Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 28, 2024

Kaya & Sejahtera

Ramai drpd kita ingin kaya dan sejahtera. Kita biasa juga kongsikan dgn keluarga, kawan, dan kenalan nasihat, peringatan utk kaya dan sejahtera.

Kita nasihatkan utk belajar rajin2, tinggi, supaya dapat kerja gaji tinggi. Kita biasa andaikan yg berkereta mewah, berumah besar, makanminum di kedai makan mewah, bercuti menginap di luar negara, berpakaian berjenama mewah, sebagai mereka yg kaya dan sejahtera.

Kaya dan sejahtera mungkin maksud sama, mungkin berbeza. Biasanya ramai drpd kita ingin kaya dan sejahtera dunia, sehingga terlupa matlamat akhir dan utama adalah akhirat.

Sabtu, Januari 27, 2024

Masa Berlalu

Masa sekrg terasa begitu cepat berlalu. Hari ini dah 28 jan 2024. 2 tahun genap arwah ayah kembali kpd Nya.

Setiap hari terasa amat cepat shj. Seminggu terasa  cepat apabila sudah capai hari jumaat. Sebulan sangat cepat tiba dgn hari utk bayar hutang. Dan setahun terasa cepat dgn bulan Ramadan yg akan kita raikan.

1974, saya darjah satu. 1984 saya di tingkatan 5. 2024, insyaallah meraikan 50tahun setelah darjah satu, dan 40tahun setelah tingkatan 5. Melihat kawan2 sekelas yg masih ada, mengingatkan saya, masa berbaki amat kurang berbanding masa berlalu.

Jumaat, Januari 26, 2024

PQRS Kesihatan

Saya suka guna singkatan dgn satu huruf. Mnemonic. Satu cara utk mudah ingat.

P, pressure. Blood pressure, tekanan darah. Antara puncanya adalah xcukup rehat, R, rest. Q, quality & quantity kerja, rehat. S, stres, kesan drpd xcukup rest, kerja yg banyak, atau juga tekanan drpd pelbagai arah.

Seorg kawan lama ingatkan saya, selain diet, senaman, rehat amat penting utk kesihatan. Rehat utk tekanan darah yg sihat. Sebelum direhatkan selama2nya.

Khamis, Januari 25, 2024

Standard

Standard ada pelbagai maksud. Kita dulu maksudkan sbg piawai. Tanda aras, darjah pencapaian. Kualiti.

Ia juga boleh dikaitkan dgn seragam, satu ragam. Uniform, satu bentuk shj pakaian. Ianya memudahkan kita, boleh jimat masa. Tak perlu pening kepala, stres. Ikut aje panduan.

Memudahkan kerja, utk kerja cepat. Org rajin suka, org malas pun suka. Tapi spt kata seorg bekas prof, dan ramai lagi, ada kala kita perlu guna budibicara. Guna akal dan tenaga.

Risiko dan Kewangan

Risiko diandaikan apa2 yg akan mengubah pencapaian ditetapkan. Risiko ada yg negatif, ada yg positif. Pengurusan risiko biasanya utk menangani risiko.

Kewangan biasa dikaitkan dgn risiko.  Dikatakan, lagi tinggi risiko pelaburan, lagi tinggi pulangan kewangan. Insuran adalah cara menguruskan risiko dgn berkongsi risiko dgn pihak lain.

Ramai makan gaji dgn kerajaan utk kurangkan risiko keyakinan pendapatan bulanan. Ramai ambil skim pencen utk kurangkan risiko kos kehidupan selepas berhenti bekerja. Tapi kos pencen semakin besar dan antara risiko kewangan kpd kerajaan.

Saraan Selepas Bekerja

Bersara biasanya selepas capai usia wajib tidak lagi boleh bekerja di tempat sama. Bahasa inggerisnya retire. Selepas bersara, dipanggil pesara (pensioner). 

Ramai ingin jawatan dgn kerajaan utk masih terus disara kerajaan, dgn menjadi pesara, mendapat pencen. Ramai org pencen atau pesara sehingga kini yg harapkan duit pencen utk sara diri, pasangan, anak cucu, dan saudara lain.

Kos pencen amat tinggi. Ramai pesara yg masih mampu bekerja, mencari rezeki. Dlm keadaan kekurangan kewangan utk operasi, bayar gaji pekerja, wajarkah pencen diteruskan?

Gaji dan Amanah

Saya biasa ditegur jika bercakap/menulis ttg amanah. Ada teguran positif, ada teguran negatif. Biasanya yg tegur negatif sebab terasa secara negatif dgn percakapan/penulisan saya ttg amanah.

Pangkat, jawatan, gelaran, kedudukan adalah amanah. Maka setiap yg mendapatnya perlu tunaikan amanah, bekerja. Bagi pelajar, belajar, lulus pengajian adalah amanah.

Ganjaran bagi pekerja adalah gaji atau upah. Amanah majikan adalah membayar gaji atau upah, utk kerja disempurnakan. Amanah majika lebih besar kpd pekerja atau yg telah bersara?

Gaji dan Upah

Kedua2nya sbg balasan dan ganjaran utk kerja yg dilakukan, amanah yg disempurnakan. Gaji = salary, upah = wages. Gaji diterima tetap walaupun tidak cukup masa, hari bekerja. Upah diterima jika bekerja.

Ramai nak kerja makan gaji, kerana diandaikan pendapatan bulanan adalah tetap. Maka ramai nak bekerja dgn kerajaan, atau agensi kerajaan. Jika makan gaji dgn kerajaan, biasanya ramai disara selepas pencen, jika ambil slim pencen.

Biasanya, kerja makan gaji dgn kerajaan, nilai ganjaran kewangan lebih rendah berbanding makan gaji di luar. Pilihan di tangan kita. Bekerja adalah amanah.

Sihat Fizikal

Biasa kita lihat sihat dari segi fizikal. Kemudian mental, emosi dan kerohanian/spiritual/jiwa. Ramai lupa tentang sihat bermasyarakat dan kewangan.

Ramai cuba tunjukkan sihat dan kaya secara fizikal. Tunjuk rumah, perabut, kereta, pakaian, melancong, makanminum secara lisan atau secara bukan lisan - gambar.

Tapi ramai yg menunjuk2 sihat fizikal sebenarnya tidak sihat dlm aspek lain sama ada mental, emosi, rohani kerana keadaan kewangan. Sebab tamak, kedekut, sombong, dengki utk boleh tunjuk kononnya diri lebih tinggi drpd org lain.

Selasa, Januari 23, 2024

Anak Prof

Semasa di sekolah rendah saya mempunyai kawan2 yg bapa mereka adalah profesor. 2 drpd prof tersebut adalah yg memulakan ukm. Seorg pernah menjadi pengarah di itm, dan seterusnya nc di uum.

Tetapi tiada diantara anak2 mereka menjadi prof. Saya pernah bertanya kpd seorg kawan, kenapa beliau tidak menjadi seorg prof, sedang bapanya bekas prof um, dan keluarga ibunya terlibat dgn tadika. Beliau akui, sekrg baru beliau sedar bahawa ada darah pendidik dlm dirinya, dan sekrg banyak terlibat dgn mendidik kumpulan2 tertentu.

Anak prof spt anak guru diandaikan terdedah dgn ilmu lebih luas berbanding anak mereka bekerjaya lain? Mungkin dulu. Sekrg, jika ingin berilmu, ingin dididik, amat mudah berbanding dahulu.

Profesor

Satu jawatan tertinggi di universiti/ipt di negara kita. Gelaran tertinggi bagi seorang pensyarah kita.

Jawatan prof memberi banyak ganjaran kpd pemegangnya. Ianya satu simbol status ttg keilmuan seseorg. Maka ramai bercita2 dan berusaha utk menjadi seorg prof. Sama ada secara amanah atau sebaliknya.

Selain ganjaran, status sbg seorg prof, ramai yg lupa, atau tidak kisah dgn amanah seorg prof. Iaitu mendidik warga dlm dan luar universiti utk menjadi berilmu supaya sejahtera dunia dan akhirat.

Terima Kasih Prof

Alhamdulillah. Terima kasih prof kerana sudi berkongsi ilmu drpd pembelajaran, pengalaman, pembacaan prof. Jumlah jam perkongsian drpd beberapa prof selama 2 hari adalah 14jam.

Profesor di negara kita biasanya sekrg adalah mereka yg ada phd. Satu jawatan akademik tertinggi di sebuah institusi pasca sekolah. Di negara2 tertentu, prof adalah gelaran tertinggi seorg pendidik, termasuk guru.

Ada yg definisikan prof adalah seorang yg profess (perakukan, lakukan, percaya, amalkan) berkaitan ilmunya. Seorg profesional adalah pengamal kepakaran yg diperakukan di sektor swasta.

Sabtu, Januari 20, 2024

Tahap Keperluan

Biasa kita dengar, hierarchy of needs. Penuhi keperluan asas, kemudian baru penuhi keperluan seterusnya. Keperluan asas, utk kehidupan adalah, udara (oksigen), pakaian/tempat tinggal, air, makanan.

Jika berkelana, kita cuba penuhi spt turutan tersebut. Memang perlu berilmu utk penuhi tahap keperluan kita. Dgn ilmu, dapat kita berusaha utk cari duit, utk penuhi keperluan kita.

Tapi kita banyak membazir. Ramai yg diamanahkan memudahkan kita penuhi keperluan kita, tidak amanah. Mereka lebih sibuk penuhi tahap kehendak mereka berbanding tahap keperluan kita.

Tinggal

Tinggal ada dua makna. Satu, bermaksud tetap. Satu lagi, berubah, pindah, pergi.

Kita tinggal di dunia, di atas muka bumi ini tidak tetap. Hanya sementara. Apabila sampai masa, yg ditetapkan Allah, kita akan tinggalkan dunia. Transit di dlm kubur. Sehingga masa utk di alam akhirat.

Semasa tinggal di dunia, kita sibuk nak kumpulkan harta dunia. Sedangkan harta dunia, kita akan tinggalkan, setelah kita mati.

Isnin, Januari 15, 2024

Tumpang

Kita tumpang kenderaan. Kita tumpang tinggal. Kita tumpang lalu.

Tumpang kerana bukan milik kita. Kita harapkan kebaikan, kesudian, kesediaan, pemilik beri kita tumpang apa yg dimilikkinya.

Di dunia, kita juga menumpang. Sebab kita hanya sementara di dunia. Kenapa kita masih sombong, lalai, dgn kehidupan di dunia ini?

Khamis, Januari 11, 2024

Sementara

Berpindah, bertukar, berubah mengingatkan tentang elemen sementara dlm hidup kita. Tiada yg kekal di dunia utk kita.

Kita banyak membazir. Kita banyak beli, berhutang, kumpul barangan utk bangga di dunia.

Harta, takhta, dll adalah sementara di dunia. Tapi kita asyik mencari dan mengumpul utk kaya dunia. Kita lalai dgn sombong, dengki, tamak dan kedekut, dgn hal dunia. Kita lupa bekalan akhirat.

Isnin, Januari 08, 2024

Berpindah

Pindah, ubah, tukar, pinda, dll yg sama atau hampir sama makna dan maksud. Melibat kita sama ada secara fizikal, mental, emosi, rohani, masyarakat, persekitaran, kewangan, barangan,dll.

Berpindah memang penat. Ia melibatkan kesihatan, kesejahteraan. Berpindah ada pelbagai sebab.

Berpindah mengingatkan kita bahawa kita di dunia hanya sementara. Pangkat, jawatan, gelaran, harta, keluarga, kawan, kenalan adalah pinjaman di dunia.

Pindah

Antara stres dlm hidup adalah perpindahan. Proses perpindahan libatkan masa sebelum, semasa, dan selepas berpindah.

Persediaan awal mudahkan proses berpindah. Bantuan drpd keluarga, kawan, kenalan mudahkan kita berpindah. 

Kita perlu jaga kesihatan semasa proses berpindah. Bukan hanya kesihatan fizikal perlu dijaga. Berpindah memang penat.

Rabu, Januari 03, 2024

Sentiasa Berpesan

Berpesanlah utk kebaikan. Bacalah dan fahamlah surah al Asr. Demi masa...
Sentiasalah berpesan utk diri dan org lain. Setiap kali kita berpesan kpd org lain, kita turut mengingatkan diri kita sendiri.
Berpesanlah berulang2. Alquran adalah pesanan, peringatan, teguran berulang2, sebab kita hamba Allah mudah lupa.

Manusia Mudah Lupa

Manusia atau insan mudah lupa. Bukan org tua shj lupa, tak sedar diri. Yg muda juga lupa, tak ingat.
Maka kita semua perlu disedarkan. Ditegur, diingatkan oleh org lain. Diberi pesanan utk kebaikan bersama.
Antara tanda2 lupa adalah, tamak, sombong, dengki, kedekut. Peringatan kpd diri dan mereka yg kita kasihi, masa tidak tunggu kita. Perbanyakkan bekalan ke akhirat.

Orang Tua Tak Sedar Diri

Biasa diberi kpd mereka yg berusia tertentu, melebihi umur tertentu, atau mereka yg telah beranak cucu.

Semalam, saya seorg otts. Saya tak sedar diri, tak ingat apa berlaku diantara berbual dgn seorg kawan di luar gelanggang futsal (10.30mlm) sehingga berada di rumah (1.30pagi). Alhamdulillah, saya berjaya selamat berada di rumah.

Pagi ni ibu ingatkan saya, yg saya masih penat berpindah rumah. Usia dah lanjut, masih tak sedar tahap kesihatan.