Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 29, 2021

Bangunan berasaskan gudang

Jimat belanja jika gunakan asas gudang/warehouse. Sekrg bnyk gudang diubah utk pusat sukan, pusat jualan borong, tempat makan.

Mungkin boleh dibina masjid, surau, pusat warga emas, ibu tunggal, anak yatim dll guna konsep gudang? Jadikan sebg gedung beramal dan berilmu.

Binaan tanpa membazir. Jika perlu diubahsuai, lebih mudah dan jimat. Bangunan di dunia spt hidup kita, sementara shj.

Ahad, November 28, 2021

Kaki Bangku

Semasa di sekolah rendah sukan hanya semasa hari sukan. Di waktu rehat, beriadah. Semasa pendidikan jasmani, riadah juga.

Di sekolah menengah, waktu petang dipanggil games hour. Waktu latikan utk pasukan sekolah, rumah sukan, riadah utk yg lain - saya.

Saya rasa saya kaki bangku. Tidak pernah wakil sukan utk sekolah. Ramai yg lagi berbakat dan berkebolehan.

Semasa di itm, dpt wakil kursus pengajian dlm catur. Sbb xramai yg minat? Dan semasa bekerja di uitm, dpt lah merasa bermain pelbagai jenis permainan. Utk sukan dan rekreasi. Biasanya utk isi masa, adakala utk kesihatan.

Sebenarnya, kaki bangku penting. Jika tiada satu kaki, atlet yg duduk atau berdiri di atas bangku boleh rebah. Setiap kita adalah penting utk julang nama organisasi kita.

Kediaman

Tempat tinggal. Biasa disebut sbg rumah, mahligai, istana. Biasa disebut - rumahku syurgaku.

Ramai ingin rumah besar di dunia.Luas, bertingkat2, banyak bilik tidur, banyak bilik air, pelbagai perabut mewah.

Org kaya inginkan tempat tinggal besar, seluas dan sejauh mata memandang, di kebun2 hijau, penuh dgn pokok buah-buahan, serta sungai2 mengalir.

Maka sebuah kediaman yg besar dan mewah, tiada bilik, tiada dinding? Tapi di kebun dgn sungai mengalir. Dan rumah di dunia yg besar tapi berdinding bnyk bukan tanda seorg yg kaya?

Sabtu, November 27, 2021

Sihat Tubuh Badan

Ungkapan org2 lama, semoga sihat tubuh badan. Secara fizikal?
Gemuk bukan tanda tak sihat. Kurus bukan tanda sihat.
Utk sihat fizikal, nk cukup oksigen, 3 minit xde, mati. Oksigen perlu cukup darah, dan darah perlu cukup air.
Sakit selepas bersukan/ beriadah, tanda xcukup air/ darah/ oksigen. Pain killer utk lancarkan aliran darah yg bawa oksigen ke bahagian2 tubuh badan yg sakit?

Jumaat, November 26, 2021

Harga dan Orang Tengah

Biasa harga berkait dgn org tengah. Middle man/woman. Org tengah sebahagian drpd kos/ harga barang/perkhidmatan. Minima satu lapis org tengah.

Siapa org tengah? Biasanya medium/perantara diantara pengeluar dan pembeli/pengguna. Contoh penanam sayur (pengeluar), org tengah penjual sayur guna lori (org tengah), tukang masak di rumah (pengguna).

Setiap peringkat dari pengeluar hingga pengguna ada risiko dihadapi. Org tengah biasanya kurangkan risiko kerugian pengeluar. Sebahagian risiko pengeluar dipindahkan kpd org tengah. Pemilik kedai makan juga org tengah. Risiko makanan yg telah dimasak tiada dibeli hingga habis.

Harga jualan utk cover kos dan beri untung kpd penjual, iaitu pengeluar hingga penjual akhir kpd pembeli. Kerajaan ada berusaha utk kurangkan dgn mengambil alih risiko hasil barangan dan perkhidmatan. Tapi banyak lagi boleh dilakukan oleh pelbagai pihak utk pastikan harga mampu beli dan berkualiti.

Sekolah dan kebun

Mungkin senaman bercucuk tanam satu alternatif utk kelas pendidikan jasmani dan kesihatan? Jika tidak, molek juga setiap sekolah ada ruang utk pertanian, ada kebun sayur, reban ayam, kolam ikan. 

Satu cara terapkan ilmu dan minat kpd pertanian. Belajar hargai alam sbg sumber rezeki. Belajar jadi usahawan.

Juga peluang bawa pulang hasil yg fizikal, yg dpt dinikmati segera, dlm tempoh persekolahan.

Rabu, November 24, 2021

Mainan

Adakah pendidikan di negara kita jadi mainan oleh pihak tertentu? Diutamakan keuntungan drpd wang ringgit.

Pemimpin (?) diamanahkan utk makmurkan negara dgn rakyat berpendidikan dgn ilmu yg benar, utk menjadi rakyat beramanah. Tapi ramai yg ambil peluang dgn polisi pendidikan yg menguntungkan pihak tertentu dari segi kewangan.

Lambakan ipts, penubuhan sekolah dan ipt hampir di tempat pihak berkepentingan. Ditubuhkan ipt kononnya bertujuan khas, tapi khas utk siapa? Perlukah? 

Elak hutang dan derita selain kereta, rumah, ditambah dgn hutang pinjaman pendidikan utk  pengajian yg tidak menjamin pekerjaan. Elak mati dgn hutang yg xperlu.

Pendidikan

Penting dlm kehidupan. Penting di dunia dan di akhirat. Pastikan berilmu utk sejahtera di akhirat.

Dlm sebuah cerita tamil, ketua menteri tegur (marah) menteri dan wakil rakyat yg terlibat dlm pendidikan secara swasta. Mereka miliki sekolah dan kolej swasta dgn yuran yg majoriti rakyat tak mampu nak bayar tanpa bergolok bergadai. 

Amanah kerajaan adalah memakmurkan negara dgn rakyat yg berilmu utk beramanah. Perkataan pertama disebut oleh Jibrail kpd Nabi Muhammad s.a.w adalah 'Iqra'. Bacalah, ulanglah, rujuklah, belajarlah, amalkan, dll, utk sejahtera dunia dan akhirat.

Jumaat, November 19, 2021

Panggilan

Biasa panggilan berkait dgn pangkat, gelaran, jawatan, dll. Seorang guru biasa dipanggil cikgu. Seorg pengarah filem akan dipanggil tuan direktor.

Di bidang akademik, cikgu dan profesor tiada masalah utk dipanggil. Tapi bgmn dgn yg lain spt pensyarah. Di luar kampus ada yg panggil cikgu, ada yg panggil prof, ada yg panggil dr.

Ada yg kejar pangkat, gelaran, jawatan, harta, kuasa kerana ingin dipanggil dgn panggilan yg nampak tinggi dikalangan masyarakat. Ada yg sanggup beli atau menipu.

Sesuaikah saya sbg ColBad? ColBud? QolBu? Atau lebih selesa dgn CeBad?


Kerja Ketua

Kemahiran komunikasi sangat penting. Seorg ketua perlu bijak berkomunikasi.

Ketua perlu menegur dan ditegur. Utk kebaikan bersama, organisasi dan warga. Maklumat penting utk komunikasi.

Ada ketua pilih tegur warga negatif dgn harapan mereka akan berubah. Tapi ada yg tak faham atau tak faham bhw pujian hanyalah sebhgian drpd teguran.

Ketua juga perlu bezakan antara warga yg hanya form lebih, tapi substance tiada. Elak beri amanah kpd tong kosong, kuat berbunyi, tapi hasil positif tiada.

Selasa, November 16, 2021

Kerja dan Cuti

Semasa pkp c19, ramai yg bdr - bekerja dari rumah. Ada baik, ada tak baik.

Ramai yg banyak lagi baki cuti tahunan, yg dibawa dari tahun lepas, dan cuti tahunan utk tahun ini. Biasanya cuti tahunan digunakan utk balik bercuti semasa perayaan, bercuti bersama keluarga, urusan persekolahan anak2.

Tapi pkp c19 menghadkan penggunaan cuti. Ada yg baki cuti tahunan pada tahun di'burn' shj sbb lebih tempoh 2 tahun. Mungkin pada tahun ini kurang cuti tahunan yg di'burn' sbb kelonggaran pkp membolehkan penggunaan cuti.

Cuti untuk berehat. Utk bolehkan kita baikpulih diri kita yg haus sbb bekerja. 

Polisi dan Realiti

Polisi, prosedur, dll sptnya adalah panduan utk proses kerja secara terbaik. Polisi pendidikan berkait panduan utk perkongsian pendidikan secara terbaik.

Polisi biasa dibincang dan diluluskan oleh jawatan kuasa termasuk ketua jbtan. Utk jk berkait dgn pendidikan, ramai atau semua ahli yg ada phd, mereka yg punya ilmu terpilih dlm bidang mereka.

Realiti, ramai ketua jbtn di organisasi pendidikan adalah yg ada phd. Tapi tak semua ada pengalaman berkait aplikasi ilmu phd mereka di luar sektor pendidikan. 

Maka banyak polisi menjurus kpd pandangan terhad. Dan ini merugikan kpd pembuat polisi, pelaksana, dan lebih2 lagi yg terkesan akibat polisi spt pelajar, ibubapa, dll.

Pasukan

setiap pasukan biasanya akan ada ketua dan ahli pasukan.

ada pasukan akan mempunyai ketua berbeza mengikut keperluan keadaan.

tetapi biasanya akan ada satu ketua utama, untuk pastikan hala tuju/ matlamat adalah tetap.

dalam psikologi, (sport psychology) dan pengurusan (sport management), terdapat topik berkaitan pasukan dan ketua.

biasanya, seorang ketua akan memilih ahli pasukannya untuk menjadi ketua bawahannya, untuk memudahkan beliau menguruskan organisasi yg beliau ketuai.

ketua kecil yang lama, jika tidak berupaya bekerjasama, menyokong, sehaluan atau membantu ketua semasa, sebaiknya tidak akan terus sebagai ketua kecil.

Isnin, November 15, 2021

CIIR

Atau IIID, iaitu invention, innovation, idea, dan design. Dlm bm, ciptaan, inovasi, ide, dan rekaan.

2021 sy kembali aktif sbg peserta. Setelah terakhir 2014. Utk kongsi iiid yg ada. Ada rezeki, dpt pingat. Ada rezeli diterbitkan dlm terbitan isbn, atau sekrg tren, eisbn (sbb lebih murah?).

Sebenarnya, dlm berkongsi ilmu, sama ada sbg pengajar, atau pelajar, perlu ada iiid atau ciir. Berkongsi ilmu bukan statik. Ianya dinamik.

Maka bgmn masa digunakan tidak mudah utk dilaporkan sbgmn kerja jawatan tertentu. Semasa laporan kerja, saya isi subjektif utk ruang2 tertentu berkait masa.

Alhamdulillah, bos faham tugas kami. Yg penting matlamat tercapai. 5w1h ada yg boleh dinyatakan, ada secara subjektif.

Sabtu, November 13, 2021

Bajet

Rancanglah hingga ke bulan dan ke bintang.

Berasa seronok di awang-awangan, seketika.

Sehingga realiti kewangan.

Jika bajet xdpt tampung apa dirancang, maka kita akan terduduk, malah ada tersungkur, tersembam ke bumi.

Bajet mmg indah. Sbb ianya jangkaan, andaian, impian, angan2. Disediakan biasanya dgn jangkaan terbaik.

Penting libatkan risiko. Sbb biasa apa dirancang xdpt dicapai. Bnyk faktor akan timbul semasa mencapat matlamat.

Alhamdulillah. Peluang utk belajar ttg pengurusan - akaun, bajet, audit, forensik, risiko.

Selasa, November 09, 2021

Nunjok atau Buktikan

Nunjok biasanya negatif. Tapi ada kala utk buktikan pencapaian. 

Dulu2 kalau ada 5c - cash, credit card, condo, car, carat (emas berlian), antara tanda atau bukti berjaya. Maka ramai sanggup berhutang atau menyamar, utk dilihat sbg kaya dan berjaya.

Tapi ramai yg xmampu sebenarnya. Maka setiap kali berlaku kejatuhan ekonomi dunia/ negara, mereka ini akan merana, hilang barangan yg berhutang. Lagi teruk, hilang maruah dan hormat drpd org lain setelah tahu kisah sebenar.

Cukuplah dgn gaya hidup sederhana.

Isnin, November 08, 2021

Kita Susahkah?

'Acu maghi sekejap', ayah panggil saya. 'Nok tanyo ni. Kito ni susoh ko? Ayoh tok kijo.'

saya tanya ayah,' kito boleh makey?'. Jawab ayah, 'boleh'.

'Kita ada pakai baju?'. 'Ado'.

'Kito duduk daley ghumoh?'. 'Duduk'.

'Kito ado keto nok gi jaley?'. 'Ado'.

'Kito susoh ko?'. 'Dok'.

Alhamdulillah.

Ahad, November 07, 2021

Panggilan

Ada panggilan peribadi, ada panggilan profesional. Ada ikut gelaran, ada ikut suka.

Biasanya dibidang pendidikan dipanggil ikut profesion spt cikgu, ustaz, atau prof jika jawatan profesor. Yg ada dato dipanggil dato, yg ada phd dipanggil dr.

Saya tiada pingat dato, kelayakan phd, atau jawatan prof. Pelajar panggil Sir (macam Tun?). Saya bagitau, biasa saya dipanggil Cebad.

Penempatan Gudang

Gudang atau Godown atau Warehouse. Biasanya satu ruang besar, berbumbung dan berdinding. Digunakan utk menyimpan barang/stok utk transit, sementara. Tapi ada juga utk jangka panjang, jadilah sbg stor.

Sekrg bnyk gudang kosong jadi gelanggang futsal, tempat bersukan, ruang bundle, tempat makan. Ada juga utk penempatan sementara mangsa bencana.

Molek, setiap kampung, pekan, bandar ada gudang pelbagai guna. Balai raya atau dewan org ramai mungkin hiasan cantik dan mahal, xsesuai utk kegunaan lasak.

Nunjok

Atau menunjuk2 atau sombong. Seorg pakcik pernah berkata, 'nok nunjok ko sapo?'

Ramai drpd kita kejar nama, jawatan, gelaran, pangkat, harta, keturunan utk kejayaan. Ada yg sanggup laku apa shj.

Memang kita bangga dgn pencapaian kita. Gembira dgn kejayaan kita. Tapi perlukah dikongsi dgn sombong?

Perkhabaran Duka

Hari ini terima perkhabaran duka lagi. Seorang kawan semasa dip perakaunan ITM kembali kpd Maha Pencipta.

Kali terakhir berbual dgn beliau, rasa2nya pada Okt2020. Beliau hubungi saya di pagi Ahad. Berkenaan pelajar kembali ke kampus dan penginapan di luar kampus. 

'Budu, aku bukey maghoh ko mung, tapi tak tahu nok ghoyak ko sapo. Tuwe ghumah loni mitok bayor sewo utk so sem penuh, upfront. Ghama loni bukey seney pitih...'. Lebihkurang perbualan kami yg lebih satu jam, yg turut berkait cerita lama dan baru.

Semoga ruh almarhum Jie dan mereka yg telah kembali dahulu, dikalangan ruh mereka yg dirahmati Allah. 

Perkongsian Kegembiraan

Pernah saya tulis tentang perkara ini.

Ada yg kongsi secara ikhlas. Ada yg kongsi secara tidak ikhlas, utk menunjuk2. Memang berkongsi mestilah menunjuk, bercerita. Tapi jika bedo'oh, mungkin utk sombong, riak, takbur (pekongsi mungkin lebih tahu niatnya).

Banyak perkara gembira dikongsi. Biasanya kegembiraan kerana kejayaan diri, keluarga, kawan, kenalan, atau kegagalan lawan. Jarang dikongsi tentang duka pekongsi.

Maaf jika perkongsian kegembiraan saya membuat anda berduka.

Masa dan Usia

Mungkin sudah ditulis. Mungkin belum. Tanda2 usia kita.

Masa, usia dan ajal/kematian. Apabila berlaku kematian, jika pada yg muda, dikatakan cepatnya. Jika yg teramat tua, lambatnya. Benchmark kita usia Rasulullah s.a w, 63 tahun.

Tuhan telah bagitau, mati tidak cepat, tidak lambat. Dah sampai masa, sampai ajalnya, tak boleh dipercepatkan, dilambatkan.

Ada yg terkejar utk capai matlamat sendiri. Takut xdpt capai sebelum mati. Maka fokus kpd pencapaian matlamat. Ada bagus, ada tak bagus. Bagus jika matlamat sejahtera akhirat.

Worst Case Scenario

Dlm perkongsian ttg pengurusan risiko, saya akan bertanya kpd peserta, 'apa worst case scenario utk organisasi kita?'. Pelbagai jawapan diberikan.

Saya bagitau, pandangan saya, ianya jika kita, organisasi kita tidak diperlukan lagi. Maka mula2 sedikit demi sedikit bajet dipotong. Mereka yg nampak kita sbg golden goose akan paksa kita bagi apa yg mereka nak, tanpa kita sedari atau akui, apa yg diambil melemahkan kita.

Pelbagai cara boleh dilakukan utk lumpuhkan kita, dan seterusnya mematikan kita. Dipaksa kita buat komitmen, pelaburan, berbelanja bukan utk keperuan, kelestarian kita. Ianya cara 'subtle' atau kita tidak sedar matlamat mereka.

Maka amanah semua, berjaga2, elak diulik angan2 di awang-awangan, supaya kita terus kekal diperlukan, bukan dipermainkan.

Sabtu, November 06, 2021

A Perfect Life

Hidup yg sempurna. Ada yg kata, tiada hidup yg sempurna, di dunia. Hanya di akhirat, di syurga hidup yg sempurna.

Ada yg kata, hidup yg sempurna di dunia, jika kita berkahwin dan bahagia dgn pilihan hati yg sentiasa cantik, ada anakcucu, semua berpendidikan tinggi. Keluarga semua bekerjaya berjawatan tinggi, berpangkat besar, ada gelaran pingat.

Juga hidup sempurna jika banyak harta, rumah besar, kereta mewah, pakaian yg ditempah, makanminum berulangkali dlm seminggu di restoran mahal, atau hotel. Dan bercuti setiap tahun di luar negara.

Andaian hidup sempurna di dunia spt digambarkan di tv, di novel. Sempurna di dunia jika dilihat oleh mata org lain?



Makan & Bil

Sedang rancak dibincang tentang harga makanan di sebuah pulau. Dan ada yg kata memang harga makanan di pulau tersebut mahal.

Saya pernah makan di pulau tersebut, tapi bukan di restoran yg diviralkan. Saya juga pernah makan di perhentian, tioman. Harga makanan saya mcm di lembah klang. 

Saya juga biasa makan di tanah tinggi, di pendalaman. Penting bertanya dahulu harga makanan atau tengok menu. Sesuaikan dgn bajet kita. Jika malu merana saku.

Teringat seorg kawan pada 90an, kami makan tengahari di gerai di central market kl. Dia ambil pelbagai laut termasuk ketam. Bil dia rm15. Pada 90an, nasi ayam rm2.50. Memang terkejut kawan tu. Ilmu dan amal berkira penting.

Jumaat, November 05, 2021

Kemahiran Komunikasi

Antara kemahiran yg penting. Bermula dgn mendengar.

Antara bentuk komunikasi - tegur. Dlm bentuk verbal dan bukan verbal. Spt sapa, kecam, kutuk, buli, dera, herdik, tenung, dll.

Sebaiknya tegur secara baik. Maka perlua ada yg kongsi kemahiran berkomunikasi utk elak mesej yg nak disampaikan penghantar berbeza dgn apa yg diterima penerima.

Rabu, November 03, 2021

So U Think U Can Teach Me

Ungkapan penuh, 'so Badrul u think u can teach me'.

Drpd seorg ketua jabatan kpd saya semasa audit. Dan jawapan saya,'no dato, i am here to learn from u'.

Audit bukan bermatlamat nak cari salah org. Ianya utk berkongsi ilmu, utk kebaikan bersama. Spt kata prof rektor sebuah cawangan, ' kita juga perlu org luar utk tunjukkan jika kita ada kelemahan'.

Terima kasih kpd semua yg beri saya kongsi ilmu dgn audit. Tadi bos yg bakal tamat tempoh, bekas pensyarah saya dan kawan2 tanya saya,'u sekrg bnyk topi u pakai, kualiti, risiko, etika'.

Dan semasa saya nak keluar dari lokasi, saya buat kunjungan hormat kpd seorg bos yg beri peluang saya libatkan dlm kualiti di uitm.

Saya xtahu semua. Sila betulkan jika tidak betul.

Tegur

Dinyatakan ada 3 cara tegur utk kebaikan, utk cegah keburukan.

Tegur dgn tangan (fizikal), tegur dgn mulut, tegur dgn doa (hati). Sekrg bnyk tegur dgn tulisan, yg mungkin rangkumi ketiga3 jenis teguran, tangan tulis taip, mulut diwakili dgn tulisan, dan doa semasa menulis/menaip.

Doa dikatakan selemah2 teguran, tapi ada yg kata doa teguran paling kuat. Sekrg teguran dgn menulis/menaip mungkin yg paling lemah, atau yg paling kuat.

Adakala tak tegur atau teguran pasif, diam, boleh jadi paling berkesan.

Selasa, November 02, 2021

5S dan Kenderaan

Antara 5S utk kenderaan adalah Safe, Security, Space, Speed, dan sila pinda ikut Suka.

Saya galakkan guna kenderaan tinggi, utk mudah harungi banjir, masuk lubang di jalan, halang penumpang dari mudah dilihat, selain mudah parking atas kerb.

S boleh juga selamat, selesa, senang parking, dll. Yg penting juga, sesuaikan dgn kemampuan poket kita.

Buli

Ada semasa bersekolah

Ada semasa bekerja

Ada dlm pelbagai 'hubungan', tapi bukan hubungan antara kawan, bukan antara keluarga, jika faham makna buli, kawan, keluarga.

Pembuli seorg penakut, utk tutup kelemahan dia, dia akan bertindak kasar, bercakap besar, berpura2 org 'besar' dan penting. 

Pembuli akan cuba dptkan dan gunakan jawatan, gelaran, pangkat, harta, suara, keturunan utk tutup kelemahannya.

Kisah 'porsche' mungkin ttg cubaan membuli xjadi.