Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 27, 2015

Masa Duka, Masa Suka

masa terus berlalu. masa tidak akan menunggu. sehinggalah tiba ke akhir waktu. apabila masa adalah selama-lamanya. minggu ini seperti masa yang biasa. ada masa duka, ada masa suka.

semalam seorang saudara kembali kepada yang maha kekal abadi. beza usia dengan saya hanya dua tahun, beliau lebih tua daripada saya. kepada yang sayangkan beliau, masa ini adalah masa duka. dan hari ini beliau disemadikan. hadirin menitiskan airmata duka.

semalam juga adalah masa suka untuk keluarga. menyambut ahli baru melalui pernikahan. tengahari tadi diadakan majlis makan. hadirin bergembira kerana masih lagi dipanjangkan usia dan dapat berjumpa. hadirin menitiskan airmata suka.

setiap masa adalah peringatan akan amanah kita. tentang masa yang terhad untuk persediaan hidup selama-lamanya. suka dan duka adalah kehidupan di dunia. kehidupan di akhirat, kita berdoa semoga sentiasa suka dan bahagia, bersama mereka yang kita sayangi.

Selasa, Disember 15, 2015

Jawatan dan Amanah

memegang jawatan datang dengan tugas. datang dengan tanggung dan jawab. datang dengan amanah.

ramai seronok dengan jawatan dipegang. ramai tak seronok nak lepaskan jawatan. jawatan memberi banyak keistimewaan. jawatan beri kuasa. jawatan boleh buat orang hormatkan kita. jawatan boleh buat orang takut kepada kita. jawatan boleh buat orang menyampah dengan kita.

jawatan berkait dengan kerja. dan kita akan dipersoalkan sama ada di dunia dan di akhirat, atau di akhirat sahaja. ramai takut hilang jawatan, hilang kuasa, dan seterusnya dipersoalkan di dunia dengan jawatan yang pernah dipegang.

jawatan adalah pujian dan juga ujian. yang sedar dan berilmu akan jalankan kerja semasa pegang jawatan dengan penuh amanah. untuk kebaikan diri dan orang lain. untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Kerja dan Rezeki Kita

ada kawan hantar kepada saya tulisan tentang kerja dan rezeki. jika rezeki dikejar sebagai matlamat bekerja, sipengejar tak akan capai kepuasan bekerja. sebaliknya, carilah keberkatan melalui kerja, supaya rezeki pun penuh barakah.

sebuah cerita hindustan menyatakan bahawa jika kita mencari kerja yang kita suka lakukan, kejayaan akan sentiasa mengekori kita. tetapi jika kita mencari kerja untuk rezeki/wang sebagai matlamat, kita hanya mencari kedukaan.

bagaimana dengan mereka yang bekerja untuk bergaya? bagaimana dengan yang bekerja - cakap lain, buat lain?

ada yang bagitahu, carilah kerja untk mendapat keampunan, dan rahmat allah. insyaallah kerja kita adalah barakah. maka jika kerja kita adalah ibadah kita kepada pemilik segala, kita menjalankan tanggungjawab sebagai hamba allah

Ahad, Disember 13, 2015

Kaya dan Gaya

ramai nak kaya. termasuk saya, sekarang. tapi ramai nak kaya sebab nak bergaya. maka dalam berita beberapa hari lepas, ada yang sanggup guna kereta klon untuk bergaya seumpama orang kaya.

orang kaya dibiasakan dengan hidup bergaya. kereta mewah, rumah agam (mansion). pakaian berjenama. makan minum di tempat yang dikunjungi orang kaya lain. bercuti di luar  negara setiap tahun. anak-anak belajar di luar negara. yang kesemuanya memerlukan kewangan yang banyak, kerana belanja yang tinggi. maka orang dikatakan kaya, jika hidup bergaya duit banyak. gaya boleh dikatakan tayang.

maka orang kaya harta dunia dilihat seolah orang yang sombong, orang yang tamak. orang yang tamak. orang yang kedekut. maka jika itulah persepsi orang terhadap orang kaya, maka saya tak mahu kaya harta.

tetapi ramai kenalan saya yang kaya kehidupan adalah sebaliknya. low-profile. dan mereka tidak sombong - hidung tinggi, kedekut, berdengki dan tamak. kenalan saya yang mendorong saya jadi kaya menggunakan kekayaan untuk membantu mereka yang susah daripada mereka. jom kita kaya bukan dengan menipu, bukan bekerja secara tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah.

Khamis, Disember 10, 2015

Masa dan Sisa

setiap saat berlalu tanpa boleh dihentikan. seterusnya setiap minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, turut berlalu tanpa boleh dihentikan walaupun sesaat.

setiap saat umur semakin dekat, dan juga semakin jauh. semakin dekat dengan penghujung masa kita di dunia. semakin jauh dengan permulaan kita di dunia. semakin hampir dengan yang pasti iaitu mati.

kelahiran mengingatkan kita tentang masa. kematian mengingatkan kita tentang masa. masa dan usia saling bergandingan tangan membawa kita ke hadapan, meninggalkan masa silam.

masih ramai yang bangga dengan usia yang dilalui. masih ramai yang lupa tentang sisa usia yang ada. sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran, dan yang berpesan dan mengingatkan dengan kesabaran.

Rabu, Disember 09, 2015

Kedai Buku

antara kedai yang saya suka pergi adalah kedai buku. adakala ke kedai buku untuk membeli buku, adakala hanya untuk melihat buku2 yang terjual. sekarang kedai buku ada yg virtual, iaitu melalui internet.

baru2 ini saya ke kedai buku mencari buku2 sekolah. dan saya beli buku kemahiran hidup, dan pendidikan jasmani dan kesihatan. ianya untuk menambah ilmu dan mengingatkan saya. kedua2 tajuk berkait dengan kesejahteraan hidup di dunia. oh ya, saya juga beli buku/nota peperiksaan berkaitan subjek agama islam. untuk sejahtera dunia dan akhirat.

berada di dalam kedai buku amat menyeronokan. bau buku dan lain2 barangan di dalam kedai buku mengingatkan zaman persekolahan mencari dan membeli buku pada tahun 70an dan 80an. dulu kebanyakan kedai buku dimiliki oleh orang india atau india muslim. berada di kedai buku mengingatkan saya juga bahawa usia semakin tua. tidak tahu berapa lama lagi yang berbaki yang membolehkan saya mencari dan meningkatkan ilmu di dunia ini.

Isnin, Disember 07, 2015

Rancang dan Laksana

dua benda yang berbeza. boleh jadi sama. boleh tetap berbeza.

allah merancang, manusia merancang, dan allah yang tentukan. kita diminta merancang. untuk memudahkan kehidupan kita. ramai yang merancang untuk memudahkan hidup kita di dunia, tetapi ramai yang lupa merancang memudahkan hidup di akhirat.

rancang mudah. laksana susah. ianya perkara biasa untuk kita. untuk rancangan berjaya dilaksanakan, mohonlah izin allah. tapi apstikan rancangan dan pelaksanaan adalah selari dengan tujuan hidup kita, kejadian kita, sebagai ibadah kepada allah. supaya sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan allah. dunia dan akhirat.

Sabtu, Disember 05, 2015

Kitaran Bertambah Baik Atau Buruk

kita harap dengan masa, kitaran berlaku akan menambahkan kebaikan kepada diri, masyarakat organisasi, dan persekitaran kita. jangka pendeka akan ada peringkat kitaran yang menyebabkan kekurangan atau berada di bawah berbanding semasa bermula.

dengan ilmu, kita harapkan akan berlaku kitaran yang bergerak ke hadapan, ke atas dan semakin baik bagi diri kita. walau bagaimana pun, kita tahu tidak semua kitaran berkait ilmu memberi hasil positif untuk jangka pendek dan jangka panjang. antara punca tiada perubahan positif dengan ilmu adalah apabila yang diberi amanah berkongsi ilmu tidak berupaya meningkatkan, memajukan, dan perkembangkan ilmu diri yang mengharapkan ilmu untuk kebaikan.

mereka yang tidak amanah akan gunakan kuasa, jawatan, dll untuk kononnya kelihatan berkongsi ilmu dengan anak didik. tetapi sedihnya, apabila anak didik hanyalah mempunyai ilmu yang sedikit atau tidak berguna. lebih menyedihkan, dgn ilmu yang sedikit atau salah, anak didik juga turut salah guna jawatan, kuasa, pangkat. kesannya, organisasi dan masyarakat akan terhumban ke bawah, bertambah susah, bertambah miskin.

ilmu adalah amanah. kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengaku kita ada kepandaian, adalah pakar dalam sesuatu bidang jika hakikatnya adalah sebaliknya. jika hanya belajar sedikit tetapi mengaku tahu banyak, kita adalah tidak jujur, ikhlas dan amanah berkaitan ilmu milik allah.

Jumaat, Disember 04, 2015

Tegar Tegur Telur

Berani kerana benar. Berani kerana tahu akan disoal dimahkamah yang adil.

alah bisa, tegar biasa. bermaksud, jika tak tahan, kita akan tinggalkan. jika mampu bertahan, kita akan teruskan. dan lama2 ianya jadi kebiasaan buat kita.

tetapi jika kita tegar melakukan kesalahan, ianya akan menyusahkan diri dan pihak lain. maka kita perlu ditegur. teguran untuk kebaikan bersama. bukan untuk kepentingan satu pihak sahaja. teguran adalah peringatan. peringatan kepada yang ditegur, dan peringatan kepada yang menegur.

ada yang tak berani tegur walaupun teguran berdasarkan fakta yang benar. fakta yang berdasarkan kesalahan oleh yang ditegur. maka kita kata orang yang menegur perlu ada telur. perlu berani menegur. semoga kita ada telur untuk tegur kesalahan supaya kita sentiasa tegar dengan yang benar sahaja.

Khamis, Disember 03, 2015

Tamak Rezeki

sedang menonton episod terakhir tuan anas mikael. kisah perebutan kasih dan harta. tamak jawatan, kuasa dan pangkat.

kerana lupa rezeki itu hak milik allah. yang dipinjamkan kepada makhluknya. yang perlu dikembalikan kepada pemiliknya dengan amanah. maka makhluk allah sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan harta. sanggup membunuh secara fizikal dan bukan fizikal. sanggup membunuh diri orang lain. dan sebenarnya sanggup membunuh diri sendiri.

tamak rezeki juga melalui menipu. mengaku tentang perkara yang tidak benar. berani mengaku melakukan amanah untuk membuat tuntutan. berani mengaku punyai ilmu dan kepakaran untuk dapat tuntutan sambilan. semoga kita tidak tergolong dalam golong penipu, perompak, pencuri dan pemecah amanah.

Rezeki Untuk Kita

kita berdoa semoga sentiasa mendapat rahmat allah. kita berdoa semoga sentiasa dilimpah kurniakan allah dengan rezeki yang halal.

jodoh adalah rezeki. anak adalah rezeki. pekerjaan adalah rezeki. jawatan adalah rezeki. pangkat adalah rezeki. kuasa adalah rezeki. ilmu juga adalah rezeki. dan banyak lagi rezeki milik allah yang allah kurniakan kepada makhluk hambanya. rezeki datang dengan ujian.

dan peringatan kepada saya dan mereka yang saya kasihi, rezeki yang kita terima adalah amanah daripada allah. kerabat dan kaum keluarga serta persahabatan adalah rezeki.

Rabu, Disember 02, 2015

Kaya atau Miskin

saya pernah dikatakan gila oleh seorang kawan lama. gila sebab takut nak kaya. takut jika dah kaya akan jadi takkabur, sombong, suka berdengki, tamak, kedekut.

kemudian seorang kawan ingatkan saya. berfikirlah secara positif. fikirlah jika dah kaya akan dapat tolong orang susah. akan sentiasa rendah diri, gembira dengan kejayaan orang lain, bersyukur dengan rezeki yang ada, murah hati. oops tersentak juga. kenapa dok berfikiran negatif? adakah sebab melihat contoh yang tidak baik? sedangkan ramai contoh yang baik.

kaya adalah ujian. miskin adalah ujian. kita tak mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat. kita tak mahu kaya di dunia tetapi miskin di akhirat. lebih baik miskin di dunia tetapi kaya di akhirat. baik lagi, kaya di dunia, dan kaya di akhirat. semoga kita sentiasa mendapat rahmat allah.

Selasa, Disember 01, 2015

Prestasi Organisasi

prestasi atau pencapaian organisasi mencerminkan tahap kejayaan organisasi mencapai matlamat atau objektif penubuhannya. jika sebuah organisasi berjaya mencapai obejktifnya, maka organisasi tersebut telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan amanah.

jika organisasi tersebut tidak berjaya mencapai matlamat dan objektifnya, organisasi boleh diandaikan ytelah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. organisasi boleh  analisis perlu dilakukan untuk mendapatkan sebab dan akibat. organisasi yang gagal capai matlamatnya boleh diandaikan telah pecah amanah. pegawai di organisasi tersebut boleh diandaikan telah pecah amanah.

perancangan strategik adalah satu cara membantu organisasi berada di trek yang akan menghala ke arah pencapaian matlamat dan objektif organisasi.

Jujur dan Ikhlas

salam. ucapan dan perbuatan. perlu seiring dengan niat dan jiwa.

salam bermakna mengdoakan semoga orang yang bersama kita, secara fizikal atau sebaliknya, berada dalam sejahtera, dunia dan akhirat. apabila bersalaman kita bersama mengharapkan kebaikan bersama.

maka apabila kita mengucapkan salam kepada pihak lain, diandaikan kita berniat baik terhadap pihak tersebut. tetapi bagaimana jika kita biasa gunakan salam hanya sebagai pemanis, yang kemudiannya akan dituruti dengan sesuatu yang tidak manis?

apabila diketahui kebiasaan kita bersalam secara tidak jujur dan tidak ikhlas, kita akan diandaikan dan dilihat sebagai seorang yang tidak boelh dieprcayai dan diyakini. kita akan dilihat sebagai tidak berkredibiliti. dan kita tidak akan dihormati, malah akan dipersendakan. semoga kita sentiasa jujur dan ikhlas.