Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 28, 2011

Terima Kasih JKKK Kg Kuala Tahan, Jerantut

saya andaikan saya sebagai seorang pegawai pemasaran. saya pasarkan uitm - perkhidmatan dan produk uitm. dan antara produk utama uitm adalah graduan dan bakal graduan.

alhamdulillah setelah mercy setuju 'membeli' produk uitm - jaringan masyarakat, peers uitm, pada hujung minggu yg baru berlalu, jkkk kg kuala tahan, jerantut, pahang bersetuju 'membeli' uitm. produk yg dipersetujui adalah bengkel bersama uitm, projek anak angkat bersama peers, dan pelbagai projek dan program dibawah khidmat masyarakat. pengurus utama 'urusniaga' diantara uitm dgn jkkk kg kuala tahan adalah pejabat tnc jim.

tok 4 dgn bangganya memaklumkan semasa perjumpaan diantara jkkk kg kuala tahan dan wakil uitm (peers shah alam) bhw semasa perjumpaan bersama pegawai daerah, beliau telah mengejutkan ahli mesyuarat yg terdiri juga drpd wakil jkkk lain dlm daerah, iaitu jkkk kg kuala tahan telah mewujudkan hubungan strategik dgn uitm shah alam utk membantu memajukan kg kuala tahan. kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, insyaallah.

Jumaat, Februari 25, 2011

2 4 44 25 02 2011

alhamdulillah, pada hari ini genaplah usia saya di bumi Allah ini sebanyak 2 4 tahun, atau lebih tepatnya 44 tahun. tetapi di hati terasa seolah2 masih 24tahun. dan saya sentiasa berdoa agar fizikal saya adalah sentiasa fizikal seorang yg berusia 24tahun.

semalam di morib, beberapa orang rakan fsr telah mengucapkan selamat hari lahir kpd saya. saya juga telah disiram dgn air mineral. niat asal mereka utk membasahkan saya di kolam renang. dan pada pagi tadi, sesi bengkel dimulakan dgn ucapan dan nyanyian 'Allah selamatkan kamu' kpd saya. terima kasih kpd koir fsr.

adakah 44 merupakan permulaan, pertengahan atau penghujung kpd saya? Allah jua yg mengetahui. saya sentiasa berdoa agar dikurniakan usia yg membolehkan saya menyediakan bekalan utk kesejahteraan dunia dan akhirat. terima kasih kpd mereka yg sudi mengucapkan sejahtera kpd saya pada hari ini. semoga kita semua sentiasa mendapat rahman dan rahim Allah.

Selasa, Februari 22, 2011

Satu Minggu Yang Bergerak Cergas

bermula dgn di lumut pada 18-19feb (jumaat-sabtu), esok gerakan cergas di morib (23-25feb, rabu - jumaat). dan insyaallah di kg kuala tahan pada 26-27feb (sabtu-ahad). dan insyaallah di asahan pada 4-6mac (jumaat-ahad).

18feb saya terlibat prg fsr di obs. manakala 23feb adalah juga pgrm fsr. 26feb prgm jim dan peers. 3mac saya di ktt, prgm iso. 4mac adalah prg peers, iaitu kaf.

komen staf saya (diulang2), cebad ni pada tahun pertama bersama ined amat sibuk, banyak p keluar. dan sekarang di tahun akhir bersama ined, cebad sibuk semula, banyak keluar.

kesemua prg saya di luar uitm adalah mengikuti prg uitm atau mewakili uitm. jadi tidak perlulah ada yg berasa irihati. jika ada kredibiliti, anda pun boleh juga. tapi janganlah kerana mengharapkan 'claim' utk kayakan diri ya.

Ahad, Februari 20, 2011

Kerjasama

bukan mudah untuk bekerjasama. kita perlu saling meyakini kebolehan pihak2 terlibat. dan selalunya ianya berdasarkan apa yg telah kita tahu berkenaan latar belakang pihak satu lagi. kerjasama ada kaitan dgn integriti dan kredibiliti.

selepas maghrib pada khamis yg lepas, dlm perjalanan pulang ke rumah, saya dapati lalulintas tersangkut selepas pejabat mahkamah shah alam. nasib baik saya dah solat maghrib, tidak perlu nak tergesa2. saya hairan kenapa lalulintas tersangkut. ada 'roadblock' ke?

memang ada roadblock. rupa2nya ada dahan pokok patah dan merentangi jalan. hampir 5 minit baru saya lihat ada pemandu kereta keluar. kemudiannya seorang penunggang motorsikal berkuasa besar juga pergi membantu. saya meletakkan kereta saya di bahu jalan utk turut membantu. hanya 4orang shj yg berusaha mengalihkan dahan yg patah. mungkin pemandu2 lain takut kerana tidak pasti keselamatan mereka. alhamdulillah, setelah hampir 5minit, dahan dapat dialihkan sebahagian besarnya ke tepi jalan dan laluintas dapat diteruskan.

kerjasama di obs, dgn mercy, bersama jkkk kuala tahan memerlukan kredibiliti kedua2 pihak. dan setelah persetujuan dilakukan, maka kata perlu dikota.

Sabtu, Februari 19, 2011

Setuju, Setuju, Setuju

alhamdulillah, dlm 3 hari ini beberapa persetujuan berjaya di capai.

1. setelah menerima emel saya, tnc jim bersetuju utk mengadakan kerjasama diantara uitm bersama mercy malaysia.
2. semalam, pihak obs bersetuju melantik fsr utk membantu mereka mendapatkan pensijilan iso 9001:2008.
3. pagi, pm dr anuar suun bersetuju membantu dlm memberi khidmat masyarakat di kg kuala tahan.

seterusnya, saya ada beberapa persetujuan untuk kerjasama yg perlu diselesaikan. diantaranya melibatkan koperasi uitm bhd, uitm holdings, peers uitm, perkama. insyaallah, bersama kita doakan kejayaan persetujuan2 utk kebaikan bersama.

Rabu, Februari 16, 2011

Sibuk dan Seronok

apabila kita seronok melakukan sesuatu, masa yg ditempohi menjadi amat singkat. audit saya di hea uitm tidak terasa lama jika dibandingkan dgn masa sebenar bermula jam 9.00pagi sehingga 8.30ptg.

suasan kerja membantu mengurangkan kebosanan dan meningkatkan minat menjalankan tugas. layanan drpd ktp hea dan anak2 buahnya yg melayan saya secara profesional membuatkan kerja tidak terasa tertekan. saya cuba lakukan yg sama supaya tanggapan bhw audit adalah sesuatu yg menyeksakan adalah satu tanggapan yg salah.

staf hea juga amat cekap melayan permintaan saya. staf yg berada di menara s&t turut hadir di hea utk ditemubual. pada mulanya saya hanya berurusan dgn staf pentadbiran shj. pada sebelah petang, staf akademik yg dipinjamkan di hea turut saya temubual. tiada rasa stres di kedua2 belah pihak. mungkin pengalaman berurusan dgn mereka membuatkan urusan hari ini tiada stres.

kemahiran komunikasi dan interpersonal amat diperlukan utk membolehkan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah. saya sentiasa mengingatkan diri saya bhw setiap audit yg saya lakukan adalah utk menambahkan ilmu saya utk membantu uitm lebih cemerlang. maka masa tiadalah menjadi penyebab kita tidak boleh seronok semasa bekerja dgn penuh amanah.

Audit HEA

saya di hea drpd jam 9pagi smp 6.30ptg. saya menjalankan audit korporat uitm.

memang banyak yg saya dpt belajar drpd mereka di hea. dan diantara auditee saya adalah bekas pensyarah saya, dr faizah, pengarah pembangunan akademik uitm. saya maklumkan kpd beliau,'doc, tak kw pelik, accounting graduate buat audit akademik'. jawab beliau,'i pulak kan pengarah pembangunan akademik'. jadi saya hanyalah meneruskan kecemerlangan yg ditunjukkan oleh para akademik dan pelajar fakulti perakaunan uitm.

saya tidak dapat mengaudit dr roziah janor, pengarah kurikulum. beliau tiada di shah alam. beliau juga adalah diantara sifu iso saya. saya tentu akan rasa pelik juga jika kena mengaudit beliau.

alhamdulillah, mereka di hea bersedia membantu memudahkan tugasan audit saya di hea. terima kasih kpd ketua timbalan pendaftar, 3 penolong pendaftar, dr hadariah, dll. saya makulmkan kpd mereka bhw audit adalah utk membantu penambahbaikan kualiti pengurusan pendidikan di uitm. dan mereka bersetuju.

Isnin, Februari 14, 2011

Dikir Barat dan Kelas Kaunseling Sukan

tadi semasa kelas kaunseling sukan utk kumpulan sr223 4s2, saya mainkan dikir barat oleh halim yazid. dua buah lagu dimainkan, pesan mak dan bangkit asal. saya minta pelajar2 saya utk menghayati maksud dikir barat yg dimainkan.

ada yg faham. ada yg tak faham. sebab dikir barat adalah dlm bahasa melayu kelate. saya cuba kaitkan dgn kursus ps 550 dan pembentangan oleh para pelajar. saya cuba kaitkan juga dgn pelajar dan keberadaan mereka di uitm. ada yg faham. ada yg tak.

dlm kaunseling, kesedaran atau 'awareness' adalah antara matlamat utama. kaunselor ingin sedarkan klien akan potensi mereka utk menjadi lebih baik drpd sekarang. ebgitu juga dgn seorang pensyarah akan cuba menyedarkan pelajarnya akan potensi mereka di masa hadapan. kesedaran memerlukan seseorang itu bersedia utk sedar dan berubah. jika seseorang tidak ingin sedar, memang susahlah utk mereka berubah.

setiap drpd kita bebas membuat keputusan. dan kita mesti faham bhw dgn keputusan yg kita buat, kita mesti bertanggungjawab ke atas hasilnya. janglah disalahkan orang lain.

1000 Langkah Pertama

tadi saya mulakan langkah sihat peers di fsr. saya mengelilingi bangunan akademik 3 sebanyak 2 pusingan. bilangan langkah saya sebanyak 1000 shj (1/10 atau 10% drpd bilangan langkah yg digalakkan oleh kementerian kesihatan utk kita pada setiap hari).

selepas pusingan pertama saya rehat utk berbincang dgn kedua2 timbalan presiden peers berkaitan program mdab dan bersama mercy. semasa kami berbincang, seorang pelajar saya drpd fsr muncul. beliau telah datang ke fsr utk mengikuti program langkah sihat yg telah saya war2kan kpd pelajar saya pada pagi tadi. oleh kerana saya sedang berbincang dgn peers, saya minta beliau melakukan langkah sihat sambil mengira bilangan langkahnya. beliau melakukan satu pusingan dgn langkah sebanyak 600 langkah, mungkin kerana beliau rendah drpd saya.

saya cadangkan kpd peers utk menjadikan langkah sihat peers sbg satu drpd aktiviti mingguan peers. matlamat kami adalah memetakan trek utk 10,000 langkah di dlm uitm. terima kasih kpd saudari yana sr221m2 yg sudi menjadi pelajar pertama mengikuti program langkah sihat peers.

Ahad, Februari 13, 2011

Kerjasama Peers UiTM dan Mercy



alhamdulillah, sekejap tadi perjumpaan saya dgn presiden mercy malaysia berjaya membuka peluang utk peers uitm, uitm dan mercy bekerjasama utk masyarakat. terima kasih datuk dr ahmad faizal. gambar di atas adalah gambar datuk presiden (berbaju belang dan berjambang, yang sedang bersalaman)

sehingga kini, mercy mempunyai mou utk bekerjasama dgn beberapa buah ipt di malaysia. antaranya adalah ukm, utm dan unimap. dan insyaallah, uitm akan menyusul. sbg permulaan, peers boleh membantu mercy di gudang2nya utk menyediakan stok bg khidmat masyarakat. seterusnya, peers uitm dan uitm boleh membantu melalui kehadiran di tempat2 mengalami bencana di malaysia. dan kemuncaknya adalah penglibatan di peringkat antarabangsa.

persetujuan adalah berdasarkan kpd krebiliti pemimpin. dan amatlah penting juga kita mempunyai sistem jaringan yg kukuh diantara pemimpin dan ahli dlm organisasi2. kepercayaan ini bukannya baru bermula. ianya sudah berusia melebihi 30tahun.

Bukti Kejayaan

apakah bukti kejayaan kita? ianya bergantung kpd pemahaman kita tentang kejayaan. dan ramai drpd kita memberi erti kejayaan berdasarkan kpd apa yg dinyatakan kpd kita oleh kedua ibubapa kita. ada diantara kita memahami erti kejayaan berdasarkan pandangan kawan2.

mengikut teori adler, kejayaan adalah berdasarkan bgmana kita meningkatkan masyarakat dimana kita menjadi ahli. dan sumbangan kita akan dinilai sbg berjaya jika masyarakat menghargai usaha kita. masyarakat bergantung kpd kumpulan manusia yg kita rasakan dimana kita mempunyai 'sense of belonging'.

semalam saya menghadiri konferensi akademik uitm 2011. di penghujung majlis, beberapa anugerah disampaikan kpd mereka yg dinilai dan diiktiraf sbg membantu meningkatkan nama uitm drpd segi akademik. tahniah kpd pemenang2. diantara pemenang2 adalah mantan dekan fsr, prof dr hj muhd kamil ibrahim. kampus uitm kelantan mempunyai 2pemenang. seorang sahabat memenangi anugerah sbg peserta prg anjuran ilqam.

tidak memenangi anugerah tidak bermakna kita tidak berjaya dlm hidup kita. tetapi sbg manusia kita inginkan pengiktirafan drpd masyarakat dimana kita menjadi anggota. ianya adalah motivasi dalaman dan luaran utk kita bergantung kpd individu.

Jumaat, Februari 11, 2011

Konferensi Akademik 2011 UiTM

selama 3hari, drpd 10 hingga 12 feb 2011, khamis hingga sabtu, saya akan hadir ke konferensi akademik 2011 uitm. ianya adalah satu program wajib utk staf gred 27 ke atas.

semalam konferensi dimulakan dgn pembentangan oleh keempat2 tnc. pada pagi tadi pembentangan oleh pendaftar dan bendahari. ianya diikuti dgn forum bersama nc uitm, wakil berita harian dan wakil utusan malaysia (dato' zaini) yg di mudahcarakan oleh seorang artis (graduan uitm - tapi saya tak ingat namanya). pada sebelah petang pula pembentangan oleh pengarah pembangunan akademik dan pengarah kurikulum. ianya diikuti dgn pertunjukkan fesyen. esok ianya akan disambung dgn pembentangan oleh bos saya, pengarah ined dan pengarah ilearn. konferensi akan diakhiri dgn sesi bersama menteri pengajian tinggi.

saya seronok hadir ke konferensi, seminar dan sebagainya. utk konferensi ini, saya sempat bergambar bersama beberapa sahabat2 dari shah alam dan luar shah alam. bukan mudah hendak berjumpa sahabat2 dari seluruh sistem uitm. ianya juga peluang utk saya berjumpa dgn sahabat2 drpd pelbagai jabatan dan fakulti di uitm shah alam. selain drpd meningkatkan ilmu, konferensi membolehkan kita mengeratkan persahabatan dan bertemu sahabat baru.

Gua Kepayang, Taman Negara

semalam saya dimaklumkan oleh dr anuar tentang cadangan utk ke taman negara pada hujung bulan februari. satu kumpulan trekkers akan ke gua kepayang besar.

kali pertama saya di gua kepayang besar adalah pada 1991, iaitu kali pertama juga saya ke taman negara. kami bermalam di dlm gua tersebut. malam yg pertama kami bermalam di kuala perkah di pos renjer. kami seramai enam orang. kami dirikan khemah dan masak dlm gua kepayang besar. di suatu sudut gua, terdapat tahi2 gajah dan tapak2 gajah. alhamdulillah, saya dpt tidur dgn nyenyak. tetapi pakcik saya dan rakannya tidak selesa berada dlm gua tersebut kerana tahi2 gajah dan tapak2 gajah. semasa berada di dlm gua2, pelbagai bunyian kami dengar dari luar gua.

kali kedua saya ke sana adalah pada 1999 juga seramai 6orang. tetapi kami tidak dapat tidur di dlm gua tersebut walaupun itulah niat asal kami. kerana lama mula trekking, kami berkhemah di tengah2 trek. keesokan hari baru kami sedar bhw kami hanya 10minit drpd gua kepayang besar. insyaallah, jika tiada halangan, saya akan cuba sertai kumpulan ke gua kepayang di taman negara pada hujung bulan ini.

Amanat NC 2011

pada pagi semalam, 10 feb 2011, saya hadir ke majlis amanat naib canselor uitm. ianya diadakan di dewan agung tuanku canselor (datc) uitm. ianya program pertama diadakan di dewan terbesar dan terbaru uitm.

tema utk uitm pada 2011 adalah tahun kebajikan untuk pelajar. ianya sesuai dgn uitm sebagai institusi utk mengubah destini anak bangsa. kebajikan tidak bermaksud menerima shj. pelajar juga diminta utk menjadi ahli masyarakat yg mempunyai sifat kasih (caring) kpd ahli lain dlm masyarakat.

saya lihat ianya sesuai dgn beberapa program peers yg disenaraikan pada 2011. jadi peers uitm berupaya menghayati dan menterjemahkan amanat nc uitm menjadi realiti.

Rabu, Februari 09, 2011

Perjumpaan dgn ahli Peers

tadi bermula 8.30mlm saya hadir ke aktiviti peers. ianya adalah perjumpaan dgn ahli peers utk membentangkan program2 peers utk sem jan-mei 2011.

alhamdulillah, seramai 3mantan presiden peers telah dpt hadir utk mempromosikan peers kpd ahli2 baru. saya anggarkan lebih 100peers yg hadir (baru dan sedia ada). ramai yg terpaksa memenuhi tangga di kiri dan kanan dlm dewan selain duduk di belakang. mungkin seramai 150peers yg hadir.

saya mempromosikan program peers dan mengubah destini anak bangsa, dan khidmat masyarakat di kuala tahan. berdasarkan kpd sambutan 'ooo, aaaa, waaa,...' saya andaikan ramai yg berminat utk mengikuti kedua2 program ini. saya juga mempromosikan program cadangan antara peers dan mercy malaysia.

insyaallah, peers akan terus cemerlang dgn ahli2 baru. sokongan kaunselor dan alumni dulu, kini dan di masa hadapan sentiasa dihargai dlm membantu peers menjadi cemerlang sbg seorang insan.

Buku dan Menilainya

saya menerima dua bungkusan dari uk hari ini. kedua2 bungkusan tersedia menanti saya utk membukanya setelah saya sampai dari uitm.

kedua2nya adalah buku yg saya pesan melalui ebay. kedua2nya adalah buku bertajuk lesiure and recreation management. buku ini ditulis oleg george torkildsen. ianya adalah edisi ke 4, terbitan tahun 2000.

sebelum ini saya hanya ada salinan shj. ianya tidak dpt saya cari di kedai2 di malaysia. alhamdulillah, internet membolehkan saya membeli buku2 yg bagi saya amat bernilai utk profesion saya sbg pensyarah. kos sebuah buku hanyala lebihkurang rm30. mungkin mahal bg setengah orang. tetapi bg saya ianya amatlah murah drpd segi kos tetapi tidak ternilai drpd segi ilmu utk saya pelajari dan kongsi bersama pelajar di fsr.

Mereka TIADA UiTM di Hatiku

uitm bertujuan membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi bumiputera melalui menyediakan peluang pendidikan tinggi kpd bumiputera. maka setiap warga uitm mempunyai tugas dan tanggungjawab masing2 utk memastikan hasrat murni ini tercapai.

bagaimana dgn mereka yg niat yg sebaliknya di uitm? mereka ini melihat uitm hanya sebagai lubuk emas yg akan dilakukan apa cara yg dapat dilakukan dan halal haram bukanlah penghalang utk mencapai maksud mereka. maka mereka akan mencuri, merompak, dan melakukan sebagainya dgn matlamat memerah susu utk kepentingan mereka tanpa memperdulikan kesan kpd lembu.

ada yg akan mengajar tanpa punyai kelayakan yg diperlukan. ada yg menganjurkan pelbagai program utk tujuan tuntutan. ada yg menulis buku yg tak asli. ada yg membuat penyelidikan tidak asli. ada yg membuat lawatan yg tak produktif. janji mereka dpt kaut untung. mereka tidak pedulikan kesan kpd uitm. mereka tidak ambil kisah kesan kpd pelajar, staf uitm dll.

ini kerana mereka tiadanya 'uitm di hatiku'. mereka pengkhianat kpd bangsa dan agama. mereka memang licik bila bercakap.

Selasa, Februari 08, 2011

Konsisten

kita diminta dan dijangka melakukan sesuatu secara konsisten. ianya seperti cakap serupa bikin.

maka orang akan melihat seseorang itu setakat manakah dia melakukan sesuatu secara konsisten tanpa berat sebelah. ini selalunya berlaku apabila seseorang diharapkan menagmbil keputusan dan tindakan secara adil. janganlah apabila 'ayam tambatan' dah terperangkap dgn ketidakjujuran, maka dikeluarkan cara mengadili yg lain.

jika tindakan diambil atau tidak diambil secara tidak konsisten atau secara 'pilih bulu', seorang pemimpin akan hilan kepercayaan pengikutnya. dan kemungkinan pengikut atau orang bawahan akan meminta pemimpin baru.

RTBK Menu C



ianya satu drpd menu utk mereka yg dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. kalau ada menu c, mesti ada menu a dan menu b. menu d dan seterusnya ada ke?

rtbk adalah rangsum tempur. atau dlm bahasa orang putih, combat/battle ration. teringat kali pertama merasai ration spt ini adalah di fraser's hill, pada tahun 1974. saya, adik dan kawan2 sedang bermain di luar bungalow di bukit fraser. kami di sana utk cuti sekolah. dan semasa kami bermain di tepi jalan, satu kumpulan tentera malaysia/polis hutan(?) berjalan ke arah kami. saya tak ingat, adakah mereka baru hendak memulakan operasi atau baru balik drpd operasi.

tetapi kenangan yg saya ingat adalah kami diberikan bungkusan serbuk minuman oren. jadi mungkin mereka baru balik drpd operasi kot. dan pada mula2 saya mengikuti aktiviti berkhemah, saya akan cuba dptkan ration drpd saudara mara yg dgn penuh gembira sedia berkongsi rangsum mereka. terima kasih kpd ar akademik yg sudi berkongsi rangsum terbaru dgn saya.

Isnin, Februari 07, 2011

Cuti Tahun Baru Cina 2011

ianya satu cuti yg panjang bg saya. pada hari pertama saya ke rumah adik di bangi. alhamdulillah, ketika di sana tiada masalah hidung tersumbat.

tetapi bermula pada hari jumaat sehingga ahad, badan terasa penat. secara fizikal, tiada kecederaan luar. alhamdulillah, solat dapat dilakukan pada masanya. hairan, apakah punca kepenatan atau rasa lesu. semalam saya jangkakan saya mungkin bercuti pada hari ini. adik bertanya jika saya ada 'mc'.

pagi tadi di pejabat terpaksa saya berehat 1/2jam. tenaga kejap ada, kemudiannya susut. makan pagi tadi pun risau takut termuntah lagi. ada kawan yg suruh pi 'tengok2' kot ada yg mengikut. tapi saya tidak ke hutan dah lama. waktu rehat tengahari terpaksa menolak pelawaan tda utk temankan profesor pelawat makan tengahari di inovasi. sempat rehatkan badan sebelum kelas 3jam.

alhamdulillah, semasa mesyuarat bersama peers, kelesuan telah pun hilang. mungkin lesu kerana terlebih rehat semasa cuti yg panjang? adakah ini bermakna saya ni 'workaholic', mabuk kerja? Allah jua yang Maha Mengetahui. terima kasih kpd rakan2 yg mengambil berat dan berkongsi pelbagai pesanan dan petua.

Ahad, Februari 06, 2011

Semoga Sejahtera

satu ucapan yg sebaik2nya kita ucapkan kpd mereka yg kita kasihi dan kenali. kita juga boleh ucapkan kpd mereka yg tidak kita kenali. sejahtera..salam..islam..hamba Allah.

kita semua hamba Allah. jadi apakah maksud sebagai hamba Allah? fahamilah kenapa kita dijadikan Allah. 'tidak Ku jadikan jin dan manusia selain drpd utk beribadah kpd Ku'. maka kita tahu bhw kita dijadikan sbg manusia utk beribadah kpdNya, Allah hanya satu-satunya tuhan, tiada tuhan melainkan Nya.

apakah yg kita mahu dlm hidup ini? jika kita tahu bhw kita dijadikan sbg hamba Allah utk beribadah kpdNya, maka kita inginkan kemudahan dlm menjalankan ibadah kpd Nya. kereta besar dan mahal, rumah besar dan mahal, pangkat besar dan pingat2 bukanlah memudahkan utk kita beribadah kpdNya. perkara2 materialistik ini sebenarnya adalah gangguan yg menyebabkan kita hilang fokus utk beribadah kpdNya.

maka motivasi kpd kita adalah mencari alat2 utk membolehkan kita beribadah kpdNya. makan utk mempunyai tenaga utk beribadah kpdNya. rumah utk memberi ruang yg selesa utk beribadah kpdNya. kenderaan yg membolehkan kita ke masjid/surau utk kita dpt beribadah dgn lebih khusyuk kpdNya. pandangan anda?

Jumaat, Februari 04, 2011

Hidup Secara Sederhana

kita dinasihatkan utk hidup secara sederhana. tetapi kita diingatkan utk bekerja seolah2 kita akan hidup selama2nya. dan beribadah seolah2 kita akan mati esok hari.

kenapa kita belajar? untuk punyai kelulusan yg membolehkan kita mendapat kerja. dan kita inginkan kerja yg membolehkan kita mendapat hasil pendapatan yg membolehkan kita hidup dgn selesa. ilmu adalah penting utk membantu kita bekerja dgn bijak.

tetapi ramai yg salah faham bhw kehidupan yg selesa mestilah rumah yg besar, kereta yg berjenama mahal, pakaian yg berjenama, makan di tempat2 mahal. juga ramai yg salah faham bhw kehidupan yg selesa adalah mempunyai banyak rumah dan kereta.

yg penting adalah kita memiliki aset yg membolehkan kita hidup selesa di dunia dan diakhirat. hutang kerana memiliki rumah dan kereta bukanlah alasan utk berhutang. khatib tadi mengingatkan makmum bhw seorang yg mati tanpa menyelesaikan hutangnya, maka rohnya menghadapi masalah. jadi, bgmanakah utk hidup secara sederhana, bekerja seolah2 utk hidup selama2nya dan beribadah seolah2 akan mati esok hari?

Khamis, Februari 03, 2011

Ilmu Perakaunan Untuk Kesejahteraan

semalam, semasa satu mesyuarat saya dipuji kerana membantu organisasi menyelesaikan masalah kewangan yg besar. pengerusi dan ahli2 lembaga yg lain memuji cadangan saya.

ramai yg dgn bangganya menyatakan bhw ini adalah kerana saya graduan perakaunan forensik. saya berkongsi bgmana utk menghapuskan aset yg sebenarnya tiada drpd kunci kira2 tanpa menjejaskan nilai pelaburan pemegang2 saham. aset tersebut pada asalnya wujud tanpa bukti yg kukuh. tetapi yg bertanggungjawab utk masalah ini telah tiada dlm organisasi. pengerusi dan timbalan pengerusi memang tidak berpuashati dgn tindakan yg tidak bertanggungjawab yg menyebabkan organisasi masalah yg pada mulanya boleh menjejaskan kesinambungan organisasi.

alhamdulillah, ilmu perakaunan berjaya saya buktikan amat diperlukan oleh mereka di pelbagai peringkat dlm organisasi. ilmu perakaunan bukan shj utk kesejahteraan organisasi, tetapi utk kesejahteraan peribadi juga. maka saya sentiasa menyatakan dan bersetuju dgn pemahaman bhw ilmu perakaunan asas perlu dikongsi dgn aetiap pelajar di ipt.

Cadangan Peers ke Taiping/Tampoi

antara cadangan aktiviti peers pada 2011 adalah lawatan ke hospital bahagia. cadangan pertama adalah ke hospital di tanjung rambutan. dan ianya akan merangkumi lasabela ke penjara taiping, zoo taiping dan ke sebuah kolej bersekutu uitm di ipoh.

cadangan kedua adalah ke johor. kita lawat hospital di tampoi, uitm jb, utm dan kolej bersekutu uitm di larkin. keputusan belum dilakukan lagi. insyaallah, jika sempat, saya akan berbincang dgn wakil hospital tampoi pada petang ini.

pada 2009, peers melakukan sebanyak 40 aktiviti. pada 2010, sebanyak 43 aktiviti peers. pada 2011, saya jangkakan sekurang2nya 20 aktiviti. jika lebih dan mampu diuruskan dgn baik dan memberi pulangan yg membina ahli2 peers, ianya sangat2 membantu dlm penilaian keberkesanan aktiviti persatuan di uitm.

petang semalam, setelah selesai mesyuarat lembaga pengarah, saya berbincang dgn ketua pkk. beliau cadangkan agar setiap program mempunyai laporan berkaitan penilaian keberkesanan program peers kpd peers, senarai kehadiran, perbandingan kos mengurus dan manafaat menjalankan program selaras dgn pengurusan amalan terbaik.

Rabu, Februari 02, 2011

Mesyuarat dan Keputusan >RM1juta

pagi tadi saya bermesyuarat dgn staf upk saya. unit pening kepala. saya dimaklumkan bhw upk setelah saya tamat tempoh saya akan ditempatkan di bawah seorang timbalan pengarah. alhamdulillah, mungkin kata2 dan pandangan upk akan lebih bermakna dan akan diterima utk penambahbaikan organisasi.

saya bersama staf saya kemudiannya makan tengahari bersama staf unitec (dahulunya ktyag), kolej bersekutu di alor gajah. kami makan di medan selera sek.2 shah alam. tak silap saya, dah lama saya tak makan di situ setelah ianya diperbaiki. oleh kerana saya masih selsema, saya tidak dpt menikmati abc special yg menjadi tujuan utama staf unitec ke medan selera sek. 2. insyaallah, rezeki saya di masa akan datang.

pd petangnya saya bermesyuarat sebagai ahli lembaga. saya menandatangani cek kedua bernilai >rm800ribu. lupa bawa kamera. kemudiannya, alhamdulillah mesyuarat berjaya menyelesaikan masalah bernilai >rm1juta. terima kasih kerana ahli percaya terhadap kemampuan saya membantu lembaga. seorang ahli lembaga mencadangkan agar dividen saya lebih drpd ahli lain kerana membantu menyelesaikan masalah utama kewangan kami.

Selasa, Februari 01, 2011

Mercy dan Peers UiTM Shah Alam

semasa menunggu kedatangan prs umk, ketua pkk mencadangkan peers utk melibatkan diri melalui khidmat masyarakat secara lebih luas lagi. beliau mencadangkan melalui mercy malaysia.

belum habis beliau bercerita tentang cadangannya, saya telah smskan kpd presiden mercy, datuk dr ahmad faizal. beliau merupakan rakan sekolah saya. kami dlm satu kumpulan kelas selama 3tahun. dan saya menerima sms balasan drpdnya bhw beliau akan telefon saya kemudian.

semasa mengiringi pelawat dari umk menaiki bas utk ke bangi, saya menerima panggilan telefon drpd presiden mercy. saya memberi salam spt berikut,'assalamualaikum datuk'. belau membalas,'apa datuk2 ni, kita abang adik, bro cukuplah'. begitulah cara seorang yg rendah diri. kami bersetuju utk berjumpa dan berbincang tentang kerjasama diantara mercy dan peers shah alam pada sabtu. insyaallah, peers akan cemerlang di peringkat antarabangsa.

01.02.2011

alhamdulillah, pada hari ini genap 10tahun saya bertugas sebagai pensyarah di uitm. lebih khusus lagi, pensyarah di fakulti sains sukan & rekreasi, uitm shah alam.

begitu cepat masa berlalu. pada 01.02.2001, saya melaporkan diri di fsr di pusat sukan uitm. bilik saya di atas, berkongsi dgn beberapa pensyarah spt en hisyam che mat, en nagoor meera dan ramai lagi. meja saya di tepi pintu masuk. berhampiran dgn papan dart yg terletak di pintu. semasa di pusat sukan, selalunya selepas jam 5ptg, saya akan main skuash.

sekarang bilik saya di tingkat 4 fsr, bangunan akademik 3. pada 2001 - 2003, fsr di stadium shah alam. mula2 kami dlm bilik kuliah yg besar. kemudiannya, saya berkongsi dgn seorang pensyarah. alhamdulillah, banyak yg berlaku perkembangan positif bg fsr dlm tempoh 10tahun ni. kini, fsr mempunyai beberapa pensyarah berkelulusan phd. ramai yg akan tamat pada tahun ini.

insyaallah, saya akan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah di fsr.

LTDL 2011

pada tengahari atdi, saya hadir ke pelepasan utk cabaran terakhir ltdl 2011. ianya telah diadakan di padang kawad, uitm shah alam.

saya mewakili pengarah ined. pelepasan dilakukan bersama oleh menteri kpt dan nc uitm. selain drpd pelajar dan staf uitm, ramai juga peminat2 dan penyokong2 yg hadir utk pelepasan ltd 2011 ini. dan turut ramai adalah mereka yg bertugas utk memastikan acara tahunan ltdl2011 berjalan dgn jayanya. selain drpd marshall2, outrider, media, juga terdapat krew sokongan spt ambulan dll.

tahniah kpd uitm kerana terpilih sbg tempat pelepasan cabaran terakhir ltdl 2011. terima kasih kpd penganjur yg memilih uitm shah alam.

Lawatan Benchmarking Drpd UMK

pagi tadi peers meraikan prs umk. terima kasih kpd ajkt dan ahli peers yg sudi hadir meraikan tetamu dari kelantan waalu pun uitm sedang bercuti.

prs umk diiiringi oleh ketua pusat kaunseling dan seorang kaunselor, pn mastura. pn amstura pernak ke uitm terlebih dahulu utk mendapat sedikit penerangan berkaitan peers. setelah pertemuan di umk, maka prs umk pun hadir ke uitm shah alam selaras dgn ajnji mereka utk ke uitm shah melakukan benchmarking dgn peers uitm shah alam.

mantan presiden 2010, sdr wan membentangkan program yg telah dijalankan peers pada 2010. kemudiannya sdr azwan, presiden peers 2011 pula membentang perancangan program peers utk 2011. turut hadir adalah 2 peers antarabangsa bersama pn azah, kaunselor di uic. beberapa kaunselor turut sama hadir. tidak ketinggalan, mantan presiden 2008 dan wakil peers dari uitm melaka.

terima kasih kpd prs umk kerana sudi menjadikan peers sebagai rujukan utk meningkatkan prs. terima kasih kpd warga pkk dan peers kerana sudi meraikan prs umk. peers cemerlang. insyaallah, peers uitm shah alam akan melakukan lawatan balas ke umk di masa terdekat.