Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, April 23, 2012

Tabung Haji

alhamdulillah petang tadi setelah saya ke pusat kesihatan uitm, saya ke cawangan bank islam di uitm shah alam. seperti di pusat kesihatan, bimb juga lengang kerana pelajar uitm sedang cuti pertengahan sem.

sudah lama saya nak buka akaun tabung haji. alhamdulillah tadi berjaya saya buka akaun tabung haji. jika nak buka akaun shj hanya perlu deposit rm50. tetapi utk mendaftar utk kerjakan haji perlu ada baki minima rm1350. alhamdulillah cukup baki dlm bimb utk saya daftar utk kerjakan haji. setelah mendaftar saya dimaklumkan bhw tahun pilihan tunai haji bg saya adalah 1469hijrah bersamaan 2048 masihi.

ini bermakna 36tahun lagi barulah saya dapat mengerjakan haji dgn tabung haji. jika umur saya panjang pada tahun tersebut umur saya adalah 81tahun ikut tahun masihi. nasihat dan pandangan seorang adik saya,'macam ni setiap bayi yg baru lahir perlu segera mendaftar utk kerjakan haji jika ingin mengerjakan haji semasa masih lagi berupaya di usia muda. insyaallah, kita merancang, allah menentukan yg terbaik utk kita.

Bersama Mercy Malaysia di UiTM

alhamdulillah pagi tadi mercy malaysia bermesyuarat secara rasmi untuk membincangkan kerjasama antara kedua2 pihak. inisiatif utk kerjasama telah dimulakan sejak tahun lepas. ianya bermula dgn persetujuan lisan oleh presiden mercy, dato' dr ahmad faizal semasa minum malam bersama saya di gerai berhampiran rumah saya.

antara cadangan kerjasama adalah program melatih sukarelawan, penyediaan ruang utk stor kecemasan, dan penyertaan warga uitm dlm misi mercy di dlm dan luar negara. insyaallah program pertama dijadualkan pada 31mei 2012 di uitm shah alam. diharapkan juga akan ditubuhkan mercy malaysia chapter uitm dalam masa terdekat. sebenarnya telah ada warga uitm yg aktif sebagai sukarelawan mercy.

semoga kerjasama mercy dan uitm akan meningkatkan kebolehpasaran kerja dan kebolehdapatan kerja graduan uitm. penyertaan sebagai sukarelawan mercy diharapkan akan meningkatkan kemahiran insaniah warga uitm utk kebaikan diri dan masyarakat. saya amat menggalakkan warga fsr dan peers uitm utk aktif sebagai sukarelawan mercy.

Ahad, April 22, 2012

Tugas-tugas Khas

semasa majlis malam tadi kenalan baru mengakui beliau stres. ianya berkaitan tugas beliau. beliau menjalankan tugas2 khas.

sebelum ketuanya berada di suatu majlis kebiasaannya beliau akan berada di tempat berkenaan, kemudiannya beliau perlu beri taklimat kpd ketua dan keluarga ketuanya (bergantung kpd majlis mungkin sehingga melibatkan anak cucu sepupu adik beradik dll). antara tugas beliau adalah menyediakan kasut utk ketuanya. dan sebagai langkah berjaga2 beliau beli 3 pasang kasut berbeza saiz.

beliau juga perlu memaklumkan susunatur tempat duduk sesuatu majlis. dan ada antara kerabat ketuanya akan bersungut jika ada ahli keluarga duduk jauh drpd ketua kenalan baru saya. kenalan saya ini juga perlu tahu lokasi tempat makan yg sesuai dgn ketuanya.

bila mendengar keluhan kenalan ini membuat saya bersyukur mempunyai ketua yg tidak mempunyai songel sebanyak ketua kenalan baru ini. saya kongsi tentang surah al-insyiraah sebagai bacaan untuk menenangkan diri. kenalan baru bersetuju malah berkongsi dgn saya ilmu yg beliau dapat drpd seorang ulamak di yemen iaitu bacalah surah al-insyiraah setelah setiap solat sambil meletakkan tangan kanan ke dada kiri di jantung kita.

tugas2 khas bunyinya macam glamor tetapi sebenarnya bermaksud kita perlu berada sebelum, semasa dan selepas majlis untuk memudahkan kehadiran ketua kita.

Jumaat, April 20, 2012

Bengkel/Seminar/Konferens/Dll

antara tugas seorang pensyarah adalah hadir ke bengkel/seminar/konferens/dll. ia berkaitan tanggungjawab dapat berkongsi ilmu (lagi baik yg terkini) dgn pelajar dan masyarakat.

hadir ke bengkel dll termasuk dlm kiraan jam latihan tahunan. pensyarah uitm dikehendakki hadir >40jam latihan (jika saya betul). tahun lepas saya hadir berganda2 lebih drpd itu. terima kasih kpd bos2 yg membenarkan. selain meningkatkan ilmu, ianya membantu saya menambah dan membesarkan jaringan kenalan.

ada yg saya hadir dgn biayaan uitm. ada dgn biayaan pihak lain. banyak juga yg saya hadir dgn biayaan sendiri. insyaallah pada tahun ini kali pertama saya akan hadir konferens akademik di luar negara. jom kita sentiasa menambahkan ilmu untuk kebaikan

Khamis, April 19, 2012

Kalender Tugasan

perancangan perlu dilakukan utk mengelakan stres negatif. dan perancangan sentiasa bertukar mengikut maklumat terbaru.

seboleh2nya saya cuba elakkan drpd bertugas pd hujung minggu dan cuti pertengahan semester atau cuti semester. hasrat hati utk berehat ada masa2 tersebut, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya (kebiasaannya). insyaallah, pada hujung minggu ini dapatlah 'berehat'. tapi pada minggu depan saya ada bengkel di pd, harap2 dapat berbengkel sambil bersantai.

hujung minggu depan saya harap dapat ke kuala kangsar bersama kawan2 utk kembali ke zaman remaja. tetapi pada hari ahad ada temuduga utk calon pelajar baru. dan tadi saya dimaklumkan saya diminta bertugas di fakulti menyambut tetamu pada hari sabtu minggu depan. hujung minggu pertama bulan mei saya dijangka bersama peers di perak, lokasi sebenar belum pasti. dan hujung minggu kedua insyaallah bertugas di kuala tahan. selepas itu masih belum pasti.

tugas tetap tugas. kerja tak akan habis. tapi kita doakan agar janganlah kita terkena stroke kerana stres kerja yg negatif.

Rabu, April 18, 2012

MOA dan MOU

saya masih keliru perbezaan antara moa dan mou. bukan moa yg bermakna ministry of agriculture walau pun antara cadangan moa yg diusahakan ada kaitan dgn kementerian pertanian.

insyaallah pada jumaat ni saya akan bersama wakil fakulti perladangan dan agrotani uitm utk berbincang potensi kerjasama antara uitm dgn sebuah syarikat yg menjalankan usaha di bawah nkra dan nkea. kemudiannya insyaallah pada pagi isnin depan saya bersama wakil pej tnc jim bhgian jaringan industri dan masyarakat akan berbincang dgn wakil mercy malaysia yg akan diwakili presiden dan 3lagi pegawai. dan pada bulan mei, insyaallah akan diadakan perbincangan diantara wakil fsr diketuai dekan dengan jkkk kg kuala tahan. fsr juga akan mengadakan perbincangan dgn mpm.

kesemua moa/mou diharapkan akan memberi manafaat kpd uitm dan organisasi yg menjadi rakankongsi uitm. antara manafaat utama diharapkan uitm adalah hasil perkongsian dpt meningkatkan kebolehpasaran pelajar uitm dan keboleh dapatan kerja graduan uitm. 

Selasa, April 17, 2012

No 2 Di London

saya dimaklumkan bhw saya mungkin bertugas sebagai no2 di london. bukan sbg tim pesuruhjaya tinggi. tetapi semasa sukan dunia.

bukan semasa olimpik. insyaallah semasa paralimpik. terima kasih kerana kepercayaan untuk mencalonkan saya. kita doakan semoga ianya menjadi kenyataan. insyaallah.

Isnin, April 16, 2012

Tegur dan Pesan

selalunya pesan diterima secara positif. kalau ditegur penerimaan mungkin lebih kpd negatif.

manusia sentiasa lupa. maka perlulah diingat2kan samada dlm bentuk pesanan atau teguran. ada cara baik. ada cara kurang baik. saya cuba lakukan yang baik. tapi kalau asyik buat perangai macam budak2 bukan macam siswa ipt maka teguran secara menegur budak2 la.

minggu lepas saya tegur pelajar yg masih tak malu melakukan kesalahan meletak kenderaan di tempat larangan meletak kenderaan dipandu/diguna pelajar. walau pun anda anak dato/datin/pro/prof madya/orang kaya/dll, peraturan tetap peraturan. kat kolej swasta pun ada kawasan larangan meletak kenderaan pelajar. walau pun anda dah bekerja tetapi jika anda status pelajar uitm (kecuali staf uitm) anda patuhilah peraturan. ada pensyarah komplen yg lambat masuk kelas kerana tiada tempat letak kereta. malah ada timbalan dekan pun tiada tempat letak kereta. pernah berlaku (lagi kurang ajar) letak kereta di tempat dekan. ada yg pernah melanggar kereta staf uitm kerana nak mengelak drpd dimarah utk kesalahan dilakukan.

tadi saya tegur seorang pelajar yg mungkin secara sengaja atau sebaliknya kertas terbuang ke jalan. dia kelihatan keliru dgn teguran saya. kawan2nya memerhatikan kami semasa saya tegur pelajar tersebut. kalau nampak sampah tu, kutiplah. kecuali anda bayar kontraktor yg bersihkan kawasan uitm.

jika saya silap sila tegur ya. keselamatan dan kebersihan uitm tanggungjawab bersama.

Temuduga Calon Pelajar SR113 Mei 2012

alhamdulillah tadi selesai sebahagian tugas temuduga calon pelajar sr113 mei2012. ramai yg hadir bersama ahli keluarga.

ramai beri alasan nak masuk fsr prg sr113 sebab suka/minat sukan. tapi beberapa soalan asas tentang sukan tak dapat dijawab beberapa calon. ada yg hadir utk 'test market'. bagus. kemungkinan hanya 'test' ajela.

ramai calon nak jadi cikgu sukan. alamak minta maaf la ya. kalau nak jadi cikgu lebih baik pi fakulti pendidikan atau upsi. tahniah kepada yg berjaya dipanggil temuduga. tahniah kpd yg hadir temuduga. tugas penemuduga belum selesai. banyak lagi kerja. kalau takde temuduga bagi saya lagi baik kot.

Khamis, April 12, 2012

Migrain dan Sinus

ada kaitankah sakit migraine dengan sinus? dlm satu rancangan tv semalam seorang  pengamal alternatif menyatakan ada kaitan.

sinus lebihkurang hidung tersumbat. migraine sakit kepala sebelah, adakalanya bermula dgn nampak bintang atau garis berbelang2 pada sebelah mata. pada isnin baru2 ini saya kena migraine setelah hampir 3ominit kelas saya bermula. tapi saya teruskan kelas walau dgn mata terpejam. saya urut dan picit diantara ibu jari dan telunjuk tangan kiri dan kanan. alhamdulillah, kuranglah migraine saya.

migraine saya andaikan sbg tanda kita penat. bgmana dgn sinus? selalunya saya akan tersumbat hidung di awal pagi. bersin berlaku apabila berada di tempat berdebu. semasa kena migraine isnin lalu, saya sapu minyak angin kat antara 2 bulu kening saya. alhamdulillah menjadi kerana kurang migraine saya.

saya juga minum air banyak2 semasa kena migraine. saya andaikan darah saya pekat kerana terdedah kpd panas yg terlebih dan berubah ke tempat sejuk secara mendadak. kalau dlm tv semalam dia masukkan getah ke dalam hidung dan keluar ikut mulut. untuk mencuci lubang hidung.

saya tak pasti jawapan kpd soalan asal saya iaitu adakah kaitan antara sinus dan migraine. jap lagi saya google. dan saya akan rujuk buku anatomi dan fisiologi. usaha lain adalah menyapu vicks kat hidung dan dada. apa cadangan pembaca blog saya?

Penat..

kejap aje seminggu. semalam cuti khas. hari ini kerja semula dan berterusan walau pada hujung minggu ni.

hmm..hampir semua yg saya tanya bgtau bhw mereka penat. kerja tak habis. malah makin banyak. ada yg datang kerja walaupun semalam cuti. memang kerja tak habis. perancangan kerja amatlah penting. dan perancangan kerja bukan hanya di peringkat bawahan shj. yg di atas sangat2 penting membuat perancangan. seelok2nya utk jangka pendek dan jangka panjang.

perancangan dpt mengelakkan' kerja last minute yg diterima tanpa persediaan' drpd menjadi punca kesihatan terganggu. pelajar dan bekas pelajar saya dah ramai saya lihat dan baca mula burnout. begitu juga dgn rakan sekerja.

kepada bos2, silalah tunjukkan kebijaksanaan. kalau kerja tu tak perlu dilakukan, atau tak penting untuk segera dilakukan, atau kalau tak buat pun tak apa, maka janganlah dipaksa2 utk dilakukan. pengarah memanglah kerja mengarah. atau bos2 lain (dgn nama jawatan berbeza) perlu tunjuk kepimpinan melalui teladan. rujuklah semula kpd matlamat utama organisasi.

Sabtu, April 07, 2012

Kerja dan Masa Yang Ada

kerja tak pernah habis. masa yg cepat berlalu tapi sebenarnya tak habis.

bekerjalah seumpama hidup selama2nya, beribadatlah seolah2 mati esok hari. maka kena pandai bahagi masa. kena pandai urus masa. kalau asyik merungut aje 'takde masa lah', ''kerja ni tak habis2lah' ianya tanda kita tidak bersyukur dgn masa yg ada.

amanah tugas pensyarah saya kiraan kasar adalah hampir atau lebih 80jam seminggu. atp minima seorang pensyarah uitm adalah 39jam seminggu. jika atp kurang drpd 39jam maka perlu ditampung/ganti pada sem akan datang. jadi jika atp saya 78jam maknanya sem akan datang saya boleh dok rumah ajelah kot.

jika guna amanah tugas akademik maka ramai terkeliru. contohnya jika ata saya 27jam seminggu maka akan ada yg kata saya banyak masa tak buat apa. sebab seorang pensyarah perlu punch in dan out minima 38.5jam seminggu (dulu sebelum dinaikkan kpd 39jam seminggu). itu bg yg tak faham. saya maklumkan kpd yg sudi atau tak sudi dengar bhw bg setiap 1jam perjumpaan saya dgn pelajar seeloknya saya ada 1jam persediaan dan 1 jam semakan. maknaya bg setiap 1jam ata saya perlukan 2jam sokongan ata. jadi jika berdasarkan 39jam seminggu maka maksima ata saya adalah 13shj dan sokongan ata 26jam. tapi saya cadangkan ata cuma 12jam shj dan sokongan ata 24jam yg menjadikan jumlah 36jam seminggu. lagi 3jam tu untuk hal ehwal pengurusan dan pentadbiran fsr dan uitm.

ingatan utk saya dan pembaca blog saya 'demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..'

Tak Cukup

rasa tak cukup berpunca daripada banyak faktor. faktor dalaman dan faktor luaran. personaliti juga memberi kesan. perasaan tak cukup bg yg rasa superior berbeza dgn yg rasa inferior.

saya fokus kpd yg ada inferiority complex. dan ic bukanlah rasa merendah diri. banyak punca kita ada inferiority complex. mereka yg ada ic ni akan menunjukkan perwatakan yg akan menyusahkan kenalan di pejabat secara negatif. kenalan di pejabat akan rasa rimas, takut, marah atau kasihankan orang ic ni. org yg ada ic menyebabkan produktiviti di pejabat merudum. produktiviti diri atau/dan organisasi.

jika seorang ic rasa bhw kenalan di pejabat punca dia terasa ic maka kasihanlah kenalan tu. ic akan sentiasa cuba mencari kesilapan atau kononnya kesilapan kenalan tersebut. ic ni sentiasa ada unfinished business. setiap kejayaan kenalan yg jadi target ic akan diperhatikan dibawah kanta dan cuba dijadikan isu. bagi saya biarkan ic terjun dgn labu2nya. labu2 ic termasuklah kawan2 rapat ic yg juga ada ic (dan ada yg ada phd). jadi ic dan phd mungkin tak dpt dipisahkan.

 pesanan fasilitator satu program team building - forgive and forget. banyak maksudnya bg saya. kita boleh maafkan dan lupakan kesilapan ic. atau kita maafkan dan jauhkan diri dari ic. atau juga apa ic berikan pd orang lain maka ic akan terima semula. allah maha adil.

Jumaat, April 06, 2012

Jawatan Berubah

sejak saya di pejabat jim+a(+k) saya telah memegang 3 jawatan dalam 1tahun.

 bermula 1 april 2012 jawatan saya adalah ketua korporat dan tugas2 khas. sebelum ini bermula 1april 2011, tugas saya adalah sebagai ketua mobiliti dan latihan industri pelajar. pejabat saya di aras 20 menara 1 kompleks kejuruteraan. kemudiannya bermula 1 oktober 2011, saya memegang jawatan sebagai ketua sumber dna maklumat. pejabat saya berpindah ke aras 5 canseleri uitm. jawatan saya sekarang mengekalkan saya di canseleri (sehingga kini).

setiap jawatan mempunyai peranan dan tanggungajwab tersendiri. dan setiap jawatan mempunyai pegawai atasan dan pegawai bawahan tersendiri. menjadi ketua atau bukan ketua sebagai seorang manusia akan menghadapi amsalah. ianya perkara biasa. kemampuan kita menangani masalah bergantung kepada ilmu dan sokongan rakan sekerja, keluarga dna kawan.