Itu adalah tugas utama seorang pendidik. Dan ilmu yg dikongsi diharapkan akan melahirkan seorang lagi yg berilmu dan boleh berkongsi pula dgn org lain. Ada kata2 ataupun hadis yg menyatakan bagaimana ilmu yg dikongsi akan dapat membantu kita di hari kemudian. Jadi pastikanlah ilmu tersebut adalah yg baik dan berguna.
Maka sebagai pendidik, ilmu yg dikongsi bukan sahaja dilihat drpd segi keputusan peperiksaan, tetapi budi bicara dan tutur kata pelajar tersebut. Juga, adakah pelajar atau mantan pelajar tersebut masih menghormati pendidiknya walau pun pendidik itu tidak lagi mendidik seseorang itu. Maka pendidik adalah juga role model kpd pelajarnya. Kita perlu cakap serupa bikin. Tak guna teori ok, praktikal out. Selalunya perkara ini berlaku apabila kita senang2 mengaku kita ini pakar. Maka akan berlaku jugalah ajaran sesat.
Keakraban pelajar, mantan pelajar dgn pendidiknya menunjukkan keberkesanan ilmu yg dikongsi. Ini saya lihat semasa majlis buka puasa semalam. Encik Hisyam begitu rapat dgn pelajar dan bekas pelajarnya. Beliau tidak perlu mengarah atau berkata berulang2kali. Mereka semua telah serasi dan faham apa perlu dilakukan. Tahniah Encik Hisyam. Itulah antara sebab saya mengatakan Encik Hisyam adalah sikong rekreasi di FSR, UiTM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan