pada hujung minggu yg lalu saya berhadapan dgn demo oleh geng topi merah (gtm). ahli2 geng ini beberapa kali melakukan demo yg pada saya memprovokasi saya dan masyarakat lain.geng topi merah ini memulakan demo mereka di lebuhraya pd-seremban. dan ianya diteruskan sehingga ke plus. sehinggalah dileraikan oleh seorang yg berani kerana benar dan gagah, besar dll. maka bertempiaran lari geng topi merah.
geng topi merah yg saya maksudkan adalah mat rempit/penunggang dan pembonceng motorsikal. semasa di lebuhraya pd-seremban mereka menunjukkan aksi (demo) superman menunggang motorsikal secara baring tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lebuhraya yg lain. mereka turut 'hogging' atau terjemahannya mem'babi' (kasar) atau meng'khinzir' (lembut) satu daripada lane kereta di lebuhraya pd-seremban dan plus dgn menungggang secaraberkumpulan sehingga hampir 10 motorsikal.
hero adalah pemandu sebuah bas ekspres yg meleraikan aksi2 'babi'/hogging dengan memandu rapat dan laju di belakang gtm. memang bertempiaran (cuda) gtm melarikan diri (menunggangkan diri) daripada asakan hero.
demo oleh gtm dan juga oleh mereka yg lakukan kesalahan di jalanraya/lebuhraya perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa. ini untuk menjamin dan memastikan jalanraya adalah selamat digunakan oleh majoriti atau kesemua pengguna jalanraya. antara geng lain yg lakukan demo haram adalah penunggang motorsikal yg gunakan laluan kereta iaitu tidak gunakan laluan khas utk motorsikal, pemilik dan pemandu kenderaan bercermin gelap, di uitm pengguna kenderaan yg tak patuhi peraturan lalulintas dan letakkereta uitm, pengguna kenderaan yg tidak nyalakan lampu semasa memandu di masa suasana tidak jelas untuk bezakan kenderaan dan persekitaran, dan pengguna kenderaan yg tidak gunakan lampu isyarat untuk membelok/menukar laluan serta mereka yg tak patuhi lampu isyarat. jika tiada tindakan diambil terhadap geng demo ini maka tanggungjawab menjawab kerana pecah amanah adalah di kepala petugas yg diberi tanggungjawab.
Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan dan Ajal. Papar semua catatan

Rabu, Mei 09, 2012
Sabtu, September 04, 2010
Kereta dan Raya
semalam di tv ada cerita tentang kereta dan raya. ibu tak gembira apabila kawan anaknya ke rumah utk beraya tanpa kereta baru sbgmana dicanangg2kan.
syarikat kereta banyak menawarkan promosi utk beli kereta baru utk balik beraya. mereka yg jarang bawa kereta ke pejabat akan turut bawa kereta utk balik ke kampung. ada yg beli. ada yg sewa. ada yg pinjam.
keluarga akan seronok (dan bangga?) melihat anak2 membawa balik kereta utk beraya. ianya spt satu tanda kejayaan dlm kehidupan anak2. dan ianya juga menunjukkan kejayaan kpd ibubapa. kejayaan berbentuk material dimiliki.
bagi tahun ini, rumah nenek saya tiada kereta. kebiasaan sehingga 10 buah. tahun lepas minima ada 15buah kereta milik anak cucu di halaman rumah. macam tempat jual kereta. dan di halaman tok saudara saya, minima 7 buah kereta. parking, siapa cepat dia dapat yg ekslusif - bawah porch. bagi yg memandu pergi balik ke kampung, berhati2 di jalan raya.

Jumaat, Ogos 13, 2010
Hukuman
Dalam berita disiarkan cadangan hukuman bunuh bagi yg membunuh bayi. dan cadangan penjara bagi cubaan membunuh bayi. saya setuju.
dalam perjalanan pada setiap hari kita dapati ramai pemandu kenderaan membawa kenderaan dgn bahaya. tiada timbang rasa dgn keselamatan kenderaan lain. contohnya spt memandu tanpa menggunakan lampu isyarat semasa hendak membelok. tidak menyalakan lampu 'hazard' apabila berhenti tanpa mematikan enjin. salah guna lampu 'hazard'. memandu laju dan menyelinap masuk ke dalam laluan dan menyelinap keluar. memandu laju dan 'tail-gating' kenderaan di hadapan. memandu perlahan di laluan laju. memandu sambil menggunakan telefon bimbit.
begitu juga penunggang motorsikal. dalam akhbar hari ini ada gambar 'bakal pengisi keranda terbang' di laluan LPT. penunggang motorsikal yg tidak menggunakan laluan khas utk motorsikal. penunggang motorsikal yg tidak memakai topi keledar. penunggang motorsikal yg menukar laluan tanpa isyarat.
berdasarkan contoh2 harian di atas, saya juga menyokong jika mereka ini dikenakan hukuman penjara atau bunuh. kereta, motorsikal, lori dan kenderaan2 lain adalah satu senjata yg boelh membunuh jika tidak dikawal dgn betul dan tepat. mungkin cadangan ini akan diterima oleh seorang menteri lain atau menteri yg sama?

Sabtu, Februari 21, 2009
Pesan saudara
Saudara saya berpesan. Bukan semua orang suka kepada kebaikan.
Berjaga2lah. Akan ada orang yang mungkin manis di depan kita, tetapi sebenarnya sebaliknya dibelakang kita. Ingatlah Allah selalu. Berdoalah kepadaNya. Memang tiada yang akan berlaku tanpa kehendakNya.
'Manusia merancang, Allah merancang, Allah jua Maha Perancang'. Cukuplah Allah sebagai Pengawal dan Pelindung ku.

Ahad, Februari 08, 2009
Allah Jua Yang Kekal
Pada pagi Jumaat, ayah kepada seorang staf di ined telah kembali kepadaNya. Semalam, 7 feb, kakak kepada Che Hisyam, telah kembali kepada Yang Maha Esa.
Bersama2lah kita hadiahkan AlFatihah kepada mereka yang telah kembali kepadaNya. Kematian adalah satu peringatan kepada kita yang masih hidup. Ianya mengingatkan kita untuk insaf. Masa yang ada untuk menjalankan amanah di dunia ini adalah sangat2 terhad. janganlah kita sia2kan. Apabila kita pulang kepadaNya, pangkat, harta dan keluarga bukanlah pemberat untuk kebaikan kita kecuali kita gunakan untuk mendapat rahmatNya.
Bersama2lah kita mengingatkan sesama kita untuk bersedia kehidupan di akhirat yang kekal.

Khamis, Februari 05, 2009
Guna-guna
Ada yg bertanya,'adakah pihak tertentu menggunakan 'guna2' utk menundukkan org lain?'. saya tak tahu.
tapi yg saya tahu, saya dan che hisyam, insyaAllah tidak terkena guna2 pihak tertentu. Mungkin itulah sebabnya beliau dan rakan2nya tak suka kpd saya dan CHCM. dan kesannya, akan sentiasa panas bg mereka apabila bertemu dgn saya dan CHCM. Mungkinkah?
Cukuplah Tuhanku sebagai Pengawal dan Pelindungku. Sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Allah Yang Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Terima Kasih Kerana Peringatan
Terima kasih en Firdaus, pensyarah di instedt dan graduan FSR. Catitan tentang azab neraka diharapkan dapat menajdi peringatan kepada kita.
saya beritahu kpd para pelajar saya,'saya bukan pakar dalam semua bidang, saya tidak tahu dalam semua perkara. kita berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama'. Itulah keseronokan bekerja dan berada di sebuah pusat ilmu. Setiap kita ada kelebihan ilmu dalam perkara tertentu berbanding insan yg lain.
Janganlah kita sombong dan bongkak dalam hidup ini. Janganlah pula kerana gilakan kuasa dan harta, sanggup memakai 'guna-guna'. ianya tak guna kpd kita.

AlhamdulIllah
Syukur kepada Allah. Adik saya selamat kembali dari Gaza, di bumi Palestine.
Beliau ke sana di bawah panji Mercy Malaysia, yang di pimpin bersama oleh seorang sahabat saya Dr Ahmad Faezal Perdaus. Pasukan adik saya terdiri drpd pakar perubatan (yg diiktiraf). Adik saya di sana selama dua minggu. Semalam beliau kembali ke Malaysia. Semalam juga, wajahnya terpampang di akhbar STAR.
Seorang lagi adik saya berhasrat ke Gaza. Tetapi beliau belum lagi seorang pakar perubatan. InsyaAllah, jika ada rezeki, beliau akan memulakan pengajian utk menjadi pakar perubatan.

Sabtu, Januari 03, 2009
Berilmu
Adakah cara kita memandu mencerminkan diri kita? Saya suka memikirkan tentang perkara ini.
Saya lihat pemandu di Malaysia amat berjimat cermat. Walau pun dah gelap atau semasa hujan, lampu kereta tidak dinyalakan. Apabila hendak membelok, lampu 'signal' tidak dinyalakan. Maka jika demikian, memang kayalah pemandu kita. Kaya dengan kemarahan pemandu lain sebab tidak perihatin tentang keselamatan diri dan orang lain.
Adakah saya seorang yg suka kpd risiko yg rendah kerana suka memasang lampu kereta bila memandu? Mungkin ya. Yg penting, kita jangan susahkan diri dan org lain.

Al Fatihah
Bersama kita hadiahkan bacaan Al Fatihah kpd pen.pendaftar InED arwah pn Sunartie dan keluarga. Mereka kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di Tanjung Karang pada petang tadi.
Tidak kami sangka, semasa pasukan peninjau melalui Tanjong Karang semalam, adalah laluan terakhir arwah dan keluarga pada hari ini. Semasa melalui Tanjung Karang semalam, kami bercerita tentang arwah yang suaminya adalah berasal daripada Tanjung Karang. Arwah kembali kepada Illahi bersama-sama suami, anak dan kandungan yg dijangka dilahirkan dalam tempoh 1-3bulan lagi.
Allah memanggil kita pada masa yg telah ditetapkanNya. Maka kita hendaklah sentiasa bersedia menyahut panggilanNya.

Ahad, Disember 07, 2008
Berdoalah
Seorang sahabat lama dan sifu sms kpd saya,'waktu kemuncak doa antara 5.09ptg-10.38mlm. Maka saudara2ku, berdoalah utk kebaikan dunia dan akhirat kita.
Janganlah kita sombong dan alpa menyebabkan kita tidak berdoa. Tiada guna pangkat tinggi didunia, dan harta setinggi bukit pun jika tiada kesedaran akan siapa kita sebenarnya. Kita adalah hamba Allah. Maka apabila kita berdoa, kita sedar bhw kita adalah hambaNya yg inginkan rahmatNya.
Kita tidak perlu perantara untuk bagitau Allah, Tiada Tuhan Yang Disembah MelainkanNya, perkara yg kita ingini dan jauhi. Berdoalah.

Selasa, November 25, 2008
CSAR 01
Aktiviti mengembara banyak memberi pengalaman kpd saya. Ada yg manis, ada yg kurang manis, dsbnya.
Antara aktiviti yg saya ingat adalah aktiviti di Ledang. Sbgmana saya kongsikan terdahulu, banyak cerita dalam cerita. Pada program tersebut saya tidak bercadang utk mendaki Ledang, cukuplah di base camp shj. Tetapi spt biasa, kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan. 2330 kami terpaksa melakukan csar krn mereka yg mendaki ke puncak tidak tiba di base camp spt dijanjikan pd 1800. AlhamdulIllah, setelah selama 1/2jam mendaki, mereka yg kepenatan telah kami temui.
Seorg fasi bgtau saya bhw semasa mereka menunggu utk dipertemukan semula, dia yakin bhw kami akan datang mendapatkan mrk. Saya ingatkan kpd beliau dan lain2, Yang Tetap dan Yg Menentukan adalah Allah. Kami hanyalah hambaNya sahaja.

Selasa, November 11, 2008
Ledang Dirindui
Saya di gunung ledang pada 1996. Bersama peers uitm.
Masa tu, heboh dgn seorang lelaki dijumpai mati dibelit ular sawa di johor. Lelaki tersebut hanya dapat ditelan ular sawa setakat bahunya sahaja. Maka kumpulan saya yg mendaki ledang bercerita pelbagai pengalaman kpd saya setelah kami keluar dari kawasan ledang. Antaranya, 'point' terserempak dgn seekor ular besar berlingkar di tepi trek. Tapi ahli2 lain tak nampak.
Memang bukan kita sahaja makhluk Allah. Tetapi kita dijadikan Allah sebaik2 kejadian. Bersyukurlah kepadaNya selalu.

Rabu, September 24, 2008
Permudahkan (2)
Selain daripada bermain mercun, ada satu perbuatan yang banyak menyusahkan org lain dan kita juga. Perbuatan ini adalah cara kita berperangai semasa berada di jalan. Iaitu sama ada kita berjalan, menunggang motorsikal, memandu kenderaan atau di dalam kenderaan.
Pada musim cuti raya ni polis kena adakan operasi keselamatan jalanraya yang berganda2. Kenderaan di jalanraya akan meningkat berganda2. Tambah2 lagi bermula pada 26Sep, Jumaat ni. Objektif sampai ke tempat di tuju akan mengkaburi keselamatan diri dan org lain. Akan ada yg meminjam atau menyewa kenderaan seperti kereta utk balik ke kampung. Ada diantara pemandu ini akan memandu kali pertama ke kampung.
Berhati2lah di jalanraya. Elakkan pagi raya kaum keluarga melawat kita di tanah perkuburan, bukannya kita melawat ahli keluarga yang sudah disemadikan. Permudah suasana di raya ini.

Selasa, September 23, 2008
Mercun
Semalam selepas berbuka, suasana di luar rumah tiba2 menjadi amat2 bising. Ada anak dan cucu jiran bermain mercun. Saya memang tak gemar dengar mercun.
Bunyi mercu memang menyakitkan hati. Mengganggu ketenteraman kejiranan. Bukan budaya orang Melayu atau orang Islam bermain mercun untuk menyambut kedatangan syawal. Ini budaya bangsa dan agama lain. Bunyi mercun juga boleh menyebabkan banyak salah faham. Bunyinya seperti tembakan pistol. Maka ia boleh mengelirukan orangramai jika ada jenayah berlaku. Dan mercun juga selalunya akan mencederakan peminat2nya.
Kepada para pembaca blog saya, janganlah bermain mercun. Silap haribulan, ada yang melatah dan membalas dengan tembakan bukan mercun. Sayangilah tubuh badan anda. Semoga kita dapat beraya dengan sihat sejahtera.

Selasa, September 16, 2008
Cekap dan Tepat
Saya akan sentiasa mempertahankan mereka yang bertugas dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada kalanya mereka ini adalah mereka yang sanggup menggadaikan nyawa untuk orang lain.
Petang semalam, dalam perjalanan balik ke rumah, saya lihat dua anggota PDRM kita menjalankan tugas dengan cepat, cekap dan tepat. Mereka telah berjaya menangkap seorang pencuri berhampiran dengan rumah saya. Tahniah dan terima kasih.
Adalah wajar tindakan PDRM terhadap mereka yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Jika tiada tindakan dilakukan, atau tugas dilakukan sambil lewa, masyarakat akan kehilangan kepercayaan terhadap mereka yang diberi amanah oleh masyarakat. Pastikan rezeki yang kita dapat adalah wajar kita dapat dan halal.

Isnin, September 15, 2008
Epilog Cinta Dari Bromley
Sebuah lagu Sohaimi Mior Hassan. Saya meminati lagu ini sejak 1984. Terikut-ikut minat seorang pakcik. Minat ini berbeza daripada minat kawan2 sekolah yang pada masa itu kepada lagu2 inggeris berbentuk rock.
Lagu ini berkenaan seorang perantau yang bertemu dengan seorang gadis inggeris. Gadis tersebut telah jatuh hati kepada perantau melayu. Walau bagaimana pun, cinta gadis tidak dibalas oleh perantau melayu kerana berlainan agama.
Bercinta memanglah seronok. Tetapi janganlah sampai kita sanggup gadaikan kepercayaan kita. Bacalah surah Al-Kaafiruun, surah ke 109.
"Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku". Ayat 6, surah Al-Kaafiruun.
Doakan agar kita di dunia dan diakhirat sebagai umat Islam.

Isnin, September 08, 2008
Allah Tuhan Yang Maha Esa
Sesungguhnya, tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku Mengaku Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Aku Mengaku Bahawa Muhammad itu Rasul Allah.
Semoga kita sejahtera dunia dan akhirat.

Sabtu, September 06, 2008
Taman Negara
InsyaAllah pada 12 sep, jumaat ini saya akan bertugas di kuala tahan. Tengah standby, tunggu arahan. Bonda bertanya 'Bulan puasa pun kena masuk hutan?'. Jawab saya, ' Terpaksa, amanah'.
Taman Negara Pahang tidak akan jemu bagi saya ke sana, InsyaAllah. Saya bukan seorang pakar di dalam hutan. Bolehkah saya mengajar kursus tentang taman negara? Seorang kenalan, seorang pakar dalam hutan menghembuskan nafasnya di campsite. Saya tidak terlibat untuk membawa jasadnya keluar dari hutan kembali ke tempat asalnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.
Saya sentiasa berada dalam keadaan ingin belajar tentang alam milik Allah. Bacalah surah Al-Fatihah. Cuba fahamilah terjemahannya. Betapa kerdilnya kita di alam milik Allah.

Jumaat, September 05, 2008
Berhati-hati Berkenderaan di Bulan Ramadan
Beberapa hari yang lepas berlaku kemalangan maut melibatkan penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan khas motorsikal berhampiran batu tiga shah alam. Hari ini pihak polis menyaman penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan khas motorsikal berhampiran tempat yang sama.
Tindakan oleh pihak polis telah lama dinantikan. Penunggang motorsikal nampaknya tidak lagi mengendahkan peraturan jalanraya. Tujuan peraturan adalah untuk kemudahan dan keselamatan bersama. Pihak UiTM turut mengadakan kempen keselamatan jalanraya di dalam uitm susulan kepada kemalangan maut yang berlaku beberapa minggu lepas di dalam uitm.
Tetapi masih ramai pelajar yang tidak patuhi peraturan penggunaan kenderaan di dalam uitm. Mereka seolah-olah tidak tahu membaca papan kenyataan yang dipamerkan. Adakah ini mencerminkan imej seorang pelajar sebuah universiti?

Langgan:
Catatan (Atom)