Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mei 25, 2012

Kesihatan Kita Tanggungjawab Kita

seorang bos saya perlu mendapat rawatan di hospital kerana mengalami sakit jantung. alhamdulillah dgn perubatan moden, insyaallah beliau akan kembali bertugas dalam masa seminggu. ini berbeza dgn rawatan dulu2 yg akan ambil masa berbulan2.

sihat atau sakit kita tak tahu bila akan berlaku. sakit tidak semestinya berlaku kpd yg tua. yg muda pun sakit. sakit juga tidak semestinya tak berlaku kpd mereka dibidang perubatan dan kesihatan. doktor pun ada yg sakit. dan semua doktor akan meninggal dunia.

tapi yg kita mampu adaalh buat persediaan mengelak sakit yg teruk atau mengurangkan risiko drpd sakit yg teruk. usaha adalah penting. usaha adalah melalui senaman dan pemakanan. faktor genetik kita tak boleh elak kerana kita lahir dgn genetik tersebut.

berusaha dan berdoa. kita hanya mampu berusaha. Allah jua yg menentukan.

Sabtu, Mei 19, 2012

100m Terakhir SRW655 Mac 2012

tadi seramai 9pelajar srw655 saya utk sem ni mula berjumpa utk 100meter terakhir srw655. terdahulu pada isnin yg lalu, 2pelajar telah datang jumpa saya. hanya 4lagi belum mulakan 100m terakhir mereka. sem ni saya mendapat penyeliaan paling ramai utk srw655 iaitu 15pelajar (termasuk seorang pelajar epjj).

100m terakhir saya mulakan dgn bab 1-2 disemak semula. seterusnya sedikit utk bab3. minggu hadapan bab 3 dan 4. dan 2minggu lagi saya harap bab 4 dan 5 tetapi dirujuk juga kpd bab 1,2 dan 3. insyaallah saya harapkan pelajar saya dapat selesaikan dan hantar kpd fakulti laporan penyelidikan yg telah di'hardcover' dlm tempoh sebulan drpd sekarang iaitu selewat-lewatnya minggu bermula 18Jun 2012.

Khamis, Mei 10, 2012

Ugutan

setelah bosan melihat sikap yg buruk mereka yg tak patuhi peraturan uitm maka petang tadi saya berdiri berhadapan dgn palang ke kawasan akademik 3. saya ambil gambar setiap kereta yg masuk melalui laluan keluar yg palangnya telah diangkat (?) oleh seseorang. saya tak tahu siapa yg angkat palang utk laluan keluar. esok insyaallah akan jelas.

memang banyak kereta yg tak pedulikan bhw laluan masuk adalah utk kereta yg nak masuk ke kawasan bangunan akademik 3. yg ramai menyusahkan dan tak patuhi peraturan lalulintas adalah pelajar. dukacita ada juga staf. kebanyakan kereta yg masuk tidak mempunyai pelekat sama ada pelajar, staf atau pelawat. ada yg dgn selamba memecut kereta utk cuba mengelak drpd diambil kereta mereka. sorila gambar anda akan dipaparkan nanti. tunggulah hukumannya.

sedang saya mengambil gambar, sebuah myvi putih berhenti sebelum keluar. seorang lelaki keluar dan datang ke arah saya dgn sombongnya. seorang perempuan sebagai pemandu menunggu dgn muka yg risau dan takut2. lelaki tersebut bertanya dgn garang  'kenapa ambik gambar?'. jawab saya 'keselamatan'. beliau bgtau dia staf uitm sambil mengeluarkan kad staf. saya tak ambil dan lihat dgn teliti. malas dilayan. saya tanya 'kenapa tak ada pelekat staf?' jawab beliau 'boelh mintak 2 pelekat aje. dan yg ini kereta bini dia'.. beliau berkata 'cakap dgn baik ni' seolah2 mengugut saya. saya bgtau 'kalau tak bersalah jgn takut'. saya senyum. pegawai sebelah saya diam aje.

setelah myvi tu beredar barulah pegawai saya berkata,'betul ke bini dia?'. saya setuju. nampak lain macam aje. kalau tak bersalah tak perlu takut atau risau. tapi saya juga musykil kenapa beliau berpakaian tshirt, berseluar jean dan berseliper aje. betul ke staf uitm? insyaallah kita akan tahu kelak.

Rabu, Mei 09, 2012

Demo Oleh Geng Topi Merah

pada hujung minggu yg lalu saya berhadapan dgn demo oleh geng topi merah (gtm). ahli2 geng ini beberapa kali melakukan demo yg pada saya memprovokasi saya dan masyarakat lain.geng topi merah ini memulakan demo mereka di lebuhraya pd-seremban. dan ianya diteruskan sehingga ke plus. sehinggalah dileraikan oleh seorang yg berani kerana benar dan gagah, besar dll. maka bertempiaran lari geng topi merah.

geng topi merah yg saya maksudkan adalah mat rempit/penunggang dan pembonceng motorsikal. semasa di lebuhraya pd-seremban mereka menunjukkan aksi (demo) superman menunggang motorsikal secara baring tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lebuhraya yg lain. mereka turut 'hogging' atau terjemahannya mem'babi' (kasar) atau meng'khinzir' (lembut) satu daripada lane kereta di lebuhraya pd-seremban dan plus dgn menungggang secaraberkumpulan sehingga hampir 10 motorsikal.

hero adalah pemandu sebuah bas ekspres yg meleraikan aksi2 'babi'/hogging dengan memandu rapat dan laju di belakang gtm. memang bertempiaran (cuda) gtm melarikan diri (menunggangkan diri) daripada asakan hero.

demo oleh gtm dan juga oleh mereka yg lakukan kesalahan di jalanraya/lebuhraya perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa. ini untuk menjamin dan memastikan jalanraya adalah selamat digunakan oleh majoriti atau kesemua pengguna jalanraya. antara geng lain yg lakukan demo haram adalah penunggang motorsikal yg gunakan laluan kereta iaitu tidak gunakan laluan khas utk motorsikal, pemilik dan pemandu kenderaan bercermin gelap, di uitm pengguna kenderaan yg tak patuhi peraturan lalulintas dan letakkereta uitm, pengguna kenderaan yg tidak nyalakan lampu semasa memandu di masa suasana tidak jelas untuk bezakan kenderaan dan persekitaran, dan pengguna kenderaan yg tidak gunakan lampu isyarat untuk membelok/menukar laluan serta mereka yg tak patuhi lampu isyarat.  jika tiada tindakan diambil terhadap geng demo ini maka tanggungjawab menjawab kerana pecah amanah adalah di kepala petugas yg diberi tanggungjawab.

Isnin, Mei 07, 2012

Dugaan dan Peringatan

elok aje saya keluar dari bilik saya petang tadi dan setelah mengunci pintu saya terasa macam ada yg tak kena. maka saya lakukan bodycheck pd diri sendiri. alamak, tertinggal kunci bilik kat dalam pejabat.

senyum ajela. nak marah pun silap sendiri. alhamdulillah saya tidak tinggalkan handphone, wallet dan kunci kereta. kalau tertinggal dlm bilik juga maka jawabnya, gedegangg!!! lah kaki saya ke pintu (dulu2). tapi sekarang sebab dah berumur maka saya akan fikir dulu apakah cara terbaik utk buka pintu dgn kerosakan minima kpd pintu dan saya (fizikal, emosional dan kewangan).

hidup sentiasa ada berita baik dan berita buruk. adakala kita sihat dan adakala kita sakit. ilmu membantu kita menangani keadaan semasa yg dihadapi. doa2kanlah semoga saya dipermudahkan untuk memasukki bilik saya esok.

Selasa, Mei 01, 2012

Tahniah Peers Sempena Anugerah untuk 2011

alhamdulillah, semalam di hotel depalma shah alam, peers berjaya mendapat anugerah untuk program terbaik khidmat sosial dan penasihat peers encik din juga berjaya mendapat anugerah khas untuk penasihat terbaik program. bagi saya anugerah untuk cik din bermakna program peers adalah program terbaik utk 2011.

seronok juga hajat hati utk bergambar dgn vvip iaitu timb menteri pengajian tinggi dipenuhi. kali pertama apabila peers menerima anugerah. kali kedua semasa saya wakil menerima anugerah untuk en din. kali ketiga apabila pemenang dijemput bergambar di atas pentas bersama vvip dan vip. mantan presiden peers azwan bgtau saya ramai tergelak/senyum melihat saya pantas berdiri di tempat strategik dibelakang diantara tm pt dan tnc hep. kalau saya tak mulakan saya yakin lambatlah orang nak bersedia utk bergambar.

seterusnya bergambar lagi dgn tm apabila pelajar antarabangsa minta bergambar bersama. kemudiannya gambar terakhir apabila peers minta dgn tm. sekarang ni dok tunggu gambar dari jurugambar rasmi.

sekali lagi tahniah dan terima kasih kpd peers, penasihat, alumni peers, mantan penasihat peers, para kaunselor dan mantan kaunselor, dan pihak2 lain yg sentias amenyokong peers. semoga peers terus cemerlang