabila orang berkata sesuatu yg negatif terhadap kita. ianya juga apabila kita lakukan kesalahan dan berasa tidak selesa.

panaskan kerusi berbeza dgn panas punggung. memanaskan kerusi dikatakan sebagai melakukan kerja atau memegang jawatan hanya utk masa yg sementara shj. masa yg singkat bukan lama. ada yg kaitkan dgn jawatan yg memangku.

tetapi ada yg panaskan kerusi secara lama. sebab tidak ada yg sudi duduk di kerusi tersebut. ada juga yg panaskan kerusi kerana tiada tempat lain atau kerja yg boleh dilakukan secara produktif.  maka pemanas kerusi boelh dikatakan sbg seorang yg tidak kompeten. dan jika dikaitkan dgn panas punggung maka sipemanas kerusi sepatutnya akan rasa tidak selesa kerana mendapat bayaran utk tidak buat kerja sbgmana diamanahkan.

tetapi ada yg panas punggung dan panas kerusi tidak rasa apa2 sama ada bersalah atau malu. selain drpd panas punggung dan panas kerusi, kita juga elok elak drpd duduk di kerusi panas. silap haribulan, mati sebab kejutan.

Ahad, Januari 26, 2014

Hormat dan Takut

kita nak jawatan sebab kita andaikan orang akan pandang tinggi kpd kita. orang akan ikut apa kita katakan.

memegang jawatan ada kaitan dgn pandangan orang terhadap kita, dan mengikut arahan kita. tetapi pandangan boleh jadi positif, boleh jadi negatif. ikut arahan mungkin kerana rela atau terpaksa. kedua2nya juga berkaitan rasa hormat atau takut orang lain kpd kita.

sepatutnya pandangan positif dan pematuhan arahan kpd pemegang jawatan dan juga bukan pemegang jawatan adalah kerana rasa hormat. hormat kpd kebijaksaannya, hormat kpd amanah yg dipegangnya, dll yg positif.rasa takut menyebabkan kita patuh arahan seseorang adalah salah. ianya menyebabkan kita bekerja/ melakukan sesuatu secara terpaksa, tiada pilihan dll kerana seorang manusia/ makhluk Allah. kpd manusia kita tidak perlu takut. hanya hormat atau tidak hormat kpd manusia.

rasa takut dan hormat boleh juga secara ikhlas. ianya kerana ilmu yg menunjukkan kita ke jalan yg lurus dan benar. kerana ilmu yg memberitahu kita untuk sejahtera dunia dan akhirat. dan tiada yg perlu kita takut kecuali takut kpd Allah, tuhan yg esa, tuhan yg satu, tuhan semesta alam, tuhan yg maha berkuasa, tuhan yg maha bijaksana, tuhan yg maha adil.

Sabtu, Januari 25, 2014

Cahaya dan Kehidupan

cahaya dikaitkan dgn ilmu. tanpa ilmu maka diandaikan kita hidup dlm kegelapan. tanpa ilmu yg betul diamalkan, kita diandaikan akan hidup, mati dlm kegelapan.

tanpa cahaya ilmu, kita akan teraba2 dlm kegelapan dlm menjalani kehidupan. hanya ilmu yg betul memberi cahaya dlm kehidupan dan kematian. phd, sarjana, sarjana muda dll kelayakan akademik jika disalahguna atau salah didikan adalah ilmu yg tak berguna, ilmu yg bukan memberi cahaya sebaliknya menambahkan kegelapan. contoh kegelapan drpd ilmu yg salah diamalkan salahguna kuasa, tidak amanah, tamak, sombong, kedekut dll lagi sifat, pemikiran, tindakan dan perasaan yg negatif.

ada yg berkata kita boleh tengok cahaya pada muka seseorang jika dia seorang yg baik. cahay bukan drpd lampu 'spot', atau hasil 'make-up'. tetapi cahaya drpd dalaman. bersamalah kita mencari nur utk hidup bercahaya di dunia, kubur kita bercahaya, dan sejahtera di akhirat.

Jumaat, Januari 24, 2014

terima kasih ... datuk

Sy bertanya tentang gelaran dan taraf perkahwinan. Jawapan diberi sbgmana telah ramai bgtau sy. Terima kasih datuk.

Coretan sy dikomen. Diberi motivasi. Ditegur secara positif. Diperkenalkan kpd anaknya saya sbg sahabat baik. Tadi beliau memeluk erat saya di canseleri tanda gembira. Terima kasih datuk.

Setiap kali berjumpa dia akan melambai sambil tersenyum. Jika berjumpa di masjid atau di mana shj, kami akan bersalaman. Tadi beliau menarik saya ke saf pertama sebelum solat jumaat di masjid uitm. Terima kasih datuk.

3 individu berbeza yg dianugerah pingat sbg tanda berjasa. Alhamdulillah sy masih diiktiraf sbg kawan oleh mereka walau berbeza pangkat dan umur. Terima kasih datuk, datuk, datuk.

Rezeki Sama Kaya?

ada yg berkata orang kaya sebab murah rezeki. ada kata rezeki itu kekayaan.

rezeki itu milik allah. dia akan beri kpd semua mahkluk ciptaannya. allah maha pemurah maha pengasihani. cuma jangan lupa bhw setiap rezeki kita terima perlu kita 'akaun'kan. iaitu kita beramanah menggunakan rezeki kurniaanya utk kebaikan diri dan juga orang lain. kalau dimurahkan rezeki, janganlah pula kedekut. tetapi berjimat tidak sama dgn kedekut.

ada orang tak boleh tengok orang lain lebih senang drpdnya. tak sudi berkongsi rzezeki yg ada dgn orang lain. biarlah orang lain berlapar. mungkin perkataan bersedekah atau menderma atau berkongsi kelebihan rezeki tiada dlm kamusnya.

maka orang yg kedekut, rezekinya mungkin lebih drpd orang lain. tetapi beliau sebenarnya miskin. miskin drpd segi bersedekah, berkongsi dgn orang lain, miskin drpd segi ilmu. 

Rabu, Januari 22, 2014

Pakar Macam2

semalam semasa futsal say diperkenalkan oleh seorang prof perubatan kpd pelajar beliau sebagai pakar macam2. bukan pakar macai ya.

semasa saya masuk ke dlm gelanggang hendak mengiring seorang kawan keluar gelanggang kerana kecederaan setelah diperiksa oleh beliau dan adik2 saya, prof tersebut bagitau yg saya ni pakar psikologi sukan. selepas permainan, prof tersebut yg juga ketua kelassaya semasa tingkatan 5 memperkenalkan saya kpd pelajar perubatan beliau yg saya ni pakar kaunseling sukan.kemudiannya apabila bersambung perbincangan untuk membawa prof dan rombongan ke taman negara, prof perkenalkan saya sebagai renjer.

pernyataan atau pengiktirafan bergantung kpd niat sipemberi kenyataan. mengenali kawan lama saya, pernyataan drpd beliau kpd pelajar beliau - bakal2 doktor perubatan, merupakan satu cara beliau menghargai saya. beliau bukan mengutuk atau mengeji saya. sebab beliau tahu integriti dan kredibiliti saya. pernyataan berkenaan kredibiliti orang lain akan memberi kesan terhadap kredibiliti kita.

kredibiliti sbg pakar dlm sesuatu kursus/bidang/subjek selalunya dinilai berdasarkan sarjana muda kita kerana sarjana muda adalah peringkat pengajian asas dlm sesuatu bidang. jika kita hanya mengambil beberapa kursus atau hanya satu kursus shj, atau lebih teruk tiada langsung kursus berkaitan di peringkat sarjana muda, bagaimanakah kita dikira sbg pakar?

selain kepakaran diukur melalui akademik, pengalaman membantu meningkatkan kredibiliti kita. pengalaman yg memberi kita pengetahuan, bukan pengalaman sekadar mencelup tangan atau kaki shj.

phd hanya membolehkan kita menyatakan bhw kita pakar dlm penyelidikan utk subjek tertentu bukannya pakar dlm bidang tersebut kecuali kita ambil bidang yg sama dari diploma sehingga phd.

0.75 atau 3/4

setiap daripada kita saya andaikan sebagai bukan 1. jika 1 tanda sempurna kerana tiada diantara kita adalah sempurna. setiap drpd kita ada kekurangan dan kelemahan. harap2 bukanlah 3/4 bermaksud tiga suku iaitu kekurangan negatif drpd segi mental dan emosi.

kita berharap dgn menjadi anggota satu organisasi, 0.75+0.75 > 1.5. iaitu apabila bersama dan bekerjasama dlm satu pasukan, hasil atau output akan lebih daripada biasa. itu antara matlamat berorganisasi atau berada dalam satu struktur yg jelas dgn jawatan, tugas dan tanggungjawab.

tetapi jika memang dlm organisasi ada ahli yg tiga suku, maka 3/4 + 3/4 akan menjadikan ahli dan organisasi juga 3/4. pi mai pi mai tang tu aje. matlamat entah ke mana. dok perabihkan borah ajo. maka eloklah jika yg 3/4 tu diambil tindakan tegas dan jelas supaya tidak menyebabkan organisasi jadi 3/4.

Hadir Tetapi Hilang

ramai yg hadir tetapi hilang. saya pun biasa hadir tetapi kemudiannya hilang. drpd hilang utk hadir kembali memerlukan banyak usaha dan kesedaran.

ianya berkaitan keberadaan (presence) semasa hadir secara fizikal tetapi fikiran melayang ke tempat lain. mungkin mental atau emosi kita tidak hadir bersama fizikal kita kerana pelbagai sebab. antara ketidakhadiran mental/emosi bersama kehadiran fizikal adalah berkhayal, marah, sedih, dll. kesannya kehadiran kita tidak produktif apabila tidak fokus secara pemikiran dan emosi.

mungkin ini yg berlaku kpd pelajar saya yg tidak menyempurnakan laporan penyelidikan mereka. walaupun hadir secara fizikal berulang2 kali malah berganda melebihi kehadiran minima diwajibkan berjumpa penyelia. ada yg hadir yg angguk atau kata ya kpd apa yg dibincangkan. tetapi hasil kerja tidak seperti sepatutnya.

hadir tetapi tak hadir merugikan individu dan juga pihak lain kerana hasil tidak berkualiti dan sebagaimana diharapkan. maka masa dan usaha perlu ditambah/diulang. kos kewangan juga bertambah. biasa2kanlah kita hadir secara fizikal, mental dan emosi pada masa yang sama.

Selasa, Januari 21, 2014

Pilihan Kerja

semasa masa antara berfutsal tadi, seorang kawan bertanya saya sekarang bekerja di mana? seingat beliau, saya pernah bekerja dgn sebuah organisasi bertaraf antarabangsa.

saya bagitahu beliau yg saya sekarang seorang pensyarah di uitm. ianya pilihan saya. beliau kemudian memberitahu beliau memilih bekerja dgn sebuah syarikat kecil dlm industri besar kerana beberapa sebab. duit bukanlah sebab utama. bagi beliau tarikan utama adalah masa utk diri sendiri. juga kemudahan pergi dan balik kerja.

kawan saya ini saya kenali sejak sekolah rendah. beliau kapten pasukan bolasepak sekolah semasa saya di darjah enam. saya sekadar main bola di waktu rehat shj. tetapi semasa bercakap tentang pilihan kerja kami sekarang, kami memilih dan menghargai masa untuk diri daripada mengejar gaji yg tinggi. (gaji beliau berganda2 berbanding gaji saya).

ianya berkaitan usia yg semakin hampir ke setengah abad. kesedaran bhw masa yg tinggal makin sedikit berbanding masa yg telah dilalui. maka pilihan kerja adalah utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sokong Membawa Rebah

apakah maksudnya? mungkin percaya kpd individu tetapi individu tersebut yg menumbangkan kita.

ianya seumpama musuh dlm selimut. tetapi musuh dlm selimut biasanya kita tak tahu siapa. sokong yg membawa rebah adalah seumpama mereka yg kita harapkan akan membantu kita dlm menjalankan tugas tetapi sebaliknya dilakukan. sepatutnya individu itu seiring dgn kita utk membantu kita capai matlamat yg telah ditetapkan, tetapi sebenrnya individu itu berniat buruk. berniat jahat. depan cakap manis, belakang tabur garam dlm periuk nasi kita.

maka jika kita sudah tahu sikap dan tindakan negatif individu itu, maka kita sepatutnya mengambil tindakan segera. jika tidak, individu itu akan meracunkan orang lain yg masih memberi sokongan kpd kita. jika individu itu kita asyik kasihankannya, kita sebenarnya melepaskan anjing yg tersepit. dia tidak akan menghargai apa pun niat dan tindakan baik kita kpdnya.

Ahad, Januari 19, 2014

Sedar Diri

kesedaran adalah penting dlm hidup. kalau tak sedar, bagaimana nak menjalankan tugas harian dgn baik. orang tak sedar selalunya dikaitkan sebagai pengsan.

dlm kaunseling, antara matlamat utama adalah memberi kesedaran kpd klien. sedar bhw kemungkinan gayahidup sekarang adalah tidak betul. menyedarkan klien bhw kemungkinan kepercayaan sekarang dan lampau adalah tidak betul. menyedarkan klien bhw klien ada masalah. menyedarkan klien bhw beliau perlu berubah utk hidup lebih baik.

ada yg tak sedar2. ada yg tak mahu sedar. mungkin kerana merasakan/berfikiran bhw diri adalah betul. mungkin kerana rasa/fikir diri sudah sempurna. maka sebarang teguran atau pandangan pihak lain tak boleh diterima. jika ada yg sedemikian, maka bagaimanakah masyarakat akan tenteram dan sejahtera?

sentiasalah membaca utk sedar diri utk kebaikan diri. sentiasa berbincang dan merujuk kpd yg ada ilmu lebih drpd kita utk kebaikan bersama. janganlah sentiasa bodoh sombong. ianya akan menyusahkan diri dan masyarakat shj.

Sabtu, Januari 18, 2014

Kereta Baru Kereta Lama

pagi tadi seorang saudara ajak saya melihat kereta barunya. kereta barunya sebenarnya adalah kereta lama. beliau membeli kereta 2nd hand drpd seorang kawan. menurut beliau, kereta itu memberi nilai kerana kualiti baik walaupun harga murah.

pada petang tadi seorang saudara berasa hairan kenapa mesti beli kereta lama sebagai kereta baru. saudara ini berpandangan bahawa kereta lama akan memberi banyak masalah. kereta lama walau pun murah sebenarnya akan memerlukan wang yg banyak juga sebab perlu lebih kerap diselenggara berbanding kereta baru.

setiap orang ada pandangan masing2 mengenai kereta yg hendak dibeli dan dimilikki. yang penting adalah kita mampu membeli, memilikki dan menggunakan kereta tersebut tanpa menjadikan kereta sebagai liabiliti kpd kita.

Kawan Lama Saudara Baru

tadi hadir ke majlis keraian perkahwinan seorang saudara. ibu saudara tersebut bersaudara dgn seorang pemimpin tertinggi negara.

antara vvip - mantan ksn, mb selangor, menteri kabinet, mantan pengerusi lembaga pengarah uitm, dan ramai lagi. pemimpin tertinggi negara tidak hadir. tapi bagi saya yg penting bagi majlis keluarga adalah kehadiran ahli keluarga jauh dan dekat. dapat bertemu ahli keluarga yang jarang dapat bertemu. ahli keluarga lama dan ahli keluarga baru.

seorang drpd mereka yg hadir saya pada mulanya was2, adakah beliau seorang yg saya kenali lebih 30tahun. saya bertanya kpd seorang pakcik. pakcik saya pun was2 juga. alhamdulillah, setelah beberapa minit, sah beliau adalah kawan sekolah, rakan se'batch' pakcik saya. soalselidik menghasilkan jawapan yg mengejutkan tetapi kejutan positif - beliau adalah saudara juga. rupa2nya ikatan melalui bapa kpd pengantin lelaki. patutlah walaupun pelajar terbaik spm, tetapi beliau pilih menjadi pemandu kapalterbang - sebagaimana seorang pakcik beliau.

majlis keluarga diharapkan dapat merapatkan yg jauh, mengeratkan yg dah rapat. kawan lama rupa2nya saudara sendiri. alhamdulillah. insyaallah akan menjemput beliau berkongsi minat beliau dalam paragliding dgn uitm.

Jumaat, Januari 17, 2014

Teguran Lagi

tadi di surau saya ditegur lagi. dua2 sebelumiqamah.

teguran yg pertama oleh beberapa ahli kariah surau. sebab mereka tengok saya doa lama. jadi mereka pun tegur. bertanya doa apa lama2. jawab saya 'doa minta jodoh'. gelak mereka yg dengar yg rata2 berusia hampir atau melebihi 60tahun.teguran kedua semasa dlm saf sebelum solat oleh jiran dekat rumah. dia bertanya/menyatakan 'lama tak nampak'.

teguran yg tak membuat saya rasa marah tetapi gembira. kerana teguran2 di surau utk mengingatkan kita. teguran2 menunjukkan orang ambil kisah tentang kita. terima kasih kerana menegur utk kebaikan bersama. elakkan drpd tidak ditegur kerana tidak disukai atau orang rasa menyampah dgn kita.

Khamis, Januari 16, 2014

Jawatan Dan Hormat

kita suka kaitkan jawatan dgn tahap hormat. lagi tinggi jawatan, lagi tinggi dihormati.

maka ini antara sebab ada yg nak jawatan. nak dihormati. ada yg tak mahu lepas jawatan kerana tidak mahu hilang drpd dihormati orang lain. maka ada yg tak puas hati jika tak lagi berjawatan. ada yg cuba macam2 utk kekal berjawatan. kerana ramai lupa bhw jawatan dan tanggungjawab datang bersama.

jika orang hanya hormat kpd jawatan kita, maka apabila kita tidak berjawatan, kita kemungkinan tidak lagi dihormati. jika sedemikian, sebenarnya kita bukan dihormati semasa berjawatan, tetapi orang takut kpd jawatan kita, bukan kpd kita. orang takut hilang jawatan adalah orang yg takut beliau tidak lagi ditakuti.

Jawatan dan Kesediaan

Sebelum memegang sebarang jawatan, elok kita nilai diri kita. Selain kita menilai diri kita, ada pihak lain yg menilai diri kita berkaitan dgn jawatan yg mungkin kita pegang.

Penilaian oleh diri sendiri adakalanya tepat. Ada kalanya tidak tepat. Mungkin kita gunakan penilaian utk kenaikan pangkat yg ada penilaian berkaitan kesediaan kita sbg pemimpin. Penilaian ada berkaitan kita dipimpin. Kesediaan kita bersama menerima keputusan bersama. Kemampuan kita bekerja secara berharmoni.

Jika jawapan menunjukkan kita tidak sesuai pegang jawatan, secara profesional dan etika, elok kita tolak tawaran. Kalau kita sedang pegang jawatan dan penilaian semasa tunjukkan kita beri kesan negatif kpd organisasi, elok kita letak jawatan. Jangan susahkan dan peningkan bos kita.

Rabu, Januari 15, 2014

Jawatan dan Kepimpinan

kita biasa kaitkan tahap jawatan dgn tahap kepimpinan. lagi tinggi jawatan, lagi tinggi kemampuan memimpin. tetapi ianya tidak benar bagi semua keadaan.

ada yg diberi jawatan sebab tiada pilihan. pemegang jawatan tidak ada tugas lain yang boleh diberi utk dijalankan dgn penuh tanggungjawab dan amanah. ada yg diberi jawatan bagi berada dlm keadaan yg paling minima memberi kesan negatif kpd organisasi. ada yg diberi jawatan utk membolehkan pemegang jawatan berhak berada di organisasi dan kelihatan berhak menerima gaji. bukan mudah nak buat keputusan menentukan pemegang jawatan. ada yg wajar diberi jawatan kerana layak dan mampu menjalankan tugas yg datang bersama jawatan.

jika kerja secara kontrak mudah bagitau bhw seseorang itu dah tak diperlukan lagi kerana tiada kerja sesuai dgnnya. juga kerja berbentuk kontrak mungkin juga senang utk tidak diperbaharui jika kehadiran individu banyak menyusahkan organisasi. ada baiknya kerja kontrak dari satu segi.

Nilai Diri

penilaian tahunan adalah kebiasaan untuk pelbagai tujuan. antara tujuannya adalah untuk kenaikan gaji. bagi diri sendiri juga untuk membolehkan perancangan matlamat untuk tahun baru.

ada yg berkata bhw apabila kita lihat orang lain, kita akan lihat diri kita. ada kalanya apa yg ditunjukkan oleh orang lain kpd kita adalah umpama mencerminkan siapa kita. dlm kaunseling ada kaitan dgn transference dan counter-transference. sebaik2nya adalah kita menilai secara objektif. walau pun sebagai manusia berperasaan, kebiasaan perasaan mengatasi pemikiran.

apabila ketua nilaikan orang bawahan, pencapaian orang bawahan mencerminkan diri kita juga. adakah kita berjaya sebagai ketua yg baik atau sebaliknya. penilaian ketua adalah rumusan penilaian orang yg berada di bawah kita di dalam organisasi. walau apa pun, nilaikan dgn ikhlas dan jujur. penilaian kita akan dinilai di hari kemudian. apabila kita nilai orang lain, kita sebenarnya juga menilai diri kita.

Selasa, Januari 14, 2014

Nilai dan Naik

sebelum dinaikkan pangkat, perlu dinilai. seperti juga sebelum ditawarkan kerja, perlu dinilai.

untuk kenaikan pangkat ada beza berbanding penilaian tawaran bekerja. penilaian peringkat pertama berdasarkan kriteria sebagai seorang pensyarah. adakah memenuhi syarat minima iaitu menjalankan tugas dan tanggungjawab yg dinyatakan. penilaian seterusnya oleh rakan sekerja. adakah menunjukkan keupayaan menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut pandangan rakan sekerja? adakah kehadiran di organisasi memberi kesejahteraan dan keharmonian kpd rakan sekerja? adakah kenaikan pangkat akan meneruskan bekerjasama dan mensejahterakan organisasi?

penilaian walaupun objektif tetapi sebagai seorang manusia, selain mengikut pemikiran, penilaian juga berdasarkan perasaan. akan ada yg memberi penilaian negatif. akan ada yg memberi penilaian positif. jika kita menjalankan tugas dan tanggungjawab secara beramanah dan ikhlas, maka rezeki adalah hak kita. jika sebaliknya dan tetap mendapat kenaikan pangkat, ada kemungkinan kita akan dituntut di akhirat kerana mengambil hak orang lain.

Isnin, Januari 13, 2014

Objektif Sebuah Universiti

apakah objektif penubuhan sebuah universiti? ada yg merumuskan ianya adalah untuk melahirkan seorang insan untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan persekitaran.

tetapi dapat dilihat sekarang banyak universiti atau institusi pengajian tinggi yang dah menyimpang daripada objektif/matlamat asas penubuhan sebuah u atau ipt. ipt swasta majoriti ditubuhkan utk tujuan perniagaan. berdagang skrol kelayakan akademik utk keuntungan ipts. jika kelayakan akademik wajar dan layak diberikan kpd seorang graduan, ianya tidak salah drpd segi etika mahupun undang2.

setiap pelajar, staf ipt, ibubapa, dan pihak lain2 perlu faham u atau ipt adalah utk membolehkan seseorang pelajar mendapat ilmu tahap lebih tinggi drpd tahap persekolahan. ilmu tahap tinggi ini utk membolehkan graduan bekerja di peringkat tinggi di bidang tertentu. ada bidang pekerjaan tidak memerlukan seorang graduan u.

bagaimana jika ada pihak salahguna pelajar di u atau ipt? melalaikan pelajar drpd mendapat ilmu tahap tinggi melalui akademik secara beretika dan sah. siapakah yg perlu bertanggungjawab. ianya berkaitan kos masa dan duit. ianya berkaitan mengambil hak individu yg lebih layak berada di ipt kerana utk memenuhi kesukaan pihak tertentu. sila jawab di akhirat.

Ahad, Januari 12, 2014

Gelaran dan Sikap

datuk saya pernah becita-cita pada tahun 80an untuk saya menjadi seorang doktor . kalau cita2 datuk saya menjadi kenyataan, maka saya dipanggil dr bad sekarang. seorang kawan kpd keluarga memanggil saya prof pada tahun 80an. jika panggilan tersebut menjadi kenyataan, maka saya akan dipanggil prof bad sekarang.

kekadang terasa berangin juga jika dipanggil prof dr bad. dan ada saudara ingin mencadangkan saya mendapat gelaran dato. puh3, prof dato dr bad. panjangnya panggilan nanti. jika menjadi kenyataan, maka saya berdoa dan berharap janganlah dgn mempunyai gelaran di dunia, sikap saya berubah menjadi lebih tidak disukai ramai. harapan saya janganlah sebarang gelaran membuat saya besar kepala dan besar bontot selain besar perut.

maka jika difikir2kan, mungkin lebih baik saya hanya dikenali sbg encik bad atau cebad shj. gelaran sekarang sesuai utk bawa kereta kecil, makan makanan murah, berpakaian murah, dll yg murah tetapi berkualiti.

Kemampuan Memilikki Kereta Berharga RM30ribu dan Pendapatan RM3ribu Sebulan

bukan mudah nak dapatkan pembiayaan kereta berkualiti yg berharga maksima rm30ribu. ini kerana kebanyakan harga kereta yang maksima rm30ribu adalah kereta yg berusia lebih drpd 10tahun.

jika mengikut kiraan saya, mereka yg miskin bandar hanya mampu beli kereta berharga maksima rm30ribu. bagi kereta bernilai rm30ribu, dgn bayaran muka 10%, bayaran bulanan adalah dijangka hampir rm550sebulan untuk selama 60bulan pada kadar 3.85%. rm550 sebulan bersamaan 18.33% daripada pendapatan rm3ribu sebulan. ini belum dikira minyak secara kasar rm300 sebulan, tol rm300 sebulan, parkir rm300 sebulan dan juga peruntukan bulan rm300 sebulan utk insuran, roadtax, selenggaraan. jadi bagi kereta bernilai rm30ribu, kos menggerakkan kereta ini sebulan adalah rm1,750 iaitu 58.3% drpd pendapatan rm3ribu sebulan.

mungkin bagi yg berpendapatan rm3ribu sebulan elok milikki kereta berharga rm20ribu sebulan. bayaran bulan dijangka rm360 sebulan. tetapi kos lain2 masih lagi dijangka sama. maka bagi yg berpendapatan rm3ribu atau kurang, mungkin lebih sesuai menyewa kereta yg kemungkinan besar hanya digunakan pada hujung minggu atau utk balik kampung atau bercuti dgn keluarga. Kekerapan yg mungkin hanya 60kali-75kali  atau hari sahaja dalam setahun. keputusan perlu meneliti kos sebenar.


Rasa Kurang

rasa kurang di sini bukan berkaitan rasa kurang manis, kurang masam atau kurang masin dalam makanan dan minuman. ianya di sini berkaitan perasaan seseorang. rasa di minda, mungkin juga rasa di hati.

ianya boleh dikaitkan dgn 'inferiority complex' dan 'superiority complex'. bukan rendah diri tetapi rasa ada kekurangan yg sepatutnya tidak berlaku kpd individu yg rasa bhw beliau mesti sentiasa lebih drpd orang lain. perasaan individu ini akan ditokok tambah oleh 'pembantu tukang masaknya' yg berasa seperti beliau tetapi status rendah drpd tukang masak utama.

rasa kurang ini banayk ditanya oleh ramai orang kpd saya. jawap saya ia berkaitan perasaan hasad dengki (phd). tak boleh rasa orang lebih drpd diri. orang lain tak layak ada sebarang kelebihan drpd tukang masak walau dalam apa perkara pun. perasaan ini merosakkan diri, masyarakat dan sekitar. sebab ianya seumpama sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. sebab kerbau seekor membawa lumpur, habis berlumpur penduduk kampung.

saya bagitau agar usah dilayan perasaan tukang masak dan pembantu tukang masak. mereka ini bermasalah. mereka tidak boleh lihat orang lain berjaya dgn usaha sendiri. mereka ini bermasalah kerana tidak mahu mengakui bhw setiap manusia ada kelemahan. dgn saling menolong, kita akan bersma maju dan sejahtera. hidup bermasyarakat membantu mengurangkan kekurang hidup secara individu.

Sabtu, Januari 11, 2014

Ahmad Albab dan Kita

Tengahari tadi, balik daripada bowling, saya dengar cerita ahmad albab. Dengar sebab tak tengok tv. Ahmad albab satu drpd cerita p ramlee yg saya jadikan contoh dlm perkongsian ilmu dgn pelajar uitm dan sesiapa yg sudi.

Cerita ahmad albab berkait dgn sayang jika ada harta dan pangkat dunia. Jika miskin dianggap juga tak berilmu. Jika kaya harta dianggap bijak. Dan kebiasaan seseorang akan sayang kpd yg berharta lebih drpd yg miskin harta. Pakaian dan hadiah dibawa pada satu majlis dijadikan ukuran kejayaan.

Maka orang akan lakukan apa shj utk berjaya atau kelihatan berjaya. Ramai yg pilih jalan mudah. Walau dah banyak harta, dah berjaya, masih lagi tamak. Maka amanah yg datang jawatan dilupakan. Tetapi amanah perlu dijawab dan dihukum seadilnya. Kita semua hamba allah, tuhan yang satu, tiada tuhan kecuali allah.

Kesihatan Melalui Bowling 10Pin

pagi tadi pertandingan bowling kelab kakitangan fsr. saya ter'main' kerana seorang staf yg 'mendaftarkan' saya. beliau minta rm10 drpd saya tanpa memberitahu tujuan. tahu2 aje, dah berdaftar utk bowling.

walaupun tarikh terpaksa ditunda atas sebab2 tak dapat dielakkan, alhamdulillah bowling berjaya dilaksanakan dgn penuh ceria. dekan hadir walaupun tidak dpt turut serta kerana kecederaan 'profesional' (banyak tandatangan dokumen kot). ahli kelab yg hadir turut membawa ahli keluarga masing2 utk bersama keluarga fsr.

bowling adalah satu senaman fizikal. ianya satu senaman mental. ianya juga satu senaman emosi. ianya membolehkan kita mengurangkan tekanan dalam kehidupan. membaling bola boleh diandaikan sebagai membaling perasaan marah, sedih, kecewa, dll keluar dari diri kita. membaling bola memerlukan perancangan dan fokus. di akhir2 pertandingan tadi, seluar dah terasa longgar mungkin sebab banyak tenaga digunakan.

sebelum dan semasa serta selepas pertandingan, pemakanan perlu dijuga. tenaga yg kurang boleh menyebabkan prestasi merudum. itu saya rasa bermula diawal game kedua. seeloknya dilakukan carbo-loading sebelum pertandingan.

mereka yg hadir menceriakan suasana. kesihatan juga dipengaruhi oleh mereka yg berada di sekitar kita. maka saya galakkan bowling sebagai satu rekreasi untuk semua. bowling menyihatkan kita semua utk bersedia bertugas semula.

Jumaat, Januari 10, 2014

Kaya dan Kawan

biasanya kita difahamkan bahawa orang kaya ramai kawan. lagi kaya kita, lagi ramai kawan. tanda orang kaya ramai kawan adalah apabila diadakan majlis, ramai kawan yg datang dgn pelbagai hadiah utk kawan yg kaya yg hoskan majlis.

kaya yg ramai kawan adalah biasanya kaya dgn harta. bagaimana dgn mereka yg kurang kaya harta? mereka yg miskin harta ramaikah kawan? yg miskin buat majlis ramaikah yg datang? yg miskin buat majlis akan ramaikah yg datang dgn hadiah?

esok ada majlis utk yg kurang kaya harta. maaf jika yg hadir esok berpandangan berbeza dgn saya. majlis esok dijangka ramai juga yg hadir. yg hadir dijangka bawa bersama ahli keluarga. dan yg hadir akan mendapat hadiah. mereka akan bawa balik hadiah bukan bawa hadiah ke majlis. dijangka yg hadir esok akan kaya dgn gelak ketawa. hadir tanpa dipaksa2 dan dgn keseronokan dapat bersama meraikan kekitaan. tanda keikhlasan berada sebagai kawan.

Pangkat dan Jawatan Kita

ramai yg bercita2 nak berpangkat. ramai yg bercita2 nak berjawatan. ramai yg anggap pangkat dan jawatan adalah tanda kejayaan. maka ada yg sanggup lakukan apa shj untuk mendapat pangkat dan jawatan.

pangkat dan jawatan berkait dgn tugas dan tanggungjawab. ianya berkait dgn amanah. ianya berkait dgn organisasi formal spt di tempat kerja. ianya berkait dgn organisasi tidak formal spt keluarga. setiap yg berpangkat dan berjawatan mempunyai peranan am dan khusus. sebenarnya semua kita ada pangkat dan jawatan semasa di dunia.

pangkat dan jawatan hanyalah di dunia. pangkat dan jawatan hanyalah sementara. apabila sudah mati, kecuali individu tertentu, kita orang biasa akan tinggalkan pangkat dan jawatan kita. ianya adalah pinjaman kpd kita. lagi tinggi pangkat dan jawatan, lagi berat tanggungjawab perlu dipikul. dan lagi besar dan banyak perlu dijawab kpd yang maha esa, allah. jalankanlah tugas dan tanggungjawab berkaitan pangkat dan jawatan sebaik2nya utk diri, masyarakat dan persekitaran.

Hidup dan Pinjaman

zaman sekarang dikatakan kita hidup tidak boleh lari drpd meminjam. kita pinjam untuk beli kereta. kita pinjam untuk beli rumah. kita pinjam untuk belajar. kita pinjam untuk kahwin. dan macam2 sebab kita pinjam.

hidup sebenarnya adalah pinjaman. hidup di dunia adalah sementara. kita hanya meminjam masa di dunia, dari lahir sehingga kita mati. segala rezeki adalah pinjaman. apabila ada pinjaman maka perlu dipulangkan kpd pemiliknya. semasa dipulangkan, kita perlu memberi jawapan bagaimana kita gunakan benda yg kita pinjam drpd pemilik.

ianya berkaitan tugas dan tanggungjawab sbg seorang hamba allah. ianya berkaitan amanah. ianya berkaitan kebijaksanaan mengurus untuk memberi pulangan terbaik kepada kita terhadap perkara yg kita pinjam. seumpama yg meminjam utk berniaga. apabila untung maka kita gembira. apabila rugi, terimalah akibatnya.

Khabar

khabar boleh jadi berita. kalau orang terengganu 'khabor' bermaksud sedar. ianya berkaitan maklumat. ianya berkaitan komunikasi. ianya juga berkaitan kefahaman.

masalah dikatakan berpunca jika tiada komunikasi. masalah juga mungkinkerana salah komunikasi iaitu salah faham. apabila terdapat gangguan dlm sistem komunikasi, maka input tidak sama dgn output, iaitu apa yg ingin disampaikan penyampai/sender kemungkin tidak sampai sepenuhnya atau tidak sampai langsung kepada penerima/receiver.

antara punca2 gangguan kpd maklumat ingin disampaikan adalah 'bising/noise'. ianya mungkin penerima tidak fokus kpd mesej. penerima sebenarnya kurang ilmu utk mentafsirkan mesej. mungkin juga penyampai tidak menyampaikan mesej dgn jelas. kesakitan boleh mengganggu kejelasan mesej.

maka penting dan perlunya penyampai dan penerima menyemak sesama mereka untuk pastikan mesej disampai adalah sama dgn mesej diterima. salahfaham boleh akibatkan keregangan atau ketegangan dikalangan kawan. bertanya khabar biasanya berniat baik. jika berlaku salahfaham, minta maaf dahulu, kemudian minta penjelasan. manusia tidak sempurna. kita ada kekurangan dan kelemahan.

Khamis, Januari 09, 2014

Teman Berbicara

seorang kawan asyik mengingatkan akan berpindah. seorang kawan berkata.'tak payahlah nak bagitau...'.

ada pelbagai maksud dari kedua pihak. pemberitahu mungkin nak bagi tahu seronok bertukar tempat. mungkin nak ingatkan bhw masa semakin hampir utk berpisah. penerimatahu (maklumat) mungkin nak bagitau yg dia dah tahu. mungkin dia nak bagitahu bhw dia tak seronok kawan nak berpindah.

mungkin yg tak seronok walau muka tunjuk seronok sebenarnya sedih. sebab akan berlaku perpisahan dgn kawan yg biasa keluar, berjumpa dan berbicara. kenalan lebih 10tahun boleh dikira sebagai teman. maka apabila teman berbicara suka dan duka akan berpindah, kedua2 pihak terasa tidak seronok. mungkin ada yg sedih. mungkin ada yg marah.

ianya seperti apabila berlaku kematian. ianya seperti penceraian. yg ditinggalkan mungkin akan tertanya2 'kenapa beliau ditinggalkan?'. adakah kerana tidak sudi lagi menjadi teman berbicara?

Rabu, Januari 08, 2014

Baca dan Sentiasa Rujuk

dalam bahasa inggeris bagi baca adalah read. bagi sentiasa rujuk adalah recite. dlm bahasa arab, kedua2nya boleh diertikan atau difahami sebagai iqra.

sebagai seorang pensyarah, saya sentiasa perlu membaca dan merujuk. perkara baru dan perkara sama. tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman untuk berkongsi dgn yg sudi berkongsi. dan diantara mereka yg akan dikongsi ilmu melalui bacaan dan rujukan adalah pelajar saya.

sebelum kelas, saya perlu baca dan rujuk. semasa kelas, saya perlu baca dan rujuk. selepas kelas, saya perlu baca dan rujuk. semasa pembentangan pelajar, menyediakan nota, menyemak tugasan, dan menyemak jawapan ujian serta peperiksaan - saya perlu baca, ulang baca, rujuk, ulang rujuk.

ianya meningkatkan kefahaman dan kesedaran diri. tambah2 lagi apabila ada contoh berkaitan yang berlaku utk memudahkan lagi kesedaran kaitan teori dan amali. iqra juga adalah peringatan - ingat dan sentiasa diingatkan.