Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Februari 07, 2011

Cuti Tahun Baru Cina 2011

ianya satu cuti yg panjang bg saya. pada hari pertama saya ke rumah adik di bangi. alhamdulillah, ketika di sana tiada masalah hidung tersumbat.

tetapi bermula pada hari jumaat sehingga ahad, badan terasa penat. secara fizikal, tiada kecederaan luar. alhamdulillah, solat dapat dilakukan pada masanya. hairan, apakah punca kepenatan atau rasa lesu. semalam saya jangkakan saya mungkin bercuti pada hari ini. adik bertanya jika saya ada 'mc'.

pagi tadi di pejabat terpaksa saya berehat 1/2jam. tenaga kejap ada, kemudiannya susut. makan pagi tadi pun risau takut termuntah lagi. ada kawan yg suruh pi 'tengok2' kot ada yg mengikut. tapi saya tidak ke hutan dah lama. waktu rehat tengahari terpaksa menolak pelawaan tda utk temankan profesor pelawat makan tengahari di inovasi. sempat rehatkan badan sebelum kelas 3jam.

alhamdulillah, semasa mesyuarat bersama peers, kelesuan telah pun hilang. mungkin lesu kerana terlebih rehat semasa cuti yg panjang? adakah ini bermakna saya ni 'workaholic', mabuk kerja? Allah jua yang Maha Mengetahui. terima kasih kpd rakan2 yg mengambil berat dan berkongsi pelbagai pesanan dan petua.

Tiada ulasan: