Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 30, 2010

Semakan Audit Dalam KB

alhamdulillah, tadi dah selesai peringkat semakan audit dalam kb uitm. drpd 10 yg dijemput, 3 tak dpt hadir atas alasan tidak bersedia utk semakan. satu yg hadir turut tidak bersedia utk disemak.

pelantikan saya pada 2008 utk membantu 23buah kolej bersekutu uitm mendapatkan pensijilan iso9001:2008. setelah ditolak kolej yg tdak lagi tersenarai 1, yg dah ada sijil 1, tinggallah 21. kemudiannya ditolak lagi 2kolej yg tiada pelajar. itp dan satt kemudiannya berjaya mendapat sijil dgn usaha sendiri. tinggal lagi 17

alhamdulillah, ktt di sepang berjaya jadi kolej pertama mendapat sijil dgn bantuan saya, tinggal lagi 16. ktb di setiu diharapkan akan menjadi kolej seterusnya mendapat sijil. setelah dinilai, pada 31dis 2010,dijangka termasuk ktb, 10kb akan berjaya dapat sijil iso 9001:2008. kos jika digunakan tenga luar utk 19kb adalah minima rm1.14juta.

Robin Hood

ada yg ingin jadi robin hood. mencuri atau merompak drpd orang kaya. hasil didapati utk dimakan dan disedekah kpd mereka yg memerlukan.

saya dimaklumkan bagaimana ada yg sediakan senarai mereka yg 'miskin' utk mendapat bantuan. tetapi apabila disemak, didapati bhw yg kononnya 'miskin' sebenarnya tak miskin. dan apabila tiada bantuan akan diberikan, penaja mereka yg 'miskin' ini marah.

maka ada juga yg menipu, mencuri, merompak, pecah amanah dsbnya kononnya utk bantu keluarga. kononnya utk bagi makan kpd ibubapa yg sakit, keluarga besar, anak2 masih kecil. maka apabila ditangkap, alasan ini digunakan utk dilepaskan drpd hukuman.

mencuri, merompak, pecah amanah dsbnya yg menghasilkan rezeki yg haram adalah salah. tiada alasan utk pertahankan tindakan anda. hasil yg didapati akan jadi darah daging keturunan. mungkin yg makan rezeki haram bangga sebab dpt guna kereta besar, duduk rumah besar dsbnya sambil mentertawakan mereka yg pendapatan kecil tapi hasil yg halal. biarkanlah luncai.

Rabu, September 29, 2010

Rezeki dan Zakat

saya ditanya tentang hasil drpd judi spt loteri dsbnya. bolehkah disedekahkan kpd anak2 yatim? perlukah dibayar zakat utk sumber drpd judi dsbnya?

pada pandangan dan pengetahuan saya, tak boleh diberikan sedekah kpd anak yatim drpd sumber yg haram. begitu juga tidak boleh digunakan pendapatan drpd sumber yg haram utk kebajikan spt utk membina masjid, meraikan majlis agama dsbnya. kenapa? sebab sumber adalah haram. habis cerita.

kalau sumber drpd rasuah, pecah amanah, mencuri, merompak dsbnya digunakan utk kebajikan bagi saya tidak akan menghalalkan atau membersihkan sumber tersebut. ada yg bertanya,'anda bolehkah memberi saya pendapatan yg setimpal dgn pendapatan yg haram ini? jika tidak, bagaimana saya dpt hidup?'. ianya satu soalan yg bodoh. sebab menunjukkan seolah2 beliau tiada sumber lain drpd Allah. lebih baik dpt rm1,000 sebulan yg halal drpd rm100,000 sebulan yg haram.

kita akan dipersoalkan beberapa perkara setelah kita mati. dari manakah sumber pendapatan kita? bagaimanakah kita gunakan pendapatan kita? jika saya was2 sumber yg akan digunakan utk seseorang berbuat 'baik' kpd saya, saya akan menolak pelawaan tersebut.

Hubungan Dgn Manusia Lain

dalam kehidupan kita, kita tidak boleh hidup berseorangan. walau pun saya kenali beberapa orang yg hidup berseorangan kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab, tetapi mereka akan tetap kembali berada bersama manusia lain pada waktu2 tertentu.

frasa yg biasa kita dengar 'no man/woman is an island'. maka pada asasnya, seorang manusia tidak boleh hidup keseorangan di dunia ini. utk mendera atau menghukum seseorang, kebiasaannya adalah melalui mengurungnya atau mengasingkan seseorang drpd berhubungan dgn manusia lain.

dalam kaunseling, membina hubungan pada awal peringkat kaunseling adalah penting. ianya juga dikenali sebagai rapport. jika hubungan tidak dapat dilakukan, maka ini bermakna tiada kepercayaan diantara kedua2 pihak. kepercayaan terhadap pihak lain adalah penting. jika kita tidak percaya kepada seseorang, ianya bermakna kita tidak boleh mengharapkan pihak tersebut membantu kita apabila diperlukan.

Selasa, September 28, 2010

Menjalankan Tugas

kita menjalankan tugas berdasarkan arahan dan panduan. berdasarkan peraturan dan undang2. kesemuanya ini adalah sebagai memastikan perancangan dijalankan sebagaimana objektif ingin dicapai. mengawal atau memantau adalah utk memastikan tugas yg dijalankan disemak utk tidak tersasar drpd matlamat.

tanggungjawab kejayaan adalah di atas bahu ketua. maka selalunya keputusan ketua adalah terbaik walau pun tidak dimaklumkan kpd kakitangan bawahan. tetapi adakalanya keputusan ketua bukanlah yg terbaik utk mencapai matlamat yg ditetapkan. berjaya atau gagal sesuatu tugasan adalah tanggungan ketua yg diarahkan mencapai matlamat tersebut. maka patuhlah arahan ketua. kecuali memang arahan gila dan membahayakan kita.

walau pun sudah berkali2 memohon utk menamatkan tugasan semasa, namun ketua tetap mengarahkan agar tugasan diteruskan sehingga tamat tempoh. kita yg menurut perintah.

Kelender Seorang Pensyarah

kalender seorang pensyarah tidak sama dgn kalender mereka di bidang lain. jadual pensyarah utk setiap tahun tidak sama dgn jadual tahunan seorang cikgu.

tugas seorang pensyarah adalah beri syarahan. tetapi sebelum itu perlu sediakan nota kursus akan diajar. kemudiannya sediakan soalan peperiksaan. lepas itu lakukan penyelidikan jika kesempatan. tulis buku atau bab dalam buku. hadir ke kursus, seminar, konvensyen dsbnya utk emnambah ilmu. semasa peperiksaan kena jaga/awas peperiksaan. kemudiannya semak jawapan peepriksaan. kemudiannya isikan keputusan ke dalam sistem. dan ini berulang2.

keluarga saya hairan saya ke uitm ketika pelajar menduduki peperiksaan. mereka juga hairan kalau saya ke uitm apabila pelajar bercuti. mereka hairan saya ke uitm ketika hujung minggu. jawapan saya 'waktu bekerja pensyarah bukan macam cikgu, bukan macam pentadbir di pejabat'. kami diminta utk tidak berkira jika terlebih masa. tetapi adakah ini adil? kita 'claim' di akhirat.

Isnin, September 27, 2010

Kaunseling Sistem Keluarga

mengikut cara kaunseling ini, masalah yg dihadapi klien perlu dilihat kpd keadaan keluarga klien. hubungan klien dan ahli keluarga klien mempengaruhi keadaan semasa klien.

ianya ada kaitan spt terapi realiti. ianya ada kaitan dgn pendekatan adlerian. hubungan kita dan peranan kita dlm organisasi keluarga adalah penting kpd keadaan kita. diandaikan jika kita tidak mempunyai hubungan yg positif dlm keluarga kita akan menyebabkan kita menghadapi masalah. walau bagaimana pun, tingkahlaku keluarga perlulah positif mengikut budaya masyarakat sekitar. budaya keluarga yg bertentangan dgn budaya persekitaran juga adalah punca masalah klien.

maka ilmu adalah penting kpd klien. ilmu yg disampaikan oleh seorang kaunselor atau seorang pendidik amat besar kesannya. jika ajaran sesat atau salah disampaikan oleh keluarga, kawan2, pendidik atau kaunselor, maka klien akan menyebabkan ketidak serasian dgn norma2 kehidupan utk kesejahteraan masyarakat normal. carilah guru (drpd keluarga, kawan2, di sekolah atau di mana2 saja) yg membawa kita kpd kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kisah Pasukan Bolasepak

sebuah pasukan bolasepak mempunyai seorang pengurus. pengurus ini digajikan utk menguruskan pasukan bolasepak oleh pemilik pasukan bolasepak.

penggerak pasukan adalah pemain bolasepak. yg lain2 adalah penyedia kemudahan utk pemain boleh bermain dgn sebaik mungkin. malangnya perancangan pengurus banyak diganggu oleh cadangan drpd penjaga stor peralatan. penjaga stor memberi cadangan agar pemain serangan diletakkan di bahagian belakang sebagai back kiri. adakalanya, pemain serangan yg dibeli oleh pengurus dahulu dicadangkan oleh penjaga stor supaya dijadikan pemain simpanan shj.

maka keputusan permainan amat mendukacitakan peminat. gol yg diharapkan dijaring oleh pemain serangan tidak dijaringkan. sebabnya, pemain serangan perlu berlari ke atas dan ke bawah lebih drpd sepatutnya. dan bila tiada jaringan oleh pemain penyerang, beliau dikatakan tidak memainkan peranan sepatutnya dlm membantu pasukan memenangi perlawanan. begitu juga walau pun pemain serangan tidak bermain, kekalahan pasukan diletak diatas bahu pemain serangan.

eloklah pemain serangan memindahkan dirinya ke pasukan lain. buktikanlah bahawa kekalahan pasukan sekarang adalah sebenarnya berpunca drpd penjaga stor.

Bukan Seorang Penolak Kertas

maksud dalam bahasa inggeris adalah, 'not a paper pusher'.

arahan diterima utk melakukan tugas2 khas. bukannya tugas2 berkala dan biasa. utk tugas luarbiasa memerlukan kepakaran. maka dicarilah mereka yg memenuhi keperluan utk memboleh tugasan dicapai dgn sebaik2nya.

walau bagaimana pun, mereka yg biasa dgn tugasan menolak kertas tidak faham atau tidak ingin faham dgn tugasan yg kurang atau tidak melibatkan menolak kertas. ada yg seronok dpt menolak kertas ke sana ke mari. tambah2 lagi dpt tenyeh sana dan tenyeh sini. ianya menunjukkan kpd dunia bhw penolak kertas dan penenyeh kertas adalah seorang yg mesti dipatuhi walau pun arahanya adalah menyusahkan dan tidak berkesan.

maka apabila penolak kertas kononnya lebih mengetahui cara utk melakukan tugas yg beliau sebenarnya tidak tahu, kesannya adalah kepada organisasi. inilah antara penyebab tugasan tidak selesai. inilah sebab mereka yg berkebolehan dlm operasi meninggalkan organisasi.

Ahad, September 26, 2010

Sarjana

seorang sarjana dlm bahasa inggeris adalah seorang 'scholar'. maksud dlm bahasa inggeris, 'sila cari dlm kamus bahasa inggeris'. ianya ada kaitan dgn 'school' atau sekolah. 'scholarship' kita kata sbg biasiswa, membiayai seorang siswa utk mendapat ilmu.

seorang sarjana diandaikan mempunyai pengetahuan/ilmu dlm bidang yg dipelajarinya. dan pelajar mengandaikan seorang pemegang ijazah sarjana mempunyai ilmu dlm bidang yg diambil semasa bersekolah di ipt. sekarang, perlu tamat dgn cgpa 3.00 utk melayakkan mendapat anugareah sarjana. itu pengiktirafan ikut kelayakan oleh ipt. tetapi sarjana mengikut operasi adalah mereka yg mempunyai ilmu dan diiktiraf oleh pelajar2 dan mereka yg lain dlm bidang yg sama.

dlm bahasa kita, sarjana juga dipanggil sbg guru (asalnya bahasa sanskrit?). dlm bahasa cina, seorang sarjana adalah seorang sifu. dan di masa lampau, seorang sarjana amat2 dihormati dlm masyarakat kerana ilmu yg dimilikki. seorang tok guru atau 'grand master' dikenali sbg 'sikong'.

siapakah sifu atau sikong anda? kenapakah anda iktirafkan seorang itu sbg sifu atau sikong anda? alhamdulillah, saya mempunyai ramai sifu dan sikong. ada yg saya maklumkan kpd mereka, ada yg saya rahsiakan.

Mencuri

apa itu mencuri? kalau ikut undang2 manusia, boleh rujuk kpd penal code. ianya berbeza sedikit dgn merompak. mencuri, kita ambil hak orang tanpa disedari tuanpunya hak. merompak pula adalah mengambil hak orang lain dgn disedari oleh tuanpunya.

mencuri bukan sahaja terhad kpd barang2. begitu juga merompak. kalau mencuri atau merompak dlm pendidikan adalah seperti melakukan plagiarisma. juga bagi saya jika kita mengambil upah utk kerja yg tidak disempurnakan. spt mengajar sesuatu yg bukan bidang kita. maka yg rugi adalah pelajar, ibubapa pelajar, bakal majikan, penaja dan ramai lagi. mendapat nama tanpa usaha. naik pangkat tanpa usaha yg sepatutnya.

saya baru melihat dlm internet bgmana satu kumpulan/keluarga mencuri pakaian sukan di sebuah kedai sukan yg terkenal. apakah motif utama mereka ini mencuri? nak berniaga barangan curi? nak bergaya di hari raya dgn barangan curi? nak beraya dgn hasil jualan barangan curi?

Allah jua yang Maha Mengetahui. dan Allah jua Maha Adil dlm pembalasanNya. saya doakan agar mereka yg mencuri, merompak dan sebagainya mendapat pembalasan seadil2nya drpd Allah di dunia dan di akhirat.

Penyelidikan dan Penerbitan

satu topik yg dibincangkan dlm sebuah akhbar hari ini. ada yg setuju bhw seorang pensyarah ipt perlu lakukan penyelidikan. ada yg sebaliknya. bagi saya fokus kepada siapakah pelanggan sebenarnya seorang pensyarah. janganlah kita buat macam2 tetapi kita tidak sampaikan khidmat kepada pelajar kita.

bagi saya, tugas utama seorang pensyarah adalah memberi syarahan. dlm skop tugas dinyatakan sbg 'teaching and learning' atau khidmat pengajaran dan pembelajaran. tetapi kita hanya mengajar, tetapi pensyarah pun perlu belajar. bagaimana? kita hadirlah kursus2 berkaitan, seminar2, konferens2, konvensyen2. sebab seorang pensyarah perlu berkongsi ilmu yg 'uptodate' dgn pelajar kita di ipt. kita bukan mengajar secara komunikasi sehala.

pelajar kita berhak menyoal setiap apa yg kita kongsi dgn mereka. jika kita tidak tahu, jawab ajelah 'tak tahu'. jangan berlagak tahu. akan pecah juga tembelang tu. dan walaupun kononnya kita berpangkat besar, kereta besar, dsbnya, tetapi ilmu kecil atau tiada dlm bidang yg kita berkongsi dgn pelajar, kita tidak akan dihormati sbg pensyarah.

Audit

kebiasaannya ramai tidak suka diaudit. audit bermaksud disemak. dlm PDCA, audit adalah di peringkat c=check. ianya sama dgn membuat analisis. iaitu utk mendapat hasil kajian. sama dlm bab 4 utk laporan penyelidikan.

kenapa perlu audit? di bidang perakaunan, p=bajet, d=buat dan sediakan perakaunan, c=semak adakah hasil kerja yg telah diakaunkan (direkod) sama seperti dirancang (dlm p=plan). jika ya, teruskan dgn kerja yg dilakukan. jika tidak, perlu pembetulan, adjustment, pelarasan, dsbnya. atau kita katakan sbg penambahbaikan iaitu sama ada tindakan pembetulan atau tindakan pencegahan. utk faham pdca lebih lanjut, bacalah iso 9001:2008 atau buku2 berkaitan quality management.

pengalaman menjalankan audit amat seronok. pengalaman diaudit juga amat seronok. jika kita buat apa yg sepatutnya kita buat, iaitu cepat dan tepat, maka tiada perlu dirisaukan. tetapi jika kita tidak amanah, siaple.

Jamuan Raya Encik Din 2010

saya berada di rumah cik din tengahari tadi. encik din adalah penasihat peers uitm. beliau mengada jamuan raya utk kenalan yg termasuk peers. saya spt biasa, menumpang ajelah majlis kawan.

alhamdulillah, gps yg saya milikki masih baik. ianya adalah sesuatu kurniaan Allah kpd saya. walau pun saya was2 juga, alhamdulillah, saya sampai dgn mudahnya. sesampai saya di rumah cik din, saya dapati dah ramai peers di sana. alumni peers pun turut sama hadir. peers turut mengadakan rumah terbuka, tumpang cik din.

juadah, macam2 ada. satay, soto, lontong dan pelbagai lagi. spt biasa, saya lihat peers bersedia membantu di dapur. saya dan peers serta alumni peers lain bersedia membantu apa yg ada di meja makan. alhamdulillah dgn hidangan disediakan oleh cik din dan mrs.cik din. terima kasih cik din. terima kasih peers.

soalan cepumas drpd peers dan alumni peers, 'bila pula rumah cik bad? bila lagi cik bad nak beraya lebih drpd satu?'. jawapan saya spt biasa, 'insyaallah'.

Sabtu, September 25, 2010

Di Awang-awangan

bahasa inggeris seperti berada di 'seventh heaven' atau 'cloud nine'. ianya bermaksud kita berada di dlm keadaan yg menyeronokkan kpd kita. itulah perasan saya apabila mempunyai buku yg menarik utk membaca.

semalam saya semak semula buku yg baru dibeli pada khamis lepas di kedai buku uitm. saya dapati sebuah buku yg saya sangkakan telah saya beli sebelum ini sebenarnya adalah buku yg belum pernah saya baca atau milikki.

jadi, bermula dgn semalam, saya berlengkar seperti ular sawa melengkar mangsanya. mangsa. saya adalah buku baru saya. tadi selepas jam 9mlm, saya habis membaca buku tersebut. memang saya macam ular sawa apabila mendapat buku yg sangat saya minati kandungannya. selagi saya tak telan/baca sampai habis, saya rasa tak selesa.

Jamuan Raya 2010 Perkama



selepas tamat majlis perasmian seminar kaunseling di um, diadakan majlis jamuan raya 2010 perkama. ianya dihadiri oleh exco perkama, tetamu jemputan seminar kaunseling, ajk seminar dan para peserta. majlis amat meriah. terdapat peserta seminar drpd 7ipt. sedihnya tiada peserta uitm selain drpd saya. itupun saya hadir selaku exco perkama.

saya teruja melihat para pelajar kaunseling bergaul dgn mereka drpd ipt lain. cadangan saya, pada setiap sem diadakan sekurang2nya seminar/konvensyen berkaitan kaunseling di 3buah ipt. ini akan memberi peluang pelajar2 kaunseling saling mengunjung ke ipt yg menwarkan program kaunseling dan mempunyai persatuan kaunseling.

Seminar Kaunseling UM 2010



pagi tadi berjalan seminar kaunseling 2010 di um. ianya najuran persatuan kaunseling um bersama perkama. saya hadir selaku exco perkama.

persatuan kaunseling um atau perkum telah ditubuhkan pada 2002. keahlian adalah pelajar sarjana muda kaunseling, fakulti pendidikan um. tahniah kepada jawatankuasa dan mereka yg menyumbang secara langsung dan tidak langsung. penasihat perkum adalah prof dr suradi salim. wakil exco perkama di um adalah prof madya dr haslee shahril, penyelia saya utk sarjana kaunseling.

saya berbangga melihat seorang kawan membentangkan kertaskerja berkaitan kaunseling dan rehabilitasi. beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat phd. beliau seorang oku. belia kurang upaya drpd segi penglihatan. beliau konvo sarjana kaunseling bersama2 saya pada 2005. tahniah saudara zamzuri. insyaallah, saya akan jemput tuan ke uitm.

Jumaat, September 24, 2010

Mesyuarat Lagi

tugas di peringkat tertentu pengurusan akan banyak melibatkan mensyuarat. dan saya perlu merancang sebelum mesyuarat dilakukan.

mesyuarat atau perjumpaan sepatutnya pada pagi tadi terpaksa ditunda kerana yg lain2 ada hal. ianya utk iid2010se. jadi saya cadangkan utk perbincangan kumpulan. merancang strategi utk persediaan dan pembentangan bg penyertaan kami.

petang mesyuarat aknc 2011 ined. sepatutnya bermula jam 3ptg. dan saya bercadang tamat pada 4ptg. oleh kerana lambat bermula, maka tamatnya tidak juga spt dirancang. alhamdulillah, semua yg patut hadir berjaya hadir.

dugaan mesyuarat adalah membuat keputusan dan memastikan keputusan dijalankan. kemudian seterusnya semasa mesyuarat di agensi gomen adalah akan tersedia jamuan ringan. jika bulan puasa, tiada gangguan memastikan tiada pembaziran.

Khidmat Penghantaran

seperti saya tulis sebelum ini, di india, penghantaran makanan adalah satu industri yg besar. ianya memberi pekerjaan kpd beribu2 penduduknya. di malaysia, industri penghantaran makanan lebih tertumpu kpd makanan segera. penghantaran makanan selain drpd makanan segera masih kecil.

saya pernah cadangkan kpd pelajar2 saya, adakan khidmat penghantaran makanan di dalam kampus. di shah alam, masalah utama adalah kesesakan lalulintas dan tempat letak kenderaan. antara punca utama berkaitan kenderaan adalah kerana melibatkan makanan.

kenderaan diperlukan utk warga uitm mencari makanan. sama ada di dalam atau di luar kampus. ini kerana tempat2 makan berhampiran spt kafetaria mempunyai ruang dan makanan yg terhad utk permintaan yg tinggi terutama di waktu puncak (makan tengahari). adakalanya utk melepasi lampu isyarat di pintu belakang dari menara berkembar akan mengambil lebih drpd 10minit. jarak tak sampai 500m.

ini adalah peluang utk usahawan. dapatkan pembekal yg sedia mengupah anda. ambil pesanan dan hantar pesanan. dapat duit utk bantu pengajian anda.

Siya

siya atau dikenali juga sebagai mangkuk tingkat. di india, ada industri penghantaran makanan yg disediakan di rumah ke pejabat.

sebuah dokumentari tv menunjukkan ianya satu sistem yg sangat cekap. makanan disediakan pada waktu pagi. pengusaha siya akan mengambil makanan yg siap pada waktu ditetapkan dgn menaiki basikal/motorsikal dsbnya. kemudiannya,diberikan kpd mereka yg akan ke pejabat penerima melalui keretapi. makanan tengahari akan sampai tersedia utk waktu makan tengahari.
di malaysia, sudah ada khidmat penghantaran makanan. tetapi makanan yg disediakan oleh pengusaha, termasuklah makanan segera dan makanan spt nasi dan laukpauk.

semalam, sebelum balik drpd mesyuarat perkama, ada gunanya siya saya. dato' pengerusi meminta ahli2 menghabiskan makanan yg disediakan. jangan membazir. alhamdulillah, dgn adanya siya saya, saya bolehlah mengambil sebahagian makanan yg berbaki. dapat membantu mengurangkan pembaziran. belilah siya dan simpan di dalam kereta anda.

Mencari Ilmu di Kedai Buku UiTM

petang semalam saya ke kedai buku uitm. ianya milik koperasi uitm bhd. ianya terletak di hadapan ptar1. itulah tempat asal kedai buku itm.

saya ke sana selepas ke rmi utk urusan iid2010se. dan sebelum ke pusat kerjaya dan kaunseling. hampir setengah jam saya di kedai buku. saya suka mencari2 buku2 yg dijual pada harga diskaun. alhamdulillah, dpt beli beberapa buah. ada diantaranya, bernila lebih 10x pada harga asal berbanding dgn harga diskaun.

di kedai buku sebuah ipt, bukan hanya terdapat buku2 teks dan akademik shj. pelbagai buku turut dijual spt utk meningkatkan atau membantu diri. kunjung2lah kedai buku uitm. anda mungkin berpeluang mendapatkan permata yg tersorok.

Sesi Kaunseling

antara tugasan utk pelajar sps550 saya adalah menghadiri sesi kaunseling bersama kaunselor uitm. kebanyakan atau hampir semua mereka tidak pernah berjumpa kaunselor.

dan tadi saya singgah ke pusat kerjaya dan kaunseling. saya bertanya khabar sahabat2 kaunselor uitm. saya bertanya kehadiran pelajar saya berjumpa mereka. para kaunselor gembira dgn sesi kaunseling dgn pelajar saya. dan seorang guru kaunseling saya beritahu saya yg beliau telah berkongsi sedikit berkaitan saya dan kaunseling di uitm.

tujuan utama saya mengkehendaki pelajar kaunseling saya hadir ke sesi kaunseling adalah utk mereka merasai perasaan seorang klien bertemu kaunselor. apabila pelajar pula mengendalikan sesi kaunseling, mereka diharapkan dapat merasai/membayangkan dgn lebih tepat perasaan klien mereka semasa berjumpa kaunselor.

Bersama Pemimpin Perkama

tadi saya di kelab danau ukm. ada mesyuarat exco perkama. sbg seorang drpd ahli majlis perkama, saya turut hadir.

mesyuarat bermula 8.30mlm. saya lewat sampai. tetapi ramai juga yg tiba selepas saya. agenda pertama adalah seminar kaunseling di um, pada 25sep 2010, sabtu ni. pembentangan oleh ajk seminar yg terdiri drpd pelajar program ism kaunseling um. saya melihat senarai peserta pelajar dr universiti tiada wakil dari uitm. maka saya maklumkan kpd ajkt peers jika ada yg berminat.

memang terasa teruja berada bersama pakar2 kaunseling di malaysia. setiap kali pengerusi menjemput ahli membentangkan laporan atau cadangan beliau akan mulakan dgn 'prof' atau 'dr'. bagi saya hanyalah 'tuan'. insyaallah suatu hari 'dr' dan kemudiannya 'prof'.

tahun ini genap 30tahun perkama. cadangan sambutan di adakan di uitm. maka, peers, sila bersedia utk membantu menjayakan majlis ini. jangkaannya di bulan disember 2010.

Khamis, September 23, 2010

Apabila TV dan Router Rosak

dah dua hari tv di rumah rosak. sebenarnya tidak mendapat signal melalui astro. begitu dah beberapa lama internet tidak dapat digunakan melalui khidmat tiadawayar.

kesannya kpd kami di rumah hampir spt tiada elektrik. tetapi tanpa siaran tv dan internet, lampu dan kipas masih berfungsi. jadi, setelah makan malam semalam, saya mempunyai banyak masa utk lakukan aktiviti selain melihat tv atau ber'tenet'.

solat pun cepat dilakukan. setelah solat, maka masa berbaki saya gunakan utk membaca buku. kemudiannya, setelah dikenakan ubat tidur (mungkin juga kepenatan kerana pagi semalam, jam 7.45pagi dah di epjabat dan seterusnya bermesyuarat sampai jam5ptg), saya terlena sehingga jam 12tgh malam di ruang tamu.

bagus jugak sekali sekala tiada khidmat astro/tv dan internet. bagaimana kalau kita hadkan penggunaan tv/astro dan internet di rumah? kita berupaya mendapat masa tambahan utk dilakukan aktiviti2 lain.

Rabu, September 22, 2010

Senang dan Selesa

Kita nak senang dan selesa. ada sampai terlupa bhw ianya perlu dgn caranya yg halal.

kita rasakan utk senang dan selesa, kita mesti kaya dgn wang. kita mesti hidup dlm rumah besar. kita mesti pandu kereta besar. kita mesti berjawatan tinggi. andaiannya kita akan dihormati oleh orang lain.

kita nak senang dan selesa di akhirat. itu adalah obejektif utama kita. kehidupan di dunia adalah ujian kpd kita. lagi kaya dgn wang, lagi banyak kena jawab bagaimana kita gunakan wang yg diamanahkan kpd kita. kekayaan material boleh menjadi 'baggage' yg boleh melemaskan kita. dan jika kita lemas di akhirat, ianya tidak bermakna kita senang dan selesa.

berpada2lah dgn mengejar kekayaan material. apabila di bawa ke kubur, kita tinggalkan harta dunia, isteri dan anak2, serta jawatan dan pingat. yg kita bawa adalah amal kita sebagai bekalan.

Nafsu

dah beberapa hari saya kalah kpd nafsu. akibatnya saya kenalah tanggung. memang berat akibatnya. badan tak selesa. alhamdulillah tak sakit.

memang niat nak puasa sunat secepat mungkin selepas beraya 1 syawal. tapi spt biasa, pelbagai alasan mudah diberi utk lakukan sebaliknya. hari ini saya tewas lagi. saya ada bengkel di pagi hari sehingga tengahari di hotel uitm. petang saya ada perjumpaan dgn wakil kolej bersekutu. dan di majlis kerajaan, antara agenda utama adalah makan.

saya bercadang utk bersenam lebih kerap dan lebih intensif lagi. ianya utk memastikan kalori digunakan lebih banyak drpd kalori diisi ke dlm badan. jom ikut saya trekking disekitar intekma.

Selasa, September 21, 2010

Gambar dan Maksud

baru2 ini saya ke rumah kawan. saya dipaksa masuk utk menjamu selera dahulu, kononnya sekejap aje. oleh kerana beliau banyak membantu saya, saya terima pelawaan beliau.

walau pun telah menjamu selera di rumah kawan lain terlebih dahulu, sebagai memenuhi jemputan kawan, saya menjamah makanan lagi. bersama saya adalah dua lagi tetamu kawan saya. seorang adalah bapa kepada kenalan kawan saya, dan seorang pelajar uitm lendu.

kira2 1/2jam kemudian, muncul kenalan kawan saya. dia turut sama menjamu selera bersama kami. semasa menjamu selera, kawan saya mengambil gambar kami. saya senyum kerana inginkan gambar yg menunjukkan tetamu kawan saya seronok berada di rumahnya.

semalam saya bertanya kepada kawan saya,'siapakah kenalannya yg duduk disebelah saya di rumahnya?. jawab beliau,' kau tak kenal? itulah ... artis af7'. maaf ya, dah lama tak menonton akademi fantasia. tetapi, terima kasih kerana mengabadikan saya dlm foto bersama seorang yg sedang diminati para remaja sekarang. bila boleh saya dapat satu salinan gambar tu? sila sertakan bersama autograf artis tu ya.

Jemputan dan Keikhlasan

kita sentiasa mendapat jemputan ke pelbagai majlis. bagi pemegang jawatan pentadbiran di uitm shah alam,kita akan selalunya menerima lebih banyakjemputan berbanding pentadbir akademik di kampus cawangan.

di bulan syawal ini, kita akan menerima jemputan hadir ke majlis raya. uitm akan mengadakan suaraya 1431Hijrah pada 1 oktober ni, di padang kawad. kali ini ined diberi tugasan menyediakan bubur. kali ini, pusat2, fakulti, jabatan2 tidak lagi bergabung. jadi akan lebih banyak gerai disediakan.

selain drpd jemputan raya, ada juga jemputan ke majlis perkahwinan. saya menerima beberapa jemputan utk majlis spt ini. ada secara melalui kad, ada secara melalui lisan. terima kasih saya ucapkan kpd mereka yg sudi jemput saya. saya harap jemputan adalah ikhlas, kerana persaudaraan dan persahabatan.

ada jemputan yg saya terima dan tidak saya terima, saya tidak akan hadir ke majlis tersebut secara sengaja. saya was2 dgn status halal majlis tersebut. saya juga tidak ingin jadi seorang munafik. di depan manis macam madu, tetapi di belakang sebenarnya pahit seperi hempedu, lebih teruk lagi jemputan beracun.

saya mohon maaf kepada saudara dan sahabat yg majlis mereka saya tidak dapat hadir. saya hargai jemputan ikhlas anda. semoga anda sentiasa mendapat rezeki yg halal. semoga anda sentiasa dikurniakan saudara dan sahabat yg akan membantu kesejahteraan anda di dunia dan di akhirat.

Dipunyai, Seronok, Bebas, Kuasa dan Kehidupan.

drpd perkataan inggeris, 'belonging, fun, freedom, power dan survival'. mungkin kurang tepat terjemahan saya utk beberapa perkataan tersebut. mungkin semuanya tepat.

dlm kehidupan, 'no man is an island'. tiada manusia boleh hidup keseorangan. maka manusia memerlukan perhubungan yg baik dgn diri sendiri dan orang lain. begitulah kisah nabi adam a.s. maka Allah ciptakan hawa.

dlm kehidupan di dunia, perhubungan membuatkan kita ingin dipunyai/dimiliki dan memiliki insan lain. itulah kaitan dgn jodoh, jika pasangan hidup. itulah persaudaraan dan persahabatan, jika bukan tentang jodoh.

perhubungan dgn insan lain membuat hidup lebih seronok, dan memberi peluang utk kita sekali sekala kebebasan utk melakukan sesuatu bersama atau bersendirian. kebebasan berkaitan dgn kuasa. ianya berkaitan dgn pilhan yg ada dan keputusan yg dibuat.

kita adalah milik Allah. tetapi kita mempunyai kuasa utk berseronok dan bebas memilih dan membuat keputusan berkaitan kehidupan kita di dunia dan kesannya di akhirat. pilihlah yg terbaik berdasarkan ilmu.

Tugasan Berterusan

kita semua mempunyai tugasan berterusan. kebanyakan akan bercerita tentang tugas2 di pejabat yg tak pernah habis. selepas kembali drpd cuti raya yg panjang, banyak kerja menanti utk diselesaikan. kita akan mengeluh ketidak puasan hati.

akan ada bercerita tugas di rumah tidak pernah habis. bangun pagi sampai tidur pada setiap hari selalunya kita ada tugas yg sama. sediakan makanan. sediakan pakaian. kemas rumah. ianya satu pusingan tanpa henti. ada yg menyatakan tak payahlah nak kemas2 sebab esok benda yg sama akan berulang.

tetapi sebenarnya hidup di dunia ada noktahnya. hidup berterusan adalah di akhirat. maka adalah tanggungjawab kita utk melakukan persediaan utk kehidupan berterusan di akhirat. fokus utama kita kepada adalah persediaan bekalan yg berterusan utk hidup yg berterusan. setiap rezeki yg halal perlu disyukuri. dugaan yg dihadapi adalah sebagai peringatan.

90 Hari

90 hari atau bersamaan 3 bulan. itulah masa yg dinyatakan. banyak kali sudah saya dimaklumkan. dan kebanyakan melalui bacaan. iaitu masa yg biasanya diambil utk kita berubah.

sebuah buku tentang perubahan ke arah diri yg lebih cenerlang turut menyatakan bahawa kita biasanya memerlukan 90hari utk berubah tabiat atau kebiasaan kita. berubah kpd keadaan yg lebih baik melalui tingkahlaku kita. kita mesti mulakan dgn keinginan atau kita biasa katakan dgn niat. kita buat. kita semak atau kaji hasil kpd niat. kita rancang semula dan lakukan.kalau iso kita ada pdca. kalau ikut saya, 3P. kalau ikut terapi pilihan, wdep.

maka mreka yg tidak berubah sebenarnya tersangkut di satu drpd peringkat2 tersebut. kalau asyik irihati, dengki tetapi kita katakan sebaliknya, maka kita sebenarnya tiada niat utk berubah menjadi baik. mereka ini kita panggil hipokrit. tapi dlm islam adalah munafik. depan cakap lain, belakang buat lain. anda pilihlah sendiri apa yg anda inginkan, dan buatlah keputusan. terima kesan dan hasil anda dgn penuh tanggungjawab. janganlah terus bermuka2. tak guna. lambat laun, topeng itu akan terbuka juga.

Mencari Ilmu

guru baru saya ini (secara tidak rasmi) adalah bekas pelajar ayah saya. beliau berpeluang mendapat bintang di kerjayanya dulu. beliau merupakan orang kanan kpd bos dia dahulu. bosnya pernah menyatakan kpd beliau bhw guru baru saya ini sedang di'groom' utk menjadi antara pegawai tertinggi di organisasi lamanya.

ianya seakan2 kisah saya. dahulu dan sekarang (?). yang penting, kita ingin belajar. kita rendahkan diri kita. kita jangan sombong. kita mesti ikhlas utk belajar. kita mesti tulus utk berkongsi. kita mesti bersedia utk membantu jika diminta, dan jika tidak diminta.

saya ceritakan kpdnya tentang bagaimana keegoan tidak membantu menjadi seorang pemimpin. beliau bersetuju. dan saya lihat pada diri guru baru ini terdapat ciri2 pada guru2 semasa dan sebelum ini. mereka ikhlas utk membantu anak didik maju ke atas dan ke hadapan daripada guru. tiada rasa kedekut atau irihati.

semasa makan tengahari tadi, saya terserempak dgn seorang pensyarah saya semasa diploma. beliau kelihatan masih spt 25tahun yg lalu. beliau adalah diantara mereka yg membolehkan saya mengikuti pengajian di peringkat perakaunan. terima kasih PM Azim Zaleha. jasa puan akan saya kenang insyaallah, selama2nya. seorang pensyarah dan guru kpd saya yg ikhlas akan tetap saya anggap sebagai pendidik saya.

Jamuan Raya 11 Syawal 1431H

sekejap tadi saya baru sampai di rumah. saya ke rumah seorang saudara utk beraya. alhamdulillah, murahnya rezeki saya pada hari ini.

saya ke rumah saudara berpakaian kemeja t shj. saya andaikan ianya majlis tidak rasmi. saya andaikan majlis kecil shj. tetapi sebaliknya. walau pun tetamu seramai 200 orang, tetapi juadah yg dihidang meliputi 7 stesen sbgamana diadakan di restoran. macam2 ada. termasuklah kambing panggang, antara menu kesukaan saya. habislah perancangan badan seperti seorang 30 tahun.

di peringkat akhir majlis, saya berpeluang berjumpa dan berbincang dn seorang bekas pelajar ayah saya. beliau menguruskan sebuah pusat pembelajaran secara pengalaman. saya tawarkan pelajar fsr utk menjalani latihan amali di tempatnya. dia mempelawa saya utk melawat dan melakukan kajian di tempatnya.

betul. kita mesti berani bercakap dan menegur orang lain. wujudkan hubungan yg positif. ianya akan memberi manafaat kpd kita. ini yg dinyatakan mengikut terapi realiti. terima kasih kpd saudara yg sudi menjemput saya ke majlis rayanya. terima kasih kepada seorang guru baru saya yg sudi berkongsi ilmu dgn saya.

Isnin, September 20, 2010

Saudara dan Sahabat

alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana saya mempunyai saudara dan sahabat yg menyenangkan saya. dan alhamdulillah saya tidak mempunyai mereka yg menyusahkan hidup saya sebagai saudara dan sahabat.

tengahari tadi, dalam saya mencari2 sahabat utk makan tengahari, seorang sahabat telah menelefon saya. beliau mengajak saya utk makan bersamanya. ahamdulillah. seronok apabila ada sahabat yg sudi berkongsi kemurahan rezekinya dgn saya.

dan hari ini saya berpeluang menaiki kereta beliau yg saya hanya lihat drpd luar sebelum ini. kami makan di pusat inovasi uitm. sebagai tuan rumah, seeloknya saya yg berbelanja. tetapi sahabat ini tidak selesa jika saya berbuat demikian. jadi, sekali lagi dlm tempoh beberapa minggu ini, saya mendapat kemurahan rezeki yg beliau ada.

saya doakan semoga sahabat saya ini akan sentiasa mendapat rahman dan rahim drpd Allah. alhamdulillah, rezeki saya terima dlm tempoh terdekat sangatlah murah. dan yg sangat2 penting, ianya adalah halal.

Tahniah Dr Tan Chee Hian

ucapan tahniah drpd saya kpd fren, encik tan chee hian, phd. beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan uitm.

dr tan berjaya menamatkan dan mendapat pengiktirafan phdnya pada tahun ini 2010. ianya setelah ia berusaha secara gigih dan melalui pelbagai dugaan dan cabaran. kejayaan beliau mendapat phd dan kenaikan pangkat sebagai pensyarah kanan sesuai dijadikan sebagai teladan utk dicontohi.

saya mula mengenali dr tan apabila berkongsi pejabat di pusat sukan uitm, semasa fsr beroperasi di pusat sukan. tahun tersebut adalah 2001. begitu cepat masa berlalu. pada awal perkhidmatan beliau, beliau menunggang kapcai ke uitm. seorang yg bertubuh besar menunggang sebuah kenderaan kecil. hati dr tan adalah sebesar badannya. beliau mudah mesra dgn sesiapa pun. tetapi beliau juga seorang yg tegas. ini adalah antara sifat pendidik yg boleh dicontohi.

tahniah sekali lagi drpd saya kpd anda fren.

Ahad, September 19, 2010

Mengubah Masa Hadapan

ianya boleh dikaitkan dgn usaha uitm utk mengubah destini anak bangsa. bagi bos saya, kita berjaya mengubah destini seorang muslimin adalah satu kejayaan. tidak perlu utk melihat kejayaan dgn berubah destini ramai orang. seorang yg berubah ke arah yg lebih baik sebenarnya akan memberi kesan yg berganda.

kesan perubahan seorang berganda kpd ahli keluarga dan kenalannya. adalah diharapkan perubahan positif seorang akan memotivasikan mereka di sekitarnya utk turut berubah. maka sebagai pendidik, kita memudahkan pelajar utk berubah dgn perkongsian ilmu. dgn syarat, pelajar memang ingin berubah dgn ilmu.

semalam saya berpeluang berbicara dgn seorang bekas pelajar saya. alhamdulillah, beliau terlibat dlm perniagaan. walaupun bidang kerjayanya berbeza dgn kelayakan akademiknya, beliau berjaya menggunakan ilmu yg didapati di uitm utk berubah kehidupannya menjadi lebih positif. saya tumpang berbangga dgn kejayaan beliau. insyaallah, saya akan pergi menikmati makanan di tempat perniagaan beliau.

Kembali ke Ribu-ribu Langkah

Dalam suratkhabar beberapahari ini kita membaca iklan utk kita berjalan sekurang2nya 10,000 langkah. ianya dikatakan akan dpt membuat kesihatan kita lebih baik. ianya dikatakan akan dapat mengurangkan risiko kesakitan kpd kita.

tadi setelah lama tidak bersenam di tesco, saya melakukan senaman berjalan kaki hampir dua jam. setelah penat berjalan tetapi tiada peluh, saya makan di medan selera tesco. okjuga pilihan makanan yg ada. utk makan tengahari tadi, saya makan nasi ayam chop (chicken chop rice).oklah utk rm5.90. jika ada pelajar, atau saudara atau sahabat atau kenalan di tesco, boleh saya belanja makan bersama saya.

saya bercadang utk melakukan kajian tentang senaman berkaitan 10,000 langkah. saya dah dapat dua orang penyelidik bersama. seorang drpd kbs, dan seorang lagi drpd isn. ada lagi yg berminat? sila hubungi saya.

Puasa 6

insyaallah, saya akan cuba penuhi puasa sunat 6 hari di bulan syawal. setakat ini, masih belum bermula lagi.

niat nak mula puasa 6 pada isnin, 4 syawal. tetapi, nafsu lebih kuat. seeloknya pada cuti sehingga 10 syawal sesuai utk puasa 6. saya kagumi dan hormati mereka yg bermula puasa 6 pada syawal kedua. mereka yg sedemikian telahpun raya kedua pada 8syawal, iaitu jumaat lepas.

semalam saya ke rumah sahabat selepas maghrib. sahabat yg menumpangkan saya berbuka dahulu di rumahnya. bagi beliau, semalam telah lengkap puasa 6nya utk tahun 1431h. di siang hari, beliau telah berkunjung ke majlis jamuan raya walaupun berpuasa.

jom kita mula puasa 6 utk mereka yg belum lagi bermula. kalau yg dah mula, jom sempurnakan puasa 6 anda. dan selepas itu, jom kita sama2 berusaha utk berpuasa sunat pada setiap isnin dan khamis. 'target' saya - mempunyai kesihatan sebagaimana seorang berusia 30tahun. kenapa? hehehe...

Sekilas Ikan Di Kali

betul ke ayat saya? ianya berkaitan membuat keputusan berdasarkan hanya pengamatan/pendengaran yg singkat sahaja. tetapi keputusan dibuat berdasarkan pengetahuan yg ada sebelum ni.

setiap semester, saya akan menerima pelajar utk membantu dlm penyediaan tajuk penyelidikan pada semester hadapan. pada setiap semester juga, saya akan menerima pelajar yg telah memilih atau dipilih untuk saya seliakan penyelidikan mereka. jika kedua2 pihak secara sukarela bersetuju, saya dan pelajar, perkongsian ilmu amatlah senang. sebab setuju tanda ikhlas utk sama2 belajar.

tetapi akan ada penerimaan di satu pihak atau mungkin kedua2 pihak adalah bukan secara sukarela. ini menimbulkan masalah. perjumpaan diadakan mungkin tidak membantu untuk mencapai matlamat akhir.

ada kalanya, keputusan telah dibuat oleh saya gred pelajar pada pertemuan pertama. ada kalanya keputusan berdasarkan kepada minat pelajar utk berkongsi ilmu. kerjasama pelajar amat penting dlm menentukan gred mereka.

Semoga Sentiasa Sejahtera



saya ke rumah seorang kawan di kajang. di kawasan perumahan elit. dlm perjalanan ke rumahnya, kami makan buah langsat (sesat). tapi walau pun sesat, kami (saya) terpegun dgn rumah2 yg amat besar di kawasan tersebut.

memang seronok melihat rumah2 besar. secara spontan saya bertanya kpd kawan2 dlm kereta, 'agak2 apakah kerja tuan rumah ya?'. maklumlah, ada rumah yg macam istana. ada rumah yg macam kelab. kereta di dlm rumah pula bersusun macam kat kedai kereta.

alhamdulillah, setelah berpusing2 dan setelah bertanya kpd pengawal2, kami jumpa rumah kawan kami. kami andaikan kami dah lambat. rupa2nya ramai lagi yg tiba selepas kami. dan ramai juga yg sesat spt kami.

terima kasih kpd tuan rumah yg sudi menjemput saya dan kawan2 lain utk majlis raya beliau. terima kasih kpd sahabat yg sudi menumpangkan saya dlm kereta besar dan mahalnya. dahlah tu, saya duduk kat belakang pula (kekok sebab tak biasa). terima kasih kpd sahabat yg saya kenali lebih 30tahun. semoga kita dipanjangkan umur utk dapat bertemu lagi.

Semoga Berjaya Meningkatkan Ilmu



Majlis di rumah makcik pada pagi tadi adalah solat hajat, tahlil arwah dan doa selamat. tahlilarwah utk ruh mereka yg telah kembali kpdNya. solat hajat dan doa selamat utk kami semua dan sepupu yg akan melanjutkan pengajiannya. beliau akan ke uk (bukan ulu kelang atau ulu kelantan, united kingdom).

ramai bercita2 utk melanjutkan pengajian ke luar negara. drpd 5beradik, hanya saya seorang yg belajar di peringkat tinggi sepenuhnya di dalam negara. yg lain2 berjaya ke england, india (dan sekarang di jerman), scotland dan northern ireland. saya digalakkan oleh adik2 saya utk melanjutkan pengajian saya ke luar negara juga.kata seorang adik,'supaya jangan jadi katak di bawah tempurung'. insyaallah.

sekarang dua sepupu saya di mesir (dua beradik - seorang dlm perubatan) dan seorang di jordan (perubatan). dua orang sepupu lagi di australia (kejuruteraan dan mengikut suami belajar). walau pun ke mana kita pergi utk melanjutkan pengajian kita, yg penting adalah tamat dgn jayanya.

Sabtu, September 18, 2010

Bulan Baik Tapi Hati Tak Baik

perjalanan pergi dan balik ke rumah saudara kurang menyeronokan. jemputan diterima memang menyeronokan. spt biasa berjumpa ahli keluarga tetapi di rumah berbeza. kali ini utk meraikan saudara yg akan ke luar negara.

lalulintas hari ini sudah seperti biasa. sesak. dan yg sedihnya, pemandu dan penunggang juga spt biasa. menggunakan jalanraya tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lain. iya, masih degil dan sombong. masih bodoh sombong. masih merasakan menggunakan pelekat 'P' membenarkan memandu spt pelesit, penyusah, dan sebagainya yg bertentangan sebagai pemandu positif.

lampu isyarat kereta ada fungsinya. susahkah nak gunakannya? ianya digunakan utk memberitahu bahawa kita akan menukar haluan kita. utk menyejukkan hati, saya andaikan bahawa mereka spt ini adalah mereka yg tidak tahu membaca. ada kekuragan upaya drpd segi mental, emosi dan fizikal. dan mereka juga kekurangan upaya drpd segi spiritual.

jika berdasarkan dokumentari penjenayah semalam, maka pemandu dan penunggang yg tidak patuhi peraturan dan pesanan adalah penjenayah.memang hati mereka nak menyusahkan orang lain. mereka siuman. maka mereka layak didakwa drpd segi undang2.

Patuhi Undang2 dan Pesanan

semasa musim raya, pergerakan kenderaan lebih banyak drpd hari2 lain. ini kerana ramai yg kebiasaan menggunakan kenderaan awam akan menggunakan kenderaan sendiri atau memandu atau menunggang kenderaan sendiri atau yg dipinjam. saya pun begitu juga.

ada yg akan memandu atau menunggang kenderaan orang lain kerana inilah masanya utk mencuba kenderaan milik ahli keluarga atau kawan2. jadi akan ada yg tiada biasa dgn kenderaan yg dipandu atau ditunggangnya. tetapi mereka memandu atau menunggang seolah2 sudah biasa dan tahu lenggang lengguk kenderaan tersebut.

akan ada yg akan memandu atau menunggang secara laju dan tergesa2 utk sampai ke tujuan. maka peraturan jalanraya tidak diikuti. lampu isyarat tidak diikuti dan diakuri. ini membahayakan diri dan orang lain. bagi saya jika mereka ini menyebabkan kemalangan, maaf ya, saya tidk akan membantu mereka ini. mereka yg menyebabkan kemalangan elok ditanda pada diri dan kenderaan mereka dgn papan notis 'degil dan sombong, tidak perlu dibantu!'.

Jemputan Raya

hari ini banyak majlis jamuan raya diadakan. dan saya tidak terkecuali mendapat jemputan daripada saudara dan sahabat. kebanyakan jemputan drpd saudara telah selesai dlm beberapa hari selepas raya pertama.

maaf ya, jemputan saudara terpaksa didahulukan. pagi ni ada jemputan saudara, 3 dlm 1.jamuan raya, tahlil dan doa selamat utk saudara yg akan melanjutkan pengajiannya ke luar negara. dan saya turut ada jemputan ke tempat 'panas' yg menjadi berita utama sejak isnin lepas. sselain itu ada jemputan sahabat lama dan rakan futsal.

niat nak puasa 6 di bulan syawal masih belum dipenuhi. berat badan makin kurang saya senangi. tapi saya tak boleh salahkan orang lain. kita bertanggungjawab kpd pemilihan dan keputusan kita.

Jumaat, September 17, 2010

Keselamatan Adalah Tanggungjawab Bersama

itu pesan bos pdrm. jangan mengharapkan kpd pdrm sahaja. kita sama2 mesti bekerjasama utk keselamatan bersama.

itu juga pesan bos jpj. sama ada kita pemandu, penunggang atau penumpang kenderaan. janganlah sebab kita orang besar, kita tak kisah. janganlah sebab kenderaan kita besar, kita tak kisah. janganlah sebab kita lagi tua, kita tak kisah.janganlah sebab kita rasa kita masih lambat lagi nak mati, kita tak kisah. janganlah sebab kita orang tempatan, kita tak kisah.

pesan saya lagi. berulang2 kali. gunakanlah talipinggang keledar. gunakanlah topi keledar. janganlah jadi keldai. gunakanlah lampu isyarat utk membelok atau menukar laluan. apabila berhenti, pasangkan lampu kecemasan buat seketika. gunakanlah kerusi bayi. pandu secara selamat utk kita dan orang lain. ianya adalah tanggungjawab dan amanah kita.

Jumaat 17092010

hari ini 8 syawal 1431hijrah. bagi yg mula berpuasa sunat pada 2 syawal, mereka beraya kali kedua pada hari ini. saya masih belum mula puasa sunat syawal saya pada tahun ini.

hari ini hujan turun bermula drpd awal pagi lagi. sehingga kini, hujan masih turun dgn lebatnya. ianya memberi suasana yg nyaman kpd saya. saya harapkan begitulah juga kpd orang lain. hujan biasanya dikaitkan sebagai rahmat drpd Allah.

kita digalakkan melihat air mengalir. ramai yg mengadakan air terjun mini di rumah utk menyegarkan keadaan rumah. mengikut satu keterangan, air yg mengalir membantu meneutralkan cas2 berlebihan di dlm badan kita. sama ada melihat atau mendengar air mengalir akan memberi kesan positif kepada kita.

begitu cepat masa berlalu. sudah habis seminggu berpuasa. sudah habis 1/2 bulan september 2010. apakah yg telah kita capai setakat ini sebagai bekalan di hari kemudian?

Kecurian Kereta

kawan saya meminta diwar2kan tentang sebuah kereta honda, hitam, bkt7318, yg telah hilang dicuri pada pagi ini. ianya hilang dari ss18, subang jaya. jika ada nampak kelibatnya, sila maklumkan kpd pihak polis segera.

memiliki sebuah kereta bukan lagi satu keistimewaan bg kita, terutamanya yg tinggal di banda2 besar. ianya telah menjadi satu keperluan. maka antara pelaburan (?) atau pembelian utama kpd seseorang yg bekerja adalah ke atas sebuah kereta.

saya memiliki kereta pertama pada tahun 1998. ianya sebuah volvo 240dl, model 1983. saya beli tunai. ianya lebih utk kegunaan kedua ibubapa saya. kereta tersebut masih saya miliki tetapi tidak/jarang digunakan. saya lebih selesa menggunakan kereta kembara saya yg dibeli pada 2006, second hand. kereta2 saya dimiliki sbg kereta second hand.

bagi saya, jika ingin memiliki sebuah kereta, harga maksimanya adalah bersamaan 10bulan gaji kita. alhamdulillah, saya bikin serupa cakap.

Tokoh Malaysia

tahniah diucapkan kpd 4 penerima tokoh malaysia. anugerah ini pertama kali diberikan kpd mereka yg menyumbang kpd pembentukan dan kestabiln malaysia. penerima terdiri drpd seorang dari sabah, seorang dari sarawak dan dua orang dari semenanjung tanah melayu.

seorang penerima dari semenanjung adalah bekas polis. beliau telah terlibat dgn aktif menentang komunis. beliau turut muncul dan ditemuramah dlm rancangan tv yg disiarkan berkaitan malaysia bermula ogos yg lepas.

seorang penerima lagi adalah bekas diplomat. beliau pernah menjadi ksu kementerian luar negara. beliau turut pernah menjadi duta malaysia ke singapura dan kesatuan soviet. beliau adalah tan sri zainal abidin bin sulong, adik kpd nenek saya. tahniah tok cik din. terima kasih tok cik din.

Khamis, September 16, 2010

Jamuan Raya

bagi mereka yg balik ke kampung, kebiasaannya akan mengadakan jamuan raya utk saudara dan kenalan pada hujung minggu pertama setelah raya pertama. maklumlah, ramai yg balik kampung utk beraya.

pada hujung minggu ni, saya ada menerima beberapa jemputan raya. dan tempatnya bukanlah dekat. jika saya tak hadir jemputan, ada tak yg perasan? maklumlah, saya bukan berpangkat atau berjawatan besar. kereta pun kecil, kalau ke sesuatu majlis,kena letak jauh2. tak dibenarkan letak dekat pintu masuk, yg khas utk kereta besar dan tetamu besar.

ketidakhadiran saya ke suatu majlis tidak semestinya kerana saya tidak sudi. ada kalanya tiada kesempatan waktu. jika majlis adalah berniat baik drpd hasil yg baik, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih dan maaf kerana tidak dpt hadir.

Majlis Perkahwinan

majlis perkahwinan atau majlis penikahan? yg penting adalah akad nikah. apakah syarat2 sah atau rukun nikah? antaranya mesti ada pengantin lelaki. ada pengantin perempuan. ini utk mengelakkan drpd berlaku nikah paksa.

di majlis perkahwinan, kita akan lihat seumpama majlis raya. mereka yg hadir akan berpakaian cantik dan segak. pihak pengantin selalunya berpakaian baru dan sedondong. dan sekarang adalah kebiasaan majlis perkahwinan mengikut tema. ada tema kebun (garden ikut orang putih).

hantaran akan berbekas2. duit hantaran beribu2 malah ada sehingga beratus ribu. ada yg terpaksa bergolok bergadai. sekarang moden dpanggil buat pinjaman bank utk kahwin. bilik pengantin akan dibuat 'inspection' oleh tetamu utk menilai kecantikkan atau keunikkan.

perlukah kita berbelanja besar utk mengikat jodoh? ada pasangan dah beranak pinak masih menanggung hutang perkahwinan. yg kurang sedap didengar, ada yg telah bercerai tetapi masih berhutang majlis perkahwinan. fikir baik2. apakah yg wajib utk ikat jodoh?

Jika Adat Itu Peraturan

jika adat itu peraturan, maka kita mesti mematuhinya. tetapi jikat adat itu budaya yg ditokok tambah mengikut masa dan suka kita, semak semulalah adat itu. sesuaikah dgn keselesaan kehidupan di dunia dan di akhirat.

tulisan saya adakalnya berkait dgn tulisan mereka yg lain. maklumlah, tulisan individu selalunya berkaitan dgn kehidupan mereka. dan dlm kehidupan kita, ada kalanya ianya akan bertembung atau berselisih. yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan.

benar jodoh adalah ditentukan Allah. bagaimana pula dgn peraturan mengikat jodoh? yg mesti dipatuhi adalh berdasarkan alquran dan assunnah. jika adat tidak menepati kedua2nya, tinggalkanlah adat tersebut.

saya membaca buku kisah junjungan besar kita, rasulullah s.a.w. tiadalah hantaran beribu2 atau berpuluh ribu. majlis keraian utk memaklumkan kpd masyarakat tentang ikatan yg sah disisi agama. bukannya utk menunjuk2. bak kata seorang pakcik 'nak menunjuk kpd sipa?'. apa yg kita ada sepatutnya menyenangkan kita.

Dunia Sahaja

apabila menghadapi masalah, seorang kenalan/sahabat/saudara akan berkata,'tak usah pening2 bad, itu semua dunia aje bad'. walau pun kita percaya dan yakin dgn kata2nya itu, tetapi kebiasaannya kita akan tetap risau dgn masalah kita.

antara masalah utama di dunia adalah kekayaan. ramai termasuk saya tergoda dgn keinginan utk kaya di dunia.utk memiliki kereta mewah, rumah mewah, harta yg berganda2, ahli keluarga yg boleh dibanggakan kerana kejayaan di dunia.

semuanya adalah dunia sahaja. pengiktirafan di dunia. dan kita sering terlupa kesemuanya sebenarnya bukan milik kita. ianya adalah amanah kpd kita di dunia sahaja. dan kita perlu tanggung dan jawab bagaimana kita uruskan mereka dan harta serta jawatan yg diamanahkan kpd kita apabila kita di akhirat nanti.

kekayaan dunia tidak menjaminkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. ahli keluarga, harta dan jawatan tidak menjaminkan kita tiada kerunsingan atau kesusahan di dunia. matlamat utama kita adalah keselesaan di akhirat.

Cuti Lagi

alhamdulillah, hari ini cuti kebangsaan. cuti hari malaysia. cuti rasmi di antara cuti raya yg panjang bagi saya.

apakah maksud cuti? kalau dlm borang permohonan cuti, kita diminta nyatakan sebab bercuti. dan kebiasaannya, kita nyatakan sebab utk berehat. saya pernah secara rasminya bercuti tetapi tetap ke pejabat. begitu juga dgn kawan2 saya. tetapi sebenarnya, jarang kita betul2 berehat semasa kita bercuti.

cuti raya selalunya kita hanya berehat drpd kerja di pejabat. tetapi kita tidak berehat dgn erti rehat sebenarnya. sebelum raya, ramai yg bekerja bersiap2 utk balik beraya. semasa cuti raya, kita terkejar2 ke sana ke mari meraikan dan meriakan syawal. setelah raya, kita terkejar2 bersedia utk balik ke rumah. dan selalunya, cuti sehari sebelum mula bekerja dugunakan utk rehat dan bersedia utk bekerja pada keesokkannya.

dlm perkataan bahasa inggeris, cuti disebut sbg holiday. drpd perkataan holy day, hari yg suci dlm agama. maka cuti raya adalah tepat dgn maksud tersebut. cuti2 lain lebih sesuai dgn bertujuan r n r, rest and recreate.

Cita-cita dan Amanah

semalam saya ke klia. saya bersama keluarga menghantar seorang sepupu yg akan meneruskan pengajiannya dlm bidang perubatan. insyaallah, pengajiannya di jordan. dukacita, kami tiba di klia setelah beliau masuk ke ruang menunggu. jadi, kami terlepas peluang utk berjumpa dgnnya sebelum beliau menaiki kapal terbang.

hampir setiap keluarga yg saya kenali ingin mempunyai ahli keluarga bekerja di bidang perubatan. dalam keluarga saya, pada asalnya, terdapat harapan bahawa kesemua anak lelaki menjadi doktor perubatan. alhamdulillah, 2 drpd 4 berjaya mencapai harapan tersebut. diantara adik-beradik ibu saya, 4 keluarga mempunyai ahli yg sedang atau akan menjadi doktor. di kalangan adik-beradik bapa saya, 3 drpd 4 keluarga mempunyai ahli yg menjadi seoang doktor. manakala di kalangan adik-beradik arwah nenek saya, 5 drpd 13 adik-beradik mempunyai ahli keluarga bergelar doktor perubatan.

secara tepat, saya tidak tahu alasan utama kenapa keinginan utk mempunyai ahli keluarga bergelar doktor perubatan. tetapi kesan positifnya telah saya dapati. malah saya sendiri kekadang ada yg tertukar dgn adik saya sebagai doktor. walau bagaimana pun, cita-cita adalah amanah kita. amanah drpd keluarga kita. jalankanlah amanah tersebut dgn sebaik mungkin.

Rabu, September 15, 2010

Pakaian Melayu Yang Sesuai

ramai dikalangan kita berpakaian melayu tidak sesuai dgn budaya dan adat melayu. begitu juga dgn pakaian wanita islam di majlis2. ramai kita perhatikan berpakaian tidak sesuai dgn majlis sebagai seorang islam.

di majlis rasmi, kita digalakkan berpakaian melayu lengkap berwarna hitam. tapi nak pakai warna hitam perlulah ikut majlis. kalau majlis pemahsyuran atau menerima pingat, warna hitam amatlah sesuai. tetapi jika di majlis makan diraja, seelok2nya, elakkanlah. pengalaman saya dan kenalan, kita mungkin akan disalahanggap sebagai pelayan tetamu jika berbaju melayu hitam semasa majlis makan, spt jamuan raya.

elakkanlah berpakaian hitam di pengkebumian muslimin dan muslimat. orang islam tidak memakai hitam semasa majlis seperti ini. budaya dan adat berpakaian hitam semasa majlis kematian adalah bukan budaya atau adat islam. di majlis kematian seorag islam, pakailah pakaian berwarna putih bersih. kita tidak dikapankan dgn kain hitam, tetapi kain putih.

Lagu Negeri Kelantan

Perwira (Saloma)

Perwira

siapakah perwira? siapakah panglima? siapakah pendekar?

menonton vat69 mengingatkan saya kpd seorang. beliau telah pun kembali kpdNya. walaupun beliau dikatakan telah berpencen, namun bagi saya beliau meninggal dunia semasa bertugas. saya dimaklumkan bhw beliau pesara polis. beliau tidak nyatakan drpd bahagian atau cawangan mana.

setelah menonton vat69, dan memerhatikan gaya mereka, boleh saya andaikan kenalan saya itu bekas vat69. menonton cerita vat69, saya bandingkan gaya dan pergerakan beliau semasa saya dapat sama menyusuri hutan belantara bersamanya. saya yakin,beliau adalah seorang perwira vat69.

saya tidak dpt belajar banyak dgn beliau. walaupun sedikit ilmu saya andaikan saya dapat drpdnya, ianya tetap ilmu berharga kpd saya. terima kasih saudaraku. saya akan cuba pastikan utk saya mendapat ilmu sebanyak mungkin drpd mereka yg sedia dan setia berkongsi ilmu dgn saya.

Kaya dan Raya

hari raya adalah hari kebesaran dlm islam. hari raya adalah hari kejayaan. dan di hari raya kita di sunatkan berpakaian cantik2. betulkan saya, adakah di hari raya kita digalakkan berpakaian baru?

di musim raya kita akan berbelanja lebih drpd biasa. akan ada yg buat baju baru berbilang2 banyaknya. ada yg tempah kuih raya berbalang2. ada yg akan penuh kereta dgn hadiah utk keluarga. ada yg akan tukar duit raya ber-rm2 banyaknya. dan ramai yg akan berbelanja sakan utk cantikkan rumah pada hari raya.

macam jadi adat pula. kita akan menunjuk2 pada hari dan musim raya. pakaian baru. perabut baru. kereta baru. barang2 kemas baru. ianya seolah2 utk kita tunjuk kekayaan kita di hari raya. bagi saya,ini dah silap. raya bukan utk tunjuk bhw kita kaya di dunia. raya adalah utk kita nikmati kejayaan setelah berpuasa di bulan ramadan yg mulia. rayalah secara sederhana dlm berbelanja. tapi lebihlah dlm beribadah.

Bajet Kita

antara tajuk utama yg saya kongsi bersama pelajar fsr dlm perakaunan adalah bajet. selalunya topik ini adaah diminggu2 terakhir semester. saya berpendapat bhw setiap orang perlu tahu bagaimana nak menguruskan bajet. beliau mesti tahu baca dan rancang bajet diri, dan masyarakat yg bermakna dlm hidupnya.

bajet asalnya dlm bahasa melayu adalah belanjawan. lebih tepat bgmana nak uruskan pembelajaan wang kita. kita suka guna perkataan atau ayat 'bajet2 lah sikit semasa musim raya ni', 'bajet2lah belanja kita'. ianya bermaksud, pandai2lah rancang penggunaan wang kita.

bagi saya (teori tanpa penyelidikan), kita bajet diri kita berdasarkan pendapatan kita. bagi yg makan gaji, kita jadikan gaji bulanan yg kita dapat utk dijadikan panduan keselesaan hidup kita. ingatlah, tanya 'perlukah kita berbelanja utk sesuatu' sbg panduan keselesaan kita. janganlah along atau angah di pajak gadai dijadikan menteri kewangan kita.

Naik2

kalau dahulunya masa ada bas mini, konduktor akan kata'naik2, bas dah nak jalan'. dia tak kata 'masuk2'. begitu juga dgn bas ekspres. kita akan seronok mendengar pemandu bekata'naik2 cepat, bas dah nak jalan'.

pagi tadi saya dengar sebuah lagu tentang naik. tetapi naik ini bukan positif. ianya berkenaan kenaikan harga barang. tetapi pencen tak naik. gaji tak naik. dan kesannya tekanan darah makcik2 pun naik. tak silap saya, nyanyian goodman brothers. ianya berkumandang melalui radio malaysia klasik nasional (99.3 di lembah kelang).

saya tidak bersetuju dgn kita berlumba2 utk naikkan pendapatan kita. yg penting bukannya gaji naik. yg penting adalah pendapatan bersih kita. yg penting adalah kos kehidupan yg rendah. tak guna gaji naik sehingga rm10ribu sebulan, tetapi kos kehidupan adalah rm10,500 sebulan.

gaji tinggi tidak bermaksud taraf kehidupan tinggi. taraf kehidupan bagi saya adalah nilai bersih yg ada di tangan setelah gaji ditolak kos kehidupan.

Adat dan Kita

peringatan, apa yg tertulis adalah pandangan saya. ianya berdasarkan pengalaman lampau, keadaan semasa dan akan datang. pengalaman berdasarkan ilmu secara langsung dan tidak langsung.

jika ada yg terguris kerana sengaja, ianya adalah luahan dan perkongsian. jika ada yg terguris secara tidak sengaja, saya minta maaf ye. kita insan biasa. adakalanya dah jadi adat. dlm alquran ada menyatakan bahawa manusia sentiasa dlm kerugian. bukan shj masa, tetapi juga perkara2 lain.

ada kerugian kerana adat. tiada kerugian kerana agama islam. jika adat bertentangan dgn agama islam. agama islam perlu diutamakan. tiada lagi penggunaan 'biar mati anak, jangan mati adat'. agama islam adalah sempurna. itulah ayat yg dibacakan oleh rasulullah s.a.w. junjungan besar kita.

Selasa, September 14, 2010

Media dan Amanah v2

tadi dlm tv, timbalan pengerusi pencegahan jenayah malaysia telah menyatakan peranan media dlm keganasan sekarang. beliau nyatakan bhw jenayah sekarng banyak berlaku kerana penjenayah didedahkan dgn cara2 melakukannya melalui tv dan wayang.

saya setuju. selain drpd itu, penjenayah juga belajar melalui komputer. jadi siapakah yg bertanggungjawab? siapa yg sepatutnya tanggung dan jawab. kita lihat bagaimana media amat berpengaruh kpd budaya. media boleh menentukan budaya. lihatlah kpd tatacara kehidupan kita sekarang.

cara kita berpakaian dipengaruhi oleh media. rambut berwarna kononnya adalah mengikut zaman terkini. berseluar pendek adalah kononnya uptodate. mereka tidak kisah bahawa apa yg mereka canangkan kpd umat kita sebenarnya memberi kesan kpd solat kita. jadi jika mereka yg terikut2 dan terpengaruh dgn media tidak solat atau solat tidak sah, siapakah yg bertanggungjawab?

Adat dan Kehidupan

ada pepatah,'biar mati anak, jangan mati adat'. apa maksudnya? kehidupan orang timur dikatakan berdasarkan adat resam tempatan.

ada yg berkata, adat mesti dijaga. kekalkan adat. sampai mati anak pun tak apa. betulke? ada kawan berkata, adat berdasarkan kpd budaya. budaya berdasarkan kpd undang2. undang2 berdasarkan hukum. hukum berdasarkan kpd agama. dan agama berdasarkan alquran dan hadis.

maka diantara alquran dan hadis ke adat, mungkin berlaku banyak tokok tambah. maklumlah, apabila difaham2kan oleh manusia. tambah2 pula apabila melalui perjalanan masa. maka bagi saya tidak semestinya adat itu 100% betul. akan ada yg asal telah ditambah atau dibuang. adakalanya utk sesuaikan dgn mereka yg kononnya pemegang adat.

Sukan Tenis

tenis di malaysia kurang mendapat perhatian sebagaimana di luar negara. tidak ramai jaguh2 tenis peringkat antarabangsa dari malaysia. antara nama yg terkenal adalah adam malik.anak kpd rakan sekolah ayah saya.

di uitm, sukan tenis amat popular di kalangan staf uitm. semasa saya pelajar uitm, kami bergilir2 dgn staf uitm menggunakan court tenis di hep. sehingga sekarang, masih ramai staf uitm bersukan tenis. di antara pemain tenis yg tersohor di uitm dan adalah staf uitm adalah drpd fsr. antaranya adalah pm zul kadir, rahizam (jurulatih piala davis malaysia) dan pm khairi.

mungkin sesuai jika kita, uitm anjurkan sirkit tenis. kita panggil aje sbg sirkit tenis uitm. ianya diadakan semasa semester. kekerepan mungkin dlm satu semester, diadakan 4kali di 4kampus berlainan. antara kampus2nya adalah di uitm shah alam, lendu, jengka, dungun, machang, arau, dan kota samarahan. kita mulakan di shah alam, dan kita akhirkan di shah alam. pialanya kita namakan piala ???

US Open 2010

awal tadi semasa sedang menonton tv, adik saya menyebut sesuatu. saya tidak dengar apa katanya. dia ulang '816'. saya tukar ke saluran tersebut. oh..tenis, us open 2010.

sekarang sedang berlangsung akhir us open 2010. ianya adalah sambungan kerana terpaksa ditangguh (tak tahu apa sebabnya). kelihatan masih ramai penonton di stadium. hampir2 penuh walaupun di us adalah hari isnin. kemungkinan penonton ramai yg hadir setelah pulang dari pejabat kalau dilihat pakaian mereka.

us open adalah jawapan kepada soalan utk peperiksaan akhir sukan tenis pada tahun 90an. seorang pakcik yg bermain tenis amat gembira dgn peperiksaan akhir utk sukan tenis. maklumlah, tanya soalan yg kita tahu jawapannya, memanglah seronok. antara soalan yg di tanya adalah,'namakan 4 pertandingan grand slam tenis'. jika kita bersedia dan berminat serta mengamalkan/mengulangkaji bidang yg didaftarkan semasa pengajian, maka insyaallah, senanglah nak dapat 4.00 flat atau A+.

Tenis dan Saya

pakcik2 saya ramai bermain tenis. seorang merupakan juara semasa di universiti dahulu. dan semasa bekerja, beliau dan seorang saudara sebelah rumah di kampung adalah antara pasangan bergu yg digeruni.

semasa cuti sekolah dan cuti raya, saya akan bermain tenis. tempatnya adalah di sekolah menengah kamil, lebih kurang 400m dari rumah nenek. pada awal2nya, biasalah kita bermula sebagai pengutip bola. mana ada peluang nak main kerana pakcik2 akan bermain dahulu. maklumlah, raket terhad.

lama-kelamaan, saya dapat lebih kerap bermain tenis apabila di kampung. ianya terutama pada cuti sekolah. pakcik2 dah jarang balik kerana bekerja. jadi saya gunakan peluang yg ada utk bermain tenis dgn seorang saudara yg amat rapat dgn saya. begitulah rutin kami. pada asalnya, saya akan membonceng basikal saudara saya ke sekolah. apabila sudah ada motorsikal, saya bonceng pula motorsikalnya.

Isnin, September 13, 2010

Tanda Berjaya

kita biasanya akan bermegah2 dgn kejayaan kita. biasalah,manusia. walaupun kita dinasihatkan utk elak drpd sombong dan bongkak. ada banyak sebab.

jika kita angkuh dgn kekayaan yg kita ada, maknanya kita sudah lupa. harta yg ada yg pinjaman kpd kita. kita diamanahkan utk menguruskannya dgn baik.kita akan ditanya bagaimana kita gunakan harta tersebut. bagaimana kita dapat harta tersebut. adakah ianya secara halal? adakah ianya didapati tanpa menindas orang lain? adakah ianya bukan melalui menipu orang lain? adakah ianya bukan dgn memakan harta anak yatim?

lebih banyak harta kita, lebih banyak tanggung dan jawab kita. memang kita tidak akan dapat memuaskan semua orang pada satu masa.akan ada yg dengki terhadap apa yg kita ada. mungkin kerana mereka tidak mampu memiliki apa yg kita ada.mungkin kerana mereka dengki dgn kejayaan kita. sebab selalunya bilangan harta dikaitkan dgn tahap kejayaan.

Jika Saudara Berselisih

lagikan lidah tergigit. inikan pula hubungan diantara saudara. kita memang inginkan persaudaraan tiada perselisihan. tetapi perselisihan antara saudara adalah asam garam kehidupan.

maka perlulah kedua2 pihak berilmu utk menanganinya. adakalanya, perselisihan adalah diantara iparduai. dan akan ada ketidakselesaan antara saudara. yang mana perlu diutamakan? yang mana perlu disokong? jika satu diikut, maka yg satu lagi akan ditinggalkan. jika satu didekati, maka yg satu lagi dijauhi. sebagai ketua keluarga sepatutnya kita perlu tegas. janganlah sebab harta, isteri dan ipar bermasam muka, kita tidak dapat menyambut raya dgn selesa.

maka perlulah yg lebih tua tunjukkan jalan. yg lebih tua memanggil perlu panggil kedua2 yg lebih muda. ingatkan bhw air dicincang tidak akan putus. janganlah sebab harta, yg digaduh2kan oleh isteri, kedua2 suami putus saudara. saudara mara tidak boleh dicari. ingatlah bagaimana bersama menempuh kehidupan. ingatkanlah dan ceritakanlah kpd isteri2.

Antara Saudara dan Harta

saya pesan kpd adik saya,'kalau dah kaya, jangan lupa kpd saya'. janganlah sebab harta, saudara diketepikan. janganlah kerana isteri, saudara diketepikan. janganlah kerana pangkat, saudara diketepikan.

memang dah banyak kita dengar. kerana berebut harta, tiada lagi kenal saudara. tambah2 jika pihak lain turut sama menambahkan jurang persaudaraan. begitu juga kerana pangkat, lupa kpd ibubapa. kerana harta, anak jadi sitanggang. kerana isteri, anak jadi sitanggang. kerana pangkat, anak jadi sitanggang.

ada saudara dipandang rendah kerana tiada atau kurang harta. ada saudara yg dipandang rendah kerana ikut kata isteri. ada saudara dipandang rendah kerana tiada pangkat atau pangkat yang rendah.

harap2 janganlah kita jadi macam cerita 'siapa besar'. saling cuba meninggikan diri dan merendahkan jiran/saudara dgn harta yg kita ada. saya dipandang rendah oleh orang tertentu kerana memandu kereta kura2 ke pejabat. kereta tahun 70an. bagi mereka,saya ni 'tak de kelas'. pesan saya kpd pelajar saya,'kalau lihat saya pandu kereta mewah, maknanya saya pinjam kereta orang'. perlukah kita berkereta besar utk menunjukkan bhw kita berjaya dlm hidup?

Tulisan dan Bacaan Berulang2

spt saya pernah nyatakan, ada diantara tulisan saya pernah ditulis sebelumnya. maka adakalanya tulisan saya berulang2. maaf jika membosankan. tetapi tulisan sebagai pembuka, penerang dan pengingat.

tulisan saya di blog ikut mood saya. tulisan saya di blog juga ikut keadaan semasa. adakalanya perkara dah berlaku. kemudiannya saya baru teringat nak tulis. dan adakalanya telah ditulis, saya rasa saya perlu tulis lagi. kan blog ini tujuan utama utk sedapkan hati sendiri. jika dapat membawa perubahan positif kpd saya dan pembaca,alhamdulillah. dan saya harapkan ianya bukan menjadi pembuka utk bersilat dgn saya.

alfatihah dibaca berulang2 kali dlm sehari. 17kali minima. dalamnya maksudnya alfatihah, surah pembuka kpd alquran. tetapi dlm 7 ayat yg berulang2 dibaca, ianya sentiasa relevan. tidak kira masa. dan kita sentiasa berdoa agar kita sentiasa Islam di dunia dan di akhirat. maka janganlah kita lupa bersolat kerana ianya memerlukan kita membaca alfatihah utk sah solat kita. jangan lupa fahami maksud alfatihah.

Cubaan Kehidupan

hidup tanpa cubaan tidak seronok. hidup tanpa dugaan akan membosankan. tetapi kalau kita tidak tahu cara menangani cubaan dan dugaan, hidup akan jadi sengsara.

maka kita perlu berilmu.jika cabaran tidak dapat dielakkan, sekurang2nya dapat dikurangkan kesan negatif. kita tahu bahawa isteri2(suami), anak2, harta dan jawatan/pangkat adalah dugaan kpd kita. kita akan ditanya bagaimanakah kita gubakan ilmu yg ada. bagaimanakah kita gunakan harta yg ada.

kesemuanya adalah amanah kpd kita utk digunakan sebaik2nya. jadi, janganlah isteri2, anak2, harta dan jawatan dijadikan bahan atau alat utk menjurangkan silatturahim. dan kita lihat sekarang bagaimana setiap hari kita ditunjukkan bagaimana jika cabaran ini tidak ditangani dgn secara berilmu, berlakulah kesusahan dan kesedihan. alfatihah kpd yg telah tiada.

Aktiviti Semasa Raya

kita biasa kaitkan aktiviti utama beraya adalah bermaaf2an. kemudiannya makan2. lepas tido jalan2. lepas tu makan2. tido makan, tido makan.

keluarga saya pernah adakan aktiviti bersukan semasa beraya di kampung.kami bermain bowling. ada juga kita pergi berkelah. dahulunya ke jeram pasu. sekarang ni, lebih ke bukit keluang (tempat saya hadir kursus btn). dan saya lihat ada kawan yg adakan aktiviti futsal dan bowling. bagus tu.

utk jaga kesihatan, dugalakkan kembar pemakanan dan senaman. kedua2nya akan lebih kita lakukan jika bersama dgn mereka yg rapat dgn kita, keluarga kita. setelah pulun makanan banyak2, aktiviti sukan amat2 digalakkan. ada keluarga adakan aktiviti telematch utk rapatkan lagi silatturahim. tahniah.

Saudara dan Raya

hari raya adalah hari yang amat seronok kpd kita. lagi seronok bagi yg masih ada saudara mara. ketibaan kehadiran saudara2 yg jarang ditemui sepanjang tahun amat dinanti2kan.

tetapi ada juga yg tidak ingin menziarahi saudara. bukan kerana tiada masa. tetapi akibat perselisihan. mungkin salah faham. mungkin tak mahu faham. bukan semua ahli keluarga yg tahu. maka yg tua perlu memulakan utk merapatkan kembali jurang yg ada antara saudara.

ada kala punca perselisihan kerana dua bersaudara. ada kalanya kerana ipai duai. ada kalanya kerana anak2, seorang saudara sudah inginkan anh buahnya menjadi menantunya. tetapi, saudaranya bercadang utk orang lain. itulah kehidupan.

di bulan syawal ini,rapatkanlah silatturahim antara saudara mara. kita belum tentu berjumpa lagi di syawal 1432hijrah. janganlah sebab anak2, harta dan pangkat,kita berpecah belah.

Raya Ke 4, 1431H

hari ini dah raya ke 4 1431hijrah. kalau di kampung dah mula bersedia utk balik ke tempat mencari rezeki. malah ada kawan2 yg sudah bekerja hari ini. tadi pun kelihatan posmen menjalankan tugas seperti biasa.

selalunya pada raya ke4 hanya tinggal beberapa buah rumah saudara shj belum dilawati di kampung. tetapi di sini,masih banyak lagi. bagi saudara yg pulang ke kampung, mereka akan adakan rumah terbuka pada hujung minggu selepas raya pertama.ianya utk memberi peluang kpd mereka yg balik kampung dapat sama2 hadir ke rumah terbuka.

jika di kampung, kami akan bersarapan dgn nasi belauk. tugasan diberi kpd beberapa orang utk pergi membeli di beberapa buah gerai.jika bernasib baik, dapat dibeli di sebuah gerai aje. tetapi selalunya tuan gerai kurang berminat nak jual banyak2 (lebih drpd 5-10bungkus bergantung kpd gerai) kpd seorang pembeli. maka akan beraturlah beberapa orang ahli keluarga utk membolehkan cukup bilangan nasi belauk utk keluarga di rumah.

di kampung, tetamu akan sampai tanpa masa tertentu. tetapi di sini, kami belum lagi rumah terbuka.

Ahad, September 12, 2010

Same Faces Different Places

itulah diucapkan oleh keluarga saya kpd sesama sendiri. jika beraya di kampung, kami akan berjumpa di rumah nenek sebab ianya tempat tumpuan utama ahli keluarga. dan bagi beberapa keluarga, itulah sahaja rumah utk berteduh semasa berada di kampung.

pada tahun ini, raya puasa maca raya haji. kami berkumpul di rumah makcik towkay kek lapis dan kuih raya. setiap kali ahli keluarga sampai,kami akan bersalaman. jika di kampung bersalam sesama kami apabila mula2 sampai di kampung dan di pagi raya. selain bersalaman selepas solat berjemaah bersama dan beramai2.

kemudiannya masing2 ada agenda sendiri. samalah di kampung dan raya puasa tahun ini. pada raya pertama di rumah sepupu, kami bersalaman lagi. itu adalah budaya mengucapkan selamat kpd tuan rumah dan mereka yg ada di dlmnya. maka kami akan bersalaman dgn muka yg sama, tetapi tempat berbeza. pada hari kedua dan hari ini sama juga. kami akan berjumpa lagi dgn ahli2 keluarga yg sama. dan kami akan bersalaman sebagai tanda hormat. rumah berbeza, menu berbeza, keakraban yg sama.

Sabtu, September 11, 2010

Pakaian Raya

kebiasaannya pada raya pertama kita akan memakai baju baru. maka kebiasaannya ramai akan membeli atau membuat baju raya pada setiap raya. bagi lelaki selalunya akan ada sepasang baju melayu dan sepasang kemeja bersama slack. bagi wanita, baju raya minima sepasang, tetapi ada yg sehingga berpasang2. memang tukang jahit antara yg amat gembira dgn setiap raya.

pada hari pertama, saya akan berbaju melayu. tetapi tidak semestinya dibeli atau ditempah utk raya. adakalanya baju telah pun digunakan sebelum raya. adakalanya baju telah pun dipakai berulang2 kali sebelum raya. Yang penting, ianya bersih pada hari raya. pada hari kedua, saya lebih selesa berkemaja. tetapi pada hari ini rasa2 nak pakai t'shirt aje. seluar, hmmm... kena pakai yg besar kot.

kebiasaannya, keluarga2 akan berpakaian sedondong di raya pertama. memudahkan membezakan ahli keluarga sendiri dgn ahli keluarga lain. jika warna sama, biasalah, kita kata boria. warna sama biasanya oleh satu keluarga muda, anak2 masih remaja. setakat ini,saya belum lihat keluarga beraya sedondong dgn pakaian ala bendera malaysia. lagi bagus, kalau ramai, setiap ahli pakai baju mewakili bendera setiap negeri. emak dan bapak pakai bendera negara.boleh dimulakan dgn orang besar2 kot

Salam Syawal 1431H

ucapan ini mula dikirim dlm bulan ramadan lagi. dahulunya, kebiasaan dan kebanyakan dikirim melalui kad ucapan hari raya. maka pada setiap ramadan, kita akan sentiasa memanjangkan telinga menantikan kedatangan posmen ke rumah kita.dahulunya, hampir tiap2 hari posmen akan singgah utk menyampaikan kiriman kad ucapan ke rumah saya.

sekarang sudah berbeza.saya rasa tak sampai 10kad ucapan raya diterima pada tahun ini. kebetulan semalam saya terserempak dgn seorang bos pos malaysia. tapi tak sempat nak komen panjang.insyaallah semasa futsal mingguan nanti.

majoriti ucapan salam syawal diterima melalui kiriman sms. pada malam raya,bertalu2 ucapan saya terima. kebanyakannya selepas jam 12thgmlm.maklumlah, bukan jalan aje jam masa raya. line telefon bimbit turut jam. awal2 perkhidmatan telefon bimbit dulu, semasa di kampung amat payah dpt line. maka terputus sekejap hubungan.

kpd setiap pengirim sms ucapan salam syawal kpd saya, saya akan balas dgn segera. cuma balasan saya adalah amat pendek berbanding kiriman pantun yg diterima. jangan ambil hati ya.

Jumaat, September 10, 2010

Juadah Raya 1 Syawal 1431H

pagi tadi saya mulakan dgn sebiji kurma dan semug kopi susu. utk membantu melawaskan kandungan perut. balik drpd solat raya, saya nikmati satay submarine. diikuti dgn semug kopi susu lagi. sbg persediaan sebelum ke rumah makcik.

tiba di rumah makcik, spt dijangkakan, juadah raya memang banyak. satay, nasi dagang dgn pelbagai lauknya, pasta, macaroni, ketupat, nasi impit. kek, kuih2 raya, jelly, custard, dsbnya. bukan hasil tangan seorang makcik shj walau majoriti adalah asil tangan tuan rumah. sekembali dari solat jumaat, saya sambung makan tengahari.

pada petangnya kami ke rumah sepupu saya. kami dijamu dgn menu utama kuzi ayam dan roti. kebiasaannya, ini adalah hasil tangan nenek semasa raya. kali ini ianya adalah hasil tangan makcik, yg telah bergelar nenek juga (nana ke nanny?). selain drpd itu, terdapat pelbagai kuih2 raya dan minuman bergas (saya tahu, tak bagus).

spt saya nyatakan kpd doktor di pusat kesihatan uitm pada awal tahun. antara punca utama saya hadapi masalah kesihatan adalah kerana diberikan rahmat mempunyai saudara mara yg pandai memasak makanan yg sangat2 sedap dan sukar ditolak drpd menikmatinya.

Rutin Syawal Berbeza

jika di kampung, hampir kesemua ahli keluarga yg terdekat akan berkumpul di rumah nenek utk menyambut raya.kami akan tiba di rumah nenek satu persatu. malah ada yg tiba setelah tengahari pd hari raya.ada juga yg tiba setelah sehari dua raya kerana beraya dgn keluarga lain dahulu.

di kampung, hampir kesemua ahli keluarga akan telah pun berkumpul pada waktu terkhir pada setiap ramadan. maka keesokannya, amat memudahkan utk beraya dgn ahli2 keluarga kerana berada di rumah yg sama. setelah kembali daripd solat raya, kami akan minum pagi beramai2. menu utama selalunya adalah satay dan ketupat daun palas. kemudiannya kami akan bergilir2 membahagi2kan duit raya. setelah itu kami akan bergambar ramai2. kemudiannya kami akan ke rumah sebelah, rumah sepupu nenek saya. saya selalunya akan ikut pintu dapur aje. kebiasaan, kami makan nasi dagang di situ.

tahun ini berbeza rutin kami sekeluarga. setelah pulang drpd solat raya,saya makan satay juga tetapi berbentuk 'submarine'. satay yg siap dimasak dlm kuahnya. seterusnya, kami telah ke rumah makcik di ulu kelang. rumah tersebut menjadi tempat berkumpul ahli keluarga semua. nenek kini berada di situ setelah terkena angin akhmar. masih ada satay. masih ada nasi dagang. dan masih ada kuih2 yg biasa kita makan di kampung kerana kebiasaannya kami bawa balik kuih2 dari sini.

Syawal 1431hijrah, tempat berbeza. rutin berbeza sedikit. tetapi kemeriahan masih sama.nenek tersenyum menyambut setiap ketibaan anak2, cucu2, cicit2 dan saudara mara yg lain. beza utamanya, nenek tidak lagi menjadi ketua dapur.

Satu Syawal 1431H

allahu akhbar, allahu akhbar..

begitulah kedengaran takbir dilaung2kan pada pagi syawal 1431h. takbir bermula selepas isyak semalam, setelah dimaklumkan bhw hari ini, kita dgn rahmatNya akan menyambut satu syawal 1431hijrah. dan takbir diulang2 dlm radio.
persiapan pagi raya di sini berbeza dgn persediaan di kampung. di kampung perlu rancang masa persediaan kerana hanya ada 3bilik air, tetapi warga dlm rumah melebihi 60orang. tahun lepas saya tumpang mandi dsbnya di rumah sebelah, rumah sepupu nenek saya. pagi tadi tak perlu berebut bilik air, kerana 3bilik air utk 5 orang shj.


kemdiannya saya sekeluarga bersolat eidil fitri di masjid berhampiran rumah saya. jika di kampung, perancangan perlu dilakukan utk ke masjid. utk mengelakkan ada yg tertinggal di rumah dan di masjid. alhamdulillah, jika dahulu2nya, saya solat diluar dewan solat tetapi sejak kebelakangan ini hasil terpengaruh dgn nasihat seorang mantan dekan saya, saya akan cuba berada di saf paling hadapan di dlm dewan solat.

di masjid pagi, masih lagi ramai jemaahnya. mungkin kerana di kawasan perumahan saya sudah ramai mereka yg tidak balik ke kampung. dan saya sempt bersalaman dgn mantan dekan saya, prof.madya dr. arzmi yaacob. salam satu syawal buat semua.

Khamis, September 09, 2010

Satu Syawal 1431H di Munich

satu berbual2 dgn adik saya di munich tadi. beliau sudahpun beraya pada hari ini. semasa berbual2 tadi, beliau sedang makan di siang hari, tanda ramadan 1431h sudah tamat utk dirinya.

saya berasa hairan.kenapakah tarikh hari raya puasa berbeza dikalangan negara2 di dunia ini. seeloknya, tarikh penting dlm Islam diseragamkan. ianya menunjukkan kesatuan dikalangan umat Islam sedunia.

apabila tarikh tidak tetap, timbullah kekeliruan dikalangan umat Islam dan bukan Islam. tetapi mungkin juga satu keadilan. adik saya di munich puasa drpd jam 4.30pagi sehingga 9.30malam. kita pula puasa drpd 5.50pagi sehingga 7.20 malam. mungkinkah ini sebabnya?

Sepatu Raya

Semasa di sekolah menengah, pakaian baju melayu lengkap dikenakan dgn kasut hitam berstokin hitam. kelonggaran jika dipakai sandal. masa tu, sandal dibeli drpd bata.

di hari raya, dulu2 berjalan ke rumah saudara mara dan kawan2, saya pakai kasut atau sandal. jika tidak pun, saya pakai selipar kulit. begitu juga pada pagi raya ke masjid. dan akan timbul kerisauan tentang kasut atau sandal baru yg dipakai akan menyebabkan saya berjalan kaki balik dari masjid. maka solat raya pun tak khusyuk.

sekarang, saya pakai sandal juga. tetapi drpd getah. kurang mampu beli jenama 'buaya'. mahal dan menarik kpd orang lain utk memilikkinya. oleh kerana selesa, saya memilikki beberapa sandal getah. jadi sepatu raya pada tahun ini seperti beberapa tahun kebelakangan adalah sandal getah. harganya rm 169.00. jika dibeli sepuluh pasang.

Baju Melayu

seperti songkok, baju melayu penuh dipakai pada raya. dan juga majlis2 rasmi seperti kenduri kendara. pada masa2 lain, baju melayu separuh aje saya pakai. atas baju melayu, bawah seluar biasa atau kain pelekat.

apabila berbaju melayu penuh bersampin, saya kurang selesa. tambah2 lagi ke majlis rasmi. payah nak simpan dompet, kunci kereta dan telefon. maka sudah beberapa majlis saya akan ada aksesori kpd pakaian melayu penuh saya. saya akan bawa bersama beg besar, beg sangkut. bukannya beg tangan. memang nampak pelik. tapi utk memudahkan saya bergerak, dan mengambil barang2 dgn segera.

di majlis 100tahun sekolah saya pada 2005, saya pakai vest bersama pakaian melayu penuh. kalau pakai jaket luar sure macam pahlawan melayu lama. vest tersebut saya masukkan dompet, kunci, telefon dan kamera. kebetulan majlis ada gajah dan vest saya ada lencana taman negara. jadi macamlah saya jaga gajah.

tahun ni warna apalah baju melayu saya. kalau pakai warna 'maroon' ok tak?

Songkok

songkok dipakai oleh saya pada hari2 tertentu shj. kebiasaannya pada hari raya. ke masjid utk solat raya. di rumah utk bergambar raya. sebab lengkap bersampin.

pada hari2 lain, saya tak minat bersongkok. tak praktikal. nak solat tak selesa. bila rukuk, risau jatuh. bila sujud, tak selesa rasanya. maka saya jarang bersongkok. selain drpd raya, songkok dipakai semasa majlis rasmi berpakaian melayu penuh. baju melayu bersampin.

dan saya selalunya tinggalkan songkok saya di kampung. senang utk beraya nanti. tapi ada kalanya, saudara yg lain pun buat sama macam saya. jika tak ditanda dgn nama, alamatnya, kemungkinan siapa cepat dia dapat bersongkok. dan yang lambat, tidak lengkaplah pakaian melayunya.

Cuti Raya 1431H

saya pada asalnya bercadang bercuti raya bermula hari ini 9sep sehingga 16sep. 16 sep adalah cuti hari malaysia. saya bercadang cuti raya tahun ini pendek shj. punca utama kerana saya tidak akan beraya di kampung/pekan/bandar nenek saya. nenek berada di kuala lumpur kerana tidak sihat sejak disember tahun lepas.

tetapi pada minggu lepas saya mohon cuti pada 17sep. saya terfikir saya mungkin berjalan2 ke luar lembah kelang semasa cuti yg panjang uitm. ini kerana kuliah saya telah digantikan terlebih dahulu utk memberi kemudahan pelajar balik beraya kerana kebiasaan akan berlaku masalah tiket dan pengangkutan di hari2 terakhir sebelum raya.

pada 6sep, saya ambil cuti rehat. sebab tak cukup rehat pada hujung minggu. dan pada 7sep dan 8sep, saya turut ambil cuti tambahan. tujuan utk berehat kerana penat. nampaknya, semakin hampir dgn raya, semakin penat rasanya. lesu kot? atau mungkin sebab sepanjang ramadan, purata tidur pada waktu malam adalah 5jam shj drpd 7jam. mungkin juga sebab sumber tenaga diambil kurang drpd biasa. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

cuti raya tidak bermaksud rehat kerana semasa raya aktiviti biasanya lebih banyak drpd biasa. terutama masa di raya digunakan utk melawat saudaramara dan kenalan. ada kemungkinan lebih memenatkan drpd hari bekerja.

Kita Milik Allah

apabila kita katakan kita memilikki sesuatu, maka ianya bermakna kita berhak melakukan apa shj kepada atau melalui apa yg kita milikki. contohnya duit kita, kita berhak gunakannya utk apa shj. tetapi ianya masih bersyarat. sebab apa2 yg kita ada dan milikki sebenarnya kita pinjam atau dapat daripada pemilik sebenarnya, Yang Maha Memilikki.

begitulah juga dgn diri kita. umur kita di dunia ini. kita hanya diberi masa oleh Allah sebelum dipanggil kembali kpd Nya. pada isnin lepas, malam 28 ramadan, pakcik saya (ayah long) meninggal dunia semasa berbuka puasa. dan tadi pada pukul 6pagi, pada 30 ramadan 1431h, saya terima panggilan telefon drpd tok sepupu saya. seorang drpd pakcik dua pupu saya (ibunya adalah sepupu arwah nenek saya) telah kembali ke rahmatullah. beliau kembali kpdNya lebih dahulu drpd ibunya.

usia tidak menentukan masa kita kembali kpd Allah. susunan dlm keluarga juga tidak menentukan masa kita dipanggil kpdNya. begitu juga pangkat, harta, keturunan, dsbnya tidak menentukan masa kita dipanggil semula mengadap Yang Maha Esa. Kita adalah milikNya. Tiada yang memilikki kita melainkan Allah. maka kita boleh dipanggil kembali oleh Allah setelah diberi masa di dunia ini, pada bila2 masa Allah kehendakki. alfathihah kpd arwah Azman Hassan, LKIM Besut.

Cermin Mata

saya mula memakai cermin mata pada tingkatan satu. fesyen pada masa itu adalah bingkai penuh dan besar. dipakaikan kpd seorang yg kecil dan kurus, memang kelakarlah nampaknya.

sehingga kini, saya sudah lupa bilangan cermin mata yg telah saya milikki. kalau dahulunya, cermin mata saya dibelikan oleh bapa saya, sementalah sbg seorang yg mempunyai pendapatan sendiri, saya membeli cermin mata saya. kali terakhir saya membeli cermin mata pada awal tahun ini, hampir rm400.

saya pernah cuba memakai kanta mata sepenuh masa. ianya tidak sesuai dgn penglihatan saya. saya cuma pakai utk jangka pendek shj seperti semasa berfutsal. kalau aktiviti lasak, mungkin lebih sesuai memakai goggle berkuasa.

cermin mata saya sekarang dibeli di kampung (bandar) semasa cuti raya 2005. dah hampir 5 tahun. saya beli menggantikan cermin mata tanpa frame (trend pd masa itu) dgn separuh frame. harganya termasuk kanta adalah rm180. beberapa bulan yg lepas saya gantikan kanta cermin mata saya. harganya rm180.

penglihatan adalah satu drpd rahmat Allah kpd kita. jaga dan gunakanlah ia dgn penuh amanah. ianya hanya pinjaman kpd kita sebagaimana banyak lagi rahmatNya kpd kita.

Rabu, September 08, 2010

Masa Tambah Kekayaan

kita umat islam amat bertuah. dlm setahun, kita ada satu bulan yg boleh kita kumpul banyak kekayaan utk bekalan akhirat. bulan itu adalah bulan ramadan. alhamdulillah, esok 30 ramadan 1431h.

bagi yg diberi rahmat Allah utk menikmati malam lailatul qadar, kekayaan didapati adalah seumpama seribu bulan. ianya bersamaan 83tahun. sedangkan kita biasanya beribadah purata 50tahun. itupun kalau lengkap.

semasa ramadan , sedekah diberi ganjaran berganda2 juga. maka tambahlah zakat pendapatan pada bulan ini. dan penting, jangan lupa tunaikan zakat fitrah. tadi, alhamdulillah saya telah tunaikan zakat fitrah di uitm. harapan saya, zakat pendapatan dan zakat fitrah saya disampaikan kpd para pelajar uitm yg layak menerimanya. saya doakan agar penerima zakat saya akan menggunakan zakat yg diterima utk kebaikan dunia dan akhirat.

UiTM Shah Alam 080910

pagi tadi saya naik ke menara saas. masuk pintu utama dah terasa amat sedikit warga uitm yg tinggal. pintu utama hanya sebelah shj yg dibuka. lalulintas amat minima dlm uitm. bus stop seroja tiada orangpun.

tempat letak kereta lengang aje. parking khas hanya sedikit yg terisi. menaiki tangga di hotcat lama terasa kesunyian. tiada sesiapa di kiri kanan, belakang dan depan saya. tiada bunyi kenderaan. selalunya bunyi motorsikalamat ketara.

di rmi dan zon 17, hanya seorang dua aje yg tinggal. bos2 ramai yg balik. saya perlu selesaikan juga pendaftaran iid 2010se hari ini juga. maak saya dahulukan duit saya bagi yg tak cukup utk yuran penyertaan. alhamdulillah, atm tak rosak atau habis duit.
di kedai buku, hanya saya pelanggan. bilik 24jam di ptar kosong. dihep, alhamdulillah ada staf. dapat saya selesaikan tanggungjawab zakat fitrah saya.

begitulag uitm, apabila cuti. terutamanya apabila cuti hari raya bersama cuti semester. dan lebih drpd seminggu. insyaallah, kita berjumpa di uitm lagi.

Selasa, September 07, 2010

Pesan Yang Tahu

semasa menunggu jenazah dimandikan dan dikapankan, saya berbual2 dgn beberapa ahli keluarga. kebiasaan, kelahiran, majlis kenduri kendara dan kematian adalah masa kita berjumpa dgn saudara mara. pada masa2 lain kebiasaannya masing2 sibuk dgn urusan masing2.

seorang drpd saudara saya adalah antara mereka yg sangat berjaya dlm dunia korporat. dia inginkan agar ilmu korporat dikongsi oleh ahli korporat dgn pelajar ipt. beliau rasakan bhw pensyarah yg tiada pengalaman dlm bidang yg diajar kpd pelajar tidak mengajar realiti dunia. saya bersetuju, tertakluk kpd bidang.

dia juga sampaikan pengajaran drpd mentor beliau. bila berumahtangga, jangan benarkan isteri bekerja. sebab utama utk pastikan anak2 terjaga dgn baik seharian. utk elakkan anak2 dibesarkan kurang sempurna oleh bibik2 dari seberang. kesannya apabila dewasa nanti. apa pandangan anda?

Daripada Nya Kita Datang

seorang pakcik saya kembali kpd Yang Maha Esa semalam. ketika dipanggil kembali kpdNya, beliau baru selesai berbuka puasa. alhamdulillah, urusan persemadian jenazah selesai sebelum waktu zohor. semangat kejiranan dan ikatan ikhwah islam amat baik dikalangan penduduk kawasan perumahannya. terima kasih drpd kami sekeluarga kpd semua yg sudi memberi kerjasama utk memudahkan urusan arwah.

kita semua digalakkan utk melawat mereka yg sakit, yg telah meninggal dunia. ianya sebagai peringatan kpd kita. kita yg sihat akan sakit. kita yg hidup akan mati. begitu juga tentang sedekah dan zakat serta puasa. rezeki yg kita ada bukan milik kita. ianya adalah amanah kpd kita dan perlu diuruskan dgn sebaiknya.

bersamalah kita berdoa supaya kita kembali kpd Allah dlm keadaan Islam. dlm keadan tenang dan tenteram. dgn wajah yg lembut. semoga kita dipermudahkan segala urusan semasa kembali kpd Allah.

Isnin, September 06, 2010

Ijazah Kedoktoran Falsafah

nama lainnya adalah PhD. impian setiap ahli akademik di ipt utk menggenggam segulung ijazah ini. ianya adalah kelayakan akademik tertinggi di peringkat pendidikan tinggi.

perjalanan mencapai ijazah ini berbeza bg setiap individu yg telah berjaya menggenggamnya. ada yg bermula dgn ijazah sarjana muda kemudian kerana tahap akademik yg terbilang, terus meneruskan pengajian ke phd. saya berpeluang berjumpa dgn seorang pensyarah yg memulakan phd nya pada usia 23tahun. dan uitm pada konvokesyennya baru2 ini telah berjaya melahirkan seorang graduan phd pada usia 29tahun.

saya tadi melihat peluang utk melanjutkan pengajian lepasan graduan di ipt malaysia. menarik juga m.ed. dan menarik juga phd dlm kaunseling. ianya secara kerjakursus. saya perlu usul lebih lanjut utk maklumat.

Persiapan Raya

minggu ini minggu terakhir ramadan. insyaallah, pada jumaat ini raya puasa. kita meraikan kejayaan melalui bulan ramadan yg memerlukan kesabaran dlm menjalani kehidupan seharian.

ada yg sedang membuat persiapan akhir utk sambut raya. ada yg masih mencari2 pakaian baru. ada yg sedang menyiapkan biskut raya yg telah ditempah. ada yg sibuk tukarkan duit utk diberi pada pagi raya. ada yg sibuk berkemas rumah.

macam2 persiapan akhir dilakukan. ada yg bersiap2 utk balik kampung. kenderaan diservis dan diperiksa. bekalan utk dibawa balik ke kampung disenaraikan dan disemak berulang2 kali.

seumpama nak menyambut benda yg baru, benda semasa yg ada mungkin dilupakan. seumpama nak menyambut anak yg baru, anak yg sedia ada ditinggal2kan. ramadan masih ada lagi. tumpukan juga kpd ramadan selain kpd syawal akan datang.

Tuan Haiwan

tuan haiwan ataupun pet owners. ada orang kata haiwan peliharaan lama kelamaan akan menyerupai tuannya. ada yg kata sebaliknya, tuan haiwan akan menyerupai haiwan peliharaannya. apa pandangan anda?

sekarang, walau pun tinggal di flat, ada yg memelihara kucing dan anjing. begitu juga yg tinggal di rumah teres yg mempunyai ruang taman/hijau yg kecil. maka haiwan akan disimpan di dalam rumah ataupun di dlm kawasan rumah.

yg sedihnya, tuan haiwan ni tak bertanggungjawab dan perihatin kpd keselesaan jiran2. ada anjing2 yg suka menyalak2 dan mengganggu jiran2. anak2 kecil dan keluarga terganggu dgn bunyi salakan ini. ada pula kucing yg akan masuk ke kawasan jiran dan merosakkan hak milik jiran.

yg amat dukacita adalah anjing dan kucing yg berak merata. dlm kawasan rumah sendiri ataupun di luar pagar rumah sendiri tak pula binatang tu berak. sebaliknya ruang kawasan atau berhampiran kawasan jiran jadi tempat berak. agak2 tuannya perangai macam ni juga, berak merata, buang sampah di kawasan orang lain. tuan berak berdiri, haiwan berak berlari. yg ada haiwan peliharaan jaga2lah hati jiran. silap haribulan tahi melayang2.

Ahad, September 05, 2010

Media dan Amanah

media memainkan peranan penting dlm hidup kita. media menyampaikan berita. media menyampaikan cerita. media mewujudkan budaya. media boleh mencetuskan ketidakselesaan.

saya baru menonton video iklan raya sebuah syarikat tv swasta malaysia. amat mendukacitakan. amat menyinggung perasaan sebagai seorang muslim. baru aje kerabat diraja pesan, jangan permainkan islam. siapakah patut bertanggungjawab?

kalau dahulu media disampaikan oleh penulis, penyampai berita, penglipurlara. skrg dgn ict, berita, cerita, budaya dan pelbagai lagi amat cepat dikongsi. maka mereka yg berkuasa adalah beramanah menentukan media menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

adakala rasa muak melihat berita2 yg kononnya sensasi. sebaliknya akan menimbulkan ketidakpuasan kita. setiap tugas dan jawatan adalah amanah. fikirlah dahulu sebelum melakukannya.

Rumah Kita

semua inginkan rumah sendiri. memiliki rumah adalah tanda kejayaan. kejayaan material. dan mereka yg mempunyai rumah besar diandaikan sbg amat berjaya.

harga rumah di lembah kelang amatlah mahal. ikut perkiraan saya, kalau gaji rm1000, layak duduk rumah rm50,000 aje. maka jika pendapatan rm2,000 sebulan, duduklah rumah rm100,000. tapi ramai yg duduk rumah harga lebih drpd yg mampu dimiliki. kebanyakan rumah baru berharga rm300,000 ke atas sekarang. hanya yg pendapatan minima rm6,000 sebulan dpt miliki dan tidak pening kepala dgn kewangan.

sepatutnya flat berharga rm100,000 ke bawah lebih banyak dibina. tetapi mungkin kerana mereka yg tidak amanah, kos tanah berlipat kali ganda drpd sepatutnya. ini disebabkan oleh ada yg makan untung atas angin. yg jadi mangsa adalah yg tiada kuasa.

kita sekarang akan kembali spt orang dulu2. iaitu 2 hingga 3 generasi akan duduk serumah. ada bagusnya. ada orang utk tengok2 ahli keluarga lain semasa yg bekerja keluar rumah. jadi, kena fikir rekacipta baru utk rumah.

Haiwan Peliharaan

dlm bahasa melayu panjang - haiwan peliharaan. dlm bahasa inggeris pendek - pets. ianya bermaksud binatang yg kita pelihara bukan utk dimakan. tetapi utk menjadi teman bermain spt kuda, kucing dsbnya. utk menenangkan fikiran dgn melihatnya spt ikan2 dlm akuarium.

dahulunya, di rumah saya banyak akuarium ikan. skrg hanya tinggal dua yg ada ikan didlmnya. satu di luar rumah, satu di dlm rumah. saya bermula dgn akuarium plastik bersaiz satu kaki. lebih kurang pada tahun 80an dulu. kemudiannya saya beli sebuah akuarium sepanjang 4kaki utk hadiah hari lahir ke 25. kosnya rm250. akuarium tersebut telah dihadiahkan kpd kawan keluarga yg memelihara kura2.

keluarga saya pernah ada kucing. kami tak diberi atau beli. tetapi mereka datang ke rumah kami. pada satu ketika, ianya adalah kucing2 putih. setelah kami berpindah, kucing ditinggalkan. tiada lagi kucing sekarang kerana tiada lebihan makanan dibiarkan diluar rumah. haiwan peliharaan adalah amanah kpd kita. jagalah dgn baik2.

Biskut Raya

di hari2 terakhir sebelum raya, ramai dah mula lupa keindahan ramadan. ramai termimpi2kan syawal. ramai dah lupa ipt, pejabat dan rumah. ramai dah terpanggil ke kampung asal. kawan2 pun dilupakan kerana kaum keluarga diutamakan.

bagi towkay2 biskut raya, kek raya, baju raya, dsbnya, hari2 terakhir ini makin kelamkabut jika tempahan belum siap. akan ada yg kecewa tak dpt pakai baju baru. kedai2 emas pun ramai pengunjung kerana inginkan memakai barang kemas baru. selepas raya pajak gadai jadi tumpuan pula.

bagi towkay biskut raya, ramadan membawa erti yg amat besar. kalau sebotol dijual harga rm20, untung adalah rm10 satu botol. secara kasar towkay biskut raya boleh jual beribu2 botol. jika 10,000 botol, maka untung adalah rm100,000. lumayan kan. jika yg jual purata 100botol sehari dlm masa 30hari, maka untungnya adalah rm30,000. patutlah ada yg sanggup cuti sebulan ramadan utk berniaga biskut raya.

bagi yg inginkan harga diskaun, tunggulah di hari2 terakhir ramadan. kunjungilah gerai2 dan pasaraya utk dptkan harga sehingga 80% diskaun drpd harga asal. sebab towkay dah untung besar pada masa itu.