Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 26, 2012

Siapa Betul?

masing2 akan mengaku dia betul. apa yg dilakukan adalah benar dan tepat. apa yg dilakukan orang lain 100% salah dan tak betul.

jarang orang nak mengaku bhw dia telah lakukan kesalahan walaupun ianya hakikat sebenar. ramai lebih suka menuduh atau menyatakan bhw pihak lain yg bersalah. kenapa? ego? tak boleh terima kenyataan?

setiap drpd kita mempunyai kelebihan dan kekurangan. maka kita diminta melakukan swot analysis utk mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita. gunakan juga joharry window. tidak semua kekuatan dan kekurangan kita akan dapat kita tahu kecuali dgn bantuan orang lain. itulah gunanya kawan. dan itulah guna lawan.setiap teguran, pujian, kritikan kita jadikan sebagai peluang utk penambahbaikan diri kita.

terima kasih kpd yg mengingatkan saya tentang kekuatan dan kelemahan saya. saya akan gunakan sebagai panduan utk memperkembangkan diri saya. kita kena sedar siapa kita. janganlah mendengar pujian sahaja.

Jumaat, Mac 23, 2012

Berusaha Utk Rezeki Yg Halal

malam ni saya makan malam hidangan makan malam yg didiskaunkan utk pembelian antara jam 6ptg sehingga 9mlm pada setiap hari sehingga tempoh dinyatakan. maka saya singgah di mcd sek3 dlm perjalanan balik ke rumah setelah punch out selepas jam 8mlm (dah beberapa malam saya punch out lepas jam 8mlm).

panjang juga q utk beli makanan secara drive thru. risau juga kalau2 ter'miss' harga diskaun. sambil menunggu giliran saya membuat pesanan, saya berkira2 makanan yg ingin dipesan. ibu saya telah ingatkan utk beli 2 mcfillet utk ayah saya. satu utk beliau dan belikan juga makanan utk adik2 di rumah.

setelah membuat pesanan saya ke tingkap bayaran dan seterusnya ke tingkap menerima makanan dipesan. sebelum saya membuat pesanan sebenarnya saya terfikir sama ada seorang pelajar saya akan bertuhas pada malam ini. dan setibanya saya utk mengambil makanan saya, saya lihat pelajar saya yg bertugas sibuk membungkus makanan yg dipesan melalui drive thru. pada mulanya saya ingin menegurnya tetapi saya fikir lebih baik jangan tegur risau mengganggu fokus beliau semasa bekerja.

alhamdulillah. seronok melihat mereka yg bekerja utk mendapatkan rezeki yg halal. saya doakan agar pelajar saya itu akan menggunakan rezeki halal utj meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarganya. insyaallah, jika berhasil mendapat francais mcd, mungkin beliau saya ambil sbg seorang di peringkat pengurusan sykt.

Jumaat, Mac 09, 2012

Baucar RM200

alhamdulillah. pagi tadi setelah menyempurnakan pendaftaran sebagai pelajar sem3 ac990, saya menerima baucar rm200 drpd pej bendahari di ipsis.

insyaallah saya akan ke kedai buku kuib di depan ptar 1 uitm shah alam utk membeli buku dan peralatan pembelajaran sebelum tarikh luput baucar. jom kita ke kedai buku uitm dan menggunakan baucar yg diterima semaksima mungkin.