Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Mac 30, 2011

Kuala Tahan dan Taman Negara

bermula pada bulan februari 2011, insyaallah saya akan ke kuala tahan pada tiap2 bulan sehingga jun 2011. itulah perancangan asal.

februari 2011 - recce utk program peers di kuala tahan. mac 2011 - recce utk program ined di kuala tahan dan semakan program peers di kuala tahan. april 2011 - bengkel bersama jkkk di kuala tahan. mei 2011 - program peers di kuala tahan dan bersama tm di kuala tahan. jun 2011 - ined di kuala tahan.

walau bagaimana pun, kita hanya merancang. dan perancangan perlu dikemaskini. maka terbaru, saya rancang program april di bawa ke bulan mei. pada minggu tersebut, saya berkemungkinan mempunyai 4 program di kuala tahan. ada peluang kot jadi jkkk (kehormat)?

tadi saya berbincang dgn peers tentang program peers di sabah dan kuala tahan. sehingga kini masih tiada yg sudi menjadi ajk program. kenapa? tiada keyakinan ke? peers boleh, insyaallah.

Yakin ...Insyaallah

untuk melakukan sesuatu, kita perlu mempunyai keyakinan diri. dan keyakinan diri ini diperolehi melalui ilmu dipelajari secara formal dan tidak formal. ilmu formal adalah seperti di bilik kuliah. ilmu tidak formal seperti pengalaman. ilmu formal selalunya adalah ilmu tidak formal dibukukan.

ada yang menyatakan bhw mereka tidak yakin akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab jika saya bertugas di tempat lain. ianya satu petanda yg baik. ianya juga satu petanda yg tidak baik. petanda baik menunjukkan bhw kehadiran saya amat diperlukan. petanda tidak baik bermakna saya tidak dapat berhijrah utk saya menjadi lebih baik. ianya juga petanda tidak baik bhw saya telah tidak berkongsi ilmu dgn mereka di tempat semasa supaya membolehkan mereka dapat melakukan kerja dgn cemerlang tanpa kehadiran saya.

saya sebagai seorang manusia biasa juga mengalami kurang keyakinan utk melakukan sesuatu. tetapi dgn menggunakan ilmu yg ada, dan yg penting dgn keyakinan kpd Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa, insyaallah kita akan berupaya melakukan dgn sebaiknya. manusia merancang, Allah merancang, dan Allah jua Maha Perancang.

Selasa, Mac 29, 2011

Di Taman Botani Negara 29032011

alhamdulillah, tadi giliran pelajar sps550 kumpulan 4s1 dan 4s3 utk melakukan terapi rekreasi. tempat yg dipilih adalah taman botani negara atau nama lamanya taman pertanian bukit cerakah.

alhamdulillah, mereka juga berjaya mendapat bas utk ke sana. kami mulakan kelas dgn menghadiahkan bacaan alfatihah kpd oh arwah 2 bapa pelajar 4s1 yg meninggal dunia semalam. seterusnya saya memberi taklimat matlamat kelas di tbn. mereka perlu sediakan 'personal reflection' utk pengalaman berada di tbn. ianya satu bentuk terapi utk mereka yg sedang menghadapi stres yg tinggi kerana banyak tugasan dan ujian sebelum peperiksaan akhir.

pada akhir program, iaitu semasa debriefing, ramai yg menyatakan keseronokan berada di tbn. dan ramai yg mengucapkan terima kasih kpd saya kerana memberi peluang utk mereka melepaskan stres di tbn. sama2.

Isnin, Mac 28, 2011

Taman Botani Putra Jaya

tadi saya ke taman botani putra jaya. ianya kelas bersama pelajar 4s2 sesi jan 2011 utk kursus sps550.

setelah belajar teori kaunseling, maka matlamat lawatan adalah utk pelajar mempraktik teori/terapi yg dipelajari utk mengurangkan stres. saya andaikan berada di taman botani putra jaya akan dapat membantu mengurangkan stres pelajar yg akan menghadapi peperiksaan akhir bermula 20 april nanti.

cadangan asal ke taman botani shah alam. tetapi tbsa tutup pada hari isnin. tadi pun di tbpj kafenya tutup. hari isni lebih kpd hari 'maintenance'. alhamdulillah cuaca yg cerah mengizinkan kami menikmati keindahan alam milik Allah.

insyaallah esok saya akan bersama pelajar 4s1 dan 4s3 di tbsa pula. ada yg nak join sama?

Ahad, Mac 27, 2011

Paralimpik

paralimpik adalah sukan utk oku yg setaraf dgn olimpik. dan malaysia berjaya memenangi beebrapa pingat melalui paralimpik. memang oku juga mampu menyaingi kebolehan mereka yg normal malah boleh melebihi mereka yg normal dlm sukan.

paralimpik di malaysia di gerakkan oleh majlis paralimpik malaysia (mpm). sekarang ianya dipengerusikan oleh yg bhg datuk zainal abu zarim. dan pihak mpm telah sudi menjemput uitm melalui fsr utk menjadi penganjur bersama bagi gerakan paralimpik negara sedekad 2011-2020 selaras dgn matlamat malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020.

insyaallah, dgn komitmen yg ditunjukkan oleh en nagoor meera dlm paralimpik,fsr akan cuba turut menyumbang dlm membantu meningkatkan prestasi paralimpians malaysia. para pelajar fsr dan uitm juga turut dijemput utk bersama menjadi sukarelawan utk membantu mpm dlm meningkatkan prestasi paralimpians malaysia. jemputan ini tidak terhad kpd warga uitm di shah alam shj.malah alumni uitm juga dijemput utk menjadi sukarelawan paralimpik malaysia.

GPN 2011-2020

alhamdulillah, tadi saya selesai menjalankan tugas saya sbg moderator utk forum 2 d konvensyen kebangsaan gerakan paralimpik negara sedekad 2011-2020. ahli panel saya terdiri drpd pm dr mohd fadzil che din, pengarah institut sosial malaysia dan en noor kefli sulong, pengarah sukan uiam.

tajuk yg dibincangkan adalah sukarelawan dan pemasaran utk gerakan paralimpik. bagi slot2 lain, ianya telah dipengerusikan oleh staf2 uitm, majoriti dr fsr. dekan fsr turut hadir utk mendpt maklumat bgmana fsr dpt menyumbang kpd peningkatan prestasi paralimpik di malaysia.

orang kuat fsr dlm paralimpik adalah en nagoor meera. selain beliau, turut terlibat adalah pm dr anuar suun, dr rozita dan en hamdan. beberapa pelajar sarjana fsr dan staf pentadbiran fsr turut juga terlibat.

ramai drpd peserta yg hadir adalah graduan fsr. mereka mewakili organisasi masing2. tahniah dan terima kasih kpd penganjur gpn 2011-2020. insyaallah, saya sedia membantu jika dijemput.

Selasa, Mac 22, 2011

Mesyuarat di KPT

pagi tadi saya hadir ke mesyuarat di kpt. pasukan uitm diketuai tnc jim. ahli2 lain adalah pengarah employabiliti dan peg eksekutif jim.

kpt diwakili oleh 5 stafnya. kami berbincang berkenaan heigip. cadangan seramai 250pelajar uitm akan terlibat dlm pilot project. jika 'outcome' memberangsangkan, maka ianya akan digunakan ke semua ipt. dan uitm dicadangkan sebagai ipt perintis.

pelajar yg terpilih akan berdasarkan keputusan sem 1. mereka diperlukan hadir di organisasi setiap cuti sem selama 1 bulan, kecuali pada sem terakhir, mereka akan melakukan 'internship' selama 6 bulan. jumlah intership adalah 12 bulan. harapan kpt dan uitm, pelajar yg terlibat dlm internship akan ditawarkan pekerjaan dgn organisasi yg telah 'groom' mereka.

selalunya tempoh lantikan di suatu tempat adalah 2 tahun. adakah ini bermakna saya akan berada di jawatan baru selama 4 tahun minima?

Isnin, Mac 21, 2011

JIM dan PJI dan R&I

di kampus cawangan, jawatan tp ke3 ialah tp pji. ianya bermaksud timbalan pengarah yg bertanggungjawab utk penyelidikan (dan inovasi) dan jaringan industri (dan masyarakat). dan tp ini melaporkan selain kpd pengarah di kampus adalah kpd tnc r&i dan tnc jim di shah alam.

tadi saya makan malam bersama tp pji uitm terengganu. bersama2 beliau adalah penyelaras masmed uitmt dan penyelaras tunas mekar uitmt. makan malam juga termasuk perbincangan berkaitan tugas2 pji trganu.

tp pji uitmt memang banyak idea yg bernas. dan saya tertarik dgn 2 drpd idea beliau iaitu pokok karas dan sarang burung walit. hasil perbincangan membuatkan saya berminat utk lakukan penyelidikan berkaitan burung walit dan pokok karas. mungkin satu drpdnya boleh saya gunakan utk phd saya. insyaallah.

terima aksih kpd pm dr azemi krn sudi berkongsi idea2 yg bernas dgn saya. terima kasih juga krn sudi belanja saya makan malam, walau pun pada asalnya saya berniat nak belanja beliau dan pasukannya makan malam.

Dari PP ke PD

19-20 mac, hujung minggu yg baru berakhir, kaum kerabat saya ke PD. kami mengadakan hari keluarga.

kami menginap di ilham pnb resort. oleh kerana terdapat ahli keluarga yg bekerja dgn pnb, maka kami mendapat bilangan apartmen sebanyak bilangan mereka ini pada kadar staf. banyak bezanya. bila uitm boleh ada resort macam ni utk memudahkan stafnya menikmati manafaat sbg staf melalui kemudahan penginapan yg murah?

tahun lepas kami tak beraya di kampung. maka suasana di pd macam balik kampung (adalah sikit2). hanya 48 orang shj yg dapat hadir. biasanya lebih drpd 60orang. pada petang sabtu diadakan acara bowling. pada malamnya diadakan makan malam ala bbq. sebelum penyampaian hadiah kpd pemenang acara bowling, diadakan 'lucky draw'. setiap ahli akan menerima hadiah drpd kami semua (semua dimestikan membawa hadiah utk dituka2kan).

mengikut terapi realiti, antara lima keperluan utama manusia adalah kasihsayang dan perasaan ikatan (love and sense of belonging). acara kekeluargaan sebegini mengukuhkan lagi kasihsayang dan ikatan kekeluargaan. terima kasih kpd penganjur dan penaja-penaja.

Jumaat, Mac 18, 2011

Majlis Pelancaran AKNC 2011

pada pagi tadi saya di ilqam lagi. tetapi kali ini untk taklimat aknc 2011 oleh felo inqka. kalau sebelum ini, majlis diadakan sama ada di dewan kolej atau di hotel, maka kali ini diadakan di auditorium ilqam.

pada sebelah petang pula, diadakan majlis pelancaran aknc 2011. ianya telah dirasmikan oleh nc uitm. majlis yg ringkas diakhiri dgn majlis penyampaian cenderahati utk panel penilai aknc 2010. dan saya adalah antara panel aknc 2010 yg turut menerima cenderahati drpd nc uitm.

utk aknc 2011, bilangan panel penilai akan dikurangkan bilangannya. ianya atas alasan2 tertentu. maka masihkah saya akan menjadi panel aknc? jika tidak terpilih, ok juga sebab tugasan baru memerlukan saya bertugas spt ranger - sentiasa bergerak cergas.

terima kasih kpd rakan2 penilai aknc 2010, inqka dan semua pihak yg terlibat utk majlis tadi.

Khamis, Mac 17, 2011

Integriti dan Pemimpin

seorang kawan komen tentang juara satu pertandingan futsal persahabatn. beliau menyatakan bhw pasukan yg jadi juara telah tidak mematuhi syarat2. mereka telah menggunakan khidmat pemain import iaitu mereka yg berusia tidak seperti syarat penyertaan.

pemilihan pemimpin bukanlah satu proses mudah. tetapi ada yg ingin sangat2 nak jadi pemimpin. ada yg kerana ingin dilayan dan disambut oleh orang lain. ada yg kerana tidak ingin membuat kerja, kerana kononnya jadi bos hanya mengarah shj.

seorang pensyarah adalah seorang pemimpin. seorang pensyarah adalah seorang role model kpd pelajar dan masyarakat. maka seorang pensyarah mesti berintegriti. pada pandangan saya integriti bermaksud lengkap dan cakap serupa bikin. maka perlulah mempunyai 4 SiFAT, siddiq, fatanah, amanah dan tabligh.

seoran itu boleh menipu orang lain bukan pada setiap masa. lama2 orang lain akan nampak dirinya yg sebenarnya.

Rabu, Mac 16, 2011

Tugas Hampir Selesai

pagi tadi saya hadir ke bengkel failmeja yg dikendalikan oleh kedua2 staf saya di upk. jika sebelum ini selalunya saya yg jadi fasilitator dan penceramah, maka tadi saya menjadi peserta.

alhamdulillah, saya amat berpuashati dgn pengendalian kursus oleh kedua2 staf saya. mereka berkongsi dgn peserta apa, kenapa dan bagaimana menyediakan fail meja utk orgahisasi. kebolehan dan kejayaan mereka mengendalikan kursus/bengkel tadi amat menggembirakarn saya.

apabila memegang sesuatu jawatan, seseorang akan melalui 3 peringkat, sebagai pelajar, pembuat dan pengajar. maka tadi membuktikan bhw cara saya sbg seorang ketua telah berjaya kerana staf saya sudah berupaya dan boleh menggantikan saya. jawatan sbg ketua bukanlah jawatan hakiki. maka semasa memegang jawatan ketua upk,saya mesti berkongsi ilmu dgn staf saya utk menjadikan mereka sbg pelapis saya.

tahniah kpd nu, eo upk dan muiz,kerani upk. tugas saya sudah hampir selesai sbg ketua upk di ined dgn terbukti bhw staf saya sudah bersedia mengambilalih tugas dan tanggungjawab membantu menguruskan kualiti di ined.

Selasa, Mac 15, 2011

Berfutsal Semula

saya baru balik drpd berfutsal bersama kawan2 dan adik2 saya. turut sama adalah anak2 kpd beberapa kawan.

setelah sekian lama tidak berfutsal, saya kembali berfutsal. mula2 risau juga. maklumlah, stamina dah lama tak test. sendi2 dah keras. tapi alhamdulillah, futsal tadi berjaya saya lalui tanpa sebarang kecederaan berat. pelanggaran dan kemalangan kecil perkara biasa dlm bersukan. yg cedera mungkin ego.

dgn kos rm10, futsal adalah satu aktiviti sosial buat saya. diharapkan ianya dpt saya teruskan sebagai acar mingguan bersama kawan2 lama. dan saya telah maklumkan kpd kawan2 saya bhw saya akan perlu bantuan mereka utk memberi peluang latihan industri kpd pelajar2 uitm. rupa2nya pernyataan saya bhw saya adalah seorang pegawai pemasaran uitm akan menjadi satu kenyataan.

Isnin, Mac 14, 2011

Susu Untuk Sihat

semalam saya melihat sebuah iklan berkaitan minum satu jenama susu. mengikut kajian klinikal (yg dinyatakan oleh syarikat pengeluar susutersebut), terbukti bahawa minum susu jenamanya boleh mengurangkan kolesterol.

kita hanya perlu minum dua kali sehari. satu kali minum bersamaan 3sudu besar susu tersebut. dan kesan pengurangan kolesterol adalah setelah 30hari minum susu tersebut 2kali sehari. maka saya pun ke sebuah pasaraya utk mencari jenama berkenaan. maklumlah, ianya akan bermula dgn kandungan kolesterol yg tinggi. kemudiannya akan menjadi kencing manis, tekan darah tinggi dan sakit jantung. apabila 3 serangkai (kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung) ada pada kita, maka perlu bersedia untuk kembali kpdNya.

mahaljuga harga susu tersebut. ikg rm20++. tapi memikirkan pencegahan lebih baik dan murah drpd pengubatan/kos rawatan, maka saya anggapkan ianya sebagai satu pelaburan utk kesihatan saya dan ahli keluarga di rumah. dari kecil hingga tua, susu banyak membantu dlm kesihatan kita. lepas ni nak cari madu yaman pula.

Ahad, Mac 13, 2011

Berjumpa Bos Lama

tadi semasa saya di sebuah pasaraya di subang jaya, saya terserempak dgn seorang drpd bos lama saya. beliau adalah bos saya semasa saya di swasta dahulu.

tadi semasa saya berjumpa dgnnya, beliau sedang menolak 'pram' yg dinaiki oleh anaknya. beliau banyak mengajar saya bagaimana menguruskan projek. beliau akan menunjukkan melalui penggunaan diagram. dan ini yg saya masih gunakan jika saya merancang utk melakukan sesuatu. begitu juga apabila saya nak menerangkan kpd staf saya apa yg perlu dilakukan.

bekas pengurus saya adalah berbangsa india dan beragama hindu. saya pernah hadir ke majlis perkahwinan adiknya di bulan puasa. dan beliau faham tuntutan agama islam berkaitan solat, puasa dan minuman keras. semasa saya bekerja dgnnya dahulu, beliau amat perihatin tentang makanan dan minuman dan akan memastikan ianya halal.

keseronokan bekerja antaranya adalah hubungan dgn bos kita. maka semasa saya bekerja di bahagian tersebut, kami semua sangat seronok bekerja. kejayaan diberikan pengiktirafan yg sewajarnya. insyaallah, saya akan berjumpa lagi dgn bekas bos saya saudara suresh raghavan. terima kasih kerana sudi membimbing saya semasa bejkerja bersama anda.

Bajet dan Kesejahteraan Hidup

pada minggu ini telah dilancarkan tabung utk membolehkan mereka yg berpendapatan rm3000 ke bawah memiliki rumah. berdasarkan anggaran saya, mereka ini mampu membeli rumah berharga rm150ribu sahaja. tetapi tabung tersebut menyatakan boleh beli sehingga rm220ribu.

hari ini dlm suratkhabar star membuat kiraan jika membeli rumah pada harga rm220ribu akan berbelanja 37.2% drpd pendapatan bulanan utk bayaran pinjaman perumahan sebanyak rm1,115 bagi tempoh 30 tahun pada kadar 6.5%. jika membeli rumah berharga rm150ribu, bayaran bulan adalah rm948 (31.6% drpd gaji bulanan). saya berpendapat bhw bayaran bulanan rumah seeloknya hanya 18% drpd gaji bulanan, iaitu rm540shj. jika demikian, harga rumah mesti kurang drpd rm90,000 ataupun rumah yg ingin dibeli adalah berharga 30bulan gaji jika pada kadar 6.5% dibayar selama 30tahun.

akpk menyarankan bhw kita berbelanja utk bayaran balik pinjaman bulanan maksima 40% drpd gaji kita utk hidup sejahtera. maka jika kita gunakan 30% utk rumah, maka hanya tinggal 10% utk kenderaan. dan ini bermakna seorang bergajirm3ribu sebulan sebenarnya hanya mampu membeli kenderaan bernilai rm30ribu shj utk dibayarbalik dlm tempoh 5tahun pada kadar 4%.

apa pandangan anda? sila rujuk kpd home loan calculator di laman2 web bank, dsbnya utk membantu membuat bajet anda.

Tahniah Prof Rahmat

semalam pada slot berita jam 8mlm di tv3 disiarkan ucapan yab tpm di majlis aalco. kemudiannya tpm telah menlancarkan buku2 hasil tulisan prof rahmat mohamad.

prof rahmat adalah setiausaha agung aalco. beliau adalah mantan tnc uitm, jawatan sebelum beliau ke india. beliau sbg sua aalco utk tempoh 4tahun, 2008 hingga 2012. prof rahmat adalah individu yg bertanggungjawab memastikan pusat penyelidikan uitm-perhilitan di kuala keniam, taman negara bermula pada 2006.

tahniah prof kerana meletakkan nama uitm dan malaysia di peta dunia.

Sabtu, Mac 12, 2011

Bersama Presiden Majlis Paralimpik Malaysia

semalam di fakulti saya, presiden mpm dan seorang lagi wakil mpm hadir untuk perjumpaan dgn pelajar dan staf fsr. matlamatnya adalah perbincangan berkaitan konvensyen GPN yg akan diadakan di melaka nanti.

saya lambat sampai. nagoor, pensyarah fsr telah sms kpd saya utk maklumkan supaya saya turut hadir. dan kerana lambat, tempat duduk yg kosong adalah di sebelah presiden mpm, datuk zainal. semasa saya diperkenalkan oleh dr anuar, saya terus bertanya kpd datuk sama ada beliau adalah abang kpd seorang cikgu yg ayah saya kenali. jawapan beliau adalah 'ya'. dan komen beberapa pensyarah fsr,'dia kenal semua orang di kelantan'.

datuk zainal memuji dr anuar dan nagoor yg sangat aktif berkaitan paralimpik dan oku. maka saya cadangkan kpd nagoor utk melancarkan unit penyelidikan berkaitan oku dan paralimpik semasa konvensyen nanti. usah kita pedulikan mereka yg hanya tahu berdengki tetapi tidak boleh bekerja.

Khamis, Mac 10, 2011

Kursus Lagi di ILQAM

hari ini saya berkursus lagi di ilqam. tajuk kursus hari ini adalah 'educational psychology'. ianya berkaitan psikologi pendidikan dan kepentingan kpd seorang pensyarah di uitm.

semeja dgn saya adalah penerima anugerak akademik 2011 utk peserta terbaik kursus anjuran ilqam. beliau memang aktif semasa kursus. beliau tidak kedekut berkongsi ilmu dgn peserta lain. seorang lagi semeja dgn saya adalah seorang pensyarah kejuruteraan awam. beliau mempunyai phd, dan sarjana muda dlm undang2 selain dlm bidang kejuruteraan awam. dan seorang lagi yg semeja dgn saya adalah bekas pensyarah saya semasa saya belajar di peringkat diploma. saya pernah mengaudit beliau semasa beliau menjadi dekan fakulti undang2 da pentadbiran awam.

saya juga berpeluang berkenalan dgn seorang pensyarah fakulti farmasi. beliau berasal dadri hyderabad india. beliau telah berada di malaysia sejak melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di usm.

terima kasih kpd penganjur yg sudi menjemput saya sebagai peserta. secara purata, saya hadir ke kursus ilqam setiap bulan utk tahun ini.

Rabu, Mac 09, 2011

Cadangan Program Peers 2011

saya cadangkan beberapa program secara usahasama oleh peers shah alam dan pihak lain utk 2011.
1. mdab di terengganu
2. mdab di ranau, sabah
3. mdab di kuala tahan, jerantut pahang
4. sife world cup di kuala lumpur
5. mdab di sg klah, perak

ada diantara peers yg berminat? sila hubungi saya

Selasa, Mac 08, 2011

Temuduga

pada petang semalam dan pada pagi tadi saya bertemuduga. saya ditemuduga dan saya juga menemuduga. ianya berkaitan jawatan yg ditawarkan kpd saya selepas jawatan sekarang.

petang semalam saya bersama dgn bakal bos saya, jika saya setuju. saya diberi 2 pilihan. pada mulanya saya tertarik dgn jawatan yg melibatkan 'nurturing'. tetapi setelah mendengar penerangan dan melihat kesungguhan bakal bos bercerita tentang latihan industri, saya bersedia menerima jawatan yg ditawarkan.

pada pagi tadi saya berjumpa dgn bos sekarang yg sedang saya bantu. beliau bersungguh2 inginkan saya mengggantikan beliau. setelah sah saya mendengar 'promosinya', saya tertarik dgn jawatan yg ditawarkan. keputusan bergantung kpd bos besar. jika dia fikir dan yakin saya boleh bekerja dgnnya, maka dia akan menetapkan jawatan saya. best juga..prof madya dr.. insyaallah. bersama kita doakan yg terbaik utk diri dan organisasi. insyaallah.

Isnin, Mac 07, 2011

Pilihan - Yang Mana Satu

ada orang tiada pilihan. ada orang ada banyak pilihan. tadi saya mendapat 2 pilihan.

insyaallah, saya akan tamat jawatan pentadbir akademik yg saya pegang sekarang pada penghujung mei 2011. jawatan ini telah saya sandang sehingga tamat tempoh selama 3tahun. isu yg berlaku semasa saya di swasta berulang di tempat sekarang. ketidakserasian bertugas dgn pihak tertentu. kepercayaan dlm menjalankan tugas adalah penting. ini menentukan keselesaan bekerjasama.

alhamdulillah, saya mendapat tawaran utk 2jawatan baru di pejabat sama. jadi sebelum saya membuat keputusan, saya perlu menilai kedua2 pilihan utk memastikan saya membuat keputusan terbaik utk diri dan organisasi. jika saya bersetuju, saya mungkin ke pejabat di bukit yg menghadap pintu masuk utama uitm shah alam.
doakan saya pilih yg terbaik dgn izin Allah.