Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Disember 30, 2011

Zakat

hujung tahun dah sekarang. hanya tinggal sehari shj lagi untuk 2011.

tadi saya ke pusat zakat di uitm. saya nak bayar zakat. terpaksa selepas solat jumaat kerana ada tugasan di pagi hari. apabila di pusat zakat ada seorang lain yg sedang menguruskan pembayaran zakatnya. saya dengar dia melafazkan niat membayar zakat sebanyak rmxxx. dalam hati yg mungkin kurang baik saya terfikir sikitnya.

setelah selesai urusan bayaran zakatnya, beliau bangun dan keluar. saya ke meja depan pegawai zakat. kemudian saya sedar bahawa berlaku kesilapan. nilai dilafaz dgn nilai bayaran zakat berbeza. maka pembayar zakat perlu melafazkan niatnya semula. nilai zakat yg dibayar bukan rmxxx tetapi rmxxx ribu atau pada ceknya sebanyak rmxxx,xxx.

alhamdulillah dan terima kasih kpd pembayar zakat yg sudi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim di uitm. beliau menjelaskan kerana di uitm terdapat 5 golongan asnaf berbanding di tempat lain. insyaallah beliau akan terus berzakat di uitm.

Ahad, Disember 18, 2011

Hampir mencipta Sejarah

pada jumaat lepas 16dis saya ke kolam renang di solo utk menyaksikan acara renang para games. saya di sana kerana grup yg saya iring berada di sana.

semasa sedang asyik memerhatikan pertandingan renang dan pemberian medal, dua orang petugas menghampiri saya. 'excuse me sir, would you like to present the medals to the winners?'tanya seorang drpd mereka kpd saya. saya pandang kpd gm saya sebab keliru. dalam kepala saya mereka dah silap orang ni. gm saya bgtau 'oklah', saya pun menyatakan kesanggupan saya dan menulis nama dan jawatan saya.

pertandingan dilupakan sebaliknya saya lebih khusyuk memerhatikan setiap kali pingat disamapaikan kepada pemenang. saya tak mahu terjadi insiden pegawai yg terlampau. walau bagaimana pun saya telah diganti oleh cdm malaysia yg juga kp jbs kbs. ada rasa lega. ada rasa kecewa sebab sejarah hampir tercipta utk saya menjadi pemberi pingat utk acara sukan peringkat antarabangsa.

mungkin saya ditanya pada awalnya sebab saya pakai baju malaysia dan duduk di tempat vip?

6 Asean Para Games di Solo

alhamdulillah petang tadi saya selamat sampai ke rumah setelah beberapa hari di solo indonesia. saya seorang daripada tetamu untuk 6 asean para games.

banyak pendedahan dan pengalaman baru. banyak yg boleh saya kongsi dgn fsr berkaitan pengurusan sukan dan atlit. saya juga berkenalan dgn ramai dari pelbagai negara asean. dari malaysia semoga kenalan menjadi lebih rapat utk kebaikan sukan para di malaysia.

terima kasih kpd mpm yg sudi menghantar saya ke solo. insyaallah kita akan tingkatkan sukan para di kalangan atlit malaysia.

Selasa, Disember 13, 2011

Travelogue Shahadah

saya membeli buku tersebut pada minggu lepas. pak su kaunselor di uitm berkongsi tentang kandungannya secara ringkas semasa lab kpt di bandar bukit tinggi klang.

sebaik shj sampai di rumah, saya terus membaca buku tersebut. saya selesai membaca dlm amsa 1jam. bukunya tak tebal. mesejnya tak banyak. tetapi yg utama peringatan kpd kita bhw kita patut sentiasa bersyukur.

terima kasih ustaz rashidi. terima kasih pak su. terima kasih kpd kesemua mereka yg dinyatakan dlm buku tersebut. terima kasih kpd maik kerana bersedia menerima saudara baru tanpa protokol ciptaan manusia.

'kalau nak islam, pergilah ke kelantan'. itu pernyataan seseorang kpd penulis buku. dan pengalaman penulis adalah mengesahkan pernyataan tersebut.

Isnin, Disember 12, 2011

Back To School

sekarang pusat belibelah sibuk promosi 'back to school'. pakaian dan peralatan sekolah adalah barang jualan utama sebelum sekolah bermula.

tadi saya ke mydin subang jaya. nak cari bendera malaysia nak bawa ke solo. tapi sebab bukan musim beli bendera malaysia maka tiada bendera malaysia utk saya. saya beli sebuah beg jemaah haji utk paspot saya.

di subang parade, saya beli sepasang kasut bata hitam. ianya utk dipakai semasa di solo. tapi saya akan gunakan juga semasa saya di sekolah saya, di fsr. harganya rm30.00.

di carrefour subang jaya saya beli 3helai baju kemeja putih. cadangan yg lengan panjang sehelai utk dibawa ke solo. dipakai semasa perasmian. brand canggih, dikilangkan di kilang tempat sepupu saya kerja di kelantan. semasa nak membeli baju saya bersoal jawab dgn jurujual. andaian jurujual anak saya seorang pengawas kerana baju lengan panjang. saya bgtau anak saya tingkatan 3. 'besarnya' tegur jurujual. biasalah sekarang. saya senyum. di rumah saya ceritakan kpd emak saya. dia turut tersenyum. saya pun turut back to school.

Rabu, Disember 07, 2011

Peers dan Stress

peers berada di melaka pada hujung minggu yang lalu. pada asalnya saya agak keberatan nak turut serta kerana kepenatan. maklumlah umur sekarang tahap recovery energy makin lambat.

walau bagaimana pun kerana perancangan telah lama dibuat dan harapan yang tinggi oleh peserta terhadap program di melaka, maka saya bersetuju untuk turut serta setelah permohonan dibuat selepas tengah malam. saya sempat tidur 4jam sebelum berada di hentian bas teratai.

program meliputi ke zoo melaka, sekitar afamosa, jonkers' street dan melaka wonderland. kesemua tempat tersebut merupakan kali pertama saya lawati secara fizikal. saya juga telah menaiki tamingsari selain berada di kota afamosa. zoo melaka telah lama ingin saya lawati dan minggu lepas menjadi realiti. sebelum ke zoo melaka saya telah hubungi tkp perhilitan. terima kasih dr zaaaba kerana bersedia memudahkan khidmat masyarakat peers di zoo melaka.

terima kasih kpd peers kerana beria2 mengajak saya ke melaka. peers dan stres adalah dua terma yg tak dapat dipisahkan. tetapi melalui peers diharapkan akan membantu menghasilkan stres yg positif disamping mengurangkan stres yg negatif.