Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Julai 31, 2009

Persahabatan dan Persaudaraan


Apabila kita berada disamping seseorang, kita akan 'take it for granted' kehadirannya. Kita cuma merasa 'kekosongan' apabila seseorang itu tiada lagi di sisi kita.

Ini adalah satu perkara biasa kpd kita. Kehadiran ahli keluarga dan kawan2 tidak dihargai sehingga mereka tiada lagi di sisi kita. Barulah kita akan mengenangkan dan mengingati keseronokan, kebahagiaan, kegembiraan dan lain2 lagi perasaan semasa masih lagi bersama kita. Saya harapkan pendekatan seperti ini akan saya ubah. Dan saya akan mula menghargai setiap masa saya diberi peluang berada bersama ahli keluarga dan kawan2. Sebab kita pasti bhw kita tidak tahu baki2 masa kita ada bersama mereka di dunia ini.

Gambar di atas adalah gambar saya bersama sahabat2 pd 1980, semasa kami di tingkatan 1. 4 drpd kami telah pergi menyambut panggilan Illahi. Seorang sedang berubat untuk sakit barahnya. seorang telah kehilangan isteri melalui barah. Bersamalah kita berdoa semoga kita, ahli keluarga dan sahabat2 kita sentiasa dirahmati, dirahmani, dirahimi oleh Allah Ta'ala.

Khamis, Julai 30, 2009

Rezeki Khamis 30072009

Tengahari tadi rezeki saya dan encik Hisyam Che Mat merasa buah-buahan daripada kampung dr.madya Norasrudin Sulaiman. Beliau telah membawa pelbagai buah-buahan tempatan ke fakulti dari Temerloh.

Dan kami menjalankan tanggungjawab memakan buah-buahan tersebut. Ada langsat, dokong, rambutan dan nangka (cempedak?). Saya hanya makan dokong dan rambutan sahaja. Terima kasih DM Suunto. Sebelum tu, saya telah dimurahkan rezeki oleh encik Hisyam semasa makan tengahari. Terima kasih encik Hisye. Semoga tuan2 berdua dimurahkan rezeki oleh Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Persahabatan akan membolehkan kita menikmati keikhlasan. Tidak perlu bermuka2 untuk mengambil hati seorang sahabat. Sahabat bersedia menerima sahabatnya seadanya. Tapi sahabatnya perlulah bersedia untuk berubah ke arah yang baik atau lebih baik. Allah Maha Pemurah kpd semua makhluk di dunia ini, tetapi Allah Maha Pengasihani hanyalah kpd makhluknya yang Islam dan beriman (petikan drpd bacaan).

Kejutan Buat Sahabat

Saya tidak suka buat kejutan. Saya juga tidak suka dikejutkan. Kan kena lemah jantung susah pulak saya.

Saya baru melihat gambar keluarga sahabat saya. Sahabat semasa di sekolah menengah. Beliau muda setahun berbanding saya. Dia merupakan diantara beberapa daripada sahabat saya yang dapat 'melangkah kelas' kerana keputusan peperiksaan yang amat cemerlang semasa di sekolah rendah. Semasa di zaman persekolahan, saya kerap bergaduh dgnnya. Berkaitan ego. Betul2 bergusti. Ibunya adalaha sahabat ibu saya. Maka saya telah hadir ke perkahwinannya mewakili ibu saya. Saya telah dijemput oleh ibu sahabat saya untuk berjumpa dengannya semasa beliau dan isterinya berada di atas pelamin. Itulah kejutan yang saya maksudkan. Setelah sekian lama kami tidak berjumpa, saya muncul dgn senyuman dan kebanggaan serta ucapan tahniah untuknya.

Melihat gambar beliau dan keluarganya, mengingatkan saya ke zaman persekolahan kami. Persahabatan yang bermula 29tahun yang lepas.Beliau sekarang seorang pakar perubatan. Semoga persahabatan kami diberkati dgn rahmat Allah.

Rabu, Julai 29, 2009

KP Bunga Raya


Saya pernah miliki KP berwarna biru. Saya dapat setelah mencapai umur 12tahun pada 1979. Saya pernah kehilangan KP biru saya pada tahun 1980 atau 1981.

Kemudian saya tukar kpd KP Bunga Raya. Saya dibagitau di pejabat JPN bhw nama KP versi ini adalah KP Bunga Raya. Saya dapat KP Bunga Raya pd 1993. Semasa saya sedang mengikuti program profesional perakaunan di ITM. Dan pada hari ini 29.07.2009, saya ke JPN untuk menukar KP Bunga Raya kpd MyKad. Ada banyak kelebihan mykad. Ada banyak juga kelemahannya. Itu mengikut yg telah memiliki mykad.

Walau apa pun, dapatkah saya simpan KP Bunga Raya saya sbg kenangan? Mungkin kalau dapat sokongan ... mungkin dapat kot. InsyaAllah.

Besar

Kalau ikut kuasa, saya bukan orang besar. Saya tiada memegang jawatan yg besar.

Saya terima banyak komen daripada keluarga dan kawan2, 'U ni sekarang nampak besar'. Komen sahabat saya Ustaz Zaid (UiTM Dungun), 'Bad, demo napok besar loni'. Bila saya tengok gambar saya di catitan sebelum ini untuk mykad, memang saya nampak besar. Hampir kesemua gambar2 saya kebelakangan ini saya nampak besar. Antara sebabnya, saya sudah mula melakukan latihan yg telah lama saya tinggalkan. Selain dapat menjaga kesihatan, ianya juga dapat mengurangkan stress negatif.

Alhamdulillah, saya dapat rasa perubahan positif kpd fizikal saya. Terutamanya kpd 'airbag' saya yg semakin kecil (perasaan saya kot). Kan kita pun tahu, untuk kesihatan kita kena jaga pemakanan dan senaman. Di FSR antara pakarnya adalah Dr Madya Razali dan PM Dr Madya Zulkifli.

MyKad


Akhirnya. Setelah diingatkan oleh seorang kawan, maka saya pun ke JPN utk menukar KP BungaRaya saya kpd MyKad.

InsyaAllah, 10hari drpd sekarang pd 7 Ogos, MyKad saya akan saya terima drpd JPN. Memang telah lama saya nak tukar KPBR saya kpd MyKad. Sejak mula MyKad dikeluarkan. Pelbagai alasan boleh saya beri. Seperti kata Prof Kamil, 'Bad, u ni semua lambat'. Banyak maksud Prof Kamil. Setiap kali saya menaiki kapalterbang, saya akan ditegur oleh pegawai keselamatan, 'Encik, ni KP lama'. Saya jawab,'Pak Lah bagitau masih sah digunapakai lagi'.

Gambar di atas adalah lebihkuranglah gambar saya nanti di dalam MyKad. Saya minta di'touch-up' jerawat di atas dahi saya. Pagi tadi gatal pulak nak pecahkan jerawat. Jawab petugas JPN,' Maaf encik, kita tak dapat lakukan kerana guna kamera'. Saya masih berdoa agar jerawat saya dapat di'cover'. Maklumlah sedang remaja.

Jawatan

Jawatan menandakan kuasa. Jawatan juga menandakan tanggung jawab.

Maka jika saya tidak inginkan jawatan, adakah saya seorang yg tak suka bertanggungjawab? saya baru2 ini ditawarkan lagi satu jawatan baru. Saya terpaksa tolak sebab tugas dan tanggung jawab saya di tempat semasa masih belum selesai. Dan saya juga ada lagi 10 bulan tempoh lantikan saya di jawatan sekarang. Bukannya saya tak sudi, tetapi janji semasa terima jawatan ini perlu saya kotakan, insyaAllah. Tetapi, jika saya diarahkan untuk bertukar ke tempat baru, saya akan akur. Walau pun saya sebenarnya memohon untuk bersama uitm kerana ingin menjadi seorang pensyarah. Saya lebih selesa berkongsi ilmu dgn pelajar saya.

Tetapi saya bersyukur kpd Allah, dgn pelbagai jawatan selain sbg pensyarah, saya dpt berjumpa dan kenal dgn lebih ramai warga uitm dan dpt menambah ilmu saya yg hanyalah sedikit sahaja. Maka saya juga berpeluang memenuhi keinginan saya untuk meningkatkan ilmu saya di gedung ilmu uitm.

Janji

Kita dibgtau, jika nak berjanji, pastikan kita boleh kotakan. Jangan janji tinggal janji sahaja. Kesannya, org tak percaya kpd kita jika janji kita tak kita kotakan.

Janji ada kaitan dgn kepastian. Maka kita diajar, selepas menyatakan janji kita, jangan lupa, sertakan perkataan 'insyaallah'. sebabnya, kita hanya merancang, Allah sahaj yg menentukan. yg baik atau sebaliknya berlaku dgn izin Allah sahaja. Maka seorg kawan menyatakan kpd saya bhw dia tidak dpt janjikan apa2 kpd saya. dia takut tidak dpt kotakan janjinya.

Apa yg benar hanyalah janji Allah. Bahawa kematian itu adalah pasti. bahawa kita akan mendapat pembalasan seadilnya di akhirat. kerana hanya Allah yg Maha Adil. Maka janganlah kita takut berjanji. tetapi jangan pula kita senang berjanji.

Isnin, Julai 27, 2009

PSP

Semalam saya ke rumah abang saya dgn penuh semangat. Semangat nak belajar menggunakan PSP.

Banyak perkara rupanya boleh dilakukan melalui PSP selain bermain game. Internet turut boleh dilayari melaluinya. Tapi malangnya, saya terpaksa bawa PSP untuk berubat. Kenan H1N1 ke? Tak taulah, sehingga di periksa pakar PSP di kedai. Maka untuk sementara waktu, tak dapatlah saya bermain game melalui PSP saya.

Insyaalllah, pada hujung minggu ni, sepupu2 saya daripada JB datang ke KL. Dan saya dinasihati untuk belajar menggunakan PSP dgn pakar2 ni. Pakar paling muda berusia 5tahun. Apa nak upah dia orang ya?

Sabtu, Julai 25, 2009

Rezeki Yang Bertambah Murah


Allah itu Ar Rahman. Maha Pemurah. Tiada yang lebih pemurah melainkan Allah.

Allah Amat Pemurah kepada saya di muka bumi ini. Pada KSJ di JB, saya mengambil bahagian dalam futsal. Saya di pasukan yang kalah, walau asalnya patut mewakili pasukan yg menang. Takpelah, suka2. Malamnya di atas bot, saya ambil bahagian anjuran pengacara, suka2, alhamdulIllah, dapat baucer Metrojaya RM10. Walau bagaimana pun, saya tumpukan perhatian untuk memenangi satu daripada hadiah cabutan bertuah. Setiap kali sebelum no dicabut disebut, saya berdiri seolah2 saya yang akan menang. AlhamdulIllah, untuk hadiah kedua, no saya iaitu 100 telah dicabut sebagai pemenang. nombor2 lain kurang drpd 100. Nampak gayanya, rezeki memenangi cabutan bertuah berterusan untuk saya. Syukur kpd Allah.

Hadiahnya? PSP. Memang saya ada niat nak membeli satu PSP. Kan pensyarah sukan dan rekreasi. InsyaAllah esok, saya ke rumah abang saya nak belajar guna PSP dan dapatkan game2 berkaitan.

Khamis, Julai 23, 2009

Ulang Tahun Perak


17-19 Julai, saya dan sahabat2 menyambut ulangtahun perak persahabatan kami. Sambutan di JB.

Sambutan bermula 17jul, jumaat dan berakhir 19jul, ahad. Saya bertolak ke JB dari putrajaya jam 6.45pagi sabtu, singgah di pagoh, dan tiba di JB 9.20pagi. Pemandu saya seorang yg sangat cekap. 2jam daripada putrajaya ke JB tolak time rehat. jika ada masalah, ada dua doktor, pakar komunikasi, peguam, pakar pelbagai dan yg mencukupkan kuorum (saya). kami sempat sampai untuk berfutsal. bergambar sebelum game ramai, semasa game lebih ramai penyokong dan pemerhati drpd pemain. Biasalah, dah umur 42tahun.

terima kasih kawan2. terima kasih penganjur dan sponsors. jangan serik menganjur dan sponsor kami.

Isnin, Julai 20, 2009

Adakah Gagal?

Kita diberi ilmu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Dan kita juga diberi pangkat dan kuasa. Kesemua ini adalah amanah.

Tetapi terasa bahawa seolah2 saya telah gagal menjalankan amanah saya. Sebagai seorang insan. Sebagai khalifah di bumi Allah. Maka wajarkah jawatan dipegang terus dipegang? Wajarkah saya terus dikenali sebagai seorang ...? Allah Jua Yang Maha Mengetahui. Kekecewaan tidak dapat digambarkan. Adakah saya masih belum cukup ilmu saya? Atau adakah Allah ingin menguji saya?

Saya hanya mampu berdoa kepada Allah. Saya hanya seorang hambaNya yang lemah. Doa saya"lindungilah dan peliharalah keselamatan dan kesihatan saudara ku ... daripada niat, angkara dan kezaliman makhluk Mu terutamanya ... Aku hanyalah hamba Mu yang lemah. Hanya Engkaulah yang aku sembah, dan hanya kepada Engkaulah aku mohon pertolongan. Tiada Tuhan Melainkan Allah".

Jumaat, Julai 17, 2009

Selamat Bertemu Kembali Saudara Ku

Bermula semalam, sahabat2 saya sudah mula berkumpul. Sebagai menyambut 25tahun tamat sekolah menengah.

Banyak kenangan 5tahun dewasa bersama. Majoriti akan tiba di tempat berkumpul pada hari ini, 17juali 2009. Saya dan beberapa yang lain akan tiba pada sabtu ni. Biasalah, buat 'sweeping' duty. Majlis secara rasmi tamat pada tengahari ahad. Antara tetamu khas adalah bekas cikgu kami dan MP JB.

Pesanan sahabat2, pandulah dgn cermat. InsyaAllah. Saya tak tahu team saya akan bertolak pada pukul berapa. Ada cadangkan 5pagi. Larat ke?s

Khamis, Julai 16, 2009

Makhluk Allah

Allah adalah Maha Pencipta. Dan makhlukNya adalah terdiri daripada pelbagai seperti manusia, binatang, malaikat dan jin.

Ada diantara kita senang melihat makhluk halus ciptaanNya. Ramai yang tidak diiznkanNya untuk melihat makhluk ini olehNya. Dan makhluk Allah ad di mana2 sahaja di dunia ini. Kita mungkin melihat diri kita keseorangan, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Kita sentiasa tidak keseorangan. Dan saya ada saudara2 yang mudah melihat makhluk2 halus yg tertentu. Baru2 ini, seorang saudara saya menyuruh saya ke bilik air di tempat kerja saya. Dia bagitau yg ada makhluk sedang berada di situ. Saya kata, terima kasih ajela. kan diikut saya ke bilik kuliah, susah saya.

Sesungguhnya, Hanya Allah Sahaja Yang maha Berkuasa. Maka takutlah kita kepada Allah, dan bukan kepada makhluk2Nya yang tiada kuasa dan upaya kecuali diizinkanNya.

Durian Oh Durian


Sekarang ni dah masuk musim durian. Ada yg suka, ada yg tak suka.

Saya suka makan durian. tapi bukanlah sehingga berbiji2. Dan lawatan ke kuala berang tidak lengkap jika tidak merasa sedikit durian kampung. Saya cuma larat makan beberapa ulas sahaja. Takut rupa airbag saya lebih besar lagi kesan tindakbalas kimia dalaman saya. Sebelum tu, selepas kembali ke pengkalan gawi, saya dah menikmati gulai asam tempoyak. Best.

Ada kawan saya yg memang tak tahan dgn durian. Matanya boleh berair hanya jika mendengar perkataan durian. Kasihan dia. 'a man's delicacy is a woman's poison'. Pepatah mat salleh yg baru.

Tasik Kenyir 02 2009


Semalam saya bertugas di Tasik Kenyir. Sebahagian daripada tugas JK Penyelidikan.

Kami bermesyuarat pada 9pagi. Sepatutnya pada 8.30pagi hingga 9.30pagi, tetapi mesyuarat pengerusi pada 8.00pagi tidak tamat sebagaimana dirancang. Setelah bermesyuarat, tugas melakukan tinjauan pula. Kami melawat Petang Island Resort, Pos Tanjung Mentong dan Gua Bewah. Penatnya. Tapi seronok pun ada juga. Terdapat sebuah tapak perkhemahan yang sesuai untuk aktiviti FSR.

Insyaallah, minggu depan ada mesyuarat susulan lagi. Sementara tu, saya sibuk bermesyuarat di Shah Alam. Dah kerja kita kan.

Selasa, Julai 14, 2009

Sahabat2 Lama Sekolah Rendah


Pada tahun ini, setelah 30 tahun meninggalkan sekolah rendah, saya menghadiri majlis bersama sahabat2 daripada sekolah rendah. Pada sabtu lepas, perjumpaan minum/makan untuk kali ketiga.

Saya hanya dapat hadir pada dua perjumpaan pertama sahaja. Pada sabtu lepas, saya ada kerja untuk diselesaikan. memang seronok berjumpa sahabat lama. Walau pun dah berusia lebih 40tahun, bila berjumpa seolah2 bukan berusia 40tahun. Ramai yang sangat2 berjaya. Hampir kesemua sudah berkeluarga. Cuma ada beberapa orang sahaja yg masih belum.

Zaman sekolah rendah memang zaman yg menyeronokkan bg saya. Saya ke sekolah untuk berkawan, belajar tu kemudian (rasa2nya). paling bagus keputusan peperiksaan saya hanyalah no.2 daripada keseluruhan (drpd 300++ pelajar). Okla kot. Terima kasih sahabat2 sekolah rendah kerana pelbagai pengalaman.

Isnin, Julai 13, 2009

Sediakah Kita?

Seperti yg saya katakan, ego boleh memberi kesan baik. Ego boleh memberi kesan buruk.

Saya pernah menyatakan bahawa kita secara umumnya tak akan berasa bersedia sepenuhnya untuk sesuatu perkara. Bagaimana boleh kita nilai bhw kita secara 100% bersedia menghadapi sesuatu? Adakah senarai untuk disemak? Kalau ada, berkongsilah dgn saya. Apabila sesuatu telah berlaku, selalunya barulah kita berasa tahapa persediaan yg telah kita lakukan.

Sudahkah kita bersedia untuk mengucap selamat tinggal? Kepada mereka yang kita kasih dan sayang? Saya belum bersedia. Tetapi jika masanya telah tiba, sama ada kita bersedia atau sebaliknya, kita harus menerima masa tersebut.

Pemandu Kurang Berhemah

Sayalah tu. Pagi tadi tak tau kenapa, saya menjadi pemandu kurang berhemah.

Saya pandu kereta laju. Biasanya 80km/j tetapi tadi 110-120km/j. Dan saya masuk/tukar lorong kurang berhati2. Kenapa lah agaknya hari ni? Tapi cuma sebuah aje kertea (teksi) yang hon menandakan ketidakpuasan kpd cara pemanduan saya. Saya minta maaf. Bukan sebab saya sedih atau marah. Mungkin sebab teruja atau seronok. Puncanya, biarlah rahsia.

Tetapi kemudiannya saya menyesal cara pemanduan saya pagi tadi. Bagaimana jika kesannya saya menyusahkan orang lain. Sekali lagi saya mohon maaf jika pemanduan saya hari ini kurang beradab.

Sabtu, Julai 11, 2009

Marahnya Saya

Ada beberapa perkara mudah buat saya marah. Antaranya apabila seseorang itu tidak memikirkan keselesaan orang lain.

Saya lihat, majoriti pemandu tidak memasang lampu isyarat apabila untuk membelok atau menukar laluan/lorong. Mungkin bagi setengah orang ianya satu perkara remeh, tetapi dalam keadaan tertentu boleh menentukan hidup atau mati. Begitu juga mereka yang silap faham tentang penggunaan lampu 'hazard'. Ianya dinyalakan apabila kenderaan kita berhenti, dan untuk memberitahu kepada pengguna jalan yg lain bhw kenderaan sedang berhenti, tidak bergerak. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya, kenderaan bergerak dinyalakan lampu 'hazard'. Ini amat membahayakan pengguna2 kenderaan lain yg mungkin akan salahfaham dgn lampu 'hazard' yg dinyalakan.

Saya bukanlah seorang pemandu yg terbaik, cekap ataupun sempurna. Tetapi jika kita bersama mengikut peraturan penggunaan kenderaan, ianya dapat membantu keselesaan dan keselamatan pengguna lain. Fikirkanlah.

Kepastian

Ada yg tidak mahu memberi jawapan kerana tidak pasti apa akan berlaku dimasa hadapan. Takut apa yg dijanjikan tidak dapat dikotakan.

Saya kadang2 sedemikian. Saya tidak mahu saya dikatakan tidak berpegang kpd janji. Tetapi saya lupa, yang pasti hanya beberapa perkara sahaja. Antaranya adalah kita pasti akan menemui ajal kita. Yang pasti kita akan dihisab di hari kemudian, di hari akhirat. Yang pasti, Allah, Tiada Tuhan Yang Disembah MelainkanNya, dan Nabi Muhammad itu adalah PesuruhNya. Yang pasti, kita hanya boleh merancang dan berusaha, tetapi Yang Pasti, Allah sahaja Yang Menentukan.

Maka kita perlulah merancang dan berusaha. Kemudian berdoa dan bertawakal kepada Allah, memohon kemurahanNya dan kasihNya supaya apa yg kita rancang menjadi kenyataan.

Jumaat, Julai 10, 2009

Kemarahan

Marah adalah suatu perasaan yg bahaya. Apabila kita marah, kita akan mempunyai banyak tenaga.

Jika kita tidak pandai mengawal kemarahan kita, kita mungkin akan melakukan tindakan yg akan kita kesali di kemudian hari. Saya diberitahu untuk jangan memarahi seseorang. Tetapi marahlah tindakannya. Tindakan yg dilakukan boleh diubah di hari kemudian. Tetapi bukan mudah nak mengubah seseorang. Saya biasa dimarah. Semasa belajar menjadi dewasa, saya kerap dimarah. Ianya satu cara menguji ketahanan dan emosi kita.

Saya juga pernah marah dan boleh marah. Tetapi saya cuba elakkan supaya saya tidak akan sesal dgn tindakan bersama kemarahan setelah kemarahan reda. Saya harap masa dapat mengurangkan kemarahan seseorang.

Insyaallah Saya Hadir

Ulang tahun 25 tahun perpisahan dgn sahabat seperjuangan. Perancangan telah lama dilakukan oleh JK yg dilantik sendiri.

Semalam saya nyatakan bhw saya mungkin hadir jika saya dapat kenderaan. Pagi tadi seorang sahabat menelefon saya. Saya boleh ke majlis bersama dia dan bbrp yg lain. Alhamdulillah. Dia bertanya,'naik merc kau ya'. Saya jawab,'Merc kat kedai lagi, belum bayar downpayment'. Maka saya sangat2 teruja menanti kehadiran minggu hadapan. Insyaallah, dapat bertemu sahabat2 yg ada diantaranya sudah lama tidak bertemu.

Berjumpa dgn sahabat2 akan terubat beberapa perkara. Ianya juga sebagai peringatan bhw sudah suku abad berlalu. Masa yg tinggal bersama sahabat2 semakin pendek.

Khamis, Julai 09, 2009

Ulang Tahun ke 25

Minggu hadapan, sahabat2 saya akan mengadakan majlis 25tahun tamat pengajian sekolah menengah kami. Saya dijemput sangat2 untuk hadir.

Pada mulanya, saya bagi alasan tugas yg tidak membolehkan saya hadir. Sahabat saya menyatakan bhw majlis ini hanya sekali seumur hidup. Dan ada sahabat yg akan kembali ke KL pada Sabtu malam. Bestnya, kalau time mcm ni ada pemandu khas. Boleh saya dok kat belakang aje, dan sedar2 dah sampai rumah.

Saya tak janji saya dapat hadir. Kalau saya dapat tumpang pergi dan balik dari majlis, saya akan hadir, InsyaAllah. Best jugak kalau dapat naik M3. Tapi, saya tak nak jadi pemandunya.

Ikhlas dan Jujur

Bagaimana untuk mengetahui keikhlasan dan kejujuran seseorang? Saya tak tahu dgn tepat. Mungkin sahabat dan saudara boleh membantu saya.

Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar mereka yg berbicara dgn saya akan berbicara secara ikhlas dan jujur. Saya hanya mampu berdoa kepadaNya. Hanya Allah Yang Berkuasa kabulkan doa saya. Maka jika seseorang tidak ikhlas atau/dan tidak jujur apabila berbicara dgn saya, saya mungkin tahu, mungkin tidak. Seseorang yg biasa tidak ikhlas /jujur berupaya meng'hijab'kan dirinya yg sebenar.

saya dinasihatkan untuk berbaik sangka. Tetapi perlu juga ada perasaan was2. Saya adalah seorang yg jika tertipu/ditipu sekali, saya berdoa untuk tidak tertipu/ditipu buat kali kedua dan selama2nya.

Panggilan Telefon

Saya menerima satu panggilan telefon. 'Kami perlukan maklumat anda untuk tan sri maklumkan kpd tan sri'.

Naik pangkat ke saya ni? Tak. Cuma pelantikan terbaru saya perlu dimaklumkan dari tan sri kepada tan sri. Sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Keseronokan pun ada, ketidak seronokan pun ada. Bertambah tugas dan tanggungjawab. Tetapi tugas di beri berdasarkan pengetahuan pihak lain terhadap kemampuan kita. Maka namabaik perlu sentiasa dijaga. Seperti kata seorang kawan, apabila telah berjanji, komitmen telah diberi, maka perlulah dipenuhi, dikotakan.

Insyaallah, saya akan beri yg terbaik mungkin. Saya mohon petunjuk dan pelindungan Allah untuk membolehkan saya menjalankan tugas saya sebaik yg termampu saya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Terima Kasih Saudara dan Sahabat

Pepatah inggeris ' a friend in need is a friend indeed'. Banyak maknanya. Tetapi yg saya setuju adalah, seorang kawan adalah seorang yg akan bersama kita, sama ada masa senang atau pun susah.

Saya mempunyai ramai saudara dan sahabat. Di antara sahabat saya, telah dikenali sejak kecil. Ada yang dikenali sejak sekolah rendah. Yg paling rapat yg saya kenali selama 5 tahun kami belajar menjadi dewasa bersama2. Dan mereka inilah yg saya akan berjumpa sekurang2nya sekali seminggu. Minggu hadapan, saya sepatutnya hadir ke majlis menyambut 25tahun setelah berpisah untuk meneruskan kehidupan masing2. Sahabat saya dlm kumpulan ini adalah antara mereka yg boleh membaca saya. Dan saya turut boleh membaca mereka.

Apabila saya melalui kegembiraan atau kesedihan, berada bersama2 sahabat2 ini dapat mengimbangkan diri saya. Terima kasih sahabat yang juga saudara. Allah Jua Yang Membalas Budi anda semua. 'Manliness Through Wisdom'

Siapa Yang Beruntung

Di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, siapa lebih beruntung? Jawapannya bergantung kpd pemberi jawapan.

Seorang lelaki bertanggungjawab untuk keselamatan ibunya, adik-beradik perempuannya, isterinya dan anak2 perempuannya. Seorang perempuan dipertanggungjawabkan kepada ayahnya, adik-beradik lelakinya, suaminya dan anak2 lelakinya. jadi siapakah yg lebih beruntung di sini? Kenapakah tanggungjawab adalah sedemikian?

Saya tidak ingin melalui keadaan di mana saya di tanya,'What happened? Where were you? You were responsible for the safety. And now you are responsible for what has happened.' Sebagai pemimpin tanggungjawab amatlah besar.

Ar Rahman Ar Rahim

Allah, Tuhan Yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Permohonan dan doa hambaNya, Hanya Dia Yang Menentukan masa untuk dikabulkanNya.

Alhamdulillah, doa hambaNya yang lemah ini dikabulkan hampir serta merta setelah hambaNya berdoa. Hanya Allah, Tuhan Yang Disembah, dan Tuhan Yang Dipohonkan Pertolongan. Seperti dinyatakan dalam Al Quran, 'Manusia merancang, Allah merancang, dan Allah Jualah Maha Perancang'.

Tetapi hambaNya adalah insan yang sentiasa dalam kerugian dan lupa. Setelah doa dan nikmat diperkenankanNya, hambaNya masih lupa menjalankan tanggungjawab kepada Tuhan Yang Maha Esa. Maka hambaNya perlulah sentiasa memohon keampunanNya.

Selasa, Julai 07, 2009

Kaunseling dan PPUM

Tadi saya dijemput berkongsi ilmu tentang kaunseling bersama2 pelajar pasca siswazah perubatan keluarga. Saya dijemput oleh sahabat dan kenalan lama saya sejak sekolah rendah.

Majoriti pelajar adalah wanita. (Ehem2). Saya berkongsi keperluan kaunseling bukan hanya kepada pesakit, keluarga pesakit bahkan kepada pelajar sendiri yg merupakan doktor perubatan. Saya dimaklumkan bahawa mereka bekerja sekurang2nya 8jam sehari menghadapi pesakit dan pelbagai penyakit keluarga. Tabik kpd mereka.

Saya juga dijemput menjalankan kajian bersama sahabat saya berkaitan doktor di UM. Terima kasih bro. Terima kasih kpd seorang kawan yg menyatakan keyakinan beliau bhw saya akan berjaya menjalankan tanggungjawab memenuhi jemputan di PPUM dgn jayanya.

Futsal Bersama Rakan Seperjuangan

Selasa datang lagi. Dan selalunya inilah malam saya berfutsal. Tetapi sudah dua selasa saya tidak berfutsal.

Selasa pertama yg saya miss sebab saya di Jengka. Selasa kedua, saya buat keputusan tidak berfutsal kerana ingin berjumpa seorang kawan. Jadi saya ketepikan sementara rakan2 seperjuangan untuk perkara kerja dan seorang kawan. saya tidak salahkan kawan saya apabila saya tidak berfutsal pada minggu lepas. saya buat pilihan. InsyaAllah, jika tiada perkara lain, saya akan berfutsal seperti biasa. Futsal bagi saya memberi peluang saya mempraktikkan fizikal, emosi, kognitif dan spiritual saya. Saya lepaskan apa yg terbuku dalam diri saya tetapi secara berilmu.

Maka futsal adalah satu bentuk terapi untuk saya. Tetapi sahabat2 saya boleh membaca saya dan saya hargai mereka yg sentiasa mengambil berat tentang saya, sama ada keluarga ataupun kawan.

Dugaan dan Kehidupan

Tawa, tagisan dan sebagainya adalah asam garam kehidupan. Jika tiada semua ini, hidup kita adalah tawar.

Begitu juga dgn mereka yg kita temui dlm kehidupan kita di dunia ini. Ada yg menggembirakan kita, ada yang membuat kita ketawa, ada yang membuat kita menangis. Ianya berkaitan perasaan dan boleh memberi kesan kpd tingkah laku kita. Tanpa ilmu, kesannya boleh menggugat kehidupan seharian kita. Maka jika kita telah dilatih untuk tidak berperasaan, mungkinkah kita dapat mengelak daripada mempunyai perasaan? Tidak, kita tidak dapat mengelak daripada berperasaan walaupun telah kita latih diri kita untuk sebaliknya.

kita adalah manusia yang punyai perasaan. Saya suka nasihatkan kpd kenalan, jika kita marah, sedih dan sebagainya, menangis adalah satu cara mengimbangkan kembali perasaan kita. Budak2 kila lihat selepas terlebih ketawa akan menangis.

Ledang 1996 01

Saya tidak bercadang mendaki ke puncak Gunung Ledang. Biarlah pelajar2 dan kawan saya sahaja yg mendakinya. Saya lebih selesa menunggu di base camp.

Pada 6ptg, penolong pengarah projek berjumpa saya. Dia bagitau saya dia risau kerana sepatutnya kumpulan yg mendaki telah kembali ke base camp. Saya bgtau dia supaya sabar dan tunggu sehingga 7.30mlm. Apabila 7.30mlm tiba, masih tiada kelibat kumpulan pendaki. Saya maklumkan kpd pengarah untuk pergi minta bantuan renjer di situ. Dan saya pun bersedia untuk melakuan tugas mencari dan menyelamat (spt biasa). Selepas tengah malam kami berjumpa dgn dgn kumpulan pendaki yg kepenatan.

Di base camp, peserta menyatakan bahawa apabila mereka menghadapi masalah, mereka yakin bhw saya akan mencari dan membantu mereka. Dah tugas saya. Tetapi sepatutnya, mereka bersyukur kepada Allah, kerana Allah Yang Maha Berkuasa Menetukan Segalanya. Saya hanyalah hambaNya yang lemah di dunia ini.

Isnin, Julai 06, 2009

Al Insyiraah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu
Dan telah Kami ringankan bebanmu
Yang memberatkan punggungmu
Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu
Maka tetapkanlah bahawa disebalik setiap kesusahan ada kesenangan
Tetapkanlah bahawa disebalik setiap kesusahan ada kesenangan
maka apabila engkau telah selesai (kerjakan sesuatu pekerjaan) lakukanlah pekerjaan lain
Dan hanya kepada Tuhanmu (sahajalah) kamu berharap

Antara surah di dalam Al Quran yang saya cuba baca pada setiap hari. Saya berdoa kepada Nya agar kesugulan saya pada hari ini akan berakhir dengan kegembiraan. InsyaAllah.

Pelajar SRW650 dan SRW 655 Sem Jul 2009


Petang ini saya berjumpa 5 drpd 6 pelajar SRW650 dan SRW655 saya dr FSR. Yg ke 6 masih dlm perjalanan dari Kelantan.

Bidang saya pilih adalah burnout. Seorang pelajar bgtau saya bgmn terdapat pensyarah IPT yg tidak tahu apa itu burnout. Saya cadangkan supaya berjumpa dgn saya, satu contoh burnout. Secara umumnya, burnout adalah perasaan kesan daripada pelbagai faktor. Dan contoh burnout adalah apa yg saya sedang alami sekarang. Ada mungkin katakan burnout adalah stres, tekanan, dsbnya. Burnout saya pd hari ini adalah kerana kecewa dgn hasil drpd apa yg saya lakukan selama dua minggu tidak dihargai. Ada kalanya terpaksa tidur sehingga 3pagi kerana ingin memastikan untuk memenuhi masa.Ianya berkaitan dgn apa yg kita lakukan tidak diiktiraf dan dihargai orang lain.

Kesan daripada burnout adalah seperti rasa tidak bertenaga, lesu, sedih, dan pelbagainya. Kesan daripada emosi akan memberi kesan kpd fizikal.

Salah Faham

Ketegangan, masalah atau isu akan berlaku berkaitan komunikasi. Samada sebab tiada komunikasi atau pun salah komunikasi (no communication or miscommunication).

Saya dimaklumkan bahawa seorang kawan risaukan saya. Dia nyatakan bahawa mungkin disakiti oleh orang lain. Saya terjemahkan bahawa saya akan terancam secara fizikal. Maka saya pun ke satu pertemuan dgn berpakaian serba hitam, tanpa bercermin mata, bersama pouch saya, serta berkasut. saya selalunya hanya bersandal sahaja. maklumlah risau kot2 kena pukul. Saya lega apabila terserempak dgn sorg saudara di tempat yg sama. Boleh tolong saya jika apa2 berlaku kpd saya.

apabila saya maklumkan tentang persiapan saya. Saya pula dimarahi kawan saya. Pelik. saya tak faham.

Patch Adam 02

Selepas berjaya menawan hati teman yg diminatinya, Patch Adam berasa benar2 gembira. Baginya kisah sedihnya telah tiada lagi.

Pada hari terakhir beliau bersama temannya, Patch Adam mengarang sebuah puisi. Dan hanya sebahagian sahaja drpd puisi tersebut sempat dibacanya kepada temannya. Pada malamnya, teman PA menggantikan PA untuk berjumpa dgn seorang pesakit. Teman PA pergi dgn hati yg ikhlas untuk membantu dan dgn penuh kepercayaan dan keyakinan tentang keselamatannya.

Malangnya, teman PA mati dibunuh oleh pesakit tersebut. PA tidak berada di sisi kubur temannya semasa pengkebumian. Tetapi dia berada di sisi temannya yg telah diabadikan dan membaca puisi yang tidak sempat dihabiskan, sambil menangis 'you asked me how do i love u, ...'

Di Ulang2

Dengan Nama Allah
yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Segala Puji kepada Allah
Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Pemilik Hari Kemudian
Hanya Engkau Yang Kami Sembah dan Hanya Engkau Yang Kami Pohon Pertolongan
Tunjukkan kepada kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang2 yang Engkau beri nikmat
bukannya jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat

Patch Adam 01

Sebuah cerita benar yg saya amat minati. Banyak pengajaran untuk saya. Cerita ini akan saya gunakan dalam ceramah saya dgn pelajar pasca siswazah perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) esok, insyaAllah.

Kisah yang berkaitan adalah kisah sedih kpd Patch Adams. Beliau amat mengasihani teman wanitanya. Sebelum ini, Patch Adam selalu berada dlm keseorangan. Beliau cuba menghiburkan orang lain dan kesannya dirinya turut gembira.Apa yg dilakukannya bukan selalu mengikuti konensional seorang dalam bidang perubatan. Dan Patch Adam berjumpa dgn seorang rakan sekuliahnya yg berjaya menambat hatinya. Patch Adam berjaya menambat hati temannya setelah diusahakannya berkali2.

Walau bagaimana pun, dalam saat kegembiraan bersama temannya, temannya telah pergi buat selama2nya. Patch Adam menyalahkan dirinya. Beliau amat kecewa...

Hanya Manusia Biasa

Saya seorang manusia biasa. Maka saya tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan.

Kita mesti membuat keputusan. Tidak bertindak adalah juga keputusan. Dan yang penting adalah, kita bertanggungjawab terhadap hasil keputusan yg telah kita buat. Seorang yg benar akan berani memikul tanggungjawab. Maka saya terima kesan kesilapan saya. Cuma perlulah difahami kenapa keputusan tersebut saya pilih.

Kepada seorang kawan, janganlah sebab tindakan saya menyebabkan perhubungan sebagai kawan diputuskan. Keputusan dibuat semasa kita marah, sedih selalunya akan menyebabkan kita menyesal di hari kemudian. Timbangkanlah apa yg kita inginkan.

Bertindak Mengikut Emosi

Ianya bukanlah sesuatu yg bijak. Kesannya, lebih banyak buruk daripada baik.

Saya tahu. Ada kalanya saya bertindak ikut emosi. Dan baru2 ini saya lakukan lagi. Dan kesannya amat mendalam kpd saya, kesan negatif. Sepatutnya saya bertindak berdasarkan ilmu (kognitif). Tapi pada masa tersebut, maklumat yg saya ada tidak lengkap. Saya terpaksa buat pilihan, bertindak dgn maklumat yg ada atau pun bertindak setelah berlaku sesuatu. Saya pilih untuk bertindak tanpa maklumat lengkap. Dalam pengurusan krisis, perkara spt ini biasa berlaku. Jika maklumat tidak lengkap, kita applikasikan senario lama yg hampir serupa. Itu yg saya lakukan.

Saya akur. saya bertanggungjawab sepenuhnya dgn hasil tindakan saya. Saya tak boleh salahkan org lain. Saya minta maaf kerana menyebabkan kesusahan kpd seorang kawan.

Ahad, Julai 05, 2009

Selamat Kembali Sebagai Pelajar

Esok, kuliah akan bermula untuk pelajar2 uitm yg baru dan lama. Kuliah saya bermula pada Selasa untuk SR113. Saya hanya mempunyai kuliah dgn pelajar SR113 sahaja pd semester ini.

Satu semester selalunya mempunyai kuliah selama 14 minggu. Pada awal semester, tempoh ini seolah2 memberi kita banyak masa untuk menghadapi peperiksaan di hujung semester. Walau bagaimana pun, kita sedar bahawa masa amat cepat berlalu. Hanya beberapa minggu lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia. Begitu cepat masa berlalu. Rasa2nya baru sahaja menyambut Syawal yang lepas.

Saya masih lagi sebagai pelajar di uitm. Bilalah agaknya saya akan tamatkan pengajian saya? Doakan untuk saya dapat tamatkan secepat yang diizinkan Allah.

Guru

Diantara kenalan baru di majlis kenduri semalam, adalah seorang guru. Guru kerana beliau mempunyai kelayakan yg pelbagai dalam ilmu seni mempertahankan diri.

Saya bercerita tentang aikido, dan nasihat beliau "jangan berhenti, teruskan". Saya juga menyebut nama seseorang yg merupakan guru dalam seni silat siam. Memang beliau, saudara tu kenal guru tersebut. Pesannya lagi kpd saya, 'memang seronok belajar dan mendapat pelbagai ilmu spt ilmu persilatan dan seni mempertahan diri. Cuma, berhati2 agar jangan menyusahkan kita apabila ajal kita hampir". Saya faham maksudnya.

Guru adalah contoh (contah spt kata Mejar Zaid - sahabat saya)maka seorg guru perlulah menjaga diri dan nama baiknya. Bagaimana jika guru tu hanya berpura2 baik di depan orang ramai, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Kenduri Kahwin Lagi

Semalam saya hadir ke kenduri kahwin saudara sebelah bapa saya. Tugas saya sebagai pemandu, kerana majlis diadakan pada waktu malam.

Memang seronok hadir majlis sebegini. Persaudaraan dapat dirapatkan. Inilah masa berkumpul sanak saudara. Ada yg biasa saya jumpa, ada yg belum pernah. Baru saya tahu, seorang dekan uitm adalah saudara sabit saya. Ramainya saudara mara yg bersama saya di uitm. Seperti biasa, saudara2 saya bertanya status saya dan bila akan bertukar. Jodoh seperti rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.

Majlis kenduri kahwin memanglah meriah. Harapan saya, pada majlis saya, adalah secara sederhana. Yang penting adalah majlis akad nikah B-)

Michael Jackson

Juga dikenali sebagai MJ atau Jacko. Beliau meninggal dunia minggu lepas.

Saya meminati beberapa drpd lagu beliau. Antaranya 'I'll Be There'. Saya dedikasikan lagu ini kpd seorang kawan saya. Pesan saya, saya akan cuba berada apabila dia perlukan saya. Kematian MJ adalah peringatan kpd kita. Yang tetap akan berlaku adalah kematian. Sama ada kita kaya atau miskin, kita ada pangkat atau tiada, kita tua atau muda, kematian adalah pasti kepada kita makhluk Allah.

Pesan saya lagi kpd kawan saya, jika kita mencintai seseorang, seseorang itu akan mati dan pergi meninggalkan kita. Tetapi, jika cintakan Allah, Allah akan sentiasa berada bersama2 kita pada setiap masa. Cintailah diri dan orang lain kerana Allah. Itulah sebaik-baik cinta.

Jumaat, Julai 03, 2009

Kau Yang Tersendiri

Janganlah putus asa dgn kehidupan kita. Pengalaman yg lepas tidak dapat diubah. Biarkanlah ia berlalu dan usahlah diungkit2 lagi.

Manusia bukanlah sempurna. Kita akan membuat kesalahan dan kesilapan. Dengan ilmu melalui pengajian dan pengalaman, kita ambil langkah yang baru. Kita melangkah ke arah kehidupan dunia yang lebih baik dan kehidupan yang baik di akhirat. Mengetahui kelebihan adalah baik, mengetahui kelemahan kita juga baik. Gunakan pengetahuan yg didapati sebaik2nya.

Walau pun kita mungkin pernah melakukan kesilapan, tapi janganlah kita menyendiri. Janganlah terus berputus asa dan merelakan diri terus menderita. Pintu kebaikan di dunia dan akhirat masih lagi terbuka luas buat mu, kawan ku.

Dugaan Kehidupan

Ada yg salah faham cara diri dibesarkan. jagaan yg rapi daripada keluarga disangka sebagai kongkongan.

Maka apabila mendapat peluang jauh daripada jagaan keluarga, mereka cuba perkara2 yg baru. Ada yg baik, ada yg tidak baik. Pemantauan oleh keluarga amatlah penting. Kesedaran apa yg betul dan apa yg salah sangat penting untuk melalui kehidupan. Janganlah mudah terpengaruh dgn pujuk rayu serta kata2 manis dan perhatian daripada orang lain tanpa mengenali dirinya terlebih dahulu.

Jika kita tersilap langkah, kembalilah ke pangkal jalan. sesungguhnya Allah Amat Pemurah, Pengasihani dan Pengampun. Silap sekali, tidak semestinya silap selama2nya. Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Kehidupan di akhirat sahaja yang kekal. Buat kawan ku, kembalilah menghampiri Allah Azza Wa Jalla.

Doa Untuk Seorang Kawan

Saya mempunyai seorang kawan. Dia kelihatan ceria apabila berjumpa dgnnya.

Walau bagaimana pun, beliau mempunyai latar belakang yg pahit. Kepercayaan yg diberikannya kpd seseorang telah disalah guna terhadap kawan saya. Walau pun beliau kelihatan sentiasa ceria dan tersenyum, perasaan yg dipendamnya sebenarnya amat pahit dan sedih. Manusia yg menyebabkan kawan saya ini bersedih masih lagi ingin menyusahkannya. Manusia yg melakukan kesalahan ini malangnya pandai berkata2, manis mulutnya. Maka pelajarnya dan orang lain tidak tahu diri dia yg sebenarnya.

Doa saya kpd kawan saya, hampirilah diri kpd Allah Yang Maha Esa. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, limpah kurniakanlah kehidupan yg baik dunia dan akhirat untuk kawan saya. Ampunilah dosa2nya. Bukalah pintu hatinya untuk kembali menghampiri Mu. Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya engkau yg kami pohon pertolongan. Inna illahi wa illahi rajiun. Amin

Khamis, Julai 02, 2009

Hero 02

Saya bukanlah seorang hero. Saya hanyalah seorang hamba Allah. Saya seorang hambaNya yang lemah.

Maka jika ada yg ingin menduga saya, saya akan mengelak. Tidak perlulah nak menduga apa yg ada pada saya. Tetapi ada kalanya, saya akan diduga secara sengaja dan tidak sengaja. Hanya kepada Allah saya memohon perlindungan dan kemurahanNya.

Terbaru, saya mungkin diduga lagi. Saya berdoa kpd Yang Maha Esa untuk mendapat perlindunganNya. Manusia merancang, Allah juga merancang, dan Allah Yang Maha Menentukan.

Hero 01

Sahabat saya Cik Hisye bercerita tentang hero. Bgmana pakwe atau teman lelaki cuba menjadi hero untuk makwe atau teman wanitanya. Tetapi menjadi hero tidak bertempat.
Saya pun ada menghadapi perkara yg sama. Ada pelajar atau kenalan yg berjumpa saya bercerita tentang masalah dgn teman mereka. Ada yg saya dpt tahu mlalui kawan2 mereka atau saudara mereka. Ada yg saya tahu dgn melihat keadaan mereka apabila berada dgn saya. Saya pernah dihubungi oleh hero2 ini untuk menduga saya. AlhamdulIllah, Tuhan Bersama saya, Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Kisah hero2 ini tidak akan hilang. Cuma saya rasa hero2 ini sebenarnya adalah 'buli' yg berani kpd yg lemah shj. Mereka suka mengambil peluang dan sebagainya drpd mereka yg lemah.

Rabu, Julai 01, 2009

Perjalanan Hidup

Hidup adalah satu perjalanan. Penamatnya adalah akhirat.

Jadi semasa hidup ini, buatlah persediaan sebelum masa kita tiada lagi. Tetapi, lakukan persediaan secara halal. Ingatlah bahawa kita ini adalah hambaNya. Hanya Allah tempat kita memohon. Maka berdoalah dan mohonlah kepadaNya. Mereka yg tidak brdoa kpdNya adalah mereka yg sombong kpdNya. Mereka ini seperti menolak atau tidak menerima Hanya Allah Sahaja Yg Maha Berkuasa.

Allah Tiada Tuhan MelainkanNya. Yg Maha Hidup, Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.