Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Oktober 22, 2022

Jaga Ayah

Pada 1992, semasa nak ambil kereta baru, proton iswara, pengurus proton pesan kpd saya, 'jaga ayah'. Dan antara peluang jaga ayah, semasa reunion batch beliau pada 2011. Tyt dan mantan duta malaysia memang ada jaga masing2.

Semasa pkp, dan arwah ayah tidak sihat, rezeki saya utk bantu bonda jaga ayah. Antara rutin harian adalah bergilir2 dgn adik2 utk mandikan dan pakaikan baju ayah. Juga sediakan ayah utk tidur.

Sehingga kini, masih terbayang2 arwah ayah. Bau sabun dettol juga mengingatkan kpd ayah. Saya bersama jenazah di dalam van dari hospital ke rumah. Dari rumah ke masjid. Dari masjid ke tanah perkuburan. Dan saya yg terakhir memgang ayah utk beliau mencium tanah di dlm liang lahad.

Gunting Rambut Keluarga

Semasa saya dan adik2 saya kecil, biasanya mak akan guntingkan rambut kami. Ala2 tempurung. Kemudiannya selepas umur tertentu, kami akan ikut ayah ke kedai gunting.

Saya pernah gunting rambut adik2 saya. Utk jimatkan wang. Memang adik2 saya tak suka. Ada yg menangis. Sebab bertakuk2. Paling mudah guna sikat nipiskan rambut. Dan mudah terlebih nipis.

Rezeki saya, setelah ayah tidak sihat, saya guntingkan rambut ayah. Guna mesin rambut bateri boleh dicaj semula. Gunting rambut, cukur janggut, potong misai ayah.

Rambut dan Fesyen

Saya tidak gemar berambut panjang. Mungkin sebab tak sesuai dgn bentuk kepala dan ketebalan rambut saya.

Saya biasa gunting/ pendekkan rambut dgn slope di belakang dan di tepi. Senang nak mandi. Senang nak jaga.

Seorang kawan pernah bertanya, 'u ni rejimen mana?'. Saya hanya tersenyum shj.

Gunting Rambut

Sejak sekolah rendah, saya biasa dibawa ayah utk digunting rambut di kedai gunting pakcik rahman. Kedai roundabout seksyen 16 pj. Rambut akan digunting oleh pakcik rahman atau pembantunya. Sehinggalah ke tahun2 awal 2000.

Semasa di mckk, jika di kk, mungkin saya pernah bergunting di kedai gunting. Kemudiannya, kawan2 akan guntingkan rambut saya. Saya pernah jadi tukang gunting rambut kpd kawan2.

Antara alat gunting rambut yg saya beli adalah gunting biasa, dan gunting yg ada gigi. Selain itu, pernah juga beli alat gunting mcm ketam (masa tu tak beli yg elektrik) dan sikat nipiskan rambut, yg diselitkan pisau cukur.

Ahad, Oktober 16, 2022

Solat Terawih dan Ayah

Sebelum ayah sakit, ayah solat terawih tiap2 malam di surau dekat rumah. Biasanya ayah akan berjalan ke surau dan sama ada berjalan balik atau naik kereta.

Setelah ayah tidak sihat, terawih dilakukan di rumah secara berjemaah. Mula2 ayah sebagai imam. Sampai satu ketika, saya atau adik2 sbg imam. Dan ada kala, saya akan minta ayah jadi imam utk solat witir 3 rakaat.

Sejak tahun 80an, arwah ayah biasa berjalan ke surau utk solat subuh, maghrib, isyak, terawih, witir dan qiamulai. Ibu akan ikut sama jika sempat. Jika tidak sempat, ibu akan ke surau dgn kereta.

Solat Jumaat & Ayah

Sebelum pkp 2020, ayah dah xdpt bersolat jumaat. Beliau dah beberapa bulan tidak sihat.

Solat jumaat terakhir ayah di masjid lebih kurang 1km lebih dari rumah. Saya akan bergilir2 dgn adik2 saya, selama lebih setahun membawa ayah ke masjid dan balik ke rumah. Di bulan2 terakhir ayah solat jumaat, beliau akan kelihatan lupa dgn siapa beliau ke masjid.

Ayah xsempat solat jumaat di surau berhampiran rumah, yg diberi kebenaran utk adakan solat jumaat sejak c19. Pkp menunjukkan tidak perlu masjid yg besar yg dibina hanya utk dipenuhi semasa solat jumaat.

Sabtu, Oktober 15, 2022

Jom Kerja 24jam

Kerja kerajaan biasanya 8pagi-5ptg, 5hari seminggu, 39-40jam sekrg. Swasta biasanya lebih lagi waktu bekerja sehari dan seminggu.

Saya cadang, dgn teknologi sekrg, kerja hanya perlu 24 jam, dlm seminggu. Jika 4 hari, cukup 6jam sehari, tidak termasuk waktu rehat. Cukup maksima 9jam utk bekerja - perjalanan, waktu kerja, dan rehat semasa kerja.

Sebenarnya, dgm teknologi sekrg, kita boleh selesaikan kera seminggu dlm 24jam. Ramai majikan tak ambilkira masa berkomunikasi tentang kerja selepas waktu kerja sbg masa bekerja yg banyak bantu selesai masalah kerja.

Koya Kaya Kereta

Dlm seminggu ni sempat jengok dan tengok kereta jangok. BeEmDabaliyu dan Kiya. Koya kaya sekejap.

Harga kedua2 jenama mmg paling murah lebih drpd rm100 ribu sebuah. Yg paling mahal harga lebih drpd rm1juta. Sekadar tengok ajela, sedar xmampu dan xperlu.

Kereta biasa perbelanjaan kedua terbesar selepas rumah. Saya suka guna pelaburan sbb ianya biasa sbg perbelanjaan. Koya minima kosnya masa kita.

Khamis, Oktober 13, 2022

Kerja 24 jam

Kita molek kerja 24 jam. 24 jam dlm seminggu. Dgn teknologi terkini, kita boleh bekerja 24 jam seminggu.

Biasanya, waktu kerja 8 jam sehari. 8pagi hingga 4ptg termasuk mkn tengahari. Kemudian ditambah 8-5, utk 8jam bekerja. 

Ada yg kerja lebih iaitu 12jam sehari utk ot, dan 6 hari seminggu. Pelik di zaman teknologi. Mungki sbb ada yg tamak, kedekut?

Isnin, Oktober 10, 2022

Harga dan Nilai

Price and value. Ada katakan sama. Ada katakan berbeza. Biasa kita dengar tentang rumah dijual, 'selling below market value'. Harga jualan dibawah nilai pasaran.

Siapa tentukan harga jualan? Siapa tentukan nilai pasaran? Biasanya ia subjektif, ikut suka pihak tertentu, pihak yg ada kepentingan. Kepentingan untung utk mereka shj.

Elak kita jadi mangsa ketamakan pihak tertentu yg pentingkan diri shj. Mereka tidak kisah tentang kita. Mereka cakap lain, buat lain.

KISS

Biasa diterjemah sbg cium. Biasanya akronim atau singkatan Keep It Simple Stupid. Nasihat, teguran, cemuhan. Jadikan ia ringkas/ mudah bodoh.

Boleh juga, keep it simply smart. Jadikan ia mudah bijak. Smart - specific, measurable, achievable, realistic, timeliness. Boleh juga dimaksudkan dgn perkataan2 lain.

Ada yg tetapkan matlamat utk cium bontot atau bodek. Senang nak tetapkan matlamat. Simple to set objectives. Tapi tak senang nak capai matlamat jika tidak diambilkira kemampuan - realistic, resources.

Menilai Acara

Atau event evaluation. Pengurusan acara atau event management adalah satu bidang perniagaan yg amat menguntungkan. Tapi ianya juga amat mencabar.

Acara dinilai drpd pelbagai sudut. Kejayaan nilai oleh kepuasan berbeza. Bagi saya, biasanya minima jika disediakan tandas yg mudah cuci hajat, tempat makan yg mudah, dan ruang solat yg selesa. Kesemuanya perlu ada air.

Komen seorg pegawai mida baru2 ini, maklumbalas pihak luar negara kita nyatakan kita tidak punya kemudahan tahap dunia. Tapi bagi saya, jika ada 3 yg saya nyatakan, kita boleh jadi hub acara islam antarabangsa.

Tinggi Melangit

Biasa dikatakan berkaitan cita2. Biasanya susah atau mustahil utk dicapai. Pelbagai usaha dilakukan utk lebih tinggi drpd yg lain. Ada guna kata2 seumpama 'do at all cost'.

Pokok2 di hutan akan tumbuh setinggi yg mampu, utk dpt cahaya matahari. Tetapi tidak semua yg akan tumbuh tinggi. Perlu lihat keadaan sekitar. Perlu lihat kemampuan. Elak sokong membawa rebah. Perlu tahu, perlukah tumbuh tinggi2.

Begitu juga kita. Tengok kpd keperluan asas kita. Ramai nak lebih2 di dunia. Sehingga sanggup tamak, dengki, sombong, kedekut. Matlamat tak halalkan cara. Ingat amanah kita.

Paddle, Jangan Malas

Semasa di kualer, antara ayat2 dorongan semasa kelas p.e. adalah paddle (bukan kayuh kaki), jangan malas, kamu ni banyak lemak.

Semuanya utk kami bergerak dan berpeluh semasa p.e. atau sekrg dipanggil pj. P.e kami dibahagi kpd 3 kumpulan, 2x seminggu. Kelas samasa swimming, volleyball atau gym. Di gym kami belajar memanjat, melompat, terjun, dll. Tak tahu adakah lagi.

Sebaiknya, kelas pe ni setiap hari? Jika di sekolah berasrama, selepas subuh, sebelum breakfast. Maka kelas biasa bermula 9pagi sehingga 12tgh shj.

Tumbangnya Pokok Betik

Pokok betik yg tumbuh melebihi 10kaki (3m), yg sentiasa berbuah lebat, akhirnya patah, dan tumbang ke luar pagar, setelah mula senget beberapa hari yg lalu.

Pokok betik yg banyak dan cepat berbuah tidak dpt melawan resmi pokok betik yg biasanya tumbuh tidak tinggi. walau pun ia banyak berjasa, tapi apabila sampai masanya, ia rebah ke bumi.

Boleh dikaitkan dgn top heavy? Too fast too much? Setelah tiada, akan dilupakan, dicari ganti?

Ahad, Oktober 09, 2022

Acara dan 3 keperluan

Spt saya nyatakan, bg saya acara dikira berjaya jika ada 3 keperluan ini dipenuhi, kemudahan bilik air, kemudahan makanminum, dan kemudahan solat.

Hari pertama event di bukit jalil, isu bilik air dan air utk berwuduk. Bilik portable disediakan ada air. Tapi masalah utk cuci diri selepas hajat besar. Ruang solat selesa, tapi hanya ada satu paip air utk lelaki dan perempuan bersolat.

Mungkin boleh disediakan surau bergerak siap dgn beberapa paip utk berwuduk. Juga disediakan bilik air spt kontena yg ada kemudahan cuci hajat besar. Kemudahan yg dilihat besar oleh umat islam.

Urus Acara

Atau biasa disebut event management. Bidang yg boleh beri keuntungan besar. Tapi perlu tahu jaga khidmat dgn semua orang.

Spt juga saya pilih jika boleh tempat kerja, tempat event juga perlu mudah buang air, makan dan solat. Perlu ada tempat yg sesuai dan bekalan air.

Dua hari berturut2, saya hadir ke satu acara besar di bukit jalil. Berkaitan sukan. Tapi hanya 1 drpd 3 yg tersedia kemudahan yg boleh dipuji.

Ahad, Oktober 02, 2022

To Kill The Golden Goose

Sebab tamak, paksa angsa yg hanya bertelur sebiji telur emas sehari, dipaksa angsa bertelur lebih banyak. Sehingga sanggup bunuh angsa kerana disangka angsa malas bertelur lebih drpd sebiji sehari,  dan diandaika angsa banyak telur di dlm badannya.

Pepatah lain adalah to milk the cash cow dry. Sebab tamak juga, perah lembu walaupun susu yg mampu dikeluarkan sehari ada hadnya. Lembu yg tak hasilkan susu tambahan, dihukum dgn dikurangkan makannya, malah dipaksa lembu cari makanan sendiri, tidak lagi diberi makan sbgmn sebelumnya.

Penting penjaga dan pengembala mesti tegas menjaga amanah, iaitu pastikan angsa dan lembu tidak mati kerana desakan mereka yg tamak. Jika angsa dan lembu mati, penjaga dan pengembala juga akan hilang kerja.

Nilai dan harga diri

Nilai dan harga diri adalah subjektif. Penilai dan yg dinilai, menilai diri secara berbeza. Perlu panduan secara objektif.

Panduan utk menilai secara adil. Tapi, penilaian manusia tetap subjektif walaupun ada panduan. Kita akan suka apa kita suka. 

Teringat kata2 mantan dekan, penilaian terhadap org bawah cerminkan ketua. Elak penilaian dunia diutamakan.

Mulitiple intelligence

Dicadangkan oleh Howard Gardner.  Asalnya 8 jenis dicadangkannya. Dlm bahasa melayu, kecerdasan pelbagai.

Kita biasa nilai seorg itu cerdas (biasa guna pandai, bijak) dlm aspek word smart dan logic smart. Maka kecerdasan lain kurang diutamakan.

Di sekolah menengah, sekolah teknik, sekolah vokasional, politeknik, kolej komuniti, ipt, dah lama kita sediakan peluang utk pelajar kembangkan kecerdasan mereka. Kenapa dihadkan dan tak diiktirafkan kecerdasan pelbagai pengajar?

Sabtu, Oktober 01, 2022

Kerja dan Tangan

Kerja perlu kepala, kaki dan tangan utk capai matlamat kerja. Matlamat perlu disepakat utk berjaya dicapai.

Saya biasa guna contoh jari2 kedua2 tangan saya bercerita tentang kerja. Setiap jari adalah ketua yg beri arahan dgn matlamat tersendiri. Realiti, jika tak bernasib baik, kita ada lebih drpd 10 ketua dgn lebih drpd 10 matlamat utk kita seorg capai. Jika tak capai, salah kita.

Realiti, utk sihat, kita perlu utamakanmatlamat utama, hakiki kerja kita. Elak sakit atau mati hanya supaya ketua boleh sombong dgn pencapaian matlamat mereka. Jika kita sakit atau mati, akan ada pengganti lain.

Komunikasi dan kesihatan

Biasa kita dengar, jika nak selamat, duduk diam2. Jika nak selesa, jangan cakap apa2.

Dlm kaunseling, komunikasi amat penting. Komunikasi adalah alat utk sihat. Jika nak sihat, cakap. Komunikasi ada secara bersurat, ada secara tersirat - verbal dan non verbal.

Kesihatan adalah tanda, atau cara badan kita (fizikal, mental, emosi, spiritual) bagitahu kita tahap kesihatan kita. Jika kita tidak mampu jaga kesihatan kita, kongsikan dgn org lain.

Teknologi dan kesihatan

Teknologi bantu kita sihat. Tapi ada teknologi yg buat kita tidak sihat.

Teknologi sebaiknya utk mudahkan hidup kita, dan seterusnya bantu kita sihat. Teknologi yg baik bantu kita hidup dgn selesa. Bantu kita kerja dgn efisien dan efektif.

Tapi teknologi adalah alat. Kita perlu tentukan teknologi tidak sebabkan kita tidak sihat.

Kesihatan kita

Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Mungkin dah sakit teruk, kita tidak upaya jaga diri kita, org lain jaga kita.

Sihat bukan hanya fizikal. Sihat juga tentang mental, emosi, spiritual, sosial, kewangan. Kesemuanya saling berkuat. Ada yg boleh kita kawal, ada yg di luar kawalan kita.

Sihat juga berkait masa kita. Ada yg kata masa kita terbahagi kpd 3, masa peribadi, masa keluarga, dan masa kerja. Pandai2lah utamakan supaya kita sihat.