Esok, kuliah akan bermula untuk pelajar2 uitm yg baru dan lama. Kuliah saya bermula pada Selasa untuk SR113. Saya hanya mempunyai kuliah dgn pelajar SR113 sahaja pd semester ini.
Satu semester selalunya mempunyai kuliah selama 14 minggu. Pada awal semester, tempoh ini seolah2 memberi kita banyak masa untuk menghadapi peperiksaan di hujung semester. Walau bagaimana pun, kita sedar bahawa masa amat cepat berlalu. Hanya beberapa minggu lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia. Begitu cepat masa berlalu. Rasa2nya baru sahaja menyambut Syawal yang lepas.
Saya masih lagi sebagai pelajar di uitm. Bilalah agaknya saya akan tamatkan pengajian saya? Doakan untuk saya dapat tamatkan secepat yang diizinkan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan