Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Julai 03, 2013

Setia Kawan

tadi bersama kawan2 yg dikenali agak lama. ada yg sejak sekolah menengah. ada yg sejak sekolah rendah. dan ada yg sejak tadika.

berada bersama mereka yg kita kenali dan rasa seronok dgn kehadiran mereka membuat kita bersyukur kpd yang maha kuasa. bersama kawan2 mengingatkan kenangan manis dan pahit. bersama kawan2 mengingatkan kita bahawa masa kita bersama semakin sedikit di dunia ini. kawan2  yg telah tiada mengingatkan kita bahawa kita juga akan kembali kpd yang maha kuasa.

bersama kawan2 membolehkan kita lupa sementara masalah kita. kawan2 membolehkan kita ketawa dan sedih bersama tanpa perlu segan silu. bersama kawan2 tadi membuat kita lupa seketika usia kita. di akhir pertemuan tadi kami saling mengucapkan salam ramadan dan berharap akan berjumpa lagi. terima kasih kawan2. setiakawan bukan membabi buta. setiakawan kerana keikhlasan dan kejujuran.

Tiada ulasan: