Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 22, 2022

Sakit dan Mati

Sejak c19, lebih kerap diberitahu tentang kesakitan dan kematian keluarga, kawan dan kenalan. Ada yg berlaku kpd mereka yg jauh drpd kita. Ada yg berlaku kpd yg hampir dan rapat kpd kita.

Ada yg beri kesan kpd kesihatan kita. Ada yg tidak beri kesan kpd kita (tidak menyentuh perasaan kita). Ada yg kesannya sementara. Ada yg kesannya selama2nya.

Setiap kesakitan dan kematian adalah peringatan kpd kita. Setiap kita masih hidup, masih sihat adalah peluang utk kita mohon keampunan, beribadah, utk bekalan hidup sejahtera di akhirat.

Kasih Ibubapa

Kasih, sayang, cinta berkait dgn suka. Ada kala makna serupa tapi tak sama.

Ibubapa akan katakan mereka sayangkan anak2 mereka tanpa berbeza antara satu dgn yg lain. Tapi hakikat adalah sebaliknya. Akan ada yg disayangi lebih, utk perkara2 berbeza.

Sayang kpd anak sulong berbeza dgn sayang kpd anak bongsu. Sayang kpd anak tunggal berbeza dgn sayang kpd anak ramai. Sayang kpd anak perempuan juga berbeza dgn sayang kpd anak lelaki.

Kereta2 Saya

Kereta pertama saya beli, sebuah volvo DL244, 1983, manual. Beli 2nd hand, berharga rm13ribu. Bayar cash, pada 1996 (?), semasa kereta berusia 13tahun. Beli utk ayah guna.

Kereta kedua, saya sewa drpd makcik. Sebuah vw beetle, 1971, 1.2cc, berwarna kuning. Harga rm7 ribu. Beli pada 2004, berusia 33 tahun. Beli utk saya bawa bekerja.

Kereta yg masih ada, perodua kembara, 2003, 1.3cc, auto. Beli 2nd hand juga, rm33.5ribu, pada 2006. Beli ayah bawa mak ke sana ke sini.

Jika kerajaan ikut cakap pakar, saya kena pinjam kereta atau naik pengangkutan awam utk bekerja. Saya tak mampu berhutang utk beli kereta baru di hujung2 perkhidmatan saya.

Isnin, Jun 20, 2022

Konvokesyen

Bermula 14 jun 2022, majlis konvokesyen uitm telah diadakan semula. Ianya setelah tertangguh kerana c19.

Graduan, ibubapa, keluarga, dll ramai yg hadir utk raikan kejayaan tamat perkongsian ilmu graduan. Konvokesyen atau ringkasnya konvo, utk raikan kejayaan graduan.

Semasa konvo, selaikan raikan graduan, para graduan diminta hormati ibubapa, pensyarah, dll yg membantu membolehkan graduan tamat perkongsian ilmu di uitm. Graduan biasanya lebih dihormati berbanding bukan graduan.

Ilmu dan Penghormatan

Islam tegaskan kepentingan berilmu. Ilmu utk bezakan antara baik dan buruk. Ilmu adalah tahu dan berbuat baik.

Seorang berilmu amat dihormati. Seorang berilmu adalah seorang yg beramanah. Seorang yg tepat dan tegas menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Ramai ingin dilihat sbg berilmu. Tapi ramai yg beli ilmu utk dihormati. Ilmu yg dibeli bukanlah ilmu tetapi khianat dan pecah amanah, tidak boleh dihormati.

Dihormati

Ada yg katakan dihormati adalah disayangi. Ada yg berkata dihormati adalah disukai, dipuja dan dipuji.

Kita ingin dihormati. Dan pelbagai usaha dilakukan utk dihormati. Dihormati berbeza ikut masa, tempat, dll. Antara yg dihormati adalah gelaran, jawatan, pangkat, harta, kuasa, keturunan.

Maka akan dilakukan apa shj utk dihormati. Ada yg sanggup beli jawatan, pangkat, gelaran utk dihormati. Ada yg sanggup tidak amanah.

Sabtu, Jun 11, 2022

Kedai

Pelbagai kedai dgn pelbagai barangan

Walau pun kita ada kad keahlian sesebuah kedai, tak semestinya kita membeli di kedai itu sahaja.

Walau pun kad kedai bertemakan kad kesetiaan.

Pemilik kedai perlu faham, elak halau dan kutuk pelanggan asal yg dulu membeli di kedai kita.

Rumah

Jika kerajaan atau agensi kerajaan yg bina, spt dulu2, mmg rakyat mampu milik.

Tanah milik kerajaan, bahan boleh dikecualikan drpd cukai, tiada isu kerajaan xmampu bina.

Harga rumah yg tinggi yg hanya untungkan pembina, agen, bank, peguam, pengutip cukai pintu. Tapi pemilik yg beli, majoriti merana akibat pecah amanah, riba.


Lihat hartanah yg dilelong dan harga lelongan?

Pelanggan lari

Pelanggan lama tunggu pesanan

Pesanan lambat dihidang

Hidangan tidak spt pesanan

Pesanan tidak dihidang


Sebab

Tukang masak sibuk masak macam2

Tukang masak tak masak pesanan

Tukang masak xtahu masak pesanan

Tukang masak diberi arahan pelbagai dlm satu masa

Tukang masak berhenti


Elak kedai dikutuk, ditutup kerana

Yg dikendong berciciran, yg dikejar xdapat

Ahad, Jun 05, 2022

Beri Kepada Anak Saya

Arwah ayahanda suka bagitau, 'saya tak mahu, beri kepada anak saya', jika ada yg tawarkan pelbagai kpd dia. Jika diterima, mungkin pencen tan sri.

Ayahanda tak minat dgn pingat. Diberitahu akan terima pingat, beliau tolak. Saya hanya tahu, apabila terjumpa watikah (?) yg tersorok dlm almari. 

Apabila ada kawan cadangkan gelaran dato, beliau bgtau, 'bagi sahaja kpd anak saya'. Seronok juga jika ada gelaran dato (pastikan ada watikah sah sebagai bukti), tapi susah dan xselesa kpd kerabat, kawan, kenalan dan pelajar saya. Cebad lagi selesa berbanding tok bad.

Biasa dan Betul

Kita biasa rasa kita betul. Kita shj yg betul. Org lain tidak betul. 

Ramai drpd kita biasa rasa apa yg biasa kita buat adalah betul, sebab kita lebih kaya, lebih bergelar, lebih berpangkat, lebih berjawatan, lebih berharta, lebih berkuasa, lebih pasangan, lebih anak2, lebih keturunan, lebih beragama. Tapi ramai yg biasa tak suka ditegur.

Kita biasa ditegur, betulkan yg biasa, biasakan yg betul. Kita tidak semua betul setiap masa. Hargai jika ada yg tegur kita. Teguran adalah peringatan.


Teguran

Tegur ada utk positif, neutral dan negatif. Macam jenis stres dan jenis risiko. Tegur, risiko, dan stres berkait.

Kita tegur utk hasil yg positif. Mungkin cara tegur tidak secara positif kpd yg menegur, yg tegur, yg dengar teguran berlaku. 

Teguran sama ada utk hapuskan yg tak baik, kurangkan yg xbaik, kekalkan yg baik, atau jadi lebih baik. Teguran mungkin secara perbuatan, lisan, doa, atau diam shj.

Sabtu, Jun 04, 2022

Media Sosial

Lebih dikenali sebagai Social Media, atau ringkasnya socmed. Ada pelbagai alasan kita layari, layan, guna socmed. Ada alasan sama, ada alasan berbeza.

Ada guna socmed sbg diari atau buku catitan harian. Ada yg guna sbg album. Amnya, utk kongsi berita ttg diri kita dgn masyarakat kita. Ada juga guna utk tahu atau bgtahu cerita dan berita.

Ramai drpd kita guna socmed atau medsos utk tarik perhatian masyarakat kpd kita. Amnya, manusia inginkan perhatian.

Belanja Jaga Kereta

Kos miliki kereta bukan murah bagi saya. Pernah ada yg tegur saya semasa bawa vw 71, ke uitm,'pensyarah mana bawa kereta buruk. Takde kelas'. Saya berandaian baik, beliau nak hadiahkan sebuah kereta baru kpd saya.

Ramai yg suruh saya jual kembara saya, dan ganti dgn kereta baru. Bagi saya, kereta baru bukan keperluan. Walau pun dikatakan tiada kerisauan selenggara kereta baru, tapi selenggara berkala pun kos juga.

Antara kos tahunan jaga kereta adalah insuran dan cukai jalan. Bagi kembara saya rm400. Tayar 4 biji setiap 2 tahun, rm230 sebiji sekrg paling murah (buatan China). Servis tahunan purata rm400. Major service anggaran rm600 setiap 2 tahun. Purata sebulan minima rm200 utk jaga kereta.

Kereta2 Saya

Saya suka tengok kereta mewah. Saya lagi suka dapat naik kereta. Alhamdulillah, terima kasih kpd kerabat, kawan dan kenalan yg sudi tumpangkan saya dlm kereta mewah mereka.

Kita dibiasakan dgn kaya jika miliki kereta mewah, atau kereta baru. Kesemua kereta yg pernah saya miliki (2 buah), dibeli second hand. Sebuah beetle kuning disewa sbb tidak berpindah milik.

Kedua2 buah kereta saya beli utk mudahkan ibubapa saya ke sana dan ke sini. Volvo 244DL manual sbb arwah ayah minat volvo, dan kembara dvvt sbb auto, kecil dan tinggi.