Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 21, 2010

Tugasan Berterusan

kita semua mempunyai tugasan berterusan. kebanyakan akan bercerita tentang tugas2 di pejabat yg tak pernah habis. selepas kembali drpd cuti raya yg panjang, banyak kerja menanti utk diselesaikan. kita akan mengeluh ketidak puasan hati.

akan ada bercerita tugas di rumah tidak pernah habis. bangun pagi sampai tidur pada setiap hari selalunya kita ada tugas yg sama. sediakan makanan. sediakan pakaian. kemas rumah. ianya satu pusingan tanpa henti. ada yg menyatakan tak payahlah nak kemas2 sebab esok benda yg sama akan berulang.

tetapi sebenarnya hidup di dunia ada noktahnya. hidup berterusan adalah di akhirat. maka adalah tanggungjawab kita utk melakukan persediaan utk kehidupan berterusan di akhirat. fokus utama kita kepada adalah persediaan bekalan yg berterusan utk hidup yg berterusan. setiap rezeki yg halal perlu disyukuri. dugaan yg dihadapi adalah sebagai peringatan.

Tiada ulasan: