Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 30, 2011

Bad Semua Tahu

bad semua tahu. ini ayat yg sentiasa dinyatakan oleh bos saya di gem. sebenarnya, dan hakikatnya, saya hanya tahu sedikit sahaja. hanya Allah yang tahu semuanya.

bos saya berkata demikian apabila saya akan menambah maklumat kpd apa yg dia bincangkan atau sampaikan kpd orang lain. saya bukan menunjuk2 atau menyibuk dgn bos saya. tapi saya menyokong apa yg dinyatakan bos saya dgn apa yg saya tahu. tugas saya adalah menyokong bos saya.

adakalanya kita memberi input kpd bos. adakalanya kita mendengar input drpd bos. ianya bergantung kpd masa, keadaan, tempat dsbnya. keyakinan bos kpd anak buahnya adalah satu pengiktirafan dan penghormatan. dan bos juga mesti bersikap tegas pada ada ketikanya. bos yg bagus akan menjadikan anak buahnya juga bagus. sama2 kita bekerjasama utk kebaikan organisasi.

spt kata tnc jim tadi, kita ikhlas bekerja utk kebaikan organisasi. saya setuju. pensyarah selalunya tak tahu buat duit. pensyarah tak sepatutnya curi duit. jalankan tugas dgn penuh amanah.

Isnin, Jun 27, 2011

Ilmu Sebagai Pusaka

nenek saya sebelah ayah mempunyai 4 orang anak. kesemuanya lelaki. nenek membesarkan anak2nya sebagai ibu tunggal.

nenek dan keempat2 anaknya berpindah ke rumah berdekatan dgn sungai kelantan setelah berpindah dari berek di hospital kota bharu. mereka berpindah dgn sebuah basikal dan sebuah beca roda tiga.2 anaknya yg tua menaiki basikal sementara nenek dan 2 anaknya yg muda menaikki beca. rumah nenek berhampiran dgn panggung lido.

rumah tua itu tiada lagi sejak awal 80an. panggung lido sudah tiada juga. begitu juga dgn nenek. beliau telah kembali kpdNya pada 1994. dan pada khamis lepas, anak bongsu nenek mengikuti nenek kembali kpdNya. ketiga2 anak yg lebih tua hadir mengucapkan selamat jalan kpd adik mereka.

nenek tidak meninggalkan banyalk harta kpd anak2nya. mungkin ada yg berpandangan sebaliknya. tetapi keempa2 anak nenek, termasuk ayah saya berjaya menamatkan pengajian ke peringkat universiti. ianya kejayaan bagi sebuah keluarga ibu tunggal, melayu di kelantan pada tahun 60an. dan saya masih ingat dan jelas dlm diri saya keempat2 gambar ayah dan saudara2nya digantung di rumah nenek. gambar mereka adalah bukti kejayaan mereka dibesarkan dgn usaha nenek.

ilmu yg dipusakakan tidak akan habis berbanding harta. maka sentiasalah berusaha utk meningkatkan ilmu saudara kita.

Ahad, Jun 26, 2011

Membina Pasukan

terima kasih kpd encik hisyam che mat kerana sudi menjemput saya utk berkongsi dan mendapat pengalaman sbg fasi program bina pasukan apb. ianya telah dijalankan di hotel impian morib.

alhamdulillah, kehadiran peserta hampir 100% iaitu melebihi 90%. ianya antara tertinggi jika dibandingkan dgn program2 bina pasukan uitm anjuran ilqam mengikut ustaz janudin, td hep apb yg juga mantan ketua di ilqam.pengurusan atasan apb kesemuanya hadir. tiada menggunakan alasan isteri saya tak benarkan, saya berbadan besar, saya sentiasa sakit, dsbnya.

ramai diantara peserta adalah kenalan saya. tetapi sbg profesional, apabila menjalankan tugas, kita perlulah secara profesional. jika kita ada saudara mara yg dekat terlibat semasa kita menjalankan tugas, kita mesti nyatakan. ianya untuk mengelakkan drpd bersikap bias. ianya boleh disalahkan sebagai salahguna kuasa atau tak amananh kerana kemungkinan besar kita tidak akan melakukan tugas secara objektif. kita manusia adalah makhluk yg lemah dan mudah terpengaruh dgn emosi.

keyakinan diri dan kerjasama adalah antara yg diperlukan ahli utk pasukan berjaya. matlamat organisasi lebih penting drpd matlamat ahli. jika kita asyik pentingkan diri shj, contohnya spt kita nak ajar atau menyelia dlm bidang yg kita kurang atau tiada ilmu, ianya boleh menjejaskan namabaik organisasi. ingatlah.. dan ubahlah sikap pentingkan diri sendiri shj. sebuah organisasi dilihat secara keseluruhan. janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Khamis, Jun 23, 2011

Dari Allah Kita Datang..

tengahari tadi, adik kpd ayah saya telah dipanggil kembali kpdNya, Yang Maha Esa, Yang Tidak Tidur, Yang Tidak Mati. arwah ayah san meninggal dunia di ppum. saya menerima panggilan telefon drpd adik saya yg berada di sana pada masa tersebut.

kali terakhir saya bersama arwah lebih kurang 2minggu lepas. saya singgah di rumahnya utk tumpang solat. kami berbual2 spt biasa. tiada kelihatan kesakitan yg beliau alami. dan setelah solat maghrib, saya pulang ke rumah.

pada minggu lepas saya singgah utk bersedia sebelum ke majlis fsr di dsb. apabila saya sampai di rumahnya, sepupu saya memaklumkan bhw arwah telah dibawa ke hospital. beliau telah beberapa hari tidak sedap badan. dan beliau dijangka akan melakukan mri pada jumaat minggu lepas. arwah sepatutnya keluar dr hospital pada ahad lepas. tetapi adik saya menasihatkan supaya beliau terus di hospital sehingga segar. kita merancang, Allah juga merancang. Dan hanya Allah yang menentukan segalanya.

inna illahi wa inna illahi rajiun. semoga roh arwah tergolong dlm mereka yg beriman dan mendapat rahimNya. setiap kejadian adalah peringatan kpd kita.

Rabu, Jun 22, 2011

1st Perkama International Counseling Conference

alhamdulillah, bermula hari ini sehingga esok (22-23jun 2011), berlangsung 1st perkama international counseling conference. ianya diadakan di akademi kenegaraan jpm.

alhamdulillah, peers uitm shah alam turut mengambil bahagian sebagai peserta untuk pertandingan inovasi. peers satu2nya kumpulan pelajar yg mengambil bahagian. selain peers, pusat kerjaya dan kaunseling diwakili oleh beberapa kaunselor dlm pertandingan inovasi. dan alhamdulillah, selain drpd peers dan kaunselor, juga hadir pensyarah kaunseling drpd fakulti pendidikan uitm. mereka, hjh zaiton dan hjh noriza adalah bekas kaunselor pkk dan juga bekas guru kaunseling saya semasa saya mengikuti kokurikulum peers pada lewat80an dan awal 90an di itm.

pada petangnya, setelah perasmian oleh menteri pwkm, berlangsung mesyuarat agung tahunan perkama ke 18. begitu cepat masa berlalu. rasa2 baru semalam saya dilantik sbg jurukira2 perkama pada bulan jun 2009 di upm, kali ini saya dicalonkan sbg seorang drpd exco perkama. dukacita hanya 6 dipilih drpd 13calon.

tapi saya masih lagi diperlukan perkama. presiden asyik menyebut nama saya dan juga jawatan lama saya sebagai jurukira perkama. maka saya dicalonkan oleh seorang lagi guru kaunseling saya, prof madya dr haslee shahril lim utk jawatan pemeriksa kira2 perkama. sokongan sebulat suara dan cadangan ditutup. saya akan memegang jawatan pemeriksa kira2 perkama selama 2tahun lagi. cuma kali ini bersama supt ong drpd pdrm. terima kasih kerana kepercayaan ahli perkama kpd saya. insyaallah, saya akan jalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

Ahad, Jun 19, 2011

Juru Kira di Perkama

saya adalah seorang drpd jurukira utk perkama, persatuan kaunseling malaysia. maka saya adalah seorang drpd exco perkama, tapi pangkat paling bawah. saya orang terakhir dipilih semasa mesyuarat agung tahunan perkama pada 2009 di upm. tempoh saya memegang jawatan ini akan tamat pada 22jun ini di akademi kenegaraan, semasa mat perkama.

saya dicadangkan dan disokong sebagai jurukira perkama berdasarkan latarbelakang saya dlm perakaunan. pencadang saya setelah menyebut nama saya menyatakan latarbelakang saya. dan penyelia saya utk penyelidikan di um bagi sarjana kaunseling telah menyokong cadangan tersebut. saya rasa amat kerdil apabila duduk sebaris dgn exco perkama yg lain. maklumlah, majoriti adalah prof, dr dlm kaunseling.

semalam saya menjalankan tugas sbg jurukira perkama di pejabat perkama di kajang. dan saya cadangkan agar saya dibenarkan utk mengadakan kursus asas perakaunan, kursus asas iso dan kursus asas pengurusan kpd staf perkama, exco perkama dan ahli perkama. ianya utk membantu melicinkan lagi perjalanan organisasi dan diri. insyaallah, ianya akan diadakan seberapa cepat yg boleh mengikut jadual saya.

Sihat dan Sakit

kita semua ingin sihat. kalau boleh kita ingin sentiasa sihat.

tapi sebagai seorang manusia, kita akan ditimpa sakit. apabila sakit, kita harap dan berdoa agar kita akan cepat sihat semula. sihat dan sakit adalah sebahagian drpd kehidupan kita. sakit adalah dugaan. ianya juga adalah peringatan. ianya juga utk membersihkan kita.

sekarang, ramai yg sakit jantung, kencing manis, darah tinggi. ianya berpunca drpd pelbagai spt kandungan kolesterol tidak baik yg tinggi. kita cuba kawal, elak atau sembuh drpd sakit melalui pelbagai cara spt pemakanan dan senaman.

namun Allah shj penentu segalanya. sekarang sakit drpd barah adalah perkara biasa. saya dimaklumkan bhw dlm badan kita memang mengandungi sel2 barah. cuma sama ada ianya akan menyebabkan kita sakit atau tidak, hanya Allah yang mengetahuinya. kita hanya tahu apabila kita sakit.

Khamis, Jun 16, 2011

Mencari Rezeki Yang Halal

selama saya berkursus di ilqam, saya perhatikan seorang oku berniaga di tingkat bawah berhadapan dgn fakulti perniagaan. baru hari ini saya tegur beliau.

namanya hj mat. beliau telah 18tahun berniaga di uitm. dgn ikhsan uitm. ianya bermula dgn keprihatinan dr (prof) johari samidi, dekan perakaunan pada 1992. pada mulanya beliau meletak barangan/makanan di fakulti perakaunan semasa ianya di bgn akademik 2. kemudiannya beliau berpindah2 sehinggalah ke tempat sekarang.

tengahari tadi saya beli sedikit jajan dan nasi lemak jualan hj mat. dan petang tadi saya berborak panjang dgn beliau. saya bannga dan kagum dgn dia. dia tidak meminta2 sedekah, sebaliknya berusaha utk mencari rezeki yg halal. tak perlu seleweng dan pecah amanah. maka beliau lebih bijak dan amanah drpd mereka yg kononnya bukan oku. mungkin sebenarnya mereka yg seleweng, salahguna kuasa dan pecah amanah sebenarnya oku drpd segi amanah.

hj mat menjual nasi lemak, kuihmuih, minuman dan pelbagai lagi makanan di gerainya di tingkat bawah ptar2 menghadap bgnan akademik 2, fakulti perniagaan, berhadapan dgn kedai mydin. kunjungilah gerai beliau sbg menyokong usaha seorang yg ingin mencari rezeki yg halal walaupun seorang yg oku. sbg seorang oku bukan alasan utk meminta sedekah, melakukan kesalahan, pecah amanah. hj mat lebih mulia drpd yg pecah amanah dan salahguna kuasa rahmat Allah.

Siasatan dan Tindakan

asyik laporan sama aje. dan mereka yg terlibat pi mai pi mai tang tu juga. soalan diutarakan,'mereka ni tak perasaan atau fikir apa yg mereka buat tu tak betul?'

itulah, kalau tak boleh jadi pensyarah, jangan jadi pensyarah. kasihan kat pelajar. ilmu yg didapati lebih banyak angin shj. tapi mereka ini semua nak ajar, walaupun sebenarnya mereka tidak pernah belajar. macam tikus membaiki labu. kalau graduan tak dpt kerja, adakah mereka ini akan bertanggungjawab dan sedia berjumpa dgn mereka yg tertekan dgn pengangguran dikalangan graduan?

apabila tak boleh mengajar, sibuk pulak nak anjurkan pelbagai program. yg peliknya sepatutnya sbhgian drpd tugas dan tanggungjawab. tapi masih nak buat tuntutan. 'ini dah salah guna kuasa'.

alasan, kasihanlah saya, saya sakit, bini tak kerja, bini tak sihat, saya jadi harapan keluarga, anak masih bersekolah,... dan pelbagai lagi tidak boleh diterima utk menghalalkan pecah amanah dan penyelewengan. rezeki tak berkat. dan tiada yg akan hormat anda. manusia... dah ada satu bukit emas, akan nak satu lagi bukit emas. bersedialah mendapat lawatan drpd bintang 14bucu.

Rabu, Jun 15, 2011

Kerja Dlm Perniagaan

ramai yg nak kerja dgn kerajaan. mungkin sebab gaji akan tetap diterima pada setiap bulan tanpa mengambil kira prestasi kita.

ramai juga kerana pencen akan didapati. ada kerana kuasa yg datang dgn pejabat yg diduduki. ada kerana dipaksa keluarga. ada kerana manafaat lain selain kewangan.

bagi yg makan gaji dgn perniagaan, risiko berkaitan gaji adalah berbeza. jika tidak 'perform', maka kemungkinan tiada kenaikan gaji. tetapi lain pila jika bekerja dgn perniagaan milik kerajaan. pekerja ini melihat pekerjaan mereka seolah2 spt bekerja sbg pegawai kerajaan. maka mereka tidak kisah organisasi untung atau rugi. mereka jadi malas utk berusaha utk meningkatkan perniagaan.

alasan adalah kebiasaan. cadangan utk meningkatkan keuntungan kurang diterima. maka saya bersetuju jika mereka ini dibuang shj. kita mesti fikirkan kesihatan perniagaan, jangan kasihankan pekerja yg malas dan kurang bertanggungjawab. mereka akan jadi nanah dan lama2 akan menyebabkan perniagaan digulung dlm tikar.

Takhta

ianya antara tiga motivasi manusia. ianya berkaitan jawatan, kuasa dan tanggungjawab. ianya boleh menjadi bala jika ia menjadi motivasi utama kita.

setiap orang punyai motivasi sendiri menjadi pensyarah. ada sbb minat mengajar. ada sebab sbg pensyarah, kita dibayar utk menginap dihotel dan berjalan ke tempat lain utk mendapatkan ilmu. maka sokongan drpd pengurusan utk pensyarah sentiasa meningkat ilmu adalah antara sebab utama saya menjadi pensyarah.

lain padang lain belalang. maka ada yg bermotivasikan kuasa. kuasa melalui ilmu utk berkongsi dgn pelajar. tetapi lupa atau sengaja buat2 lupa bhw diri sebenarnya tiada ilmu utk dikongsi dgn pelajar. maka jawabnya, menjadi tong kosong yg menuang angin ke dalam gelas yg ditadah pelajar. maka apabila pelajar tamat pengajian, mereka membawa angin shj utk mendapat rezeki.

sedihnya apabila pelajar mengambil ketidakjujuran sbg contoh ikutan. jika di takhta melakukan tuntutan palsu, dan pelajar terpedaya dgn contoh yg ditunjukkan, maka janganlah terkejut jika setelah bergelar graduan, contoh yg diteladani gu (tidak layak dipanggil guru) diikuti oleh graduan. takhta banyak bebannya. janganlah nakkan takhta supaya orang lain terpaksa hormat kpd kita.

Kursus PhD Methodology

bermula 13jun sehingga 17jun, saya hadir ke kursus anjuran ilqam utk mereka yg akan mengambil phd. saya sepatutnya hadir pada kursus bulan lepas ttp kerana bertugas, terpaksa ditangguh. terima kasih kpd sahabat2 di ilqam yg sudi membenarkan saya mengikuti kursus pada minggu ini.

terdapat 2kumpulan. kumpulan s&t dan kumpulan sains sosial. kumpulan ss hampir 100 peserta. kumpulan s&t saya anggarkan hanya separuh drpd peserta ss. 3 pensyarah fsr dlm kumpulan ss dan hanya encik bull shj wakil fsr dlm kumpulan s&t. sekali sekala saya mendengar ceramah di s&t. kedua2 kumpulan mendapat penceramah yg amat memotivasikan peserta.

semalam, prof nun di ss. pagi tadi prof shidah dan prof normah pula dr fak perakaunan berkongsi pengalaman phd bersama kumpulan ss. ketiga2 mereka adalah bekas pensyarah saya. dan mereka diantara mereka yg memotivasikan saya utk meneruskan pengajian ke peringkat phd. terima kasih prof. insyaallah, saya akan tamatkan phd saya secepat yg terdaya. dr badr, best jugak bunyinya.

Selasa, Jun 14, 2011

Arabian Night FSR

tadi saya hadir ke majlis utk pelajar diploma fsr. ianya dianjurkan oleh pelajar sr223 kursus event management.

majlis diadakan di dsb. vip adalah dekan. hampir kesemua pengurusan fsr hadir. pelbagai persembahan ala arab diadakan. hiasan dewan turut bertemkan ala arab. tahniah kpd pelajar fsr yg serba boleh.

majlis kali ini tamat lebih awal drpd jadual. makanan pun enak. cuma tiada lucky draw utk staf. walau bagaimana pun, tahniah kpd pelajar fsr dan penasihat program. terima kasih kpd para staf yg hadir diketuai oleh dekan.

Sabtu, Jun 11, 2011

Koperasi dan Ahli

pagi semalam berlangsung mesyuarat agung tahunan (mat) ke 27 koperasi uitm bhd (kuib). koperasi ini lebih dikenali sbg koperasi kedai buku sbb perniagaan utama adalah melalui kedai buku.

kedai buku koperasi terletak di depan ptar 1. harapan ahli lembaga koperasi adalah supaya kuib akan menjadi lebih besar dan terkenal drpd koperasi um yg mengurudkan pekan buku um. saya impikan semoga canselor dan pro canselor uitm akan kerap ke kedai buku uitm utk mencari buku sbgmana pro canselor um ke pekan buku hampir setiap bulan.

selain drpd menjual buku dan alatan tulis, kuib juga menguruskan kafetaria di menara saas dan di kampus puncak alam, puncak perdana dan kuala pilah. kuib akan lebih maju jika ahli2 sentiasa memberi sokongan dgn membeli keperluan mereka di kedai2 kuib. jika ahli kurang menyokong dgn membeli barangan kuib, bagaimanakah koperasi nak untung?

jom, sama2 kita ke kuib utk menjadikan ianya koperasi terbesar di kalangan ipt di malaysia. kuib di hatiku kerana ia adalah antara lambang akademik kita.

Khamis, Jun 09, 2011

Dewan Yang Melimpah2

hari ini hari kedua icfc 2011. alhamdulillah ianya berjalan lancar. ianya telah ditangguhkan pada jam 5.30ptg dan insyaallah akan berlangsung icfc 2012, tetapi dgn pengerusi baru kerana pengerusi semasa sudah bersedia memberi peluang kpd yg sanggup.

jika semalam, pembentang antaranya adalah ketua polis negara, pada pagi tadi dan seterusnya tidak kurang hebat para pembentang. ianya dimulakan dgn ketua pesuruhjaya sprm. dewan melimpah sehingga terpaksa ditambah kerusi. majoriti peserta dlm dewan pada masa tersebut adalah drpd sprm, pdrm dan lain2 agensi kerajaan.

timbalan auditor negara mewakili auditor negara. kemudiannya selepas rehat disambung di dewan utama oleh akauntan negara. sdr kamal afandi turut menjadi pembentang. bilik seminarnya melimpah2 dgn peserta sehingga ada yg terpaksa ke tempat lain kerana tidak muat. ramai yg berdiri utk mendengar perkongsian drpd sdr kamal.

selain drpd menambah ilmu di konvensyen, kita juga menambah jaringan kenalan. dan tadi saya berpeluang bertukar2 pandangan dgn pegawai2 sprm lanjutan drpd semalam. insyaallah, para pelajar saya akan didedahkan kpd sprm utk mengelak drpd rasuah.

tahniah dan terima kasih prof nun. insyaallah, jika diperlukan lagi saya pada tahun depan, saya sedia berkhidmat.

Rabu, Jun 08, 2011

ICFC 2011

alhamdulillah, telah selesai hari pertama ICFC 2011. jadual pada tahun ini hampir sempurna berbanding tahun lepas dimana bermula lambat 30minit.

vvip kali ini adalah kpn. nc turut hadir sebagai penaung walaupun tiba dari luar negara pada jam 1 pagi tadi. saya bertanyakan kpd pegawai khasnya bagaimana nc menjaga kesihatan beliau.

pada tahun ini saya kira saya naik pangkat sikit. tahun lepas jaga kereta dan vvip. tahun ini jaga vvip shj. maka sehingga nc meninggalkan hotel tarik orang (pullman), saya berlari naik dan turun tangga supaya berada di tempat sebelum vvip.

saya memaklumkan sebahagian perjalanan majlis kpd pengiring kpn dan nc. alhamdulillah, hanya adc kpn shj yg berada dlm dewan. pengiring2 lain berada di luar dewan dan memerhatikan gerakan saya drpd mula sampai akhir. saya berpeluang menjadi 'lead' ke dlm dewan dan ke luar dewan utk kpn. penjaga badan yg tua.

tahniah kpd prof nun dan jwtnkuasa icfc 2011. terima kasih sudi menjemput saya utk menjadi jaga spt biasa.

Isnin, Jun 06, 2011

SPS233 Mei2011

tadi saya mulakan kuliah bersama pelajar sr113 part 5 untuk kursus sps233. pada asalnya saya tidak dimaklumkan bhw kod ini masih lagi ditawarkan.

tetapi pada minggu lepas jam 5ptg saya dimaklumkan kp 113 (pada masa tersebut) bhw kod ini masih ditawarkan dan kuliah telah bermula pada pagi isnin hari tersebut. walau pun tugas dan tanggungjawab makin bertambah di uitm, tetapi saya bersetuju utk mengajar sps233. ianya berkaitan tanggungjawab. ianya berkaitan persahabatan.

tadi beebrapa pelajar tiada kerana terlibat dlm sukma, sipma. walau bagaimana pun, pelajar yg hadir amat tekun ingin berkongsi ilmu dlm perakaunan dgn saya, cuma saya tiada direct projecter berbanding sem2 lepas. maka saya gunakan ohp shj.

adalah tanggungjawab bersama utk pelajar berjaya dlm pembelajaran sps233. kedua pihak, pensyarah dan pelajar perlu ingin memajukan diri dlm pengetahuan perakaunan. insyaallah, jika hendak seribu daya

Jumaat, Jun 03, 2011

Jemputan



pelbagai jemputan pernah saya terima utk pelbagai majlis. petang tadi saya terima jemputan ke icfc 2011 di pullman hotel, putra jaya pada 8-9Jun. saya menggantikan bos saya yg bercuti. utk program saya, saya juga dijemput sbg jaga. jadi saya akan jadi vvip dan jaga vvip.

petang tadi juga saya terima sampul surat logo ydpa dan datu paduka maharaja lela. begitu juga adik saya. kad jemputan dan pas masuk berwarna kuning. kami dibenarkan tiba sebelum tpm di istana negara. ianya jemputan utk hadir ke jamuan teh sempena ulang tahun keputeraan rasmi ydpa.

sebelum ini, saya ditanya sama ada saya akan mewakili uitm sbg wakil tnc jim. saya berbelah bagi. ianya satu majlis yg saya tak pernah hadir. tetapi saya tidak sihat sejak sebelum ke taman negara pada sabtu lepas. maka saya berkemungkinan besar tidak dpt memenuhi jemputan ke istana negara. ampun tuanku

Khamis, Jun 02, 2011

Kerja dan Rehat

petang tadi saya isikan kalender saya untuk bulan april hingga ogos 2011. walau pun april dan mei telah berlalu, saya ingin mengetahui di manakah saya pada hari2 tertentu.

begitu cepat masa 2bulan telah berlalu. telah 2bulan saya bersama pejabat jim uitm. jika ikut lantikan sambungan di ined, 31mei tarikh akhir saya di ined. tetapi uitm lebih memerlukan saya drpd ined. maka saya berhijrah ke jim bermula 1apr (mengikut surat). secara fizikal saya pindah ke jim sepenuhnya bermula 7april, walaupun asalnya saya minta tangguh sehingga 1 mei 2011.

pada hari ahad 3apr, 10apr, 17apr, 24apr dan 1 mei saya bertugas di uitm. sama ada utk fsr (4kali), ined (1kali) dan jim (1kali). tapi yg tak tahu akan berkata saya banyak masa kerana kerja kurang. antara saksi saya adalah pelajar srw650/655 saya. sebelum bulan april, utk 2011, saya bertugas pada hari ahad adalah pada 16,23,30 Jan; 20&27feb; 6,20&27 mac. ada juga saya bertugas pada hari sabtu.

melihat kpd kalender saya berkaitan kerja sehingga kini, memang patutlah badan saya mengingatkan saya utk berehat. maklumlah, umur dah 2 4. jadi jika ada yg menyatakan saya tak menyumbang kpd organisasi..tanyalah kpd mereka yg boleh menjadi saksi saya.

Dia Selesema Cikgu

dah masuk hari keenam. esok cukup satu minggu saya selsema. ianya bermula pada sabtu lepas.

saya berasa tidak sedap badan pada pagi sabtu. bangun drpd tidur, hidung mengingatkan saya tak cukup rehat. maklumlah, saya tidur dah lepas jam 2pagi. 6.30pagi dah bangun kerana kenderaan dari uitm ke kuala tahan pada 8.00pagi. kerana pemandu tak pernah bawa saya dgn kenderaan uitm, maka dia tidak tahu lokasi rumah saya.

perjalanan dlm cuaca panas. maka aircond dipasang. mujur saya bawa topi tutup kepala. tapi dari awal perjalanan terpaksa pakai jaket. saya nak mengelakkan sakit kepala kerana dehydration. maka saya perlu minum air banyak semasa perjalanan. alhamdulillah, semua bekalan cukup.

dan tadi saya ke pusat kesihatan uitm. agak lama juga nak selesaikan urusan. bermula jam 2.35 (pada tiket), hampir jam3.30ptg baru selesai. ramai yg tidak sihat ke pk termasuk seorang pelajar saya. saya ke pkuitm kerana ianya menjimatkan kos perubatan uitm. tetapi lebih baik kita cegah drpd tidak sihat. bagaimana? bersenam, jaga makan dan cukup rehat. tetapi selsema ini tidak akan menyebabkan saya serik ke taman negara, utk menikmati keindahan alam milik Allah.