Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 31, 2010

Tahniah Mejar Rani

tahniah diucapkan kpd mejar Rani yg telah dipilih sebagai exco FAM pada petang tadi. dlm carta organisasi FAM, exco adalah pada tahap 4 selepas presiden, timbalan presiden dan naib presiden. tahniah juga kpd datuk abdullah hishan yg dilantik sbg seorang naib presiden.

mejar rani adalah alumni fsr uitm. saya berpeluang berkongsi ilmu dgn beliau dlm perakaunan. mungkin juga dgn ilmu keusahawanan. ianya pada tahun2 awal saya bersama fsr. beliau antara beberapa pegawai tentera yg melanjutkan pelajaran di fsr.

saya doakan semoga mejar rani akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sbg seorang yg mempunyai 'pemberat' dlm menentukan halatuju bolasepak malaysia dgn penuh amanah. insyaallah, beliau akan dijemput ke fsr utk memantau perkembangan uitm sbg pusat kecemerlangan sukan utk bolasepak.

Bajet - Kereta

ada orang melihat mempunyai kereta sbg tanda berjaya. dan jenis kereta dimiliki tanda tahap kekayaan kita. ada betul, ada tak.

kerajaan benarkan pegawai kerajaan mengambil pinjaman kereta maksima 30% drpd gaji bulanan. maka jika gaji rm2,000, bayaran bulanan maksima dibenarkan adalah rm600. jumlah tahun utk dibayar balik pinjaman tidak diambil kira.

bagi saya, harga kereta yg mampu dibeli adalah bersamaan 10 bulan gaji. maka jikagaji rm2ribu,kereta yg boleh dibeli harga hanyalah rm20ribu. tiada kereta baru harganya sedemikian. alhamdulillah, harga kereta saya semasa saya beli (2nd hand) adalah hampir 10bulan gaji saya. setiap bulan bayar balik pinjaman hampir rm700. insyaallah, tahun 2011, selesai hutang saya utk kereta.

kos kereta sebulan bukan hanya bayaranbalik pinjaman. kos minyak, tol, parking dsbnya seperti selenggara/maintenance. tadi saya tukar tayar kereta saya. beza harga dgn kali terkhir tukar rm50 sebiji. jadi sebenarnya kos sebulan memiliki sebuah kereta lebih drpd 30% gaji seseorang (umumnya).

Jumaat, Julai 30, 2010

Bolasepak dan futsal

beberapa hari yg lalu prof kamil menulis tentang bola. beberapa minggu yg lepas seorang senior saya komen tentang mutu bolasepak malaysia dan dibandingkan dgn pemain2 pasukan bolasepak sekolah pada tahun 1982.

seorang kawan turut koen tentang mereka yg tersenarai pada pasukan 1982. saya maklumkan bhw ayah saya pada tahun pertama beliau di sekolah di kuala kangsar, beliau telah mewakili pasukan utama sekolah dan bejaya memenangi 'colors'. ianya bukan sesuatu yg mudah utk dicapai seseorang.

kawan saya komen,'patutlah saya dan adik2 saya tere berfutsal. mungkin adik2 saya.bg saya, saya hanya berupaya bermain secara suka2 shj.saya selalunya lebih dipilih sbg pengadil. kalau waktu sekolah dahulu, saya lebih kpd pengurus pasukan,pengurus minuman, dan pengurus garisan.

esok akan ada pertandingan futsal utk alumni sekolah menengah saya. kalau sempat, saya p jengok. saya sebelum inilebih sebagai 'killer sub'. perasan dan syok sendiri. apabila keadaan mendesak (tiada pemain lain yg cukup tenaga), maka saya akan dimasukkan. walau pun seminit bermain, ianya sudah memuaskan bg saya. seronok.

Kepuasan Bekerja

Saya buat penyelidikan berkaitan kepuasan kerja utk sarjana kaunseling saya. tetapi sekarang saya lebih minat kpd penyelidikan berkaitan burnout atau 'habis sumbu'.

tadi saya sempat berbincang dgn kawan seperjuangan di fsr. kami mula berkawan sejak 2001. beliau telah mendapat phd dan akan konvo pada bulan nov 2010. kami berbincang tentang pengiktirafan terhadap usaha yg diberi kpd organisasi. kami berbincang tentang ganjaran utk usaha kpd fakulti kami berbincang tentang kepimpinan.

untuk maju ke hadapan dan diiktiraf kemajuan kita, pemimpin organisasi mesti berani membuat keputusan yg tepat. jangan tunduk dan takut kpd sebilangan kecil yg hanya berminat utk mengaut kekayaan duit sebanyak yg boleh tanpa memperdulikan kesan kpd pelajar dan pensyarah yg sentiasa berusaha secara amanah utk kebaikan organisasi.

Bengkel Peperiksaan Jul 2010

29-31 Jula 2010 adalah bengkel peperiksaan fsr. kesemua (?) pensyarah fsr terlibat. ianya adalah program tetap bagi setiap semester.

peperiksaan adalah satu bentuk penilaian terhadap pelajar utk mengetahui tahap kefahaman mereka dlm kursus yg didaftar pd setiap semester. susah pelajar menjawab soalan, susah juga pensyarah menyediakan soalan.

bukan mudah nak sediakan soalan. bukan boleh ikut suka aje. pensyarah mesti mengambil kira pelbagai faktor. antaranya soalan mesti boleh dijawab kesemuanya oleh majoriti dalam tempoh ditetapkan. kalau soalan senang sangat(?) atau susah sangat, kemungkinan ramai pelajar keluar awal.

setiap soalan ada penyemak kedua. cantik jika penyedia dan penyemak kedua dlm bidang soalan yg disediakan. yg tak cantik apabila seorang drpd keduanya tiada ilmu utk menilai soalan disediakan. bukan senang nak tentukan penyedia dan penyemak kedua.

Khamis, Julai 29, 2010

Desaru Jul 2010

saya ke desaru 3hari 2malam. bertugas. menilai kolej bersekutu yg tawarkan program uitm. dan ini adalah kali kedua saya ke kolej tersebut serta desaru.

pada kali pertama saya pergi semasa cuti pertengahan sem lepas.yg tak bestnya, setelah sampai di hotel, saya sakit kepala drpd jam 6ptg sehingga 4pagi. dehydration yg teruk. perjalanan semasa cuaca panas dan aircond yg kuat.maka tahap dehydration amat cepat.

alhamdulillah, kali ini, saya tiada sakit kepala. cuaca yg tidak panas terik semasa perjalanan. saya juga halakan aircond ke arah yg tidak menghadap saya secara direct. dan mungkin kerana kereta pun selesa, nissan serena baru (belum 1 tahun) uitm.

saya seronok melihat pensyarah utk sr113 amat bersemangat menjalankan amanah di instedt.terutama lepasan fsr. ketua program adalah ustaz, jurukayuh kayak saya semasa final camp di perhentian beberapa tahun dahulu. pelajar program usahasama uitm juga amat bersemangat mengikuti om114 dan sr113. semasa temuduga,ada yg fasih berbahasa inggeris. dan bekeyakinan bersoal jawab. tahniah.

pengurusan instedt amat perihatin dgn kualiti pengajaran dan pembelajaran. kepimpinan yg di terajui oleh dr mat jizat mahukan pensyarah dan pelajar berkualiti dan beramanah. syabas dr mat jizat. saya doakan hasrat dr tercapai mendidik dan memimpin anak bangsa demi agama.

Isnin, Julai 26, 2010

Pelajar SRW untuk Dis 2010

petang tadi saya berjumpa dgn 4pelajar yg bercadang menjadikan saya sbg penyelia mereka utk srw655 pada semester hadapan. minggu lepas sepatutnya 3pelajar sr221 datang berjumpa saya, tetapi kemudiannya memberitahu niat asal ditukar. pada awal minggu lepas seorang pelajar jumpa saya utk diseliakan oleh saya.

jika dikira setakat ini, minima pelajar utk saya selia pd semester hadapan bagi srw bacelor adalah 5org. semester ini saya hanya mempunyai 1orang pelajar shj. yg lainnya samada ditukar kpd penyelia lain atau tidak datang jumpa saya. sudah lama saya tidak mempunyai hanya 1orang shj utk saya selia bg srw.

sebagaimana perjumpaan pertama saya dgn setiap pelajar yg ingin menjadikan saya sbg penyelia mereka utk srw, saya akan senaraikan cara saya bekerja. saya akan bgtau niat dan harapan saya terhadap mereka. saya inginkan mereka tamat pengajian dgn keputusan yg cemerlang. srw memberi peluang utk saya menambahbaik diri saya dlm tajuk2 yg akan saya selia. jika pelajar gagal utk srw, adakah penyelia juga gagal?

SAF 2010

tadi saya pergi ambil baju saf 2010 fsr. bukan baju pengurus. alhamdulillah, kali ini dapat baju sebelum pertandingan pasukan dibawah jagaan bermain. insyaallah dpt dipakai semasa permainan nanti.

tahun ini warna cantik. hitam dgn jalur kuning dan putih. warna bendera perak. ada juga ciri2 warna peers. maka saya boleh pakai juga semasa aktiviti peers. cuma perlu 'cover'sedikit dgn jaket peers.

saya bgtau pasukan bola baling lelaki dan perempuan fsr 'harapan tidak tinggi, cukuplah maintain keputusan tahun lepas'. alhamdulillah, tahun lepas fsr juara kedua2 kategori. saya tak sempat tengok perlawanan akhir. penat sebab dah pergi ke padang drpd jam 11pagi hingga 3petang.

insyaallah, tahun ini no1 ya. tahun lepas, majoriti drpd pemain adalah drpd kumpulan pelajar yg mengambil sps233 dgn saya pada semester tersebut. tahun ni saya tak tahu. pengurus (pelajar) yg uruskan. saya? saya harap wakil pelajar dpt datang jumpa saya utk ambil 'ongkos' utk beli air mineral bergas.

Jika benar

ramai suka bercerita. ada cerita benar. ada cerita tidak benar. dgn ilmu kita harapkan kita dapat menapis dan memastikan cerita yg benar.

cerita ada yg baru. ada cerita lama. ada cerita yg dirahsiakan. kemudiannya diceritakan setelah lama terbuku didlm hati. ada sebab knp sesuatu rahsia didedahkan. jika utk kebaikan ramai, adakah rahsia elok diceritakan?

ada yg bercerita kononnya ada yg menyediakan ujian utk kursus yg tidak diajar. bagus krn menunjukkan motivasi utk belajar. tak bagus jika niat utk mendapat duit. bawa ujian dan beri (paksa) ujian diambil supaya dpt bayaran. duit drpd hasil ujian yg tidak sah adalah duit drpd rasuahkah?

macam2 cerita. tentang makhluk Allah yg sama. ajar yg tak sepatutnya ajar. tulis utk yg tidak sepatutnya ditulis dan diupah. tuntut bayaran utk khidmat yg tak dilakukan. sampai bilakah perkara macam ini akan berterusan. siapakah yg bertanggungjawab utk pastikan tindakan diambil..jika benar?

Ahad, Julai 25, 2010

Peperiksaan

peperiksaan adalah penilaian merangkumi kesemua atau hampir kesemua topik dlm silibus yg dipelajari pelajar. berbeza dgn ujian dimana pelajar selalunya dinilai pengetahuan utk beberapa topik shj. dan markah utk peperiksaan mestilah lebih drpd markah ujian.

setiap semester pensyarah terpilih diberi amanah utk menyediakan soalan peperiksaan. bilangan set soalan dan bilangan kursus bergantung kpd kursus yg diajar pensyarah dan set yg berbaki dlm bank soalan. ada yg mungkin tidak terlibat dlm penyediaan soalan peperiksaan. mungkin dirancang atau sebaliknya.

tugas menyediakan soalan peperiksaan, mengawas peperiksaan dan menyemak jawapan peperiksaan adalah antara tugas hakiki seorang pensyarah. maka jika ada pensyarah yg tidak melakukan satu drpd 3 yg dinyatakan tadi, sepatutnya markah penilaian prestasi seorang pensyarah eloklah lebih rndah drpd yg melakukan ketiga2 tugas tadi.

bukan mudah utk menyediakan soalan peperiksaan. faktor tahap ujian dan masa menjawab perlulah diambilkira. perlu dielak pelajar keluar dlm tempoh 1jam walaupun masa peperiksaan adalah 3jam. jika perkara sebegini berlaku, adakah ianya bermakna pelajar amat bijak, atau pensyarah pandai mengajar atau apa maknanya?

Jamuan Makan Bulanan

Tadi p jamuan makan bulanan d kawasan rumah saya. walau pun cadangan asal tiap2 bulan secara bergilir2 bertukar tuan rumah, tetapi adakalanya terpaksa ditunda spt pada bulan puasa. jamuan makan bulanan memberi peluang berjumpa jiran2 utk bertanya khabar. saya sebenarnya selalu jarang dpt hadir. kebiasaannya saya ada kerja spt luar stesen.

d pejabat elok juga jika ada jamuan bulanan. ttp lebih makanan yg dikongsi2. tuan rumah tiada. rumah/pejabat aje yg sama. ianya memberi peluang 'melepaskan rambut' diantara bos dan bukan bos. elok utk kurangkan stres. juga utk berkongsi rezeki.

dahulunya keluarga saya buat jamuan makanan bulanan bergilir tuan rumah. skrg jika ada jamuan di sebuah rumah shj. rumah makcik saya dimana nenek saya berada skrg. oleh krn nenek saya masih belum sembuh drpd 'strok', maka kami akan berkumpul di rumah yg sama aje. memang penat tuan rumah. insyaallah balasan positif krn menjaga ibu sendiri di akhirat.

ICT - Canggih

ICT saya maksudkan kali ini adalah teknologi komunikasi maklumat. saya masih hairan bagaimana maklumat dpt disampaikan dgn sekelip mata sahaja.

tadi saya dan bonda saya bauru berbual dgn adik di luar negara. kalau cara dahulu2, kita tulis surat. kemudiannya kita telefon. kemudiannya kita emel. lepas tu terbaru kita chat melalui internet. sekarang kita berbual spt berada di hadapan aje menggunakan 'skype'. dan yg bestnya ianya percuma.

mula2 guna skype, ayah dan ibu terkejut mendengar suara anak yg jauh di perantauan seolah2 berada di dalam rumah. ayah terbangun drpd tidurnya. dgn skype tak boleh sorok2. kita nampak dan mereka di sana pun nampak. terubat kerinduan bg yg berada jauh d perantauan.

dulu2 kita berasa hairan bgmana boleh kita diperhatikan drpd jauh. bgmana utk memerhatikan ramai pd satu masa yg sama. bgamana maklumat disampaikan ikut 'realtime'. skrg dgn teknologi terkini (yg akan sentiasa meningkat ke lebih canggih)kita kagum dan percaya bhw maklumat yg berada di mana2 akan mudah dikongsi.

maka janganlah kita berasa hairan jika anggota badan kita menjadi saksi di akhirat nanti.janganlah kita berkata bhw apa yg kita lakukan tiada yg akan tahu. Allah Maha Mengetahui. di akhirat nanti, segalanya akan dipertontonkan sebagai bukti.

Sabtu, Julai 24, 2010

Kaya ...Tanpa Usaha

Ramai yg ingin kaya tanpa perlu berusaha atau tidak perlu usaha yg banyak. maka menggunakan impian (mimpi? angan2?) ini ramai mereka yg tidak fikir tentang dosa cuba mengambil peluang utk mengkayakan diri mereka sendiri. dan yg jadi mangsa adalah mereka yg kurang ilmu tentang menjadi kaya.

saya bukan pakar utk jadi kaya. jika diukur drpd kekayaan duit, jumlah duit saya tidak memenuhi definisi seorang yg kaya. jika diukur kaya dgn harta spt rumah, saya tiada rumah sendiri. jika diukur kekayaan dgn bilangan kereta, ya saya ada kereta lebih drpd 1 ttp nilai keseluruhan kereta saya tidak sampai rm40ribu. maka saya tidak boleh dijadikan model utk menjadi kaya drpd segi material.

saya suka membaca. mungkin saya kaya dgn bilangan buku yg saya miliki. diantara buku2 yg saya ada dan baca ada bercerita tentang kekayaan. antara buku utama bercerita tentang kekayaan adalah al-quran. untuk kaya dinyatakan dlm al-quran dan buku2 bacaan lain bhw perlu kpd usaha. dan usaha tersebut janganlah menyusahkan orang lain ataupun persekitaran kita.

untuk kaya ilmu, antaranya kita mesti membaca. utk membaca kita mesti ada buku. kekayaan melalui ilmu antaranya di ukur dgn kelayakan akademik kita. dan sbg pelajar, kekayaan ilmu diukur dgn penilaian spt ujian dan peperiksaan.

UiTM di Hati Ku

ramai ingin menjadi warga uitm. ada ingin jadi staf uitm. ada ingin jadi pelajar uitm. ada ingin jadi saudara kpd warga uitm.

proses bermula dgn permohonan. jika perlu akan ada temuduga. jika berjaya akan ditawarkan tempat di uitm sbg staf atau pelajar. jika tak berjaya, akan ada yg merayu. ada juga yg berjaya akan merayu krn ingin bertukar tempat keberadaan di uitm. bg pelajar pula akan ada yg merayu utk tukar program. jawab bos no1, sila buat permohonan baru.

ada yg berjaya jadi warga uitm tetapi tidak berperanan sbg warga uitm. jadi pekerja ttp tak bekerja. jadi pelajar ttp tak belajar. mereka ini tidak bertanggungjawab. kos semasa mereka berada di uitm perlu dibayar balik oleh mereka dgn menjalankan peranan dgn penuh amanah.

janganlah hanya uitm di hatiku shj. tunjukkanlah dgn menjalankan peranan sbg pelajar atau staf yg telah kita akujanjikan akan melakukan dgn sepenuh jiwa dan amanah.

Buku dan Ilmu

Bacalah... dengan nama Tuhanmu.

Ada pelbagai cara untuk membaca. ada dgn mengikut guru membaca. kita ulang apa yg dikatakan oleh guru kita. guru akan membetulkan bacaan kita. dan kita akan diminta mengulang semula bacaan kita mengikut apa yg dibetulkan guru.

sekarang bacaan adalah dgn membaca buku. ini kerana guru tidak boleh sentiasa berada dgn kita. maka kita baca buku, kemudiannya semasa kuliah kita bertanya kpd guru utk memastikan bhw bacaan kita memberi pemahaman yg tepat. guru akan membetulkan pemahaman yg silap drpd bacaan kita.

maka setiap pelajar saya dimestikan mempunyai buku. kalau tidak ada buku, bgmana nak membaca. bgmana nak mendapat ilmu. bgmana nak berbincang dgn saya utk mengetahui ilmu sudah diperolehi adalah betul. sebagai 'guru', saya pun perlu emmbaca. saya pun perlu berguru dgn orang lain.

saya tidak boleh mengatakan ilmu saya betul jika saya tidak pernah berguru ilmu tersebut. ianya akan menjadi ajaran sesat. jika ajaran sesat dipelajari akan menyebabkan pegembangan ajaran sesat melalui pelajar kita. siapa yg bertanggungjawab? guru ajaran sesat? atau siapa???

Jumaat, Julai 23, 2010

Majlis dan Mesyuarat

petang tadi saya ada dua majlis yg perlu saya hadiri serentak. saya tidak hadir ke majlis meraikan mantan bos. saya hadir ke mesyuarat alk. ini kerana mesyuarat alk ini adalah kali pertama saya sbg alk.

mesyuarat alk bermula jam 3ptg. majlis meraikan mantan bos mula 3.30ptg. saya andaikan saya sempat hadir ke majlis utk mantan bos saya kerana saya dimaklumkan majlis akan tamat pada 6ptg. saya jangka mesyuarat tamat jam 5ptg. kita merancang, Allah menentukan.

oleh kerana mesyuarat alk adalah mesyuarat pertama selepas agm, maka banyak perkara dibincangkan. antara agenda utama adalah bagaimana untuk meningkat keuntungan koperasi. kalau dulu dpt bagi dividen 10% setahun, maka kami akan cuba sekurang2nya utk kekalkan dividen kpd ahli sebanyak 10% setahun. jika dividen 10% dikekalkan, maka jika dividen tidak dikeluarkan dan terus dilabur ke dalam akaun, insyaallah pelaburan (eg.rm500) boleh bertambah sebanyak 100% (kpd rm1000) dlm tempoh 7.2tahun.

mesyuarat tamat pada jam 5.35ptg. saya bergegas ke hotel uitm dan tiba pd 5.45ptg. tiada rezeki saya. majlis telah tamat pada 5.15ptg kerana ramai drpd jemputan telah balik pada jam 5ptg kerana urusan keluarga.

Kecemerlangan Diri (2)

Majlis kedua berlangsung selepas isyak. pada asalnya cadangan diadakan walau hanya ada 2 orang shj. 2 drpd 120++ adalah lebih baik drpd 0 drpd 120++. Tetapi cadangan telah dihebahkan di dalam internet.

Maka seorang demi seorang drpd kami menyatakan kesanggupan utk turut hadir. Selain drpd majlis tahlil adalah juga utk mengutip sumbangan RM kpd keluarga arwah sahabat yg baru meninggal dunia. Mereka yg tidak dpt hadir ke majlis semalam menyatakan kesediaan utk menyumbang RM melalui wakil ataupun terus ke dlm akaun keluarga atau wakil keluarga arwah.

saya pada asalnya tidak pasti dpt hadir ke majlis semalam. ianya di setiawangsa. pada hari minggu perjalanan mengambil masa 45minit (kelajuan saya). selepas waktu pejabat saya anggarkan kemungkinan besar saya akan lambat sampai ke majlis. tetapi seorang sahabat mengajak saya pergi bersamanya. beliau mengambil saya di rumah saya. terima kasih.

walau bagaimana pun, perjalanan kami drpd sebelum tol subang ke tol jalan duta mengambil masa lebih 1jam. akibat kesesakan trafik yg ingin pulang ke rumah selepas waktu pejabat. alhamdulillah, kami sampai di rumah sahabat sebelum isyak setelah singgah solat maghrib di masjid setiawangsa.

seramai 11 orang sahabat2 yg hadir. tetapi semasa membaca yasin saya mengira ada 12 orang tidak termasuk anak seorang sahabat. adakah mata saya telah rabun atau kiraan saya silap? lebih drpd sekali saya buat kiraan yg menunjukkan jumlah yg membaca yasin adalah 13 orang termasuk saya. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

kami hadir kerana mengingati sahabat2 yg telah tiada. kehadiran kami bersama2 selalunya akan bercerita memori bersama2 yg bermula 30 tahun yg lalu. terima kasih kpd sahabat2 yg telah tiada dan yg masih bersama. Hanya Allah Jua Yang dapat membalas seadil2nya kpd para sahabat. reputasi memori bermula 30tahun yg lalu insyaallah akan sentiasa segar dlm ingatan saya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahman dan rahimNya kpd roh arwah2 sahabat saya dan roh arwah2 ahli keluarga dan saudara yang telah kembali kpdNya.

Kecemerlangan Diri

Saya hadir ke dua majlis semalam yg mengingatkan dan merapatkan persahabatan. Majlis pertama adalah makan tengahari bersama seorang sahabat (jika saya dibenarkan juga seorang guru) yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau bersama saya dan organisasi saya. Majlis kedua adalah tahlil arwah khusus untuk seorang sahabat yg telah kembali kpdNya (dlm catitan blog terdahulu) dan 4 lagi sahabat yg telah terlebih dahulu kembali kepadaNya.

Pada majlis pertama, cadangan asal hanyalah saya dan sahabat yang akan pergi. tetapi setelah difikirkan, saya maklumkan kpd sahabat2 lain. seorang bersetuju hadir dua hari terdahulu, dan seorang lagi sudi hadir dimaklumkan sehari sebelum majlis. Semasa kami sedang makan, seorang sahabat memohon izin utk turut hadir. kemudiannya 2lagi sahabat minta utk turut sama hadir. walaupun mungkin tidak ditunjuk oleh sahabat yg diraikan, tetapi kami semuanya hadir krn mengiktirafkan sumbangan positif beliau kpd organisasi dan kpd kami. Biarlah ada yg mengeji dan memburuk2kan beliau, kebenaran tetap kebenaran.

Terima kasih kpd sahabat yg merupakan pakar dlm psikologi (kalau ada yg tak ikttirafkan, itu hak masing2) yg mempunyai kelayakan akademik dlm undang2 dan phd dlm psikologi. keseronokan bekerja bukan shj bergantung kpd gaji diterima dan status serta pangkat, tetapi yg utama adalah persekitaran kerja spt mempunyai sahabat2 yg mengenali dan memahami kita serta mengiktirafkan kehadiran kita.

We hope that we will meet again Dr. A friend in need is a friend in deed. A friend does good deeds for both friends. A talam dua muka (physically it doesn't exist) may also be a lalang. Our integrity is forever remembered and the benchmark for our reputation and respect by others.

Projek Taman Negara UiTM (2)

Projek Penyelidikan Taman Negara UiTM (2006) telah ditukarkan kepada Pengurusan Penyelidikan Taman Negara UiTM pada 2008. Di antara pengetahuan dan kepakaran yang dapat dikongsi bersama masyarakat bumiputera Kuala Tahan adalah:
i. aktiviti sukan dan rekreasi air,
ii. aktiviti sukan dan rekreasi darat
iii. pengurusan fasiliti taman dan pusat pelancongan
iv. pengurusan makanan
v. penyelidikan herba dan tumbuhan tempatan
vi. pengurusan kesihatan persekitaran dan kualiti kehidupan
vii. meningkatkan kesedaran akademik
viii. mencungkil bakat sukan masyarakat tempatan
ix. khidmat nasihat kesihatan dan kecergasan
x. khidmat nasihat dan pembangunan keusahawanan

Pada 2008, SIFE UiTM mula mengadakan aktiviti sebagai sebahagian daripada keperluan untuk pertandingan SIFE. Pada 13 Julai 2010 di PWTC, SIFE UiTM Berjaya menjadi juara SIFE Malaysia dan akan mewakili SIFE Malaysia ke SIFE 2010 World Cup di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 10 Oktober 2010. Projek SIFE UiTM di Kuala Tahan, kampung yang menjadi pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang melibatkan kerjasama dengan JKKK Kuala Tahan. Objektif utama SIFE UiTM di Kuala Tahan adalah untuk meningkatkan tahap ekonomi masyarakat (SES) melalui peningkatan penduduk Kuala Tahan dalam aktiviti keusahawanan. SIFE UiTM menyumbang melalui pendedahan dan perkongsian ilmu daripada UiTM kepada penduduk Kuala Tahan. Sehingga kini, projek SIFE UiTM di Kuala Tahan melibatkan aktiviti penginapan, kebudayaan, pusat penerangan pelancong dan aktiviti melibatkan ikan kelah.

Taman Negara secara keseluruhan dan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang mempunyai potensi yang luas untuk UiTM menjalankan jaringan industri dan masyarakat. Ini selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) UiTM yang sentiasa ingin mengubah destini anak bangsa bukan sahaja terhad melalui perkongsian ilmu di bilik-bilik kuliah di UiTM. Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Taman Negara sehingga 2010 dianggotai oleh TNC R&I (pengerusi), TNC JIM (timb.pengerusi) dekan2 beberapa buah fakulti dan beberapa pensyarah spt PM Dr Mohd Nazip (Pokok), Mohd Salleh Daim (Park Management).

Projek UiTM di Taman Negara (1)

Projek rasmi UiTM di Taman Negara bermula dengan lawatan ke Taman Negara, Pahang oleh pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM pada bulan Februari 2006. Selain daripada pelajar FSR, turut serta adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof.DrRahmat Mohamad, Dekan FSR Prof.Madya Dr Anuar Suun dan Pensyarah FSR, Encik Badrul Hisham bin Hussein. Hasil daripada lawatan tersebut, lahir sebuah cadangan untuk UiTM melibatkan secara rasmi dan lebih bercorak tetap di Taman Negara, Pahang. Aktiviti utama untuk kehadiran UiTM di Taman Negara, Pahang adalah aktiviti penyelidikan.

Lawatan rasmi untuk mendapat pandangan wakil lembaga pengarah universiti (LPU) telah diketuai oleh Pengerusi LPU, Tan Sri Dr Wan Zahid pada Mei 2006. Turut serta dalam lawatan tinjauan ini adalah dekan-dekan beberapa buah fakulti termasuk Prof.Dr Mohamad Kamal Hj Harun, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) UiTM dan Prof Dr Rahmat Mohamad. Hasil daripada lawatan tinjauan ini UiTM bersetuju mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah Perhilitan, Dato’ Musa Nordin.

Hasil mesyuarat pengenalan UiTM dan Ketua Pengarah Perhilitan berkenaan peluang UiTM di Taman Negara adalah mesyuarat lanjut diantara wakil UiTM yang diketuai oleh Prof Dr Rahmat Mohamad bersama pengurusan atasan Perhilitan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perhilitan. Hasil daripada beberapa mesyuarat dan perjumpaan berkaitan dayauntung penglibatan UiTM di Taman Negara Pahang adalah persetujuan pada 2007 diantara UiTM dan Perhilitan untuk UiTM menubuhkan Pusat Penyelidikan UiTM-Perhilitan (sekarang dikenali sebagai Kuala Keniam Research Centre - KKRC). Keniam Model: A Strategy for Enhancing R&D Programmes telah dipertandingkan pada IID 2009 dan MTE 2009 untuk memperkenalkan kejayaan KKRC.

Rabu, Julai 21, 2010

Perancangan dan Pelaksanaan

Mesyuarat selalunya akan berlangsung utk tempoh yg lama. agak2 apalah kata dasar mesyuarat? surat? syarat? tetapi kalau di organisasi kerajaan dan separa kerajaan, yg pasti akan sentiasa ada hidangan. di awal, semasa atau selepas. kadang2 ketiga2nya. mungkin kata dasar adalah berat?

hari ini drpd 11.30pagi sehingga 3.30ptg saya bermesyuarat dgn bos2. sebelum itu saya bermesyuarat dgn staf saya drpd 9.30pagi hingga ke 11.00pagi. jadi saya brmesyuarat selama hampir 5.30jam pd hari ini. alhamdulillah, mesyuarat saya dgn pelajar saya ditunda.jika berlaku spt dirancang, maka mungkin saya akan ada sekurang2nya 1jam mesyuarat tambahan.

mesyuarat utk membuat keputusan. semasa mesyuarat akan ada perancangan dan pelaksanaan (melalui keputusan). jika kita jarang bermesyuarat, maka mesyuarat akan menjadi lama kerana banyak isu utk dibincang. saya cuba adakan mesyuarat dgn staf saya sekurang2nya sekali seminggu. tetapi jika perlu, pada tiap2 hari. jika terdesak, lebih drpd sekali sehari. perancangan yg baik akan memberi banyak manafaat. antaranya, kurang atau tiada pembetulan utk kesilapan.

Lagu HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Hitam Putih Kehidupan

ini merupakan sebuah lagi yg saya minati. penyanyinya adalah sheila majid. lagu ini tak silap saya mula dinyanyikan sheila majid pada tahun 80an(?). semasa saya belajar di itm.

senikata lagu ini mempunyai makna yg mendalam. saya paparkan senikata lagu ini di bilik saya semasa di itm. saya juga ada senikata lagu ini dijadikan transparency utk ditunjukkan kpd pelajar kokurikulum kaunselor rakan sebaya. sekarang dgn adanya internet dan youtube, saya masukkan ke dalam senarai link saya.

antara lirik yg bermakna kpd saya utk dihayati oleh pendengar adalah,'..hitam putih kehidupan,sendiri yg menentukan, hidup ini usah dipersiakan..'. saya pernah menulis tentang lagu ini dahulu. ianya sebagai peringatan kpd diri saya dn mereka yg rapat dgn saya. pesan saya,'apabila kita menghadapi masalah, janganlah cepat kita putus asa, janganlah pula kita melakukan sesuatu yg akan membuat kita menyesal kemudiannya.'

jika menghadapi masalah.jika kita tersilap melakukan perbuatan yg salah. ingatlah kpd Allah. ingatlah kpd Rasulullah s.a.w. ingatlah kpd kedua ibubapa kita. berdoalah kpd Allah. solat.

Kehidupan dan Kematian

Kehidupan pasti berakhir dgn kematian. Hanya Allah sahaja Yang Maha Abadi dan Maha Kekal. kita sebagai makhluknya pasti akan mati. orang paling kaya, paling berkuasa, paling ramai anak, dsbnya pasti akan mati.

dalam masa dua minggu ini saya menerima perkhabaran kematian ahli keluarga dan kenalan. mereka yang pergi kembali kpdNya dlm pelbagai peringkat usia. ada yg muda, ada yg tua. ada yg sakit dahulu, ada yg tanpa sebarang tanda. maka kita tahu bhw syarat utk kembali kpdNya tiada yg pasti kecuali setiap yg bernyawa pasti akan mati kecuali Allah.

kehidupan di dunia sbg persiapan di akhirat, nikmat adalah utk disyukuri. kesakitan sbg peringatan. maka janganlah sebab kita berpangkat, berbadan besar, lebih tua, lebih kaya, maka kita sangka kematian lebih jauh drpd yg bukan spt kita. dan kealpaan ini membuat kita angkuh dan menyakitkan orang lain. segala nikmat adalah amanah kpd kita utk memperbaiki diri dan mereka disekeliling sbg bersedia sebelum mati.

Semangat Yang Tinggi



Mereka ini adalah pelajar ePJJ SR113 yg mengambil SPS233 dgn saya pada sem ini. kesemua drpd mereka samada sedang bekerja atau pernah bekerja.

Mereka drpd latarbelakang berbeza spt umur, kekeluargaan dan tempat bekerja (kecuali 2 orang drpd organisasi yg sama). Tetapi cita2 dan harapan adalah sama, iaitu utk memperolehi diploma drpd uitm. jika dahulu selepas spm mereka tidak berpeluang mengikuti pengajian di uitm, sekarang melalui InED, Gerbang Ke Peluang, mereka dpt melanjutkan pengajian di peringkat diploma. doa saya mereka dapat teruskan ke peringkat yg lebih tinggi.

diploma yg bakal dipegang bukanlah memaksa kita untuk msti bekerjaya dlm bidang yg sama. pengajian di ipt adalh utk meningkatkan ilmu seseorang supaya dpt lebih menyumbang kpd peningkatan diri dan masyarakat.

Selasa, Julai 20, 2010

Terima Kasih Tan Sri Datuk Dr K

Prof madya dr k telah lama menyumbang kpd uitm. sudah berbelas2 tahun. bermula di sek 17 dan seterusnya di fsr. beliau berkongsi ilmu undang2 dan psikologi di fsr. selain drpd itu, beliau banyak melakukan penyelidikan. saya terkilan tidak sempat belajar melakukan penyelidikan bersamanya.

walau pun kita produktif, akan ada yg menyatakan kita tidak produktif. walau pun kita bersedia memasukkan nama seseorang utk membantu seseorang mendapat nama di bidang kita, jasa kita akan dilupakan. melayu mudah lupa. dan kita akan dipersalahkan dgn pelbagai alasan.

kita akan menjadi sasaran jika kita adalah penghalang kpd cita2 orang lain. atau mungkin kerana kehadiran kita menjadi penghalang kpd kehadiran mereka yg rapayt dgn kita. hanya Allah mengetahui segalanya.

tidakkah ada perasaan malu apabila 'habis madu, sepah dibuang'? tidakkah berasa malu apabila kita suka menumpang usaha orang lain, kita ambil nama hasil usaha orang lain, kemudiannya kita katakan bhw org tersebut tidak buat apa2? adakah ini satu plagiarisma?

Minggu Mesyuarat

minggu ini penuh dgn mesyuarat utk saya. bermula pada 1tgh ahad, dgn sife uitm. 9pagi semalam isnin, dgn uitm holdings, 8.30mlm-11mlm tadi dgn peers. esok 2ptg dgn uitm holdings, 12.30tgh dgn td, 3ptg dgn bos, 4.30ptg dgn wakil organisasi xxx. rabu, pagi dan petang dgn ined. khamis = tak ingat. jumaat ptg dgn alk.sabtu dan ahad dgn jkkk kuala tahan.

memang jika dilihat jadual saya sebelum bulan puasa dah penuh dgn pelbagai aktiviti. spt saya sering katakan, seorang pensyarah di uitm bukan hanya memberi syarahan tetapi mcm2 lagi. sekali fikir, akan mudah stres. tetapi apabila dah biasa, insyaallah boleh terus produktif.

kuliah saya utk sport counseling dan mesyuarat dgn peers saya kongsikan bgmana pengetahuan dlm kaunseling banyak membantu saya. seorang kaunselor adalah seorang guru dan seorang pelajar. ianya bergantung kpd masa dan keadaan. dan sebagai seorang yg belajar kaunseling,kita sedar bhww kita tidak sempurna. maka kita perlu bersedia ditegur dan belajar utk sentiasa memperbaiki diri kita. senyuman saya kpd teguran atau herdikan bukanlah menghina sesiapa tetapi tanda saya mendengar.

Ahad, Julai 18, 2010

Taman Negara Kuala Tahan

Taman Negara malaysia yg merangkumi 3buah negeri,kelantan, terengganu dan pahang, adalah seluas 4343km persegi. ianya adalah hutan yg berumur melebihi 130juta tahun, antara hutan tertua di dunia.

saya mula melawat ke taman negara melalui kuala tahan, pahang semenjak 1991. sehingga sekarang, saya sudah hilang kiraan kekerapan saya berada di taman negara. tetapi jika ada tg bertanya kenapa saya suka ke sana, jawapan saya hanyalah 'pergi dan dapatkan jawapan utk diri anda'.

sife malaysia terlibat dgn projek utk meningkatkan tahap ekonomi penduduk kuala tahan melalui keusahawanan. mereka terlibat dgn projek penginapan, malam kebudayaan, pusat maklumat pelancong dan pusat ikan kelah.saya terlibat sebagai seorang penasihat di kuala tahan.

kunjungilah ke taman negara utk menikmati keindahan alam milik Allah. dan saya berdoa dgn pengalaman anda di sana, anda akan sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah kpd kita.

Seminar Pertama SPS233 EPJJ Jul 2010

Pagi tadi saya berseminar pertama dgn kumpulan diploma sr. mengikut senarai, sepatutnya ada 9 peljar, ttp tadi hanya ada 7pelajar. yg dua tadi mungkin ada masalah komunikasi. bilik kuliah telah berubah ke bk9 dari bk4. dan masa telh bertukar dgn kursus sport sociologi bersama dr rozita.

seminar tidak sama dgn kuliah. pd setiap semester, seminar adalah 2jam x 5 perjumpaan. jumlahnya 10jam shj. kuliah biasa adalah 3jam seminggu x 14 minggu = 42jam bertemu dgn saya secara bersemuka. maka ada perbezaan 32jam. ini diganti dlm bentuk pertemuan secara elektronik melalui iclass. setiap pelajar dan pensyarah (lebih tepat - learning facilitator) mesti 'bertemu' melalui iclass minima sekali pada setiap minggu. kerana pelajar epjj adalah pelajar matang, sedang atau telah bekerja, maka diandaikan masa pertemuan tidak perlu sehingga 42jam setiap semester utk setiap kursus.

pesan saya kpd pelajar epjj saya, ' hantar semua tugasan, semak lesson plan, bersedia sebelum setiap seminar dan perbincangan melalui i-class'. insyaallah, dgn kesungguhan yg ditunjukkan, lulus adalah mudah. tetapi saya lebih suka jika pelajar mendapat cemerlang, sekurang2nya A-.

Sabtu, Julai 17, 2010

Majlis ISO Kolej Teknologi Timur

petang tadi saya di nilai spring resort. saya menghadiri satu majlis mega reunion alumni dan penganugerahan sijil iso 9001:2008 kolej teknologi timur (ktt), sebuah kolej bersekutu uitm. seramai 6 staf ined yg turut hadir.

kolej bersekutu (kb) uitm adalah ipt swasta milik bumiputera yg menawarkan samada program pra diploma atau diploma uitm. kini terdapat 25 buah kb. ktt mula menjadi kb pada 2006. antara prg uitm ditawarkan adalah pra diploma, dip art & design, dip office mgt. pada peperiksaan baru2 ini, seramai 20 lebih pelajar mendapat anugerah dekan.

ktt adalah kb yg pertama yg mendapat bimbingan sepenuhnya drpd ined uitm utk mendpt sijil iso 9001:2008. pemimpinnya datin noriyani amat komited dlm mematuhi kehendak uitm agar kb uitm mendapat sijil iso selewat2nya pd 31 disember 2010. objektif utama pensijilan iso utk kb adalah sebagai bukti kb mengendalikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran adalah memenuhi minima standard antarabangsa. terdapat kb yg menggunakan khidmat perunding selain drpd ined dan telah berbelanja rm20 ribu. bagi khidmat drpd ined uitm, ktt hanya menanggung kos makan utk fasilitator shj.

mereka yg hadir drpd ined tadi adalah mantan pengarah ined, mantan timb pgh ppu, timb pengarah ppu, ketua ppu, wakil dekan fakulti sains gunaan dan saya. majlis berakhir pada 6ptg. setelah bergambar, saya sampai di rumah setelah maghrib. terima kasih kpd datin noriyani dan staf ktt yg sudi menjemput kami drpd ined. tahniah seklai lagi drpd saya ke atas kejayaan ktt mendapat sijil iso sebagai memenuhi kehendak uitm.

Allah Jua Yang Kekal Abadi

Pagi tadi saya terima sms drpd seorang sahabat. Ianya memaklumkan bhw seorg drpd sahabat kami sudah kembali kpd Yang Maha Esa. arwah mengidap sakit barah paru2. gambarnya dan kisahnya saya paparkan di catitan blg beberapa hari yg lepas.

Kita dipanggil kembali kpd Nya tidak mengira usia. ada yg mungkin diberitahu awal2. seorang saudara dimaklumkan beliau mempunyai hanya 8bulan shj. tetapi Allah memberi saudara saya masa yg lebih lama. dan masa2 tersebut dipenuhi dgn beribadah kpdNya. Ianya sbg membawa persiapan yg seberapa yg termampu sebelum bertemu Pencipta kita.

kita selalunya alpa dan lupa tentang persediaan sebelum kembali kpdNya.ianya kerana kita sangka bhw kita masih punya banyak masa sebelum dipanggil kembali kpdNya. kita sangka kita punya banyak masa krn usia masih muda. krn kita masih sihat.krn kita masih bekerja. krn kita masih belajar. krn kita orang berada. krn kita orang berkuasa.

Allah memanggil kita kembali kpdNya pada bila2 masa yg Allah tentukan. Bersama2lah kita hadiahkan bacan alfatihah kpd kesemua mereka yg telah kembali kpdNya. kita hadiahkan juga bacaan alfatihah setiap hari kpd Rasulullah dan keluarganya, kedua ibubapa kita, diri kita, kaum keluarga dan sahabat kita, semua umat Islam yg hidup dan telah mati. ianya hanya memerlukan sedikit sahaja masa kita pada setiap hari. seeloknya, bacalah hadiah ini selepas solat subuh setiaphari.

Jumaat, Julai 16, 2010

Jika Produktif

Pagi dan petang tadi mesyuarat kualiti bersama auditor dalaman ined. mesyuarat utk meningkatkan pengetahuan ahli pasukan ke versi 2008 iso9001, dan persediaan utk audit dlm dan audit kualiti kolej bersekutu. cadangan asal sehingga 4ptg, tetapi realiti sehingga hampir jam 5ptg.

mantan bos saya berada di pejabat lama beliau utk ambil sebahagian drpd barang2nya. beliau terpaksa berbuat demikian krn ruang pejabatnya yg baru adalah berkongsi dgn pensyarah lain. walau pun beliau telah lama di shah alam, baru2 ini shj beliau kembali ke fakulti. beliau antara warga uitm yg amat produktif. dan beliau selama ini telah ditugaskan dipelbagai tempat.

dukacita, untuk sementara waktu, beliau tidak pejabat tetap di fakulti. dan beliau hanya dpt menumpang sementara. sedih juga mendengar ganjaran kpd seorang yg banyak menyumbang kpd penambahbaikan universiti. adakah ini tanda2 bhw lebih baik kitakurang atau tidak produktif?

mesyuarat tadi mengumpul mereka yg produktif di bahagian saya. yg muncul spt biasa, muka2 yg sama shj. seorang bos menyatakan 'ini ganjaran kpd yg produktif. kita sentiasa diminta membantu organisasi. tetapi bila masa penilaian utk ganjaran, selalunya kita diketepikan.' saya setuju. dan saya suka ingatkan, rezeki jika bukan sekarang,insyaallah ianya akan datang juga sbg balasan sumbangan kita utk kebaikan diri dan masyarakat. teruskanlah berproduktif.

Khamis, Julai 15, 2010

Berubah atau Diubah

Itu adalah pesan no.1. itu juga pesan no.2. dan saya dimaklumkan jika mereka yg berkenaan tidak berubah, maka kita perlu ubahkan mereka utk kebaikan organisasi.

dan tadi perbincangan dilakukan lagi. berbincang cara utk mengubah mereka yg tak mahu berubah. antaranya, ditukar tempat kerja. kedua, dikeluarkan terus drpd organisasi. ini krn merek ini hanya 'menghabiskan beras shj'. lama2 jika tiada tindakan diambil, organisasi akan tinggal mereka yg tak produktif. bahasa kasar adalah membela 'biawak hidup'.

sebagai pemimpin atau ketua yg dilantik, kita mempnyai amanah utk memastikan kelangsungan organisasi kita. kita tidak boleh kasihankan orang tertentu, kesannya organisasi gulung tikar. jika dah gulung tikar, kita sebagai ketua adalah bertanggungjawab sepenuhnya. saya tidak sanggup menunggu utk dipersoalkan berkaitan perkara ini. maka saya perlu terlibat melakukan perubahan.

kita boleh tamatkan tempoh mereka tak produktif bersama organisasi. ataupun kita pindahkan yg tak produktif ke tempat lain. tetapi ini bukan penyelesaian. ini membiarkan barah utk terus merebak. keputusan di tangan ketua2 dan pemimpin2.

Produktiviti dan Makan Gaji

ada yg bekata bhw selalunya org yg makan gaji kurang produktivitinya. ini brbeza dgn mereka yg berniaga krn mereka yg berniaga perlu berusaha lebih drpd org yg makan gaji. orang berniaga pendapatan mereka tidak tetap.

bagaimana dgn mereka yg makan gaji tetapi bekerja di syarikat perniagaan? adakah mereka ini juga macam mereka yg makan gaji bekerja dgn pejabat kerajaan? secara umumnya pekerja di organisasi yg berniaga lebih produktif drpd mereka yg makan gaji di pejabat kerajaan. walau bagaimana pun, ada juga yg kerja macam di pejabat kerajaan.

harap maklum, bukan semua yg bekerja di pejabat kerajaan tidak atau kurang produktif. saya sentiasa doakan dan usahakan utk membuktikan bhw makan gaji tidak bermakna saya tidak atau kurang produktif. alhamdulillah, hasil saya pada tahun ini - IID 2010 1perak dan 1gangsa, konvensyen kaunseling kebangsaan perkama 2010 1gangsa, peers dpt juara persatuan uitm 2010 dan 2lagi anugerah, gerai persatuan terbaik semasa hari bertemu pelanggan hep 2010, dn sife uitm juara dan akan mewakili malaysia ke sife dunia 2010. dan saya juga berjaya mendapat sarjana kedua.

tetapi akan sentiasa yg mengatakan saya tidak menyumbang kpd produktiviti organisasi. memanglah, org yg berkata sedemikian memang banyak 'menyumbangkan' dan sentiasa 'menyumbangkan' dan cuba 'menumbangkan' organisasi dgn tuturkata dan perbuatan mereka. cukuplah Allah sebagai pemberi rezeki kepada saya. dan cukuplah Allah sebagai pengawal dan pelindung saya.

Senarai Pelajar Julai 2010 Dimana Saya Sebagai Penasihat Akademik

Pelajar2 yg tersenarai sila tetapkan masa dan tarikh untuk perjumpaan bersama saya secara berkumpulan.

Bil No Pelajar Nama Pelajar Kod Program Bhgn
1 2009410674 AHMAD HAZWAN BIN CHE A RASHID SR221 3
2 2009843722 AHMAD IKRAM BIN ZAKARIA SR221 3
3 2010245334 AHMAD RASYDAN BIN AZMI SR221 3
4 2010403186 AMIRUDIN BIN MAZLIN SR221 3
5 2010440292 ASRIZAL BIN ARSHAD SR221 3
6 2010277112 AZIZIE BIN ISMAIL SR221 3
7 2009168701 DAYANG IZA HAFIZA BINTI AWANG SERUDIN SR221 3
8 2010813808 DZOHRI RAHMAT BIN AHMAD WAHIDIN SR221 3
9 2009428132 EMILIANA AK ROSLAND SR221 3
10 2009779635 ERIC JAWAN ANAK WILLIAM DAMBOL SR221 3

11 2009103987 FARAH DAWINA FARHANA BT HASSAN SR221 3
12 2009243192 HAIRUL SHAHRIZAL B. HAMDAN SR221 3
13 2010829902 HAJAR ASMIDAR BT SAMAT SR221 3
14 2010810068 ILI IRYANI BINTI MUSTAPAH SR221 3
15 2009807186 JESSE MADIGEN ANAK NYAHUN SR221 3
16 2010836626 KHAIRUN NISA BINTI MUSTAFFA SR221 3
17 2010635042 MERNAH BINTI TIMUN SR221 3
18 2010274134 MOHAMAD FAISAL BIN ZAN SR221 3
19 2010809086 MOHAMAD FAIZ B. AB. RAHMAN SR221 3
20 2010840468 MOHAMAD MAZRI BIN ISMAIL @ IBRAHIM SR221 3

21 2010429376 MOHAMED ALIFF FARHAN BIN ABDUL MAHAT SR221 3
22 2009620674 MOHAMED RUSYDAN KAMIL BIN MOHD RUSLI SR221 3
23 2009999175 MOHAMMAD RAFIZIE BIN TARMEZI SR221 3
24 2010663776 MOHD FAUZY BIN MOHD FAMIR SR221 3
25 2010491804 MOHD IZWAN BIN MD NOH SR221 3
26 2009872004 MOHD MUKMIN HAKIM BIN MOHAMAD SULAMAN SR221 3
27 2010810904 MOHD NAZRUL FAIZ BIN ISMAIL SR221 3
28 2009344213 MOHD NUR AZIZI AZREEN BIN MAZLAN SR221 3
29 2010285866 MOHD SYAMIL BIN SOHIMI SR221 3
30 2009682268 MUHAMAD HIRNATA BIN TUMIRY SR221 3

31 2009862574 MUHAMMAD ASRAF BIN AB AZIZ SR221 3
32 2010824742 MUHAMMAD FARID BIN A. TALIB SR221 3
33 2009494444 MUHAMMAD FIKRI BIN HAKIM SR221 3
34 2010663128 MUHAMMAD IMRAN SHARWANDY BIN SUWANDI YAZID SR221 3
35 2010828732 MUHAMMAD IRFAN LUTFI BIN MOHD ROSDAN SR221 3
36 2010489864 MUHAMMAD KHAIRUL AKHYAR BIN HUSAIN SR221 3
37 2009171015 MUHAMMAD NAZRI BIN MOHAMAD SUBRI SR221 3
38 2010678476 MUHAMMAD SHAFIQ BIN SHABARUDDIN SR221 3
39 2010899334 MUHAMMAD SOLEHIN BIN MAAROP SR221 3
40 2010234484 NABILAH BINTI MOHAMAD ROSDI SR221 3

41 2009835824 NOOR FYAEZAH BINTI HALID SR221 3
42 2010810858 NOOR HASLIZA BT ABBAS SR221 3
43 2010256392 NOOR HAZZARITA BINTI IBRAHIM SR221 3
44 2010248374 NOR AMIRAH BINTI ARDZEMI SR221 3
45 2009810648 NOR HIDAYAH BINTI MUSA SR221 3
46 2009241594 NORADILLA BINTI ABD KADIR SR221 3
47 2010400384 NORBAAYAH BINTI ABD KARIM SR221 3
48 2010413254 NORLISA BINTI MOHD SARAWANI SR221 3
49 2009337937 NUR AQIDAH BINTI ZAINUDDIN SR221 3
50 2009718469 NUR DALILA FARHANA BT AZMI SR221 3

51 2009526563 NUR DALILAH BT DAHLAN SR221 3
52 2009212232 NUR FADHILAH BINTI SAID SR221 3
53 2009515575 NUR FARAHANA BT MOHD AMIN SR221 3
54 2010280502 NUR ISHABELLA BINTI GHANI SR221 3
55 2009273352 NUR ZARIS AFFIN BINTI AHMAD NAWIR SR221 3
56 2009830638 NURFARHAN DIYANA BINTI SAFARUDIN SR221 3
57 2009232134 NURFAZURIAH BINTI BUJANG SR221 3
58 2010844592 NURUL ADIRA BINTI AZHAR SR221 3
59 2009284408 NURUL AIN BINTI AZIZAN SR221 3
60 2009579775 NURUL AIN BINTI NORAZUAN SR221 3

61 2009377663 NURUL AMANINA BINTI MUKSIN SR221 3
62 2010801506 NURUL ASHIKIN BINTI ABD RAHMAN SR221 3
63 2010411168 NURUL SUFIAH BINTI MOHD RAIS SR221 3
64 2010870992 NURUL SYAZWANI BINTI AHMAD HAJMI SR221 3
65 2010892696 RAJA MUHAMAD AFFIQ BIN RAJA ARIFF SR221 3
66 2009647136 ROGAYAH BINTI YAHYA SR221 3
67 2010202374 ROKIAH BINTI ABDULLAH SR221 3
68 2009765689 RONNIE HOWARD ANAK JOSEPH JIEP SR221 3
69 2009652102 ROS SURIANIE BINTI ISHAK SR221 3
70 2009691498 ROSDI BIN RAMLI SR221 3

71 2010221962 SHAH KASTURI BAZILLAH BT MOHD SUPAR SR221 3
72 2010843332 SHAHRUL IZHAM BIN SAHIDAN SR221 3
73 2010297134 SHARIFAH AQEELA SYED OMOR JUNID SR221 3
74 2010815576 SITI HANNARIAH BINTI MANSOR SR221 3
75 2009625878 SITI NUR AIN BINTI SHAHZAM SR221 3
76 2010488992 SITI NUR ATIKAH BT KAMARUDIN SR221 3
77 2010655484 SITI SARAH BINTI SHAMSURI SR221 3
78 2010812686 SYAFIQ ASYRAF BIN ZULKARNAIN. SR221 3
79 2010458306 SYARAFUDDIN B MOHD NOR SR221 3
80 2010662242 SYAZWAN BIN AHMAD SAFAWI SR221 3

81 2009488022 UDIN BIN AMAT SR221 3
82 2009213638 WAN FATIN BINTI WAN ZAIN SR221 3

Rabu, Julai 14, 2010

Sentiasa Bersyukur dan Mengingati



sesungguhnya manusia ini sentiasa dlm kealpaan. sentiasa mudah lupa. sentiasa tidak bersyukur. manusia selalunya hanya akan mengingat kpd Yang Maha Berkuasa apabila berada dlm kesempitan dan kesusahan. saya tidak terkecuali.

gambar di atas adalah gambar seorang drpd rakan sepersekolahan menengah. beliau mengidap barah. alhamdulillah seorang lagi sedang pulih setelah lama sakit. kawan seorang lagi sudah kembali berat badan spt sebelum sakit. tetapi dukacita kawan saya yg ini masih dlm proses pemulihan.

beliau antara mereka yg amat aktif bersukan. setelah sekolah menengah, saya berpeluang berjumpanya semasa diploma di itm. beliau datang ke shah alam mewakili itm sarawak dlm sukan ragbi. kerana seronok melihat kawan lama, saya menjerit sekuat2 hati 'iban..'. kesemua kontijen sarawak melihat saya dgn pelbagai rupa. saya terlupa, panggilan iban bukan milik kawan saya seorang shj.

marilah kita sama2 berdoa agar saudara saya ini kembali pulih seperti sediakala dgn izin Allah. marilah kita sentiasa bersedia dan ingat kpd Allah. kita boleh kembali kpd Nya pada bila2 masa tanpa mengira usia.

Perjumpaan PEERS UiTM Julai 2010

Malam ini, insyaallah akan ada perjumpaan pertama pada semester ini untuk ahli peers. mereka yg berminat utk menjadi ahli peers turut dijemput sama. para alumni peers juga dijemput hadir malam ini.

antara agenda adalah pembentangan aktiviti semester lepas. turut juga akan dibentang adalah aktiviti peers utk sem ini. mungkin aktiviti dicadangkan utk sem akan datang juga akan dibentangkan.

mengikut cadangan, perjumpaan bermula pada 8malam. maka saya akan ikut cara bos saya. pada pukul 8malam tepat, saya akan mulakan perjumpaan. walau pun hanya ada sedikit sahaja kehadiran. masa perlu ditepati. peers adalah role model kan.

dukacita tiada jamuan sebelum, semasa dan selepas perjumpaan. makan dan minum ditanggung sendiri ajelah. sila makan dahulu sebelum hadir perjumpaaan (pesan kpd diri sendiri). kalau perut berbunyi semasa perjumpaan akan membuat kita jadi perhatian.

Tahniah SiFE UiTM 2010

Semalam di pwtc berlangsung pembentangan sife malaysia. ianya utk memilih wakil malaysia ke Los Angeles pada pertandingan peringkat dunia 2010. Antara tetamu yg hadir adalah Menteri MITI dan timbalan menteri pengajian tinggi.

alhamdulillah, sife uitm berjaya memenangi tempat pertama. ini bermakna sife uitm sekali lagi berjaya mewakili malaysia. dan antara projek yg dibentangkan oleh sife uitm adalah projek di kuala tahan. saya merupakan seorang drpd penasihat utk projek kuala tahan. walau bagaimana pun, saya tidak dijemput ke pembentangan semalam.

saya dimaklumkan kemenangan uitm oleh pengerusi sife malaysia. beliau terkejut nama saya tidak tersenarai sebagai penasihat dan tetamu semalam. terkejut dan kurang puas hati. saya hanya mampu tersenyum. biasalah, ayam masak merah. apabila utk bekerja, amm di cari. apabila nak dpt pengiktirafan, amm ditolak tepi.

bagi saya, keadilan jika tidak sekarang, ianya akan datang jua. hanya Allah shaja Yang Maha Adil. tahun 2010 setakat ini memberi pelbagai kejayaan secara langsung dan tidak langsung kpd saya. Alhamdulillah.

Selasa, Julai 13, 2010

Integriti dan Kerja

Bekerja di swasta dan kerajaan memerlukan integriti. ramai yg salah anggap hanya bekerja dgn kerajaan shj amat memerlukan integriti. jika tiada yg menawar, maka bagaimana hendak menerima?

tadi pakcik saya bercerita dugaan semasa bekerja dgn kerajaan. banyak dugaan apabila di tempat membuat keputusan berkaitan pembelian. tetapi kerana sifat tegas dan amanah beliau, beliau dikenalai sbg seorang berintegriti. beliau pernah memohon berkali2 utk ditukar ke bhgian lain utk mengurangkan tekanan dan dugaan supaya beliau lebih selesa bekerja. tetapi beliau masih ditempatkan di bahagian tersebut kerana kepercayaan dan keyakinan ketuanya terhadap sifat pakcik yg amanah.

setelah beliau berhenti dgn kerajaan, beliau berniaga. beliau membina pelbagai benda. dan selalunya bidang ini dikatakan antara jenis perniagaan paling kurang amanah. pakcik tetap dgn cara beliau bekerja secara amanah. malah beliau terkejut apabila ada subkon yg menghulur pemanis utk mendapat lebih banyak kerja drpd pakcik. pemanis tersebut dicampak sehingga bertaburan di lantai. seminggu kemudian subkon tersebut memohon maaf kerana menyangka pakcik seumpama mereka yg lain di bidang membina.

pakcik saya ini juga merupakan seorang drpd guru2 saya. jika anak murid tidak amanah, ianya seolah2 mencerminkan gurunya. maka jika guru menipu dan tidak amanah, adakah ianya bermakna guru kpd guru juga tidak amanah? bekerja dan belajarlah dgn penuh integriti.

Pesta Buku Koperasi UiTM

bermula hari ini 13jul hingga jumaat, 16jul, koperasi uitm bhd (kuib) menganjurkan pesta buku di depan ptar dan kedai buku kuib, berhadapan dataran menara saas uitm, shah alam. terdapat pelbagai buku dijual. ada juga buku2 'clearance sale'.

tengaharai tadi saya ke pesta buku tersebut. saya selalunya akan lihat buku2 yg akan di'clear'kan. buku pertama saya ambil berkaitan burung. harga asal 25pound british. harga selepas diskaun rm20.xx. penjimatan yg amat banyak jika kadar pertukaran adalah 1BP kpd RM5.

buku2 lain yg saya beli berharga antara rm2.90 - rm4.90 sebuah (harga selepas diskaun). dan saya membeli sejumlah 18buah buku dgn kos rm92.20shj. banyak algi buku2 yg hendak saya beli. tetapi tadi dah tak mampu nak dibawa ke kereta krn kedua2 tangan dah tahap maksima membawa buku.

insyaallah, esok saya cuba pergi ke pesta buku itu lagi. ada beberapa buku2 klasik ingegris dijual pada harga diskaun yg 'gila'.

Isnin, Julai 12, 2010

Juara Dunia

Pagi tadi beakhirlah piala dunia fifa 2010 utk bolasepak. ianya telah berlangsung selam sebulan. saya bertuah dapat melihat gol kemenangan sebaik saya bangun drpd tidur.

semasa kuliah perakaunan dan kaunseling saya kaitkan ciri2 utk jadi juara dunia. antaranya 1. usaha secara sistematik. 2.berdisiplin. dan saya tanya kpd pelajar saya makna disiplin. saya kongsi bhw ia ada kaitan bersedia utk mengikut guru. bersedia utk mendapat ilmu.

komen pengulas pada penghujung perlawanan bhw spain mengaut hasil drpd usaha kelab barcelona. saya kongsi dgn pelajar saya bhw barcelona mula melatih bakal pemain profesionalnya drpd usia 8 tahun lagi. mereka mempunyai 8 buah padang yg digunakan sbg kelas utk melatih peringkat kemahiran yg berbeza. antara hasil mereka adalah beberapa diantara pemenang piala dunia 2010.

dan tadi uitm bermesyuarat utk pks bolasepak. semasa kuliah kaunseling saya maklumkan kpd pelajar bhw selain psikologis sukan dan jurulatih, sebuah pasukan sukan perlu ada seorang kaunselor sukan utk membantu menangani isu psikoemosi ahli sukan. siapakah kaunselor sukan utk pks di uitm?

Ahad, Julai 11, 2010

Makan2 bersama kaum keluarga

tengahari tadi, ada makan2 di rumah saya. jemputan hanyalah keluarga generasi satu, generasi kedua dan ketiga sebelah bapa saya. dan satu keluarga sebelah ibu saya. generasi pertama adalah adik beradik ayah dan ibu saya serta seangkatan dgn mereka termasuk sepupu kedua ibubapa saya.

kehadiran generasi ketiga mengingatkan usia saya. masa amat cepat berlalu. saya masih terasa seolah2 masih di tahun 90an. masih berusia lewat 20an ke awal 30an. tetapi apabila tiga anak kpd sepupu saya dan dua anak kpd dua pupu saya hadir, say telah pun bergelar pakcik. kekok juga tadi sebab majoriti yg lain memanggil saya abang. maka kekadang tersasul juga bila bercakap dgn anak2 pupu2.

dalam keluarga saya, saya antara yg terawal mengambil perakaunan. selepas saya, ramai saudara mara yg mengambil jurusan akaun. tadi, ada 5 orang (sepupu an anak pupu) yg hadir yg berada dlm bidang akaun tidak termasuk saya. 3 sedang menuntut di uitm. dan tadi juga ada 4 orang yg sedang menuntut di uitm. memang uitm di hati keluarga saya.

tujuan makan2 tadi utk merapatkan silaturrahim. maklumlah, apabila dan pangkat pupu2, akan jaranglah berjumpa. ini adalah realiti zaman kini. kalau masa muda2, memang sempat berjumpa terutama semasa raya puasa. sekarang, masing2 dgn urusan masing2 krn telah dewasa.

Berterima Kasih kpd Guru2 Saya

saya mempunyai ramai yg saya gelarkan sbg guru saya. ada yg secara rasmi, ada secara tak rasmi. guru2 saya termasuklah ahli keluarga, sahabat2 dan kenalan2. mereka mungkin sedar ataupun tidak sedar mereka telah atau sedang bertindak sbg guru kpd saya. guru di sini saya terjemahkan sbg mereka yg sudi berkongsi ilmu utk menambahbaik diri saya utk diri sendiri dan masyarakat.

jika saya terlupa, saya ingin ucapkan,'terima kasih guru2 ku'. jika dah pernah saya ucap, tidak ada kekurangannya pd saya utk mengucapkan terima kasih sekali lagi. tiada ruginya kpd seorang anak murid mengucapkan terima kasih kpd gurunya. tiada mengurangkan harga diri utk kita ucapkan terima kasih kpd guru kita.

pagi tadi saya berjumpa dgn 2 orang yg masih menjadi guru kpd saya, prof bakar dan prof rozainun. seorang guru dlm integriti dan penyelidikan. seorang lagi guru dlm perakaunan dan juga penyelidikan. seronok apabila disapa dgn senyuman oleh guru kita. ada malunya tetapi sebenarnya satu kebaikan apabila terpaksa disedarkan oleh guru bhw kita masih ada kekurangan dan perlu melakukan tindakan penambahbaikan.

saya doakan semoga Allah sentiasa memberi rahman dan rahimNya kpd setiap guru2 saya. saya doakan semoga guru2 saya mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Memilih Guru

Pesan prof kamil, cari penyelia yg ingin melulusakan kita. jangan cari penyelia yg drpd awal dah nampak tidak berminat utk membantu kita. kita boleh terjemahkan,carilah guru yg ingin mendidik kita, membantu menambah baik diri kita utk diri, dan masyarakat.

saya sampaikan pesanan ini setiap kali saya berjumpa dgn bakal pelajar yg ingin memilih saya sbg penyelia. saya juga menambah, melakukan sebuah penyelidikan adalah satu usaha bersama. maka pelajar perlu bersedia berusaha dan bersedia memastikan utk menjaga nama baik dirinya dan nama baik saya. ikut rentak saya.bukannya saya ikut rentak pelajar.

saya bukannya seorang yg meluluskan seseorang pelajar tesis dgn sambil lewa. saya juga seorang yg bukan menggagalkan seorang pelajar dgn mudah. maka jika pelajar bersedia berusaha, maka saya pun sedia bekerjasama. apa yg penting..kerjasama..ikhlas..jujur.. amanah. dan jangan lupa kpd Allah dan kedua ibubapa. ini juga sesuatu yg saya pelajari drpd penyelia saya di um semasa menyediakan tesis saya.

Sabtu, Julai 10, 2010

Jadual Dah Mula Penuh

Pada awal minggu lepas seronok tengok kalender saya sehingga bulan disember 2010. banyak masa2 kosong. ianya kerana kuliah master saya dah tiada pada hujung minggu. juga kerana sem ni saya hanya mengajar satu kumpulan pjj. dan juga pada sem ini saya tiada mengajar plk.

tetapi sehingga jummat semalam, kalender utk bulan2 kecuali bulan puasa sudah mula penuh. hampir setiap minggu dah ada program. termasuklah pada hujung minggu. utk bulan puasa baru terisi program berbuka bersama peers. prg berbuka di fakulti (1), bersama alumni peers (1), bersama kumpulan penasihat akademik saya (1), bersama kumpulan pelajar srb201 (1) dan bersama kumpulan sps550 (1) belum lagi ditetapkan.

memang pada awalnya melihat kpd masa yg banyak, saya terfikir utk menyambung pengajian saya lagi. tapi, masih dok mencangok2, master atau phd. sedap jugak bunyinya, 'Cebad, PhD'. atau Dr Madya Bad atau DeBad (Debab tak sedaple). Insyaallah

Jumaat, Julai 09, 2010

Hendak Seribu Daya..

Bosannya. macam mana nak maju. macam mana nak untung. macam mana nak elak drpd dibuang kerja. (kesemua adalah pernyataan). jika cadangan diberi utk penambahbaikan dibalas dgn pelbagai alasan.

bos mengulangi berulang2 kali. kalau tak berubah, maka akan ada yg kena tendang. bukannya di belakang, tetapi ditendang keluar drpd organisasi. tapi cara dan gaya ditunjukkan oleh mereka yg patut ambil iktibar adalah hambar. seolah2 memikirkan bhw pernyataan bos hanyalah ugutan yg tidak akan dilaksanakan.

peluang membuat rezeki yg halal dan menambah rezeki yg halal adalah banyak. tambah2 lagi kita berada dikalangan pelanggan yg inginkan perkhidmatan dan barangan kita. maka kita hanya perlu sedikit kreativiti dan inovasi aje utk berubah kepada lebih baik. janganlah sebab kita makan gaji, maka kita tidak pedulikan kpd yg beri gaji kpd kita.

betullah pepatah melayu. hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

Khamis, Julai 08, 2010

Marah...

Marah adalah antara sifat kita. ada pelbagai sebab utk kita berasa marah. ada kerana tidak puas hati. ada sebab utk menyorokkan kelemahan kita.

hari ini spt biasa saya berjumpa dgn ramai orang yg berasa marah. kemarahan mereka alhamdulillah, bukanlah kpd saya (saya harap2lah)spt kata atau gerak badan mereka. drpd pangkat yg atas hingga ke bawah, orang biasa akan berasa marah. pengalaman saya, apabila orang marah, saya dengar dulu. tapi kalau ada tanda2 nak menyusahkan saya secara fizikal, maafkan saya kaalu anda pula yg tersungkur dan mengaduh.

ada yg tidak puas hati dgn ketua, ada yg tidak puas hati dgn orang bawah. ada yg tidak puas hati dgn pensyarah. ada yg tidak puas hati dgn pelajar. kebanyakan berkaitan apabila ada yg tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah. maka ada yg terus hilang keyakinan dan hormat kpd mereka yg baru atau lama dikenali.

saya biasa ditegur. saya biasa dimarahi. dan orang yg tegur dan marah saya akan terus marah apabila melihat saya masih mampu senyum. senyuman saya bukan memperlikan orang memarahi saya. saya senyum kerana kasihankan mereka. ada sebabnya knp saya kasihankan mereka. ianya ada kaitan dgn harga diri.

Rabu, Julai 07, 2010

Jika Tidak Kisah

Kita diamanahkan menjalankan tugas dgn tanggungjawab. sbg pensyarah, antara amanah utama adalah berkongsi ilmu dgn pelajar yg mendaftar utk kursus dimana kita telah diberi amanah melalui ata pd setiap sem.

maka bagaimana jika kita tidak berupaya berkongsi ilmu kerana kita tidak pernah belajar kursus tersebut. ataupun kita hanya pernah mengambil satu kursus sepanjang pembelajaran kita. adakah kita sebenarnya berilmu utk berkongsi ilmu. semasa saya menjadi ketua program, saya titik beratkan bhw pensyarah mesti berupaya utk berkongsi ilmu dgn pelajar. usia dan minat tidak bermakna kita layak berkongsi ilmu dgn pelajar.

kekecewaan akan timbul kpd pensyarah yg menerima pelajar yg 'half-baked' atau mentah lagi dlm bidang tertentu.puncanya adalah pensyarah yg mengajar pelajar tersebut sebelumnya kurang mampu 'memasak' pelajar atau menyediakan pelajar dgn ilmu yg akan digunakan di peringkat seterusnya. memang isu ini panas. ianya akan menyebabkan ada yg melenting. Saya akan maklumkan kpd para pelajar saya pada kuliah pertama kelayakan akademik g saya miliki. ianya utk meyakinkan pelajar bhw saya berupaya berkongsi ilmu dgn mereka.

tetapi ingatlah.kita akan disoal utk setiap perbuatan kita. ajaran sesat amat berat padahnya.mungkin tidak terkena kpd kita tetapi terkena kesannya kpd mereka yg rapat dgn kita. Allah Maha Adil.

Isnin, Julai 05, 2010

AKNC 2010 di Melaka



selama 4hari 3 malam, para penilai bertungkus lumus drpd pagi hingga malam menilai laporan AKNC drpd bahagian, cawangan dan fakulti. tahniah kpd fsr kerana berjaya menghantar laporan utk aknc 2010.

bermula drpd 1julai sehingga 4julai,lebih 50staf yg telah dilantik penilai terlibat dgn penilaian kali ini. staf uitm yg hadir drpd hampir kesemua bahagian, cawangan dan fakulti. majoriti adalah orang lama. ined kali ini diwakili oleh saya dan pegawai eksekutif unit kualiti ined. fsr diwakili oleh encik hosni.

memang amat penat bertugas drpd jam 8.30pagi sehingga 10.30malam. saya gunakan masa 6.00ptg ke 7.30ptg utk mengurangkan stres dan kalori di gym hotel. seronok menggunakan peralatan yg baru 4bulan sampai di hotel. dukacita, setiap hari saya hanya mampu bakar sebanyak 120kalori shj (purata) berbanding kalori yg ditambah hasil sesi 6kali makan sehari. alhamdulillah, berat saya hari ini kembali kpd asal 75kg. tetapi tak seronok kebanyakannya adalah lemak.

memang setiap kali mesyuarat dan kursus, makanan adalah amat mewah. maka adalah tanggungjawab diri sendiri utk menjaga kesihatan. "Nak atau Tak Nak".jawapan di tangan kita. terima kash kpd penganjur, pihak inqka yg sudi menjemput saya lagi sebagai penilai aknc. saya pun tak ingat utk kali ke berapa. maaf ya.

Selamat Kembali Menjalankan Amanah di UiTM

Hari ini hari pertama sem ini di uitm shah alam. hari ini juga kuliah saya bermula pada hari isnin. semester sebelumnya kuliah saya selalunya bermula pada hari selasa. sem ini berbeza kerana saya mula mengajar semula sps 550 - sport counseling.

sem ini tiada kuliah sepenuh masa utk sps233 - accounting & finance in sport. ini kerana semakan silibus utk sr113 menawarkan sps233 pada sem ke5. maka, insyaallah, 2 sem lagi barulah saya akan mengajar sps233 secara sepenuh masa.

kuliah hari ini bermula dgn srb201. pelajar sem 2 sr221. tidak semua pelajar hadir. hari ini hanya sejam kuliah bersama mereka. esok selama 2jam pula. pada petang pula kuliah sps 550. semakan kurikulum menyebabkan hanya pelajar sr223 yg mengambil kursus. bagi saya ianya satu kerugian kpd pelajar sr221. sbg bakal pengurus, ilmu dlm kaunseling dpt membantu di alam kerja nanti.

kedua2 kumpulan sr223 utk sps550 tidak lengkap kehadiran pelajarnya. saya dimaklumkan pada asalnya ada 80pelajar. tetapi para pelajar memaklumkan kpd saya hanya 52pelajar shj. maka saya ubah perancangan pembelajaran dan pengajaran saya.

tahniah kpd kesemua pelajar yg berjaya meneruskan pengajian tinggi di uitm. jalankan amanah yg diberi dgn sebaiknya. saya doakan anda akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. insyaallah.