Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Disember 30, 2021

Matlamat

Atau objektif. Setiap awal tahun akan ada yg letakkan matlamat tahunan utk dicapai, sama ada utk diri, atau utk org lain. Sama ada secara rela, atau terpaksa.

Jika matlamat sebelumnya dpt dicapai, biasanya matlamat seterus sama ada baru, atau yg lamaditingkatkan. Jika matlamat lama tak tercapai, biasanya dikekalkan utk tahun baru. Jarang dikurangkan.

Pembuat matlamat, penetap kpi, pemberi arahan ramai tetapkan utk kebaikan diri? Jarang lihat keperluan matlamat, kesan negatif kpd ahli dlm organisasi?

Kalender Tahunan

Kalender atau takwim, sbg panduan, biasanya utk perancangan. Lebih terperinci, dulu2 dgn diari atau buku catitan harian. Tapi sekrg, di era digital, kalender yg bersama software bolehkan kita catit atau rancang sehingga ke minit.

Saya biasa sediakan kalender tahunan. Utk rancang cuti, tahu tarikh2 penting kerja, dll. Dulu2 organisasi sendiri, atau keluarga/ kawan/ kenalan, akan hadiahkan buku diari dgn/atau kalender (dinding/meja). Tapi sekrg, mungkin faktor bajet, dah tersangat jarang.

Isnin, Disember 27, 2021

Saling Membantu

Atau bantu membantu. Banjir 2021 di Selangor mengeratkan semula keluarga kita. Keluarga drpd pelbagai bangsa dan agama.

Mengingatkan zaman sekolah rendah dulu  di tahun 70an. Kawan2 baik drpd pelbagai bangsa dan agama. Saling meraikan perayaan tidak kira bangsa dan agama.

Sehingga wujud mereka yg berniat jahat. Yg ingin teruskan agenda penjajah dgn cara perintah - divide & conquer. Mereka jarah harta negara, tapi bermulut manis & pandai berlakun di depan kita.

Mereka pengkhianat kpd agama, bangsa dan negara? Mereka tidak beramanah. Mereka tiada niat membantu kita.

Ikhlas

ikhlas tapi jauh... sebuah lagi Zainal headwind.

seorg pemimpin mesti ikhlas, mesti jujur. ianya sebahagian drpd sifat amanah seorang pemimpin. jika tidak ikhlas, tidak jujur, bukan lah seorg pemimpin. hanya seorag pelakun shj.

ciri2 seorg pemimpin iaitu amanah, dipercayai, berilmu, dan menyampaikan kebaikan saling melengkapkan. tapi seorg pemimpin yg tidak amanah, bukanlah seorg pemimpin. 

tanpa sifat amanah, seorg tidak dipercayai, ilmu yg ada tidak berguna dan beradab, dan sebarang perkongsian bukanlah secara ikhlas dan jujur. amanah adalah ciri/sifat seorg  pemimpin.

Banding

mungkin ada kaitan dgn tasik banding. mungkin tiada.

kebiasaan kita utk membandingkan status/kedudukan/keadaan diantara 2 org/pihak. tujuan perbandingan mungkin sama, mungkin berbeza. mungkin utk kebaikan bersama, mungkin tidak.

dlm kehidupan tidak dapat lari drpd emmbanding/dibanding. sama ada secara sukarela atau sebaliknya. contoh biasa semasa berjumpa keluarga - perbandingan atau pertanyaan atau teguran, dsbnya kerap dilakukan semasa perjumpaan keluarga. jika dulu secara f2f, sekrg termasuk secara online/maya.

perbandingan dilakukan sebelum lahir sehingga setelah mati. yg membanding mungkin berniat baik, atau sebaliknya. mungkin sebab sifat yg membanding?

memang ramai akan kecil hati, sedih, marah jika sentiasa dibanding2kan. yg suka jika dia menjadi contoh sebab pencapaian yg cemerlang. tapi perbandingan juga tanda org ingat kpd kita. tapi mungkin yg ingat tidak tahu bgmn nak mengingat dgn baik?

Ahad, Disember 26, 2021

Drama Minggu Ini

Antara program mingguan dulu2 di tv rtm. Selain potret pekerti, bintang rtm, dll.

Drama ada bnyk makna. Bermaksud lakunan, bermaksud keadaan yg mencemaskan. Drama ada berskrip, ada tanpa skrip. 

Ada suka drama, ada xsuka drama. Bg pihak tertentu, suka berdrama, berlakun. Suka dipaparkan media utk kelihatan dia yg terbaik.

Tapi, jika skrip dah boleh dibaca, skrip tidak sesuai, lakunan yg tidak disukai, matlamat drama utk pujian bertukar kpd kejian. Penonton akan marah dan menyampah dgn primadona atau yg perasan bagus.

Pengakhiran Yg Baik

Khutbah jumaat berkongsi tentang kita inginkan pengakhiran yg baik bagi kehidupan kita di dunia. Mati dalam keadaan yg baik. Mati sebg seorg islam.

Biasanya, ramai ingin kehidupan yg baik. Hidup selesa di dunia. Punyai keperluan utk bolehkan kita selesa di dunia. Dan sbg seorg islam, kehidupan yg baik bereti hidup secara islam.

Tapi kita biasa leka, lupa bhw pengakhiran yg baik lebih diingini. Mati dlm islam. Sbgmn doa yg dibaca oleh imam selepas solat. Ramai yg bertangguh utk pengakhiran yg baik. Sedangkan setiap saat kita adalah saat terakhir yg tidak mungkin dpt diulangi.

C19 mengingatkan kita, usia bukan faktor seseorg itu akan mati ikut berapa lama hidup di dunia.

Sabtu, Disember 25, 2021

B Team

Basic mission team. Pasukan yg misinya adalah selaras dgn matlamat penubuhan, atau arahan misi. 

Jika misi adalah bantuan banjir, maka tugas B team adalah beri bantuan banjir. Spt bantuan perubatan, bantuan kemanusiaan, dll. Jika misi adalah pembersihan lepas banjir, maka tugas B team, adalah membersih rumah/ kawasan yg terkena banjir.

Anggota pasukan utk setiap pasukan mesti sesuai dgn kepakaran dan kemampuan. 

Kotak Bencana

Mungkin boleh disediakan oleh satu pasukan bantuan atau agensi kerajaan, satu kotak plastik bagi setiap isi rumah yg terkesan dgn bencana.

Kotak ini memudahkan perkongsian bantuan, selain sbg kotak persediaan bencana jika bukan semasa bencana. Saiz?

Jumaat, Disember 24, 2021

Anak buah

Alhamdulillah. Pagi tadi seorg adik ipar lahir seorg bayi perempuan. Anak buah pertama. Tahniah kpd kedua2 ibubapa. Terima kasih.

Nelah isteri saya dah ada anak buah sejak bbrp tahun yg lalu. Saya dikenali atau dipanggil sbg pakcik pop pop. Sbb saya beli mercun pop pop utk anak pertama isteri, utk bermain.

Panggilan peringkat ayah kpd saya ada banyak. Pakcik pop pop, Ayah yo, dll. Apakah panggilan utk dipanggil anak buah pertama dlm keluarga? 

A Team

Biasanya team Alpha. Sbg assessor atau penilai, rancangan boleh diteruskan atau tangguh atau tamatkan. Juga sbg pathfinders, pencari laluan, pencari sumber utk misi berjaya.

A team akan disusuli oleh B team, jika A team bagi lampu hijau. A team juga akan jaga laluan sehingga B team ganti A team. A team biasanya hanya sekejap di lokasi misi.

Khamis, Disember 23, 2021

Perkasakan JKKK & PPK

Atau empowerment. Kenapa tak kuasakan atau perkuasakan? Saya tak tahu.

Saya pernah cadangkan bgmn nak perkasakan JKKK dan PPK pastikan 50% drpd kerja2 kontrak di kawasan kampung, atau di taman2 perumahan, diberi kpd JKKK dan PPK. Ini dpt mengurangkan bergantung kpd agensi kerajaan utk operasi mereka.

Saya juga ada cadangkan, tapi hanya di alam maya ini, disediakan peralatan dan kenderaan spt excavator, bulldozer, cement mixer, dll di setiap kampung, taman perumahan atau dikongsi bersama utk mudah dijaga, digunakan, selain jimat kos. Aset ini berkaitan utk bina dan selenggara aset kerajaan yg akan dibina dan telah dibina.

Aset dicadangkan juga utk pengurusan bencana dgn segera. Maka antara aset tambahan adalah bot dgn enjin, lori, dll, selain sistem komunikasi. Ini adalah sebahagian drpd pengurusan risiko juga.

Pemimpin dan organisasi

Pemimpin pertama organisasi tubuhkan matlamat berdasarkan harapan beliau. Matlamat berbentuk peribadi dan dekat di hati.

Harapan organisasi tidak mati bersama dgn kematian pemimpin yg tubuhkan organisasi. Perancangan pelapis atau succession plan amat penting. Ia berkait dgn talent management.

Tapi seorang yg ada phd tidak semestinya sesuai utk jadi pemimpin. Terutamanya utk pimpin perniagaan. Seorg yg berilmu adalah beradab, dan sedar dia tidak tahu semua. Jika tidak mampu utk pastikan perniagaan untung dlm tempoh maksima 3 tahun, molek serahkan kpd org lain jadi pemimpin perniagaan.

Kelangsungan Organisasi

Organisasi ditubuhkan dgn matlamat khusus. Matlamat organisasi biasanya tak banyak berubah drpd yg ditetapkan oleh pemimpin asal organisasi. Matlamat organisasi biasa berkait dgn nama organisasi. Nama organisasi biasa cerminkan matlamat organisasi.

Walau bagaimana pun, perubahan pemimpin biasanya akan ubahkan matlamat organisasi. Matlamat berubah mungkin kerana telah dicapai, tidak tercapai, atau pemimpin baru ada agenda tersendiri. 

Matlamat yg berubah mungkin bagus utk organisasi, mungkin tidak bagus. Jika tidak bagus, kemungkinan besar tidak lama kelangsungan organisasi. Amat penting pemimpin dipilih faham tentang amanah sbg pemimpin di organisasinya.

Prep

Yg pernah dok sekolah berasrama akan ingat prep ada waktu persediaan. Ada di waktu petang, ada di waktu malam. Ada juga di waktu pagi sabtu.

Prep utk persediaan berkaitan pembelejaran. Utk buat homework. Utk bersedia bagi kelas keesokannya. Tapi tak semua guna masa prep utk sepenuhnya berkait kelas.

Prep - preparation secara umum berkait persediaan. Prepare ration - sediakan ration/ bekalan (?) atau, prepare for action -  sedia utk bertindak.

Prep libatkan fizikal dan bukan fizikal. Latihan bolehkan kita bergerak tanpa berfikir panjang.

Ubat

ubat berkait dgn kesihatan. MERCY Malaysia dan IMARET antara organisasi/ngo ditubuhkan membantu sebelum, semasa, dan selepas bencana berlaku, dgn fokus utama kpd bantuan perubatan.

diantara senarai barangan yg perlu dibawa bersama oleh sukarelawan semasa bantuan berkaitan bencana adalah membawa juga ubat-ubatan utk diri sendiri. kita nak elak, kita nak bantu org, tetapi kita terpaksa dibantu sebab tiada ubatan khas utk kita semasa misi.

bantuan dlm pelbagai bentuk. jika kita tidak sihat fizikal, jangan paksa utk beri bantuan secara fizikal. 

Rabu, Disember 22, 2021

Pakaian

Kesesuaian berdasarkan pelbagai faktor - budaya, agama, masa, tempat, dll.

Semasa hujan, molek pakai yg kalis air, cepat kering, senang dilihat spt lutsinar. Jika perlu, pakailah jaket keselamatan.

Semasa beriadah di luar rumah - di hutan, berkhemah, biasanya perlu minima 2 set pakaian - satu set basah, satu set kering. Yg basah dipakai di siang hari, yg kering utk waktu malam.

C

Selain drpd Q, C juga amat penting.

C adalah pegawai komunikasi. Org tengah antara kita di luar dgn mereka di kem pusat, atau hq head quarters, lokasi ketua, yg beri arahan.

Dgn peralatan yg ada sekrg, kita mudah dptkan dgn harga yg murah, berbanding dulu2. Alat komunikasi utk kita tahu 5w1h. Utk kita bgtahu kita di mana. 

Jika mampu, selain hp, milikilah walkie  talkie. Wujudkan sistem komunikasi antara keluarga, kejiranan. Dulu amaran, atau apa2 maklumat segera melalui bedok, loceng, siren, dll.

Q

Dlm cerita james bond, selain watak M, watak Q amat penting utk bantu JB capai matlamat misinya. Q adalah quarter master, atau pegawai logistik & R&D. Q akan urus sediakan peralatan diperlukan JB.

Duluw, dlm pasukan bolasepak, juga ada waterboy dan bootboy. Dua2 antara ahli sokongan utk bantu pasukan bolasepak capai kemenangan.

Setiap ahli pasukan ada kepakaran masing2. Pemimpin diamanahkan utk uruskan sumber ikut keperluan organisasi. 

Rabu, Disember 15, 2021

Nama

Cerita 3 idiots ttg kejar nama. Bgmn silencer cuba sebaik yg mungkin ikut peraturan dunia yg tersurat utk cipta nama sbg pelajar terbaik. Dia paksa diri utk jadi no1 dgn apa cara shj.

Berbeza dgn hero, lakunan Amir Khan. Hadir ke kolej utk belajar sbb suka dpt ilmu baru. Bukan utk kejar nama. Maka dia seronok belajar & berkongsi ilmu.

Di akhir cerita, AK lebih berjaya dgn gunakan ilmu utk bantu org lain. Dan ciptaan beliau juga buat dia kaya. Buat kerja dgn amanah, ikhlas dan jujur. 

Tidak perlu kejar nama. Insyaallah ganjaran akan diterima spt cikgu bersara dari tkc.

Ahad, Disember 12, 2021

Warden Sekolah

Warden adalah penjaga. Warder juga adalah penjaga tetapi jaga orang salah. Ward adalah org yg dijaga ( selain ward di hospital).

Molek diwujudkan warden sepenuh masa di sekolah berasrama. Tugas warden fokus utk jaga yg patut dijaga. Biasanya tugas warden 7mlm hingga 7pagi, 7hari seminggu.

Molek juga di kolej kediaman/hostel di ipt, digajikan warden sepenuh masa. Utk pantau kesihatan penghuni semasa berada di hostel. Kerja berfokus lebih berkesan, dan jimat utk jangka panjang.

Medic

Panggilan kpd mereka yg diharapkan dpt membantu kurangkan kesakitan, atau elakkan kematian, akibat kecederaan di lapangan. Jika kedengaran laungan medic, anggota lain akan turut laungkan supaya panggilan sampai kpd medic.

Terdapat 2 jenis pesakit berbeza apabila berlaku kesakitan, jenis yg akan bgtau dia sakit, dan jenis yg xbgtau. Jenis yg xbgtau terbahagi 2 juga. Sebab xnak bgtau, dan yg xtau nk bgtau. Yg xtau nk bgtau sama ada xtau dia sakit, atau xtau kpd siapa nk bgtau.

Ada yg kata, jika bgtau kpd kaunselor ttg masalah kita, kita sakit mental. Hmm.

Kaunseling dan Stres

Ramai tak faham tentang stres. Lagi ramai tak faham tentang kaunseling. Maka banyak intepretasi yg tidak tepat atau salah.

Stres ada positif, neutral, dan negatif. Ramai bila bercakap ttg stres, sebenarnya merujuk kpd stres yg negatif. Stres yg jadi masalah kpd kita. Yg buat kita xselesa.

Kaunseling umpama pengurusan risiko. Untuk elak drpd berlaku atau utk kurang kesan negatif berterusan, atau elak jadi masalah lebih besar.

Tapi ramai tak tahu atau mahu lakukan kaunseling, dan juga pengurusan risiko. Sebab malas? Sebab tak tahu dan faham?

Stres di Asrama

Saya kongsi sebab baca komen seorg ahli KDA ttg stres.

Penting semasa di sekolah, terutama sek berasrama penuh, ada khidmat kaunseling yg berkesan.

Semasa saya di bulan2 pertama di itm 1985, saya stres. Nak sesuaikan diri dgn environment baru - tiada loceng, tiada uniform, gaya hidup berbeza dikalangan roommates, dll. Migrain kerap berlaku. Nasib baik ada awek cun. Tapi stres juga sbb xreti nk tegur, dan the next steps.

Sbb score english test, seminggu ke kelas xsilap 8jam, berbanding org lain 20jam. 80an, di Shah Alam, takde yg menarik utk xtra activity luar kampus (to me). Nasib baik ada satu batch SMJS ambil kursus sama, ada yg di kpp sek2. Tapi xbantu urus stres sbg pelajar ipt.

Masalah & Stres

Biasa masalah dikaitkan dgn stres. Apa itu masalah? Apa itu stres?

Masalah adalah sesuatu yg ganggu kita selesa, ganggu kita capai matlamat kita. Boleh lambatkan atau gagalkan terus.

Semua manusia di dunia ada masalah. Kecuali yg dah mati (masalah dlm kubur kita tak dibagitau simati), dan yg di hospital bahagia.

Apa itu stres? Kesan drpd tekanan. Antara stres, berbentuk fizikal, mental, emosi, spiritual, sosial dan kewangan. Utk hadapi dan tangani stres, jumpa mereka yg ada ilmu berkaitan utk bantu kita.

Sabtu, Disember 11, 2021

Standard

Atau piawaian. Atau kebiasaan. Atau tahap minima umum.

Ada berkata, kes buli adalah biasa di asrama. Satu kebiasaan. Sebab tradisi. Sebab terlebih berahi (passionate).

Ada yg berkata, alah bisa tegal biasa, ular menyusur akar tidak hilang bisanya. Dah jadi senior, buatlah kpd junior. Utk suka2 shj.

Tapi, asrama utk belajar serba baik spt akademik, sukan, kokurikulum, dll. Bukan belajar menderita fizikal, mental, emosi, sehingga mati.

Buli bukan disiplin. Pembuli mungkin lupa. Yg dibuli akan ingat sampai bila2.

Buli 2

Apa itu buli? Menakut2kan, menyakit2kan org lain, yg biasanya diandaikan tidak akan melawan.

Kenapa buli? Niat xbaik, nak mengawal org lain secara tidak baik.

Bagaimana buli? Cari yg xmelawan. Pembuli sama ada fizikal lebih besar atau bilangan lebih ramai.

Saya pernah kongsi mungkin cubaan nak buli saya semasa malam pertama di itm 1985. Tapi apabila tahu siapa pakcik saya, they left with their tails drooped between their legs 😎.

Di sekolah rendah, saya rasa tak pernah dibuli. Dan saya rasa saya bukan pembuli. Kawan2 drpd pelbagai bangsa. Ada seorg kawan baik, cina, Chow Shee Huat, punyai antara badan terbesar di sekolah.

Mereka yg cuba buli ( atau pernah buli?) saya, ada yg saya ingat. Ada yg saya xingat. Jika mereka tak tahu apa mereka buat itu buli, bukan salah saya.

Sifat Pemimpin

Mesti amanah. Jika tidak amanah, bgmn nak dipercayai? Ada yg tidak amanah dipuja dan dipuji oleh pengikut yg turut tidak amanah?

Apa itu amanah? Terima keyakinan dan kepercayaan (tersurat & tersirat), drpd pihak lain, utk dikembalikan minima dlm keadaan sama atau lebih baik. 

Kenapa pemimpin dipilih? Biasanya, pemimpin dipilih utk bawa pemberi amanah kepimpinan, ke keadaan yg lebih baik, di dunia dan di akhirat. Jika pemimpin yg dipilih tidak sempurnakan amanah ini, dia adalah pengkhianat.

Bgmn seorg pemimpin itu amanah? Dia utamakan kebaikan pemberi amanah lebih drpd dia sendiri. Pemimpin keluarga fikirkan dan utamakan keluarga dahulu berbanding dirinya. Spt makan minum, pakaian, tempat tinggal, dll.

Jumaat, Disember 10, 2021

Buli

Berlaku di mana2 shj. Pelaku tak kira usia. Kononnya pelaku nak tunjuk dia 'besar', 'superior'. Tapi hakikatnya, pelaku ada inferiority complex.

Mungkin pembuli belajar di rumah. Drpd ibubapa? Drpd keluarga? Faktor genetik. Mungkin drpd kawan2? Drpd pengalaman dibuli? Drpd persekitaran.

Pembuli yg tahu ttg 'kuat'nya tumbukan, tendangan, pukulan yg bijak & tepat, drpd yg dibuli, terus terduduk. Terus malu tersipu2. Yg dibuli biasanya tak balas pada masa dibuli sbb tahu, yg dibuli mampu 'sepak bisu', 'pukul mati' pembuli. Tapi ada kalanya jurus dilepaskan, dan pembuli terbenam 6 kaki.

Khamis, Disember 09, 2021

Belajar

Seumpama berlatih. Sepanjang usia kita di dunia. Belajar hingga jadi jenazah. 

Dunia adalah tempat belajar dan diuji. Jika ada yg kata ilmunya dah cukup. Maka hanya tunggu masa utk terima graduat berjubah putih.

Jangan berhenti belajar. Tapi carilah guru. Seorang pemimpin adalah guru.

Selasa, Disember 07, 2021

Bekerja Dari Rumah

Atau BDR. Terpaksa dilakukan semasa c19. Samada majikan atau pekerja suka atau sebaliknya, perlu lakukan.

Tapi tak semua kerja boleh dilakukan dari rumah. Isu utama tahap sambungan internet. Juga peralatan ict, persekitaran, peralatan berkaitan, selain keperluan bekerja secara bersemuka utk sempurnakan kerja.

Ada cadangan, dlm seminggu, 3 hari BDR, 2 hari di pejabat. Ada juga cadang minima 1 hari di pejabat. 

Ada yg cadang, kerja 4 hari dlm seminggu. 1 hari peluang hadir latihan, kursus, kelas utk tingkatkan pengetahuan secara formal atau sebaliknya.

Naik & Turun

Biasanya jika naik, kena turun. Tapi ada yg suka naik, tak mahu turun. Ada yg xmahu naik langsung.

Isu harga keperluan/ asas (?) yg sentiasa naik dan turut naikkan kos kehidupan berulang dan berterusan. Ramai yg miskin bandar sbb bajet dah lari spt larian 100m.

Antara kos utama seseorang atau keluarga adalah makanminum, tempat tinggal, pengangkutan. Apabila kos kehidupan naik, maka biasa kedengaran utk gaji naik. Tapi kos gaji adalah juga sebahagian drpd kos barang/ perkhidmatan. Jika gaji naik, harga brg akan turut naik. A vicious cycle.

Mungkin molek, kerajaan ambilalih uruskan sepenuhnya pengangkutan asas, dan pembinaan rumah tempat tinggal. Tiada org tengah. Mungkin kos keduanya boleh berkurang sehingga 80%?

Mungkin jadikan budaya, pekerja bermusafir tahunan, diberi kemudahan rumah sewa kerajaan, galakkan penggunaan motorsikal, beca motorsikal utk pengangkutan 1-4 orang.

Dengki

Kenapa berdengki?

Sebab sombong tentang diri, dan lihat ada yg lebih baik drpd diri?

Sebab tamak, tidak cukup dgn apa yg ada, dan nak apa ambil yg org lain ada?

Sebab kedekut, tidak mahu org lain senang, nak diri shj senang?

Sebab sesal, keputusan dibuat jelas merosakkan hidup diri di akhirat?

Berdengki sbb diri miliki inferiority complex, tidak mahu berubah, tapi marah, kecilkan org lain, utk tutup diri yg hakikatnya lemah, bersalah.

Masa masih ada utk kembali ke jalan yg benar.

Isnin, Disember 06, 2021

Basikal

Dulu2 kegunaan org miskin. Kenderaan org kurang berada. Yg ada duit guna motorsikal. Yg bnyk duit guna kereta.

Sekrg, terbalik. Yg bnyk duit ada bnyk buah basikal. Harga dgn pakaian dll lebih mahal drpd kereta axia baru. Yg xde duit pula guna kereta.

Sy pun ada basikal. Ada yg harga xsmp rm2ribu. Ada yg harga xsampai rm300. Ada yg boleh bergerak di luar rumah. Ada yg satu tayar utk gateh dlm rumah shj.

Kecil Tapak Tangan

sy suka berkongsi ttg arahan kerja drpd bos2 kpd staf. tadah kedua2 tangan kita. setiap jari adalah arah drpd ketua2, kpd kita iaitu kedua2 tapak tgn kita. bnyk kalanya, kita perlu pinjam tangan2 org lain utk terima arahan kerja drpd bos2 kita, utk kita lakukan.

lg bagus kita berupaya jlnkan tugas, lg produktif seseorg itu bekerja, maka diperlukan lg bnyk tgn utk tadah arahan ketua2 yg bijak buat arahan. dan biasanya tapak tgn xmampu tadah arahan2 ini, tidak mampu nk sempurnakan. sbb ramai yg juga bg arahan kpd kita selain drpd bos kita. 

sehinggalah staf2 yg produktif akan terlentang keletihan, burnt out. apabila yg biasa produktif xdpt selesaikan arahan2, pengarah2 akan beri komen negatif. straw pun xmampu ditanggung?

sedangkan arahan terakhir adalah the last straw, that broke the camel's back. amat penting jd. amat penting line of authorisation. too many cooks (pengarah) spoil the broth. organisasi yg cemerlang adalah organisasi berfokus. cukuplah 5 arahan kerja, yg boleh ditadah & dijaga utk disempurnakan.

Ahad, Disember 05, 2021

Ngeley

Ngeley bermaksud? Beri duit kpd tuan rumah bekwoh. Tuan rumah kenduri kahwin.

Saya lebih suka beri duit. Sebab xpasti hadiah jika diberi sesuai dgn pengantin. Atau juga nak elak hadiah sama yg banyak seperti jag air, toaster, dll.

Saya berandaian pengantin dan tuan rumah lebih suka kehadiran jemputan (presence) semasa majlis berbanding hadiah (present). Duit adalah tanda meraikan majlis yg indah utk pengantin dan keluarga. Dan saya penerima tidak berkira tentang nilai ngeley.

Ada budaya tertentu, akan buka sampul duit, kira duit, dan catit nilai duit dgn nama pemberi. Mungkin mudah utk buat ngeley balas semasa majlis kenduri dijemput pengeley?

Sabtu, Disember 04, 2021

Concentrate

Boleh bermakna fokus. Tumpu. Boleh juga bermakna pekat. Tetap.

Fokus penting semasa berusaha utk capai matlamat. Pekatkan atau kumpulkan kesemua atau kesemua sumber utk capai matlamat. Jika tidak fokus, usaha tidak pada maksima kepada satu matlamat. Boleh akibatkan, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.

Satu cara utk tahu matlamat asas organisasi adalah matlamat penubuhannya. Bagi sebuah syarikat, dlm M&A nya. Bagi badan berkanun, rujuk aktanya. Sebaiknya matlamat tidak banyak, mudah dicapai. Ingat KISS - Keep It Simple & Specific. Ingat juga SMART - Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Timeliness.

Dlm Islam, rukun Islam 5. Solat fardu pun 5. Kenapa kita dlm perkara lain, dunia, nak bnyk matlamat, berubah2 ikut suka ketua, yg nak nama? Lebih2, pinda2, boleh melalaikan drpd capai yg asas. Bnyk matlamat, bnyk sumber diperlukan. Bnyk pula ketua2 diada2kan.

Pasukan A B & C

Atau pasukan A, B dan C.

A, pasukan advance. Yg mula sampai. Yg rancang dan pastikan kesesuaian keadaan utk yg lain. Perlu tahu utk buat keputusan utk pasukan seterusnya akan terus laksanakan apa yg akan dirancang.

B, pasukan utama, atau back up. Menyokong dan ambil alih tugas A. Lebih bersedia utk berada lebih lama. Tugas utama capai matlamat ditetapkan. Impak terbesar kpd nama semua.

C, pasukan pembersihan. Cleaners. Yg akan kemaskan tempat supaya keadaan seolah2 tiada berlaku sebarang kekotoran. Yg terakhir utk  berada di lokasi. Yg jarang glamer.

Seorg pemimpin molek pernah alami sbg ahli dlm ketiga2 pasukan. Rancang, buat, semak.

Pembuat Polisi

Tugas pembuat polisi tidak semudah pembaca polisi. Perlu ada ilmu berasaskan akademik dan pengalaman. Bagi seorang muslim, berpandukan alquran dan hadith.

Ada yg suka nakkan jawatan dan pangkat, sebab berkuasa utk mengarah dgn polisi dan prosedur. Tapi tak semua arahan perlu drpd seorg yg ada phd. Ilmu melalui phd shj xcukup utk arah kebaikan umum.

Pembuat polisi mesti pemimpin. Seorg pemimpin mesti amanah, jaga kebaikan dgn matlamat dan kebajikan. Seorg pemimpin mesti peka kpd maklumbalas yg membina, bukan menghukum kerana ego.

Atas Kertas

Biasa kita dengar. On paper. Atas kertas nampak cantik, menarik. Spt window dressing?

Bercakap tentang kekayaan, biasanya berdasakan atas kertas. Atau sekarang secara penyata online. Baki yg ada banyak.

Tapi realiti? Nak masukkan mudah. Nak keluarkan payah. Kita masukkan sbg aset cair, tunai. Tapi yg diamanahkan dah tukar jadi hutang, pinjaman kpd pihak lain. Dah tukar jadi bangunan, ladang, kereta, dll pelaburan (?).

Jika yg diamanahkan dgn harta kita tidak bersifat dan bersikap amanah, kita yg rugi dan mereka yg untung (di dunia).

Staf Baru

Staf baru di satu tempat boleh jadi yg tiada pengalaman kerja, atau yg pernah kerja di tempat lain. Biasanya akan diambil jika penuhi syarat minima keperluan tempat kerja baru.

Staf dari tempat lain biasa direkomen oleh ketua di tempat lain. Staf yg diambil berdasarkan rekomen dari tempat lain, dipercayai rekomen yg diberi.

Tapi biasa juga, ada staf yg tempat lama rekomen, atau bos lama yg minta tempat baru terima staf tersebut, kerana staf tersebut tak sesuai dgn bos arau tempat lama.

Harapan staf baru akan lebih bermotivasi, produktif, baik di tempat baru. Tapi staf tersebut masih bermasalah, kasihan kpd staf lain dan bos di tempat baru.

RM

Banyak makna. Antaranya adalah risk management. Pejabat saya sekarang. Menguruskan risiko.

Semasa dgn swasta, saya pernah dipinjamkan ke jabatan receivers & managers. Bertugas mewakili sipemiutang utk menguruskan hutang yg perlu dikutip. Kiranya saya pernah jadi along la kot.

Pengetahuan tentang pengurusan kewangan FM amat penting. Pengalaman saya di swasta dan dgn kerajaan buktikan, jika FM tak ambil kira RM - risk management, organisasi boleh diuruskan oleh RM wakil sipemiutang kita.

Semasa sbg along, kita cuba kutip hutang sebanyak termampu. Pengurusan yg buat taik dah lari awal2 atau lepas tangan. 

Utk selesaikan hutang, pekerja dibuang tanpa dibayar gaji epf dll yg majikan xbayar. Jual juga sebarang aset yg organisasi miliki. Memang stres.

Jumaat, Disember 03, 2021

Bintang

Bintang di langit dikatakan sebg sesuatu yg mustahil utk dicapai. Bintang di dunia ada yg boleh dicapai.

Seorg bintang adalah seorg yg mempunyai pencapaian yg tinggi. Jarang dikatakan sbg seorg bulan.

Satu pasukan spt R Team, dikatakan sbg tempat biasanya utk mereka yg tidak lagi ingin mencapai bintang. Walau hakikatnya, setiap yg dlm pasukan ini adalah bintang.

Khamis, Disember 02, 2021

Kejar Sombong Dunia

Ramai yg kejar utk sombong di dunia. Kejar kelulusan akademik, jawatan, pangkat, gelaran, harta, keturunan, utk menunjuk2 dan mahu di'hormati' di dunia.

Mereka merancang dgn tipudaya. Sebab diajar bhw dgn ada kekayaan dunia, mereka akan dipandang tinggi di dunia.

Apabila berbuat salah, org yg kagum dgn mereka percaya ianya bukan kesalahan, atau mudah dan cepat maafkan. Jika kesalahan diulangi, pengikut tetap kagum dgn ketua mereka.

Antara doa saya, dpt kenal yg benar, dpt elak ditipu.

Rabu, Disember 01, 2021

Ilmu Alam

Atau sekarang dikenali sbg geografi. Tapi ilmu alam lebih luas ilmunya.

Ilmu alam (geografi)  dan tawarih (sejarah) antara dua mata pelajaran yg saya sangat minati. Sehingga sekarang. Kedua2nya utk rujukan semasa dan masa depan.

Tadi, lihat peta utk cari tempat. Apbila guna satelite mode, tercuit hati, utk kembali ke tempat2 di dlm peta.

Soalan SPM 1984 geografi guna peta Besut. Dari Jerteh hingga ke Kg Raja. Semasa menjawab soalan, jelas nampak secara 3D, tempat di peta. Tapi saya hanya dapat C3.

Kolupo

Biasanya kalau balik ke kampung, di Klatey, antara ungkapan biasa di dengar

'Oghey kolupo kelik doh'

'Cuti lamo mano? Bilo nok kelik gi kolupo'.

Tak kiralah dok selain di kolupo - selangor.

Dan secara psikologi ada positif, ada negatif. Sbb diandaikan dok atau kerja di kolupo, pangkat dan gaji tinggi, dah berjaya dgn kerjaya.

Maka ada yg balik kampung terpaksa menyamar jika tidak sebgmn andaian org kampung. Ada sanggup bergolok bergadai - beli pakaian berjenama, sewa kereta mewah, beli hadiah, dll utk 'maintain' status oghey kolupo.

Itu dulu2. Sekrg ramai dah tahu, dok kolupo tak semestinya boleh kaya.