Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 31, 2009

Buka Puasa Dgn Kaum Kerabat 2

Semalam adalah sesi kedua berbuka puasa dgn ahli kerabat, ahli keluarga. Semua sekali lebih kurang 30++ orang kecil besar, tua muda. Memang, rumah saya ni kecil, tetapi kami semua faham, yg penting adalah peluang berkumpul untuk bersama berbuka puasa dgn kalangan keluarga.

Ada kalanya, seperti semalam, kalau boleh nak rumah yg lebih besar. Tetapi berapa kerapkah kita gunakan ruang rumah yg besar dlm setahun? Majlis buka puasa dgn keluarga paling kerap boleh dikira sebelah tangan aje. Majlis2 lain, kalau ada mungkin boleh dikira 2 belah tangan sahaja yg diadakan di rumah. Jadi lebih kuran 14hari shj dlm setahun, secara purata majlis memerlukan ruang yg luas di rumah saya. Macam rumah nenek saya, rumah dipenuhi secara purata hanyalah 7hari setahun. Pada waktu lain, rumah akan mempunyai banyak ruang yg tidak digunakan.

Semalam yg hadir adalah keluarga adik2 ibu saya dan anak2 sepupu ayah saya. Diantara dua pupu saya yg hadir, saya hanya ingat dan cam seorang sahaja. Inilah kesan jika berjumpa selalunya hanya sekali setahun iaitu pd hari raya sahaja. Melihat mereka, terasa begitu cepat sekali masa berlalu, dan mengingatkan usia yg semakin kurang muda. Jadi, berkumpul untuk berbuka puasa adalah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan.

Kereta Baru


Lihatlah gambar saya di atas. Saya bergaya dlm kereta baru. Tetapi bukan milik saya. Ianya milik pakcik saya. Saya tumpang menikmati kejayaan halal pakcik saya. Sesiapa yg berminat, ada sebuah BMW untuk dijual. Hanya perlu dibayar RM3,600 sebulan selama 5 tahun. Sanggup tak, sebab jumlah untuk memiliki BMW ini hanyalah RM216,000.

Harga kereta dimana saya bergaya ini bersamaan 5 tahun gaji saya. Jadi ianya di luar kemampuan saya. Saya mempunyai teori bhw kita mampu beli kereta yg berharga maksima 10bulan gaji kita. Ataupun bayaran bulanan untuk pinjaman setelah ditolak 10% pendahuluan adalah sebanyak 15% drpd gaji bulanan kita, untuk pinjaman selama 5 tahun ataupun 60bulan. Jika ianya melebihi daripada formula saya di atas, maka bagi saya, kita tidak mampu memiliki kereta tersebut. Sebabnya, selain drpd bayaran bulanan untuk hutang kereta, kita juga perlu membayar minyak kereta (kiraan kasar = RM10 sehari), tol, bayaran letak kereta, maintenance, dll.

Tetapi ramai yg lupa kos2 utama memiliki sebuah kereta selain bayaran hutang bulanan. Maka ada yg beli kereta untuk bergaya. Biar papa asal bergayalah kononnya. Kesannya, apabila pendapatan halal tidak cukup untuk menanggung kos kehidupan tambahan (yg dapat dielakkan), maka akan dilakukan pelbagai usaha untuk pendapatan haram.

Ada yg mengatakan kereta melambangkan status kita. Dan saya pernah nyatakan bagaimana saya dikutuk kerana memandu 'porsche' kuning saya ke uitm. Saya tidak pedulikan komen2 sedemikian. Sebab, bukannya mereka yg pandai komen tu akan menanggung beban hutang dan kos bulanan saya. Buatlah bajet sebelum berbelanja.

Minda Seorang Pemimpin

Siapa kamu? Hantarkan cv kamu kpd saya? Macam ni, awak ambil alih ajelah jabatan2 bawah saya. Awak ambil alih ajelah tugas pegawai saya.

Pemimpin ini yang diwakili oleh staf nya tidak berjaya menyelesaikan masalah. Dan beliau marah apabila ada orang yg tiada pangkat berjaya menyelesaikan masalah yg sepatutnya pemimpin tersebut dpt selesaikan. Masalah selesai dgn jenazah berjaya diberi penghormatan. Diterbangkan dgn kapalterbang khas kembali ke tanah air. Diberi penghormatan tentera. Diiringi oleh pengiring pdrm. Begitulah sepatutnya seorang wira negara diberi pengiktirafan. Seorang pendidik yg kembali kepada Allah, di bulan ramadan ini.

Dan pemimpin tersebut telah ditegur oleh ketuanya. Dan pemimpin tersebut pun cuba cover kekurangan ilmunya dgn ingin berjumpa dgn insan yg dimarahinya kerana kesombongan pemimpin. Kalau beginilah tingkahlaku seorang yg kita panggil pemimpin, ini bermakna kita belum merdeka. Tiada ilmu bermakna kita jahil. Kita perlukan pemimpin yg berilmu dan beramal. Dan sebaik2nya, pemimpin yg beriman dan patuh kpd Pencipta, Allah Tuhan Yg Maha Esa.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Berkongsi Ilmu

Itu adalah tugas utama seorang pendidik. Dan ilmu yg dikongsi diharapkan akan melahirkan seorang lagi yg berilmu dan boleh berkongsi pula dgn org lain. Ada kata2 ataupun hadis yg menyatakan bagaimana ilmu yg dikongsi akan dapat membantu kita di hari kemudian. Jadi pastikanlah ilmu tersebut adalah yg baik dan berguna.

Maka sebagai pendidik, ilmu yg dikongsi bukan sahaja dilihat drpd segi keputusan peperiksaan, tetapi budi bicara dan tutur kata pelajar tersebut. Juga, adakah pelajar atau mantan pelajar tersebut masih menghormati pendidiknya walau pun pendidik itu tidak lagi mendidik seseorang itu. Maka pendidik adalah juga role model kpd pelajarnya. Kita perlu cakap serupa bikin. Tak guna teori ok, praktikal out. Selalunya perkara ini berlaku apabila kita senang2 mengaku kita ini pakar. Maka akan berlaku jugalah ajaran sesat.

Keakraban pelajar, mantan pelajar dgn pendidiknya menunjukkan keberkesanan ilmu yg dikongsi. Ini saya lihat semasa majlis buka puasa semalam. Encik Hisyam begitu rapat dgn pelajar dan bekas pelajarnya. Beliau tidak perlu mengarah atau berkata berulang2kali. Mereka semua telah serasi dan faham apa perlu dilakukan. Tahniah Encik Hisyam. Itulah antara sebab saya mengatakan Encik Hisyam adalah sikong rekreasi di FSR, UiTM.

Gambar2 Buka Puasa Di Kolam Renang UiTM 28082009





En Hisyam (berbaju hijau) selaku tuan rumah




Di atas adalah antara gambar2 majlis berbuka puasa di kolam renang uitm. Terima kasih kpd tuan tanah/rumah encik Hisyam. Terima kasih juga kpd mereka yg turut menjayakan majlis berbuka puasa. Seronok solat terawih kerana seolah2 solat semasa berkhemah.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Masakan









Di bulan ramadan ini kita berpeluang menikmati pelbagai juadah. Ada di antaranya hanya dapat kita rasa semasa bulan ramadan sahaja. Peniaga2 ramai yg berkongsi juadah masakan mereka untuk dinikmati ketika berbuka puasa atau sebelum subuh.

Sepanjang 7 hari ramadan tahun ini, hanya pada hari ini saya akan berbuka bukannya di rumah di samping kedua ibubapa dan adik2 saya. Hari ini, insyaallah saya kan berbuka bersama rakan sefakulti, pelajar dan mantan pelajar saya. Dan saya dimaklumkan juadah adalah ditempah melalui katerer.

Pesan seorang pakcik saya,jika hendak makan masakan yg sedap, jangan kita harapkan disediakan oleh pasangan kita. Pergilah ke restoran. Tetapi saya rasa, antara masakan yg paling sedap bagi saya adalah masakan bonda saya. Antara sebab utama masakannya adalah paling sedap kerana selain gula, garam dsbnya, ramuan yg paling penting dan sukar dimasukkan ke dalam masakan oleh orang lain adalah kasih syang bonda kepada kita.

Di atas adalah antara masakan bonda saya khas untuk saya. Tetapi ianya bukanlah juadah di bualn ramadan.

Burnout


Apa itu burnout? Sila rujuk buku Maslach dan Leitner. Sila rujuk juga kpd mereka yg pernah saya seliakan untuk kursus srw655.

Burnout adalah antara tajuk yg saya berikan kpd para pelajar yg mengambil srw655 dibawah seliaan saya. Untuk semester ini saya mendapat lebih drpd 2 org pelajar yg saya seliakan untuk burnout. Insyaallah, pada semester hadapan, saya akan seliakan lebih drpd 2pelajar dalam penyelidikan berkaitan burnout. Bekas pensyarah saya dan seorang pakar motivasi Encik Hushim Salleh telah melakukan penyelidikan berkaitan burnout untuk sarjananya. Saya melakukan kajian berkaitan kepuasan kerja di bawah seliaan PM Dr Haslee Shahril Lim Abdullah semasa saya mengikuti sarjana kaunseling di UM.Kenapa saya suka dgn tajuk burnout? Mungkin sebab saya burnout. Tetapi antara lain sebab terdapat cadangan bahawa burnout dapat dikurangkan atau dielak melalui sukan dan rekreasi.

Penyelidikan hanya setakat psikologi kaunseling sahaja dahulu. Mungkin kajain berkaitan burnout dan biologi, kimia, anatomi, fisiologi dapat dilakukan apabila para pelajar saya melakukan penyelidikan di peringkat sarjana.Di atas adalah antara mereka yg bakal saya selia untuk kursus SRW655 pada semester hadapan.

Kereta dan Raya


Antara seronok beraya di kampung (sori, masih lagi 24 hari), adalah apabila kaum keluarga berkumpul. Selain drpd isu penempatan dlm rumah, adalah isu penempatan kenderaan di luar rumah.

Saya secara sukarela menawarkan diri sebagai jockey utk menguruskan penempatan kenderaan di kawasan rumah semasa raya. Inilah peluang untuk saya merasa memandu (walaupun hanya dlm jarak yg dekat) kenderaan yg saya tidak mampu miliki. Tambah2 lagi semasa saya masih lagi sebagai pelajar di ITM, saya antara mereka yg muda, yg mempunyai lesen memandu. Dan memang selalunya, pakcik2 saya akan meminta saya menyusun kenderaan mereka untuk memastikan pergerakan kenderaan lain tidak terganggu. Dan antara isu juga adalah, kereta manakah yg boleh diletakkan di bawah porch rumah. Selalunya adalah kereta yg terbaru dan termahal.

Insyaallah, pada raya ini, kereta yg tergambar di atas berkemungkinan besar mendapat lesen untuk diletakkan di bawah porch di rumah nenek saya. Setakat ini, kereta milik saya belum pernah mendapat lesen untuk diletakkan di bawah porch pd waktu malam, kecuali, secara kebetulan porch masih lagi belum berpenghuni.

7 Ramadan

Sekejap benar masa berlalu. Hari ini adalah hari ke 7 Ramadan. Dan Hari ini adalah hari Jumaat. Hanya tinggal 23 hari sahaja lagi kita berada di bulan yg mulia ini. Lepas tu, jika panjang umur, kita sambut 1 Syawal.

Hari ini juga adalah hari lahir seorang sahabat saya, Encik Hisyam Che Mat. Usianya di mukabumi ini dah pun 35 tahun. Semoga beliau sentiasa diberkati Allah. Encik Hisyam adalah 'sikong' ataupun grandmaster recreation di FSR. Ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman beliau dlm rekreasi. Saya bersyukur kpd Allah kerana berpeluang menambah ilmu rekreasi dgn bertemu dgn Encik Hisyam di UiTM. Banyak suka duka yg beliau alami semasa di uitm. Biasalah, apabila kita kelihatan cemerlang dan rajin maka akan ada pihak2 yg dengki dan irihati terhadap kita. Mereka ini adalah yg memiliki 'phd' yg tidak diperlukan di dunia akademik.

Insyaallah, petang ini akan diadakan majlis berbuka puasa oleh Encik Hisyam. Ianya adalah hadiah drpd beliau kpd mereka yg sentiasa membantunya dlm menjalankan amanah di uitm. Seseorang yg amanah dan berilmu akan dihargai oleh pihak lain. Tambah2 lagi jika seseorang itu adalah seorang guru. Begitu juga sebaliknya, seseorang yg tidak beramanah dan tidak berilmu dlm bidang tertentu, lambat laun akan terbuka hijab rahsianya, dan akan menyebabkan orang tersebut tidak dihormati dan malah akan dicemuh.

Kita mempunyai pilihan. Bagaimanakah kita ingin dikenali dan diingati? Bagi saya, tidak perlu pangkat yg tinggi untuk dihormati. Keikhlasan, kejujuran adalah antara ciri2 dan sifat yg diperlukan sebagai seorang pensyarah.

Khamis, Ogos 27, 2009

Tugas Seorang Pensyarah


Tugas seorang pensyarah adalah pelbagai, terutamanya di universiti tempat saya bekerja dan mencari rezeki yg halal. Antara 3 tugas utama adalah mengajar, melakukan penyelidikan, dan khidmat masyarakat. Saya banyak bertugas di bahagian pertama, iaitu mengajar di tahap jawatan saya sekarang.

Walau pun latarbelakang akademik saya, kelayakan asas adalah perakaunan, saya juga memiliki sarjana dlm kaunseling. Saya adalah exco perkama 2009-2011. Maka saya pun terlibat sebagai ahli perasa di uitm. Saya seorang drpd beberapa penasihat badan peer kaunselor di uitm. Saya turut aktif daalm pertandingan rekacipta dan inovasi uitm. Alhamdulillah, tahun ini, saya berjaya mendapat 3perak dan 1emas pada IID2009. Dan saya terpilih mewakili uitm ke pertandingan MTE2009, ITEX2009 dan PECIPTA2009. Pada 2007, inovasi kumpulan saya berjaya mendapat gangsa di Geneva. Saya juga ahli dlm projek taman negara uitm. Maka saya dapat berada di taman negara dan tasik kenyir menjalankan amanah diberikan. Saya juga turut aktif dlm gerakan kualiti di fakulti dan uitm. Saya sedang dan pernah terlibat dlm AKPM, AKNC, ISO kampus cawangan dan fakulti2 uitm, kolej2 bersekutu uitm, Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik UiTM. Kalau ditanya,'Siapakah saya di uitm?, jawab saya,'Seorang yg menjalankan amanah secara berilmu'.

Di atas adalah saya melakukan antara tugas saya di uitm. Membuat lakaran kpd pelan bangunan. Maka saya sebagai pensyarah adalah seoran pengajar, guru, fasilitator, kaunselor, penyelidik, pemandu, pengiring, pegawai keselamatan, arkitek, pegawai perubatan, dan pelbagai lagi. seorang pensyarah mempunyai 'macam2 ada' untuk dilakukan.

Kelas Akaun SPS233


Kelas SPS233 adalah kursus yg saya dah macam kontrak di FSR. Begitu juga kelas SRB 201. Kelas SPS233 untuk pelajar diploma, manakala kelas SRB201 adalah untuk pelajar sarjana muda (bacelor). Kedua2nya adalah kursus berkaitan perakaunan.

Layakkah saya mengajar kedua2 kursus ini? Hmm, diploma saya dlm perakaunan, diploma lanjutan saya (setaraf dgn ijazah sarjana muda) adalah dlm perakaunan. Sekarang saya sedang mengikuti program sarjana dlm perakaunan forensik dan jenayah kewangan. Saya juga ahli dlm badan profesional Malaysian Institute of Accountants, dan keahlian adalah terhad kpd mereka yg mempunyai kelayakan akademik yg diiktirafkan shj. Saya adalah ahli Chartered (yg memerlukan pengalaman bekerja dlm bidang berkaitan sekurang2nya 3 tahun). Jadi saya mempunyai kelayakan akademik dan keahlian profesional dlm perakaunan. Layakkah saya berkongsi ilmu perakaunan?

Gambar di atas adalah gambar pelajar saya SR113/3 untuk semester ini Julai 2009. Tadi seorang pelajar menyatakan kpd saya, 'sir, tak puas la belajar akaun, rasa kejap aje'. Saya turut bertanya'adakah kursus akaun ini satu kursus yg boring?'.
Gelagat pelajar2 dlm gambar di atas mungkin menunjukkan perasaan mereka terhadap kursus akaun di FSR dan/atau pensyarahnya (saya).

Rabu, Ogos 26, 2009

Bilik seorang Pensyarah




Komen seorang pelajar yg memasuki bilik saya di fakulti semalam,'Kecik nya bilik cebad'. Mungkin ayat tambahan seperti 'serabutnya bilik cebad' disimpan dlm hatinya shj. Bilik saya seperti bilik pensyarah lain dari segi keluasannya.

Apa yg membezakan bilik saya dgn bilik kebanyakan pensyarah lain? Lihatlah gambar di atas. Memang bilik saya penuh dgn buku2 yg saya gunakan sebagai rujukan dlm berkongsi ilmu dgn para pelajar dan kawan2. Sebahagian besar koleksi buku saya berada di ined. Saya perlukan buku2 yg saya gunakan untuk perkongsisan ilmu berhampiran dgn saya utj memudahkab saya merujuk jika terdapat persoalan drpd pelajar saya. Memanglah, spt ramai sedia tahu, banyak telah saya belanjakan pd setiap tahun membeli buku. Menambah ilmu adalah satu keperluan kpd seorang pnsyarah. Dan melalui membaca buku saya harapkan dpt menambahkan ilmu saya.

Di manakah lagi dpt saya letakkan buku2 milik saya? Di rumah dah pun penuh. Mungkin di rumah baru saya, saya akan khaskan sebuah bilik sebagai kutub khanah yg kecil.

Selasa, Ogos 25, 2009

Makin Hari Makin Terserlah

Maaf, memang tidak sesuai bercerita tentang keburukan orang pada bulan yg mulia ini. Tapi bagaimana jika kita ingin jadikan sebagai pengajaran. Untuk dijadikan sempadan kpd org ramai supaya tidak ditimpa kesusahan yg sama.

Terkejut juga saya apabila dimaklumkan bgmana seorg bergaji tinggi berhutang dgn mereka yg bergaji lebih sedikit drpdnya dan tidak pula membayar balik pinjaman tersebut. Memanglah kita biasa dengar perkara spt ini. Bos mengambil peluang ke atas pekerja bawahan, dan walau pun tiada paksaan, pada pandangan dan perasaan pekerja bawahan, jika pinjaman tidak diberi, maka pekerja tersebut akan mendapat denda atau hukuman drpd bosnya. maka saya andaikan begitulah tekanan kpd yg memberitahu kisahnya. Dan lebih teruk pula, walaupun telah bertahun2 hutang tersebut, masih tidak dibayar walau pun diminta. Dan mungkinkah pemberi hutang didenda atau dihukum kerana meminta balik duitnya oleh sipenerima hutang? Allah jua Maha Mengetahui.

Maka sedikit demi sedikit kekurangan seseorang ini terserlah. Tetapi seperti tanya kawan2,'sampai bilakah mereka seperti ini terus mendapat kesenangan dengan melalui kesusahan orang lain?'. Allah Jua Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Ahad, Ogos 23, 2009

Buka Puasa 1 Ramadan

Semalam ada majlis buka puasa di rumah saya. Tak ramai tetamu. Hampir 30 orang termasuk tuan rumah dan budak2. Tak boleh jemput ramai2, nanti tak muat rumah yang cukuplah untuk bilangan yg tinggal di rumah ini.

Kami mula berbuka dgn buah kurma, buah2an, kuih dan minuman. Setelah bersolat maghrib berjemaah, barulah kami menikmati nasi dan lauk-pauk. Best sebab ada gulai kawah dan keli percik. Alhamdulillah, tiada pembaziran, sebab yg lebih dibungkuskan untuk dibawa balik oleh pakcik2 dan makcik2 saya. Dan seperti biasa, walau pun baru 1 ramadan, perbualan ada berkisar tentang balik raya di kampung. Anggaran seramai lebih 60orang akan berada di rumah nenek nanti pada hari raya puasa ni. Masalahnya, bilik air hanya ada 3 sahaja. Maka tuan rumah perlu memikirkan penyelesaian mengenai perkara berat yg akan timbul jika berebut nak gunakan bilik air, terutama di pagi raya. Kami kemudiannya bersolat isyak, terawih dan witir berjemaah di rumah sahaja. Risau juga nak ke surau, sebab selalunya ramai yg akan batuk2.

Memang diantara nikmat pada bulan ramadan adalah dapat berbuka puasa ramai2 dgn ahli keluarga yg selalunya jarang dpt kami jumpa kerana kesibukan perkara dunia. Walau pun juadah adalah yg ringkas (ada ayam, daging, udang, ikan, dll) yg membuatkan makanan dinikmati adalah penuh nikmat adalah kehadiran mereka yg kita sayangi. Jadi tidak perlulah kita pergi berbuka puasa di tempat2 yg bayaran berpuluh2 ringgit untuk menikmati keindahan dan keseronokan berbuka puasa.

Sabtu, Ogos 22, 2009

1 Ramadan

Sebelum terlupa, saya ingin memohon maaf jika ada berlaku sebarang perkara yg menyebabkan saya berdosa kpd anda semua, pembaca dan kenalan pembaca blog saya. Maklumlah, saya hanyalah seorang insan dan makhluk Allah, saya seorang makhluk yang lemah dan tiada upaya melainkan dgn keizinanNya.

Saya juga memaafkan kesilapan dan kesalahan yg dilakukan tanpa niat atau tidak sengaja. Kesilapan dan kesalahan yg dilakukan anda semua lakukan kpd saya tanpa berniat jahat dan sebagainya. Anda juga adalah makhlukNya. Dan kelakuan yg dilakukan bukan kerana ego ya.

Janganlah kita hanya berbuat baik semasa ramadan sahaja. Janganlah kita puasa tapi tidak solat. Janganlah kita bersedekah tetapi dgn rezeki yg haram. Janganlah kita terus bermuka2 pada bulan yang suci ini. Sebaliknya gunakanlah peluang yg di beri di bulan ramadan ini untuk kita berubah kpd seorang insan yg takut kpdNya dan mengharapkan belas kasih ihsanNya di dunia dan di akhirat.

Ramadan Tiba Lagi

Syukur kpd Allah, Tuhan Sekalian Alam, saya dipanjangkan usia untuk menikmati Ramadan sekali lagi. Dan kita akan bertanya, adakah ramadan ini ramadan terakhir kita di dunia ini? Saya doakan agar saya masih diberi peluang untuk menikmati ramadan lain di tahun2 mendatang.

Sebelum puasa, saya telah mainkan lagu raya di pejabat saya. Saya dapat drpd pelajar saya pd tahun lepas. Sekarang saya sedang mendengar lagu raya Rahimah Rahim, melalui youtube. Puasa baru sehari dah dengar lagu raya, kenapa ya? Adakah salah mendengar lagu raya walau pun puasa baru mula?

Insyaallah, hari ini akan diadakan majlis berbuka puasa dgn ahli keluarga terdekat di rumah saya. Yg tak dijemput, saya wakil keluarga saya minta banyak2 maaf. Rumah kecik, jadi tak boleh jemput ramai2. Insyaallah, dilain hari ya akan dijemput. Dan saya selalunya berbuka puasa dgn para pelajar saya selepas kuliah diadakan. Meraikan mereka yg jauh drpd keluarga. Untuk tahun ini masih belum ditentukan tarikhnya. Bagi para pelajar saya yg nak join sama, dijemput tetapi kenalah sama2 hulurkan sumbangan ya. Tak perlu makan besar2 dan banyak2.

Kepada kaum keluarga, kawan dan kenalan saya, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan ramadan yg mulia. Bersamalah kita jadikan ramadan ini lebih baik daripada ramadan sebelumnya. Bersamalah kita berusaha mendapat seberapa nikmat dan pahala untuk persediaan kita ke akhirat. Doakanlah untuk kebaikan bersama di dunia dan di akhirat.

Selasa, Ogos 18, 2009

Kerinduan

Melihat gambar2 di blog encik Hisyam Che Mat di blognya, rindunya kpd suasana alam semula jadi. Pensyarah FSR sepatutnya berasa sedemikian. Dan kita perlu buktikan bhw kita cakap serupa bikin kpd pelajar kita.

Sepatutnya kerinduan saya terubat pd hujung minggu lepas dgn berada di Kenyir. Kita merancang tetapi Allah menentukan. Melihat gambar aktiviti akademik Pulau Kapas terubat sedikit kerinduan, dan menambahkan lagi kerinduan. Jika ianya dilakukan semasa cuti pertengahan semester, mungkin saya dapat turut serta. Kali terakhir saya berada di pulau adalah di pulau Perhentian berhampiran dgn Besut, kampung keluarga saya. Itu pun mengikuti aktiviti pelajar encik Hisyam. Bilakah lagi saya ke Pulau Perhentian?

Dan kerinduan juga kpd Taman Negara. Kali terakhir saya di Kuala Tahan pada bulan Januari 2009. Sekarang dah pun bulan Ogos. Sudah 7bulan saya tidak ke sana. Pada tahun 2008, saya pernah ke Kuala Tahan semasa bulan puasa. Tugas rasmi membawa pelajar melakukan kajian awal. Maka tiada masalah untuk di Kuala Tahan pada bulan puasa.

Ramai yg kerap bertanya kpd saya,'Kenapakah saya suka berada di tempat2 sebegini?'. Susah utk saya jawab. Yang boleh saya katakan, 'Anda perlu mengalaminya sendiri untuk menjawab soalan tersebut'. Bukan kerana saya ini berasa saya pakar rekreasi dsbnya. Mungkin bg saya, ianya mengingatkan saya akan keagungan Ilahi apabila saya berada di tengah hutan, di tengah samudera. Dan saya akan mengucapkan 'Subhanallah dan alhamdulillah'.

Kerana Keluarga dan Kawan

Ramai yg sanggup melakukan apa sahaja untuk keluarga dan kawan. Saya tidak terkecuali. Untuk mereka yg tertentu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Tetapi dgn izinNya.

Dalam keadaan tertentu, kita terdorong melakukan sesuatu tanpa berfikir. Adakalanya kita lakukan sesuatu kerana kita tidak mahu berfikir panjang. Jika kesan adalah baik kpd kita sbg makhlukNya, utk dunia dan akhirat, alhamdulillah. Jika sebaliknya, sanggupkah kita tanggung kesannya, terutama di akhirat? Saya pernah terdorong ingin melakukan sesuatu utk seorang kawan. Tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah, niat saya untuk melakukan sesuatu, tidak berjaya kerana rahmanNya. Jika saya berjaya dgn niat saya, mungkin kesannya adalah negatif kpd saya. Sebelum kita lakukan sesuatu, fikirlah kesan kpd kita, kpd keluarga dan kawan kita. Fikirlah kesan kpd mereka yg sangat kita sayangi, kita kasihi. Adakah kesan itu akan positif atau negatif? Yang lebih penting, apakah kesan jangka panjang iaitu di akhirat kpd kita?

Apabila kita ingin melakukan sesuatu, kita selalunya terlupa bhw kita sepatutnya melakukan sesuatu kerana Allah Ta'ala. Itulah matlamat yg terbaik kerana kesannya adalah positif kpd kita dan mereka yg kita kasihi. Lakukan sesuatu atau tidak lakukan sesuatu kerana kita takut kpd Allah. Janganlah kita lakukan sesuatu atau tidak lakukan sesuatu kerana kita takut kpd manusia atau makhlukNya yg lain. Janganlah kita lupa, bahawa Yang Maha Berkuasa, hanyalah Allah sahaja.

Tiada Upaya Melainkan Dengan IzinNya

Saya ingin berpesan kpd seorang kawan. Kesedihan dan kegembiraan adalah sebahagian drpd perjalanan hidup. Kita inginkan kegembiraan di dunia. Tetapi kita lebih inginkan kegembiraan di akhirat.

Dengan rahmanNya, kita gembira di dunia. Tetapi lebih bermakna, dgn rahimNya, kita gembira di akhirat. Kesedihan di dunia memanglah tidak menyenangkan kita. Ianya mungkin kesan kesilapan kita, kesalahan kita, kekurangan kebijaksanaan kita di masa tersebut. Tetapi, seperti berkali2 saya nyatakan, janganlah peristiwa lampau membuatkan kita terlupa bahawa kita mampu mengubah masa hadapan kita. Janganlah kita terus menerima bahawa memang kita sepatutnya dan layak menderita dan bersedih dgn keadaan kita sekarang kerana kesilapan dan kesalahan kita di masa lampau. Kerap berlaku, kita sanggup lakukan apa sahaja kerana cinta. Dan kita kerap diambil kesempatan oleh mereka yg kononnya mencintai kita.

Bercintalah kerana Allah. Solat dan berdoalah kpdNya untuk menghilangkan kesedihan dan kedukaan kita. Mohonlah keampunanNya jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan kpdNya. Janganlah kita terus menjauhkan diri kita drpdNya kerana kesalahan dan kesilapan kita. Ini adalah melakukan kesilapan dan kesalahan yg berterusan kpdNya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Pengasihani kpd mahklukNya.

Berlakunya sesuatu dgn izinNya. Kita tidak berupaya melakukan sesuatu kecuali dgn izinNya. Kita adalah makhlukNya yg lemah. Berdoalah kpdNya untuk perlindungan dan pertolongan drpdNya untuk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Isnin, Ogos 17, 2009

Pergi Tak Kembali

Sebuah lagu berbentuk nasyid nyanyian kumpulan Rabbani. Semasa saya mengisi blog saya dgn tulisan ini, saya sedang mendengar lagu ini berulang2 kali. Kalau lagu lama yg hampir sama adalah "Selimut Putih".

Semasa saya kecil, seorang saudara yg tua, bercerita dan berpesan tentang kematian, alam kubur dan alam akhirat. Dan adakala bila memikirkannya, airmata akan mengalir. Setiap kali saya akan bertanya, 'sudahkah saya bersedia untuk meninggalkan dunia, alam yg sementara ini?', dan jawapan adalah sentiasa'BELUM'.Minggu lepas, seorang saudara tua saya, datuk sepupu (sepupu kpd arwah datuk saya) telah kembali kepadaNya. Beliau berusia 92tahun. Banyak yang dapat saya kongsi ilmunya. Banyak juga pesanan beliau kpd saya. Kebanyakannya berkaitan ilmu dan agama. Berkaitan sejarah dan masa depan. Beliau saya panggil 'Tok Wa Janggut'. Serbannya dipakai berbeza dgn serban dipakai kebanyakan org lain. Mampukah saya menjadi sepertinya? Mampukah saya menjalankan amanahnya? Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Seorang demi seorang, saudara dan sahabat kembali kpdNya. Sudah ramai mereka yg membesarkan saya, berkongsi ilmu dgn saya yg telah kembali kpdNya. Ianya adalah peringatan kpd saya. Walau pun saya berdoa agar saya kembali kpdNya semasa saya berada hampir dgn kekasihNya, di Madinah, ajal seperti jodoh dan rezeki hanya Allah sahaja yg mengetahui. Pesan saya kpd saya dan keluarga dan kawan, lakukanlah persediaan sebelum kita dipanggil pergi tak kembali.

Ahad, Ogos 16, 2009

Kesihatan Kita

Saya tidak pasti saya berada dlm keadaan sihat sekarang. Tetapi saya tidak berasa kurang sihat. Ibu saya sedang mengidap selsema. Saya harapkan dan doakan hanyalah selsema biasa sahaja.

Kesihatan kita adalah tanggung jawab kita. Kata orang, 'jaga pemakanan dan lakukan senaman'. Ianya dapat membantu menjaga kesihatan kita. Ianya ada kaitan dgn pengawalan berat badan. Alhamdulillah, walau pun berat saya semasa saya timbang pada 14ogos yg lepas adalah hampir 76kg (paling berat bg saya), tetapi saya berasa seolah2 berat saya hanya sekitar 70kg sahaja. Mungkin kesan daripada senaman yg saya lakukan, kerana saya terasa ukur lilit pinggang saya berkurang sedikit. Mungkin berat bertambah atau pada tahap sebelumnya kerana kesan senaman menukarkan lemak menjadi otot2 yg padat. Harap2 begitulah.

Fokus saya sekarang untuk mengurangkan 'airbag' saya. Alhamdulillah, saya nampak ada kempis sedikit. Tetapi masih banyak perlu saya lakukan untuk kurangkan kandungan lemak dalam badan saya. Kerana lemak yg tinggi adalah memudaratkan kpd kesihatan kita. Bg lelaki, lemak terkumpul pada bahagian pinggang dan organ2 dalaman berbanding perempuan dimana lemak terkumpul pada punggung dan peha. Maka pengumpulan lemak pd lelaki lebih berbahaya berbanding pd perempuan. Sama2lah kita jaga kesihatan kita.

Tahniah Pasukan Bola Baling L & W FSR

Pagi tadi (dah hampir tengahari) saya ke pusat sukan uitm. Untuk melihat perlawanan bola baling SAF 2009. Saya ditugaskan fakulti sbg pensyarah penyelia untuk pasukan bola baling L & W FSR pada tahun ini.

Ini kali pertama saya menyelia pasukan bola baling. Sebelum ini, saya menyelia pasukan badminton FSR. Pada awal2 saya bertugas di FSR, saya menyelia pasukan skuash dan kemudiannya pasukan badminton. Memang stres juga menjadi penyelia pasukan SAF FSR. Maklumlah, jangkaan adalah tersangat tinggi terhadap pencapaian pasukan. Maka saya pun bagitau kpd pemain2 bola baling FSR SAF 2009, jangan risau sangat. Saya tak nak anda tertekan, setakat dapat jadi juara bg saya pun dah ok. Alhamdulillah, kedua2 pasukan menjadi juara petang tadi. Tetapi saya tidak menyaksikan perlawanan akhir kedua2nya kerana saya berjumpa dgn pelajar yg bakal saya seliakan penyelidikannya untuk semester hadapan.

Tahniah saya ucapkan kpd pemain2 kedua2 pasukan L & W bola baling FSR SAF 2009 kerana berjaya menjadi juara. Terima kasih kpd Wani dan lain2 yg menjadi pengurus pasukan dan pembantu kpd kelicinan pergerakan pasukan. Agak2 apalah hadiah drpd FSR?

Ular Sawa Buku Bersawa Lagi

Tadi saya ke jualan gudang mph. Saya niatkan had pembelian tidak lebih drpd rm200.

Alhamdulillah, pembelian saya tadi rm200.90 sahaja. Untuk 15buah buku. Kebanyakan yg mendapat diskaun 70%. Saya beli buku drpd pelbagai bidang. Minat saya memang dlm pelbagai bidang. Jika saya tergoda esok, mungkin saya ke jualan mph lagi. Tetapi saya perlukan seorang pembantu untuk menyenarai buku2 yg saya miliki. Setakat pembelian terakhir, saya anggarkan pembelian saya untuk tahun ini mungkin diantara rm2000 hingga rm3000. Tapi bagi saya, ini adalah pelaburan dan ada kaitan dgn tugas sebagai seorang pensyarah di ipt.

Seorang pakcik saya bersetuju dgn pembelian buku oleh saya. Pembacaan drpd buku yg saya beli mungkin tidak menyumbang kpd peningkatan ilmu untuk digunakan pada masa sekarang. Tetapi ianya mungkin berguna apabila kita berada di tingkat yg lebih tinggi dan pada masa dan tempat yang lain di masa hadapan.

Isnin, Ogos 10, 2009

Perkahwinan

Satu topik yg seronok jika dibincang bersama2 kawan2 yg bujang dan juga sudah berkahwin. Topik yg tak akan basi.

Mereka yg akan berkahwin, sedang berkahwin, yg telah dan sudah tamatkan perkahwinan akan mengharapkan alam perkahwinan mereka adalah indah. memang kita inginkan yg terbaik untuk diri kita, keluarga dan sahabat kita. Tetapi bukan semua perkahwinan adalah alam yg indah. Ramai pasangan yg hadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Antaranya spt didapati drpd kajian adalah campurtangan mertua, masalah kewangan dsbnya. Saya seronok melihat perkahwinan yg bahagia. Saya sedih melihat perkahwinan yg sebaliknya.

Perkahwinan ada kaitan dgn jodoh, dgn rezeki. Allah Maha Pemurah di dunia dan Maha Pengasihani di akhirat. Jika kita menghadapi sebarang masalah, jangan lupa untuk berdoa dan memohon pertolongan daripadaNYa.

Pakaian dan Ketrampilan

Pagi tadi saya adakan kuliah gantian untuk pelajar SPS233 saya. Kuliah gantian kerana saya terpaksa tangguh kuliah yg sepatutnya kerana menghadiri mesyuarat pd 14julai 2009.

Apa yg ketara semasa saya memasuki bilik kuliah pagi tadi adalah pakaian pelajar saya. Jika pada hari2 lain, mereka berpakaian sukan kerana kuliah sebelum atau selepasnya mereka akan bersukan. Tetapi pada hari isnin, mereka berpakaian kemas. Nampak ke'profesionalisma' mereka. dan cara penyampaian dan tindakbalas saya pun berbeza. Lebih bercirikan diantara seorang dewasa dgn dewasa yg lain. Mungkinkah pakaian boleh menunjukkan kematangan kita?

Saya lebih suka jika pelajar2 saya sentiasa kemas dan berketrampialn spt pada hari isnin. Respons mereka dalam dan semasa kuliah nampak spt seorang pelajar ipt. Jika kita tidak biasakan berketrampilan positif pada masa skrg, kemungkinan kita akan berasa janggal semasa menghadiri temuduga dan bekerja.

AKNC


Tahun ini saya dijemput ke mesyuarat AKNC. Jemputan berdasarkan jawatan saya di InED. Maka saya dan kawan2 bermesyuarat bermula dari Khamis hinggalah ke hari ini. Dari jam 8.30pagi sampai 10.30malam.

Seronok apabila berkumpul dgn kawan2 dari fakulti2, bahagian2 dan kampus2 negeri. Majlis seperti ini akan mengumpulkan mereka yg terlibat dgn kualiti di uitm. Terima kasih kpd pnc InQKA dan PM Dr Rahmah kerana sudi menjemput saya. Insyaallah berat badan tidak bertambah kerana menghadiri mesyuarat ini. Semalam adalah majlis BBQ. Alhamdulillah, murah rezeki lagi dgn jamuan BBQ semalam, walaupun semalam keluarga saya ke Muara untuk menikmati juadah ikan bakar. Rezeki ikan bakar saya mungkin di lain kali, insyaallah.

Tugas saya di uitm sekarang makin banyak berkaitan pengurusan kualiti di uitm. Ada bestnya. Saya dapat lebih memahami corak tadbir urus di uitm. Dan saya berpeluang membantu dalam penambahbaikan pengurusan di uitm.

Ahad, Ogos 09, 2009

Sekadar Di Pinggiran


Bukannya berkaitan lagu Fran.Tetapi berkaitan niat bermain bolasepak di sekolah rendah saya. Semangat berkobar2 nak main bolasepak di padang sekolah yg telah saya tinggalkan 30tahun yg lepas.

Asalnya kawan saya bagitau, berada di padang pada 7.30pagi. Saya sampai pada jam 9.30pagi. Pasukan saya masih belum bermain lagi.Tetapi pasukan saya terpaksa bergabung dgn pasukan 81 kerana kami hanya seramai 6 orang shj. Maka pasukan 81 menentukan pemain yg bermain. Jadi, saya tak berpeluang bermain kerana saya pun perlu kembali bertugas di shah alam. Yang sempat adalah melakukan warm up. Lihat aje gambar di atas.

Tiada rezeki saya. Insyaallah di lain kali. Jika ada rezeki, boleh saya cuba semula menilai kebolehan saya bermain di padang sekolah rendah.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Bolasepak setelah 30tahun

Insyaallah, saya akan bermain bolasepak di padang sekolah rendah saya. Ianya setelah 30tahun kali terakhir saya bermain bola sepak di situ.

Perlawanan adalah 11pemain di dalam padang bg setiap pasukan. Pada asalnya, adik2 saya patut turut sama dlm pasukan saya. Tetapi masing2 ada hal sendiri di saat akhir. Tak tahu bila lagi peluang saya untuk bermain bolasepak padang di sekolah rendah saya bersama2 adik2 saya. Semasa saya di sekolah rendah dahulu, adik2 lelaki saya masih belum bersekolah. Yang bongsu baru lahir semasa saya di darjah 6. Saya bermain futsal dgn mereka hampir setiap minggu sekarang. Kalau dulu, bolehlah saya buli mereka, tetapi sekarang saya pula yg dibuli mereka.

Saya masih ingat semasa di sekolah rendah dahulu, apabila saya berjaya menjaringkan gol dari sebelah kanan, saya dgn bangga bgtau ayah saya. Dan saya masih ingat bgmana gol tersebut dijaringkan. Walau bagaimana pun, kehebatan ayah saya sebagai pemain bolasepak semasa beliau bersekolah tidak dapat saya tandingi. Beliau seorang legenda dahulu, dan masih diingati oleh junior2 beliau.

Khamis, Ogos 06, 2009

Tawaran Jawatan

Sekali lagi saya ditawarkan ke bahagian lain. Dan tawaran ini disampaikan terus oleh ketua bahagian tersebut. Dia menawarkan jawatan yg memerlukan saya melapor terus kpdnya. Dan pelantikan itu drpd no1 dlm organisasi saya.

Saya hanya perlu jawab ya sahaja. Yg lain2 akan diuruskan. Saya rasa amat terharu apabila ditawarkan jawatan ini. Tapi saya nyatakan bhw saya ada lagi 9bulan utk tamatkan lantikan sekarang. Kalau inginkan saya juga, boleh tak saya dilantik setelah tamat lantikan sekarang. Kawan2 menyatakan bhw begitulah hakikat seseorang yg boleh bekerja. Mereka ini akan sentiasa dicari oleh bahagian lain.

Memang seronok apabila diberi pengiktirafan bhw kita berharga kpd organisasi. Kita memang dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn baik. Saya doakan agar saya akan dapat terus menjalankan tugas dan tanggunjawab dgn penuh amanah.

Ego Sebab Apa

Kenapa perlu ego? Siapa kita untuk ego? Adakah org yg ego ini bijak? Adakah org yg ego ini matang?

Dalam kehidupan harian, kita dpt lihat ramai yg ego. Yg saya paling tak suka adalah yg ego di jalanraya. Ini termasuklah pemandu kereta dsbnya, penunggang motorsikal, dan pejalan kaki. Bgmanakah mereka ini ego? Kenapakah bagi saya mereka ini ego? Mungkin sebab mereka tidak pedulikan tentang keselamatan orang lain. Bawa motr ikut suka aje. Bawa kereta tak 'signal'. Melintas jalan ikut suka aje. Ini adalah antara tingkahlaku ego. Tak kisah dan pedulikan org lain. Tapi kalau sakit, nak harapkan org lain.

Kepada saudara, sahabat dan lain2, pesan saya janganlah ego. Seperti kata pakcik saya, 'nak menunjuk kpd siapa?'. Adalah lebih baik kita prihatin tentang pihak lain kerana jika kita baik kpd org lain, kebaikan itu akan kita dpt kembali.

Rabu, Ogos 05, 2009

Ingatlah 02

Setiap kita adalah seorang anak. Maka kita ada seorang ibu, seorang ayah. Mungkin ada di antara kita tiada lagi seorang daripadanya atau mungkin kedua2nya kerana ibu atau ayah atau kedua2nya telah dipanggil kembali kpd Allah.

Maka kebiasaannya, kita tidak memahami peraturan, larangan, dsbnya yg dikenakan kpd kita sehingga kita selalu berasa bahawa hidup kita sangat2 dikongkong oleh ibu bapa kita. Dan kita akan cuba untuk melepaskan diri daripada kongkongan yang kita sangkakan hanya menjerut dan melemaskan kita. Maka, apabila kita ada peluang atau diberi peluang oleh pihak lain, untuk kononnya hidup bebas daripada ibubapa kita, kita akan mengambil peluang tersebut dgn gembiranya. Tetapi ramai menyedari di hari kemudian bhw peluang untuk bebas daripada kongkongan ibubapa kita adalah merugikan kita. Dan kita akan menyesal dgn keputusan berdasarkan pilihan yg salah. Ada diantara kita akan berasa malu jika perbuatan kita memalukan dan menyusahkan mereka berdua. Dan ada diantara kita akan putus asa dan terus membuat kesilapan kerana telah menyerah kalah kepada kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan.

Tetapi ingatlah, bahawa perkara yg telah berlaku tidak akan dapat kita ubah, Jadi janganlah kita putus asa. Sebaliknya berusahalah untuk persediaan di hari kemudian. Kembalilah menghampiri dan mengingati Allah. Kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

Cuti Khas

Pada semester ini, saya bercuti khas daripada pengajian di bidang sarjana. Petang tadi saya telah membayar untuk pemprosesan permohonan cuti khas saya.

Saya memohon cuti khas kerana beberapa alasan. Antaranya berkaitan disertasi saya. Maka saya perlu membuat persediaan sebaik2nya untuk disertasi saya pada semester hadapan. Saya harapkan semester hadapan adalah semester terakhir saya untuk sarjana AC773. Dan seterusnya, saya bercadang untuk meneruskan pengajian saya di peringkat sarjana pula. Saya belum tahu tempat di mana saya akan menyambung pengajian phd saya, kalau ada rezeki saya ingin di luar negara.

memanglah saya merancang untuk menamatkan pengajian sarjana di uitm seberapa cepat yang boleh. Walau bagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Insyaallah, perubahan kepada perancangan saya adaalh akan ada kebaikan disebalik perubahan ini.

Lagu Selamat Berbahagia Wahai Kekasih

Adakah kerana saya kecewa? Ya. Sebab apa yg kita inginkan tidak semua tercapai.

Adakah lagu ini saya nyanyikan kpd kekasih saya? Tidak. Jangan risau. Tetapi bagaimana jika lagu ini ditujukan kepada kita oleh kekasih kita yang rela hidup dalam derita, asalkan kita hidup berbahagia? Apakah perasaan kita? Bagaimana dan apa yang akan kita ucapkan kpd seseorang yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan kita tetapi beliau menderita? Kita doakan agar janji beliau untuk menanti di gerbang syurga menjadi kenyataan. Mungkin kerana jodoh bukan di dunia ini, dan kita ingin berbahagia dengannya di syurga nanti.

Lagu selamat berbahagia wahai kekasih ini amat sayu dan mendayu2. Saya mendengar lagu ini semasa saya mengisi blog saya ini. Pengorbanan oleh kekasih yang ingin kita bahagia tetapi beliau menderita amatlah besar. Dan janganlah sebab jodoh tiada di dunia ini, maka kita sanggup menderita dan ptus asa. Berusahalah supaya janji menanti di gerbang syurga menjadi kenyataan.

Ingatlah 01

Ingatlah. Kita adalah anak kepada seorang ibu, seorang ayah. Kita adalah seorang abang atau kakak atau adik. Kita adalah seorang ayah atau ibu atau bakal ayah atau ibu.

Maka sebelum kita menyusahkan orang lain, anak kepada seorang ibu, seorang ayah. Sebelum kita susahkan seorang abang atau kakak atau adik. Sebelum kita susahkan seorang ayah atau ibu atau bakal ayah atau bakal ibu. Ingatlah siapa diri kita ini. Jika kita susahkan orang lain. Jika kita sakitkan orang lain. Jika kita risaukan orang lain. Jika kita zalimi orang lain. Perbuatan kita ada kemungkinan akan menyusahkan kita. menyakitkan kita. Merisaukan kita. Menzalimi kita.

Kerana kita tidak dapat lari daripada keadilan Yang Maha Adil. Mungkin kita terelpas di dunia ini, tetapi balasan yang setimpal dengan tindakan akan kita terima di akhirat jua.

Selasa, Ogos 04, 2009

Gegak Gempita Malam Rabu

Setelah lama saya tidak melepaskan tenaga yang ada pada setiap malam rabu, maka tadi saya lepaskan tenaga yang telah tersimpan lama. Tenaga ini dilepaskan di gelanggang futsal.

Memang seronok apabila berada di kalangan mereka yang kita percayai. Dan masa ini digunakan oleh saya untuk berseronok. Tambah2 lagi apabila dapat menjaringkan beberapa biji gol, dan juga menyelamatkan beberapa gol daripada pihak lawan. Futsal adalah untuk bergembira disamping mereka yang telah saya kenali hampir 30tahun. Futsal bukan sahaja untuk fizikal tetapi juga emosi.

Insyaallah, minggu hadapan kami akan bermain futsal dgn mereka yg 8tahun lagi muda drpd kami. Pasukan paling muda pernah kami bermain adalah mereka yg berusia 18tahun lebih muda drpd kami.

Rezeki Yang Sentiasa Murah

Saya ditawarkan untuk menjadi fasilitator jemputan untuk beberapa organisasi. Antaranya organisasi yang mempunyai fasilitator daripada angkatan pertahanan kita.

Siapalah saya sehingga mereka ini bersedia menjemput saya berdiri sebaris dengan mereka ini? Reputasi yang positif sangatlah penting. Saya pernah menjadi ahli jawatankuasa sukan tertentu di peringkat negara, dan juga sedang berkhidmat untuk pejabat pesuruhjaya sukan. Dan saya bukanlah seorang pakar. Tetapi mereka yang pernah bersama saya, dan sedang bersama saya mungkin mengetahui tentang kebolehan saya yang saya mungkin tidak tahu.

Bagi saya, rezeki yang halal yang saya cari untuk diberikan dan dikongsi bersama keluarga dan kawan. Sepeti kata prof kamil, dan kita memang akui, 'Rezeki adalah di tangan Allah'. Kita doakan dimurahkan rezeki di dunia oleh Yang Maha Pemurah, dan kita inginkan kasih Yang Maha Pengasihani di akhirat nanti.

Selamat Berbahagia Wahai Kekasih

Sebuah lagu nyanyian asal oleh P.Ramlee. Dan yg saya 'link' di facebook saya adalah nyanyian Hail Amir.

Selamat berbahagia wahai kekasih cantik rupawan
selamat menempuh wahai kekasih gerbang perkahwinan
aku berdoa wahai kekasih kepada Tuhan
semoga aman wahai kekasih dan berkekalan

berpisah kita hanyalah untuk di dunia sahaja
aku berjanji akan menanti di gerbang syurga
Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita
Asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia

berpisah kita hanyalah untuk di dunia sahaja
aku berjanji akan menanti di gerbang syurga
rela ku hidup wahai kekasih dalam derita
asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia

http://www.youtube.com/watch?v=zfsfxfD1kDc

jodoh adalah antara yang Allah sahaja ketahui
dan jika jodoh kita bukan di dunia ini
maka kita berdoa agar jodoh kita di hari kemudian

Kenduri Kahwin dan Kosnya


Pada jumaat dan ahad lepas saya hadir ke kenduri kahwin pakcik saya. Memang majlis amat meriah.

Sebagimana kata datuk saudara saya,'majlis macam ni dah lama tak buat, panggil makan2 saudara mara'. Saya setuju dengannya. Pada kenduri sebegini, sanak saudara akan berkumpul. maka dapatlah berjumpa dgn mereka yang selalunya akan dpt berjumpa pada aidil fitri atau aidil adha sahaja. kalau boleh, semua saudara mara nak dijemput. Itu kata ibu saya. Dan juga kawan2nya. Tetapi, bagaimana dgn kos RMnya. Pada pandangan saya, majlis kenduri kahwin seeloknya kos maksima RM adalah sebulan pendapatan pengantin. Macam untuk pakcik saya, kosnya pada hari ahad adalah sebulan pendapatan bapanya, atau tak sampai pun sebulan pendapatan bapanya. Seorang pakcik saya dahulu kos kahwinnya adalah hampir sebulan pendapatannya.

Saya pun bajet sebulan pendapatan saya cukuplah. saya taknak, seperti kata seorang makcik saya,'kos kenduri kahwin tak habis bayar, pasangan dah pun bercerai'. Saya doakan ianya tidak akan berlaku kepada saya, keluarga dan sahabat2 saya.

Ahad, Ogos 02, 2009

Masa dan Waktu

Adakah ianya sesuatu yg sama. Tetapi yg pasti, masa setiap kita di dunia ini semakin hampir ke penamat. Hidup kita yg sementara di dunia semakin hari semakin sedikit bakinya.

Manusia sentiasa dlm kerugian. Kecuali diberi peringatan. Itulah antara intipati surah al-Asr. Saya setuju. Jika dilihat dan disemak semula, cara saya menggunakan masa saya, maka boleh dikatakan tahap produktiviti saya adalah rendah. Sepatutnya produktiviti saya lebih tinggi. Itu pandangan saya. Persediaan untuk hari kemudian, di mana kita akan hidup kekal sepatutnya lebih diambil berat. Antaranya mengerjakan solat pada awal waktu. Kurangkan melakukan perkara2 yg merugikan masa saya.

Masa yg telah lepas tidak dapat diganti. Apa yg telah berlaku pada masa dahulu tak dapat diganti. Kita cuma berdoa bhw masa yg kita ada dapat digunakan untuk menampung kekurangan yg kita lakukan di masa lampau dan dapat memberi lebih kebaikan untuk persediaan di hari kemudian.

Sabtu, Ogos 01, 2009

Kasih dan Kasihan

Dalam kaunseling, kita galakkan diberi kasih bukannya kasihan. Jika kita kasihankan seseorang, kita sebenarnya tidak membantu seorang itu.

Yang baik adalah jika kita kasihkan seseorang. Kasihi beliau kerana kita kasihkan Allah. Apabila kita kasihkan seseorang kerana Allah, maka kita juga kasihkan diri kita kerana Allah. Dan apabila kita kasih seseorang bukannya kasihankan seseorang, kita sebenarnya membantu seseorang itu. Kita sebenarnya inginkan beliau lebih baik daripada keadaan beliau sekarang. Tetapi kita inginkan beliau berusaha, berfikir secara matang untuk berjaya dgn bantuan dan sokongan kita. Kita inginkannya berdikari.


Sebaliknya, jika kita kasihankan seseorang, kita tidak membantunya. Kita hanya akan merosakkannya melalui memanjakannya. Oleh itu, kasihlah seseorang dan kerana Allah. Allah akan turut mengasihani kita. Kerana sesungguhnya, Allah Maha Mengasihani.

Jualan Buku

Hari ini ada dua tempat sedang mengadakan jualan buku. Dan ada satu tempat mengadakan jualan barang2 IT.

Jadi, yg mana saya nak pergi. Sebelum tu, saya kena but bajet dulu. Kot terlebih jadi defisit, susah saya. Setiap kali saya beli buku, kosnya secara kasar adalah sekitar RM100-RM200. Memang tahun ni dah lebih drpd RM1000 saya berbelanja utk beli buku. Saya rasa mungkin dah RM2000 atau lebih. Saya perlu pertolongan untuk senaraikan buku yg saya miliki. Secara purata, saya cuba habis baca sebuah buku dlm seminggu. Kadang2 dapat baca 2buah buku. Saya selalunya baca beberapa buah buku serentak. Saya bukan ulat buku dah, lebih kepada ular sawa buku, sebab berlingkar dgn buku.

Ah, saya dapat satu terma baru. Ular sawa buku bg mereka yg menghabiskan masa dgn buku. Kena cari gambar ular sawa untuk saya paparkan di luar bilik saya semasa saya membaca buku.

Kenduri Kahwin 2

Semalam saya hadir ke kenduri kahwin seorang drpd pakcik saya yang sangat2 ramai. Ianya majlis akad nikah beliau.

Memang meriah. Keluarga saya mewakili pihak perempuan kerana makcik baru saya seorang mualaf. Tahniah kpd pakcik saya kerana berjaya membuka hati seorang insan memasuki Islam. Keluarga pihak perempuan hadir dgn ramainya. Ianya menunjukkan bhw mereka menerima keputusan anak kesayangan mereka untuk hidup bersama dgn seorang insan yg sangat dikasihinya. Ramai juga tetamu drpd luar negara. Ada yg baru sampai daripada luarnegara beberapa jam sebelum majlis. Bapa kpd pakcik saya berasal dari Sumatera. Insyaallah, bapa kpd pakcik saya akan mendapat gelaran datuk tahun depan, itu ucapan saya kpdnya. Walau pun dia sepatutnya mendapat anugerah pingat seperti itu dah lama kerana khidmatnya.

Semoga perkongsian hidup pakcik saya dirahmati, dirahmani dan dirahimi Allah Yang Maha Berkuasa. Saya akan bertugas di hotel Istana utk jamuan seterusnya. Antara vvip adalah sahabat dan kenalan lama datuk saudara saya, tun abdullah.