Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 13, 2010

Antara Saudara dan Harta

saya pesan kpd adik saya,'kalau dah kaya, jangan lupa kpd saya'. janganlah sebab harta, saudara diketepikan. janganlah kerana isteri, saudara diketepikan. janganlah kerana pangkat, saudara diketepikan.

memang dah banyak kita dengar. kerana berebut harta, tiada lagi kenal saudara. tambah2 jika pihak lain turut sama menambahkan jurang persaudaraan. begitu juga kerana pangkat, lupa kpd ibubapa. kerana harta, anak jadi sitanggang. kerana isteri, anak jadi sitanggang. kerana pangkat, anak jadi sitanggang.

ada saudara dipandang rendah kerana tiada atau kurang harta. ada saudara yg dipandang rendah kerana ikut kata isteri. ada saudara dipandang rendah kerana tiada pangkat atau pangkat yang rendah.

harap2 janganlah kita jadi macam cerita 'siapa besar'. saling cuba meninggikan diri dan merendahkan jiran/saudara dgn harta yg kita ada. saya dipandang rendah oleh orang tertentu kerana memandu kereta kura2 ke pejabat. kereta tahun 70an. bagi mereka,saya ni 'tak de kelas'. pesan saya kpd pelajar saya,'kalau lihat saya pandu kereta mewah, maknanya saya pinjam kereta orang'. perlukah kita berkereta besar utk menunjukkan bhw kita berjaya dlm hidup?

Tiada ulasan: