Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 07, 2023

Pendidik

 Tugas utama sbg pendidik adalah mendidik?

Mendiri diri dan orang lain.

Berkongsi ilmu pengetahuan utk sejahterakan diri, masyarakat dan alam sekitar, yg kesemuanya amanah Allah kpd kita.

Berkongsi ilmu bermakna kitaran belajar dan mengajar secara berterusan.

Jika sudah rasa tidak perlu lagi belajar, ianya tanda kita perlu bersedia untuk tinggalkan dunia ini.

Lupa

Kenapa lupa?

Ada pelbagai...

Kerja yg tak putus2

Demand > kemampuan

Arahan bertali arus

Pelbagai kerja utk dilakukan

Tanggungjawab di pejabat, di rumah 


Kesannya...

Terhadap kesihatan fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan

Penat, sakit, mati...

Diri, atau keluarga, kawan, kenalan


Pembuat polisi perlu berubah

Ubah polisi, sesuaikan dgn kemampuan sumber manusia

Kemampuan teknologi tanpa had, tapi kemampuan manusia ada had, batasnya.


Ubah peruntukan sumber - manusia, kewangan, infrastruktur, ict, dll.

Kurangkan atau hapuskan jika bukan keperluan utama, tingkatkan atau adakan jika keperluan utama.


Kesilapan, kesalahan, kemalangan di atas bahu pembuat polisi, kerana mereka yg tentukan hala tuju.

5 Sen

Mungkin di 2023 tiada nilai bg ramai di negara kita. Tapi ada masa 5 sen bezakan kita ok atau tidak.

Pengalaman di kampung pada tahun 70an mengingatkan saya tentang pengurusan kewangan. Apabila saya ke kedai makan di sebelah kedat datuk saya, dan order air batu sirap, air batu diparut spt abc. Setelah siap, saya diberitahu harganya 5sen.

Saya terlupa bawa 5sen. Terasa amat malu dgn saudara saya yg berniaga. Saya minta maaf dan beritahu saya akan ke kedai datuk saya untuk dapatkan 5 sen itu.

Sehingga sekarang, pengajaran untuk saya bawa minima duit dlm poket, tanya/tengok harga makanan/minuman/barangan sebelum pesan/beli.