Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Mac 25, 2023

Orang Kaya

Siapa orang kaya? Bagaimana nak kenal seorang yg kaya? Di mana boleh kita jumpa orang kaya?

Jawapan yg biasa kita terima adalah berbentuk kaya materialistik. Ada rumah besar, kereta mahal, pakaian mahal, bercuti di luar negara, dll. 

Kita biasa ajar anak, pasangan, keluarga, dll , seorang kaya mesti kaya materialistik. Maka ramai berusaha utk menunjuk2 utk dilihat sbg kaya.

Membazir

Kita banyak membazir. Kita biasa membazir. Media dan masyarakat menggalak kita membazir.

Dulu2 kita jarang ke pasar ramadan. Kita jarang berbuka di hotel, kedai makan. Tapi budaya sekrg, ramai ke bazar ramadan atau berbuka di luar rumah. 

Belanja di bulan ramadan dan syawal bagi ramai dlm masyarakat kita umpama lebih drpd 2 bulan belanja biasa. Selepas itu, ramai yg ikat perut?

Selasa, Mac 21, 2023

Kelangsungan Hidup

Ramai yg hanya fikir ttg sejahtera di dunia. Fikir ttg kaya di dunia. Berlumba2 utk bermegah2 di dunia shj. 

Matlamat hanya kelangsungan hidup diri dan keluarga di dunia shj. Maka mereka terdorong utk tidak amanah. Juga kerana nak tunjuk mereka berjaya di dunia. Nak sombong, maka kedekut, tamak, dengki jika ada yg mereka andaikan lebih drpd kekayaan mereka.

Mereka sanggup menipu, mencuri, merompak, merampas, tidak adil, tidak ikhlas, tidak jujur utk menjadi kaya di dunia. Kesan negatif kpd kelangsungan hidup org lain.


Emosi, Usia dan ilmu

Ada kata ianya berkait. Mungkin ketiga2 saling berkait secara terus atau secara bukan terus, melalui kaitan dgn yg kedua.

Ada semakin berusia, semakin mudah tersentuh emosi. Mungkin sebab ilmu, mungkin bukan sebab ilmu. Melihat kanak2, dan diri mereka yg masih suci bersih (innocent) mudah membuat mereka yg tertentu tersentuh emosi mereka.

Mungkin risau tentang masa depan kanak2. Bgmnkah kehidupan mereka, akan sejahtera atau sebaliknya? Amanah kita, sbg yg lebih dewasa, berusia, berilmu utk cuba pastikan kehidupan kanak2 akan sejahtera.

Amanah di Dunia

Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita adalah khalifah Allah. Antara tugas dan tanggungjawab sbg khalifah dan pemimpin, sbg seorg manusia adalah amanah menjaga alam, menjaga dunia, menjaga kehidupan kita dan makhluk lain secara sejahtera.

Pemimpin yg dipilih, terpilih, memilih, tiada pilihan menjadi pemimpin mempunyai amanah utk pengikut dan bukan pengikutnya. Antara seorg pemimpin juga adalah utk mudahkan masyarakat hidup sejahtera, dpt penuhi keperluan kehidupan spt makan minum,  tempat tinggal pakaian, keselamatan, kesihatan. 

Jika hanya pemimpin, ahli keluarga, kerabat, kawan dan kenalannya shj hidup sejahtera, besar kemungkinan telah tidak amanah.