Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Julai 26, 2022

Senang dan Hidup

Ramai nak hidup senang. Tapi bukan senang nak hidup senang. Akan ada yg tak senang dgn kita.

Matlamat kejadian kita adalah beribadah kpd Allah. Tapi akan ada yg bidaahkan, atau cuba lalaikan, pesongkan kehidupan kita. Antaranya, kita perlu hidup cara mereka jika ingin senang, walau pun sebenarnya akan susahkan hidup kita di akhirat.

Hidup senang mungkin hidup dgn kepuasan dan kejayaan. Tetapi pastikan berasaskan al quran dan sunah. Supaya kita senang selamanya hidup di akhirat.

Berguru

Biasa dikatakan belajar. Mencari dan mendapat ilmu. Tapi perlu ada guru. Walaupun ada yg boleh berilmu tanpa berjumpa guru.

Iqra juga berguru. Bukan shj baca. Perlu dengar, ulang, tanya, rujuk, bincang, buat, dll. Saya kongsi konsep ini dgn pelajar saya. Elak rasa bijak, sombong, tentang mencari ilmu.

Satu tahap seorang yg berilmu adalah beradab dgn guru. Beradab juga beramanah. Barulah akan dipercayai.

Berkira-kira

Ringkasnya berkira. Timbang2kan. Ada masa sesuai utk berkira. Terutamanya utk beli rumah dan kereta.

Iklan jual rumah kata kononnya mampu milik. Hanya rmxxx shj. Seolah2 mmg murah dan mampu. Tapi cuba kira2 dgn baik. Andaian rm1500 sebulan 20% drpd kos bulanan, maka gaji atau pendapatan bulanan rm7500. Ini utk pendapatan sekrg, bukan 10, 20 atau 30 tahun dari sekrg.

Dgn kos kehidupan yg makin tinggi (dulu roti butterscotch rm3.40, sekrg rm5.00), maka ilmu perakaunan, kira2 duit amat penting. Mungkin satu faktor pelajar sekolah xmahu ke ipt selepas spm/stpm?

Sabtu, Julai 23, 2022

Di Mana Sekarang?

Biasanya, ramai risau jika ditanya kita berada di mana sekarang. Soalan ini kerap ditanya jika kita lambat di tempat kita sepatutnya berada.

Saya biasa ditanya, saya di mana sekarang. Soalan ini merjuk kpd saya berada di jabatan mana. Pernah seorang bos tanya saya sekarang di mana, sebab dia lihat saya ada shj di mana2.

Semlm bos besar tanya dah berapa lama saya di jabatan sekarang. Seorg lagi bos tanya saya dah berapa tempat saya berada sebab seingat dia, saya dah banyak bertugas di pelbagai tempat.

Jaga & Jawatan

Jawatan adalah amanah. Kita mesti jaga jawatan diberi dgn bertugas secara amanah. Bekerja sebaik yg dinyatakan, utk kebaikan organisasi.

Bukan amanah kita jaga penjawat yg tak amanah. Jika kita jaga penjawat yg tidak amanah, kuta telah tidak amanah. Begitu juga jika kita jaga bekas penjawat yg didapati bersalah tapi dijaga seumpama tidak bersalah, kita telah tidak amanah.

Jika kita diberi jawatan, kita adalah jaga kpd jawatan itu. Kita juga jaga kpd kesihatan dan kebaikan organisasi dan warga organisasi.

Jaga Kereta

Antara pengalaman yg masih diperlukan adalah jaga kereta. Tahu kereta apa yg dipandu tetamu atau yg bawa tetamu.

Semalam, saya tiada senarai kereta tetamu. Kereta bos besar pun bertukar. Saya terkejut apabila tetamu hadir tanpa saya tahu siapa di dlm kereta.

Semasa saya pelajar di tahun 80an dan 90an, antara tugas saya adalah jaga tempat letak kereta. Dan semalam, tugas tersebut antara tugas saya.

Belajar dan Bekerja

Ada kala masa belajar berbeza dgn masa bekerja. Setelah bekerja, masa kerja dan masa belajar adalah sama. Setiap kali kita bekerja, kita juga belajar.

Semalam, antara tugas saya adalah sambut tetamu dan jemputan. Masalah jika mereka datang dgn kereta berbeza drpd yg saya tahu atau saya tak tahu kereta mereka.

Bos besar dipandu terus ke tempat saya tunggu. Sepatutnya, dia dihantar ke pintu lain. Pemandunya kenal saya dan andaikan tempat saya menunggu adalah tempat menghantar bos besar. Maka saya pun ditegur. Teguran adalah proses belajar.

Khamis, Julai 21, 2022

Perakaunan

Satu kaedah nilai sesebuah organisasi atau individu adalah melalui perakaunan. Secara asas, kita tahu aset, modal dan libiliti mereka.

Ianya berkaitan timbangan. A=M+L. Molek miliki aset bersih. M=A>L. Tak perlu sembang panjang2.

A=M+L. A-L=M. A-M=L. Aset terdiri drpd modal dan liabiliti.

Isnin, Julai 18, 2022

Nukey

Antara subjek di sekolah (dulu?) adalah kemahiran hidup. Ada yg merangkumi, ada yg tidak termasuk ekonomi rumahtangga, seni pertukangan. 

Semasa di koleq, ada kelas industrial art, kela A dan B, di tingkatan 1-3. Saya pilih kelas C, kelas perdagangan. Semasa di koleq, saya dibekalkan dgn kit menjahit. Utk jahit butang, seluar baju terkoyak. Tapi saya tak jahit luka di lutut sebab botol kaca.

Perlu ada minat utk bertukang. Bertukang tergolong dlm kerja2 3D. Molek didedahkan ilmu bertukang sejak sekolah rendah. Sekarang dipanggil vokasional?

Arkitek

Antara cita2 awal saya nak jadi arkitek. Sebab saya suka melukis. Saya ada hasilkan beberapa pelan rumah berdasarkan rumah2 datonenek, moyang2, sedaramara dll.

Arwah atok dan ayah kpd atok adalah tukang rumah. Mereka bina rumah di kg raja besut. Rumah dan kedai arwah atok di pasir putih juga hasil tukang atok.

Diantara sedara mara, seorg pakcik adalah seorang arkitek. Ada juga sedara mara lain bekas pensyarah arkitek itm. Bertukang dikaitkan dgn seni, dan juga sains.

Mati dan Usia

Hampir tiap2 minggu mendapat berita kematian sama ada ahli keluarga, kerabat, kawan, kenalan atau selainnya. Usia bukan faktor utama kematian kita.

Sejak c19, diandaikan c19 berkait dgn kebanyakan kematian. Rezeki jika dapat kita yg mandikan dan terima jenazah di liang lahad, jika arwah tidak positif c19.

Setiap saat, usia kita makin hampir kpd saat akhir kita hidup di dunia. Kematian adalah tanda bahawa usia kita hidup di dunia telah cukup. Tiada istilah mati sebelum waktunya, atau terlalu cepat utk seseorg mati.

Ahad, Julai 17, 2022

Iqra untuk Sejahtera

Iqra, iaitu belajar spt membaca, mengira, dll utk masyarakat berilmu utk sejahtera. Bukan utk golongan tertentu memperhambakan masyarakat.

Ilmu utk berdikari. Utk cari kerja, cari duit, utk hidup senang, mati senang. Ilmu utk elak terus ditipu, diperbodohkan. Ilmu utk keluar dari kemiskinan.

Kurikulum pendidikan negara perlu utk kita sejahtera dunia dan akhirat. Elak terpaksa belajar utk terus berhutang.

Cerita di TV

2 cerita di tv saya dapati disensasi. Ditokok tambah utk cerita nampak menarik.

Kecuali kpd yg tahu tentang alam sekitar. Satu cerita terbitan luarnegara. Satu cerita dari dlm negara. Kedua2nya berkait hutan di negara kita.

Satu di pulau borneo, tentang anaconda, sedangkan anaconda hidup di amazon dan zoo. Satu lagi tentang taman negara, sesat di dlm hutan, tapi pokok di waktu mlm pokok getah.

Sabtu, Julai 16, 2022

Hutang dan Penggubal U2

Hutang terbentuk ikut peraturan. Ikut undang2. Dlm al quran ingatkan utk catit hutang.

Al quran nyatakan diharamkan riba. Riba menyusahkan org ramai sbb syarat faedah dikenakan kpd peminjam mmg menyusahkan dan menyiksa peminjam.

Amanah penggubal u2 elak pinjaman ada unsur riba. Jika penggubal u2 hidup senang dgn u2 pinjaman diluluskan mereka, sedangkan peminjam merana, adakah penggubal u2 telah tidak patuhi ttg pinjaman dlm islam?

Hutang dan Namabaik

Biasanya yg berhutang adalah yg dlm keperluan, tapi tidak mampu. Tapi bukan semua yg beri hutang adalah mereka yg tiada keperluan, atau mampu.

Ada beri hutang sbb kaitan keluarga, kawan, kenalan. Jika hutang bukan kenalan peribadi, hutang diberi ikut kelayakan berhutang, utk elak hutang hangus.

Hutang mesti dibayar. Hormati yg beri hutang. Tapi jika hutang bersyarat bunga, faedah, riba, untung, yg bebankan peminjam, ada pemberi hutang yg dipertanggungjawabkan menjawab ttg amanah?

Rabu, Julai 13, 2022

Kereta Ibubapa

Jika balik ke rumah ibubapa, tiada boleh mengaku kita menumpang rumah org lain, walau pun rumah adik beradik. Begitu juga jika menjmpang kereta ibubapa, tiada adik beradik atau iparduai boleh berkata2 tentang menumpang milik mereka.

Ibubapa mudah terasa hati jika anak atau menantu tersalah sebut atau secara sengaja berkata2 ibubapa menumpang rumah, kereta atau harta anak menantu. Menumpang mungkin bermakna gunalah tapi ada had masa, dan ikut budibicara tuannya.

Maka ibubapa jika boleh nak mengelak drpd menumpang, meminjam harta milik anak menantu. Tapi cucu yg sayangkan dato nenek tidak tahu perasaan dato nenek.

Balik Kampung Tahunan

Biasanya dikatkan pada hari raya. Juga pada cuti sekolah. Dan rumah dituju biasanya rumah ibu kita.

Dulu2 tak faham kenapa nenek nak duduk di kampung seorang diri, sedang anak2 ramai ada rumah utk nenek duduk bersama. Setelah beliau tiada, saya baru faham. 

Balik kampung ke rumah nenek, rumah neutral. Rumah nenek, bukan rumah anak menantu. Dapat elak anak cucu tak nak balik kampung sebab rumah adik beradik, yg tuan rumah mungkin tak selesa adik beradik lain, ipar duai bermalam, menyusahkan tuan rumah.

Ahad, Julai 10, 2022

Senang Setelah Berkorban

Alhamdulillah, seorang saudara sekarang dimurahkan rezeki berbanding zaman kanak2. Ayahnya seorg tukang jahit, dan ibunya berniaga di kampung di Kelantan.

Drpd 6 beradik, 3 menumpang rumah emak saudara. 2 utk belajar di sekolah menengah, dan seterusnya ke um. Adik lelaki beliau juga sambung ke um. Beliau ke mckk sebelum tingkatan 1, dan sambung belajar di luar negara.

Setelah bekerja, beliau binakan rumah utk kedua ibubapa. Beliau bantu adik2 utk hidup lebih selesa. Dan sekrg beliau bantu org2 kampung dgn sedekah2.

Senang Membantu

Seorg saudara kembali beraya ke kampung dgn anak cucu. Mereka diraikan saudara mara. Sebab beliau banyak membantu saudara mara yg susah dgn duit, dll.

Semasa beliau muda, beliau ibu tunggal. Besarkan anak2 dgn gaji seorang cikgu. Menyewakan bilik kpd siswi2 itm. Biasa makan nasi bubur dgn ikan bilis (zaman ikan bilis murah), sehingga anak2 bertanya, 'sampai bila nak makan nasi bubur dgn ikan bilis mak?'.

Alhamdulillah, anak2 beliau kesemuanya berjaya dgn akademik dan kerjaya. Walau pun semasa beliau susah, jarang saudara mara membantu, tetapi apabila beliau dimurahkan rezeki, beliau senang membantu mereka yg susah drpd beliau.

Sabtu, Julai 09, 2022

Menu Raya Haji

Satay jarang dikaitkan dgn raya haji. Masakan yg berkait dgn daging korban biasanya dihidangkan. Spt sup daging dan tulang.

Sekrg ramai juga yg hidang daging bakar (bukan satay). Yg dibakar spt bbq. Tapi biasanya dibakar di waktu senja. Memang menu biasa raya haji kurang dihidangkan kuih raya juga.

Di Klatey, antara hidangan dinanti2 adalah singgang/ singgaey daging. Macam sup. Ada yg putih, ada yg merah. Ianya antara juadah kegemaran saya.

Balik Kampung Raya Haji

Tahun xkelik Klatey lagi utk ghayo haji. Tapi kelik rumah ibunda. Raya kedua selepas arwah ayahanda kembali kpd Nya.

Jalan ke rumah ibu kosong, tiada trafik. Tiada jem. Tiada roadblok. Sebelum maghrib ibu call, tanya nak berbuka di rumah diakah? Saya jawab. 

Selepas solat maghrib saya sampai ke rumah ibu. Keluar sekejap beli satay utk makan malam. Antara rezeki dan nikmat Allah, masih ada ibu, boleh jalan kaki ke rumah ibu.


Ahad, Julai 03, 2022

Kumpulan

Kumpulan atau berpasuk2. Kita biasa jadi ahli kumpulan yg besar. Dan di dalam kumpulan ada kumpulan kecil

Kita berkumpulan kerana pilihan. Terpaksa, sukarela, tiada pilihan. Biasanya ahli kumpulan drpd yg sama minat, kesukaan.

Kumpulan mungkin kekal, mungkin tidak. Kita mungkin dlm kumpulan sama, mungkin hanya utk seketika.

Andai Kata

Andai kata masa kita
Malam ini malam terakhir
Esok tidak dapat kita buka mata
Adakah akan ada air mata mengalir

Andai kata esok hari
Atau minggu ini
Atau bulan ini
Atau tahun ini
Hari terakhir kita di atas bumi ini
Sudahkah kita sedar diri

Andai kata tarikh pencen kita
Tarikh terakhir bersama
Mereka yg kasihkan kita
Sudah cukupkah bekalan kita