Semasa saya dan adik2 saya kecil, biasanya mak akan guntingkan rambut kami. Ala2 tempurung. Kemudiannya selepas umur tertentu, kami akan ikut ayah ke kedai gunting.
Saya pernah gunting rambut adik2 saya. Utk jimatkan wang. Memang adik2 saya tak suka. Ada yg menangis. Sebab bertakuk2. Paling mudah guna sikat nipiskan rambut. Dan mudah terlebih nipis.
Rezeki saya, setelah ayah tidak sihat, saya guntingkan rambut ayah. Guna mesin rambut bateri boleh dicaj semula. Gunting rambut, cukur janggut, potong misai ayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan