Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 31, 2008

Merdeka dan Kita

Kita semua adalah hamba Allah. Tuhan Yang Satu, Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah.

Walau pun kita adalah hamba Allah, kita bebas melakukan apa yang kita inginkan. Kita merdeka untuk melakukan apa yang kita ingini. Tetapi kebebasan dan kemerdekaan bukanlah menyeluruh dan tanpa batas. Kita mesti rujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadith sebelum melakukan sesuatu kerana Al-Quran dan Al-Hadith adalah panduan untuk kita semua.

Kita bebas dan merdeka hidup di dunia untuk menentukan kehidupan kita di akhirat nanti. Janganlah kita salahkan orang lain jika kita memilih untuk merana di akhirat. Semoga kita selamat dunia dan akhirat.

Jumaat, Ogos 29, 2008

Konvokesyen

Majlis konvokesyen adalah saat yang membanggakan para hadirin majlis. Graduan berbangga berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Keluarga gembira kerana graduan membuktikan bahawa ahli keluarga berupaya mendapat pendidikan tinggi. Para staf uitm gembira kerana berjaya membawa sebuah lagi kumpulan bumiputera meningkatkan diri mereka melalui pendidikan.

Kita patut bersyukur dengan kejayan yang kita capai. Kita faham bahawa usaha pelbagai pihak membantu kita mendapat segulung pengiktirafan akademik. Kita mengetahui sama ada kita layak atau tidak mendapat gulungan sijil/diploma dsbnya. Adakah kita mendapatnya dengan jujur dan amanah, atau sebaliknya?

Proses mendapat pengiktirafan adalah lebih penting daripada mencapai matlamat kita. Matlamat tidak menghalalkan cara kita mencapai matlamat. Tahniah kepada para graduan Program Profesional InED. tahniah kepada ahli keluarga graduan dan staf uitm.

Tesis dan Penyelidikan

Tadi dua orang pelajar seliaan saya untuk SRW650 dan SRW655 hadir untuk perjumpaan berkala. Selalunya masa diambil adalah sejam ke dua jam. Saya galakkan pelajar saya berjumpa dengan secara setiap dua minggu sekali. Ini untuk memudahkan kami menjalankan tanggungjawab masing2.

Manusia mempunyai pelbagai ragam.Bukan mudah nak memuaskan hati pelanggan seperti juga hati pekerja. Manusia tidak akan puas. Jika ada sebuah gunung emas, manusia inginkan ada dua buah gunung emas. Sebagai penyelia saya inginkan yang terbaik untuk pelajar seliaan saya.

Tesis dan laporan praktikal pelajar mencerminkan kualiti pelajar. Kedua2 ini adalah dokumen bukti kualiti pelajar. Tesis pelajar juga bukti kualiti penyelia pelajar. Saya doakan pelajar seliaan saya mendapat kemudahan dalam menyiapkan SRW650 dan SRW655.

Ramadan Kembali

InsyaAllah, pada minggu hadapan, apabila kita bertugas di pejabat, Ramadan bersama kita. "Bulan seribu bulan (Ramli Sarip). Bulan penuh rahmat dari ILLAHI.

Bersamalah kita meningkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Doakanlah agar kita mendapat berkat malam Lailatul Qadar. Ramadan sebagai peringatan bahawa bulan ini memberi peluang kepada kita untuk membuat persediaan sebaik2nya untuk akhirat. Saya memohon ampun dan maaf daripada saudara dan rakan sekelian kerana saya hanyalah seorang insan yang kerdil di bumi Allah yang luas ini. Yang buruk dan kurang itu datangnya daripada saya. Segala yang baik daripada Allah Taala sahaja. Halalkan segala makan minum saya.

Bersamalah kita semarakkan bulan Ramadan. Daripada Alalh kita datang, kepada Allah kita kembali.

Khamis, Ogos 28, 2008

Tahniah Juga Kepada Cik Suhana

Saya mohon maaf kepada Cik Su. Tahniah juga kerana menjadi pensyarah kanan. Cik Su adalah antara tenaga pengajar 'pioneer' fsr. Beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

Berbanding dengan saya, Cik Su atau Doktor Madya DM Su mempunyai cara kerja yang amat baik. Kalau saya di skel 1, maka DM Su adalah pada skel 5. Terima kasih kerana beliau banyak memperbetulkan kepincangan dan kekurangan fsr. Beliau adalah contoh (contah ikut PM Mejar Ustaz Zaid, saudara saya) seorang yang berkhidmat dengan ikhlas dan jujur serta penuh amanah untuk organisasi. Beliau bukan bekerja kerana gilakan kuasa atau pangkat. Beliau bukan bermuka2 atau seperti lalang.

Sekali lagi, DM Su. Tahniah. Teruskan ketegasan dan bertindak kerana benar. Semoga DM Su akan segera tamat PhD dan setrusnya akan dikenali dengan Prof.Madya Dr Suhana Aiman, InsyaAllah.

Disiplin Kita

Seorang pelajar perlu berdisiplin. Disiplin daripada perkataan 'disciple' iaitu pengikut. Pengikut mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh gurunya.

Walau pun diingatkan berulang2kali, para pelajar masih tidak mahu mematuhi peraturan UiTM. Jika demikian, janganlah jadi pelajar UiTM. Begitu juga dengan warga UiTM yang lain. Staf UiTM adalah 'role-model' kepada para pelajar dan mereka yang berada di luar UiTM. Sedih melihat tingkahlaku warga UiTM yang tidak pandai membaca walau pun berada di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi.

Adakah mereka tanpa disiplin adalah mereka tidak berilmu? Disiplin membantu menaikkan imej kita atau sebaliknya. Disiplin ada kaitan dengan kualiti. Berdisiplin baik dapat membantu dalam pengurusan kesihatan.

Keluhan Seorang Rakan

Ada seorang rakan menyatakan ketidakpuasan berekenaan kenaikan pangkat baru2 ini. Setiap kali keputusan kenaikan pangkat, akan ada yang mengeluh kerana tidak puas hati. Saya? Saya tidak layak dinaikkan pangkat...

Seorang rakan mengeluh tentang masalah racun dan virus. Ianya telah memberi kesan yang berterusan kepada dia dan keluarganya. Pemberi racun dan virus pandai bermuka2 dihadapannya tetapi menikam beliau bertubi2 dibelakangnya.

Sebagaimana kata seorang bos saya, dia telah berkali2 diracuni dan ditikam, rezeki hilang dsbnya. Dia tanya bagaimana pula perasaan saya. Saya senyum. Kepada rakan2, teruskan berkhidmat dengan ikhlas dan jujur serta penuh amanah. Allah Maha Adil.

Rezeki Untuk Apa?

Selepas Perang Hunayn, harta kemenangan perang diagih2kan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Namun tidak semua penerima berpuashati pada kali pertama menerima bahagian mereka. Juga ada yang tidak berpuashati dengan bahagian yng diterima oleh orang lain.

Ada penerima yang meminta lebih daripada yang mula diterima, walaupun dia adalah antara hartawan Mekah. Nabi memberikan tambahan untuk menarik minat dan cinta kepada Islam. Kepada para sahabat dan umat Islam yang tidak berpuashati, Nabi menyatakan bahawa mereka beroleh rahmat yang lebih daripada Allah walau pun menerima bahagian yang sedikit pada ketika itu. Rahmat yang telah mereka terima adalah mereka amat mudah menerima Islam tanpa memerlukan harta yang berlipat ganda. Kaum Yahudi tidak akan puas dengan rezeki yang mereka terima. Mereka akan melakukan apa yang terdaya kerana matlamat kaya 'menghalalkan' cara kepada mereka. Kaum Yahudi sanggup melakukan tipudaya, bermuka2 dan pelbagai helah hanya untuk kebaikan di dunia sahaja.

Para pembaca bagaimana? Di antara tiga kumpulan yang dinyatakan, yang mana satu pilihan anda? Saya doakan agar pembaca blog saya di rahmati Allah dengan rezeki yang halal sahaja.

Rabu, Ogos 27, 2008

Pakarkah Saya?

Bagaimana kita mengenal seorang pakar? Adakah tertera di pakaiannya yang menyatakan bahawa dia seorang pakar? Atau adakah melalui pengiktirafan pihak yang tiada kepentingan peribadi?

Saya bukan seorang pakar. Kerana saya hanya mempunyai gelaran encik sahaja di hadapan nama saya. Tersenyum apabila ada yang tersalah sebut dan memanggil saya "Prof". Profesor adalah seorang yang 'profess' sesuatu bidang. Bolehkah saya dipanggil profesore? Atau cukupkah sekadar Ce Bad sahaja? Pakar juga dikenali sebagai 'expert'.

Mungkin boleh panggil saya cebad al-blog, al-akauntan.

Kejujuran dan Kesetiaan

Apakah jawapan akan kita beri jika jawapan yang benar akan memberi kesan kepada periuk nasi orang lain? Mestikah kita jujur dan berkata benar? Atau adakah kita akan berbohong?

Ada yang menyatakan bahawa kita tidak perlu jujur kerana kita perlu setia kepada kawan. Sanggupkah kita menerima kesan ketidakjujuran kita kepada organisasi kita. Sanggupkah kita kerana seekor kerbau, semua yang lain terpalit sama? Sanggupkah kita kerana nila setitik (atau air kencing) rosak susu sebelanga? Kejujuran adalah untuk kebaikan. Mungkin kesan positif bukannya sekarang, tetapi untuk keturunan kita.

Berani kerana benar. Sentiasa ikhlas pada setiap masa dan di mana sahaja. Janganlah takut kepada kawan yang tidak jujur. Bacalah surah Al-Ikhlas. Allah Jua Yang Maha Berkuasa.

Blog Di Kalangan FSR

Saya seronok membaca blog para staf, pelajar dan graduan fsr. Banyak boleh dipelajari. Blog adalah satu cara aduan atau maklumbalas.

Saya nyatakan kepada para pelajar, kita di uitm untuk berkongsi ilmu. Ada ilmu saya ada, ada ilmu pelajar ada. Timbangkan dan pilihlah ilmu yang dapat membantu kita dunia dan akhirat. Ada yang tidak selesa bercerita secara bersemuka. Maka blog adalah medium untuk menyampaikan apa yang tersirat di dalam diri kita. Tetapi elakkan daripada bercerita secara terlampau peribadi. Pesan seorang mentor, " jangan bercerita terlampau mendalam, nanti digunakan oleh musuh kita".

Melalui blog saya selami diri para pelajar dan graduan saya. Maklumlah, peminat "criminal minds" dan psikologi (kajian minda). Saya seronok membaca pengakuan pemilik blog warga atau bekas warga fsr tentang perubahan positif kepada mereka hasil proses pembelajaran di fsr. Teruskan berkongsi ilmu melalui blog.

Kawan dan Lawan

Bila berkawan pilih baik2. Pilih yang baik untuk kita dan untuk dia. Kawan mencerminkan kita. Lawan pun mencerminkan kita.

Ada yang ingin berkawan kerana nama.Ada yang ingin berkawan kerana kuasa, dan sebab2 lain. Saya berkawan atan berlawan bukan kerana nama ataupun kuasa. Saya berkawan atau berlawan kerana keikhlasan dan amanah. Kita diamanahkan untuk memakmurkan bumi. Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNya.

Janganlah kita mudah berkawan kerana nama dan kuasa di dunia. Adakah saya kurang kawan kerana tiada nama atau kuasa? Adakah saya ramai lawan kerana tiada nama atau kuasa? Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Graduan FSR

Bangga melihat kejayaan graduan FSR. Ada yang menjadi pensyarah rekreasi, ada yang jadi konsultan rekreasi. Kebanyakan atau hampir semua graduan rekreasi adalah anak didik encik hisyam che mat.

Kualiti guru dizahirkan dengan kualiti graduannya. Terbukti bahawa tugas yang dijalankan dengan penuh amanah dan ikhlas seseorang pensyarah akan turut dibawa oleh graduannya untuk dikongsi dengan pelajar para graduan pula. Tahniah encik hisyam. Sebagaimana saya katakan, saya akan sentiasakan pertahankan rakan2 yang beramanah dan ikhlas bertugas untuk agama, bangsa dan negara.

Graduan yang berilmu akan setia kepada guru yang berilmu. Graduan yang amanah akan setia kepada guru yang amanah.

Malam Anugerah Dekan FSR

AlhamdulILLAH, semalam berlangsung majlis malam anugerah dekan fsr. Para pelajar daripada pelbagai mod pengajian fsr telah hadir. Pelajar sepenuh masa, epjj, kolej bersekutu (shahputra dan insted), plk pdrm bersama memeriahkan majlis. Hampir kesemua staf akademik dan staf pentadbiran turut hadir.

Dukacita kerana dekan terpaksa hadir tempat lain kerana urusan lebih penting. Walau bagaimana pun, majlis berjaya diadakan dengan penuh ria. Majlis membuktikan bahawa melalui tenaga yang profesional dan berkualiti, input dapat diproses menjadi output yang lebih berkualiti. Para pelajar fsr sedar bahawa pelajar fsr bukan sahaja cemerlang dalam sukan dan rekreasi, tetapi turut cemerlang dalam pengajian.

Imej fsr sebagai fakulti suka2 adalah jauh daripada realiti. Sebagai sebuah fakulti di sebuah ipt harapan bangsa, kecemerlangan dan kualiti diperlukan daripada pelajar dan staf. Budayakan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran melalui sukan dan rekreasi.

Selasa, Ogos 26, 2008

Kepuasan Pelanggan

Bukan mudah memberi perkhidmatan yang dapat memuaskan pelanggan. Pelanggan, iaitu manusia tidak akan mudah puas atau gembira dengan apa yang diterima. Makin dimanjakan, makin banyak diminta.

Kita dinasihatkan untuk hidup secara sederhana. Apabila kita mempunyai keinginan yang tiada batasan, ianya akan menyebabkan masalah yang akan bertambah-tambah. Kita lupa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita lupa bersyukur dengan apa yang kita terima.

Perlukah kita kepada rumah yang besar? Perlukah kita kepada kereta yang besar. Berdoalah agar ALLAH mengurniakan mahligai dan kehidupan sejahtera dunia dan akhirat. Kesejahteraan bukan bermakna kuasa, pangkat dan harta di dunia tanpa bersedia ke akhirat.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Khutbah Jumaat 22082008

AlhamdulILLAH, khutbah hari ini berkaitan rezeki. Kita diingatkan untuk mendapatkan rezeki yang halal. Kita akan ditanya dari mana asal rezeki kita dan ke mana perginya rezeki kita.

Saya berminat untuk mendapatkan salinan khutbah jumaat agar dapat dikongsi dengan mereka yang tidak dapat hadir di masjid yang sama. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Pada hari Jumaat, kita berpeluang bertemu dengan saudara dan rakan di suatu majlis besar di rumah Allah.

Saya rasa jika hari Jumaat dijadikan cuti hujung minggu akan lebih sesuai untuk kita. Ikut bahasa Arab, hari Ahad adalah hari yang ke SATU (PERTAMA). Tetapi kita mulakan dengan cuti. Kenapa?

Kecewa

Seorang saudara dan rakan sekerja menyatakan kekecewaan beliau berkenaan rakan sekerja yang tidak jujur dalam pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan ini tidak semestinya memerlukan sentuhan secara langsung dengan wang.

Saya ingin kaitkan dengan sikap amanah. Kalau kita tidak amanah, lambat laun akan diketahui. Lambat laun, kita akan mendapat pembalasan daripada Yang Maha Esa. Apabila ketidak jujuran dan pecah amanah diketahui ramai, maka maruah kita akan dipandang rendah oleh orang lain. Kekecewaan adalah lebih besar apabila selama ini kita sangat mempercayai seseorang sehinggalah terbukti bahawa kita hanyalah permainan hidup 'rakan' atau 'saudara' kita.

Sebagai pemimpin, akan sentiasa mendapat maklumbalas atau aduan daripada pengikut. Ada yang benar, ada yang tidak benar. Ada yang berniat baik, ada yang sebaliknya. Jangan biarkan 'musuh dalam selimut' kerana ianya akan merosakkan organisasi kita. Kerja adalah sebahagian daripada ibadah kita. "Tidak Ku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan untuk Beribadah kepada KU".

Khamis, Ogos 21, 2008

Kad Kredit

Adakah kad kredit adalah satu simbol status? Kad kredit adalah contoh keyakinan pihak bank bahawa kita mempunyai kredibiliti. Bank yakin bahawa pemegang kad kredit berupaya membayar hutang bank iaitu hutang diberi oleh pihak bank melalui bayaran daripada pihak bank sebagai pendahuluan untuk pemegang kad kredit.

Pemegang kad kredit mesti menjelaskan hutang kepada bank dengan segera atau selewat2nya pada tarikh dinyatakan pada penyata kad kredit. Jika lambat membayar hutang kad kredit, faedah dikenakan amat tinggi, sehingga 18% setahun ataupun bersamaan 1.5% sebulan. Perniagaan memberi hutang melalui kad kredit oleh pihak bank amat menguntungkan bank kerana ramai pemegang kad kredit jarang menjelaskan hutang mereka sepenuhnya. Maka faedah dikenakan akan beranak-pinak.

Para pembaca blog dinasihatkan menggunakan kad kredit dengan penuh bijaksana. Sekarang amat senang mendapatkan kad kredit. Yang susah adalah menjelaskan sepenuhnya hutang kad kredit. Berbelanjalah secara berhemah.

Kepuasan Kerja

Saya berminat melakukan penyelidikan atau kajian berkaitan kepuasan kerja. Saya ingin mengetahui apakah peringkat atau tahap kepuasan kerja di kalangan rakan2. Tetapi kepuasan kerja yang tinggi tidak semestinya melambangkan produktiviti yang tinggi.

Ada yang sangat berpuashati dengan kerjanya kerana kuasa, rezeki dan lain2 lagi. Jika kita berpuas hati dengan kerja kita, maka pastikan pula tempat kerja atau majikan kita berpuashati dengan kita. Ada yang berpuashati dengan kerjanya kerana kejujuran dihargai. Ada yang berpuashati dengan kerjanya kerana sikap tidak amanah tidak diteliti.

Kepuasan kerja boleh mendorong kepada kemurungan atau kemurungan adalah punca ketidakpuasan kerja. Yang amat penting, andaikan kerja kita sebagai ibadah iaitu sebagaimana untuk mencapai tujuan kita dijadikan ALLAH.

Maruah

Kita mesti menjaga maruah kita. Maruah mencerminkan siapa kita. Bagaimana kita membentuk maruah kita?

Ada maruah yang tertulis, ada maruah yang tak tertulis. Jadi maruah adalah bagaimana orang melihat siapa kita. Maruah boleh dibina dan boleh dirobohkan. Ada yang bertanya, "Apa ada pada nama?". Nama adalah maruah kita. Kita perlu mempertahankan maruah kita. Kita turut menentukan maruah kita. Cara kita membawa diri kita mencerminkan maruah kita. Maruah lebih besar daripada moral. Ianya melibatkan kenalan kita. kalau kita berkawan dengan orang tidak bermaruah, kita pun akan dikatakan tidak bermaruah.

Adakah maruah itu iman kita? Saya tidak dapat memberi jawapan tepat. Adakah maruah melibatkan integriti kita? Bincangkanlah.

Pengguna Kenderaan di Malaysia

Kita ada infrastruktur kelas 1, tetapi pengguna kelas 3? Semalam semasa perjalanan balik ke rumah, saya melihat pengguna sebuah SUV toyota berlencana dan bernombor XXX Y88 dengan bangga dan semangat olimpik membuang sebotol bekas minuman daripada kenderaannya ke tepi jalan menghala ke LebuhRaya Persekutuan. Beliau layak mendapat pingat emas dari segi khidmat sosialnya.

Pagi ini hujan turun dengan lebat. Ramai pemandu tidak menyalakan lampu kenderaan. Adakah kerana ingin berjimat? Sedarkah mereka bahaya kepada pengguna kenderaan lain. Bagi saya, semasa memandu di dalam hujan, pandangan sisi dan melalui cermin tepi amat tidak jelas. Menyalakan lampu kenderaan memberitahu kepada pengguna kenderaan lain kehadiran kenderaan anda.

Janganlah sebab hanya berkenderaan kelas 1, kita layak berperangai kelas 3. Ini mungkin membuktikan bahawa kelas kenderaan tidak mencerminkan kelas penggunanya?

Rabu, Ogos 20, 2008

Tahniah Pn Norlizah

Tahniah saya ucapkan kepada pn Norlizah, mantan ketua program sr223. Beliau telah dinaikkan pangkat ke DM52, sebagai pensyarah kanan. Pada pandangan saya, beliau sepatutnya telah lama sebagai pensyarah kanan. banyak bakti telah pn Norlizah curahkan dalam bidang sains sukan.

Disebalik kegembiraan, ada yang berduka kerana tidak dinaikkan pangkat. Ada yang akan bermasam muka dan tidak puashati dengan mereka yang dinaikkan pangkat.Ada yang berasa bahawa mereka lebih layak dinaikkan pangkat.Maka akan adalah kata2 yang kurang manis dihebahkan.

Seperti saya suka katakan, "Rezeki adalah hak Allah". Doakan kita dikurniakan rezeki yang halal. Lambat laun, rezeki yang tidak halal akan menjadi masalah kepada kita.

Kemalangan Kenderaan

Seorang rakan dan saudara saya Kak Nor telah mengalami kemalangan kereta beberapa minggu yang lepas. Saya dimaklumkan tentang kejadian tersebut semasa saya bertanya tentang Kak Nor yang agak lama tidak kelihatan.

Semasa di pusat kesihatan uitm pagi ini, saya berjumpa dengan Kak Nor. Beliau menunjukkan gambar keretanya yang remuk akibat kemalangan. Punca kemalangan adalah akibat pemandu tidak menyalakan lampu isyarat untuk masuk ke lorong lain. Ini adalah sikap yang amat tidak bertanggung jawab. Kesannya menyusahkan orang lain. AlhamdulILLAH, tiada kecederaan kepada anak dan cucu2 Kak Nor. Tetapi Kak Nor patah tulang bahunya.

Saya doakan Kak Nor cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat di uitm. Para pelawat blog saya, "Fikirkan tentang keselamatan diri dan orang lain semasa menggunakan kenderaan. Jangan sebab kita, ramai orang lain susah".

Pemeriksaan Kesihatan

Setelah dinasihati oleh adik2 saya, saya pun ke pusat kesihatan uitm hari ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. AlhamdulILLAH, tekanan darah dan degupan jantung telah kembali normal. Saya menunggu keputusan ujian air kencing dan darah.

Sebagaimana saya pernah nyatakan, saya kagum dengan rakan2 yg kuat menjalankan amanah di uitm. Seorang rakan bagitau saya bahawa sejak menjadi ahli pengurusan atasan uitm, tidak sempat untuk bercuti, seperti cuti semasa cuti sekolah sekarang. Dia juga telah lama tidak melakukan pemeriksaan kesihatan.

Kepada saudara2 dan rakan2 saya, sila lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang2nya sekali setahun. Kalau kita di pengurusan atasan organisasi, sila lakukan sekurang2nya dua kali setahun. Sebagaimana saya nyatakan juga, tuan/puan adalah permata yang amat berharga kepada uitm dan masyarakat. Semoga Allah lanjutkan usia kita supaya kita dapat terus beribadah kepadaNYA.

Futsal Bersama Graduan FSR

Semalam saya tidak bermain dengan rakan2 biasa saya. Semalam saya berfutsal dengan graduan FSR. Kami bermain dengan pasukan campuran HM. Perlawanan selama dua jam.Saya bermain lebih kurang 10-15minit sahaja.

Seronok bersama graduan SR. Mereka semua adalah berpangkat encik. Ramai bertugas di ISN atau MSN. Penat kerana purata umur pemain adalah 25tahun. Seronok kerana sukan dan rekreasi adalah futsal. Tidak perlu berbelanja besar untuk beriadah. Yang penting bagi saya, suasana semasa beriadah.

InsyaAllah, aktiviti ini akan saya teruskan bersama graduan SR yang hampir kesemuanya adalah bekas pelajar saya. Mereka mengucapkan terima kasih kepada saya kerana salah satu tugasan kursus saya dahulu menghasilkan simpanan untuk masa hadapan mereka.

Selasa, Ogos 19, 2008

Kuasa Kita

Jawatan diberi untuk menjalankan amanah. Seorang pemimpin mempunyai amanah yang besar dan berat. Janganlah kita ini gila kuasa.

Para pembaca akan perasan bahawa saya suka bercakap tentang tugas, jawatan dan amanah. Kenapa? Ianya untuk mengingatkan saya dan para pembaca bahawa jika kita lupa tentang amanah, kuasa akan menguasai kita. Maka perlulah kita sentiasa beringat2 sebagaimana dengan surah Al'Asr.

Hormatlah orang kerana ilmunya yang digunakan untuk kebaikan masyarakat. Berilmu dan beramal. "Manliness Through Wisdom".

UiTM dan Kualiti

Apabila uitm menjadi sebuah universiti, ramai mempertikaikannya. Terima kasih kepada Tun Dr M kerana yakin bahawa uitm berkualiti dan layak menjadi sebuah u. Kualiti bergantung kepada keikhlasan penilai.

Ramai mempertikaikan kejayaan uitm. Itu hak masing2. "Beauty is in the eyes of the beholder". Jika orang tak suka, kita tak boleh paksa. Nilaikanlah secara profesional. UiTM mempunyai sijil ISO9001:2000 untuk proses pengajaran dan pembelajarannya. Saya berpeluang melalui uitm mendapat pingat gangsa di geneva. Terima kasih uitm.

Sebagaimana kata Prof Rahmat semasa ucapan perasmian AKPM di UiTM hari ini, uitm telah lama mengamalkan kerja secara berkualiti. bagi saya yang tidak berkualiti hanyalah mereka yang tidak ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah.

Kejayaan UiTM (2)

UiTM telah banyak berjasa. Begitu juga ITM. Kejayaan adalah hasil usaha staf dan bukan staf uitm. Terima kasih uitm, terima kasih tenaga2 yang menjayakan uitm.

Tetapi kejayaan lepas bukanlah hasil warga uitm sahaja.Perlukan sumbangan pelajar dan para graduan. Perlukan sumbangan pihak2 lain. Walau bagaimana pun, kita semua faham bahawa uitm adalah untuk membantu bumiputera dalam kemajuan dan pembangunan melalui pendidikan.

Ilmu adalah penting untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat. Tetapi pastikan bahawa ilmu tersebut tidak meenyimpang daripada tujuan kita dijadikan di dunia ini. Ayat pertama diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w adalah bermula dengan "Iqra'..."

Kejayaan UiTM

UiTM telah banyak berjasa kepada Malaysia.Dahulunya adalah ITM. Terima kasih kepada UiTM. Tapi, perjalanan masih lagi jauh. Tugas dan amanah sentiasa bertambah.



Kejayaan uitm bukanlah tanggungjawab staf sahaja. Para pelajar turut perlu bertanggungjawab. Para graduan dan keluarga warga uitm perlu terus menyumbang kepada uitm untuk uitm dapat meneruskan amanah yang diberikan kepadanya.



Sentiasa terngiang2 di telinga, senikata lagu :"tak ku lupakan jasa2 mu, oh kolej melayu

Kereta saya

Saya ditegur tentang kenderaan yang saya pandu ke kampus. "Tak mencerminkan status sebagai seorang pensyarah", salah satu komen kepada saya. Adakah seorang pensyarah mesti memandu kenderaan yang berjenama tertentu?

Saya sikit pun tak terkilan.Malah saya rasa seronok kerana pelajar saya mengenali saya di jalanraya melalui kereta yang saya pandu. Perlukah saya memandu sebuah kereta baru ataupun berlambangkan sebuah bintang untuk melayakkan saya dihormati? Apabila melawat ke kampus cawangan, saya suka menaikki kereta yang bukannya didepan sekali. Saya seronok melihat pegawai hormat kepada kereta atau penumpangnya.

Kereta bagi saya adalah suatu alat untuk memudahkan saya menjalankan tugas dan amanah. Tetapi, sekali sekala seronok juga dapat naik 'porsche' atau jaguar, sekadar menumpang sahaja. Hidup kita pun di dunia pun hanya sementara dan menumpang sahaja untuk ke destinasi sebenarnya iaitu alam akhirat. Bersamalah kita doakan 'pemanduan' kita semasa di dunia akan membuatkan kehidupan kita yang terbaik di destinasi akhirat.

Cuti U

Sekarang cuti pertengahan semester bagi U. Keadaan di Shah Alam adalah aman.Kurang lalulintas kerana hampir kesemua pelajar uitm balik kampung.

Cuti pertengahan semester adalah 'break'. Rehat untuk mengambil nafas semula setelah belajar dan bekerja secara bertungkus lumus selama tujuh minggu. Tetapi ianya bukan bermakna kita lupakan apa yang telah kita belajar dan apa yang akan kita belajar setelah break berakhir. Gantikanlah rehat atau tidur yang tertinggal, tetapi janganlah berlebih-lebihan. Nanti ketagih tidur pula.

Selamat bercuti, selamat berehat dan selamat kembali ke uitm. Teruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga hidup dan mati kita dirahmati ALLAH.

Isnin, Ogos 18, 2008

Bajet

Ramai kenalan saya tidak menyediakan bajet. Mereka akan berbelanja seperti kais pagi makan pagi,... Mereka lupa atau tidak mahu merancang kewangan mereka.

Masalah timbul apabila mereka berhadapan dengan situasi kekurangan kewangan untuk menjelaskan tanggungan. Masalah ini akan cuba dikongsi dengan orang lain. Ini bermakna bahawa tanggungjawab kita dikongsikan pula dengan orang lain. Adakah orang yang ingin kongsi masalah kewangannya adalah seorang yang tidak bertanggungjawab?

Sediakanlah bajet harian, mingguan, bulanan dsbnya. Ianya, InsyaALLAH akan dapat mengurangkan beban menghadapi hutang. Apabila beban hutang berlaku, kemungkinan kemungkaran berlaku seperti pecah amanah dan tidak jujur semasa bekerja.

Pegawai Pengiring

Tugas pegawai pengiring adalah untuk mengiringi pelajar semasa program lawatan. Pegawai pengiring mestilah bersama pelajar dalam sepanjang perjalanan, seperti berada di dalam kenderaan yang dinaikki pelajar. Ini untuk membolehkan sebarang bantuan diberikan kepada pelajar jika diperlukan semasa perjalanan program.

Tetapi ada yang salah faham tentang tugas pegawai pengiring. Pegawai tersebut menaiki kenderaan berbeza daripada pelajar. Masalah timbul apabila berlaku kecemasan kepada pelajar ataupun kenderaan pelajar. Jadi, adakah kita boleh menuntut elaun sebagai pegawai pengiring jika kita tidak menjalankan tugas sebagai pegawai pengiring?

Layakkah kita menuntut elalun bertugas tiga hari dua malam jika kita hanya berada selama lapan jam bersama pelajar? Layakkah kita memarahi pegawai yang tidak meluluskan tuntutan kita kerana pada pandangan pegawai yang bertanggungjawab, kita telah tidak bertugas dengan amanah sebagai pegawai pengiring?

Sabtu, Ogos 16, 2008

Sukan Untuk Riadah?

Olimpik adalah satu pertandingan. Jadi adakah sukan untuk riadah atau pertandingan?

Saya berfutsal, memancing dan trekking sebagai riadah. Begitu juga aktiviti2 sukan yang lain. Jadi, kalau berlaku perlanggaran semasa futsal dan saya jatuh, saya akan gelak. Tak perlulah serius. Kalau nak serius, kita bertinju, beraikido, berhapkido,dsbnya.

Ingin saya belajar memanah dengan Marbawi. Syabas kepada beliau yang berjaya ke olimpik.

Futsal Kualiti

Penat. Penat kerana bermain futsal (tanpa posisi yang tetap) dan penat menunggu untuk berlawan.

Sebanyak 40pasukan terlibat dengan futsal kualiti.Pasukan dari kampus cawangan, jabatan dan fakulti. Saya sepatutnya sebagi pengurus sahaja untuk pasukan ined. Maklumlah, sedar diri dah 40an. Tetapi kami tidak cukup pemain, maka terpaksalah tercungap2 di gelanggang futsal perindu. Kami bermain macam pemain negara, berjumpa ahli pasukan pada hari perlawanan. Memang cari nahas. Game pertama bertemu FSG'A', kami seri 2-2, game kedua lawan Perak-kalah 0-3, dan saya tidak sempat untuk game ketiga kerana saya telah berada di uitm daripada jam 9.15pagi hingga 5.00petang. Amat lama perjalanan pertandingan. Maaf kepada ahli pasukan kerana saya tidak dapat tunggu untuk game2 seterusnya.

InsyaALLAH, kita cuba dapat jersey khas untuk InED. Mungkin dengan jersey formal, semangat dan prestasi lebih baik?

Jumaat, Ogos 15, 2008

Darah Mengalir di Sg Kangsar

Kuala Kangsar. Sebuah daerah dan sebuah pekan di raja Perak. Terletak sebuah institusi yang ditubuhkan bertujuan membangun dan memajukan orang melayu.

Di tepi sg kangsar telah mengalir darah.Darah seorang melayu. Darah mengalir di tanah pusaka. Tanah yang merupakan air mata orang melayu.

Darah mengalir akibat anasir yang tidak disukai ramai. Malah ramai yang akan melarikan diri jika tahu anasir itu ada di tanah pusaka, hutan rimba. Darah merah yang mengalir dari kesan pacat meninggalkan parut pada seorang anak melayu B-)

Bersedia Menerima Penilai AKPM

Pagi tadi, kesemua ketua unit pengurusan kualiti di induk dijemput menghadiri mesyuarat persediaan menerima kunjungan penilai AKPM pada 10 sep 2008. Tahniah kepada uitm kerana terpilih ke peringkat akhir.

Semua warga uitm mestilah membudayakan kualiti untuk memastikan AKPM milik UiTM. Pastikan kebersihan di persekitaran bangunan dan di dalam bangunan. Jaga kebersihan di dalam tandas. Pastikan surau memberi suasana selesa untuk melakukan ibadah. Pastikan pengguna kenderaan mematuhi peraturan letak kereta. Lot untuk OKU pastikan untuk OKU. Gambar2 terpilih akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk memastikan tiada angkara durja kepada niat NC. Kuliah pastikan pada masa dan di tempat sebagaimana dijadualkan. Kesemua warga uitm adalah bertanggungjawab.

Jika berniat bukan untuk tolong uitm, ikhlaskanlah untuk tiada di uitm.

U ni Milik Siapa?

UiTM ditubuhkan untuk membantu dalam membangun dan memajukan bumiputera melalui pendidikan. Ramai pihak bersama bertanggungjawab untuk memastikan tujuan penubuhan uitm adalah tercapai sebagaimana hasrat pemikirnya.

Pensyarah bertanggungjawab memastikan bersedia membantu meningkatkan ilmu para pelajarnya. Pentadbir bertanggungjawab memastikan kelancaran pentadbiran u. Pelajar bertanggungjawab memastikan harapan ibubapa dan pihak lain tidak disia2kan. Sedih jika ada pihak yang sengaja tidak sayangkan uitm.Marah bila diantara pihak tersebut termasuklah warga u ini sendiri. Tiada keikhlasan semasa berada di u ini.

Bagi pihak yang tiada sense of belonging dan kasih secara ikhlas terhadap uitm, bersedialah untuk tiada di uitm. Janganlah anda menjadi penghalang uitm mencapai hasrat penubuhannya.

Pensyarah UiTM

Bukan senang menjadi pensyarah di uitm. Nak jadi pensyarah adalah senang. Ada sekurang2nya master, ada kekosongan bidang, boleh kita mohon. Tetapi nak menjadi pensyarah (being a lecturer) adalah berbeza. Ianya meliputi tugas dan tanggungjawab.

Ramai yang tidak faham. Pengalaman menjadi cikgu lebih layak menjadi pensyarah di fakulti pendidikan. Mendidik di sekolah dan mendidik di u amat berbeza. Pengajaran dan pembelajaran di u berbeza daripada di sekolah. Pensyarah tidak boleh mengaanggap bahawa dia amat pandai daripada pelajar. Pelajar berhak bersoal jawab dengan pensyarah. Pensyarah bukan bekerja di bilik kuliah dengan hanya mengajar sahaja. Pensyarah bukan bekerja daripada 7.30pagi sehingga 1.30tgh. Maaf ya, belajarlah bagaimana nak jadi pensyarah. Buangkanlag ego dan inferiority complex anda.

Jadilah pendidik kerana ingin mendidik anak bangsa, bukan kerana ingin bermegah dengan jawatan pensyarah pada 'name card'.

Khamis, Ogos 14, 2008

Komen Pelawat

Saya mohon berbanyak maaf kepada pelawat blog saya jika cubaan untuk memberi maklumbalas tidak dapat mereka lakukan. Terima kasih kepada Echah kerana memaklumkan kepada saya secara lisan.

Bukan saya sengaja lakukan. Saya tersilap 'setting'. Patutlah saya tertunggu2 komen dan tiada yang saya terima. InsyaALLAH, para pembaca bolehlah memberi maklumbalas kepada saya bermula sekarang. Maklumbalas boleh juga merangkumi postings saya terdahulu.

Rezeki untuk Hidup

Sebak melihat mereka sama ada pelajar ataupun mereka yang lain menjalankan kerja tambahan untuk menambahkan rezeki yang halal. Sebak juga melihat pengawal keselamatan bertugas dengan penuh amanah untuk mencari sesuap nasi. Saya akan sentiasa cuba mempertahankan mereka yang menjalankan tugas dan bekerja dengan amanah.

Adakalanya saya ingin berkongsi sedikit daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH kepada saya dengan mereka ini. Ingin saya hulurkan segenggam wang kepada mereka sebagai ucapan terima kasih saya. Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa masih ada insan yang bekerja dengan tulus hati untuk mendapatkan rezeki yang halal daripada ALLAH.

Saya akan berasa marah dan sedih bagi yang tidak beramanah. Cakap tidak serupa bikin. InsyaALLAH, lambat laun integriti kita akan terserlah dan diketahui umum.

Pecah Amanah

Ikutilah Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah sebaik2 role model untuk kita. Beliau juga dikenali sebagai 'al-amin' iaitu yang amanah. Bagaimana pula jika kita seorang muslim tidak amanah? Adakah kita bukan pengikut RasulULLAH s.a.w?

Adakah kita ini beramanah jika kita ditugaskan mengiringi pelajar selama 3hari 2 malam, tetapi hanya hadir sehari sahaja? Kemudiannya kita meninggalkan pelajar untuk menghayun kayu G? Ataupun kita tinggalkan pelajar untuk membawa keluarga kita makan angin untuk waktu selebihnya. Dan kita pula tanpa rasa bersalah dan segan silu membuat tuntutan bertugas selama 3hari2malam. Kita juga menjadikan ianya iaitu perkara tersebut sebagai budaya kita. Sedih dan marah pada mereka ini. Adakah mereka layak menggelar diri mereka sebagai pendidik ataupun 'a faculty member'?

Pemimpin perlu tegas mengambil tindakan terhadap mereka yang mempermainkan tugas dan amanah. Janganlah diberi muka. Mereka ini dihadapan pemimpin pandai sekali bermuka2. Bagi saya, saya tidak akan mengiktirafkan mereka sebagai pendidik anak bangsa.

FSR@UiTM Pahang Jengka

AlhamdulILLAH, komen positif daripada dekan dan ketua program sr113 tentang kesediaan uitm jengka menerima program sr113.Hasil lawatan mereka menunjukkan bahawa warga uitm jengka bersedia menawarkan sr113.

Terima kasih kepada pengarah dan warga uitm jengka yang telah menerima kunjungan hormat dan lawatan tapak daripada wakil FSR. Budaya meraikan dan meriakan tetamu terbukti bukan untuk penilai AKNC/AKPM sahaja. Warga FSR tentu akan gembira jika dapat menjadi sebahagian daripada warga uitm jengka. Persoalannya adalah:'siapakah yang bertuah akan bertugas di jengka?'

Wellness @ FSR

Hari ini FSR menganjurkan aktiviti 'wellness'. Tahniah FSR. Antara aktiviti diadakan adalah ceramah kesihatan dan kempen derma darah.

Saya bersemangat untuk menderma darah. Tetapi saya dimaklumkan doktor bahawa saya tidak boleh menderma kali ini. Saya telah makan lozenges dan menyebabkan darah saya tidah bersih. Bacaan tekanan darah saya juga amat tinggi. Juga tidak sesuai untuk menderma darah. Seorang kawan tidak dibenarkan menderma darah kerana tidur kurang daripada 5jam. InsyaALLAH dilain waktu saya akan cuba lagi. Setakat ini baru 44orang telah menderma darah daripada target 80 orang.

Diharapkan ramai daripada kita sedar kepentingan menderma darah. Mungkin kali ini kita memberi. Dilain kali kita pula menerima.

Pengkhianat

Ianya adalah satu perkataan yang amat negatif. Ianya seperti duri dalam daging, tetapi mempunyai kesan yang lebih besar. Ianya juga bermakna tidak amanah.

Sedih dan marah apabila berjumpa dengan pengkhianat. Beliau hanya inginkan kebaikan untuk sendiri sahaja. Ianya tidak memikirkan kesan kepada masyarakat. Contoh pengkhianat adalah seseorang yang memegang jawatan hasil tipudaya. beliau tidak layak memegang jawatannya kerana tiada kelayakan atau kurang kelayakan yang sesuai dengan tugas jawatan. Beliau memegang jawatan hanya untuk nama, pangkat, kuasa dan yang penting baginya adalah habuan untuk diri dan yang terdekat dengannya.

Saya tidak hormat langsung kepada pengkhianat. Adakah pengkhianat ini seorang munafik? Saya rela tidak dinaikkan pangkat, menerima kenaikan gaji, mendapat bilik yang besar, dan sebagainya, daripada bersekongkol dengan pengkhianat. Semoga ALLAH membalas seadil-adilnya kepada mereka ini. Pengkhianat adalah seorang yang zalim.

Ahad, Ogos 10, 2008

Durian

Durian atau dughian memang sedap dimakan. Tambah2 lagi kalau orang belanja. Semasa di jengka, kami dijamu dengan durian oleh warga kampus jengka. Kami turut dibekalkan untuk dibawa balik ke shah alam.

Kawan bagitau, makan durian dengan nasi, santan dan garam pun sedap. Saya bagitau, kita makan dengan pulut. Surat khabar hari ini menyatakan durian dilenggong dan grik antara yang terbaik. Di jengka, saya tidak tahu jenis durian yang dihidangkan kepada kami.

Durian adalah antara rezeki dan nikmat daripada ALLAH. Yang perlu kita ingat, bersyukur dengan rezeki kurniaanNYA. Jangan berlebih2, makanlah ala kadar dan secara sederhana.

Rezeki Halal

Kita mesti makan daripada rezeki yang halal. Jauhkan daripada mencari rezeki yang haram. Kita sebenarnya telah tidak amanah kepada mereka dibawah jagaan kita jika kita berikan mereka menikmati rezeki yang haram.

Wajarkah kita menerima rezeki yang sebenarnya bukan hak kita? Mahukah kita atau saudara mara kita menuntut ilmu bukan daripada mereka yang tidak berilmu? Adakah kita sanggup menghalalkan sebarang pemberian sebagai upah kepada mereka yang tidak layak atau berhak mendapat upah kerana tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan?

Lebih baik mendapat RM2ribu sebulan yang halal daripada mendapat RM10ribu yang haram. Rezeki yang halal adalah berkat. Jika bukan kita yang akan tanggung akibat rezeki yang haram kita dapati, mungkin kaum keluarga yang lain akan menanggung kesilapan kita.

Padi atau Lalang

Kita dinasihatkan ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk dengan perasaan rendah diri. Janganlah ikut resmi lalang, sentiasa ingin meninggikan diri. Padi juga amat berharga.Tambah2 lagi sekarang apabila harga beras makin tinggi. Tiada pula yang perlukan kepada lalang. Lalang ini cepat beralih pandangannya, tidak tetap pendirian.

Kawan2 menasihatkan jangan berkawan dengan lalang. Ilmu tiada tapi bising sahaja. Suka meninggikan diri (suaranya bila di khalayak ramai) untuk mendapat perhatian. Lalang juga adalah bahaya kerana menanti siapa yang boleh dipergunakannya. Jika pada awalnya dia akan merendah2kan seseorang, tetapi apabila dilihatnya kredibiliti orang tersebut dihargai dan dipercayai, dia akan mula memuji pula, sehinggalah angin bertiup ke arah lain pula.

Adakah lalang mempunyai kendiri yang rendah? atau adakah dia sebenarnya mempunyai masalah psikologi iaitu tidak tahu berterima kasih dan bersyukur, sebaliknya hanya mempunyai hasad dengki?

Sabtu, Ogos 09, 2008

TUGAS DAN KESIHATAN

Saya amat kagum dengan saudara2 yang begitu sibuk menjalankan amanah sebagai warga uitm. Tugas dijalankan sama ada di shah alam ataupun di kampus cawangan.

Mereka yang lebih berusia daripada saya kelihatan mampu menjalankan tugas tanpa kesan terhadap kesihatan mereka. Bagi diri saya, bertugas selama tujuh hari seminggu amat memenatkan. Inikan pula jika perlu bertugas lebih daripada dua minggu berturut2 di luar stesen. Bagaimanakah kawan2 saya ini mampu meneruskan amanah tanpa menjejaskan kesihatan mereka?

Pesan saya kepada diri saya dan kawan2. Jagalah kesihatan kita. Saya kagumi minat dalam menjalankan amanah kita. Beruntung mereka yang bertugas dengan mereka yang beramanah. Tetapi, fahamilah bahawa jika kita sakit, itu tandanya peringatan daripada badan kita. Saudara2 profesor adalah permata yang amat berharga kepada uitm.

PhD

Ramai kawan2 sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ianya adalah satu proses pembelajaran yang memberi pengiktirafan bahawa penerima ijazah ini adalah seorang yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengajiannya.

Tetapi ramai juga yang sentiasa mengamalkan phd (penyakit hasad dengki) pada setiap masa. Mereka ini mempunyai inferiority complex. Jika mereka tidak pandai, maka orang lain pun mesti tidak pandai. Jika mereka bersikap pura-pura, maka orang lain pun mesti berpura-pura. Jika mereka tidak jujur maka orang lain pun mesti ikut seperti mereka. Mereka ini suka menggunakan suara yang lantang untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Mereka akan bercakap tanpa berpandukan ilmu untuk kebaikan.

Kepada kawan2 yang sedang bertungkus lumus menamatkan pengajian PhD, biarkan mereka yang pakar dalam phd lain ini seperti luncai dan labu-labunya. Kita tahu siapa yang sebenarnya berilmu dengan ijazah yang ada.

Pangkat dan Kebesaran

Saya merasa kekok setiap kali membalas tabik hormat. Adakah saya dihormati kerana pangkat atau kebesaran saya? Adakah saya dihormati kerana nama, jawatan, atau sebagainya?

Kita adakalanya mungkin teruja apabila diberi tabik hormat. Saya kekok untuk membalas tabik hormat kerana adakah secara ATM atau PDRM? Saya sebenarnya lebih seronok apabila berjumpa mereka yang menghormati ilmu. Bukan hormat kepada kepura-puraan.

Bagi saya, seorang yang berilmu dan mengamalkannya untuk kebaikan diri, orang lain dan bersama wajar dihormati. Bukan niat saya untuk diberi pangkat untuk dipuja atau disanjung. Jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah (Who are you? M.. C.. can't you see AAAH).

Kesihatan

Jagalah kesihatan kita. Selalunya kita dinasihatkan bersenam dan jaga pemakanan kita. Janganlah asyik bekerja sahaja sehingga terlupa akan kesihatan kita.

Saya selalu menasihatkan saudara dan kawan. Tetapi adakalanya saya sendiri terlupa mengamalkannya. Bos alias Guru Baru saya menasihatkan saya bahawa kesihatan perlu dijaga. Organisasi akan terus wujud tanpa diri kita. Mentor R menasihatkan saya supaya jaga kesihatan. Dr Madya Suunto turut menasihatkan saya menjaga kesihatan saya. Terima kasih kepada yang perihatin kepada saya.

Bila badan tidak sihat, tidak ada gunanya pangkat yang besar. Tiada gunanya kereta besar, dan sebagainya. Apabila kita tidak sihat sebenarnya adalah peringatan daripada ALLAH bahawa kita ini adalah hambaNYA yang kerdil dan sentiasa memerlukan kepadaNYA.

Khamis, Ogos 07, 2008

Berfikir

Semalam saya dijemput sebagai fasilitator untuk pelajar di Intec. Tajuk di beri adalah Kemahiran Berfikir. Saya berfikir, 'apakah yang ingin saya kongsi dengan pelajar yang dianggap sangat bijak berfikir kerana hasil pemikiran mereka, mereka berjaya berada di intec'. Saya membaca manual yang diberikan kepada saya sebagai panduan. AlhamdulILLAH, bahan yang diberi pernah saya baca, belajar dan mengajarkannya (iqra).

Pada sesi LDK saya menyentuh tentang anatomi, nutrition, fisiologi, kaunseling, perubatan, perakaunan, kejuruteraan, senibina dan pelbagai lagi. (Who are you? M... C... tera main bola,ragbi,hoki,tenis,squash,pingpong, dll B-). Kesemuanya berkaitan dengan kemahiran berfikir. Luasnya ilmu milik ALLAH.

Saya sentiasa mengingatkan saya dan orang lain bahawa walau pun saya seorang pensyarah, saya juga seorang pelajar dan penuntut ilmu di bumi ALLAH. Kita perlu bersedia menerima pandangan pelajar di ipta. Kita bukanlah mengajar budak2 yang boleh kita pandang seolah2 tidak berilmu. Maaflah jika rasa kita seorang guru sudah lebih pandai atau teramat pandai daripada orang lain. Itu menunjukkan kita mempunyai 'inferiority complex'.

Ikhlas

Saya dan seorang sahabat ke tempat biasa saya untuk makan tengahari. Tiba2 telefon kawan berbunyi. 'Sila ke ... bawa Bad sekali'.

Perintah diikuti dengan ikhlas. Kita hendaklah ikhlas dalam menjalankan tugas kita seharian. Tidak perlulah bermuka-muka. Kita adalah hamba ALLAH. ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Janganlah di hadapan seseorang kita manis, tetapi di belakangnya kita meremeh2kannya. Janganlah jadi seorang munafik. Ataupun talam dua muka.

Seorang saudara memberitahu saya bahawa saya amat mudah menunjukkan air muka sebenar saya terhadap seseorang. Jika saya tidak suka dengan seseorang, ianya jelas ditunjukkan oleh air muka saya. Benarkah? Adakah saya mudah dibaca keikhlasan saya?

Rabu, Ogos 06, 2008

Budi Bahasa Amalan Kita

Seorang saudara dan pernah menjadi ketua di organisasi saya mengingatkan saya untuk sentiasa mengucapkan terima kasih kepada yang berbudi kepada kita. Apakah budi? Susahkah untuk kita berbudi?

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada en Hanifah dan pn Norakma dari kampus jengka. Tidak dilupakan en Shukri, en Mustafa, mr John, dan ramai lagi warga uitm jengka. Saya mohon maaf kepada mereka yang tidak saya sebut nama mereka secara peribadi. Ini kerana pada pandangan saya bahawa berbudi bahasa adalah budaya di uitm jengka. Ianya diamalkan daripada pengarah kepadalah peringkat paling bawah.

Amalkan budaya berterima kasih kepada mereka yang berbudi kepada kita. Hanya ucapan terima kasih sahaja dapat saya nyatakan kepada mereka. Hanya ALLAH sahaja berupaya memberi balasan setimpal dengan budi seseorang manusia.

Budaya Kualiti

AKNC antara lain bertujuan menjadikan kualiti sebagai budaya di uitm. Dato Sri NC menganjurkan AKNC untuk memotivasikan budaya kualiti di uitm.Apakah kualiti? Satu soalan yang mempunyai pelbagai jawapan. Ianya bermula dengan penumpuan kepada pelanggan. Ianya memerlukan komitmen pengurusan. Ianya memerlukan penglibatan semua warga di dalam organisasi.

Pada pandangan saya, AKNC berjaya menjadikan kualiti sebagai satu budaya di uitm. Warga uitm di serata negara menghayati budaya kualiti. Ini bukanlah suatu gerakan yang mudah memandangkan uitm mempunyai staf yang melebihi 12,000 orang.

Tetapi, para pelajar pun perlu mengamalkan budaya kualiti. Sahsiah rupadiri muslim dan budaya orang timur janganlah dilupa dan diabaikan. Pelajar adalah 'the cover of the book' untuk uitm. Kita mahukan seseorang itu mencerminkan budaya kualiti pada luaran dan dalamannya.

Kampus di Khazanah Semulajadi

AlhamdulILLAH, setelah menjalankan tugas di UiTM kampus Jengka, saya dan rakan-rakan menyambung tugas di Shah Alam. Kedamaian bertukar kembali kepada hiruk-pikuk bandaraya.

Terima kasih kepada pengarah PM Dr Hilmi dan warga UiTM Jengka. Layanan dan budi tuan/puan amat kami hargai. Setiap staf uitm yang ikhlas bertugas dengan amanah memajukan anak bangsa adalah permata-permata yang amat bernilai.

Ianya kali pertama saya ke jengka. Persepsi umum, kampus jengka adalah kampus yang 'ulu'. Tetapi jika kita berpeluang ke sana, ianya adalah sebaliknya. Warga kampus sama ada staf ataupun pelajar amat maju dalam era ict. Beberapa sistem telah dibangunkan oleh warga jengka untuk pembangunan pengurusan pendidikan. Syabas warga jengka. Ini adalah bukti bahawa,'sebutir berlian walau pun dicampak ke mana sahaja, ianya akan dapat menonjolkan dirinya sebagai sesuatu yang amat berharga kepada masyarakat'.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Siapa Pandai?

Seorang pelajar saya memberitahu bahawa seorang majikan bertanyakan 'apakah kelayakan penyelia anda'. Majikan tersebut dengan bangganya memberitahu bahawa dia adalah lulusan dari negara UK.

Para pelajar saya berdesing telinga mereka. Mereka berbangga dengan pensyarah mereka dan bengang dengan majikan tersebut. AlhamdulILLAH, jika kita berilmu dan berniat berkongsi ilmu dengan pelajar kita, mereka akan bangga dengan keikhlasan kita.

Saya tersenyum dengan makluman pelajar saya. Pada pandangan saya, saya tidak perlu ada pangkat prof/prof madya/dr di hadapan nama saya untuk membolehkan pelajar berbangga kerana menjadi pelajar saya. Tapi, kalau jadi 'PROFESSOR DR ..., C.A.(M), K.B., A.I.I.A.(M), ... akan membuat pelajar lebih berbangga dapat berkongsi ilmu dengan saya. Doakanlah. InsyaALLAH.

Bersyukur

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana memperkenankan doa agar apabila berbicara dengan seseorang, walaupun ada yang cuba berselindung atau berkias, insyaAllah, akan terbuka hijabnya.

AlhamdulIllah, seorang saudara saya sekarang bila berbicara akan berbicara tentang perkara yang baik2. Tiada lagi yang ke kanan atau ke kiri. Saya menginginkan perubahan yang berlaku kepada saudara saya ini.

Saya akan tersenyum apabila melihat seseorang yang cuba berbicara perkara yang tidak jujur berlaku keresahan pada diri beliau. Cukuplah Allah sebagai Pengawal dan Pelindung ku.

Pangkat Lagi

Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat seorang yang suka memuji nabi di hadapannya tetapi cuba nak sabo pada waktu lain. Manusia ini juga yang membawa pengikutnya meninggalkan tentera yang menuju ke Uhud.

Siapakah dia ini. Beliau sebenarnya dikatakan akan diangkat sebagai pemimpin Madinah tetapi dengan kehadiran Rasulullah s.a.w, pangkat dan kuasa yang diinginkan oleh individu ini hanya tinggal angan-angan sahaja. Mungkinkah ini sifat seorang munafik?

Di kalangan kita pun ada individu seperti ini. Setiap pemimpin yang baru dilantik, maka individu ini akan membuat manisan dan gula untuk pemimpin baru. Tetapi pada masa yang sama, dia turut meracunkan pemimpin yang dilantik. Lebih buruk lagi, apabila beliau 'baling batu dan sorok tangannya'.Walau pun tidak layak menjadi pemimpin, dia tetap inginkan pangkat sebagai pemimpin.

Penatnya Kita

InsyaAllah, pada ahad ini adalah minggu ketiga berturut-turut saya bertugas pada hujung minggu. Penat rasanya. Ini mengingatkan bahawa usia makin bertambah.

Bos dan rakan2 mengingatkan saya untuk fokus kepada perkara yang penting. Jangan lupa jaga kesihatan. Jaga makan dan minum, dapatkan rehat yang secukupnya dan jangan lupa beriadah. Terima kasih kepada yang sudi menjaga diri ini. AlhamdulILLAH.

Adakalanya, atau sering kali, kita terlupa bahawa kita perlu kepada rehat. Kita perlu memberitahu bahawa daya kita ada hadnya. Tapi, yang penting, jangan lupa pada Yang Maha Esa.

Keselamatan di Jalan Raya

Sebagaimana pembaca blog cik Hisyam sedia maklum, dua pelajar uitm telah meninggal dunia akibat kemalangan di dalam dan di luar kampus shah alam.

Kenapa ianya berlaku? Sudah takdir ILLAHI. Tetapi kita boleh cuba mengelak daripada ianya berlaku dengan mematuhi peraturan jalanraya. Berhati-hatilah ketika memandu atau menunggang kenderaan. Pasanglah lampu supaya orang lain mudah nampak kita. Pasangkan lampu isyarat untuk membelok. Bunyikan hon untuk mengingatkan orang lain tentang kehadiran kita. Pakailah tali pinggang keledar dan topi keledar. Janganlah sombong.

Sebagaimana catitan blog terdahulu saya, 'Adakah cara kita di jalanraya mencerminkan siapa diri kita?' Adakah kita prihatin tentang keselamatan diri dan juga orang lain? bacalah terjemahan surah Al-Asr'.

AKPM

Tahniah kepada warga UiTM. Kita berjaya ke peringkat seterusnya AKPM (Anugerah Kualiti Perdana Menteri).

Tapi keputusan ini memerlukan lebih tanggungjawab daripada warga uitm. Sahsiah rupadiri pelajar dan staf perlu dipastikan mematuhi peraturan. Peraturan lain perlu diikuti. Kebersihan perlu dipastikan bersama.

Jika UiTM gagal di peringkat ini, maka Pegawai Pusat Tanggung Jawab (PTJ) akan menjawab kepada NC. Jika masalah daripada pihak bawah PTJ, maka tanggunglah dan jawablah. Kualiti adalah pada sepanjang masa. Bukan seperti menyambut Hari Raya.