Pada semester ini, saya bercuti khas daripada pengajian di bidang sarjana. Petang tadi saya telah membayar untuk pemprosesan permohonan cuti khas saya.
Saya memohon cuti khas kerana beberapa alasan. Antaranya berkaitan disertasi saya. Maka saya perlu membuat persediaan sebaik2nya untuk disertasi saya pada semester hadapan. Saya harapkan semester hadapan adalah semester terakhir saya untuk sarjana AC773. Dan seterusnya, saya bercadang untuk meneruskan pengajian saya di peringkat sarjana pula. Saya belum tahu tempat di mana saya akan menyambung pengajian phd saya, kalau ada rezeki saya ingin di luar negara.
memanglah saya merancang untuk menamatkan pengajian sarjana di uitm seberapa cepat yang boleh. Walau bagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Insyaallah, perubahan kepada perancangan saya adaalh akan ada kebaikan disebalik perubahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan