Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 30, 2009

Penat

Pagi tadi ada JPM. Petang sekejap di fakulti.

Maka bertanya kawan2 saya,'kenapa masa cebad banyak di luar fakulti?' jawab saya, bukan saya minta'bukan saya minta, orang yg minta saya lakukan, dan bukannya mudah nak ditolak. bukan permintaan, selalunya arahan tugas'. memanglah penat. Tapi saya tersenyum apabila mendengar rakan2 di JPM berkata sebagaimana yg saya ceritakan selama ini. Memanglah, kalau yg boleh buat kerja, akan sentiasa diberi kerja. kalau yg tak buat kerja, akan sentiasa curi tulang, cuma tunjuk seolah2 bekerja bila bos ada aje.

Saya doakan semoga sentiasa dikurniakan Allah dgn tenaga utk membolehkan saya menjalankan amanah saya dgn jujur dan ikhlas.

Khamis, Januari 29, 2009

Masa

Masa sangat berharga. Ada kata lebih berharga daripada emas.

Ramai yang rasa dia banyak masa. Maka digunakan masa yang ada utk macam2. Tapi kebanyakannya utk merugikan masa. Yang rasa dia ada sedikit masa akan gunakan masa utk sebaik2nya. Adakah org yg banyak masa ada banyak ilmu? Atau sebaliknya?

Masa saya tanggungjawab saya utk digunakan menambah kebaikan dunia dan akhirat saya. Jadi, siapa yg berkata2 tentang diri saya secara negatif, bagi saya tak perlu saya rugikan masa saya melayan mereka ini.

Sabtu, Januari 24, 2009

Gila Kuasa Lagi

Ikhlas dalam menjalankan tugas. Jangan kerana nakkan jawatan kerana ada elaun.

Satu jawatan yg perlukan banyak tugas akan mendapat status dlm organisasi dan elaun serta ata. maka terdengarlah ramai yg sebelum ini tak ambil kisah berkaitan tugas ini mula berebut2 nakkan jawatan ini. Semasa tiada elaun, ata dsbnya, mereka yg gilakan jawatan ini sekarang akan sentiasa menghilangkan diri. Tiba2 bila akan mendapat ganjaran dan pengiktirafan drpd pihak atasan, maka mereka ini mula tunjuk minat.

Tak payahle. Nanti akan terus menyusahkan organisasi dan org lain. Cukuplah kesusahan yg anda semua lakukan. Janganlah terus ingin tidak beramanah.

Kita Serupa

Seorang kawan mengeluh. Setiap yg dilakukannya akan diperkatakan sbg tidak betul oleh 'org lama'.

Dia bercerita lagi,'tapi pensyarah2 lain dah tak hiraukan pemberi komen tu. mereka semua tau org lama tu (dan mereka sptnya)tidak buat kerja. hanya bising sahaja.'Kesannya, 'org lama spt tu dipinggirkan dan tidak dihormati ramai.' Komen kawan lain 'banyak masa pulak org macam tu utk perhatikan org lain'.

Jawapannya, 'ialah, kerja tak dibuat, masuk pagi, petang aje baru nampak'.
macam ni dah biasa. Itulah sebab adanya surah Al-Asr sebagai peringatan.

Jumaat, Januari 23, 2009

Pandangan, Perasaan ...

Sahabat bagitau saya, 'ada yg berkata dpt medal banyak2 pun tak guna. bukan boleh buat apa'. Sayu dan sedih suaranya mungkin kerana kasihankan saya kot?

Setiap insan berhak memberi pandangan, perasaan dsbnya. Saya berhak utk terima atau sebaliknya. Bagi saya yg penting adalah pandangan yg membina saya. kalau yg nak perkecilkan saya, tak perlu. Saya memang seorang insan yg kerdil. Tiada pangkat di hadapan saya. Siapalah saya ni B-)melainkan hamba Allah yg mempunyai masa yg terhad utk menjalankan amanah di muka bumi ini.

Bagaimana pun, saya bangga dan berterima kasih kpd saudara dan sahabat yg sentiasa setia dan sedia bersama saya. 'Action speaks louder than words'.

Jumaat, Januari 16, 2009

Memegang Jawatan

Menerima jawatan untuk dipegang bermaksud menerima amanah. Ianya bermakna kita berjanji akan menjalankan tugas berfokuskan pelanggan kita untuk kebaikan pelanggan.

Semasa saya memegang jawatan di fakulti, ada tugas yg saya laksanakan tidak disukai oleh pihak2 tertentu. Saya cuba pastikan pelanggan utama saya iatu pelajar akan mendapat pensyarah yg terbaik dalam kursus yg pelajar daftar. Perkongsian ilmu dgn pelajar adalah tugas pensyarah. Maka jika kita tiada ilmu, bagaimana kita nak berkongsi?

memegang jawatan amatlah berat. Ada diantara pemegang jawatan keguguran, terkena angin akhmar, dan pelbagai lagi. Maka saya akan fikirkan baik buruk kesan memegang jawatan. Elakkan kerana inginkan duit dan kuasa lebih sebagai tujuan utama kita. nanti kena jawab...

Khamis, Januari 15, 2009

IID 2009 - AlhamdulILLAH

Teruja. Itulah perasaan saya setelah mendapat keputusan IID 2009.

Pada IID 2008, saya sertaka 3 penyertaan, dan hanya mendapat satu Gangsa sahaja. Harapan saya untuk IID 2009, sekurang2nya 1 Gangsa. AlhamdulILLAH, saya berjaya mendapat 1 emas - Be Clear Card Game, dan 3 perak - Sejadah Q Musafir Hussein, ABC Bina Usahawan, dan Keniam - Research Model (dianggotai bersama oleh Prof Rahmat - mantan TNC UiTM, Dr Zaini - TNC UiTM, dan rakan2 lain). Terima kasih kepada semua yg membantu.

Kejayaan akan menyebabkan tekanan untuk terus berjaya. InsyaAllah, IID 2010, saya akan cuba turut serta.

Bakal ...

UiTM diberi amanah mendidik individu ke arah mencemerlangkan negara. Maka individu di uitm perlulah mencerminkan bakal pemimpin negara.

Terkejut saya lihat pelajar (bukan fsr) lelaki berambut panjang yang memang tidak mematuhi peraturan uitm. Yang perempuannya pula, pakaian tidak mencerminkan budaya timur dan muslim. Apakah tindakan pihak fakulti? Adakah ini bakal pemimpin dan pentadbir negara?

Mungkin ibubapa mereka spt mereka? Mungkin ibubapa dah tak mampu mengawal mereka ini dan mengharapkan uitm menjalankan tugas dan tanggungjawab ibubapa?

Pilihan

Setiap masa kita akan buat pilihan. Tidak melakukan sesuatu adalah satu pilihan.

Kepada pelajar FSR dan ahli sukan mesti pandai buat pilihan. Ilmu diperlukan untuk buat pilihan terbaik. Ramai pelajar FSR dan ahli sukan hadapi dilema, nak fokus kepada pengajian atau sukan. Ramai yg pilih dua2. Kesannya, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Saya sarankan agar ahli sukan teruskan bersukan sehingga akhir kegemilangan mereka. Kemudian, dapatkan biasiswa untuk sambung pengajian di ipt. Bila kita lebih fokus, keputusan lebih baik. InsyaAllah.

Rabu, Januari 14, 2009

Penat IID 2009

Terima kasih kepada penganjur. Terima kasih kepada para hakim. Terima kasih juga kpd saudara2 yg sudi bantu saya di gerai saya.

memang penat melayan pelawat dan 9org hakim. Saya bangga dgn saudara2 saya yg berupaya menerangkan hasil saya kpd pelawat walaupun hanya di 'brief' oleh saya selamaa 10-15minit shj. Ianya membuktikan bhw maklumat yg hendak disampaikan adalah mudah dan tepat.

InsyaAllah, esok keputusan akan diketahui. Harapan memanglah tinggi.

Terima Kasih

Kejayaan adalah hasil usaha. Usaha yang terbaik adalah usaha bersama.

Terima kasih dan tahniah kpd mereka di FSR yg setia menjalankan tugas memastikan audit drpd LRQA berjalan lancar pd hari ini. Tanpa usaha yg dilakukan oleh ketua kualiti fsr, ksa, kedua2 penolong pendaftar,dan staf2 lain, saya beranggapan hasil yg dicapai tadi mungkin sebaliknya. Memanglah bukan mudah nak mengarahkan orang tetapi jika tanggungjawab kita, maka kita perlu lakukan.

Spt biasa, apabila tugas telah selesai, akan ada yg nak tunjuk seolah dialah yg handal. Kami yg tahu senyum sesama sendiri.

Isnin, Januari 12, 2009

Persediaan IID 2009

Persediaan utk IID 2009 amat berbeza dgn IID 2008. Kali ini saya design poster dan dptkan dlm bentuk banner/bunting.

Dan saya minta tolong saudara2 yg ada di uitm membantu saya di pameran esok. Tadi, jam 6.35ptg, kami siapkan gerai pameran. Kami akan dinilai oleh para hakim pada esok hari. Petang esok, jam 6ptg, kami akan kemaskan pameran kami utk memberi laluan kpd peserta pada rabu, 14januari.

Besarlah harapan saya utk merasa pingat emas dan/atau perak. Doakanlah. InsyaAllah.

Seperguruan

Bangga.Tumpang bangga.

Seorang seperguruan, peg khas kpd bakal pengurusan tertinggi negara. Di majlis di uitm, dia antara tetamu vvip. Selepas majlis, dia yg jumpa saya. Jadi, reputasi kita amat ketara. Pangkat kita tolak tepi kerana sama2 dididik utk beramanah dan jujur. Seorang lagi, dah jadi timb,menteri. 2 org adun. Dan ramai lagi...

Bangga bila kita dikenali kerana reputasi yg positif. Maka perlulah kita jaga reputasi kita.

Ahad, Januari 11, 2009

IID 2009

InsyaAllah, pada 13-15 jan 2009, selasa hingga khamis akan berlangsung IID 2009. Satu acara tahunan anjuran RMI (dulunya IRDC) UiTM.

2009 adalah tahun kedua saya turut serta. Saya diperkenalkan kpd IID oleh encik Nagoor Meera. Pada 2008, saya hanya memenangi satu gangsa utk permainan BE CLEAR yang disertai bersama pensyarah saya PM Dr Rozainun (Perakaunan). 2009, saya ada 4 penyertaan; Stesen Penyelidikan Kuala Keniam, Be Clear Card Game, ABC Lebah, dan Sejadah Q Musafir Hussein.

Sudah tentu saya harapkan sekurang2nya satu Gangsa. Kalau menang lebih tinggi dan lebih daripada satu, tentulah lebih baik.

Sabtu, Januari 10, 2009

Solat Jumaat Di Pusat Islam UiTM

Semalam, jumaat 9 jan 2009, saya solat jumaat di PI uitm. Pak Lah ada sama.

Selesai solat jumaat, ada solat hajat utk penduduk Palestine. Kemudiannya ada acara rasmi. Ramailah top2 uitm. Saya berbincang tentang taman negara dgn dua saudara saya. Rupa2nya, kami di laluan utk Pak Lah keluar dari PI. Maka kami pun beratur utk bersalaman dgn Pak Lah, NC, Tan Sri Wan Zahid dan rombongan.

Teringat ketika solat jumaat di Putra Jaya pada 2003. Saya berpeluang bersalaman dgn Tun M.

Khamis, Januari 08, 2009

Peers UiTM

Tadi saya merasmikan mesyuarat agung tahunan peers uitm. Saya merupakan seorang daripada beberapa penasihat persatuan peers.

Saya bangga dgn kehadiran peers yg ramai ke agm tadi. spt biasa, 70-80% adalah perempuan. saya tidak tahu kenapa. Saya berharap setiap ahli peers akan mendapat manafaat mellaui keahlian dgn peers. Sebagaimana apa yg saya perolehi.

Saya juga doakan, pn hjh Siti Aluyah, ketua jabatan kaunseling, seorang sifu saya dirahmati Allah dgn kesihatan yg berpanjangan. Setiap dugaan ada penyelesaiannya.

Rezeki

Rezeki hak Allah. Ada yg diberi lebih, ada diberi kurang.

Saya bgtau staf saya, saya sasarkan rezeki saya tahun ini sebanyak RMxxx sebulan, secara halal. Insya Allah saya akan berjaya capainya. Walau pun saya dah tolak RMxxx seminggu kerana saya tidak akan berupaya memberi komitmen terhadap amanah tersebut. Saya harap bos dan kawan2 faham situasi dan tanggungjawab saya.

Antara dorongan mencari rezeki yang lebih adalah untuk berkongsi dgn mereka yg kita ambil berat. Maka pastikan rezeki yg kita kongsi adalah halal.

Komunikasi

Prof Dollah (Pengarah Perak) menyatakan komunikasi adalah penting dan berkaitan dgn kualiti. Saya setuju.

Tadi saya berjumpa dua bos saya. Saya ada surat drpd bos ketiga. Ia membuat saya serba salah. Jadi saya berjumpa dgn bos yg dapat beri keputusan muktamad. Jawapannya adalah positif kpd saya. Jika saya silap jumpa org, kemungkinan maklumat dan jawapan saya perolehi tidak tepat. Maklumat dan keputusan adalah komunikasi.

Seringkali, salah komunikasi atau tiada komunikasi hasilkan salahfaham. Maka komunikasi dan ilmu adalah saling berkait dgn kualiti.

Rabu, Januari 07, 2009

Majlis ISO InED

Hari ini berlangsung majlis ISO utk kolej bersekutu UiTM. Terima kasih kpd ajk dan peserta yg memeriahkan majlis.

Pi mai pi mai tang tu juga yg hadir dan buat kerja. Ikut kata Prof Dollah (Perak), dlm organisasi ada jenis yg misuse masa kerja, dan hasilnya adalah mereka yg di abuse masa kerja, sbb kena buat kerja sendiri dan kerja org yg misuse masa kerjanya. Masalah kpd organisasi, mereka yg misuse ni, tak keluar drpd organisasi.

Kita dlm golongan mana? Yg misuse tu, pernah tak terfikir rezeki tu halalkah?

Selasa, Januari 06, 2009

Berita

Ada berita mudah disampaikan.Ada berita payah nak disampaikan.

Berita kematian ada cara nak disampaikan kpd waris. Kalau kita dah biasa, mungkin kita lebih empati dgn waris.Jika tidak biasa, mungkin kasar cara kita. Ada kalanya penyampai berita kematian akan dimarahi waris. Ada kalanya waris akan bertanya 'kenapa mesti keluarganya?'.

Kematian adalah pasti. Terimalah hakikatnya. Kematian mereka yg rapat kpd kita adalah peringatan bhw kita akan menyusul mereka.

Kebal

Ramai rasa dirinya kebal. Pada usia tertentu, kita rasa kita kebal, seperti semasa remaja.

Ada yg rasa kebal krn faktor kenalan atau persaudaraan. Ada yg rasa kebal krn ilmu. Ada yg rasa kebal kerana usia. Saya memiliki sebuah kereta kebal. Bila saya pandunya, ramai akan mengelak saya. kebal krn kenalan, kenalan mati. Kebal kerana usia, kita akan mati. Kebal kerana ilmu, insyaAllah ianya berterusan.

Seorg yg kebal kerana ilmu tidak suka tunjuk dia kebal. Jika kebal bukan kerana ilmu, dia sebenarnya bebal.

Ingin Belajar?

Saya tak faham. Dah jelas papan tanda nyatakan 'kenderaan pelajar dilarang masuk'.

Adakah pelajar di bangunan akademik 3 uitm shah alam tidak pandai membaca? Jika ya, ini adalah sesuatu yg memalukan. Atau, adakah pelajar ingin menunjukkan bahawa mereka tidak peduli tentang peraturan. Jika sedemikian, mereka tak berdisiplin. Tiada displin, sebenarnya, tidak ingin jadi pelajar.

Adakah tingkahlaku pelajar mencerminkan ibubapa mereka? Tanyalah mereka.

Ahad, Januari 04, 2009

Keseronokan

Kerja bagi ramai orang adalah tidak seronok. Begitu juga belajar, bagi majoriti bukan sesuatu yg seronok.

Keseronokan sesuatu perkara bergantung kpd banyak faktor. Manusia, persekitaran dan sebagainya. Ada kawan mengeluh,'aku bayar nak belajar, bukan utk bekerja. Pensyarah ni ni nak kongsi ilmu atau perah tenaga pelajar?'. Saya sedang membaca buku tentang jadikan kerja semacam permainan. Ianya akan lebih menyeronokkan.

Kita tidak boleh ubah orang lain. Memang ketara di suatu perjumpaan, apabila tiada lagi pihak tertentu, suasan amatlah ceria dan seronok.

Sabtu, Januari 03, 2009

Beramanah

Tahniah dan selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab baru kepada kawan2 yg diberikan amanah di fakulti. Semoga tuan/puan menjalankan dgn penuh jujur dan amanah.

Memanglah kita tahu bhw anda tidak melobi utk jawatan yg diberikan. Tetapi anda telah membuktikan bhw anda layak dan berupaya menjalankan tugas dgn penuh amanah. Jawatan diterima tuan/puan bukanlah kerana memenuhi impian tuan/puan utk memegang jawatan. Kita tahu bhw kita bukanlah yg gilakan jawatan.

Pilihan tepat amat susah utk dilakukan. Tetapi apabila pilihan adalah tepat, maka jalankanlah dgn penuh amanah. Tahniah sekali lagi.

Berilmu

Adakah cara kita memandu mencerminkan diri kita? Saya suka memikirkan tentang perkara ini.

Saya lihat pemandu di Malaysia amat berjimat cermat. Walau pun dah gelap atau semasa hujan, lampu kereta tidak dinyalakan. Apabila hendak membelok, lampu 'signal' tidak dinyalakan. Maka jika demikian, memang kayalah pemandu kita. Kaya dengan kemarahan pemandu lain sebab tidak perihatin tentang keselamatan diri dan orang lain.

Adakah saya seorang yg suka kpd risiko yg rendah kerana suka memasang lampu kereta bila memandu? Mungkin ya. Yg penting, kita jangan susahkan diri dan org lain.

Al Fatihah

Bersama kita hadiahkan bacaan Al Fatihah kpd pen.pendaftar InED arwah pn Sunartie dan keluarga. Mereka kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Tanjung Karang pada petang tadi.

Tidak kami sangka, semasa pasukan peninjau melalui Tanjong Karang semalam, adalah laluan terakhir arwah dan keluarga pada hari ini. Semasa melalui Tanjung Karang semalam, kami bercerita tentang arwah yang suaminya adalah berasal daripada Tanjung Karang. Arwah kembali kepada Illahi bersama-sama suami, anak dan kandungan yg dijangka dilahirkan dalam tempoh 1-3bulan lagi.

Allah memanggil kita pada masa yg telah ditetapkanNya. Maka kita hendaklah sentiasa bersedia menyahut panggilanNya.

Lumut

2 jan 2009, saya bawa pasukan peninjau saya ke Lumut. Saya tak ingat kali terakhir di sana, tetapi seolah2 baru sahaja saya berada di sana.

Kami lakukan tinjauan utk adakan program dgn bos. Beberapa tempat kami tinjau.Kami mahu program berjalan lancar. Keputusannya? Akan dibincangkan minggu hadapan. Saya tidak pandai membeli-belah apabila berada di luar kawasan mahupun di dalam kawasan. Maka, utk selamat, saya tidak membeli sebarang tanda lawatan. Yang pasti, pakaian di masa hadapan utk tinjauan sebegini perlu sesuai.

Lumut setiap hari makin membangun. Ke manalah perginya seorang sahabat yg menjaga kapal2 TLDM?