Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 21, 2010

Mencari Ilmu

guru baru saya ini (secara tidak rasmi) adalah bekas pelajar ayah saya. beliau berpeluang mendapat bintang di kerjayanya dulu. beliau merupakan orang kanan kpd bos dia dahulu. bosnya pernah menyatakan kpd beliau bhw guru baru saya ini sedang di'groom' utk menjadi antara pegawai tertinggi di organisasi lamanya.

ianya seakan2 kisah saya. dahulu dan sekarang (?). yang penting, kita ingin belajar. kita rendahkan diri kita. kita jangan sombong. kita mesti ikhlas utk belajar. kita mesti tulus utk berkongsi. kita mesti bersedia utk membantu jika diminta, dan jika tidak diminta.

saya ceritakan kpdnya tentang bagaimana keegoan tidak membantu menjadi seorang pemimpin. beliau bersetuju. dan saya lihat pada diri guru baru ini terdapat ciri2 pada guru2 semasa dan sebelum ini. mereka ikhlas utk membantu anak didik maju ke atas dan ke hadapan daripada guru. tiada rasa kedekut atau irihati.

semasa makan tengahari tadi, saya terserempak dgn seorang pensyarah saya semasa diploma. beliau kelihatan masih spt 25tahun yg lalu. beliau adalah diantara mereka yg membolehkan saya mengikuti pengajian di peringkat perakaunan. terima kasih PM Azim Zaleha. jasa puan akan saya kenang insyaallah, selama2nya. seorang pensyarah dan guru kpd saya yg ikhlas akan tetap saya anggap sebagai pendidik saya.

Tiada ulasan: