Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Julai 30, 2013

Produktiviti dan Kemampuan

ramai nak kerja. bukan nak buat kerja tapi nak jawatan. jawatan formal dan tidak formal. dan ramai juga yg dapat jawatan sebenarnya tak mampu berada di jawatan tersebut kerana tiada kemampuan utk produktif di jawatan yg ingin atau sedang disandang/pegang.

peter's principle mengatakan kita akan dinaikkan pangkat sehingkat ke satu tahap kita tidak produktif. ada benar. ada tidak benar. jika kita produktif di jawatan semasa kita pegang maka kita yakin rezeki kita halal. tapi jika kita tidak produktif, bagaimana andaian kita kepada rezeki kita terima?

adakala kita tahu kemampuan kita. adakala kita tak tahu. jika tak tahu, penilaian pihak lain amat berguna. teguran dan peringatan utk kebaikan bersama iaitu diri dan masyarakat. jujur dan ikhlas dalam bekerja amat penting. sedar2lah.

Isnin, Julai 29, 2013

Ilmu dan Malu

ramai yg bertanya,'tak malukah mereka yg buat kesalahan? tak rasa bersalahkah mereka yg buat salah?'.

selalunya yg akan malu (atau sebenarnya bukan tetapi nak lindung identiti) akan sorok muka apabila dibawa ke mahkamah. mungkin utk lindung dikenali dirinya. mungkin utk dilindungi siapa keluarga dan kenalannya.

kebiasaan, yg buat salah akan salahkan orang lain. salahkan ketua. salahkan anak buah. salahkan sesiapa sahaja kecuali dirinya. ianya satu bentuk ego-defence mechanism. saya ada terbaca bhw yg tak tahu malu adalah yg kurang atau tiada ilmu. dan jika tiada ilmu maka akan tiada pula amanah.

Ahad, Julai 28, 2013

Lembu dan Sapi

lembu punya susu, sapi dapat nama. apa beza antara lembu dan sapi? sebab seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semua kerbau yg lain.

siapa lembu? siapa sapi? siapa kerbau? adakah ianya berkaitan dgn namabaik? adakah ianya berkaitan kredibiliti dan integriti?

saya pilih jadi tuan lembu, tuan sapi dan tuan kerbau. apabila telah sampai masanya, kita jual aje lembu, sapi dan kerbau sama ada susu mahupun daging serta tulang.

Pilih Kerja

seeloknya kita dapat pilih kerja yg kita ingin dan boleh lakukan. kita biasanya akan pilih kerja yg kita suka.

kerja yg kita suka ada kaitan dgn mereka yg telah dan akan bekerja dgn kita. pernah saya ditegur kerana buat kerja seumpama 'charity'. dan apabila kerja terhasil, tiada pengiktirafan atau penghargaan. maka saya ditegur kerana seolah2 dipergunakan. seolah2 ditumpang usaha dan hasil kerja saya tetapi yg dapat nama adalah orang lain. insyaallah rezeki ditentukan allah.

memang seronok menumpang nama bagi kebanyakan pihak. ianya utk ganjaran kpd penumpang bukan kepada pengusaha. mungkin sekali dua terlepas pandang. tapi lama2 kita kenal integriti dan kredibiliti yg hanya tahu menumpang. lama2 kita akan tinggalkan dia.

Mencari dan Mendapatkan Masa

kita biasa dgn alasan tak cukup masa. maka kita akan cuba cari jalan utk jimat masa. ada masanya kita tidak lakukan sesuatu dgn sempurna kerana masa yg terhad.

antara utk dapatkan masa yg terasa lebih adalah dgn solat di awal waktu. dan lagi baik solat berjemaah. jika kita niat utk solat berjemaah di surau, insyaallah akan ada masa utk ke surau utk solat berjemaah. ianya berkaitan niat. insyaallah, kita akan sempat utk berjemaah di surau. niat berkait dgn usaha. dan jika niat dan usaha adalah utk kebaikan, insyaallah ianya tercapai.

kita biasa dgn kerja di hujung masa. maka hasil mungkin tidak sebaik jika dilakukan bermula di awal masa. ianya berkaitan pengurusan masa. dan masa adalah milik allah jua.

Khamis, Julai 25, 2013

Motivasi dan Produktiviti

produktiviti boleh dikaitkan dgn motivasi. motivasi boleh secara dalaman dan boleh secara luaran.

faktor dalaman adalah yg menolak kita untuk melakukan sesuatu. manakala motivasi luaran adalah faktor yang menarik kita untuk melakukan sesuatu. motivasi boleh berbentuk fizikal dan bukan fizikal. lain orang lain faktor motivasi mereka.

bagaimana sudah tiada motivasi? ianya boleh dikatakan seperti sudah 'burnout'. tiada lagi yg boleh menolak atau menarik kita utk menjadi produktif. maka yg terbaik bagi siempunya badan adalah mencari tempat lain utk membolehkan beliau produktif dan bukan makan gaji buta.

mengukur kekayaan

Bagaimana kita ukur kekayaan kita? Pendapatan bulanan? Saiz rumah? Harga kereta? Jenama dan harga pakaian? Tempat kita makan?

Lain2 mungkin tempat kita bercuti. Bilangan harta? Siapa keluarga kita? Siapa kawan kita? Ada yg ukur nilai hutang. Maka kekayaan biasa diukur secara subjektif. Secara nilai material. Form over substance.

Jika saya guna teori maslow, saya akan ukur ikut peringkat keperluan dipenuhi. Tetapi tidak bermakna jika kita di peringkat tertinggi maslow bermakna kita tergolong dari mereka yg terkaya sebab bg saya teori maslow ada kaitan dgn nafsu.

Rabu, Julai 24, 2013

jika dimurahkan rezeki

Rezeki ketentuan allah. Ada yg baik akan dpt banyak. Ada yg tak baik dpt banyak rezeki juga.

Jika dimurahkan rezeki, sy mungkin berpeluang ke 3 organisasi berbeza. Dipinjamkan. Saya dah ditawarkan oleh 3 bos dari organisasi berbeza yg kebetulan kesemuanya duduk semeja. Andaian terkini, mungkin berpeluang juga ke 2 kementerian berbeza.

Soalan saya ajukan kpd yg sudi jemput saya bekerjasama dgn mereka adalah boleh saya memenuhi harapan mereka dgn tugas dan tanggungjawab yg akan diamanahkan. Dan jawapan diterima hampir serupa iaitu mereka yakin dgn kemampuan saya.

Terima kasih kpd yg sudi tawarkan peluang kpd saya. Pesan bonda, solat istikarah. Saya sentiasa berdoa utk rezeki yg halal.

Ahad, Julai 21, 2013

Sayur dan Sandal

selepas zohor tadi ke aeon big (dulu carrefour) subang jaya. pergi membeli barang dapur dan bukan barang dapur.

elok jika diletak gambar dan nama jenis sayur dan buah. nama kena letak dlm bahasa inggeris dan bahasa melayu. maklumlah masih tidak pandai membezakan jenis2 sayur. kalau carrot tahulah. bawang pun kalau tak diletak nama boleh silap beli.

sebelum beli sayur ke tingkat atas. dah ada jenis seliper murah macam sandal. tapi mudah koyak. maka tak jadi beli. tengok sandal yg biasa beli dan pakai, tapi takde saiz. harga dah turun bagi sandal model lama. tengok sandal tadi teringat dgn zaman sekolah berasrama dimana kami perlu memiliki sandal. dan dulu2 beli sandal di kedai bata.

Bazar Ramadan 1434

tadi ke bazar ramadan mencari juadah utk berbuka puasa pada hari ini. tahun ini ke bazar di usj4. bazar di ss18 tak dibuka kerana terletak bersebelah pembinaan laluan lrt/mrt.

saya rasa bilangan gerai di bazar usj4 lebih banyak drpd bilangan di ss18. mungkin ada peniaga bazar ss18 berniaga di ujs4 pada tahun ini? atau memang bilangan peniaga di usj4 lebih ramai drpd di ss18. yg penting bagi pengunjung adalah kebersihan dan juadah dijual.

ayah mencari laksam. adik pesan air tebu. kebetulan ada popiah basah walaupun tak sama popiah basah sek14 petaling jaya. emak pesan nasi kerabu. ikan bakar yg ada kurang menarik utk dibeli kami. memang seronok ke bazar ramadan. tahun ini tiada peluang ke bazar ramadan kg raja, besut sebab rancangan awal terpaksa dibatalkan. dan kami juga telah lama tak ke bazar ramadan pasir putih kelantan kerana dah beberapa tahun beraya di lembah kelang.

bau dan suasana bazar ramadan adalah antara 'trademark' bulan ramadan. apabila ke bazar memberi peluang bertemu kenalan yg pada bulan biasa jarang dapat bertemu. semoga dipanjangkan umur untuk melawat bazar ramadan 1435.

Pemurah dan Pengasihani

kita yg muslim akan membaca ayat ini 17 kali sebagai pembuka surah alfatihah 'dengan nama allah yang maha pemurah lagi pengasihani' iaitu setiap rakaat solat fardhu. kemudiannya di ayat ke 3 iaitu setelah membaca ayat ' segala puji kepada allah tuhan sekian alam' diikuti dgn ayat 'yg maha pemurah lagi pengasihani'. maka kita baca ayat ..pemurah dan pengasihani minima 34kali sehari.

ada yg berkata bahawa jika kita sendiri menjadi seorang yg pemurah dan pengasihani bermakna kita faham maksud ayat tersebut dari peringkat bacaan menjadi peringkat amalan. apabila kita sedar maksud seorang yg pemurah dan pengasihani, maka kita akan kurang menjadi seorang yg kedekut dan tidak pengasih sama ada kpd sendiri atau kpd makhluk lain.

bacaan adalah belajar, amal dan ajar. jika hanya baca tanpa belajar iaitu faham maksud dan mengamalkannya, kita masih sekadar mengulang tanpa atau kurang ilmu. membaca juga doa. maka apabila kita baca kita berdoa iaitu mengharapkan. sekadar berkongsi pandangan.


Sabtu, Julai 20, 2013

Syok Sendiri

ramai drpd kita syok sendiri. termasuklah saya.

ada bagusnya bila syok sendiri. ada juga tidak bagusnya. kita fokus kpd kesan yg bagus. beberapa hari yg lepas saya hadir ke majlis dimana perlu ada syok sendiri. ianya berkaitan minat. berkait dgn bakat dan kebolehan. berkaitan dgn jaringan kenalan.

syok sendiri yg bagus boleh membantu memajukan dan membangunkan diri, masyarakat dan alam sekitar. kita mula dgn minat. belajar baiki kebolehan. mendapat mentor menggilap bakat kita. dan seterusnya melalui jaringan mendapatkan hasil berbentuk kewangan dan bukan kewangan.

elakkan syok sendiri yg hanya pentingkan diri tetapi memusnahkan dan menyusahkan masyarakat dan alam sekitar. yg mana satu kita?

Khamis, Julai 18, 2013

Bangun Bersama Kawan

bangun di sini bermaksud membangun. berkembang dlm pelbagai perkara secara positif.

pagi tadi saya hadir ke satu majlis menggalakkan pensyarah menjadi usahawan. ianya anjuran dua bahagian diketuai oleh dua kawan. saya hadir mewakili seorang bos saya. sebenarnya saya memang berniat utk hadir apabila tahu tentang majlis tadi. cuma tidak berpeluang hadir utk pamerkan bahan inovasi saya.

seronok di majlis dapat berjumpa kawan2 dari fakulti dan kampus serta bahagian lain di uitm. ada dari perak. ada dari negeri sembilan. ada dari kelantan. ada dari sarawak. dan lain2 tempat. ada yg dah lama tak berjumpa maka banyak soalan untuk dijawab. antara jawapan saya adalah saya dah setahun di fsr. ada juga pelajar saya. ada bekas pelajar saya.

dan apabila seorang drpd tuanrumah menyebut nama saya berkali2 kerana membantu beliau menjalankan tugasnya, semasa lawatan ke gerai2 terasa sedikit glamer. syok sendiri..hehehe. pengajaran adalah kita perlu bekerjasama dgn kawan utk sama2 maju dlm pelbagai bidang utk bersama menikmati hasil usaha bersama.

30

semalam solat terawih bersama emak dan ayah. kami solat di rumah kerana emak rasa penat nak ke surau. saya rasa begitu juga ayah saya. maklumlah kedua2nya dah berusia melebihi 65tahun.

saya terfikir. 30 tahun dahulu, 1983 saya masih di sekolah menengah. adik bongsu baru 4tahun. emak 38. ayah 45. emak dan ayah saya rasa lebih sihat drpd sekarang. tapi kedudukan kewangan sebaliknya.

semalam saya di universiti tetapi belajar dan mengajar. adik bongsu dah tamat sarjana dan memangku jawatan tinggi. emak dah 68. dan ayah 75. kedua2nya kelihatan penat dan kurang sihat berbanding 30tahun dulu. alhamdulillah kedudukan kewangan selesa.

bagaimana 30tahun akan datang? pada 2043.jika dipanjangkan umur, adik bongsu dah 64. saya 76. emak 98. ayah 105. masihkah kami semua berupaya utk solat terawuh bersama? semoga kita semua dipanjangkan umur dan sentiasa sihat badan dan minda untuk membolehkan kita menambah bekalan di hari akhirat.

Selasa, Julai 16, 2013

Kawan dan Kerja

kawan boleh buat kerja jadi baik. kawan boleh buat kerja jadi kurang baik.

tadi dua orang kawan datang jumpa saya. mereka saya minta tolong saya untuk perbaiki prestasi organisasi. alhamdulillah, setakat ini ada nampak perubahan positif kepada organisasi. walau pun ada beberapa staf organisasi yg masih dgn cara lama cara tiada atau kurang produktif.

kata seorang kawan, 'bagaimana boleh ada orang yg buat salah rasa tak bersalah? dapat gaji tapi tak produktif. malah menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan organisasi.' saya tak tahu nak jawab sebab saya bukan seperti itu (rasa2nya).

jika saya rasa saya menghalang kemajuan atau tidak membantu organisasi, kebiasaannya saya akan beredar. ianya untuk mengelakkan tambah dosa mereka yg terlibat termasuk saya.

Isnin, Julai 15, 2013

Air Batu

semasa membuat air batu tadi, teringat kisah air batu dan pelbagai peristiwa.

emak ada bercerita bagaimana pada bulan puasa semasa dia kecil, air batu dibeli dan akan disalut dgn habuk kayu utk elak cair dgn cepat. saya teringat kpd berpuasa di kampung dan akan beli airbatu yg banyak utk berbuka kerana ramai warga yg ada di dlm rumah, yg balik dari serata tempat utk beraya di kampung.

saya teringat semasa arwah datuk berniaga kedai runcit dan antara barangan dijual adalah air batu. air batu akan dibuat dalam bekas dan air batu akan digergaji kpd 3bahagian utk dijual pada harga 20sen satu.

arwah datuk juga pernah menjual air batu parut. iaitu airbatu yg diparut macam airbatu utk abc sekarang tetapi disiram dgn sirap dan susu shj. best apabila dimakan dgn roti. dulu tak terfikir nak campur airbatu parut dgn ais kerim. mesti lagi sedap.

Buka Puasa Yang Mahal

sudah dua hari berbuka puasa mahal. semalam dan hari ini. pilihannya tak terawih di  surau.

buka puasa semalam dan hari ini mahal dan susah nak diletak kos harga. kalau kat hotel tentulah rm100. tapi yg mahal bagi saya adalah nilai dapat berbuka puasa dgn saudara mara. semalam dgn seorang pakcik dan keluarganya. hari ini dgn seorang pakcik dan seorang makcik sekeluarga. menu semalam menu masakan siam. hari ini masakan arab dan nasi beriani. kos dlm rm tidaklah mencapai kos berbuka dihotel. nilai yg mahal adalah dapat berbuka dgn ahli keluarga yg hanya dapat dilakukan setahun sekali.

walaupun kos makanan tidak semahal di hotel tetapi nilai kemesraan tidak dapat dinilai. nilai mahal adalah dapat bersama berkongsi rezeki bersama ahli keluarga.selepas berbuka, dapat pula berterawih dgn ahli keluarga. alhamdulillah.

Sabtu, Julai 13, 2013

Kereta dan Kos Selenggara

selalunya kita masa nak beli kereta, kita hanya ambilkira harga dan bayar bulan2 aje. kita jarang ambil kira kos selenggara.

setiap bulan kita selalu risau tentang bayar bulan2 pinjamana kereta. kos minyak, tol, parking dan pelbagai lagi kita lupa atau jarang ambilkira. secara purata saya andaikan kalau kereta harga rm30ribu, minyak rm300 sebulan, tol boleh capai rm300 sebulan, dan parking juga boleh capai rm300 sebulan. bayar bulan kereta rm300. jadi kereta harga rm30ribu akan kos rm900 sebulan.

selenggara bulanan dan cukai jalan serta insuran boleh dikatakan purata rm150 sebulan atau rm1,800 setahun. maka kemingkinan kos bulanan utk kereta berjalan dan selenggara secara kasar adalah rm1,050 iaitu sebanyak rmrm12,600 setahun. iaitu bersamaan 42% drpd harga kereta. jadi sebelum beli kereta atau nak simpan kereta kena fikir dulu adakah ianya akan menjimatkan atau sebaliknya.

Makanan, Harga dan Tanggungjawab Kita

saya tak nak berkata2 tentang juadah berbuka. saya nak menulis tentang kepentingan makanan dan kita.

setiap manusia perlu makan. maka industri pemakanan amat penting bagi sebuah negara. rakyat yg kelaparan adalah rakyat yg tak puas hati. rakyat boleh jadi lapar kerana tak mampu beli makanan. maka sesiapa yg melakukan perbuatan utk meningkatkan harga makanan adalah sebenarnya nak memporak-purandakan sebuah negara melalui huru-hara.

bagi seorang muslim, makanan halal adalah penting. bukan sahaja jenis makanan seperti haiwan itu mesti halal utk dimakan, tetapi juga ianya perlu disembelih mengikut keperluan islam. dan haiwan tersebut perlu dibela secara islam iaitu pemakanan juga perlu halal. maka harga makanan haiwan memain peranan penting dalam menentukan harga makanan kita.

kita bertanggungjawab utk pastikan makanan kita dan umat islam adalah halal dan murah. ianya mungkin berkaitan dgn kefakiran akan membawa kepada kekafiran?

Jumaat, Julai 12, 2013

Poso di Kelate

pada 10-11 jul 2013 saya di kota bharu kelantan. iaitu pada 1 dan 2 ramadan 1434 saya berada di kampung saya.

saya rasa ianya kali pertama saya berpuasa pada 1 ramadan di kelantan. seingat saya. dan saya telah bermalam sangat hampir dgn tapak rumah arwah nenek saya. alamat lama rumah nenek saya adalah di jalan post office lama. ianya alamat  utk mengirim kad hari raya dulu2. hotel dimana saya tinggal lebihkurang 100 meter drpd tapak rumah nenek saya. hotel tu terletak ditapak taman sekebun bunga. tamana yg sebenarnya tempat makan dan dimana nenek akan pesan kpd saudara utk belikan nasi kung berlauk kari ayam untuk makan malam saya.

walau bagaimana pun, saya berbuka puasa di sebuah restoran baru di jalan tok hakim(?). selain berbuka di hotel atau di kfc, yg terdekat dgn hotel adalah restoran tersebut. dan saya bersahur di hotel shj. nak keluar makan colek pada malam hari pun tak larat sebab seharian dgn staf uitm machang iaitu dari tiba di awal pagi sehingga jam 6.30ptg.pada hari kedua juga sibuk dgn staf uitm kelantan sehingga pukul 3ptg.

Selasa, Julai 09, 2013

Pejabat Baru?

pagi tadi berjumpa sahabat lama. dia sekarang di pejabat lama saya.

kursus selama dua hari dapat berjumpa sahabat2 lama. yg sbg penceramah. yg datang sbg jemputan. yg pernah bekerja di pejabat sama.

ada yg bertanya saya di mana pejabat saya sekarang. ada yg tersilap ingatkan pejabat saya berhampiran tempat kami berjumpa tadi. maka saya jelaskan bhw saya dah setahun kembali ke fakulti.

dan perjumpaan petang tadi satu soalan diajukan adalah 'bila habis phd?'. setelah beberapa minit saya bertanya kpd sahabat yg bertanya,'kenapa bertanya? ada sebab tertentu ke?'. adakah nak tawarkan saya ke pejabat baru? hmm..kalau dipinjamkan, kena diberi kenaikan 2 gred.

Ramadan Ini

bersama kita berdoa semoga ramadan kali ini adalah ramadan yg lebih baik bagi kita semua. andaikan seolah2 ramadan ini adalah ramadan terakhir kita.

bersamalah kita berusaha untuk mendapatkan keberkatan dan nikmat ramadan. seorang penceramah menyatakan bahawa ibadah solat wajib dilakukan dalam bulan ramadan dapat memberi ganjaran berlipat kali ganda. begitu juga ibadah solat sunat akan membolehkan kita mendapat pahala yg berganda.

tapi janganlah kita hanya fokus kepada puasa tetapi solat dilupakan. solat adalah rukun islam kedua. berpuasa di bulan ramadan adalah rukun islam ketiga. dan jangan lupa utk mengucap dua kalimah syahadah pada setiap hari. ada syarat wajib puasa. ada syarat sah puasa. kalau tak tahu bertanyalah.

selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan ini. juga semoga kita mendapat keberkatan utk kejayaan dunia dan akhirat.

Isnin, Julai 08, 2013

Ilmu dan Jenazah

tuntutlah ilmu sehingga jadi jenazah. jangan sehingga dapat ijazah sahaja.

hari ini dan insyaallah esok saya akan berkursus tot untuk modul kemahiran insaniah - ki, anjuran bersama hep fsr dan hep. peserta termasuk luar fsr. dari fsr terdiri drpd staf akademik dan pentadbiran. kursus kali ini kerana dah versi 2.0 modul ki hep uitm. spt dinyatakan fasi dan penceramah, saya terlibat dgn versi terdahulu.

penceramah dan fasi berseloroh menyatakan kerana saya dah ada, saya patut bagi ceramah. saya senyum sebab bagi saya penceramah dan fasi jemputan adalah lebih sesuai berbanding saya. terima kasih kpd tuan rumah yg sudi jemput saya. terima kasih kpd penceramah dan fasi. terima kasih kpd para peserta yg sudi hadir utk kebaikan bersama - diri dan pelajar uitm serta masyarakat.

Ahad, Julai 07, 2013

PhD, Sarjana dan Ilmu

staf akademik di ipt amat digalakkan utk belajar sehingga mendapat phd-ijazah sarjana kedoktoran. dalam bahasa orang putih-philosophical doctorate degree.

makcik saya maklumkan bhw ada phd bermakna kita amat pandai melakukan penyelidikan. kita bukan pakar dlm bidang yg kita kaji secara meluas tetapi secara mendalam shj. seorang yg mempunyai sarjana muda, sarjana secara kerjakursus dan phd dalam bidang sama adalah diandaikan terbaik dlm bidang tersebut. jika kita mempunyai 2 drpd 3 peringkat ijazah dlm bidang sama diandaikan kita lebih baik drpd yg hanya punyai 1 shj ijazah dlm satu bidang. diandaikan kita mempunyai pengetahuan luas dlm satu bidang jika kita punyai sarjana asas atau sarjana pertama atau sarjana muda di bidang tersebut. ini adalah andaian.

sebagaimana pangkat kebesaran spt datuk, phd juga ada beberapa peringkat. usaha berilmu, anugerah dan hasil orang lain. seorang sarjana biasanya dikaitkan dgn tahap ilmu pengetahuan seseorang. ianya berkaitan pengiktirafan pihak lain terhadap kita. bukan kita mencanang2 spt mengetuk tong kosong.

Jaga Exam dan Sihat

jaga exam ini berkaitan mengawas peperiksaan. pagi tadi, pagi ahad saya antara bertugas mengawas peperiksaan. ada 2lagi pensyarah bersama saya dari fsr.

selalunya kita fikir tugasan jaga exam satu tugasan membosankan. kita dah set minda kita sedemikian. ramai drpd kita yg set jaga exam satu tuags yg berat, bosan dan adakalanya satu hukuman atau deraan. maka ramai set minda jaga exam satu aktiviti yg negatif. kesannya kita akan rasa jaga exam aktiviti tak sihat.

cuba kita ubah minda kita dan set jaga exam sbg satu nikmat. jaga exam adalah hadiah utk kita menjaga kesihatan kita. mulakan dgn senyuman. kemudiannya gunakan peluang utk meronda2 dalam bilik peperiksaan untuk capai 10,000 langkah utk kesihatan kita. jika kita banyak berjalan semasa jaga exam, kita boleh kenal latarbelakang pelajar kita dgn lebih baik juga. harap2 ramai pada sem depan akan suka dan rela jaga exam.

Sabtu, Julai 06, 2013

Siapa Kaya?

kita biasanya dikatakan kaya kalau berpangkat. kita diandaikan kaya jika berumah besar. kita biasa juga dianggap kaya jika berkereta mahal dan berjenama. kita akan biasa dikatakan kaya dgn cara berpakaian berjenama dan mahal. dan kita akan diandaikan kaya jika kita sentiasa makan di luar dan mahal.

maka kita biasa anggap orang kaya adalah yg banyak duit utk berbelanja utk diri sendiri. kita jarang anggap sesesorang itu kaya jika dia sudi bermurah hati dgn orang lain. ini biasanya dibagitau oleh mereka yg lebih berusia dan tahu drpd kita. dan kita anggap definisi kaya ini adalah betul dan tetap.

kita membaca 'dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani'. pemurah adalah di dunia. pengasihani di dunia dan akhirat. maka jika kita anggap kita kaya, maka kita seeloknya juga seorang yg pemurah dan pengasih kpd makhluk allah yg lain selain manusia. bagi saya, seorang yg kaya adalah yg bersedia bermurah hati dan kasih kpd yg kurang mampu. bukan yg kedekut atau sombong.

Jumaat, Julai 05, 2013

Kawan Tak Berkawan

kita dnasihatkan untuk berkawan biar beribu. dan jangan mencari lawan walaupun satu.

maka kita akan sentiasa cari kawan. dan sentiasa mengelak mencari lawan. banyak kebaikan mempunyai kawan. begitu juga banyak kebaikan jika tiada atau kurang lawan. walaupun sebenarnya elok juga ada lawan. perkaitan saing dalam bahasa kelate bermaksud kawan dan juga lawan. kedua2nya untuk membantu kita supaya jadi lebih baik.

masalah apabila kawan kita tak berkawan dgn kawan kita yg lain. kita tersepit di tengah2. mana satu nak kita sokong? seeloknya kita ingin kedua2nya menang dlm persaingan. dan jangan kita menjadi mangsa dalam persaingan mereka.

kawan atau lawan, iaitu saing kita adalah untuk kebaikan kita bersama.

Khamis, Julai 04, 2013

Orang Kaya dan Saya

hari ini terasa seperti orang kaya. sebab pandu kereta baru ke pejabat. kereta dimilikki adik saya.

saya pandu ke pejabat sebab ada beberapa kawan di fakulti minta dibawa kereta baru ke pejabat utk mereka lihat. jadi di epjabat tadi saya macam nak jual kereta. beberapa kawan menilik kereta baru. walaupun sebenarnya mereka dah pun menilik semasa di bilik pameran. dan ada diantara mereka yg telah pun menempah kereta jenis sama cuma warna berbeza. seorang lagi akan memilih kereta sama dan warna sama dgn kereta saya pandu hari ini.

seronok juga bawa kereta baru. terasa saya macam orang kaya kerana pandu kereta yg harganya tinggi. tapi saya sedar realitinya saya tak mampu milikki kereta yg saya pinjam hari ini. bajet melebihi kiraan saya iaitu harga kereta secara kasar kita mampu milik/beli bersamaan 10bulan gaji. tapi jika ada rezeki menumpang kereta yg baik, alhamdulillah walaupun bukan milik sendiri.

Meminta Sedekah atau Belas Ikhsan atau Berusaha

tadi semasa menjamu makan tengahari, saya dikunjungi beberapa orang untuk mendapatkan wang drpd saya. mereka yg datang drpd pelbagai peringkat umur.

yg pertama seorang memakai kopiah dan menjual makanan kering. beliau menyatakan.'tolonglah pakcik'. yg kedua memakai kopiah dan membawa kertas memungut derma. yg ketiga seorang remaja warga asing bertudung berbaju kurung menjual tisu. seorang berkopiah dan emmbawa surat bankrap. dan yg terakhir sekumpulan 3 remaja (filipino?) bermain gitar sambil mendendangkan lagu. kesemuanya mengharapkan imbuhan samada melalui pembelian barangan, perkhidmatan nyanyian atau derma.

saya tidak menghulurkan sebarang wang. bukan sebab saya kedekut. tapi sebab saya tak setuju cara mereka nak mendapatkan wang. cara2 mereka menyebabkan ramai pengunjung rasa tidak selesa dgn kehadiran mereka dan cara tujuan kehadiran mereka. mungkin ada diantara mereka yg benar2 jujur dan ikhlas dlm usaha mereka. tetapi ramai yg mengambil peluang utk mendapatkan wang secara senang.

kpd yg nak menderma, salurkan melalui zakat. kpd yg nakkan duit, berusaha secara jujur dan ikhlas serta elak gunakan imej islam utk meraih simpati.

Rabu, Julai 03, 2013

Kereta Baru

seronok juga pergi melihat kereta baru. saya ke bilik pameran chery, nissan, ford, kia dan proton. lain jenama lain layanan diterima.

di chery, walau seorang jurujual, dia mesra melayan bakal pelanggan. di nissan saya jengok sekejap shj. di ford, saya try duduk dlm beberapa buah kereta dan mendapat layanan cemerlang daripada jurujual. di kia jurujual sibuk dgn pelanggan lain. di proton walau keadaan bilik pameran kurang menarik tetapi layanan baik.

memang seronok cuba kereta baru. cuma melihat kepada harganya, yg paling murah harganya beza rm10ribu drpd flat yg saya beli. kereta lain lebih mahal drpd flat saya. takpelah, buat seketika terasa seolah macam orang banyak duit. saya sekadar memandu kereta baru saudara shj.

Kenalan Baru

mereka berdua telah lama saya lihat di surau dekat rumah. mungkin mereka lebih dahulu ke surau daripada saya.

sudah beberapa kali saya duduk semeja dgn mereka utk makan malam selepas majlis bacaan yasin dan tahlil arwah. baru tadi saya tegur mereka. seorang berasal dari pakistan. dari daerah yg mereka gelarkan alps pakistan. beliau belajar di sebuah ipts. seorang lagi dari surabaya indonesia. beliau bekerja sbg buruh kontrak. dan telah lama berada di malaysia.

mungkin kesan belajar kaunseling menyebabkan saya cepat nak tegur orang yg belum dikenali. ada masa hasil kurang menarik spt yg ditegur kurang mesra. tetapi lebih banyak hasil yg positif dimana apabila berjumpa seterusnya, kenalan baru akan menyambut dan menegur saya dgn senyuman mesra.

Setia Kawan

tadi bersama kawan2 yg dikenali agak lama. ada yg sejak sekolah menengah. ada yg sejak sekolah rendah. dan ada yg sejak tadika.

berada bersama mereka yg kita kenali dan rasa seronok dgn kehadiran mereka membuat kita bersyukur kpd yang maha kuasa. bersama kawan2 mengingatkan kenangan manis dan pahit. bersama kawan2 mengingatkan kita bahawa masa kita bersama semakin sedikit di dunia ini. kawan2  yg telah tiada mengingatkan kita bahawa kita juga akan kembali kpd yang maha kuasa.

bersama kawan2 membolehkan kita lupa sementara masalah kita. kawan2 membolehkan kita ketawa dan sedih bersama tanpa perlu segan silu. bersama kawan2 tadi membuat kita lupa seketika usia kita. di akhir pertemuan tadi kami saling mengucapkan salam ramadan dan berharap akan berjumpa lagi. terima kasih kawan2. setiakawan bukan membabi buta. setiakawan kerana keikhlasan dan kejujuran.

Sedia Bergerak

kita seeloknya sentiasa berada dlm keadaan bersedia utk bergerak. sama ada kerana tugas atau sebab lain.

saya banyak kali kena bergerak berkaitan tugas/kerja. ada kalanya arahan atau permintaan diterima pada saat akhir. memang ada kalanya rasa tak puas hati. tapi seeloknya ditanya untuk difahami kenapa arahan datang secara tiba2.ada masanya keputusan utk bergerak dibuat dalam sekelip mata. jika kerana perasaan, elok difikir dulu sebelum bergerak. jika telah difikirkan, mungkin elok difikir kali kedua.

saya juga biasa melepaskan jawatan. ada yg bagitau bahawa saya memang macam tu. iaitu saya ni jenis tinggalkan kerja separuh jalan. tapi pada pandangan saya, jika ada saya pun tidak akan menjadi satu yg positif sama ada kpd diri sendiri atau organisasi, elok saya tinggalkan organisasi.

memang saya banyak kali ditanya sama ada saya tak menyesal ke meninggalkan jawatan yg dipegang. pemahaman saya, rezeki ada di mana2. hendak atau tidak. saya tak suka memegang jawatan atau makan gaji atau terima hasil yg bukan hak saya kerana bukan usaha saya. dan saya alhamdulillah ada yg bertanya utk menawarkan jawatan kpd saya. secara tidak rasmi dah pun satu bintang. hehehe. mungkin selepas ni secara tak rasmi 2bintang. hanya dalam hati sahaja.

Isnin, Julai 01, 2013

Bahasa Orang Putih

bahasa orang putih yg biasa kita guna dan rujuk adalah bahasa inggeris. english language. tetapi sekarang pun sudah ramai yg boleh berbahasa orang putih lain seperti bahasa perancis, bahasa jerman, bahasa itali dan lain2 lagi.

antara keunikan uitm berbanding ipta lain adalah penggunaan bahasa inggeris sbg bahasa pengantar. maka hasilnya graduan uitm (dulunya itm) menjadi pilihan berbanding graduan ipta lain utk organisasi yg menggunakan bahasa inggeris. kefasihan berbahasa inggeris adalah hasil kemampuan pensyarah dan pelajar menguasai bahasa inggeris utk peningkatan ilmu.

walau bagaimana pun, beberapa faktor menyebabkan kefasihan dan kemampuan menguasai bahasa inggeris merudum. antaranya apabila medium atau bahasa pengantar di sekolah menengah pada penghujung tahun 70an berubah daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu. maka cikgu dan pensyarah kurang fasih berbahasa inggeris. kesannya juga pelajar fasih berbahasa inggeris.

jika kedua2 pihak tidak berusaha memperbaiki kefasihan dan kemampuan berbahasa inggeris, perkongsian ilmu melalui bahasa inggeris tidak akan mencapai tahap cemerlang. kita berbahasa orang putih bukan utk bermegah tetapi utk membolehkan kita berdayasaing di peringkat global sama2lah kita baiki kefasihan berbahasa inggeris.

Kerja, Kita, dan Kepuasan

saya pernah buat kajian tentang kepuasan kerja. ada yg sangat puas dgn kerja mereka. ada yg tak puashati dgn kerja mereka. biasalah. manusia tak akan sentiasa puas. tahap kepuasan biasanya berubah. jarang kekal.

lain orang lain tahap kepuasan. saya suka jika kerja bukan berpencen. maksud saya jika kita kerja kerana harapkan pencen bakal didapati menjadi tujuan bersama sebuah organisasi. ada yg tujuannya bersama organisasi bukannya sebab nak jalankan tugas dan tanggungjawab yg diamanahkan. maka jika demikian akan ada yg mahukan jawatan tapi bukan kerja yg datang bersama. dan ramai yg sedemikian tidak mempunyai ilmu utk menjalankan tugas yg diamanahkan.

masalah berlaku jika ada yg tak diperlukan berdasarkan produktiviti. jika sudah jawatan tetap dan berpencen, maka akan jadi masalah utk organisasi dan kakitangan. bagaimana nak pastikan kedua2 pihak sama puashati sehingga kakitangan pencen? maka saya suka dgn konsep kerja kontrak. ianya dikaitkan dgn produktiviti. bagus produktiviti, kontrak disambung. jika sebaliknya, seeloknya bersamalah dgn organisasi lain.

Rumah dan Ramah

dah pergi pusing2 banyak bank. jumpa pegawai bertanya tentang pinjaman perumahan.

mengikut cuepacs, 45% kakitangan kerajaan belum milikki rumah sendiri. saya tergolong dlm kumpulan ini. maka setelah bersetuju utk membeli sebuah rumah pelik, iaitu rumah di awan-awangan, misi mendapatkan pinjaman perumahan dilakukan.

spt saya maklumkan terdahulu, wakil bank menyatakan tiada pinjaman utk nilai rumah yg ingin saya beli. mungkin bank tidak lagi memberi perkhidmatan utk yg kurang mampu menguntungkan bank dgn besar2an. mungkin sebab saya bukan mereka yg dapat hasilkan keuntungan tahunan berbilion rm kpd pihak bank.

maka kesemuanya menasihatkan saya utk memohon pinjaman peribadi. jumlah keuntungan kpd ihak bank adalah melebihi 30%. ada sehingga 40%. malah ada sehingga 65%.

tapi alhamdulillah, kesemua pegawai bank yg saya jumpa ramah semasa berbincang dgn saya. terima kasih. akhirnya saya pilih bank yg berada di dlm uitm. sebab lebih saya kenal dan ramah dgn pegawai tersebut yg juga orang kampung.