Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 24, 2010

Khidmat Penghantaran

seperti saya tulis sebelum ini, di india, penghantaran makanan adalah satu industri yg besar. ianya memberi pekerjaan kpd beribu2 penduduknya. di malaysia, industri penghantaran makanan lebih tertumpu kpd makanan segera. penghantaran makanan selain drpd makanan segera masih kecil.

saya pernah cadangkan kpd pelajar2 saya, adakan khidmat penghantaran makanan di dalam kampus. di shah alam, masalah utama adalah kesesakan lalulintas dan tempat letak kenderaan. antara punca utama berkaitan kenderaan adalah kerana melibatkan makanan.

kenderaan diperlukan utk warga uitm mencari makanan. sama ada di dalam atau di luar kampus. ini kerana tempat2 makan berhampiran spt kafetaria mempunyai ruang dan makanan yg terhad utk permintaan yg tinggi terutama di waktu puncak (makan tengahari). adakalanya utk melepasi lampu isyarat di pintu belakang dari menara berkembar akan mengambil lebih drpd 10minit. jarak tak sampai 500m.

ini adalah peluang utk usahawan. dapatkan pembekal yg sedia mengupah anda. ambil pesanan dan hantar pesanan. dapat duit utk bantu pengajian anda.

Tiada ulasan: