Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 28, 2008

Hanya cebad.blogspot

Buat makluman kawan2, hanya cebad.blogspot sahaja dikekalkan untuk sementara waktu.

Benar, bukan mudah nak selenggara lebih daripada satu blog. Maka terokalamilmu ditutup oleh saya.

Pemandu Berhemah Di Jalan Raya

Adakah cara kita memandu mencerminkan tahap intelektual kita?

Tiap2 hari kita dapat lihat bagaimana pemandu kereta besar memandu tidak dengan bijaksana. Isyarat tidak diberi apabila hendak membelok ke kiri atau pun ke kanan.

Mereka tidak faham bahawa lampu 'hazard' dipasang hanya jika berhenti untuk kecemasan. Tetapi ramai yang memandu sambil menyalakan lampu 'hazard' pada waktu hujan terutamanya.

Ada juga yang biasa tidak memasang lampu sehinggalah waktu betul2 gelap. Seeloknya, pasanglah lampu sehingga 8pagi. Nyalakan lampu jika hujan. Lampu bukan sahaja memudahkan kita melihat semasa memandu, tetapi untuk membolehkan orang lain mudah nampak kita. Nyalakan lampu juga seelok2nya seawal2 6.30ptg. Pada waktu tertentu, waktu bahaya iaitu apabila warna langit dan warna jalan hampir sama.

Pada waktu hujan, pakailah cermin mata hitam. Bukan untuk bergaya, tetapi untuk mengurangkan silau. Macam pengembara di kawasan salji.

Kalau berlaku kemalangan, walau pun bukan salah kita, akan menyusahkan kita juga.Beringat sebelum kena.

Jumaat, Jun 27, 2008

Kerana Nila Setitik

Malunya jika organisasi kita dikatakan sebagai organisasi yang dianggotai warga tidak buat kerja. Kenapa jadi begini?

Senyuman sinis, pandangan bermakna, perkataan2 yang mengusik perasaan. Itulah yang saya dan kawan2 alami bila kami bagitau 'kami daripada ...' ataupun 'kami wakil ...'.

Bagaimana boleh jadi begini? Pandangan negatif pada awal penubuhan organisasi kami adalah, 'jika hendak jadi ... pergi aje ke ..., tentu dapat walau pun tak layak di tempat lain'. Maka kami cuba buktikan bahawa realiti adalah sebaliknya. Kami layak menjadi warga sebuah organisasi yang mempunyai matlamat murni kerana kami layak. Bukannya kerana guna kabel (dulu, sekarang wayarles).

Maka usaha ikhlas membuahkan hasil. Pandangan masyarakat mula berbeza. Kami bangga kerana kehadiran kami disambut dengan hormat hasil usaha kami sendiri.

Tapi malangnya, kerana nila setitik, organisasi kami dipandang rendah. Kami dikatakan sebagai 'pandai cakap aje, kerja tak buat'. Oh pedihnya. Kerbau yang bawa lumpur dah tak ada, petani yang tinggal merana.

Khamis, Jun 26, 2008

Rezeki Kita

Ingat saya kepada kata2 prof Kamil, 'Bad, rezeki di tangan Allah'.

Ramai kawan2 kecewa apabila jawapan saya kepada komen mereka tentang bagaimana orang yang tidak bekerja, tidak ikhlas, dan lagi2 selalunya dapat anjakan, naik pangkat, anugerah dan macam2 adalah 'Rezeki mereka'. Saya suka bandingkan dengan towkay judi yang amat2 kaya.

Rujuklah kepada Al-Quran. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Lebih besar rezeki kita, lebih besar tanggungjawab kita.

Rabu, Jun 25, 2008

Orang Lama

Saya bertemu dengan orang lama pendidikan jasmani dan rekreasi. Bab menyelam, berkhemah dan sebagainya berkaitan pj dan rekreasi, dia dikatakan sangat berpengalaman. Melihatkan dirinya dan peralatan yang ada, saya kagum dan menghormati kepakarannya.

Saya maklumkan organisasi saya. Dia bertanya tentang beberapa nama. Dia nasihatkan, sebagai pendidik di peringkat tinggi, dalam bidang pj dan rekreasi perlu ada kelayakan asas dalam pj dan rekreasi. Kalau berlaku kepada anak didik sesuatu yang tidak diingini sebab guru tiada kelayakan, akan memalukan organisasi.

Dia tidak menyebut pakar rekreasi di organisasi saya. Mungkin yang ada masih baru atau belum sempat berkenalan dengannya.

Jumaat, Jun 20, 2008

Program di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR)

Esok bermula pelajar pasca siswazah baru mendaftar sebagai pelajar di UiTM. Mereka ini termasuklah pelajar baru FSR. Dalam tempoh seminggu lagi, pelajar baru diploma dan ijazah sarjana muda pula akan mendaftar. Pada minggu lepas, pelajar baru e-pjj telah mendaftar.

Ramai yang layak untuk memohon untuk menjadi pelajar FSR. Tetapi tempat adalah terhad. Bagi yang tidak berjaya mengikuti pengajian secara sepenuh masa, mereka boleh mengikuti secara separuh masa, pengajian luar kampus,pengajian di kolej bersekutu ataupun secara eletronik. Program e-pjj adalah dibawah kendalian Institut Perkembangan Pendidikan (InED).

Walau bagaimanapun, UiTM dan FSR amat perihatin dalam memastikan hanya yang benar2 layak sahaja ditawarkan pengajian UiTM. Pegawai2 telah diberi tanggungjawab dan amanah untuk memastikan nama UiTM tidak terjual. Tetapi mungkin ada berlaku kerana hanya tamakkan kekayaan dunia dan lupa dosa apabila tidak menjalankan amanah?

Pakar

Bagaimana untuk mengetahui atau mengenali seorang pakar? Ada pelbagai dan bermacam pakar.

Perlukah kita canangkan bahawa kita ini seorang pakar. Kita setuju bahawa yang suka mencanang adalah pakar canang.

Di bidang akademik perlulah disokong dengan pengiktirafan akademik. Wajarkah kita mengakui kita ini seorang pakar dalam sesuatu bidang tetapi sebenarnya tidak pernah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang tersebut?

Rabu, Jun 18, 2008

Rezeki di UiTM

Ramai orang ingin bekerja di UiTM. Sebabnya ramai ingin bekerja dengan organisasi kerajaan. Pendapatan bulanan terjamin. Sebabnya kerajaan yang bayar gaji kita. Berbanding kalau kerja dengan swasta ataupun sendiri.

Tetapi ramai yang lupa. 'Lunch is not free'. Jangan hendakkan jawatan kerajaan sahaja tetapi tanggungjawab dan tugas diabaikan.

Ramai yang ingat jadi pensyarah suatu tugas yang mudah. Kerja ikut masa jadual waktu sahaja. Dukacita mereka terlupa, walaupun tugas mengajar sewaktu kuliah mungkin 20jam seminggu tetapi masa persediaan dan semaksemula ada juga. Maka perlu sekurang-kurangnya 40jam seminggu.

Pelajar mengadu, 'cik, pensyarah dalam kuliah selalu terima panggilan telefon, kemudiannya hilang dari kelas'. Kita semak senarai kedatangan dan dapati ada yang tak cukup 14 minggu. Kenapa Prof? Mana Prof menghilang? Ada yang macam biskut, awal pagi ada dan pada petang sejam sebelum punch out baru ada semula.

Pelajar mengadu,'cik, kami tak belajar apa pun daripada pensyarah tersebut'. Betul ke ni ataupun pelajar tidak jujur? Macam mana sanggup terima gaji bulan2 tapi kerja dan tanggungjawab tak jalan?

Ada yang bangganya bagitau orang lain, saya staf universiti. Maka yang tak kenal pun memuji. Bagus encik ni, bekerja mendidik anak bangsa. Tapi hakikatnya, pensyarah atau pentadbir pada nama aje.

Jumaat, Jun 13, 2008

Ketua Program dll

Saya empati dengan rakan2 yang diberi tanggungjawab sebagai ketua program atau koordinator di fakulti. Banyak tugas dan tanggungjawab perlu dilakukan. Ada yang balik selepas 8malam untuk selesaikan kerja. Tapi orang lain tak tahu. Hanya orang yang melakukan kerja seikhlas hati aje tahu.

Yang sedihnya, selalunya yang buat kerja dikatakan sebagai tak buat kerja. Yang mengata orang tak bekerja selalunya adalah orang yang tak buat kerja. Sebab orang yang diberi kerja tak buat kerja, dia banyak masa untuk mengata orang bekerja tak bekerja. Tuhan Maha Mengetahui.

Kepada kawan2, bersabar, walaupun ada yang telah berair mata. Dugaan hidup.