Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 09, 2010

Cuti Raya 1431H

saya pada asalnya bercadang bercuti raya bermula hari ini 9sep sehingga 16sep. 16 sep adalah cuti hari malaysia. saya bercadang cuti raya tahun ini pendek shj. punca utama kerana saya tidak akan beraya di kampung/pekan/bandar nenek saya. nenek berada di kuala lumpur kerana tidak sihat sejak disember tahun lepas.

tetapi pada minggu lepas saya mohon cuti pada 17sep. saya terfikir saya mungkin berjalan2 ke luar lembah kelang semasa cuti yg panjang uitm. ini kerana kuliah saya telah digantikan terlebih dahulu utk memberi kemudahan pelajar balik beraya kerana kebiasaan akan berlaku masalah tiket dan pengangkutan di hari2 terakhir sebelum raya.

pada 6sep, saya ambil cuti rehat. sebab tak cukup rehat pada hujung minggu. dan pada 7sep dan 8sep, saya turut ambil cuti tambahan. tujuan utk berehat kerana penat. nampaknya, semakin hampir dgn raya, semakin penat rasanya. lesu kot? atau mungkin sebab sepanjang ramadan, purata tidur pada waktu malam adalah 5jam shj drpd 7jam. mungkin juga sebab sumber tenaga diambil kurang drpd biasa. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

cuti raya tidak bermaksud rehat kerana semasa raya aktiviti biasanya lebih banyak drpd biasa. terutama masa di raya digunakan utk melawat saudaramara dan kenalan. ada kemungkinan lebih memenatkan drpd hari bekerja.

Tiada ulasan: