Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, April 30, 2009

Hairan,Hairan

Kenapa? Bagaimana jika tiada bukti kita berada di tempat kerja, tetapi kita mengaku kita menjalankan tugas di tempat kerja?

Bolehkah kita menerima imbuhan untuk tugas sepatutnya di tempat kerja? Ada yg berkata, jangan jaga tepi kain orang. maaf, PM baru aje mengingatkan kita pada pertemuan dgn staf awam di putra jaya, jalankanlah tugas dengan amanah. kalau tak amanah, kita tak layak jadi pemimpin mahupun pengikut di dalam organisasi kerajaan. baik berhenti aje. Janganlah juga ambil pencen.

Sempurnakan amanah kepada yg sepatutnya. janganlah kita cakap tak serupa bikin.

30 April

Tarikh yang menambahkan stres pada setiap tahun. tarikh akhir hantar borang BE LHDN.

Ramai yg bijak telah menghantar melalui e-filing. Saya memilih secara 'hardcopy'. Sebabnya, payah nak access LHDN melalui internet (kalau buat kerja bertangguh). AlhamdulIllah, insyaAllah, tahun ni tak perlu bayar cukai. Banyak dapat potongan.

Kpd kawan2 yg belum hantar borang LHDN, ada masa lagi. Tahun depan (ingatan kpd saya juga), jgn buat 'last minute'.

Rabu, April 29, 2009

Futsal Mingguan 28Apr 2009

Semalam, saya berfutsal seperti biasa. Dgn kawan seusia dan adik2 saya.

Apabila memakai but, kesakitan yg ada dilupakan. Dapat bola, tahan, tendang (hayun). menjadi pulak semalam. Tendang kaki kiri, kaki kanan, banyak yg masuk ke dlm gol lawan. Macam pakai 'Billy's Boots' pula. Semasa game berlanggar dgn seorang kawan. digunakan aikido utk kurangkan impak dan kecederaan, (berguling2). Selepas tamat game, kawan datang,'Excellent kau hari ni'. Sekali sekala.

Setiap futsal bersama2 rakan seperguruan sentiasa dinanti2. Satu masa beriadah secara berkualiti.

HiTea Bersama Rakan Darjah 6 1979

Pada Sabtu 25 April 2009, saya hadir ke majlis hi tea bersama beberapa rakan darjah 6 1979. Begitu cepat 30tahun berlalu.

Kecoh hotel UiTM. Pegawai khas saya mesti membebel,'cebad ni asyik di hotel uitm aje, kenapa?' Jawabnya, sebab ada pegawai2 khas saya memerhatikan saya B-). Walaupun tidak sampai 10orang daripada 300lebih rakan sedarjah semasa sekolah rendah dahulu, kekecohan seperti gelak tawa seperti 300++orang. Yang hadir semuanya kelihatan berjaya dalam hidup masing2.

tapi setiap tawa ada duka dan lukanya. Itulah lumrah hidup.

SRW655 SR221

AlhamdulILLAH, semalam pelajar SR221 telah sempurnakan SRW655 beliau dan menghantarnya kpd saya. Tadi saya telah selesai menilai hasil pelajar tersebut.

InsyaAllah, petang ini saya akan hantarkan keputusannya kpd KP SR221. Drpd 3 pelajar SR223, seorang tidak muncul2 sejak awal semester. seorang lagi telah tidak berjumpa saya setelah minggu ke7(?). Hanya seorang shj saya jangkakan pelajar SR223 yg akan sempurnakan SRW655 beliau utk sem ini.

Memang pelajar SRw655 dibawah seliaan saya perlu berjumpa saya selang setiap 2/3 minggu. Lebih berbanding penyelia lain. Tetapi pelajar saya maklumkan kawan2 mereka dibawah penyelia lain masih ramai belum selesai.

Peperiksaan Akhir SRB201 dan SPS233 Apr 2009

Petang ini akan berjalan peperiksaan akhir April 2009 untuk kursus2 saya, SRB201 dan SPS233. Saya doakan agar para pelajar saya berjaya berdasarkan usaha yg dilakukan.

Semester hadapan kursus untuk saya di FSR hanyalah SRPS233. SRB201 akan ditawarkan kpd pelajar sem2 mengikut kurikulum baru. Tetapi pelajar SR223 tidak lagi mengambil kursus SRB201. mungkin sebab ada yg tidak selesa dgn saya?

Semalam seorang pelajar SR223 ditawarkan sebagai pegawai akaun di jabatan kerajaan. Bagaimana dgn graduan SR223 kurikulum baru nanti? Bolehkah mereka mendapat tawaran seperti ini? Bolehkah mereka menguruskan perniagaan sendiri dgn baik tanpa pengetahuan dalam perakaunan. Yang membuat keputusan tanggung akibatnya.

Selasa, April 28, 2009

KLIBF 2009

Pada Jumaat lepas, saya ke pesta buku di pwtc untuk kali kedua. Sekali lagi atas jemputan koperasi uitm.

Saya dimaklumkan bahawa pilihan saya untuk sebuah gerai (separuh saja sempat dilawati) bernilai USD14,000. Dan jangkaan pihak koperasi pilihan saya keseluruhan akan bernilai RM250,000. Seronok dan berbesar hati apabila diberi peluang untuk memilih buku untuk meningkatkan ilmu warga uitm.

Harapan saya, agar warga uitm akan membaca dan praktikkan ilmu daripada buku2 yg ada di perpustakaan uitm. Harga sebuah buku mungkin tidak mendorong kita memeilikinya sendiri.

UiTM Jengka

Pagi tadi saya berjumpa dengan pengarah uitm jengka. Beliau amat gembira dengan kehadiran FSR di jengka bermula sem Julai 2009.

Katanya,'Kita jumpa minggu depan 5mei ni'. Maaf doc, saya tak terlibat. Hanya mereka yg tertentu shj yg akan hadir. Tapi saya hargai ketulusan dan keikhlasan uitm jengka untuk menerima kehadiran fsr di jengka. InsyaAllah, seperti biasa, saya akan singgah ke jengka dalam menjalankan ytugas2 rasmi dan tak rasmi saya.

UiTM Jengka amat cemerlang dlm kualiti. Maka mereka amat perihatin dgn kualiti yg bakal dibawa oleh FSR ke UiTM Jengka.

Isnin, April 27, 2009

Semakin Terbukti

Seorang kawan bagitahu saya, 'Si XYZ tu talam dua muka' dgn nada amat marah. Saya kata, 'kan saya dah bagitau awal2 dulu'.

Jawab kawan saya,'Yalah, tapi saya ingin mengalaminya, ditikam dari belakang. Bila dah tahu keperitan barulah mengakui kata2 orang lain'. Ada baiknya apa yg kawan saya lakukan, iaitu mahu mengalaminya sendiri. Beliau tak mahu percaya bulat2. Tapi bagi saya ianya merugiksn beliau.

Maka semakin terserlah integriti seseorang atau sebaliknya dgn perjalanan masa. Sekali kita ditipu, memalukan penipu. Dua kali kita ditipu, memalukan diri kita.

Khamis, April 23, 2009

Pesta Buku 2009

Cepatnya setahun. Tadi saya ke pesta buku 2009, mewakili InED untuk memilih buku bg ditempatkan di sek17.

Tugas dan tanggungjawabnya adalah satu tugas yg amat saya minati. Kenapa? Sebab saya berpeluang berada ditengah 'ilmu'. Maka saya pun menjalankan amanh yg diberi. saya mohon maaf kepada pegawai khas saya yg mengiring saya. Letih dan lenguh rasanya sebab banyak buku2 yg saya pilih. Andaian saya kosnya rm75,000. Dan saya berpeluang lagi makan di riverside restaurant di pwtc.

Jika diberi peluang utk menjalankan amanah ini di masa2 akan datang, insyaAllah, saya terima dgn hati terbuka. Terima kasih koperasi kedai buku uitm kerana memberi peluang saya ke pesta buku 2009.

Rabu, April 22, 2009

Marathon dan Tesis

Saya andaikan pengajian di uitm sebagai satu marathon. Mungkin ada yg setuju, mungkin ada yg sebaliknya.

dan tesis adalah peringkat terakhir marathon. iaitu peringkat larian di dalam stadium, jika garis penamat adalah di dalam stadium. Bagi semester ini, seorang daripada pelajar seliaan saya untuk tesis tidak muncul2 dalam stadium. Dan tadi, hanya 4 drpd 5yg hadir untuk 100m terakhir larian marathon. Ke manakah seorang lagi?

Larian terakhir 50m adalah utk minggu terakhir utk hantar hard cover tesis. Tadi saya raikan 4pelajar saya makan tengahari di hotel uitm. Ianya sebagai motivasi terakhir utk mereka tamatkan marathon mereka dgn jayanya.

Sabtu, April 18, 2009

Cinta Kampus

Bercinta semasa belajar ada pahit, ada manis. Maka pengalaman bercinta di kampus, adalah satu daripada proses mendewasakan kita.

Ada diantara mereka yg bercinta semasa belajar berakhir dijinjang pelamin. Ada yg hanya setakat di kampus sahaja. Ada yg mengatakan bhw mereka yg bercinta semasa dikampus, hanya 2% sahaja yg berakhir dgn perkahwinan dgn pasangan semasa dikampus. Mungkin boleh dilakukan kajian berkaitan perkara ini.

Walau apa pun, cinta yg sejati hanyalah kpd Allah. Jangan lupa untuk sentiasa cintakan Allah.

Jamuan Makan Malam SR113/5

Semalam saya hadir ke jamuan anjuran pelajar sr113sem5 di restoran Tupai-tupai. Hanya 3 daripada 23 pensyarah yg dijemput hadir.

Terima kasih kpd pelajar sr113/5 yg sudi menjemput saya ke tupai2. Steamboat adalah antara makanan kegemaran saya sebab ianya disediakan bersama sup. Majlis sepatutnya bermula pd 8malam. Ramai yg lambat kerana tidak biasa ke tupai2. Lagipun, jalanraya sesak. AlhamdulIllah, perjalanan saya +- 30 minit. Perjalanan balik hampir 45minit kerana Federal Highway dilakukan penurapan pada sektor selepas jalan 222 pj.

Hidup semasa belajar di uitm banyak kenangan. Yang pahit jadikan sempadan, dan yang manis jadikan teladan.

Jumaat, April 17, 2009

Integriti Kita dan Orang Lain

Buah mulut ada yg baik dan ada yg kurang baik. Maka bawalah buah mulut yg baik dan buah tangan yg baik sahaja bersama kita.

Saya suka berterus terang. Maka jika ada kekusutan, saya cuba selesaikan secepat mungkin. Baru2 ini ada yg cuba membuat dua daripada bos2 saya tidak sehati. Orang ketiga tersebut dikenalpasti oleh kedua2 bos saya. AlhamdulIllah, semakin terserlah kewibawaan dan integriti orang ketiga itu. kami sebenarnya dah lama tahu. Beliau akan bermuka2 dgn bos. Tetapi semakin hari, semakin silap langakh beliau. Allah Maha Kaya dan Maha Adil.

Saya sentiasa berdoa agar setiap yang bertemu dgn saya akan terserlah diri mereka yg sebenar. Mungkin dikabulkan Allah menyebabkan mereka yang tiada dapat berselindung daripada kebenaran sentiasa tidak selesa dgn kehadiran saya.

Amanah Tugas Akademik

Amanah tugas akademik juga dikenali sebagai ATA. Ianya menjumlahkan tugas dan tanggungjawab seorang pensyarah berkaitan akademik pada setiap minggu.

InsyaAllah, setelah bertahun2, saya mendapat ATA kurang daripada 20jam seminggu. Walau pun majoriti ATA saya adalah pentadbiran akademik, akademik bukanlah bermaksud memberi syarahan sahaja. Pada umumnya, setiap 1jam ATA memerlukan sekurang2nya 2jam masa kita. Maka, jika ATA adalah 18jam, sebenarnya memerlukan masa kita di uitm minima 36jam. Dan jika ATA kita adalah 25jam, memerlukan khidmat kita untuk uitm minima 50jam. Jadi saya akan berasa hairan jika seseorang itu inginkan ATA yg sangat2 banyak walau pun rekod kehadiran dan sumbangan untuk uitm pada setiap minggu adalah kurang daripada 30jam seminggu.

Adakah kita melakukan ATA kita dengan penuh amanah? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Temu Duga

Pelbagai objektif ingin dicapai melalui temu duga. Antaranya adalah untuk menilai kesesuaian calon dengan jawatan yang dipohon.

FSR mengadakan temu dga untuk calon2 program yg ditawarkan FSR. Proses temuduga sangatlah memenatkan. Pelbagai perkara perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Dan kami jalankan temuduga secara penuh integriti.

tapi, cadangan saya, seperti dahulu juga, mungkin lebih baik jika kita tiadakan temuduga untuk program kita. Ianya akan banyak menjimatkan kos masa dan RM.

Khamis, April 16, 2009

PhD

Ada pelbagai maksud phd. Yang negatif dan yang positif.

Pada 14 april 2009 yg lalu, sdr norasruddin seorg pensyarah di fsr telah menghadiri sesi viva utk phdnya. InsyaAllah, setelah pembetulan dapatlah phd. Bagi seorg akademik, kelayakan phd adalah sangat2 diidamkan. maka jika ada phd dibelakang nama, pengiktirafan adalah pada tahap tertinggi di bidang akademik. Integriti dalam bidang yg kita minati adalah diterima orang lain.

Saya doakan semoga dalam masa terdekat, akan bertukarlah daripada dr madya kpd dr, dan seterusnya kpd prof madya yg diiktiraf dan dihormati.

Khamis, April 09, 2009

Akademik dan fakulti

Menjadi pensyarah ada banyak kelebihannya. Antara lain adalah soal RM.

Maka ada yg menjadi pensyarah kerana jawatan dan gaji pensyarah. Bukannya kerana ingin berkongsi ilmu dgn pelajar. dan mereka ini akan berebut2lah untuk mendapat RM tambahan melalui kerja2 'mengajar' tambahan. Tetapi adakah mereka ini berkongsi ilmu sbgmana diamanahkan?

Ada kawan2 yg hairan bgmana terdapat mereka yg mempunyai amanah tugas yg tinggi tetapi masih lagi ingin lagi banyak. dan kawan2 minta dipantau adakah amanah dijalankan.

Pakar Batu

UiTM mempunyai pakar dalam batu. Penyelidikan adalah berkaitan dgn batu.

Memang saya kagum apabila pakar tersebut berkongsi pengetahuan tentang batu yang ada di taman negara. Banyak maklumat yang boleh diketahui daripada seketul batu. Ianya seperti juga dengan pakar pokok yg mempunyai banyak ilmu berkaitan pokok.

Tapi kita tidak perlukan pakar batu api. Pakar ini cekap melakukan 'kajian' dalam melaga2kan orang. Adakah kerana inginkan kuasa dan jawatan? Mungkin juga lebih layak diberi sebagai pakar laga.

Rabu, April 08, 2009

Penghujung Semester Dis2008 Apr2009

Ding-dong2, dah hampir ke penghujung semester ini. Minggu ini minggu terakhir kuliah. Esok saya ada 3jam terakhir kuliah.

Kejap sahaja setiap semester berlalu. kadang2 rasa macam tak cukup masa. (tapi masih ada masa untuk menjengok blog saya). pengajian forensik perakaunan saya hampir ke penghujung juga. InsyaAllah, satu lagi kumpulan diploma dan ism pelajar fsr melepasi persinggahan perakaunan dengan saya.

tapi kawan ada berkata,'aku tahu bad, walaupun kita rasa tak cukup masa, ada orang yg boleh 'bekerja' sambil lewa sahaja'. Yg penting, pastikan rezeki untuk diri kita dan keluarga kita adalah HALAL.

Tesis Pelajar

Tadi, 4 daripada 6 pelajar yg saya seliakan hadir untuk tunjukkan bab 4 dan 5 tesis mereka. Hanya seorang sahaja yg dapat tunjukkan bab 4 dan 5.

Ada yg masih terkapai2 utk siapkan bab 4 menggunakan spss. Saya nasihatkan supaya berbincang dgn kawan yg sudah hampir selesai tesisnya. Perjumpaan seterusnya adalah pd 15 april ni untuk draf akhir. Pada 24 apr, saya perlu masukkan markah mereka.

saya doakan mereka dapat siapkan tesis sbgmana yg dirancangkan. InsyaAllah, setelah dihantar 'hard cover' kita berkongsi sedikit rezeki.

Malam kecemerlangan pelajar epjj

Hebat. Cemerlang.Tahniah.

Itulah antara ungkapan yang diucapkan oleh tetamu pada majlis tersebut pada 4 april di glenmarie. Salima (AF4) adalah antara artis malam itu. Beliau juga adalah seorang pelajar epjj. Kagum dengan pencapaian akademik pelajar e-p jarang2 jumpa. Ada yang dapat GPA 4.00, ada yg dpt CGPA lebih daripada 3.5. tahniah.

Setiap manusia ada kelebihan yang berbeza. maka corak pembelajaran perlu disesuaikan dengan kelebihan yang ada. bagi pelajar (dan juga pensyarah), disiplin adalah penting untuk fokus terhadap objektif ingin dicapai.

Disiplin dan Rekreasi

Rekreasi adalah satu cabang dalam sukan mengikut seorang pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Maka sukan dan rekreasi tidak boleh dipisahkan.

Ahli sukan perlukan disiplin untuk berjaya. Begitu juga dengan rekreasi. Ada yang salah anggap bahawa sukan dan rekreasi hanyalah untuk 'berseronok', 'buat sambil lewa' dan pelbagai aktiviti yang kurang serious. Maka adalah yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi 'guru' dalam sukan dan rekreasi dan tidak perlu kepada disiplin. Ini adalah anggapan yang SALAH. Disiplin bermaksud seperti pembelajaran. 'Disciple' adalah seorang pelajar.

Jika seorang guru tiada ilmu, maka aktiviti perguruannya adalah juga tiada berilmu. Mungkin ada 'pelajar' yang berminat mempunyai 'guru' seperti ini. baguslah. Memudahkan untuk menilaikan potensi pelajar tersebut.

Selasa, April 07, 2009

Peringatan

Pada usia 1 tahun, kita mungkin kehilangan moyang. Pada usia 20 tahun, kita mungkin kehilangan datuk dan nenek. Pada usia 40 tahun, kita mungkin kehilangan kedua orang tua. Pada usia 60thaun, kita mungkin kehilangan kehidupan di dunia.

Itu hanyalah andaian kasar. Ada yang kehilangan orang tua pada usia belum lagi 20tahun. Ada yg kembali ke rahmatAllah pada usia 40tahun. Biasanya kehilangan mereka yang disayangi pada usia kita yang berbeza2. Tidak semestinya kita baru berusia awal 20an, kita ni masih jauh lagi perjalanan kita sebelum dipanggilNya kembali kepada Nya.

Seorang sahabat yang juga kenalan sejak sekolah rendah kehilangan bonda yang tersayangnya semalam. AlFatihah kepada roh arwah bonda sahabat saya.

Khamis, April 02, 2009

Slumdog Millionaire

Semalam saya menonton cerita SM yg memenangi 8 oscar pada 2009. Cerita yg sangat menarik.

Dalam cerita Slumdog ada banyak pengajaran tentang kehidupan didunia.
1.Kehidupan meraka yg fakir dan miskin 'kais pagi makan pagi,...'
2.Ilmu adalah penting untuk maju dalam hidup
3. Akan ada pihak yg pada mulanya baik dgn kita tetapi sebenarnya berpura2 shj kerana ingin mempergunakan kita
4. Walau pun telah berjaya dari segi kekayaan (halal/haram), masih lagi ingin lebih kaya dan sanggup lakukan apa sahaja
5. Pengalaman yg dihadapi akan meninggalkan kesan yg amat mendalam dlm hidup
dan pelbagai lagi.

Walau pun cerita adalah di India, sebenarnya ianya berlaku di mana2 shj termasuklah di Malaysia. Tahniah kpd mereka yg berani menunjukkan kebenaran.

Rabu, April 01, 2009

Burnout Di Kalangan Pensyarah

Burnout selalunya banyak berlaku dikalangan mereka yg bekerja dgn pelanggan/manusia. Contohnya, pensyarah dgn pelajar.

Kenapa burnout? Mungkin kecewa atau 'frust' kerana ilmu ingin dikongsi pensyarah tidak mahu diterima pelajar. Contohnya, perlunya kpd pematuhan peraturan. Dukacita, pelajar hanya inginkan skrol sahaja, bukannya ilmu semasa di ipt. Ada kalanya kami burnout apabila kami ingin ikuti peraturan tetapi ada pula yg 'tidak berakademik' fikirkan sendiri sahaja.

Pensyarah bukanlah mereka yg nak betulkan kesilapan hasil dari rumah. Pensyarah hanyalah persinggahan untuk berkongsi ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Kesan Futsal 31 Mac 2009

Penat. tapi seronok.

perlawanan selama 2 jam. Pasukan adik saya hanya mempunyai 7 pemain, dan kita bermain 6-a-side. Maklumlah, bagilah peluang kpd kami yg lebih senior 10tahun. Pasukan senior ada 15 pemain. Jadi kami mudah bertukar pemain. Kuranglah penatnya. Pada 1 jam pertama kami teruk dibelasah junior. Dalam tempoh 20 minit (+-), kami ketinggalan 0-4. Jadi giliran pemanas bangku (saya pula masuk bermain). Dapatlah satu gol (hasil passing saya kpd pemain import kami - adik saya di ISN). Lepas tu, saya keluar rehat (rehat 20 minit, main 5 minit). Kemudian setelah rehat hampir 40 minit, giliran saya semula. Dapatlah juga skor satu gol (setelah miss berkali2), itupun hasil lantunan terkena adik saya (pasukan pelawat) dan masuk ke dalam gol.

InsyaAllah, perlawanan persahabatan spt ini akan diteruskan. Tahniah kpd penjaga gol pasukan pelawat yg amat cemerlang.