Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Februari 01, 2011

01.02.2011

alhamdulillah, pada hari ini genap 10tahun saya bertugas sebagai pensyarah di uitm. lebih khusus lagi, pensyarah di fakulti sains sukan & rekreasi, uitm shah alam.

begitu cepat masa berlalu. pada 01.02.2001, saya melaporkan diri di fsr di pusat sukan uitm. bilik saya di atas, berkongsi dgn beberapa pensyarah spt en hisyam che mat, en nagoor meera dan ramai lagi. meja saya di tepi pintu masuk. berhampiran dgn papan dart yg terletak di pintu. semasa di pusat sukan, selalunya selepas jam 5ptg, saya akan main skuash.

sekarang bilik saya di tingkat 4 fsr, bangunan akademik 3. pada 2001 - 2003, fsr di stadium shah alam. mula2 kami dlm bilik kuliah yg besar. kemudiannya, saya berkongsi dgn seorang pensyarah. alhamdulillah, banyak yg berlaku perkembangan positif bg fsr dlm tempoh 10tahun ni. kini, fsr mempunyai beberapa pensyarah berkelulusan phd. ramai yg akan tamat pada tahun ini.

insyaallah, saya akan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah di fsr.

Tiada ulasan: